ii · 2008-04-30 · masalah untuk menentukan keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) di...

27

Upload: doanque

Post on 24-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ii

KEPERLUAN AKTIVITI KOKURIKULUM (BERUNIFORM) KEPADA

PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DI DAERAH LANGKAWI

OSMAYATI OTHMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

iii

iv

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ayahanda dan Bonda,

Othman Bin Hussin, Chah Binti Hassan,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan terima kasih atas segalanya.

Buat Kekanda dan Adindaku,

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat Rakan Tersayang,

Terima kasih atas segalanya.

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Dr. Lokman

Bin Mohd Tahir yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan

nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui

dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri

Kedah, Pengetua- Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dan

membantu secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan

kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini ke

menara gading dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang banyak memberi

dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.

vii

ABSTRAK

Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber

manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Masalah untuk menentukan keperluan aktiviti

kokurikulum (beruniform) di sekolah yang telah lama wujud dan dikenali sebagai

aktiviti luar bilik darjah di negara kita. Secara umumnya kajian ini adalah untuk

mengetahui keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) pelajar di sekolah menengah.

Kajian ini telah dijalankan ke atas 301 orang pelajar tingkatan empat di sekolah

menengah kebangsaan di daerah Langkawi. Kajian ini dijalankan secara deskriptif

menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian kemudiannya di

analisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social

For Window Version 13.0 (SPSS 13.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek

kepimpinan berada pada tahap tinggi di mana ia merupakan aspek penting yang

mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan menyertai aktiviti kokurikulum.

Aspek memupuk nilai intergrasi kaum pula berada pada tahap sederhana. Aspek disiplin

berada pada tahap rendah dan ini menunjukkan aktiviti kokurikulum merupakan satu

keperluan bagi pelajar di sekolah. Kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak

tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan dengan mewujudkan program baru

dalam aktiviti kokurikulum yang boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan

pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang.

viii

ABSTRACT

In order to realize the National Philosophy of Education, co-curriculum considered as

the most effectual especially in the context of produced a balance students from

physical, emotion, spiritual, intellectual and social aspect that enable to create skillful

human resource in Malaysia. Generally, this studys was to investigate co-curriculum

activities need for student in the secondary school. This study was carried out of 301

form four students from secondary school in the district of Langkawi. This descriptive

study was carried out by using questionnaire as the main instrument for in gathering the

quantitative data. The collected data were analyzed by using SPSS software (Statistical

Package for Social Science, Version 13.0). Research finding showed, in the aspects of

leadership was indicated as the most important factor that influencing students

participation in co-curriculum activities. However, the discipline aspect was at the

lowest level. Research finding suggesting that certain parties should create a new

programme in order to strengthen and enhance student participation through co-

curriculum activities.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

x

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Keperluan 9

1.8.2 Aktiviti 9

1.8.3 Kokurikulum 9

1.8.4 Badan 10

1.8.5 Beruniform 10

1.8.6 Pelajar 10

1.9 Kesimpulan 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kokurikulum Di Sekolah 12

2.3 Aktiviti Kokurikulum 13

2.4 Peranan Aktiviti Kokurikulum 14

2.5 Disiplin Pelajar 15

2.6 Konsep Nilai Intergrasi 19

2.7 Konsep Masyarakat Majmuk 23

2.8 Konsep Kepimpinan 24

2.9 Kajian-Kajian Lepas 24

2.10 Kesimpulan 27

xi

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi Kajian 29

3.4 Sampel Kajian 30

3.5 Tempat Kajian 31

3.6 Instrumen Kajian 31

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Kajian Rintis 34

3.9 Pengumpulan Data 35

3.10 Penganalisisan Data 35

3.11 Penutup 38

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Bahagian A 40

4.3 Analisis Bahagian B 41

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 47

xii

5 Rumusan, Perbincangan Dan Cadangan

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan 50

5.3 Perbincangan 51

5.4 Kokurikulum Memupuk Kepimpinan 52

5.5 Kokurikulum Meningkatkan Tahap Disiplin 53

5.6 Kokurikulum Memupuk Nilai Intergrasi 54

5.7 Cadangan Tindakan 55

5.8 Cadangan Dan Kajian Lanjutan 56

5.9 Kesimpulan 58

RUJUKAN 59

LAMPIRAN

LAMPIRAN B Borang Soal Selidik 63

LAMPIRAN C Surat kebenaran Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 69

LAMPIRAN D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman 71

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Sekolah dan Jantina 30

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang Responden 31

3.3 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan Faktor Keperluan Aktiviti

Kokurikulum Dalam Unit Beruniform 32

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 32

3.5 Alfa Cronbach. 34

3.6 Pengkelasan Skor Skala Likert 36

3.7 Analisis petanda Skor Min 36

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 37

3.9 SkalaPenyelidik 37

4.1 Maklumat latar belakang responden 40

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Kepimpinan Kokurikulum 41

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Memupuk Nilai Intergrasi

Kaum. 43

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Berkaitan Tahap Disiplin Pelajar.

45

xiv

4.5 Purata peratusan dan min responden bagi persoalan kajian mengenai

keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) kepada pelajar tingkatan

empat di sekolah menengah kebangsaan di daerah langkawi. 47

xv

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Educational Planning and Research Department

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Soal selidik

B Surat Kebenaran menjalankan Kajian Dari

Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan

EPRD

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mendefinisikan kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat

mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Aktiviti kokurikulum

adalah aktiviti yang bercorak pendidikan dan juga adalah sebahagian daripada

pengalaman pembelajaran. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik

darjah, seperti gerak kerja unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

Ianya turut boleh dilaksanakan sebagai lanjutan kepada proses pembelajaran dan

pengajaran di bilik darjah serta sebagai pelengkap kepada usaha menanam dan

mengukuhkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1989) gerak kerja kokurikulum

adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman

pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik

darjah seperti bidang badan beruniform, badan persatuan dan kelab serta bidang sukan

2

dan permainan. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada

kokurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri. Beberapa badan induk

yang menaungi persatuan atau kelab yang bergerak di sekolah membantu merancang dan

melaksanakan gerak kerja kokurikulum yang disertai oleh pelajar seperti Pengakap,

Pandu Puteri, Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Polis, Puteri Islam, Persatuan Seni Bela

Diri dan sebagainya. Walaupun aktiviti yang dijalankan dirancang berpandukan kepada

kehendak dan keperluan kokurikulum, tetapi gerak kerja tersebut didapati telah

dilaksanakan secara berasingan.

Bagi Md. Idris (1985), kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang

berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa

persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik. Namun

begitu sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan

berasaskan mata pelajaran akademik.

Mengikut Kerr (1985), kokurikulum pada umumnya adalah segala aktiviti dan

pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi

pendidikan agar sesuatu tujuan tertentu dapat dicapai. Aktiviti-aktiviti serta pengalaman

pembelajaran yang boleh dilakukan secara perseorangan atau kelompok sama ada di

dalam ataupun luar bilik darjah.

Berdasarkan peraturan-peraturan Pendidikan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah

1965, kegiatan kokurikulum disebut sebagai ‘kegiatan kumpulan’ yang merangkumi

aktiviti seperti kelab mata pelajaran, kegiatan kesusteraan, olah raga, permainan dan

latihan. Secara keseluruhan ada 162 jenis kegiatan kokurikulum yang boleh dipilih

pelajar merangkumi unit beruniform sebanyak 23 jenis, persatuan dan kelab, 51 jenis

persatuan sukan dan permainan, 24 jenis. Sebagai satu kegiatan kumpulan, penyertaan

yang aktif boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) mereka.

Dengan kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi di kalangan pelajar

dapat dipertingkatkan lagi. Melalui penglibatan dalam unit beruniform pula, ia dapat

3

meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat

patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar.

Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang

dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak dilaksanakan secara tidak

langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek

yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya.

Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang atau hujung

minggu. Sesetengah aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian

sesuatu aktiviti seperti kuiz, syarahan, ceramah dan sebagainya. Terdapat juga beberapa

jenis kokurikulum yang mempunyai kurikulumnya kemas lagi terancang. Contohnya

seperti pergerakan pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah, dan lain-lain lagi (Abd

Halim, 1999).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pemilihan mengikuti program kokurikulum di sekolah akan diuruskan sendiri oleh

pelajar apabila mereka berada di sekolah. Pelajar membuat pilihan berdasarkan minat

dan keinginan untuk menyertai persatuan badan beruniform. Dalam situasi seperti ini,

aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di sekolah akan dapat membantu

pengembangan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekali gus menjadi teras

bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar mencapai kecemerlangan yang

seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut. Selain bidang kokurikulum, bidang

kokurikulum juga berperanan sebagai pengimbang yang dapat mengembangkan potensi,

bakat dan minat pelajar. Ini adalah kerana, kokurikulum merupakan wadah paling

berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam

4

konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

yang akhirnya menjana tenaga sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia.

Sememangnya, kepentingan kegiatan kokurikulum memang tidak dapat

dinafikan lagi. Oleh itu, kita hendaklah menyambut hasrat Kementerian Pelajaran

Malaysia membuat kajian menyeluruh mengenai kepentingan kokurikulum supaya

sistem pendidikan negara tidak lagi berorentasikan peperiksaan semata-mata, sebaliknya

turut memberikan penekanan kepada aktiviti kokurikulum. Hal ini selaras dengan hasrat

kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, cerdas, sihat dan bermoral

yang menjadi teras pembangunan dalam rancangan Malaysia kesembilan.

Menurut Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn (2000) Menteri Pelajaran

Malaysia, kegiatan kokurikulum di sekolah sebelum ini ‘semakin dipinggirkan’ dan kini

telah pun berjaya dihidupkan semula. Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan

bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum dan telah diagihkan

secara berperingkat-peringkat kepada sekolah. Peruntukan berkenaan membabitkan

pecahan RM10 bagi setiap murid sekolah rendah, manakala RM12 bagi pelajar sekolah

menengah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM26 juta setahun bagi tiga aktiviti

teras kokurikulum iaitu persatuan, unit beruniform, dan sukan.

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin,diangotai

dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi

pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah

Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti

yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998

menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara

bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari ketogeri yang berikut:- 1) Mata

pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-

Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, 2) Hobi dan rekreasi; 3) Sukan

dan permainan; 4) Badan beruniform; atau 5) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan

oleh pendaftar.

5

Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha

kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah

dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka

menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid

yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan

yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan.

Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan

kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah,

apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus

dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara

bersepadu dan berterusan. Matlamat pendidikan yang berperanan melahirkan modal

insane yang berkualiti adalah tanggungjawab semua pihak. Melihat betapa pentingnya

keperluan aktiviti kokurikulum pada masa kini, eloklah sekiranya kita mengkaji

keperluan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar sekolah menengah yang telah

melibatkan diri dengan aktiviti yang diadakan di sekolah.

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah banyak mendedahkan pelajar

dengan kegiatan bercorak positif dan kebanyakkan intipati yang terkandung di dalam

setiap kurikulum persatuan, kelab, unit beruniform dan permainan adalah berkaitan

dengan pembelajaran pelajar. Apa yang dipelajari oleh pelajar dalam aktiviti yang

dipelajari dalam kelas formal. Menteri pendidikan, para cendiakawan serta masyarakat

umum telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan

ketidakseimbangan yang terdapat diantara pelajaran akademik dengan kegiatan

kokurikulum. Ia juga dinyatakan di dalam laporan jawatankuasa Kementerian

Pendidikan Malaysia (1979). Yang mana kegiatan kokurikulum adalah penting untuk

memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ”espirit de crops” di antara murid-

murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang

berlainan. Kegiatan kokurikulum juga melatih pelajar supaya bersikap

6

bertanggungjawab. Selain itu kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin,

berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan tahap disiplin pelajar sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir kesemua

pasukan unit beruniform diwajibkan berkawat atau asas perbarisan dan mementingkan

perlaksanaan disiplin di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung pula dapat

dilaksanakan melalui pengawasan peraturan terhadap ahli persatuan mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Che Mohd Amil (1991), menyatakan di negara kita kesedaran terhadap betapa

pentingnya menyediakan anak-anak muda supaya mempunyai sikap bertanggungjawab

telah lama wujud dan direalisasikan dengan usaha-usaha di pelbagai peringkat. Sama

ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan di kalangan pelajar-pelajar.

Usaha memupuk sikap ini telah dilakukan melalui kegiatan kokurikulum dengan aktiviti

yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Malangnya ramai pelajar yang terpengaruh

dengan pendapat yang menyatakan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum

tidak mendatangkan apa-apa faedah dan hanya membazirkan masa dan wang ringgit.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat

cergas dalam kegiatan kokurikulum ini berbanding dengan bilangan sebenar pelajar di

sekolah itu. Bagi Mashitah (1994) pula, terdapat juga pelajar yang terlibat dalam

kegiatan kokurikulum berkecenderungan aktif dalam sukan tetapi tidak berminat dalam

kegiatan lain seperti unit beruniform atau persatuan akademik dan begitu sebaiknya.

Berdasarkan maklumat diatas, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

keperluan aktiviti kokurikulum (beruniform) kepada pelajar tingkatan empat di Sekolah

Menengah Kebangsaan di Daerah Langkawi. Penekanan terhadap kepimpinan, disiplin

7

dan intergrasi kaum telah dikenalpasti sebagai aspek untuk mengetahui keperluan

aktiviti kokurikulum (beruniform).

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif yang bertujuan :-

1.4.1 Mengkaji peranan aktiviti kokurikulum dalam menerapkan kualiti kepimpinan di

kalangan pelajar.

1.4.2 Mengkaji peranan aktiviti kokurikulum dalam memupuk nilai intergrasi di

kalangan pelajar.

1.4.3 Mengkaji peranan aktiviti kokurikulum dalam meningkatkan tahap disiplin

pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ditimbulkan di dalam kajian ini adalah seperti berikut:-

1.5.1 Adakah aktiviti kokurikulum dapat menerapkan kualiti kepimpinan di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Langkawi?

1.5.2 Adakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk nilai intergrasi di kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Langkawi?

1.5.3 Adakah aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan tahap disiplin para pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Langkawi?

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan aktiviti

kokurikulum di sekolah. Hasil kajian akan dapat mengetahui perubahan sikap pelajar

dari aspek memupuk kepimpinan, memupuk nilai intergrasi dan meningkatkan tahap

disiplin melalui penglibatan pelajar dalam program kokurikulum (beruniform) di

sekolah. Kajian yang dilaksanakan penting kepada semua guru dan pelajar sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan panduan kepada pihak sekolah untuk

mengetahui kepentingan bagi keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah. Terdapat

beberapa batasan kajian yang dikenalpasti dalam kajian ini. Di antaranya termasuklah

kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat sahaja di empat buah

sekolah di dalam daerah Langkawi. Ini adalah kerana pelajar tingkatan empat perlu

menunjukkan ciri-ciri kepimpinan bagi menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan

kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka

menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid

yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.8 Definisi Istilah

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa istilah yang perlu

difahami maksudnya yang sebenar.

9

1.8.1 Keperluan

Keperluan berasal dari perkataan ‘perlu’. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga

(1994), perlu ialah keharusan, menjadi kemestian dan sangat menghendaki untuk

melaksanakan sesuatu tugasan atau menyempurnakan sesuatu rancangan.

1.8.2 Aktiviti

Perkataan aktiviti berasal daripada perkataan inggeris ‘activity’ yang bermaksud

kerja yang dilakukan pekerjaan atau kegiatan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

1996). Dalam konteks kajian ini ia merangkumi kegiatan sukan, persatuan dan

permainan yang dirancang oleh pihak sekolah dan penglibatan pelajar di luar sekolah.

1.8.3 Kokurikulum

Menurut Yusof (1985), perkataan asal kurikulum adalah diambil dari perkataan

latin iaitu ‘curere’ yang bermaksud menjalankan dan mempunyai hubungan dengan

pertandingan atau perlumbaan. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan perkataan ‘ko’

sebagai gabungan hubungan yang biasa digunakan pada pangkal perkataan. Oleh itu

dalam konteks kajian ini kokurikulum adalah aktiviti berasaskan pendidikan jasmani,

disamping membentuk pelajar dengan kebolehan intelek, emosi dan sosial diluar bilik

darjah yang dirancang. Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan

gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di

luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan

sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah

seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran

dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform,

persatuan, kelab, sukan dan permainan.

10

1.8.4 Badan

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan

berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,

kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling

bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan

mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi

memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

Badan menurut Kamus Dewan menubuhkan sesuatu pertubuhan persatuan yang menjadi

sebagai perbadanan.

1.8.5 Beruniform

Beruniform menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) merujuk kepada

pemakaian pakaian seragam atau memakai uniform khas.

1.8.6 Pelajar

Pelajar atau murid bermaksud seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya

pendidikan atau latihan diberikan di suatu institusi pendidikan (Rang Undang-undang

Pendidikan, 1995)

Dalam kajian ini pelajar adalah merujuk kepada pelajar-pelajar tingkatan empat

di sekolah menengah.

11

1.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya bab ini melihat sejauh manakah kejayaan atau keperluan

institusi sekolah dan pendidikan melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berdisiplin,

berkarisma, bertanggungjawab dan berketrampilan dikatakan mempunyai hubungkaitnya

dan kegiatan kokurikulum di sesebuah sekolah. Adakah penglibatan pelajar secara aktif

atau sangat aktif ditentukan oleh faktor-faktor tertentu atau sekadar memastikan pelajar

tidak terlibat dengan gejala sosial yang merosakkan? Benarkah sifat-sifat kepimpinan

pelajar sepereti bertanggungjawab, yakin diri, berani membuat keputusan, berdisiplin,

jujur dan sebagainya disemai ke dalam diri apabila mereka melibatkan diri dalam

kegiatan kokurikulum.