ii - fp.utm.my · ( spss ) version 13.0 and microsoft excel 2000. result shows that students’...

26

Upload: lytuyen

Post on 17-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were
Page 2: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were
Page 3: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

ii

MENINJAU TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

TERHADAP KONSEP IKATAN IONIK DAN KOVALEN

DEVA NANTHINI A/P SINNIAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

iii

Page 5: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

iv

DEDIKASI

Untuk ayah, En.Sinniah a/l Muthuswamy dan ibu, Pn.Sarooja Veerapan yang

disanjungi,

Segala jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang telah bersusah payah mendidikku

dengan penuh kasih sayang untuk kejayaan anakanda.

Buat adik yang tersayang Sivaranjini dan Subathra,

Segala dorongan adinda membolehkan kakanda terus berusaha untuk

mencapai kejayaan

serta nenda yang disayangi Pn. Palaniammal dan Pn. Perumayee

Restu nenda sentiasa bersama cucuda untuk menhadapi segala kesusahan.

Buat Rakan seperjuangan (keluarga SPC tahun 2001-2006) yang ku tidak akan lupai

buat selama-lama terutamanya

Vignesvaran serta Anne Marie Dawson

dan tidak dilupai kawan karib yang bersama ku pada setiap detik dalam hidup ku

Sangkeetha a/p Subramanial, Yogeswari a/p Muniandy dan Ghandini a/p Vijaysuria

Jutaan terima kasih di atas segala pertolongan dan dorongan anda sekalian secara

langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh pengajian yang tidak akan dilupai

dalam hidup saya

Page 6: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

penyelia disertasi, P.M.Aziz Nordin atas bimbangan, dorongan, sokongan serta

nasihat yang beliau berikan tanpa berasa jemu sejak dari awal kajian ini dirancang

sehingga projek ini tamat.

Penghargaan yang tidak terhigga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementeriaan Pelajaran Malaysia dan Jabatan

Pelajaran Negeri atas kebenaran bertulis bagi menjalankankajian ini.

Terima kasih tidak terhingga juga sata rakamkan untuk semua Pengetua,

Penolong Kanan Akademik, Ketua Jabatan Sains, guru-guru mata pelajaran kimia dan

pelajar-pelajar atas kerjasama yang telah diberikan.

Akhir sekali, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat dalam menjayakan projek penyelidikan ini, terutamya rakan saya

Vignesvaran a/l Suppiah yang sentiasa bersama dan membantu saya sepanjang projek

ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman pelajar-pelajar

tingkatan empat dalam pembelajaran tajuk ikatan ionik dan kovalen. Seramai 100 orang

pelajar terbaik dari 3 buah sekolah di daerah Kulai, Johor telah terlibat dalam kajian ini.

Penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik bagi

mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep asas ikatan ionik dan kovalen serta

perkaitannya dengan keelektronegatifan dan kesan elektron valens. Data-data yang

diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer iaitu Statistical

Package for Social Science ( SPSS ) versi 13.0 dan Microsoft Excel 2000. Hasil analisis

menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai tahap pemahaman yang lemah dalam topik

ikatan ionik dan kovalen. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tujuan kajian

lanjutan serta untuk dijadikan sebagai panduan kepada pihak guru serta pelajar untuk

memperbaiki kelemahan dalam proses pembelajaran topik ini.

Page 8: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

vii

ABSTRACT

The focus of this study is to overview the understanding level on ionic and

covalent bonding topic among Form Four students. Total of 100 students from three

schools in the district of Kulai were selected as the sample of this research. This

research were implemented by using questionnaires to identify the students’

understanding on the topic of ionic and covalent bonding including the relation between

electro negativity and the influence of the valance electron. Data obtained were

analyzed by using computer software called Statistical Package for Social Science

( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’

understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

suggested for further study and as guidance to aid the teachers and students to improve

the understanding on this topic and to help solve problems during learning process.

Page 9: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENERAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

Page 10: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

ix

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Pelajar 9

1.8.2 Konsep 9

1.8.3 Kerangka Alternatif 9

1.8.4 Ionik 10

1.8.5 Kovalen 10

1.8.6 Keelektronegatifan 10

1.8.7 Elektron valens 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.0 Pengenalan 11

2.1 Matlamat Kurikulam Kimia 12

2.2 Objektif Kurikulam Kimia KBSM 12

2.3 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 14

2.4 Pengetahuan Asas dan Kefahaman Konsep 15

Ionik dan Kovalen

2.4.1 Ionik dan Kovalen 15

2.5.2 Keelektronegatifan 17

2.5.3 Elektron Valens 17

2.5 Tahap Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 18

Ionik dan Kovalen

2.6 Faktor Minat dan Sikap Pelajar 22

2.7 Faktor Guru 23

Page 11: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

x

2.8 Faktor Bahasa dan Istilah 25

2.9 Rumusan 26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 27

3.0 Pengenalan 27

3.1 Rekabentuk Kajian 28

3.2 Tempat Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Kaedah Analisis Data 33

3.8 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA 35

4.0 Pengenalan 35

4.1 Analisis Data 36

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36

4.3 Analisis Kecenderungan Minat dan Persepsi Pelajar 38

Mempelajari Kimia

4.3.1 Analisis faktor minat terhadap mata pelajaran 40

kimia

4.3.2 Analisis tentang faktor peranan guru dalam 41

mempelajari kimia

4.3.3 Analisis faktor bahasa serta istilah dalam 44

mempelajari kimia

Page 12: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xi

4.3.4 Analisis faktor topik Ikatan Kimia 45

4.3.5 Analisis faktor rakan dalam mempelajari kimia 46

4.4 Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Tajuk 47

Ikatan Kimia

4.4.1 Analisis mengenai konsep asas ikatan kimia 47

4.4.2 Analisis mengenai kefahaman tentang 53

keelektronegatifan

4.4.3 Analisis mengenai kefahaman tentang konsep 56

elektron valens

4.4.4 Analisis mengenai kemahiran melakarkan 60

gambarajah struktur ikatan kimia

4.4.5 Analisis mengenai hubungkait elektron dan 63

keelektronegatifan dengan konsep Ikatan

Ionik dan Kovalen

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 67

5.0 Pengenalan 67

5.1 Perbincangan 67

5.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar 68

terhadap mata pelajaran kimia

5.1.2 Kefahaman pelajar mengenai konsep asas ikatan 70

ionik dan kovalen

5.1.3 Kefahaman konsep keelektronegatifan di kalangan 74

pelajar

5.1.4 Kefahaman konsep elektron valens di kalangan 75

pelajar

5.1.5 Hubungkait elektron valens dan keelektronegatifan 76

dengan konsep ikatan ionik dan kovalen

5.2 Kesimpulan 77

Page 13: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xii 5.3 Implikasi Kajian 79

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 81

RUJUKAN 82-86

LAMPIRAN 87- 105

Page 14: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xiiiSENERAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 30

3.2 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 30

3.3 Julat min dan tahap persetujuan bagi item skala persetujuan Likert 33

3.4 Jadual penentuan tahap kefahaman (Markah piawai SPM) 33

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina dan kaum 36

4.2 Keputusan mata pelajaran Sains dalam PMR 37

4.3 Keputusan responden bagi mata pelajaran Kimia pada peperiksaan 37

pertengahan tahun

4.4 Peratus taburan responden mengenai minat terhadap mata 40

pelajaran Kimia

4.5 Peratus taburan responden mengenai peranan guru dalam 43

mempelajari Kimia

4.6 Peratus taburan responden mengenai bahasa dan istilah dalam 44

mata pelajaran Kimia

4.7 Peratus taburan pendapat responden mengenai topik Ikatan Kimia 45

4.8 Peratus taburan pendapat responden mengenai peranan rakan 46

dalam mempelajari Kimia

4.9 Kategori pengkelasan data responden dan label yang diberikan 48

Page 15: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xiv4.10 Taburan respon pelajar tentang gambarajah yang diberikan 48

4.11 Taburan jawapan serta alasan pelajar mengenai perwakilan tali 49

dalam gambarajah yang diberi

4.12 Jawapan responden yang kurang tepat dalam perwakilan tali 50

4.13 Taburan peratusan respon responden mengenai istilah Ikatan 50

Kimia

4.14 Respon responden mengenai ikatan kimia bagi contoh sebatian 51

yang diberi.

4.15 Peratusan taburan jawapan bagi jenis ikatan yang terbentuk 52

4.16 Taburan idea responden mengenai gambarajah simulasi 53

yang diberi.

4.17 Kekerapan jawapan responden bagi perwakilan gambarajah 54

yang diberi.

4.18 Perwakilan kategori yang kurang tepat dalam perwakilan magnet 54

dan gegelung besi

4.19 Taburan data bagi definisi keelektronegatifan 55

4.20 Jawapan responden yang kurang tepat bagi definisi 55

keelektronegatifan

4.21 Kekerapan jawapan responden bagi jenis ikatan yang terbentuk 56

4.22 Taburan jawapan bagi penglabelan gambarajah 57

4.23 Taburan data bagi definisi elektron valens 57

4.24 Jawapan responden yang kurang tepat bagi definisi elektron 58

valens

Page 16: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xv

4.25 Jawapan responden terhadap soalan susunan elektron valens 58

4.26 Taburan kekerapan jawapan bagi penentuan bilangan elektron 59

valens

4.27 Taburan lakaran gambarajah sebatian yang diberikan oleh 60

responden

4.28 Lakaran gambarajah sebatian yang salah 61

4.29 Taburan responden mengenai lakaran gambarajah petala 62

elektron dan pembentukan sebatian

4.30 Taburan responden mengenai jenis ikatan bagi bilangan elektron 63

valens yang diberi.

4.31 Kekerapan respon responden bagi menyatakan dua aspek yang 64

terlibat dalam pembentukan sebatian

4.32 Kekerapan jawapan responden bagi penerangan fenomena 65

antara sebatian

4.33 Jadual kesimpulan analisis bagi tahap pencapaian respon dalam 66

item bahagian C

5.1 Contoh kerangka alternatif di kalanagan pelajar dalam 72

melakarkan sebatian dan lakaran yang betul

Page 17: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xviSENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pembentukan ikatan ionik 16

2.2 Pembentukan ikatan kovalen 16

2.3 Skala Pauling 17

2.4 Kekisi Natrium Klorida 20

2.5 Konfigurasi elektron 22

4.1 Keputusan Sains responden dalam peperiksaan PMR 37

4.2 Keputusan mata pelajaran kimia bagi peperiksaan 38

pertengahan tahun responden mengikut gred

Page 18: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xviiSENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KPM - Kementeriaan Pendidikan Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

MgO - Magnesium oksida

O2 - Molekul gas oksigen

AlCl3 - Aluminium triklorida

Cl2 - Molekul gas klorin

CH4 - Metana

CCl4 - Karbon tetraklorida

Mg - Magnesium

Page 19: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

xviiiSENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik kajian 88

B Nama sekolah 89

C Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan 90

Dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPPDP)

D Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 91

E Surat kebenaran daripada Sekolah 92

Page 20: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah mencapai wawasan 2020. Asas

sains dan teknologi adalah tunjang kepada impian negara kita untuk mencapai status

negara maju yang mampu menggegar di arena global. Kepesatan pembangunan sains dan

teknologi perlu berkembang seiring dengan arus permodenan dalam era globalisasi ini.

Dengan ini, generasi muda seharusnya bersedia menempuh pelbagai rintangan dan

dugaan jika inginkan negara kita dikenal di mata dunia. Pengalaman, kebolehan serta

kecerdasan pelajar adalah antara persediaan untuk menghadapi cabaran di dunia yang

pesat membangun ini. Aplikasi ilmu sains dan teknologi dalam menghadapi masalah

harian dan kebolehan mengaitkan ilmu sains dengan kehidupan harian adalah aspek

penting yang begitu diharapkan oleh kurikulum pendidikan Negara.

Pengajaran dan pembelajaran sains amat penting untuk mewujudkan masyarakat

yang berfikiran saintifik kerana melalui cara ini pelajar dapat lebih memahami fenomena

harian dan menilai kejadian alam secara saintifik. Tetapi pada masa kini, ramai pelajar di

peringkat menengah tinggi enggan mengambil jurusan sains tulen kerana bagi mereka

mata pelajaran seperti kimia, fizik dan biologi dianggap terlalu susah dipelajari dan

untuk lulus dengan cemerlang (Pusat Perkembangan Kurikulam, 1996). Penyataan ini

amat membimbangkan dan boleh memandulkan hasrat Negara untuk merealisasikan

Page 21: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

2

wawasan 2020. Maka pada tahun 1999-2000, kurikulum sains KBSM disemak semula

setelah lebih 10 tahun digubal. Penyemakan ini dilaksanakan bagi memastikan

kurikulum yang digunakan dapat memenuhi keperluan negara yang memerlukan tenaga

kerja yang berpengalaman serta mahir. Kurikulum sains bertujuan melahirkan pelajar

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta

mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara saintifik dalam kehidupan

harian (PPK 1996).

Pengalaman, kebolehan serta kecerdasan amat mempengaruhi cara seorang

mempelajari, mentafsir, menganalisis, memahami sesuatu perkara dan mencerap

pengetahuan yang diajar (Aziz Nordin, 1992). Kimia merupakan salah satu bidang sains

yang menarik yang diajar di kalangan para pelajar sekolah menengah. Hakikatnya subjek

kimia merupakan mata pelajaran yang amat penting untuk pelajar yang ingin

melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, aliran biologi, kejuruteraan dan

sebagainya (Garfoth, 1980). Masalah yang sering timbul dalam pengajaran kimia adalah

kandungan mata pelajaran tersebut yang mengandungi konsep yang sukar untuk

difahami dan yang rumit untuk dipelajari (Aziz Nordin, 1987). Kimia juga melibatkan

persoalan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah (Aziz Nordin, 2000).

Konsep-konsep asas dalam kimia sepatutnya didedahkan kepada pelajar sejak awal lagi

supaya ia dapat dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian, dengan

demikian apabila pelajar-pelajar ini mempelajari kimia di sekolah, mereka tidak

merasakan konsep ini bercanggah dengan kepercayaan budaya serta idea mereka

(PPK,1996).

Kajian oleh Osborne et al.(1983), menunjukkan bahawa pelajar telah membina

konsep sains sendiri yang berasaskan kepada persepsi dan pengalaman sebelum mereka

memasuki alam persekolahan lagi. Selain itu, melalui kajian Taber (1994) dalam

‘Children’s Learning in Science project (CLISP) menyatakan bahawa ramai pelajar

menerima pengetahuan tanpa disoal selidik walaupun ia bercanggah dengan pengalaman

sebelum ini. Bueger dan Mabille (1989), menyatakan bahawa kebanyakan konsep yang

dibina adalah kekal, tetap dan sukar diubah jika pelajar-pelajar diajar secara kaedah biasa

di sekolah.

Page 22: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Idea konstruktivisme mengatakan bahawa pelajar-pelajar membina

pengetahuan mereka sendiri, yakni pengetahuan tersebut tidak boleh wujud di luar

minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Selain itu,

menurut Nor Bakar (1993) pelajar memilih dan menyusun maklumat serta membina

idea sendiri berpandukan kepada maklumat tersebut. Setiap orang pelajar mempunyai

idea serta pendapat yang berbeza mengenai sesuatu fenomena. Ini adalah kerana,

pengalaman yang dialami oleh setiap orang pelajar adalah berbeza-beza mengikut

keadaan. Oleh yang demikian konsep sains yang dibina oleh pelajar secara informal

bercanggah dengan konsep sains yang diperkenalkan oleh saintis.

Interaksi pelajar dengan alam sekitar serta individu yang lain dapat

membentuk idea terhadap alam semesta dari segi persepsi dan interpretasi. Persepsi

adalah hasil pemerhatian, manakala interpretasi ialah hasil taksiran minda. Seorang

pelajar dapat membina idea dalam minda mereka yang mengandungi maksud dan

kefahaman mengenai dunia luar berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui. Maka

setiap pelajar dapat membina struktur kognitif sendiri walaupun mengenai perkara

yang sama. Keadaan sebegini iaitu penjanaan idea yang berbeza dipanggil kerangka

alternatif atau miskonsepsi. Pertindihan idea antara pelajar dan para pendidik sains

mengelirukan pelajar dan mengganggu pemahaman sains mereka.

Teori atau konsep yang dipegang oleh pelajar mempengaruhi proses

pembelajaran dalam bilik darjah. Maklumat serta penjelasan yang diterima oleh

pelajar pada peringkat awal memainkan peranan kerana ia dijadikan sebagai

pengetahuan asas bagi sesuatu konsep. Oleh yang demikian, jika penjelasan guru

tidak selari dengan teori yang dipegang oleh pelajar, kesannya ialah pelajar akan

menghadapi masalah kesalahfahaman konsep (Aziz dan Hasnah,1990). Selain itu,

menurut Sharifah Feton dan Mohd Yusof (1996), ‘Prior Idea’ yang tidak selari

dengan idea sains yang masih kekal pada pelajar walaupun mereka mengikuti kelas

secara formal akan membawa masalah dalam pembelajaran. Jika keadaan sedemikian

berterusan, pelajar akan mula hilang minat serta akan merasakan fobia dengan subjek

sains mahupun kimia kerana mereka akan bertanggapan bahawa sains adalah satu

subjek yang amat sukar.

Page 23: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

4

Para pendidik harus mengenalpasti serta mengkaji masalah yang dihadapi oleh

para pelajar dalam mata pelajaran berasaskan sains. Guru perlu memperkenalkan

konsep sains yang bersesuaian untuk mengubah kerangka alternatif pelajar, jika tidak

para pelajar akan menghadapi kesukaran dalam memahami konsep tersebut dan

dalam mengasimilasikan maklumat baru. Keadaan sebegini menyebabkan pelajar

kekal dengan pegangan idea yang tidak tepat yang telah dikenali lebih awal lagi.

Konsep yang terbentuk melalui pengalaman dan aplikasi dalam kehidupan

harian sukar dapat diubah oleh guru walaupun diajar dengan konsep yang betul. Ini

menunjukkan murid mempunyai dua domain pengetahuan. Satu diperolehi melalui

pengalaman dan lagi satu melalui pengajaran sains di sekolah. Pada pandangan

seorang pelajar, konsep dan idea yang telah dibina akan tetap betul untuk diri mereka

walaupun sebenarnya konsep tersebut tidak tepat dan amat sukar untuk diubah

walaupun konsep tersebut tidak selari dengan teori sains sebenar (Simpson dan Marek,

1988).

Pelajar sering kali gagal mentafsir sesuatu konsep dengan baik dan ini

menyebabkan mereka gagal menguasainya dan seterusnya tidak dapat menyelesaikan

masalah yang berkaitan (Aziz dan Hasnah,1990). Antara topik yang menjadi igauan

para pelajar dalam subjek kimia ialah ikatan kimia. Konsep dalam topik ini, tanpa

disedari akan diaplikasikan dalam keseluruhan pembelajaran kimia. Kajian lepas oleh

para penyelidik barat menunjukkan topik ikatan ionik dan kovalen merupakan antara

topik yang sering kali pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsepnya

(Taber, 1994). Seiring dengan permasalahan ini, penyelidik akan menjalankan kajian

khusus terhadap konsep ikatan ionik dan kovalen untuk meninjau setakat manakah

pemahaman pelajar terhadap konsep ini.

Page 24: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

5

1.2 Penyataan Masalah

Pembelajaran mengenai ikatan ionik, kovalen dan hubungan di antaranya

merupakan subtopik kecil daripada topik ikatan kimia yang dipelajari oleh pelajar

tingkatan empat. Konsep asas ikatan didedahkan buat pertama kali kepada pelajar

dengan harapan ianya dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dan

memahami fenomena alam sekitar secara lebih sistematik dan kreatif (PPK, 1992).

Hasil kajian yang dijalankan oleh Taber (1994) dan Wolfenden (1969)

menunjukkan pelajar-pelajar di peringkat atas mempunyai konsep yang kabur

terhadap ikatan ionik dan kovalen. Walaupun pelajar telah didedahkan mengenai

beberapa perkaitan mengenai konsep ini di bawah topik jadual berkala unsur namun

mereka masih gagal menguasainya dengan baik. Keadaan ini mungkin terjadi kerana

pelajar tidak dapat mengaitkan beberapa perkara penting seperti keelektronegatifan

dan elektron valens yang merupakan asas dalam memahami topik ini. Untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari konsep ini,

maka satu kajian khusus perlu dijalankan di kalangan pelajar sekolah menengah

terutamanya pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki peperiksaaan SPM pada

tahun seterusnya.

Dengan itu, diharapkan agar hasil kajian yang diperolehi ini dapat membantu

guru-guru kimia merancang pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar serta

dapat membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang optimum dalam bilik

darjah. Pengajaran di bilik darjah tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal

mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan, (Mok Soon Seng, 2002). Matlamat

utama proses pengajaran dan pebelajaran adalah agar pelajar dapat menguasai dan

memahami konsep sains dan lebih mujarab jika mereka dapat mengaplikasi ilmu yang

dipelajari dalam aktiviti harian.

Page 25: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

6

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap pemahaman

pelajar tingkatan empat aliran sains dalam mata pelajaran kimia terhadap konsep

ikatan ionik dan kovalen

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengkaji kefahaman pelajar mengenai konsep asas ikatan ionik dan kovalen.

2. Mengkaji kefahaman pelajar terhadap konsep keelektronegatifan dan

elektron valens dalam ikatan ionik dan kovalen.

3. Mengkaji kefahaman terhadap hubungkait antara keelektronegatifan dan

elektron valens dalam memahami ikatan ionic dan kovalen.

4. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata

pelajaran kimia.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian yang cuba dicari jawapannya

berdasarkan objektif kajian yang telah disebut sebelum ini seperti yang berikut :

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata

pelajaran kimia?

2. Sejauh manakah pelajar memahami konsep asas ikatan ionik dan kovalen?

3. Adakah pelajar mengetahui hubungan antara keelektronegatifan dan elektron

valens dengan konsep ikatan ionik dan kovalen?

Page 26: ii - fp.utm.my · ( SPSS ) version 13.0 and Microsoft Excel 2000. Result shows that students’ understanding on ionic and covalent bonding is weak. Recommendations were

7

4. Mampukah pelajar menghubungkaitkan sifat kelektronegatifan dan pengaruh

elektron valens dalam pembentukan ikatan?

5. Adakah pengetahuan asas berkenaan dengan ikatan kimia dikuasai?

6. Mampukah pelajar mengaitkan rangsangan fizikal yang diberi dengan konsep

kimia yang dipelajari .