i penggunaan sistem e-pembelajaran author dalam...

49
i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UTHM AISHA BINTI ABD.GHANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2012

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

i

PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UTHM

AISHA BINTI ABD.GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2012

Page 2: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

v

ABSTRAK

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak digunakan dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan universiti. Pembelajaran elektronik (e-

learning) merupakan suatu pendekatan pengajaran daripada gabungan teknologi

maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Universiti Tun Hussien Onn

Malaysia (UTHM) juga merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi yang telah

melaksanakan kaedah e-pembelajaran dalam proses pembelajaran sejak tahun 2000.

UTHM baru melaksanakan Sistem E-pembelajaran Author pada awal 2011 yang

sebelumnya UTHM menggunakan Sistem Blackboard 8. UTHM melihat penggunaan

Sistem E-pembelajaran Author sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tujuan

kajian ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena

penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar di

UTHM sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini

menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan menggunakan kaedah temubual

sebagai sumber utama pengumpulan data. Secara umumnya, dapatan kajian

menunjukkan terdapat isu utama yang timbul iaitu kurangnya penggunaan Sistem E-

pembelajaran Author dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Terdapat pelbagai

alatan dalam Sistem E-pembelajaran author yang boleh digunakan oleh pensyarah

dan pelajar dimana sistem ini dapat membantu pensyarah dalam penyampai bahan

pengajaran. UTHM mempunyai organisasinya sendiri dalam mentadbir Sistem E-

pembelajaran Author. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah dan pelajar tidak/

kurang menggunakan sistem E-pembelajaran Author disebabkan dua halangan iaitu

halangan situasi dan halangan teknologikal, selain daripada itu, isu ini timbul disebab

dua item penyebaran yang tidak berfungsi dengan baik iaitu proses pengadopsian dan

peranan agen-agen perubahan. Hasil pemahaman keatas keseluruhan dapatan kajian,

membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual penggunaan E-

pembelajaran.

Page 3: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

vi

ABSTRACT

Nowadays, information technology and communications (ICT) had been widely used

in teaching and learning especially in higher institutions. Electronic learning (e-

learning) is a new teaching approach which emerges by combining the information

technology in teaching and learning process. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia is

one of the universities which has implemented the e-learning in it teaching and

learning process since 2000UTHM implement Author E-learning System in early

2011 of the previous UTHM Blackboard 8 System. UTHM look Author e-learning

system as a complementary instruction that can enhance the effectiveness of teaching

and learning process (P & P). The purpose of this study is to explore, understand and

explain the phenomenon of the use of E-learning System Rank among lecturers and

students of the University as a teaching and learning methods. This study used

qualitative research methods and used the interview as the primary source of data

collection. In general, the study shows there are major issues that arose were the lack

of use of E-learning System Rank among lecturers and students. There are various

tools in e-learning system that can be used by the author of lecturers and students in

which this system can assist lecturers in teaching presenter. UTHM has its own

organization in administering the Author E-learning System. The findings also

indicate that the lecturers and students are not / less use of Author e-learning system

by two barriers of technological barriers and obstacles situation, other than that, this

issue are caused the spread of two items that do not work well in adoption process

and the role of agents the changes. Result comprehension on the findings, enabling

researchers developed a conceptual framework of e-learning use.

Page 4: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

vii

KANDUNGAN

JUDUL TESIS i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Kerangka Teoritikal 9

1.10 Definisi Operational 10

1.10.1 Inovasi 10

1.10.2 Pengadopsian 10

1.10.3 Penggunaan 11

Page 5: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

viii

1.11 Rumusan 11

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Apa Itu E-Pembelajaran 12

2.3 Perkembangan E-Pembelajaran Dalam

Sistem Pendidikan Di Malaysia 13

2.4 E-Pembelajaran Di Peringkat Universiti 14

2.5 Sejarah E-Pembelajaran Di Uthm 15

2.5.1 Pelaksanaan Sistem ‘Learning

management System’ (Lms)

‘Uthm Academic

Online Resources’ (Author) 15

2.6 Kelebihan E-Pembelajaran Dan Kesannya

Terhadap Pelajar 16

2.7 Kepentingan E-Pembelajaran 17

2.8 Kepelbagaian Strategi Penggunaan.

Kandungan Bahan Terkini 18

2.8.1 Kandungan Bahan Terkini 19

2.8.2 Perkongsian Maklumat 19

2.8.3 Maklumat Diakses Secara Serentak 19

2.8.4 Interaktif 20

2.9 Sikap Pelajar Terhadap E-Pembelajaran Dan

Faktornya 20

2.10 Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) 22

2.11 Teori Resapan Inovasi 23

2.11.1 Kajian Lepas Yang Menggunakan Teori

Resapan Inovasi 24

2.12 Penyebaran Dan Penerimaan Inovasi 25

2.12.1 Ciri - Ciri Inovasi 25

2.12.2 Jenis-Jenis Keputusan Inovasi 26

2.12.3 Saluran Komunikasi 27

2.12.4 Sistem Sosial 27

Page 6: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

ix

2.12.5 Peranan Agen Perubahan 29

2.12.6 Tahap Peristiwa Yang Mencipta

Proses Resapan 29

2.12.7 Lima Tahap Proses Adopsi 30

2.13 Kategori Pengadopsi 31

2.14 Penggunaan 32

2.15 Rumusan 33

BAB 3 METODOLOGI 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rasional Penyelidikan Kualitatif 34

3.3 Rekabentuk Kajian 35

3.4 Lokasi Kajian 36

3.5 Persampelan 37

3.6 Tempoh Kajian 38

3.7 Instrumen Kajian 38

3.8 Pengumpulan Data 39

3.8.1 Temubual 39

3.8.2 Temu Bual Tidak Formal 40

3.9 Analisis Data 40

3.10 Etika Dalam Penyelidikan 41

3.11 Etika Dilapangan Kajian 42

3.12 Pemilihan Tempat 43

3.13 Peranan Penyelidik 43

3.14 Kesahan Data 43

3.15 Kebolehpercayaan 44

3.16 Rumusan 44

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Pengenalan Kepada Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia 46

4.2.1 Universiti Tun Hussein Onn

Page 7: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

x

Malaysia 49

4.2.2 Infrastruktur Dan Sokongan Kepada

E-Pembelajaran 49

4.3 Dapatan Berasaskan Soalan Kajian 50

4.3.1 Subsoalan Utama1: Alatan

Yang Disediakan Dalam Sistem E-

Pembelajaran Author 50

4.3.1.1 Rumusan 63

4.3.2 Subsoalan Utama 2: Penerimaan 64

Pensyarah Dan Pelajar Terhadap

Pelaksanaan Sistem E-Pembelajaran

Author Di Uthm

4.3.2.1 Rumusan 68

4.3.3 Subsoalan Utama 3: Penyebaran 69

Penggunaan Sistem E-Pembelajaran

Author Di Uthm

4.3.3.1 Pengadopsian Inovasi 69

4.3.3.2 Peranan Agen-Agen

Perubahan 72

4.3.3.3 Rumusan 74

4.3.4 Subsoalan Utama 4 : Halangan Dalam

Penggunaan Sistem E-Pembelajaran

Author 74

4.3.4.1 Halangan Situasi 75

4.3.4.2 Halangan Teknologikal 75

4.3.3.3 Rumusan 76

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 76

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN 78

5.1 Pengenalan 78

5.2 Alatan Dan Pelaksanaan Sistem

E-Pembelajaran Author 78

Page 8: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

xi

5.3 Penerimaan Pensyarah Dan Pelajar

Terhadap Pelaksanaan Sistem E-Pembelajaran 85

5.4 Penyebaran Penggunaan Sistem E-Pembelajaran

Author Di Uthm 88

5.5 Halangan Penggunaan Sistem E-Pembelajaran

Author Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Yang Dihadapi Oleh Pelajar, Pensyarah Dan

Pegawai Organisasi E-Pembelajaran 90

5.6 Rumusan 93

5.7 Cadangan Untuk Meningkatkan Kadar

Penggunaan Pensyarah Dan Pelajar Dalam

Sistem E-Pembelajaran Author 94

5.8 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 96

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 111

Page 9: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Kerangka Teori Resapan Inovasi 10

4.1 Alatan yang disediakan dalam Sistem E-Pembelajaran Author 51

Page 10: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

xiii

SENARAI RAJAH

4.1 Halaman Utama Sistem E-pembelajaran Author 53

4.2 Kerangka Operasi Kajian 54

4.3 Paparan maklumat mata pelajaran 54

4.4 Paparan Senarai permarkahan 55

4.5 Paparan Utama email 55

4.6 Paparan Video Conference 56

4.7 Paparan Blog 56

5.1 Model Konsep Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem

E-pembelajaran 114

Page 11: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti

AUTHORS UTHM Academic Online Resources

CAD Centre Academic Developement / Pusat Pembangunan Akademik

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

ITTHO Institut Teknologi Tun Hussein Onn

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

KUITTHO Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia

LMS Learning Management System

MQA Malaysian Qualifications Agency

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PLSP Pusat Latihan Staf Politeknik

SMP Sistem Maklumat Pelajar

SMS Sistem Maklumat Staf

UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 12: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Guntt Projek Sarjana 1 112

B Carta Guntt Projek Sarjana 2 113

C Rajah 5.1 : Model Konsep Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem

E-pembelajaran 114

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 115

E Surat Kebenaran Peserta Kajian 117

F Contoh Soalan Temubual 121

G Transkrip Temubual 125

Page 13: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk serta

mendidik insan untuk memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Matlamat utamanya adalah membentuk masyarakat yang berpengetahuan tinggi serta

beretika seterusnya dapat memajukan negara dalam menuju wawasan 2020. Sejajar

dengan perkembangan semasa bidang teknologi maklumat dan komunikasi, terdapat

pelbagai perisian dan perkakasan terkini telah dihasilkan. Dalam era ini juga, para

pelajar kini lebih terdedah kepada pendekatan E-pembelajaran yang membolehkan

mereka mencapai maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. E-pembelajaran

bermaksud reka bentuk kurikulum dan bahan pembelajaran yang dimasukkan ke

dalam rangkaian komputer samada LAN, WAN atau internet yang boleh diakses oleh

pelajar secara sinkronous atau asinkronous untuk membantu pengajaran

konvensional (Yusuf Hashim, 2002).

Menurut Garrison dan Anderson (2003), E-pembelajaran dimaksudkan

sebagai penyampaian latihan dan pendidikan melalui interaksi berangkaian dan

pengumpulan serta penyebaran teknologi. Manakala Rosenberg (2002) pula

mendefinisikan E-pembelajaran sebagai sistem berangkaian, mampu mengumpul dan

menyebar maklumat serta membolehkan jejakan maklumat melalui komputer di

samping memfokus kepada persekitaran lebar pendidikan. Ia teranjak jauh daripada

paradigma latihan tradisi. E-pembelajaran dalam pengajian pendidikan tinggi pula

boleh difahami sebagai teknologi yang mempertingkatkan pengajaran dan

pembelajaran dalam sebuah institusi pendidikan Nichols& Anderson, (2005) dan

konteks ini digunakan secara meluas di mana menurut (Wilson dan Stacey), 2004;

Salmon,( 2005), (Sharpe et al, 2006). Pelajar juga mendapat pelbagai kemudahan

menggunakan E-pembelajaran ini. Mereka boleh menghantar tugasan, menjawab

soalan atau latihan secara online dan sebagainya. Penggunaan E-pembelajaran telah

Page 14: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

2

lama digunakan di luar negara. Terdapat lebih 50 jenis sistem telah dibangunkan

(Mohamad Hisyam, 2004). Antaranya ialah WebCT, Blackboard dan Top Class.

Penggunaan perisian dan perkakasan tersebut memberi manfaat dalam

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran interaktif yang lebih fleksibel

serta canggih. Manakala di Malaysia, kebanyakan universiti menggunakan sistem e-

pembelajaran tersendiri sama ada perisian open-source ataupun Learning

Management System (LMS) yang berlesen. Semua sistem yang dibangunkan ini

mempunyai pelbagai ciri yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran

di mana kesesuaian ciri-ciri bergantung kepada persekitaran pembelajaran itu sendiri.

Begitu juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), melihat penggunaan E-

pembelajaran sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semua Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) mempunyai platform tersendiri sebagai medium E-

pembelajaran antara pensyarah dan pelajar. Justeru, peranan pensyarah, pelajar juga

pusat/jabatan E-pembelajaran amat penting bagi membudayakan E-pembelajaran

sama ada melalui forum, kuiz, tugasan, bahan kuliah dan tutorial secara atas talian.

Keberkesanan E-pembelajaran memerlukan sokongan dari aspek teknologi untuk

membolehkan interaksi dalam talian dan budaya untuk menyokong penyampaian E-

pembelajaran tersebut di dalam dan di luar kampus dan ia menyokong rangka kerja

pedagogi bahawa mempunyai kaitan dengan pembangunan dan penilaian kurikulum.

E-pembelajaran dapat digunakan secara meluas iaitu pelajar dapat mengakses

bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa, teknik, dan

dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan

bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan

maklum balas (E-learning.com.intros.2007). E-pembelajaran secara mutlak atau

gabungan (blending) memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam

memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Meskipun pelajar lebih yakin

bahawa E-pembelajaran tidak sewajarnya diambil alih secara mutlak (Chin, 1999),

kaedah maya secara rasionalnya lebih ringkas, mudah, dan menjimatkan masa serta

menyokong konsep dunia tanpa kertas sekiranya kesemua cabaran dan isu termasuk

Infrastruktur ICT, Landasan LMS / LCMS, Pedagogi Dalam dan Luar Talian, Corak

dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Pelajar, Dasar, dan Standard (Zoraini Wati, 2005)

ditangani dengan sebaik-baiknya.

Page 15: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

3

Menurut Badrul Khan (2005), E-pembelajaran boleh dilihat sebagai satu

pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan perkara yang menarik, berpusatkan

kepada pelajar dan suasana kemudahan pembelajaran kepada sesiapa sahaja, di mana

sahaja dan pada bila-bila masa serta sumber kepada pelbagai teknologi digital kepada

bahan pembelajaran yang sesuai untuk keterbukaan, fleksibel dan keserataan suasana

pembelajaran.

Institusi pengajian mempunyai pelbagai peringkat kejayaan dalam resapan e-

pembelajaran. Beberapa institusi kekal reaktif sementara yang lain telah menerima E-

pembelajaran sebagai sebahagian aktiviti harian dalam pengajaran dan

pembelajaran. Nichols (2008) menekankan pentingnya dasar-dasar yang ditetapkan

dan peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi dan menyimpulkan bahawa E-

pembelajaran boleh terhad kepada penggunanya melainkan jika keberkesanan

sesebuah institusi menerapkan E-pembelajaran. Oleh itu, E-pembelajaran merupakan

satu inovasi teknologi yang digunakan secara luas dalam pendidikan tinggi untuk

tujuan komunikasi di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Menurut Berge (2001), teknologi diperlukan dalam pendidikan tinggi untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran, mempertingkatkan jalan masuk ke pendidikan

dan kursus, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan juga meningkatkan

keberkesanan pendidikan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan

pembelajaran E-pembelajaran ini perlu dikaji dengan lebih mendalam supaya

penggunaannya adalah maksimum dan berkesan serta berkonsepkan pedagogi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara amnya, penggunaan E-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang

berasaskan papan putih dan pen marker atau pun kaedah tradisional yang

menggunakan papan hitam dan kapur tulis. Walau bagaimanapun, sebahagian

institusi menghadapi masalah di mana E-pembelajaran yang dilaksanakan kurang

mendapat sambutan dari segi penggunaaannya oleh pensyarah dan pelajar sebagai

bahan bantu mengajar selain dari kaedah tradisional. Selain itu, Alexander (2005)

berpendapat bahawa pelajar lebih banyak meninggalkan kursus online daripada

kursus dalam kelas. Hasil dapatan Alexander menunjukkan sebab pelajar

Page 16: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

4

meninggalkan kursus online ialah kursus online agak panjang dan membosankan

(Alexander, 2005). Terdapat juga pelajar yang tidak memilih menggunakan atau

kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam universiti.

Selwyn (2003) dalam kajiannya telah menunjukkan beberapa halangan

pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat yang menyebabkan mahasiswa

menolak diri daripada teknologi elektronik. Salah satu sebab ialah faktor E-

pembelajaran itu sendiri, di mana E-pembelajaran yang dilaksanakan kurang

mendapat sambutan dari segi penggunaaannya oleh pensyarah dan pelajar. Pelajar

juga tidak memanfaatkan E-pembelajaran seperti yang diinginkan. Contohnya

sesetengah pelajar di universiti hanya menggunakan E-pembelajaran untuk mencetak

bahan rujukan daripada web lalu membacanya seperti dalam bentuk buku (Rashid

Mohammed Salim Alhajri, 2006).

Secara teorinya, perubahan inovasi dalam pendidikan adalah bertujuan untuk

membantu institusi pendidikan mencapai matlamat dengan cara menggantikan

struktur, budaya atau amalan dengan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Menguruskan perubahan dengan berkesan adalah sukar dan kompleks kerana

berlakunya sesuatu yang baru dari kelaziman. Menurut O'Sullivan &

Samarawickrema (2008), pendidikan pada masa kini sedang digantikan oleh sebuah

metafora "penyertaan" yang menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses

pembelajaran berikutan pengambilalihan metafora pembelajaran dengan konotasi

pembelajaran yang pasif. Rekabentuk terkini pembelajaran yang menggabungkan

teknologi maklumat dan komunikasi termasuk kohort pelajar dan guru telah

membawa kepada andaian-andaian yang berbeza tentang sifat pengajaran dan

pembelajaran. Dari segi sosial, andaian-andaian dan jangkaan ini boleh menjadi

permasalahan untuk semua individu (pensyarah dan pelajar) yang terlibat.

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) merupakan salah satu universiti

tempatan yang dahulunya menggunakan Sistem Blackboard sebagai sistem

pengurusan pembelajarannya (LMS). Perolehan Blackboard 5.0 Basic Edition telah

dilakukan pada tahun 1999 dan mula diguna pakai bagi tujuan P&P bermula tahun

2000. Sehingga tahun 2010, sistem tersebut telah dinaik taraf kepada Sistem

Blackboard Academic Suite - Learning System 8.0 Basic Edition. Sistem Blackboard

Academic Suite - Learning System 8.0 Basic Edition ini mempunyai beberapa

kekangan berbanding Enterprise Edition. Antaranya, pengguna sistem mempunyai

had bagi 3000 pengguna berdaftar sahaja. Selain itu, pangkalan data sistem ini tidak

Page 17: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

5

boleh diintegrasi dengan pangkalan data sistem Universiti yang lain. Penggunaan

Sistem Blackboard dalam E-pembelajaran di UTHM dibahagikan kepada tiga

peringkat. Peringkat pertama memerlukan staf akademik memuat naik maklumat

kursus seperti rangka kursus dan masa pertemuan kuliah dan tutorial. Peringkat

kedua pula memerlukan staf akademik memuat naik bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran seperti nota, slaid persembahan, dokumen dan soalan tugasan ke dalam

sistem. Peringkat ketiga pula memerlukan staf akademik membina bahan kandungan

yang berbentuk multimedia dan interaktif. Pensyarah juga digalakkan menggunakan

beberapa kemudahan lain dalam sistem seperti kuiz di atas talian dan e-forum.

Sistem LMS yang terdahulu digunakan ini tidak boleh diintegrasi dengan

sistem lain, khususnya Sistem Maklumat Pelajar (SMP) dan Sistem Maklumat Staf

(SMS) UTHM. Oleh itu, setiap semester pendaftaran akaun pelajar dilakukan secara

manual oleh pentadbir sistem. Oleh itu, pegawai organisasi E-pembelajaran

mendapati penggunaan Blackboard Basic Edition sebagai LMS adalah tidak efektif.

Selain daripada kos yang kian meningkat saban tahun, fungsi yang ditawarkan juga

adalah terhad. Menurut Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat

Pembangunan Akademik (CAD) UTHM, setelah dikaji penggunaan Sistem

Blackboard dan kos yang agak mahal dikenakan bagi memperbaharui perisian, ia

menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan membangun e-

kandungan sebagaimana yang dikendaki. Pihak Universiti telah membuat keputusan

untuk menghentikan Blackboard sebagai sistem LMS dan menggantikannya dengan

sistem yang baru iaitu Sistem E-pembelajaran Author . Kini sistem LMS yang baru

telah mula beroperasi mulai Semester 2, Sesi 2010/2011 iaitu pada Januari 2011.

Sistem E-pembelajaran Author ini mempunyai ciri-ciri yang menarik dan mesra

pengguna serta mampu untuk diintegrasikan dengan sistem-sistem sokongan sedia

ada seperti SMAP dan SMP.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melihat penggunaan Sistem

E-pembelajaran Author sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain UTHM, UPM juga

menggunakan Sistem E-pembelajaran Author. Author digunakan di UTHM dalam

mod ‘blended learning’, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional

dan kaedah pembelajaran maya. Oleh itu, staf akademik dan pelajar masih bertemu

di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Universiti.

Oleh kerana Sistem E-pembelajaran Author ini baru di Universiti Tun Hussein Onn

Page 18: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

6

Malaysia, dan di peringkat permulaan, sudah tentu terdapat masalah, kekangan

mahupun sesuatu kejayaan, idea atau pengalaman baru berinovasi diperolehi yang

tidak kita ketahui.

Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan Author bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada

pegawai organisasi E-pembelajaran, pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Kajian mengenai penggunaan Author oleh siswazah yang mengikuti kursus di

UTHM masih terlalu kurang. Maka, kajian penggunaan Author oleh siswazah di

UTHM ini adalah amat diperlukan bagi mengetahui penggunaan Author dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem E-pembelajaran Author, digunakan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Ia bermaksud, sistem ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar di

mana pensyarah boleh menggunakan dengan mereka bentuk bahan pengajaran dan

berinteraksi dengan pelajar atau pensyarah lain. Pelajar pula boleh belajar dengan

mengakses bahan pembelajaran yang telah di reka bentuk oleh pensyarah mereka dan

berinteraksi dengan pelajar lain dan pensyarah. Sistem E-pembelajaran Author ini

mempunyai pelbagai alatan yang boleh digunakan oleh pensyarah, pelajar dan

pegawai organisasi E-pembelajaran selain daripada alatan komunikasi. Sistem ini

telah dinaik taraf dan amatlah rugi jika Sistem E-pembelajaran Author ini tidak

digunakan sepenuhnya. Sistem E-pembelajaran Author ini adalah sebagai medium

perantaraan kepada pensyarah untuk digunakan alatan-alatannya untuk meraka

bentuk bahan pembelajaran dan aktiviti supaya dapat digunakan oleh pelajar.

Beberapa kajian yang menyelidik tahap penerima pelajar UTHM terhadap E-

pembelajaran serta faktornya telah menunjukkan bahawa masih terdapat pelajar yang

menghadapi masalah semasa berhadapan dengan E-pembelajaran termasuk

kekurangan kemahiran E-pembelajaran walaupun pandangan mereka terhadap E-

pembelajaran agak positif, Wong (2006). Disebabkan pelaksanaan sistem ini agak

baru dalam pengajaran dan pembelajaran di UTHM, kajian ini cuba mengkaji

penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di mana pada masa kini penggunaannya

masih kurang memuaskan dan kurang mendapat sambutan. Kajian ini perlu

Page 19: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

7

dilaksanakan untuk membantu pelajar mempertingkatkan kedalaman ilmu dan

menggunakan Author secara maksimum.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami, dan menjelaskan fenomena

penggunaan Sistem E-pembelajaran Author dari aspek alatan dan perlaksanaanya,

penyebaran dan penerimaan serta halangan-halangan penggunaan Sistem E-

pembelajaran Author oleh pensyarah dan pelajar serta pegawai organisasi E-

pembelajaran menggunakan strategi penyelidikan kajian melalui pengalaman dan

perspektif pensyarah dan pelajar serta pegawai yang berkaitan di organisasi.

Berasaskan metodologi kualitatif, penyelidik memulakan kajian ini dengan

pemahaman mengenai penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia. Seterusnya penyelidik ingin memahami sebab pensyarah dan

pelajar kurang atau tidak menggunakan Sistem E-pembelajaran Author. Kajian ini

menggunakan metodologi kajian kes kualitatif dan data diorganisasi menggunakan

perisian NVivo8.

1.5 Persoalan Kajian

Soalan utama

Mengapakah pensyarah dan pelajar kurang / tidak menggunakan Sistem E-

pembelajaran Author?

Secara umumnya pengkaji ingin melihat empat sub soalan bagi menjawab

soalan utama iaitu :

i. Bagaimanakah alatan dan pelaksanaan Sistem E-pembelajaran Author di

UTHM?

ii. Bagaimanakah penerimaan pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan

Sistem E-pembelajaran Author di UTHM?

iii. Bagaimanakah penyebaran tentang penggunaan Sistem E-pembelajaran

Author di UTHM?

Page 20: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

8

iv. Apakah halangan-halangan penggunaan Sistem E-pembelajaran Author

dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar, pensyarah

dan pegawai organisasi Sistem E-pembelajaran Author?

1.6 Skop kajian

Dalam kajian ini, elemen ditekankan oleh pengkaji ialah pengadopsian dan peranan

agen - agen perubahan. Kerangka Teori Resapan Inovasi yang dipelopori oleh

Rogers (1995) antaranya ialah :

i. Resapan inovasi

ii. Inovasi

iii. Tahap proses adopsi

Pengkaji dipandu oleh teori resapan dalam kajian ini untuk melihat

penyebaran inovasi penggunaan dan penerimaan pensyarah, pelajar serta pegawai

organisasi Sistem E-pembelajaran Author dalam pengajaran dan pembelajaran,

halangan dalam menggunakan Sistem E-pembelajaran Author dan faktor

menyebabkan pensyarah dan pelajar kurang atau tidak menggunakan Sistem E-

pembelajaran Author.

Dalam kajian ini, skop kajian hanya meliputi ketiga-tiga elemen. Dalam

cadangan penyelidikan ini, penyelidik memilih seramai dua belas orang peserta

kajian yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari lima fakulti yang berlainan,

serta pegawai organisasi e-pembelajaran UTHM.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia UTHM di mana peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri

daripada pelajar dan pensyarah dari lima fakulti yang berlainan, serta pegawai

organisasi e-pembelajaran UTHM.

Page 21: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

9

1.8 Kepentingan Kajian

Secara umumnya dapatan kajian dapat membantu perkara-perkara berikut :

i. Cadangan hasil penyelidikan dijadikan model dalam meningkatkan lagi

penggunaan E-pembelajaran serta penerapan budaya pembelajaran sepanjang

hayat dalam kalangan staf akademik dan pelajar.

ii. Dijadikan satu model penting dalam membantu menghasilkan para graduan

yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan dan

kemakmuran negara.

iii. Menjadi asas dan model bagi kajian-kajian E-pembelajaran akan datang

untuk meningkatkan tahap penggunaan Sistem E-pembelajaran Author di

UTHM.

1.9 Kerangka Teoritikal

Penyelidik menggunakan Kerangka Teori Resapan Inovasi sebagai asas dalam

penyelidikan ini. Kerangka teori adalah merupakan orientasi atau pendirian yang

penyelidik bawa dalam kajian ini. Ia merupakan struktur, kerangka sokongan atau

kerangka kajian (Merriam, 2001). Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang

dipelopori oleh Everett M.Rogers. Resapan merupakan proses di mana sesuatu

inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan

ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial Rogers, (1995). Secara ringkasnya, teori ini

membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam

bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-

bagai khalayak contohnya dalam hal ini pelajar merupakan khalayak utama. Teori

Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat inovasi penggunaan

Sistem E-pembelajaran Author dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan

pelajar, pensyarah dan Pegawai organisasi E-pembelajaran.

Kerangka Teori Resapan Inovasi oleh Rogers, (1995). yang akan membantu

penyelidik meneroka, memahami dan menjalankan penyelidikan. Kerangka teoritikal

ini adalah sebagai panduan sahaja kepada penyelidik untuk memahami fenomena

penggunaan Sistem E-pembelajaran Author. Kerangka teoritikal ini juga tidak

bertujuan untuk diuji oleh penyelidik dalam kajian ini. Rogers, (1995) menjelaskan,

Page 22: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

10

terdapat tiga unsur utama dalam proses Resapan Inovasi iaitu Difusi, Inovasi dan

Pengadopsian. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan unsur utama dalam proses Resapan

Inovasi.

Jadual 1.1: Kerangka Teori Resapan Inovasi oleh (Rogers, 1995)

DIFUSI

i. Inovasi,

ii. Disampaikan melalui saluran tertentu,

iii. Dalam jangka masa yang tertentu,

iv. Di antara para ahli suatu sistem sosial.

INOVASI

i. Relative advantage (keuntungan relative),

ii. Compatibility (kesesuaian),

iii. Complexity (kerumitan),

iv. Trialability (kemungkinan di cuba),

iv. Observability (kemungkinan diamati).

PENGADOPSIAN

i. Tahap pengetahuan

ii. Tahap persuasi

iii. Tahap turun keputusan

iv. Tahap implementasi

iv. Tahap pengesahan

1.10 Definisi Operational

1.10.1 Inovasi

Inovasi merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang

individu atau unit penerimaan yang lain seperti yang ditakrif oleh ahli-ahli sesebuah

sistem sosial.

1.10.2 Pengadopsian

Pengadopsian ialah satu proses di mana masyarakat mula menggunakan inovasi yang

mereka pelajari. Diterima atau tidaknya sebuah inovasi oleh masyarakat ditentukan

Page 23: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

11

juga oleh beberapa faktor. Semakin besar pengorbanan yang dikeluarkan untuk

mengadopsi sebuah inovasi, semakin kecil peringkat angkatnya.

1.10.3 Penggunaan

Seels dan Richey (1994) menjelaskan terdapat empat domain penggunaan iaitu

penggunaan Media, Penerimaan Inovasi, Pelaksanaan dan Institutionalisasi serta

polisi dan peraturan. Penggunaan Media dijelaskan sebagai menggunakan pelbagai

bahan pembelajaran secara sistematik. Penerimaan inovasi dijelaskan sebagai proses

komunikasi melalui strategi yang telah dirancang untuk meningkatkan penerimaan.

Pelaksanaan dan Institutionalsisasi dijelaskan sebagai menggunakan bahan

pembelajaran atau strategi dalam persekitaran yang sebenar. Institutionalisasi adalah

penerusan penggunaan inovasi dalam struktur budaya organisasi. Fungsi

penggunaan adalah penting kerana ia menjelaskan antara pelajar dan bahan

pembelajaran atau sistem.

1.11 Rumusan

Melalui kajian ini penyelidik dapat mengenal pasti halangan-halangan yang timbul

dalam penggunaan dan pelaksanaan Sistem E-pembelajaran Author di UTHM.

Penyelidikan ini diharapkan dapat menjadi penanda aras kepada UTHM dan institusi

lain untuk menerapkan budaya penggunaan E-pembelajaran secara efektif dan

maksimum serta membantu pelajar mempertingkatkan kedalaman ilmu dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, ahli pendidikan sentiasa memperbaiki proses pengajaran supaya dapat

menghasilkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

dengan pelajar juga pensyarah. Penggunaan teknologi dikatakan dapat memenuhi

keperluan tersebut (Johari, 2000). Dengan adanya kemudahan teknologi seperti e-

pembelajaran, pelajar berpeluang menggunakan inovasi teknologi yang tidak dapat

disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.

2.2 APA ITU E-PEMBELAJARAN

E-pembelajaran membawa maksud yang berbeza terhadap setiap orang yang

menilainya. Secara amnya, e-pembelajaran boleh dikenali sebagai penggunaan

teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran untuk menyampaikan maklumat.

Konsep e-pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati

bahawa perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran

berasaskan komputer khususnya dalam intranet dan internet dan Clark dan Mayer

(2003) bersetuju dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi

kandungan e-pembelajaran harus mengambil kira objektif pembelajaran dan

pengajaran, kaedah pengajaran untuk membantu pembelajaran, elemen media yang

berlainan untuk menyampaikan isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan

baru dan kemahiran yang berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.

Dublin (2003) juga menunjukkan bahawa pada hujung tahun 2002, pakar

industri telah menggunakan definisi bahawa e-pembelajaran merupakan satu

penggunaan teknologi untuk mencipta, menyebar dan menghantar sesuatu termasuk

Page 25: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

13

data bernilai, maklumat, isi pembelajaran dan pengetahuan yang dapat menunjukkan

persembahan dalam kerja serta perkembangan diri. skop e-pembelajaran seterusnya

telah diperluas lagi oleh mereka yang membekalkan pembelajaran dengan

memperkenal alat pengurusan dalam bentuk sistem pengurusan isi kadungan (

content management system ), bilik darjah maya, perisian PowerPoint , kursus dalam

talian, portal dan sistem penyokong persembahan (performance support system)

(Dublin, 2003).

E-pembelajaran juga ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan

pembelajaranyang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet)

untuk menyampaikan isi kandunngan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet,

intranet, satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian

daripada media elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh

disampaikan secara segerak iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun tidak

segerak iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi,

simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk

perbincangan kumpulan dan bantuan professional isi kandunagn pelajaran secara

dalam talian (Leonard, Bet al , 2006).

Kini kemajuannya kian pesat dan digunakan secara meluas dalam dunia

korporat dan akademik. E-pembelajaran menerusi teknologi maklumat dan

komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) merupakan tunjang

uatam dalam perancangan ekonomi pengetahuan (k-ekonomi) Negara. Era berasakan

ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang mana adalah mustahil ia

dilaksanakan dengan cekap sebelun ini. Dalam hal ini, ciri-ciri tradisional sudah

mula digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara

terus dengan lebih murah, muadah dan fleksibel (Abidin, A, dan R.Nawi 2002).

2.3 PERKEMBANGAN E-PEMBELAJARAN DALAM SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan Malaysia telah mensasarkan

pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam

mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-pembelajaran ditekankan untuk

Page 26: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

14

memainkan peranan yang penting supaya mencapai matlamat tersebut (Asirvatham

dan Abtar Kaur, 2006).

Malaysia telah melaksanakan e-pembelajaran melalui dua peringkat iaitu di

peringkat pendidikan dan peringkat kebangsaan. Sebagai persediaan pelaksanaan e-

pembelajaran, kerajaan telah melancarkan penggunaan radio dan televisyen di

sekolah pada tahun 1972 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Langkah-langkah lain

yang penting termasuk penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran, pelaksanaan projek Sekolah Bestari dan pembukaan universiti maya.

Di peringkat kebangsaan pula, banyak bengkel dan seminar mengenai e-

pembelajaran telah diorganisasi (Asirvatham et al., 2004; Asirvatham dan Abtar

Kaur, 2006). Kerajaan juga melancarkan projek untuk mempromosikan pelaksanaan

e-pembelajaran di kalangan masyarakat seperti projek Malaysian Grid for Learning

(MyGfL), National E-pembelajaran Steering Committee, National Information

Technology Council, National e-pembelajaran Centre dan ASEN E-pembelajaran

Seminar (lihat Asirvatham et al., 2004; Suraya, 2005; Zailan dan Azmi, 2006;

Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Projek E-pembelajaran Untuk Sepanjang Hayat,

suatu projek yang diasaskan oleh United Nations Development Information

Programme (UNDP), Coca-Cola Corp dan Kementerian Pelajaran, bertujuan

menggunakan teknologi maklumat untuk menyebarkan maklumat dalam bentuk

digital supaya mengurangkan jurang dari segi pendidikan dalam masyarakat (Suraya,

2005).

2.4 E-PEMBELAJARAN DI PERINGKAT UNIVERSITI

Di peringkat universiti pula, institusi-insitusi tinggi masing-masing melaksanakan

e-pembelajaran dengan inisiatif bersendirian. Berdasarkan satu kajian yang bertajuk

Survey Research on E-pembelajaran in Asia Countries (2002), Universiti tempatan

mula menggunakan teknologi maklumat melalui pendidikan jarak jauh seperti

Universiti Sains Malaysia (USM) (tahun 1999) dan Universiti Putra Malaysia

(UPM) (tahun 1999). Aktiviti-aktiviti yang melibatkan teknologi termasuk

penggunakan e-mel, perbincangan dalam talian, pencapaian kursus dalam talian dan

sebagainya. Universiti Malaya pula merupakan universiti tempatan pertama yang

menggunakan sistem pengurusan pembelajaran untuk menyampaikan kursus dalam

Page 27: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

15

talian pada tahun 1998 (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006). Pada tahun 1999,

Universiti Multimedia (MMU) didirikan dan ia merupakan universiti pertama yang

menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya dalam sistem P&P dan pengurusan.

Universiti lain seperti International Medical Universiti (IMU) dan Universiti Tun

Abdul Razak (UNITAR) juga mengikut jejak membentukkan SSP tersendiri pada

tahun 1999. Pada tahun 2001, Open Universiti Malaysia (OUM) memulakan sistem

e-pembelajaran.

2.5 SEJARAH E-PEMBELAJARAN DI UTHM

Terdapat beberapa jenis teknologi yang diguna pakai dalam proses penyampaian

ilmu dan maklumat. Teknologi ini dibangunkan dengan kombinasi teknologi sedia

ada seperti komputer, internet dan peralatan rakaman seperti kamera video.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melihat penggunaan e-Pembelajaran

sebagai satu instruksi pelengkap yang mampu meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). e-Pembelajaran digunakan di UTHM dalam

mod ‘blended learning’, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional

dan kaedah pembelajaran maya. Oleh itu, staf akademik dan pelajar masih bertemu

di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Universiti.

Terdapat tiga sistem utama yang menyokong pelaksanaan e-Pembelajaran di UTHM,

iaitu :

i. Sistem LMS Blackboard Basic Edition.

ii. Sistem Perpustakaan.

iii. Universiti Campus Interactive TV (UCiTV).

2.5.1 PELAKSANAAN SISTEM ‘LEARNINGMANAGEMENT SYSTEM’

(LMS) ‘UTHM ACADEMIC ONLINE RESOURCES’ (AUTHOR)

Pihak CAD mendapati penggunaan Blackboard 8 sebagai LMS adalah tidak efektif.

Selain daripada kos yang kian meningkat saban tahun, fungsi yang ditawarkan juga

adalah terhad. Pihak Universiti telah membuat keputusan untuk menghentikan

Blackboard sebagai sistem LMS dan menggantikannya dengan sistem yang baru iaitu

Page 28: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

16

Sistem E-pembelajaran Author. Sistem LMS yang baru telah beroperasi mulai

Januari 2011, Semester 2, (Sesi 2010/2011). Sistem LMS ini mempunyai ciri-ciri

yang menarik dan mesra pengguna serta mampu untuk diintegrasikan dengan sistem-

sistem sokongan sedia ada seperti SMAP dan SMP.

Bagi tujuan meningkatkan lagi penggunaan e-Pembelajaran serta penerapan

budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan staf akademik dan pelajar,

pihak CAD merancang untuk memperkenalkan konsep Personal Learning

Environment (PLE). Untuk itu, latihan dan kursus berkaitan akan dipergiatkan lagi.

Selain daripada perkhidmatan video on demand yang disediakan oleh pihak

UCiTV, perancangan juga perlu dilakukan untuk membangunkan sistem podcast dan

juga mobile learning. Pihak CAD juga merancang untuk menambah koleksi bahan

multimedia e-Kandungan. Untuk itu, pihak Universiti perlu mendapatkan tenaga

kerja sokongan yang berkemahiran dalam bidang berkaitan. Pembangunan Makmal

dan Pusat Latihan yang dilengkapi dengan kemudahan ICT dan perisian multimedia

juga perlu dibangunkan.

2.6 KELEBIHAN E-PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR

Pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau universiti

memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat

menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah,

bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu

kursus dapat disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada

satu masa tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti

komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat

diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 ).

E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real-time

learning) atau membekalkan maklumat terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay

dan Lynch, 2003). E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan

pelajar mengikut pembelajaran di mana-mana tempat, berdasarkan keupayaan

masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud

seseorang dapat belajar secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat

sedemikian akan membantu masyarakat menjayakan program pembelajaran

Page 29: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

17

sepanjang hayat.

Selain itu, pelajar menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan e-

pembelajaran mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek

tersebut dan memintas bahagian maklumat yang telah diketahui (Ertl, Winkler

dan Mandi, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tetap mencapai objektif

pengajaran melalui proses pembelajaran yang berlainan. Kelebihan ini tidak dapat

ditanding oleh pembelajaran tradisional. Dalam pembelajaran tradisional, pelajar

yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza terpaksa menerima pengajaran

yang sama.

Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran

melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai maklumat yang meluas apabila

perlu. Maklumat dapat dikongsi antara individu dengan pakar dalam bidang tertentu

yang dikenali melalui e-mail, chat-room atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa

untuk proses pembelajaran secara langsung disingkatkan.

Sifat e-pembelajaran yang tumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat

pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar

diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam

pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari

maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan

perkataan lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif

supaya terus mengikuti e-pembelajaran.

Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura

Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran

mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana

atau ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.

2.7 KEPENTINGAN E-PEMBELAJARAN

Menurut Ismail (2003), e-pembelajaran ataupun e-pembelajaran mampu membawa

satu perubahan dalam proses pembelajaran secara lebih berkesan daripada pelbagai

aspek. Terdapat pelbagai kepentingan e-pembelajaran dalam proses pembelajaran

dan pengajaran.

Page 30: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

18

Di antara kepentingan e-pembelajaran adalah membolehkan pembelajaran

kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan

serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang

susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di

dalam suasana yang „selamat� tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga

boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan

teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. E-

pembelajaran yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran

yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, pensyarah,

mentor atau fasilitator.

Dalam pembelajaran e-pembelajaran fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar

perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggung-jawab untuk

pembelajarannya. Suasana pembelajaran e-pembelajaran akan menjadikan pelajar

memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat

perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif

sendiri.

2.8 KEPELBAGAIAN STRATEGI PENGGUNAAN.

Menurut Ismail (2003), di dalam mempelbagaikan strategi penggunaan, pelajar dapat

mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut tahap dan masa sendiri. Setiap

maklumat atau bahan yang diakses boleh menggunakan samada secara atas talian

atau di luar talian.

Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini

kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui

internet dan intranet. Sesi perbincangan secara maya melalui forum, discussion

board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira

masa. Sehubungan dengan itu, e-pembelajaran dilihat sebagai salah satu medium

pengajaran dan pembelajaran yang sangat efektif untuk menarik minat pelajar.

Page 31: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

19

2.8.1 KANDUNGAN BAHAN TERKINI

Menurut Shiung (2007), sesi e-pembelajaran atas talian adalah sangat mudah untuk

dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuatnaikkan ke

komputer pelayan apabila perlu. Pada kebiasaannya, segala maklumat yang terdapat

dalam sistem e-pembelajaran dikemas kini sepanjang masa. Pelajar akan dapat

memperolehi bahan dengan cepat dan terkini.

2.8.2 PERKONGSIAN MAKLUMAT

Setiap maklumat yang diakses melalui e-pembelajaran boleh dikongsi dengan

pelbagai cara. Pelajar boleh berkongsi maklumat yang diperolehi melalui kemudahan

seperti forum dalam talian, e-mel, telesidang video dan chatting. Menurut Jamaludin

Harun (2008), telesidang desktop atau desktop conferencing adalah kaedah

komunikasi yang melibatkan kombinasi audio dan visual serta penggunaan komputer

untuk menghasilkan suatu proses komunikasi yang interaktif antara dua atau lebih

individu. Contoh penggunaannya adalah melalui perbincangan maya di antara

individu dengan sesorang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Perbincangan ini

tidak memerlukan halangan jarak walau di mana seseorang individu tersebut berada

di lokasi yang jauh.

2.8.3 MAKLUMAT DIAKSES SECARA SERENTAK

Menurut Shiung, (2007), secara amnya, pelajar boleh mengakses segala bahan

maklumat pembelajaran secara serentak. Walau bagaimanapun, kadangkala berlaku

juga masalah teknikal menyebabkan proses mengakses maklumat menjadi lambat.

Pelajar boleh mengakses dengan menggunakan kaedah pembelajaran synchronous.

Menurut Bendfield (2008), synchronous e-pembelajaran atau pun pembelajaran yang

berlaku pada masa yang sama. Secara umumnya, synchronous e-pembelajaran

dibantu oleh elemen multimedia seperti siding video, chatting. Pada kebiasaannya ,

ketika synchronous e-pembelajaran berlaku ianya lebih bersifat sosial dan soalan

yang dikemukakan juga agak terhad.

Page 32: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

20

2.8.4 INTERAKTIF

E-pembelajaran menyediakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan inovatif.

Ianya memudahkan pelajar untuk memahami setiap maklumat yang ingin

disampaikan terhadap setiap topik perbincangan.

2.9 SIKAP PELAJAR TERHADAP E-PEMBELAJARAN DAN FAKTORNYA

Pelajar mempunyai sikap yang berbeza terhadap e-pembelajaran. Kajian Hanafi

(2004) dan kajian Paris (2004) menyatakan pelajar mempunyai sikap yang positif

terhadap pembelajaran web dalam talian. Menurut Paris (2004), keyakinan terhadap

web, kesukaan menggunakan web dan pandangan kegunaan web didapati

memberikan kesan yang signifikan positif terhadap keinginan untuk menggunakan

web. Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar bertindak

berlainan antara satu sama lain apabila menghadapi persekitaran pembelajaran dalam

talian, bergantung pada tahap kemahiran e-pembelajaran dan sikap mereka terhadap

e-pembelajaran.

Namun demikian, Vuorela dan Nummenmaa (2004) pula menyatakan bahawa

komputer masih dipandang secara ancaman dan dapat menghasilkan kegusaran pada

tahap tertentu. Mereka juga berpendapat manusia tidak rela bertindak jika mereka

berasa tidak mampu untuk bertindak walaupun pandangan mereka terhadap tindakan

tersebut adalah positif. Kajian Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) menyokong

bahawa semakin tinggi pandangan positif, semakin tinggi kepuasan seseorang pelajar

dalam pembelajaran dalam talian yang fleksibel. Oleh itu, keyakinan, kesukaan,

kegusaran dan pandangan terhadap sesuatu teknologi akan mempengaruhi keinginan

seseorang dalam penerimaan teknologi tersebut.

Jadi, walaupun e-pembelajaran mempunyai potensi menjadi satu kaedah

pembelajaran yang dapat memuatkan khalayak ramai, kita mesti memahami faktor

apakah yang akan mempengaruhi keinginan pelajar menerima teknologi yang baru

ini (Razmah Mahmod et al., 2005).

Di negara Thai, satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh

pelajar dari Bangkok Universiti telah dijalankan (Research Institute of Bangkok

Page 33: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

21

Universiti, 2002). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance Model”

atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D untuk mencari faktor pelajar terhadap

penerimaan e-pembelajaran. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima

e-pembelajaran termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan

kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-pembelajaran, manakala

masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-pembelajaran.

Di negara kita pula, Ndubisi (2004) juga telah menjalankan kajian yang

lebih kurang sama dengan kajian di Bangkok Universiti di sebuah universiti

tempatan. Sistem e-pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah Blackboard.

Model Decomposed version of Theory of Planned Behaviour (DTPB) pula

digunakan untuk mengkaji faktor penerimaan e-pembelajaran. Hasilnya, didapati

sikap merupakan pengaruh secara langsung terhadap penerimaan e-pembelajaran

dan sikap dapat melihat kegunaan serta kesenangan mengguna e-pembelajaran

(Ndubisi, 2004).

Jun (2005) telah membuat sorotan kajian mengenai faktor seseorang pelajar

meningkalkan e-pembelajaran. Jun (2005) membuat kesimpulan bahawa faktor

pelajar meninggalkan e-pembelajaran dapat dikategori sebanyak lima bahagian iaitu

latar belakang individu (termasuk kekurangan pengalaman dengan kominikasi

berasaskan komputer), motivasi (termasuk keyakinan terhadap komputer), integrasi

akademik, integrasi sosial dan persekitaran teknologi (termasuk masalah dengan

teknologi). Kajian Ndubisi (2004) menunjukkan bahawa pengalaman komputer

mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan keinginan seseorang menerima e-

pembelajaran.

Selwyn (2003) telah membuat satu laporan mengenai faktor pelajar

menerima atau menolak teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) di universiti.

Menurut beliau, walaupun teknologi komunikasi dan maklumat telah ditentukan

keberkesanannya dalam aktiviti akademik kebanyakan fakulti di universiti, namun

integrasinya dalam aktiviti akademik setiap hari terhadap pelajar universiti secara

keseluruhan kurang ditekankan. Beliau juga memberi pandangan bahawa tahap

penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajian tinggi sebenarnya

tidak rata dan selalu berada pada tahap yang rendah.

Faktor-faktor pelajar yang tidak menggunakan teknologi komunikasi dan

maklumat di universiti, hasil daripada kutipan maklumat Selwyn (2003), adalah

seperti berikut:

Page 34: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

22

i. Tidak mendapat sokongan bahan dan sokongan kewangan

ii. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi

komunikasi dan maklumat

iii. 'Technophobia' atau perasaan benci terhadap teknologi

iv. Enggan menggunakan teknologi kerana salah tanggapan terhadap

teknologi komunikasi dan maklumat

Satu kajian mengenai pandangan pelajar universiti terhadap penggunaan e-

pembelajaran oleh Keller dan Cernerud (2002). Hasil dapatan amat mengesahkan

orang. 50peratus respoden berpendapat bahawa e-pembelajaran tidak membantu

mereka dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, mereka tidak rela menggunakan e-

pembelajaran yang dilaksanakan di universiti.

Cheng-Chang, Sivo dan Brophy (2003) dalam kajian menguji pandangan

pelajar mengenai penggunaan WebCT, satu persekitaran pembelajaran maya,

berdasarkan Model Penerimaan Teknologi pula menyatakan bahawa faktor

pandangan terhadap kesenangan penggunaan , pandangan kebergunaan dan sikap

pengguna terhadap WebCT kononnya tidak menentukan antara satu sama lain. Hal

ini bermaksud pandangan terhadap kesenangan penggunaan WebCT tidak akan

mempengaruhi pandangan kebergunaan WebCT dan sikap pengguna terhadap

WebCT; pandangan kebergunaan WebCT tidak akan mempengaruhi pandangan

terhadap kesenangan penggunaan WebCT dan sikap pengguana terhadap WebCT;

sikap pengguna terhadap WebCT juga tidak akan mempengaruhi pandangan terhadap

kesenangan penggunaan WebCT dan pandangan kebergunaan WebCT.

2.10 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SPP)

Sistem Pengurusan Pembelajaran, atau Learning Management Systems (LMS)

dalam bahasa Inggeris, juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Kursus (Course

Management Systems (CMS) atau Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual

Learning Environments (VLE).

Satu ensiklopedia di laman web, Wikipedia, mendefinisikan Sistem

Pengurusan Pembelajaran (SPP) sebagai satu pakej perisian yang membenarkan

pengurusan isi pembelajaran dijalankan dan dapat menyalurkan isi pembelajaran

Page 35: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

23

serta maklumat kepada pelajar. Kebanyakan SPP telah dilaksanakan melalui

rangkaian web supaya pengurusan dan pembelajaran dapat dicapai di mana-mana

tempat pada mana-mana masa.

Lewis dan Whitlock (2003) telah menunjukkan empat jenis ciri Sistem

Pengurusan Pembelajaran yang dijelaskan dalam laporan DfEE (Department for

Education and Employment). Pertama, Laporan DfEE menujukkan bahawa setiap

SPP sebenarnya mempunyai beberapa ciri yang lazimnya wujud. Ciri-ciri tersebut

termasuk data pendaftaran pelajar (maklumat persedirian, username, password), data

pendaftaran program dan data kemajuan pelajar dalam subjek tertentu. Kedua, SPP

mempunyai ciri memperuntuk sumber seperti ruang dan kelengkapan. Contoh

fungsi-fungsi yang ada termasuk jadual waktu untuk setiap kelas, pembahagian

pensyarah kursus tertentu, sokongan atau keperluan yang digunakan (seperti

projector video, komputer dan sebagainya), jadual waktu setiap pelajar dan laporan

seperti penglibatan setiap pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, SPP

dapat menyokong pembelajaran jarak jauh bukan dalam talian (off-line distance

learning). Bahan-bahan yang diperlukan untuk ciri tersebut melibatkan multimedia

dari bahan cetakan hingga CD-ROM. Ciri keempat sesuatu SPP ialah ia menyokong

pembelajaran dalam talian. Kini, SPP secara sumber terbuka semakin berkembang

pesat dalam pendidikan dan perniagaan (Wikipedia, 2006).

2.11 TEORI RESAPAN INOVASI

Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M. Rogers.

''Resapan'' merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-

saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem

sosial (Rogers, 1995). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan

mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi,

barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga

diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat. Ringkasan teori ini dapat

dilihat pada rajah 2.1 Model Peringkat dalam Proses Keputusan-Inovasi

Page 36: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

24

2.11.1 KAJIAN LEPAS YANG MENGGUNAKAN TEORI RESAPAN

INOVASI

Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan di

Malaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru

sama ada menerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke

dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang

bermula daripada peringkat penerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah

dikaji dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti.

Faktor-faktor tersebut termasuk sikap terhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan

oleh Rogers.

Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam

kajiannya yang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains

Malaysia. Beliau mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan

Internet dalam kalangan pelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar

yang menerima internet serta melihat sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi

penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan antara

pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliau mendapati lebih ramai

pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajiannya

telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalam

penerimaan sesuatu inovasi. Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar

kajian beliau dapat dijadikan asas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses

pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini.

Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang

melihat penerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan

faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet

lebih digunakan oleh pelajar-pelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan

mendapatkan berita dan maklumat tentang agama dan politik tetapi tidak ketara bagi

tujuan akademik.

Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang

membuat kajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Tricia Lim (1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

Page 37: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

98

RUJUKAN

Abdul Razak, A. Z. (2004). Teknologi Maklumat & Komunikasi. Edisi Kedua. Kuala

Lumpur: MzGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Abidin, A, dan R.Nawi, A. F. (2002). E-Learning : Penerokaan Media Pembelajaran

Terkinidalamtalian.http://www.elearning.unimas.my/Articles/archieves/0000

02.html.

Aldrich, C. (2003). Global Learning, 2008. AMA Handbook of E-learning. USA:

AMACOM American Management Association, 420-422.

Alexander, S. (2005). Do not go pass.

http://www.onlinelearningmag.com/onlinelearning/magazine/article_display.j

sp?vnu_content_id=1355614 and pedagogical innovation in higher education

institutions’, Association

Asirvatham, D. & Abtar Kaur Zoraini Wati Abas (2006). Country Report: E-learning

inMalaysia,http://www.asiaelearning.net/content/conference/2005/file/Malays

ia_Countryperatus20Reportperatus20v5.2.pdf

Asirvatham et al., 2004; Country Report: Development of E-learning in Malaysia.

http://www.asiaelearning.net/content/conference/2004/file/S2_Malaysia.pdf

ASTD. (1998). Learning Technology Research Report. Alexandria, VA:ASTD.

Badrul Khan (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan epembelajaran

di kalangan pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPP, SPK, SPT)

Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda

Page 38: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

99

Berge, Z. L. (2001). Sustaining Distance Training: IntegratingLearningTechnologies

into the Fabric of The Fabric of the Enterprise. San Francisco: Jossey-Bases.

Bishoff, A. (2000). The Elements of Effective Online Teaching: Overcoming Barriers

To Success. In K. W. White & B. H. Weight (Eds). The online teaching

guide: A handbook of attitudes, strategies and techniques for the virtual

classroom. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative research in education: An

introduction to theory and methods (3rd ed.). Needham Heights, MA: Allyn

& Bacon.

Cavallaro dan Tan (2006). Computer mediated peer-peer mentoring. Assoclation the

Advancement of computing in education Journal, 14(2), 129-138.

http://go.editlib.org/a/6219

Cheah Phaik Kin (1999). Kadar Penerimaan Internet di Kalangan Pelajar

Universiti: Satu Kajian Kes di Universiti Sains Malaysia,Tesis Sarjana,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Cheng-Chang, S. P., Sivo, S. dan Brophy, J. (2003). Students' Attitude in a Web-

enhances Hybrid Course: A Structual Equation Modeling Inquiry. Journal of

Educational Media & Library Sciences. 41(2), December: 181 - 194.

Chidambaram, L., & Zigurs, I. (eds.) (2001). Our Virtual World: The Transformation

of Work, Play and Life with New Media, Hershey, PA: Idea Group Publishing

Chin, L. (1999). A study into students’ perceptions of Web-based learning

environment, kertas kerja dibentangkan di HERDSA Annual International

Conference on Information Technology and Multimedia di UNITEN, 13-

15hb Ogos 2001.

Chow Fook Meng & Jaaizah Mahamud,(2004 2nd Edition). Panduan Kajian

Tindakan, Jurnal Maktab Perguruan Perlis.

Page 39: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

100

Chu & Hinton; Morgan & Tam, (1999) Institute for Computer Based Learning at

Heriot-Watt UniversityRetrieved

from(http://www.jisc.ac.uk/jtap044.html#_TOC465744599 [2001, Feb12]

Clark, R. C. & Mayer, R. E. (2003). E-learning and the Science of Instruction. San

Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer.

Clarke A (1992). “The Principles of Screen Design for Computer-based Learning

Materials Sheffield: Dept. for Education and Employment”

Coollis dan Anderson, (1994). Computer literacy for the 1990s: Theoritical issues

for an international assessment computer in schools, 11(2).55-67.

Cresswel (2005). Educational Research Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research (2nd Ed.). New Jersey Columbus, Ohio

: Pearson Education

Creswell(1998). Qualitative inquiry and research design : Choosing among five

traditions. Tousand Oaks,CA : Sage.

Curtin (2006) . WebCT and Online Tutorils: New Possibilities For Students

Interaction [Electronic Version]. Australia Journal of Educational

Technology 18(1), 110-126. http://ascilite.org.au/ajet/ajet18/ajet18.html

Dereshiwsky & Moan (2000). diffusion, British Journal of Educational Technology

39(4), 598–609.

Drennean, J. Kennedy, J. dan Pisarski, A. (2005). Factors Affecting Student

Attitudes Toward Flexible Online Learning in Management Education.

Journal of Educational Research. 98 (6), July/August: 331-338

http://web34.epnet.com/externalframe.asp

Page 40: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

101

Dublin, L. (2003). If You Only Look Under the Street Lamps... Or Nine e-Learning

Myths. The e-learning Developers’ Journal , June 16, 2- 7.

http://www.elearningguild.com/pdf/2/061603MAN.pdf Educational

Technology 20(1), 33–48.

Eklund, J., Kay, M. dan Lynch, H. M. (2003). e-learning: emerging issues and key

trends, A discussion paper. Australian National Training Authority. ISBN

1877057363

http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edition04/pdf/elearning250903fi

nal.pdf

e-learning strategy: Levers for change within academic schools’ Association for

Learning Technology Journal, Research in Learning Technology 14(2), 135–

151.

eLearning.com.intros.2007. What is eLearning. (dalam talian)

Embi,(2010). e-Learning in Malaysian Institutions of Higher Learning:

Status, Trends and Challenges

Ertl, B., Winkler, K. dan Mandi, H. (2007). E-Learning: Trends and Future

Development, Advances in Computer-Supported Learning. USA: Information

Scienve Publishing for Learning Technology Journal, Research in Learning

Technology 13(3),

Garland, M. (1993). Student Perceptions of The Situational, Institutional,

Dispositional, And Epistemological Barriers to Persistence. Distance

Education, 14(2), 181-198

Garrison, D., & Anderson, T. (2003). E-learning in the 21st Century. London:

Routledge Falmer.http://agelesslearner.com/intros/elearning.html (capaian 5

Julai 2007)

Page 41: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

102

Giles, 1999; Giles, I.M. (1999). An Examination of Persistence and Dropout N the

Online Computer-Conferenced Classroom. Virginia Polytechnic Institute and

State University: Doctoral dissertation.

Gorard & Selwyn, 2000) Gorard, S. & Selwyn, N. (2000). Researching The Role of

Digital Technology in Widening Participation. (ERIC Document

Reproduction Service No. ED45442)

Guba dan Lincoln(1985). Fourth Generation Evaluation, Newbury Park, CA : Stage

Hanafi Atan, Zuraidah A Rahman dan Rozhan M Idrus (2004). Characteristics of the

Web-Based Learning Environment in Distance Education: Students’

Perceptions of Their Learning Needs. Educational Media International. 41

(2), Jun: 103-110. http://www.tandf.co.uk/journals

Hartley,D (2000). All Aboard The E-learning Train. Trainning and Development,

54(57),pp 37-43.

Hasani Hassan (2004, Ogos 9). E-pembelajaran Atasi Kekurangan Pakar. Utusan

Malaysia.

Hazura Mohamed et al. (2005), Kesan Penggunaan E-pembelajaran, Konvensyen

Teknologi Pendidikan Ke-18. September 16-19. Hotel Grand Continental

Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Hisyam, (2000). Perisian Pembelajarn Berasaskan Web : Keperluan Dalam

Pendidikan Jarak Jauh. Jurnal Pendidikan Jarak Jauh Malaysia.

Holmes, 2006) Holmes, B dan Gardner, J. (2007). E-Learning: Concepts and

Practice. London: SAGE Plications

http://www.formatex.org/micte2005/261.pdf

Ismail (2003), Ismail, Ayob et.al. (2003). Penjuruteraan Semula Pendidikan

Teknikal dan Vokasional:Satu Cetusan Pemikiran dan Tnjauan. Kolej

Page 42: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

103

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.Persidangan Kebangsaan Pendidikan

dan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.

Jailani (2002). Kepentingan ‘Content Management System’ dalam e-lesrning. Dalam

Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15 (m.s 282-290), Perlis:

Hotel Putra Palace.

Jamaludin (2000). Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. AJM

Publication.

Jamalludin Harun (2006). Saya Tidak Berminat Menggunakan E-pembelajaran:

Tolong Jangan Paksa Saya. Buletin e-Pembelajaran@UTM, edisi 1,

Disember 2006. Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM Skudai,

14-15.

Jamilah (2006). Organizing Enterprise-Wide E-learning and Human Capital

Management.”

Johari bin Mat (2000). Technology in the Malaysia Education System, Malaysia

International Conference on Electronic Learning 2000 (e-learning 2000). 25-

26 Mei Kuala Lumpur: UTM, 1-10.

Jongensen (1989). Forum Perbincangan berasaskan

Web. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

Jun, J. (2005). Understanding E-dropout. International JI. On E-Learning. 4(2): 229-

240.

Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University

Education. Journal of Educational Media. 27

http://beat.doebe.li/bibliothek/t03555.html

Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The Effectiveness of Computer Application: A

Meta-Analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27(1),48-61.

Page 43: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

104

Kramarae, C. (2001). The third shift: Women learning online. Wishington, DC:

AAUW Educational Foundation.

Kvale (1996). Interactions in online education: Implications for

Theory and Practice. New York,NY:Routledge

Laurillard (1991). E-learning and Social Networking Handbook:

Resources for Higher Education. London: Taylor and Francis

Leonard, Bet al , 2006). E-learning: Strategies for delivering knowledge

in the digital age. New York, NY : McGraw-Hill.

Lewis, R. & Whitlock, Q. (2003). How to Plan and Manage an E-learning

Programme. England: Gower Publishing Limited.

Marohaini Yusoff (2001), Pengutipan dan Pengumpulan data perlakuan dan proses

Menulis karangan dalam bilik darjah . dalam y, Maharoni (Ed).Penyelidikan

Kualitatif : Pengalaman kerja lapangan)

Marshall & Rosman (1995). Designing Qualitative Research NewBury Park, CA :

Sage Publications.

Masie, E. (2000). Blending Learning: The Magic is in The Mix. In A. Rosselt (Ed.)

The ASTD E-learning handbook: Best practices, strategies, and case studies

for an emerging field, (pp.58-63). New York: McGraw-Hill.

Mauthner & Edwards (2002). "Ethics and feminist research: theory

o and practice", in Mauthner, M., Birch, M., Jessop, J. and Miller, T. (eds.)

Ethics in qualitative research, Sage, London, pp. 14-31.

Merriam (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education. San

Francisco : Jossey Bass

Page 44: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

105

Merriam, S. B. (2001). The new update on adult learning theory. New Directions

for Adult and Continuing Education, No. 89, San Francisco: Jossey Bass

Publishers.

Miles & Huberman (1994) Qualitative data analysis (2nd ed.). Thousand Oaks, CA:

Sage.

Mohamad Hisham Mohd Hashim dan Yusuo Hashim(2004). “Penggunaan Sistem

pengurysan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Tinjauan:

Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 17. 25-29

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar

University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat

Pembelajaran.Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di

Skudai.

Moore, M.G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A system view. Belmont,

CA: Wadsworth Publishing Company.

Morgan, C.K. & Tam, M. (1999). Unraveling the complexities of distance

education student attrition. Distance Education, 20(1), 96 – 108.

Ndubisi, N. O. (2004). Factors Influencing E-learning Adoption Intention:

Examining the Determinant Structure of the Decomposed Theory of Planned

Behaviour Constructs, HERDSA 2004 Conference Proceedings.

http://www.herdsa.org.au/conference2004/Contributions/RPapers/P057-jt.pdf

Nichols & Anderson (2005). Strategik pelaksanaan e-pembelajaran. Teknologi

Pendidikan & Society, 8 (4), 1-8.

Nichols, M., 2008, ‘Institutional perspectives: The challenges of e-learning

Page 45: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

106

O’Connor, C., Sceiford, E., Wang, g., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003).

Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and

Solutions. Retrieved November 16, 2003, from www.masie.com

O’Malley, J. & McCraw, H. (1999). Student perceptions of distance learning.Online

learning and the traditional classroom. Online Journal of Distance Learning

Administration, II(IV),p1-11. Retrieved January 15, 2002, from

www.westga.edu/~distance/omalley 24.html.

O’Sullivan, M, Samarawickrema, G .(2008). Changing learning and teaching

relationships in the educational technology landscape. Proceedings ascilite

Melbourne, 711-714.

Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kualitatif, Pengenalan Kepada teori dan Metod.

o Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paris, P. G. (2004). E-Learning: A study on Secondary Students'Attitudes towards

Online Web Assisted Learning. International Education Journal. 5(1).

http://iej.cjb.net

Patton (1990). Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills, CA: Sage

Publications.

Phillip R. (1997).The Developer’s Handbook to Interactive Multimedia London:

Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for

Emploment Studies. Report No. 376. Brighton: UK.

Rashid Mohammed Salim Alhajri (2007). Teacher’s beliefs and self-efficacy in

computer technology integration in teaching and learning : A comparative

study between Oman and Malaysia.Unpublished PHD thesis. Universiti Sains

Malaysia.

Page 46: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

107

Razmah Mahmod, Noornina Dahlan, T. Ramayah, Noorliza Karia, Muhammad

Hasmi Abu Hassan Asaari (2005). Attitudinal Belief on Adoption of E-MBA

Progarm in Malaysia, Turkish Online Journal of Distance Education-

TOJDE. April 2005. ISSN 1302-6488, 6(2).

Research Institute of Bangkok University (2002), Model of e-Learning Adoption :

Case Study in Bangkok University UndergraduateStudents,

http://research.bu.ac.th/extra/article017.html

Rogers (1995). Diffusion of Innovations. 4th ed. New York: Free Press,1995.

Rosenberg, M. (2002). E-learning strategies for delivering knowledge in the digital

age.New York: Mc Graw Hill.

Rosenberg, M. J. (2001). E-learning: Strategies for delivering knowledge

Rubiah Omar (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam

Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan (UKM)

Salmon, G., 2005, ‘Flying not flapping: A strategic framework for e-learning

Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults:

Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance

educational.(Doctoral dissertation, Northem Illinois University.

Lee S. Shulman ,(1986): Educational Researcher, Vol. 15, No. 2. (Feb., 1986), pp. 4-

14.Stable URL:http://links.jstor.org/sici?sici=001

189Xperatus28198602peratus2915peratus3A2peratus3C4peratus3ATWUKG

Iperatus3E2.0.COperatus3B2-X

Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definitions and

domains of the field. Washingston, DC: Association for Educational

Communications and Technology.

Page 47: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

108

Selwyn, N (2003). Why Students Do (and Do Not ) Make Use of ICT in University,

‘Finding Common Ground: IT Education, Dearing and Democracy in the

Information Society’ Conference. 9th July. University of Leeds Department

of Computing.

Sharpe, R., Benfield, G. and Francis, R., (2006), ‘Implementing a university

Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan Epembelajaran (e-

learning) Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik danVvokasional

Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi

Malaysia: Projek Sarjana Muda

Suraya Hamid (2005). A Framework for Strategic Future E-Learning Applications to

Support Sustainable Growth in the E-Learning Industry. Proceedings Book of

the 3rd International Conference on Multimedia and Information and

Communication Technologies in Education, m-ICTE2005.

Survey Research on E-pembelajaran in Asia Countries (2002) Survey Research on e-

Learning in Asian Countries :Fiscal Year 2002 (Overview) http://www.asia-

elearning.net/content/relatedInfo/report/elearning-trend-2002-overview.pdf

Teaching the teachers to teach online’, Australasian Journal o

Tricia Lim (1999) , Competencies for distances education professionals. Education

Technology Research & Development, 43(1), 57-59

Victor Jeurissen (2004). Distributed Education: Challenges, choices, and a new

environment. Washington, DC: American Coucil on Education.

Vuorela, M & Nummenmaa, L (2004). How undergraduate students meet a new

learning environment?. Computers in Human Behavior. 20: 763-777.

www.elsevier.com/locate/comphumbeh

Page 48: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

109

Watson (2003). A case study. Exponential growth at the University of Durham.

Diperolehi July 4, 2004 daripada

http://www.blackboard.com/about/cc/durham/index.htm

Wideman dan Owston, (1999) . An initial assessment technical report.

Atkinson College: Atkinson College Press.

Williams, (2001) Thirty-two trends affectingdistance education: An informed

foundation for strategic planning. OnlineJournal of Distance Learning

Administration, 6(3).

Wilson, G. and Stacey, E., 2004, ‘Online interaction impacts on learning

Wong, M.M. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan E-learning UTM di Kalangan

Pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Tesis

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan. Universiti Teknologi

Malaysia , Skudai.

Yahya (2005). Kajian Penggunaan E-pembelajaran di Kalangan Pelajar Tahun

Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KH) di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tesis Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia.

Yusuf Hashim (1996). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan, Penerbit

FajarBakti Sdn Bhd Kuala Lumpur.

Yusup Hashim (1998). From educational technology to information technology

Malaysian experience. Jurnal Akademik MPSAH. Jilid 6, m.s. 28-40.

Zailan Arabee Abdul Salam & Azmi Mansur (2006). MyGfL: A Lifelong Learning

Platform for Malaysian Society. The Electronic Journal of e-Learning. 4 (1):

7-14. www.ejel.org

Page 49: i PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN AUTHOR DALAM …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4214/1/AISHA_BINTI_ABD.GHANI.pdf · dalam rangkaian komputer samada LAN, ... soalan atau latihan secara

110

Zoraini Wati Abas. (2005). E-learning: Potential and challenges for Malaysian

institutions. Dalam Mohd Zahedi Daud (et al.) E-learning: Issues and

Challenges. (pp.8-16). Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Zainal, G., 1998, Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational

Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southampton.