iii -...

12

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

ii

iii

ISHAK SAATMOHD AZHAR BAHARI

2010

iv

© Penerbit UTHMCetakan Pertama 2010

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922-200 : sumbangan dan kejayaan /Ishak Saat, Mohd. Azhar Bahari.Bibliografi: ms.118ISBN 978-967-5457-19-7Madrasah Idrisiah Bukit Chandan—1922-2000--Perak. 2. Schools—Perak --Kuala Kangsar—History. 3. Islamic religious education—Perak. I. Mohd. Azhar Bahari. II. Judul.373.59511423

Terbitan :

Pejabat PenerbitUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia86400 Parit Raja, Batu PahatJohor Darul Ta’zimTel : 07-453 7454 / 7452Faks : 07-453 6145Laman Web : penerbit.uthm.edu.myE-mel : [email protected]

v

Prakata Kata Pengantar

BAB ILATAR BELAKANG KEDATANGAN ISLAM DI MALAYSIA.

1.0 Pengenalan

1.1 Sejarah Kedatangan Islam di Alam Melayu

1.2 Latar belakang Pendidikan Islam

1.3 Konsep Politik Feudal Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

1.4 Kepimpinan Ulama Dalam Masyarakat Melayu

1.5 Aliran Kaum Muda 1.6 Orentalisme Barat : Sistem Sekularisme

BAB IIPERKEMBANGAN MADRASAH IDRISIAH BUKIT CHANDAN TAHUN 1922-1985.

2.0 Latar Belakang Penubuhan Madrasah 2.1 KedudukanGeografidanLokasiMadrasahIdrisiah Bukit Chandan 2.2 Peranan Sultan dan Ulama Terhadap Perkembangan Madrasah Idrisiah

ixxi

1

1

4

7

11

18

29

37

43

43

45

48

Kandungan

vi

2.3 Peranan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah (1887-1916)

2.4 Wakaf Khairat Al-Marhum Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah.

2.5 Peranan Sultan Perak dan Ulama Dari Tahun 1916-1984. 2.6 Tokoh-Tokoh Ulama di Madrasah Idrisiah

2.6.1 Tuan Haji Muhammad bin Haji Salleh (1922-1924)

2.6.2 Tuan Sheikh Abdullah Maghribi (1924-1932)

2.6.3 Tuan Syeikh Abdullah Fahim bin Haji Ibrahim (1932-1948)

2.6.4. Tuan Sheikh Haji Az Zubair bin Haji Ahmad (1948-1976)

BAB IIIZAMAN KECEMERLANGAN MADRASAH IDRISIAHBUKIT CHANDAN TAHUN 1985-2000.

3.0 Pengenalan

3.1 Peranan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarallahu-Lah (1985- kini)

3.2 Sambutan Jubli Intan Madrasah Idrisiah (1922-1997)

3.3 Anugerah Khas Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

3.4. Era Kepimpinan Ustaz Muza bin Zainuddin (1985-1999), Perubahan dan Lonjakan Kegemilangan .

3.4.1 Perubahan Kurikulum 3.4.2 Kemasukan Pelajar-pelajar.

50

52

55

57

57

58

61

65

71

71

72

76

78

79

81

83

vii

3.4.3 Kecemerlangan Madrasah Idrisiah : Era Kebangkitan

3.5 Pencapaian Akademik 3.6 Era Pembangunan (1988-1999) 3.7 Peranan Jawatankuasa Tadbir Era 1990an

BAB IV MADRASAH IDRISIAH BUKIT CHANDAN MELAHIRKANTOKOH ULAMA DAN UMARA

4.0 Pengenalan

4.1 Tokoh-tokoh Ulama dan Umara 4.1.1 Ustaz Abu Bakar Al Baqir 4.1.2 Tuan Haji Mohd. Nakhaie bin Haji Ahmad

4.1.3 Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman 4.1.4 Dato Haji Harussani bin Haji Zakaria 4.2 Peranan Madrasah Idrisiah Dalam Gerakan Pelajar Islam

BAB VRUMUSAN

LAMPIRAN IGambar-gambar BIBLIOGRAFI

BIODATA PENULIS

86

88

91

93

95

95

98

98

100

100

102

104

109

113

119

125

viii

ix

Buku ini cuba memaparkan sejarah Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dan peranannya dalam pembentukan keperibadian masyarakat Melayu Islam setempat. Penubuhan madrasah ini mengikut sistem pengajian agama di Makkah. Kalau dibandingkan dengan sistem pendidikan pondok, sistem pendidikan madrasah yang diamalkan jauh lebih sistematik khususnya dari segi organisasi dan pentadbirannya. Sistem madrasah mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sistem vernakular atau sistem sekolah Inggeris. Malah waktu itu sistem pendidikan di Madrasah Idrisiah sudah memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang dan ianya mengandungi ilmu yang dikupas secara mendalam. Malah buku ini juga cuba membuktikan peranan para umarak atau sultan-sultan dalam proses perkembangan ilmu Islam dalam masyarakat Melayu Islam. Dengan restu dan komitmen mereka, madrasah ini terbina dan terlaksana dengan jayanya. Justeru itu madrasah Idrisiah dapat berperanan dengan baik kerana faktor sokongan, sumber kewangan dan restu penaung agama ngeri perak yang perihatin terhadap perkembangan semasa tentang Islam. Lebih-lebih lagi pembinaan dan perkembangan madrasah ini adalah dalam zaman penjajahan British. Dengan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh sultan yang memerintah negeri Perak maka beberapa ulama besar telah dijemput untuk menerajui institusi agama ini dan memacunya ke arah kecemerlangan. Peranan dan sumbangan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak tidak dapat dilupakan sama sekali. Kini madrasah ini sudah berusia 87 tahun dan berfungsi dengan baik. Lantaran itu buku ini amat baik untuk tatapan para pengkaji sejarah tentang perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Juga baik untuk bacaan para guru, para siswazah dan juga para pelajar demi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan Islam di Malaysia. Penulis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Sains Malaysia kerana telah memberikan galakkan dari segi moral dan kewangan untuk menghasilkan buku sejarah ini

praKata

x

di bawah peruntukan Geran Universiti Penyelidikan 1001/PPJAUH /816103.

Dr Haji Ishak SaatSdr Mohd. Azhar bin BahariPusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia1 Januari 2010

xi

Usaha untuk menghasilkan buku berjudul Madrasah Idrisah Bukit Chandan 1922-2000 : Sumbangan dan Kejayaan. ini harus dipuji kerana ia merupakan salah satu usaha murni bagi menambahkan khazanah ilmu sejarah Malaysia. Malaysia telah melalui pelbagai rentetan sejarah sehinggakan berjaya menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka kerana telah melalui satu proses yang berterusan dan konsisten, khususnya dalam bidang pendidikan. TidakdapatdinafikanbahawaMalaysiasebuahnegarayangcukupunikdan tersendiri. Buku ini cuba mendedahkan perkembangan institusi pendidikan agama dalam memainkan peranan membentuk masyarakat Melayu selaras dengan tuntutan agama dan perkembangan semasa. Buku ini turut menyingkap latar belakang penubuhan, perkembangan, peranan mudir dan juga restu institusi istana dalam merealisasikan institusi agama ini. Kejayaan dan kecemerlangan serta juga rintangan yang terpaksa dihadapi dalam usaha ke arah kecemerlangan pendidikan Islam. Malah dalam buku ini juga dipaparkan tokoh-tokoh yang telah berjaya dilahirkan oleh Madrasah Idrisiah dan akhirnya tokoh-tokoh kelahiran madrasah berperanan penting dalam pembentukan negara Malaysia sama ada sebelum merdeka mahupun selepas merdeka. Justeru itu buku ini cuba menyingkap dan menggambarkan kepentingan sejarah institusi pendidikan agama Islam sejak awal sehinggalah pasca merdeka. Juga tidak ketinggalan untuk memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini tentang betapa pentingnya peranan dan sumbangan golongan agama agar masyarakat menghargai jasa dan sumbangan mereka. Malah buku ini juga ingin menanamkan kesedaran dan kepentingan keilmuan agar masyarakat sentiasa menghargai warisan negara yang dimiliki oleh Malaysia. Malah dalam buku ini juga penulis cuba menanamkan kesedaran kepada seluruh pembaca agar bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran serta perpaduan antara kaum agar keharmonian antara kaum terpelihara sepanjang masa. Bagi merealisasikan perpaduan dan pengekalan keharmonian ini, seluruh warga Malaysia mesti mempelajari

Kata pengantar

xii

dan menghayati sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia. Untuk mengenal seseorang maka harus kenal sejarahnya sesuai dengan ungkapan kuno sejarah iaitu Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan. Buku Madrasah Idrisah Bukit Chandan 1922-2000 : Sumbangan dan Kejayaan adalah sesuai untuk tatapan siswa dan siswi IPTA dan IPTS, guru-guru, bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), kolej-kolej pendidikan dan profesional serta seluruh rakyat Malaysia. Ia bersesuaian bagi mereka yang ingin mempelajari subjek-subjek yang berkaitan dengan Sejarah dan keagamaan, Sains Politik, Komunikasi, Perhubungan Awam, Pengajian Media, Hubungan Etnik, Pengajian Am dan juga Pengajian Malaysia.

Sekian.

Profesor Madya Dr Habibah binti Haji LatehDekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang.12 Mac 2010