i pengintegrasian kemahiran berfikir secara kritis dan ... · reka cipta di sekolah menengah daerah...

31

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

 

Page 2: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

 

Page 3: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

i

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

(KBKK) DALAM PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA

DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ABD HARIS BIN M. HORSI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

 

Page 5: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

iii

DEDIKASI

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana dikelilingi oleh orang yang menyayangi dan memahami diri ini

Ayahanda dan Bonda yang diKasihi M. Horsi bin M. Rasul & Samiah bt Sulami

Kakanda dan Adindaku yang diSayangi Nor Samsiyah, Siti Suraiyah, Harina & Syazwi Aiman

Teman`Teman Seperjuangan yang Sama Mengharungi Zulhazmi, Nasir, Donald, Farah, Azah, Ameza,

Linda, Saiful, Tuan Noor, Suriani, Samsul, Ronnel, Rashidi, Ezuan, Ieda, Nurul, Watson, Reen

dan rakan-rakan sekuliah yang lain

Terima Kasih diatas Segala Sokongan, Dorongan, Pengorbanan & Doa Kalian

Semoga kejayaan ini menjadi Satu Rahmat buat kita Semua

Page 6: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

iv

PE�GHARGAA�

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, di atas limpah kurnia dan izinNya dapat saya

menyiapkan kajian ini sebagaimana yang dirancangkan. Ribuan terima kasih saya

ucapkan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu saya bagi menyiapkan kajian yang dijalankan ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada penyelia saya iaitu

Puan Qistina Andin Abdullah kerana telah banyak memberikan pandangan, bimbingan,

panduan, tunjuk ajar, komen dan juga bahan-bahan rujukan bagi menyiapkan kerja-kerja

penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada Dr. Mohd Zolkifli dan Puan

Nornazirah yang telah membantu saya memberikan panduan dalam penyediaan borang

soal selidik untuk kajian.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru,

pelajar-pelajar serta pihak pentadbiran sekolah di atas bantuan dan sokongan yang

diberikan dalam melancarkan perjalanan kajian ini. Terima kasih juga khusus buat Encik

Saiful di atas kerjasama yang diberikan semasa saya menjalankan kajian rintis di SMK

Permas Jaya, Johor. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kementerian-

kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat kerana telah memberikan kebenaran

kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya, khususnya

buat ayah, ibu serta adik beradik di atas kesabaran, sokongan, kerjasama serta doa yang

diberikan. Tidak dilupakan teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberikan

bantuan, panduan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.

Semoga kejayaan ini sebagai satu rahmat buat kita semua.

Page 7: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana guru Reka Cipta

melaksanakan pengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif semasa

mengajar mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah

gabungan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk kajian ini. Sampel kajian

adalah terdiri daripada 74 orang pelajar tingkatan 5 yang dipilih berdasarkan kaedah

persampelan rawak mudah manakala seramai 4 orang guru yang mengajar mata

pelajaran Reka Cipta dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Data-data

kajian diperolehi melalui soal selidik dan temubual separa berstruktur. Dapatan daripada

kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.961. Data-data yang

diperolehi dari soal selidik di analisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5

untuk mendapatkan statistik deskriptif manakala data-data yang diperolehi dari temubual

pula di analisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian

mendapati guru mata pelajaran Reka Cipta kurang mengintegrasikan konsep dan

kemahiran pemikiran kritis dan kreatif semasa mengajar. Kajian juga mendapati kaedah

pengajaran yang kerap dilaksanakan oleh guru ialah kaedah Projek. Dapatan dari

temubual mendapati guru masih kurang bersedia dari aspek pengetahuan dan minat.

Halangan utama yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Reka Cipta dalam

mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah minat dan

penglibatan murid.

Page 8: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify how Invention teachers integrate

critical and creative thinking in Invention subject at Johor Bahru secondary schools. A

combination of quantitative and qualitative approach was used in this study. The sample

consisted of seventy-four (74) form five students who taking Invention subject and they

were selected randomly while four (4) Invention teachers were selected based on

purposive sampling technique. The data were collected through questionnaires and semi-

structured interviews. Pilot study showed that the reliability coefficient of alpha was at

0.961. Data collected were processed using SPSS 11.5 version in order to determine the

descriptive statistics while the interview data are analyzed using content analysis

method. This study found the Invention teachers are occasionally integrates the concepts

and skills of critical and creative thinking during the teaching process. This study also

found the Invention teachers are using Project method moderately during the teaching

process. The readiness of the Invention teachers were moderately in term of knowledge

and interest. The major barrier faced by the Invention teachers in integrates critical and

creative thinking were student’s interest and involvement.

Page 9: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

vii

KA�DU�GA�

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PERAKUA� ii

DEDIKASI iii

PE�GHARGAA� iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KA�DU�GA� vii

SE�ARAI JADUAL xi

SE�ARAI RAJAH xiv

SE�ARAI SI�GKATA� xv

SE�ARAI LAMPIRA� xvi

1 PE�DAHULUA�

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 10

Page 10: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

viii

1.8 Definisi Istilah dan Operasional 10

2 SOROTA� PE�ULISA�

2.1 Pengenalan 14

2.2 Konsep Pemikiran 15

2.3 Kemahiran Berfikir 15

2.4 Pemikiran Kritis (Kritikal) 17

2.4.1 Pemikiran Kritis Rendah 18

2.4.2 Pemikiran Kritis Tinggi 19

2.4.3 Berfikir Secara Kritis 19

2.5 Pemikiran Kreatif 25

2.5.1 Kemahiran Kreatif Mikro 25

2.5.2 Berfikir Secara Kreatif 27

2.5.3 Proses Kreatif 30

2.5.4 Idea Kreatif 32

2.6 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif 33

2.7 Kaedah Pengajaran Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif 36

2.7.1 Kaedah Bersyarah 37

2.7.2 Kaedah Soalan Aras Tinggi 39

2.7.3 Kaedah Konsep 41

2.7.4 Kaedah Pemetaan Minda 43

2.7.5 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah 44

2.7.6 Kaedah Dapatan 46

2.7.7 Kaedah Projek 48

2.7.8 Kaedah Pembelajaran Koperatif 49

2.7.9 Kaedah Perah Otak 50

2.7.10 Kaedah Perbincangan 51

Page 11: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

ix

2.8 Kesediaan Guru 53

2.8.1 Pengetahuan 53

2.8.2 Kemahiran 54

2.8.3 Minat 55

2.9 Halangan dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir 56

2.10 Mata Pelajaran Reka Cipta 59

2.11 Kajian-Kajian Terdahulu 61

3 METODOLOGI KAJIA�

3.1 Pengenalan 63

3.2 Reka Bentuk Kajian 64

3.3 Populasi Kajian 65

3.4 Sampel Kajian

3.4.1 Sampel Guru 66

3.4.2 Sampel Pelajar 67

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Soal Selidik 68

3.5.2 Temubual 73

3.6 Keesahan Soal Selidik 74

3.7 Triangulasi Data 75

3.8 Kajian Rintis 75

3.9 Prosedur Kajian 76

3.10 Analisis Data

3.10.1 Soal Selidik 78

3.10.2 Temubual 82

4 A�ALISIS DATA

4.1 Pengenalan 84

4.2 Analisis Kuantitatif

Page 12: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

x

4.2.1 Latar Belakang Responden 85

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 88

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 91

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 93

4.3 Analisis Kualitatif

4.3.1 Latar Belakang Responden 99

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 4 100

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 5 103

5 RUMUSA�, PERBI�CA�GA� DA� KESIMPULA�

5.1 Pengenalan 106

5.2 Rumusan 107

5.3 Perbincangan

5.3.1 Persoalan Kajian 1 109

5.3.2 Persoalan Kajian 2 111

5.3.3 Persoalan Kajian 3 112

5.3.4 Persoalan Kajian 4 115

5.3.5 Persoalan Kajian 5 116

5.4 Cadangan

5.4.1 Pusat Pengajian Tinggi 117

5.4.2 Kementerian dan Jabatan Berkaitan 118

5.4.3 Guru Mata Pelajaran Reka Cipta 118

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 120

5.6 Penutup 121

RUJUKA� 122

LAMPIRA� 131

Page 13: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xi

SE�ARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi Bagi Kajian 65

3.2 Taburan Populasi dan Sampel Guru yang Mengajar Mata

Pelajaran Reka Cipta Mengikut Sekolah di Daerah Johor Bahru 66

3.3 Taburan Populasi dan Sampel Pelajar yang Mengambil

Mata Pelajaran Reka Cipta Mengikut Sekolah di Daerah 67

Johor Bahru

3.4 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B 69

3.5 Latar Belakang Responden Kajian 69

3.6 Konsep Pemikiran Kritis 70

3.7 Konsep Pemikiran Kreatif 70

3.8 Kemahiran Pemikiran Kritis 71

3.9 Kemahiran Pemikiran Kreatif 72

3.10 Kaedah Pengajaran KBKK 72

3.11 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 76

3.12 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 1 80

3.13 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 2 80

3.14 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 3 81

Page 14: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xii

3.15 Ringkasan Jadual Statistik Yang Digunakan 81

4.1 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran

Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 86

Mengikut Jantina

4.2 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran

Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 86

Mengikut Bangsa

4.3 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran

Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87

Mengikut Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Bagi Peperiksaan PMR

4.4 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran

Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87

Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi

Mata Pelajaran Reka Cipta

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Konsep Pemikiran 89

Kritis Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran Reka Cipta

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Konsep Pemikiran 90

Kreatif Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran Reka Cipta

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Kemahiran 91

Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran

Reka Cipta

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Kemahiran 93

Pemikiran Kreatif Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran

Reka Cipta

Page 15: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xiii

4.9 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk

Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan 94

Kreatif (KBKK) Mengikut Kedudukan Tertinggi

Hingga Terendah

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan

Min Bagi Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru 96

Untuk Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara

Kritis Dan Kreatif (KBKK)

4.11 Maklumat Latar Belakang Responden Yang Di Temubual 100

4.12 Kenyataan Kesediaan Guru Mata Pelajaran Reka Cipta

Untuk Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara 101

Kritis dan Kreatif

4.13 Kenyataan Halangan-Halangan Yang Di Hadapi Oleh

Guru Mata Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengintegrasikan 103

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

4.14 Kekerapan Kenyataan Halangan-Halangan Yang Di Hadapi

Oleh Guru Mata Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengintegrasikan 105

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Page 16: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xiv

SE�ARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pendekatan-Pendekatan Kepada Mengajar Berfikir 34

2.2 Fungsi-Fungsi Penyoalan 39

2.3 Teknik Soalan Bertumpu dan Bercapah 41

3.1 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 79

3.2 Pembahagian Skala Likert 4 Nilai Kepada Tiga Tahap 79

Page 17: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xv

SE�ARAI SI�GKATA�

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

MOSTI - Ministry of Science, Technology and Innovation

PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

xvi

SE�ARAI LAMPIRA�

LAMPIRA� TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Analisis Kebolehpercayaan 135

B Borang Soal Selidik Pelajar 137

C Borang Temubual Guru 147

D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 153

E Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 155

F Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 157

G Jadual Krejcie & Morgan 158

H Transkrip Temubual 159

Page 19: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

1

BAB 1

PE�GE�ALA�

1.1 Pendahuluan

Kreativiti merupakan salah satu sifat yang dimiliki oleh semua manusia.

Kebolehan berkreativiti ialah kebolehan semula jadi yang membezakan manusia dengan

makhluk lain kerana selain boleh berkreativiti manusia juga mampu berinovasi. Selain

itu, kreativiti juga telah dijadikan sebagai satu strategi menjalankan daya persaingan

untuk memajukan sesebuah negara. Seperti yang dinyatakan oleh Howkins (2002), abad

ke-21 merupakan abad ekonomi global yang berteraskan kepada bakat kreatif.

Menyedari hakikat ini, banyak negara telah mula membangunkan tenaga kerja

yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif untuk menghadapi, menangani dan

memberi sumbangan dalam kehidupan yang semakin berteraskan sains dan teknologi.

Salah satu cara pembangunan sumber daya manusia pada masa depan ialah melalui

penekanan terhadap dunia pendidikan dengan menyuburkan budaya kreativiti, reka cipta

dan inovasi bermula pada peringkat sekolah lagi.

Page 20: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

2

Pelbagai langkah dan strategi telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan

untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Salah satunya ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran elektif baru diperingkat

sekolah menengah iaitu Reka Cipta pada tahun 1995. Dengan harapan pelajar boleh

menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui

penghasilan sesuatu rekaan ke arah menyumbang kepada pembangunan negara (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002).

Baru-baru ini juga, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai

tahun inovasi dan kreativiti yang dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010. Ia bertujuan

untuk menyedarkan masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda dan akar umbi

mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti, dan seterusnya membudayakannya sebagai

amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia

adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara (MOSTI, 2010).

Oleh yang demikian, dengan wujudnya mata pelajaran Reka Cipta di sekolah ia

boleh menjadi salah satu cara untuk merealisasikan hasrat kerajaan ini melalui

penerapan pemikiran kritis dan kreatif pada setiap pelajar yang mengambil mata

pelajaran tersebut. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada cara pengajaran guru

kerana pelajar amat memerlukan mereka untuk membina kemahiran pemikiran.

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat bagaimana perlaksanaan

pengintegrasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru mata

pelajaran Reka Cipta di sekolah dari segi perlaksanaan pengintegrasian KBKK, kaedah

mengajar KBKK serta kesediaan mereka untuk mengajar KBKK. Selain itu, kajian

terhadap halangan-halangan yang dihadapi oleh guru juga dilakukan.

Page 21: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Mohd Azhar, Mohd Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), walaupun

reformasi pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang boleh berfikir, namun

setakat ini masih tidak terdapat tanda yang jelas menunjukkan wujudnya budaya

kreativiti, reka cipta dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.

Kajian menunjukkan perkembangan kemahiran berfikir pelajar masih lagi berada

ditahap yang rendah (Munir dan Azman, 2001). Menurut Phillips (1997), antara

sebabnya ialah kebolehan guru. Ramai guru tidak begitu yakin tentang kaedah mengajar

kemahiran berfikir berikutan kurang penekanan yang diberi pada peringkat latihan

perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi yang diadakan

pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah menyuarakan

kesukaran yang mereka hadapi untuk menyerapkan kemahiran berfikir dalam mata

pelajaran yang diajar (Munir dan Azman, 2001).

Menurut Ainon dan Abdullah (2005) kesukaran ini disebabkan terdapat

kekeliruan di dalam mengajar teknik berfikir. Sehingga sekarang, kebanyakkan guru

mengajar teknik belajar dan teknik mengingat dengan sangkaan bahawa itu adalah

teknik berfikir. Belajar ialah proses menerima maklumat dari luar dan disimpan dalam

minda manakala berfikir ialah proses menggunakan maklumat yang dipelajari untuk

pelbagai kegiatan aktif seperti menyelesaikan masalah, membuat reka cipta dan

menerbitkan idea. Kesannya, berlakulah gejala di mana terdapai ramai pelajar yang

cemerlang di sekolah namun tidak menunjukkan kecemerlangan apabila mereka berada

diluar bilik darjah (ibid).

Ainon dan Abdullah (1995) turut menjelaskan, ramai guru yang berminat untuk

memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar mereka serta telah

mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada pelajar

dengan cara mereka sendiri. Usaha mereka mendapat sambutan positif daripada para

Page 22: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

4

pelajar dan mereka seronok belajar berfikir. Namun, hakikat yang dapat dilihat adalah

masih ramai guru yang belum mendapat cara yang berkesan untuk mengajarkan teknik-

teknik berfikir kepada pelajar-pelajar mereka. Menurut Wallas (1926), guru-guru

berkecenderungan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran yang

melibatkan kemahiran berfikir pada aras pengetahuan dan kefahaman dan mengabaikan

kemahiran berfikir seperti penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian.

Selain itu, mata pelajaran pada masa kini digubal berdasarkan andaian bahawa

maklumat adalah lebih berguna kepada murid jika dibandingkan dengan kemahiran

berfikir (Ainon dan Abdullah, 2005). Murid hanya perlu berfikir bagaimana untuk

memasukkan maklumat yang dibaca dari buku ke dalam otak mereka supaya ia dapat

disimpan dan diingat sehingga hari peperiksaan. Dalam konteks ini, tahap pertama ialah

tahap apabila otak kita membuat persepsi, iaitu tanggapan manakala tahap kedua ialah

tahap memproses, iaitu apabila otak menggunakan logik. Ainon dan Abdullah turut

menjelaskan kebanyakkan sekolah tidak mengajar tahap persepsi kepada murid

sedangkan ia merupakan salah satu tahap di dalam proses berfikir sebaliknya lebih

menekankan kepada logik sahaja.

Ahmad Mohamad dan Kong (2001) menjelaskan kurikulum Reka Cipta

ditentukan sepenuhnya oleh kementerian. Ini akan memberikan kesan negatif yang

serius dan dari sudut kreativiti iaitu kurikulum akan menjadi kaku. Ini disebabkan guru

tidak mendapat peluang untuk menggunakan daya kreativiti mereka di dalam bilik

darjah. Pendapat yang sama diberikan oleh Ainon dan Abdullah (2005) yang

menyatakan setelah dilaksanakan selama beberapa tahun penekanan terhadap unsur

KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta tidak begitu jelas dan

semakin terabai. Antara sebabnya adalah guru tidak berpeluang untuk menggunakan

daya kreativiti mereka di dalam bilik darjah sebaliknya mengikut sahaja semua yang

diarahkan oleh pusat secara terperinci.

Hal ini perlu diambil perhatian yang serius untuk mengelakkan guru secara

berterusan tidak menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran mereka sekaligus

Page 23: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

5

tidak dapat menjana pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif yang amat diperlukan

dalam pembangunan negara masa kini.

1.3 Pernyataan Masalah

Peranan guru adalah sangat penting untuk melahirkan pelajar yang mempunyai

pemikiran kreatif dan inovatif, tetapi persoalan yang masih belum terjawab ialah sejauh

manakah keberkesanan pengajaran guru melalui pengintegrasian KBKK dalam mata

pelajaran Reka Cipta di sekolah mampu melahirkan pelajar yang menghasilkan pelbagai

idea dan penemuan baru, berdaya saing, menyelesaikan masalah secara sistematik dan

seterusnya mampu menjana ekonomi negara secara lebih produktif?

Seperti mana yang kita ketahui, guru masih tidak yakin dengan kaedah mengajar

kemahiran berfikir yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah. Guru juga

masih tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir yang akhirnya

menyebabkan mereka lebih memberi penekanan terhadap kemahiran belajar kerana tidak

dapat membezakan antara kedua-duanya. Kesan dari kelemahan guru ini seterusnya akan

menghasilkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk berfikir secara kritis, kreatif dan

inovatif.

Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana guru

melaksanakan pengintegrasian konsep dan kemahiran pemikiran kritis serta pemikiran

kreatif dalam mata pelajaran Reka Cipta. Selain itu, kaedah mengajar yang sering

digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan KBKK akan dapat dikenal pasti. Di

samping itu, kajian yang dijalankan ini juga akan dapat mengenal pasti kesediaan serta

halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah.

Page 24: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian konsep pemikiran kritis dan

kreatif dalam pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah.

1.4.2 Mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian kemahiran pemikiran kritis

dan kreatif dalam pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah.

1.4.3 Mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mata

pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara

Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah.

1.4.4 Mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran Reka Cipta untuk

mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

dalam pengajaran di sekolah.

1.4.5 Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata

pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara

Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah.

Page 25: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

7

1.5 Persoalan Kajian

Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan berikut:

1.5.1 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta melaksanakan pengintegrasian

konsep pemikiran kritis dan kreatif dalam pengajaran di sekolah?

1.5.2 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta melaksanakan pengintegrasian

kemahiran pemikiran kritis dan kreatif dalam pengajaran di sekolah?

1.5.3 Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran

Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah?

1.5.4 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta bersedia untuk mengintegrasikan

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran

di sekolah?

1.5.5 Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Reka

Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah?

Page 26: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

8

1.6 Kepentingan Kajian

Dari pernyataan masalah, telah diketahui bahawa KBKK merupakan satu

kemahiran yang amat berguna di dalam konteks pembelajaran Reka Cipta sejajar dengan

objektifnya untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Keberkesanan

pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir

harus dicapai untuk merealisasikan hasrat tersebut. Hasil kajian ini sekurang-kurangnya

dapat memberi sumbangan kepada hal-hal seperti berikut:

1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia dan jabatan berkaitan

� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK dalam

pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta, kajian ini boleh menjadi satu

sumber rujukan kepada kementerian dan jabatan yang berkaitan bagaimana

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di

sekolah menengah pada masa kini.

� Dengan mengenal pasti tahap kesediaan guru untuk mengintegrasikan

KBKK, ia boleh dijadikan sebagai panduan kepada kementerian dan jabatan

yang berkaitan dalam menyusun kursus-kursus persediaan yang lebih

bersesuaian untuk guru mata pelajaran Reka Cipta.

� Dengan mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata

pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK maka kementerian dan

jabatan yang berkaitan boleh merancang tindakan yang boleh diambil untuk

mengatasi halangan tersebut.

Page 27: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

9

1.6.2 Guru

� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK dalam

pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta, kajian ini boleh menjadi satu

panduan untuk memberi gambaran sama ada mereka mengintegrasikan

KBKK dalam pengajaran atau tidak yang dapat dijadikan sebagai asas

peningkatan pada masa hadapan.

� Melalui dapatan kajian berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh

guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK, maka

mereka boleh memikirkan kaedah-kaedah pengajaran lain yang boleh

diaplikasikan untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

� Dengan mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran Reka Cipta untuk

mengintegrasikan KBKK, ia dapat dijadikan sebagai satu panduan untuk

memperbaiki kelemahan yang ada agar mereka lebih bersedia untuk

mengajar mata pelajaran Reka Cipta.

� Melalui dapatan kajian berkenaan halangan-halangan yang dihadapi oleh

guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK, mereka

boleh merancang serta memikirkan strategi yang sesuai untuk mengatasi

halangan-halangan disamping mengelakkan gangguan semasa melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.

1.6.3 Pelajar

� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK serta kaedah

pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran Reka Cipta, maka ia

akan menjadi satu saluran kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat

mengenai situasi pengajaran sebenar yang dilalui oleh mereka.

Page 28: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

10

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara. Pertama, kajian ini hanya meliputi

sekolah-sekolah menengah yang menawarkan elektif mata pelajaran Reka Cipta di

daerah Johor Bahru sahaja. Kedua, responden di dalam kajian ini adalah guru yang

mengajar serta pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Ketiga, kejujuran

responden untuk menjawab soal selidik dan temubual mempengaruhi ketepatan hasil

kajian kerana dapatan kajian adalah berdasarkan kepada pandangan guru dan penilaian

pengajaran oleh pelajar. Manakala yang keempat, adalah kajian ini terbatas kepada

pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta sahaja. Ini kerana

mereka mempunyai pendedahan yang lebih terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif (KBKK) berbanding pelajar tingkatan 4.

1.8 Definisi Istilah Dan Operasional

Terdapat beberapa definisi istilah dan operasi yang boleh diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan berkenaan perkara-

perkara yang dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini. Di antaranya adalah

seperti berikut:

1.8.1 Pengintegrasian

Menurut Kamus Dewan (2007), integrasi bermaksud penggabungan atau

pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu

kesatuan. Pengintegrasian pula seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan bermaksud

Page 29: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

11

proses mengintegrasikan sesuatu. Dalam kajian ini, pengintegrasian bermaksud

penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang dilaksanakan oleh

guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung

semasa pengajaran kelas teori dan amali.

1.8.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis

Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) kemahiran berfikir secara kritis ialah

kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau

kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan

membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang

munasabah. Samsu (1996) pula menjelaskan kemahiran berfikir secara kritis ialah

kemahiran minda yang melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau

maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

1.8.3 Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) kemahiran berfikir secara kreatif ialah

kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,

menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai samada bersifat maujud, abstrak, idea

atau gagasan. Manakala Samsu (1996) menjelaskan ia sebagai satu kemahiran yang

diperluas dan diperkembangkan daya imiginasi, inovatif dan kreativiti untuk

mendapatkan idea-idea yang pelbagai dan baru.

1.8.4 Pengajaran

Takrif pengajaran menurut Kamus Dewan (2007) adalah segala sesuatu yang

berkaitan dengan mengajar. Universiti Kebangsaan Malaysia (2008) telah

Page 30: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

12

mendefinisikan pengajaran sebagai melibatkan perancangan serta perlaksanaan aktiviti

yang dirangka secara kreatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan serta

kesungguhan pelajar dalam menunaikan tanggung jawab berhubung aktiviti ilmiah serta

berkaitan dengan perkembangan diri mereka secara holistik. Pengajaran juga mesti

dilaksanakan oleh pakar dalam bidang ilmu untuk program pengajian berkenaan. Dalam

kajian ini, pengajaran bermaksud bagaimana guru mengajar mata pelajaran Reka Cipta

dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

1.8.5 Guru

Menurut Kamus Dewan (2007), guru bermaksud orang yang mengajar dan

mendidik seseorang. Dalam kajian ini guru merupakan kumpulan atau individu yang

mengajar mata pelajaran Reka Cipta sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

1.8.6 Sekolah Menengah

Sekolah bermaksud institusi di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dalam suasana dan persekitaran yang selesa (Kamus Dewan, 2007). Dalam

kajian ini, sekolah menengah adalah merujuk kepada sekolah-sekolah disekitar daerah

Johor Bahru yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta.

1.8.7 Konsep

Menurut Kamus Dewan (2007), konsep ialah pengertian, pendapat yang

terbentuk dalam fikiran tentang sesuatu, tanggapan, gagasan, idea. Namun dalam kajian

ini konsep bagi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah merujuk kepada

paradigma, sifat, sikap, situasi seperti yang diterangkan dalam Mohd. Azhar (2001;

2004) selain Intellectual Standards yang telah diperkenalkan oleh Elder dan Paul (2006).

Page 31: i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87 Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi Mata Pelajaran

13

1.8.8 Kaedah Pengajaran

Menurut Mok Soon Sang (1992a), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu

objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Sharifah Alwiah (1986)

pula menyatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan

pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Dalam kajian ini kaedah pengajaran

merujuk kepada kaedah atau cara mengajar yang digunakan oleh guru untuk

mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Reka

Cipta. Kaedah pengajaran yang disenaraikan adalah berdasarkan kepada Sharifah

Alwiah (1986).

1.8.9 Kesediaan Guru

Kesediaan bermaksud kebolehan atau kemampuan membuat sesuatu (Kamus

Dewan, 2007). Dalam kajian ini, kesediaan guru adalah dari aspek pengetahuan,

kemahiran, dan minat guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menyebarkannya tanpa

sebarang masalah.

1.8.10 Halangan

Halangan menurut Kamus Dewan (2007) bermaksud aral, gangguan atau

rintangan. Dalam kajian ini, halangan merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh guru

untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata

pelajaran Reka Cipta.