i pengetahuan, kemahiran dan amalan guru...

47
i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU MEMBINA ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM INSTRUMEN PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN AFINDE BIN OTHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2016

Upload: others

Post on 08-Feb-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

i

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU MEMBINA ITEM

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM INSTRUMEN

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

AFINDE BIN OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal

(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

Page 2: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Isteri Tercinta,

Khadijah Binti Azman

Dan Anak-anak yang disanyangi.

Nur Fatihah, Nur Khaireen Hana dan Nur Anissa Adni

Terima kasih kerana amat memahami dan memberi sokongan yang tiada henti. Kasih

sayang dan sokongan yang diberikan menjadi kekuatan dalam meneruskan perjuagan

ini.

Buat Ibu Tersayang,

Asmah Binti A. Kadir

Dan Ayahanda dan Bonda (Mertuaku),

Azman Bin Yahya,

Zaidah Binti Ishak

Serta adik beradik dan rakan-rakan

Terima kasih di atas doa yang tidak pernah henti-henti dan sokongan mental dan

fizikal sehingga anakanda mampu menyiapkan kajian ini. Doa dan restu kalian

menjadikan perjalanan ini lebih mudah dan bermakna.

Page 3: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA,

dapat saya menyempurnakan Laporan Projek Sarjana ini dengan sempurna.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada yang

saya hormati, Dr. Azman Bin Hasan, penyelia projek sarjana atas bimbingan, tunjuk

ajar serta kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh menjadi penyelia dalam

melaksanakan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada panel-panel penilai Dr.

Badaruddin Bin Ibrahim dan Tn. Hj. Mohd. Zaid Bin Mustafa atas segala teguran dank

omen yang membina untuk menambah baik lagi laporan ini.

Ucapan terima kasih ingin dirakamkan kepada pihak Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia serta Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional kerana member

ruang dan peluang untuk saya meningkatkan tahap pendidikan saya ke tahap sarjana.

Penghargaan juga diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Muar, SMK Dato Sri

Amar Diraja Muar, SMK Convent Muar, SMK Tun Perak Muar, Guru-guru sekolah

menengah yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama yang diberikan amat

saya hargai.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan

kerjasama sepanjang pengajian saya serta rakan-rakan guru yang banyak membantu

secara tidak langsung. Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi, terima kasih kerana

bersama-sama hingga ke akhirnya menempuh cabaran sebagai siswa dan siswi.

Terima kasih semua. Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa kalian.

Page 4: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan

guru membina item kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen

pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap pengetahuan,

kemahiran dan amalan guru membina item KBAT berdasarkan kepada kumpulan guru

mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran

tingkatan 5. Sebanyak enam persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengkaji

permasalahan kajian. Rekabentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan

inferensi dalam bentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan

borang soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen kajian. Seramai 161

sampel guru daripada 3 buah sekolah di daerah Muar, Johor terpilih menjadi

responden dalam kajian ini. Model Pengukuran Rasch telah digunakan bagi

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina

sendiri. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan

guru membina item KBAT adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru

mengajar matapelajaran tingkatan 3 dan kumpulan guru mengajar matapelajaran

tingkatan 5 terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan membina item KBAT.

Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada guru-guru yang

mengubal item pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan bagi memperbaiki kekurangan dalam kajian

ini.

Page 5: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of knowledge, skills and practices of

teachers in constructing Higher Order Thinking Skills (HOTS) items for learning

assessment instruments. The study also looked at the different levels of knowledge,

skills and practices based in constructing the HOTS items based on group of form 3

and form 5 teachers. A total of six research questions were developed to study the

problems of the study. The design of this study involves the descriptive and inferential

analysis in the form of a survey using questionnaires Likert five-point scale as an

instrument. A total sample of 161 teachers from three schools in Muar, Johor was

selected as respondents in this study. Rasch Measurement Model was used to

determine the validity and reliability of the instrument. The findings indicate that

knowledge, skills and practices of teachers in constructing the HOTS items is at the

high level. The study also shows that there is no significant difference between a

groups of form 3 and form 5 teachers towards the level of knowledge, skills and

practice in constructing the HOTS items. The results of this study can be used as a

guideline for teachers in constructing the assessment items and as the professionalism

improvement programme of teachers in schools. Further research could also be

implemented to correct deficiencies in the study.

Page 6: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN

TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 7: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

viii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Penyataan masalah 10

1.4 Tujuan kajian 11

1.5 Objektif kajian 11

1.6 Persoalan kajian 12

1.7 Skop kajian 13

1.8 Batasan kajian 13

1.9 Kepentingan kajian 14

1.10 Kerangka konseptual kajian 15

1.11 Definisi istilah dan pengoperasian 16

1.12 Rumusan 19

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep pentaksiran 21

2.3 Pentaksiran pembelajaran 23

2.4 Kepentingan pentaksiran pembelajaran 24

2.5 Instrumen pentaksiran 25

2.6 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 26

2.7 Kepentingan KBAT 28

2.8 Perspektif baharu dalam penggubalan item 30

Pentaksiran KBAT

Page 8: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

ix

2.9 Prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT 31

2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33

2.11 Kajian-kajian terdahulu 33

2.12 Kemahiran dan amalan penting dalam pembinaan 41

Item KBAT

2.13 Amalan pentaksiran pembelajaran oleh guru 42

2.14 Rumusan 46

BAB 3 METODOLOGI 47

3.1 Pengenalan 47

3.2 Reka Bentuk kajian 48

3.3 Populasi dan sampel kajian 49

3.4 Kerangka operasi 52

3.5 Instrumen kajian 54

3.5.1 Borang soal selidik 54

3.6 Lokasi kajian 57

3.7 Kajian rintis 58

3.7.1 Kesahan (validity) soal selidik 59

3.8 Analisis kajian rintis 60

3.8.1 Analisis kebolehpercayaan item (item reliability) 60

dan indeks pengasingan

3.8.2 Analisis kebolehpercayaan individu 62

(person reliability) dan indeks pengasingan

3.8.3 Polariti item (item polarity) 63

Page 9: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

x

3.8.4 Kolerasi residual terpiawai item 66

3.8.5 Kesesuaian item (item fit) 67

3.9 Kaedah pengumpulan data 72

3.10 Kaedah analisis data 72

3.11 Rumusan 76

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 77

4.1 Pengenalan 77

4.2 Analisis data 77

4.3 Data demografi responden 78

4.3.1 Analisis responden mengikut jantina 79

4.3.2 Analisis responden mengikut bidang 79

Matapelajaran

4.3.3 Analisis responden mengikut kumpulan 80

mengajar matapelajaran

4.4 Dapatan kajian 80

4.4.1 Analisis tahap pengetahuan guru terhadap 81

pembinaan item KBAT

4.4.2 Analisis tahap kemahiran guru terhadap 85

pembinaan item KBAT

4.4.3 Analisis tahap amalan guru terhadap 88

pembinaan item KBAT

Page 10: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xi

4.4.4 Analisis perbezaan tahap pengetahuan guru 91

terhadap pembinaan item KBAT mengikut

kumpulan guru mengajar matapelajaran

4.4.5 Analisis perbezaan tahap kemahiran guru 92

terhadap pembinaan item KBAT mengikut

kumpulan guru mengajar matapelajaran

4.4.6 Analisis perbezaan tahap amalan guru 93

terhadap pembinaan item KBAT mengikut

kumpulan guru mengajar matapelajaran

4.5 Rumusan 94

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 95

5.1 Pengenalan 95

5.2 Perbincangan 95

5.2.1 Tahap pengetahuan guru terhadap 96

pembinaan item KBAT dalam instrumen

pentaksiran pembelajaran

5.2.2 Tahap kemahiran guru terhadap 101

pembinaan item KBAT dalam instrumen

pentaksiran pembelajaran

5.2.3 Tahap amalan guru terhadap pembinaan 105

item KBAT dalam instrument pentaksiran

pembelajaran

Page 11: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xii

5.2.4 Perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran 109

dan amalan guru terhadap pembinaan item

KBAT mengikut kumpulan guru mengajar

matapelajaran

5.3 Kesimpulan 111

5.4 Cadangan terhadap kajian 114

5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan 116

5.6 Penutup 116

RUJUKAN 119

LAMPIRAN 127

Page 12: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xiii

SENARAI JADUAL

3.1 Jumlah populasi kajian 50

3.2 Penentuan saiz sampel 51

3.3 Pembahagian saiz sampel kajian sebenar 52

3.4 Ukuran Skala Likert bagi tahap pengetahuan 55

3.5 Ukuran Skala Likert bagi tahap kemahiran 55

3.6 Ukuran Skala Likert bagi tahap amalan 56

3.7 Pembahagian dan taburan bilangan item bahagian B, 57

bahagian C dan bahagian D

3.8 Sampel kajian rintis 59

3.9 Pekali Saiz Cronbach’s Alpha 61

3.10 Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi 61

kajian rintis yang dijalankan.

3.11 Kebolehpercayaan item dan indeks pengasingan 62

3.12 Kebolehpercayaan responden dan indeks pengasingan 63

3.13 Pemeriksaan polariti item 64

3.14 Kolerasi item 67

3.15 Kesesuaian item 68

3.16 Item yang digugurkan 70

3.17 Ringkasan item dikekalkan dan digugurkan 71

3.18 Interpretasi min skor 73

3.19 Kaedah analisis data 75

Page 13: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konseptual kajian 15

3.1 Kerangka Operasi Kajian 53

3.2 Skala logit 74

Page 14: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xv

SENARAI SINGKATAN

BI - Bahasa Inggeris

BM - Bahasa Melayu

DGF - Differential Group Functioning

DSP - Dokumen Standard Prestasi

JPU - Jadual Penentu Ujian (JPU)

JSU - Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KBAR - Kemahiran Berfikir Aras Rendah

KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PISA - Program Penilaian Murid Antarabangsa

PKBAT - Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PS - Pentaksiran Sekolah

PTMEA CORR. - Point Measure Correlation

PT3 - Pentaksiran Tingkatan 3

SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia

SPPK - Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

TIMSS - Trend Pendidikan Matematik dan Sains

Antarabangsa

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 15: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gantt kajian 127

B Surat permohonan kebenaran membuat kajian UTHM 129

C Instrumen soal selidik kajian rintis 130

D Instrumen soal selidik kajian sebenar 143

E Borang pengesahan dan semakan soal selidik 153

F Ringkasan keseluruhan analisis data mengikut dimensi 159

G Vita 168

Page 16: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Proses pendidikan di negara kita dikategorikan kepada tiga komponen utama iaitu

pengajaran, pentaksiran dan pembelajaran di mana ketiga-tiga komponen ini

bertindak saling membantu bagi membentuk hasil pengajaran dan pembelajaran yang

optimum. Salah satunya komponen yang penting iaitu pentaksiran di mana boleh

dilihat sebagai penghubung di antara kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Pentaksiran dapat membantu guru mengenalpasti pengajaran mereka

dan menilai apa yang dipelajari murid serta merupakan fasa penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga dapat membantu guru mengenal pasti

pengetahuan sedia ada, kekuatan dan kelemahan serta kefahaman murid di samping

menentukan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat daripada mereka bagi

melaksanakan pengajaran yang seterusnya. Kefahaman, kualiti hasil kerja dan

potensi murid melalui jawapan kepada persoalan yang timbul dapat dilihat melalui

pemerhatian pentaksiran semasa pengajaran. Oleh itu pentaksiran di akhir sesi

pengajaran digunakan untuk mengetahui tahap penerimaan murid mengenai apa yang

dipelajari serta merancang penambahbaikan (McMillan, 2007).

Maka pentaksiran pembelajaran menjadi salah satu komponen utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi

maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu

Page 17: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

2

proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, objektif pentaksiran

pembelajaran tidak akan tercapai jika perlaksanaan dan proses pentaksiran tidak

dilakukan dengan baik dan sempurna. Pentaksiran pembelajaran memerlukan proses

bermula dari pembinaan item dan instrumen pentaksiran sehingga kepada penilaian.

Maka pentingnya dalam memilih dan membina item pentaksiran supaya proses

pentaksiran dapat memberikan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran guru

dan pencapaian semasa pelajar terhadap pembelajaran. Sehubungan itu, melalui

tranformasi pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM, 2012) yang memberi tumpuan kepada beberapa kemahiran utama

termasuklah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Maka menjadi keutamaan dan keperluan KBAT ini difokuskan dalam sistem

pentaksiran abad ke 21 yang menekan kepada pencapaian holistik murid. Keperluan

KBAT ini bukan sahaja diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran malah

sebagai penilaian keberkesanannya membudayakan elemen KBAT dalam

pentaksiran pembelajaran melalui item dan instrumen pentaksiran yang mengandungi

soalan yang memerlukan murid menggunakan KBAT. Oleh yang demikian,

penggubal item pentaksiran yang mengandungi item KBAT perlulah mempunyai

pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT serta juga amalan pembinaan item

pentaksiran yang standard agar hasil pentaksiran pembelajaran melalui item dan

instrumen yang dibina dapat memenuhi tujuan dan objektif pentaksiran dilakukan.

1.2 Latar belakang masalah

Pentaksiran pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran boleh membantu

guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Namun, tujuan sebenar pentaksiran

mungkin tidak akan tercapai jika perlaksanaannya ditadbir dengan tidak sempurna

oleh guru atau pihak sekolah. Menurut Abu Naim (2013), telah merumuskan bahawa

80.7 peratus (80.7%) berpendapat ketiadaan instrumen pentaksiran standard dan

selaras serta guru perlu membina sendiri instrumen pentaksiran merupakan salah satu

masalah yang dihadapi guru-guru dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS). Rumusan juga mendapati 83.4% guru berpendapat instrumen dan

Page 18: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

3

79.2% guru pula menyatakan kesangsian dari segi kebolehpercayaannya. Manakala

kajian keberkesanan pelaksanaan rintis Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan

(SPPK) oleh Lembaga Peperiksaan (2009), mendapati guru kurang bersedia untuk

membina instrumen pentaksiran bagi melaksanakan pentaksiran di sekolah. Oleh

yang demikian, salah satu punca pentaksiran pembelajaran tidak tercapai objektifnya

adalah kesukaran dalam mentadbir dan melaksanakan pentaksiran terutamanya isu

kesukaran menentukan instrumen pentaksiran dan membina item yang mempunyai

elemen KBAT yang mengambil kira kesediaan dan aras kebolehan pelajar.

Salah satu akibat dan kesan daripada isu ini, pencapaian Malaysia

berdasarkan pentaksiran antarabangsa iaitu Program Penilaian Murid Antarabangsa

(PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) masih

ketinggalan dari aspek kualiti. Hasil pentaksiran itu, menunjukkan prestasi murid

berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong adalah tiga tahun

terkehadapan berbanding dengan prestasi murid di Malaysia (PPPM, 2013-2025).

Dapatan analisis daripada hasil pentaksiran tersebut dapat dilihat kedudukan purata

skor Malaysia mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain

bagi tahun 2007 dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam

PISA 2009 pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang

menyertainya.

Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi Malaysia yang kurang

memberangsangkan ini adalah salah satunya berkaitan dengan format soalan TIMSS

yang mempunyai elemen KBAT di mana soalannya berbentuk teks panjang dan

memerlukan murid membuat analisis, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan

sebenar. Maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengenalpasti bentuk

pentaksiran yang digunakan dalam pentaksiran antarabangsa tersebut menggunakan

item-item soalan yang mendorong murid menggunakan KBAT untuk menjawab.

Sebaliknya, format soalan pentaksiran dan peperiksaan di Malaysia kebanyakkannya

adalah ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual yang hanya memerlukan

murid memberi respon jawapan dalam fakta yang menghafal. Berdasarkan keputusan

tersebut, adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) untuk meningkatkan kualiti sistem pentaksiran negara agar penguasaan

kemahiran intelektual seperti literasi, numerasi dan kemahiran berfikir aras tinggi

murid dapat diperkasa bagi membolehkan mereka berjaya dalam persaingan dan

perubahan ekonomi global yang semakin meningkat.

Page 19: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

4

Satu kajian semula yang dijalankan oleh Pearson Education Group terhadap

kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mendapati bahawa tahap pentaksiran boleh

ditingkatkan melalui soalan yang menguji KBAT termasuk aplikasi, analisis, sintesis

dan penilaian. Namun yang menjadi persoalan di mana pelajar kurang mampu untuk

menjawab instrumen pentaksiran dalam bentuk item KBAT. Melalui kajian itu,

didapati pelajar tidak mencuba untuk menjawab apabila item KBAT itu tidak dalam

bentuk lazim atau soalan yang memaksa pelajar memberi jawapan yang panjang di

mana memerlukan kemahiran berfikir terutamanya kepada soalan yang berbentuk

respon terbuka. Walau bagaimanapun, LPM telah memulakan beberapa langkah

penambahbaikan untuk memastikan pentaksiran dijalankan secara holistik,

menyeluruh, dan selari dengan kurikulum yang berbentuk rujukan standard seperti

yang dihasratkan oleh dasar KPM. Format pentaksiran baharu yang diperkenalkan

oleh LPM membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas

dalam jangka masa yang lebih panjang dan dapat memberi guru maklumat secara

berkala untuk mengambil langkah penambahbaikan bagi murid mereka.

Rombakan format peperiksaan kebangsaan dan PBS untuk meningkatkan

kerangka pentaksiran bagi menambahkan item yang menguji KBAT serta

menggunakan rujukan standard (PPPM, 2012) melalui format pentaksiran baharu

yang dihasilkan oleh LPM bukan sahaja dapat mengurangkan penekanan kepada

pengajaran untuk peperiksaan tetapi dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid.

Perubahan ini diharapkan guru-guru dapat menumpukan lebih masa untuk

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran yang

menerapkan elemen KBAT. Walau bagaimanapun, tanggapan tentang proses

membina sendiri instrumen pentaksiran akan melambatkan proses pentaksiran

semasa pembelajaran serta menganggu tugas-tugas yang lain disebabkan tidak

mempunyai masa yang mencukupi untuk membina item pentaksiran sendiri (Abdul

Rahman & Jaafar, 2008) akan mengakibatkan ketidakpercayaan dan keraguan dalam

proses pentaksiran yang menyebabkan kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh pelbagai

pihak akibat daripada akauntabiliti pentaksiran yang gagal dilaksanakan sepenuhnya

(Talib & Abdul Ghafar, 2009). Seterusnya pentaksiran tidak dapat mencungkil

potensi sebenar murid, melaporkan prestasi murid dalam pelajaran secara tidak tepat

kepada ibu bapa (Abdul Mutalib & Ahmad , 2012).

Page 20: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

5

Justeru itu, KPM akan menambah secara sistematik bilangan soalan KBAT

dalam PBS dan peperiksaan awam yang tidak lagi memerlukan guru meramal soalan

yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan

pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran pembelajaran

juga akan menganjak tumpuan untuk menguji KBAT. Soalan ini akan berasaskan

Taksonomi Bloom dan akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, penilaian

dan penjanaan. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan yang menguji pemikiran

aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80 peratus (80%) daripada

keseluruhan soalan UPSR, 80 peratus (80%) dalam soalan Penilaian Tingkatan 3

(PT3), dan 75 peratus (75%) daripada keseluruhan soalan untuk mata pelajaran teras

SPM serta 50 peratus (50%) daripada soalan mata pelajaran elektif SPM (LPM,

2014).

Oleh yang demikian, perlaksanaan elemen KBAT ke atas pelajar pada

pentaksiran sumatif mungkin akan menjadi cabaran kepada guru dalam menyediakan

instrumen pentaksiran formatif semasa pembelajaran yang mengandungi item

KBAT bagi memupuk pelajar berfikir aras tinggi. Menurut Abu Naim (2013),

melalui kajiannya merumuskan 95.6 peratus (95.6%) pentadbir bersetuju dan sangat

bersetuju dengan penyataan bahawa guru-guru menggunakan masa yang lebih untuk

membina dan menguruskan instrumen pentaksiran sehingga menyebabkan guru-guru

menghadapi tekanan. Guru tidak harus tertekan untuk menyediakan banyak

instrumen tetapi sewajarnya mempunyai kombinasi pengetahuan, kepakaran dan

kemahiran yang dapat mendorong murid dalam membina kefahaman kepada faedah

proses pentaksiran, memberikan bimbingan membina bahan dan memimpin proses

pentaksiran serta membimbing murid untuk memahami signifikan keputusan

pentaksiran (Chan & Gurnam, 2012). Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman tentang

instrumen haruslah jelas untuk tidak mengelirukan guru dan juga murid. Jika tidak

pentaksiran kepada murid tidak dapat dijalankan secara adil, saksama dan berfokus

berdasarkan kepada keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri.

Dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran, penyediaan instrumen

pentaksiran menuntut guru untuk memilih bahan dan item pentaksiran yang

mengikut kesesuaian kebolehan murid. Seawal perlaksanaan Pentaksiran Sekolah

(PS), guru sukar untuk membina instrumen kerana sumber dan bahan bantu mengajar

adalah terhad. Oleh yang demikian, kekurangan sumber dan bahan sokongan adalah

Page 21: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

6

menjadi salah satu faktor kesukaran guru membina instrumen pentaksiran sendiri.

Kajian keberkesanan pelaksanaan rintis SPPK oleh LPM (2009) mendapati bahan

yang disediakan untuk program rintis tidak mencukupi untuk melatih guru. Akibat

kurangnya pendedahan tentang amalan dan latihan pembinaan item pentaksiran

memaksa guru menggunakan sumber daripada buku-buku rujukan dan latihan yang

berada di pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan guru dalam membuat

pentaksiran. Hal ini disebabkan pihak LPM tidak membekalkan item dan instrumen

pentaksiran untuk panduan guru tetapi hanya membekalkan Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid (PPPM) sebagai standard piawaian yang perlu dicapai oleh

pelajar. Rentetan itu, ada di kalangan guru membuat inisiatif sendiri dengan

membina laman sesawang atau membina komuniti di laman sosial di dalam internet

bagi berkongsi apa sahaja dapatan atau instrumen yang berkaitan.

Penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah dan dalam

bilik darjah memerlukan guru mendapat latihan yang sepenuhnya agar mereka

bersedia menjalankan proses pengajaran dan seterusnya pentaksiran. Pentaksiran

yang dilaksanakan tanpa menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru-guru

mewujudkan jurang yang besar antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan

realiti sebenar bilik darjah. Menurut Begum & Farooqui (2008) menunjukkan

bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan

guru-guru tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk menyediakan sumber dan

bahan pentaksiran sendiri. Sehubungan dengan itu juga, sekiranya guru-guru tidak

diberi latihan dan pendedahan tentang pentaksiran, berkemungkinan guru-guru akan

melaksanakan pentaksiran secara superficial dan akan kembali kepada amalan

penilaian yang lama dan akan membentuk sikap negatif terhadap perlaksanaan PBS

(Hamzah & Sinnasamy, 2009). Kajian keberkesanan pelaksanaan rintis SPPK oleh

LPM (2009) juga mendapati kebanyakkan pihak pentadbir sekolah kurang

pengetahuan mengenai sistem pentaksiran terkini. Maka, faktor latihan dan sokongan

pihak pentadbir perlu dilihat dalam hal ini dengan sewajarnya. Oleh itu, pihak

pentadbir sekolah perlu memainkan peranan mengadakan kursus dalaman bagi

mereka sendiri dan guru-guru yang tidak berpeluang menghadiri kursus pentaksiran

yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan

Negeri (JPN) atau KPM.

Guru bukan sahaja dilihat perlu menyediakan bahan bantu mengajar sendiri

malahan dengan pelaksanaan PS, guru perlu memilih instrumen yang sesuai dengan

Page 22: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

7

pelajar dan membina item pentaksiran yang mengikut kebolehan pelajar. Maklum

balas awal mengenai pelaksanaan PBS menunjukkan bahawa guru masih belum

memahami dan menguasai sepenuhnya perubahan yang berlaku dan juga

menghadapi kesukaran membentuk instrumen pentaksiran bagi komponen

pentaksiran sekolah (LPM, 2014). Maka adalah sukar bagi guru-guru untuk

menyediakan instrumen pentaksiran disebabkan oleh faktor guru yang kurangnya

pengetahuan, kemahiran, amalan dan sikap tentang pentaksiran. Ini selari dengan

kenyataan Tan (2010) yang mendapati guru kurang yakin melaksanakan PBS

disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran serta amalan langsung tentang

pentaksiran dan Abdul Rahman & Jaafar (2008) pula mendapati terdapat faktor sikap

menjadi salah satu permasalahan yang menghalang dan mengehadkan

pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, bagi menjayakan pentaksiran yang berkualiti

dalam sistem pendidikan masalah kompetensi pengetahuan guru dalam bidang

pentaksiran perlulah ditangani dengan sewajarnya (Talib & Abdul Ghafar, 2008).

LPM (2014) melalui kajian elemen KBAT dalam pentaksiran mendapati

guru-guru kurangnya pengetahuan tentang makna dan terminologi KBAT. Mereka

mengganggap KBAT itu mesti sesuatu item yang sukar sahaja. Guru-guru juga

mengandaikan item KBAT dalam pentaksiran hanya terhad kepada bentuk item

respon terbuka sahaja menyebabkan mereka terpaksa membina item berdasarkan

ilmu yang mereka perolehi daripada bahan-bahan atau modul pentaksiran rujukan

atau dari pengalaman yang di dapati daripada maktab perguruan atau institusi

pengajian tinggi yang dihadiri. KPM kini berusaha mengukuhkan latihan guru bagi

memastikan guru dapat menyediakan soalan ujian yang dapat menilai dengan tepat

standard yang telah ditetapkan dalam kurikulum dan pemarkahan dijalankan

mengikut tahap yang ditetapkan berbanding dengan standard relatif. Menurut Hussin

(2004), mendapati pertambahan pengetahuan boleh berlaku melalui pendedahan dan

guru harus bersedia menambah pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel,

seminar, persidangan dan forum yang melibatkan pendidikan.

Kajian literasi pentaksiran di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG)

mendapati bahawa tahap pengetahuan pentaksiran guru-guru pelatih tahun akhir

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pelbagai opsyen berada pada tahap yang

rendah (Ismail et al., 2012). Kelemahan yang dikenalpasti ialah pada lima konstruk

utama iaitu konsep, tujuan dan objektif pentaksiran, jenis-jenis dan ciri ujian,

pembinaan item, statistik asas dan pentadbiran ujian (Mohsin & Chia, 2012).

Page 23: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

8

Manakala kajian pelaksanaan PBS secara online yang dibuat oleh LPM (2012),

mendapati 90 peratus (90%) guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83 peratus (83%) guru

tingkatan 1 tidak jelas dan faham tentang konsep pentaksiran manakala kajian

berkaitan Dokumen Standard Prestasi (DSP) mendapati kurangnya kefahaman guru

untuk menggunakan DSP dan tentang konsep PBS yang pelbagai adalah disebabkan

kecairan maklumat. Kajian kefahaman dan amalan guru oleh LPM (2013) pula

mendapati guru kurang faham peranan pentaksiran formatif dan sumatif. Maka

adalah sukar bagi guru-guru untuk menyediakan instrumen pentaksiran disebabkan

oleh kebolehan dan pencapaian setiap murid adalah berbeza-beza dan ditambah

dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas di sekolah

terutamanya di kawasan bandar. Dengan itu, guru seharusnya menyediakan

instrumen pentaksiran yang mengandungi beberapa set item pentaksiran yang

berbeza mengikut aras kebolehan dan kesesuaian pelajar.

Selain daripada itu, melalui kajian Mat Ali dan Jamaluddin (2007) mendapati

guru kurang mahir menyediakan dan kurangnya amalan menggunakan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) atau Jadual Penentu Ujian (JPU) menjadi salah satu lagi

penyebab sukarnya dalam membina item pentaksiran sendiri. Selari dengan kajian

Mat Ali (2006), mengesahkan perkara ini di mana guru-guru didapati lebih

cenderung untuk menggunakan soalan yang terdapat dalam buku panduan soalan

peperiksaan, mengubahsuai soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau

mengubahsuai soalan-soalan yang sedia ada daripada menggubal sendiri item

pentaksiran. Menurut Saion (2014), merumuskan penggunaan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran

yang ditentukan. Dengan bantuan JSU guru dapat merangkakan tajuk atau kemahiran

yang hendak diuji dan peringkatnya dalam Taksonomi Kognitif Bloom. Bilangan

serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual

penentuan ini. Menurut Alias (2003), JPU memainkan peranan penting untuk

memastikan soalan atau item yang dibina untuk pentaksiran mempunyai kesahan

kandungan yang tinggi iaitu tidak tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang

telah diajar kepada murid. Oleh yang demikian, dengan berpandukan JPU dapat

membantu guru-guru membina item pentaksiran mengikut standard piawaian yang

telah ditetapkan sebagaimana selari dengan objektif yang ingin dicapai dan isi

pelajaran yang ingin ditaksir kepada pelajar.

Page 24: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

9

Menurut Abdul Rahman dan Ali (2010), pula mendapati terdapat faktor sikap

menjadi salah satu permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan

PS. Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru menganggap sistem pentaksiran

baru yang dilaksanakan oleh LPM melalui pentaksiran sekolah menambah beban

kerja mereka. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa

yang mencukupi untuk membina item pentaksiran sendiri apatah lagi item atau

soalan tersebut memerlukan KBAT dan menganggap proses membina sendiri

instrumen pentaksiran akan melambatkan proses pentaksiran semasa pembelajaran

serta menganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga rumusan melalui kajian yang

dijalankan oleh Saion (2014) mendapati bahawa, guru-guru tidak mempunyai masa

yang mencukupi untuk mengajar semula murid yang lemah dan melakukan semula

sesuatu kriteria yang dinilai. Guru-guru mata pelajaran yang terlibat dalam sistem PS

berhadapan dengan masalah tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana

terpaksa memperuntukkan masa yang lebih kepada tajuk-tajuk yang perlu dibuat

pentaksiran. Oleh yang demikian, kemahiran guru dalam mengurus masa dan

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat penting agar keperluan

menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan PS dapat diselaraskan.

Kesimpulannya, seorang guru mentaksir muridnya tidak hanya menggunakan

instrumen bertulis seperti item atau soalan dalam peperiksaan sahaja, tetapi secara

lisan, pendengaran atau pemerhatian yang boleh menjana kemahiran berfikir. Dalam

usaha menerapkan KBAT kepada pelajar, guru-guru haruslah menggunakan kaedah,

strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kebolehan

pelajar meningkatkan kemahiran berfikir terutamanya dalam pentaksiran

pembelajaran. Maka, faktor pengetahuan, kemahiran dan amalan guru tentang

pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran haruslah dikaji dengan jelas

untuk tidak mengelirukan guru dan juga murid. Pentingnya guru harus

berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan bagaimana untuk menyediakan

item atau instrumen dan bila hendak digunakan. Instrumen tidak semestinya

mengandungi banyak item tetapi memadai untuk mendapatkan maklumat tentang

aspek sahsiah, moral dan sosial murid. Oleh yang demikian, kesahan dan

kepercayaan item pentaksiran sewajarnya mengambil kira aspek pengetahuan,

kefahaman, kemahiran dan amalan pentaksir.

Page 25: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

10

1.3 Pernyataan masalah

Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah memaksa

guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar bagi menjawab soalan-

soalan dalam peperiksaan atau pentaksiran. Maka yang demikian, timbul fenomena

guru tidak kompeten pentaksiran di mana telah mendatangkan berbagai kesan

negatif. Guru kurang pengetahuan dan kemahiran tentang proses pembinaan item

pentaksiran mengakibatkan guru tidak mengubal item sendiri (LPM, 2014) atau

membina item tidak menggunakan JSU dan standard piawaian yang ditetapkan

dalam merancang item pentaksiran (Mat Ali & Jamaluddin, 2007). Hal ini

menyebabkan guru gagal memantau kemajuan pembelajaran, tidak dapat

menghasilkan keputusan yang adil perancangan pengajaran yang lemah, tidak dapat

mencungkil potensi sebenar pelajar dan seterusnya melaporkan kepada ibu bapa dan

pelajar secara tidak tepat (Abdul Rahman & Ali, 2008) sehingga menimbulkan

ketidakpercayaan dan keraguan oleh pelbagai pihak terhadap kualiti pentaksiran

disebabkan akauntabiliti pentaksiran gagal dilaksanakan sepenuhnya (Talib & Abdul

Ghafar, 2009).

Sebaliknya guru di dapati merujuk atau mengambil terus item-item daripada

soalan sedia ada terutama soalan yang dikeluarkan oleh penerbit buku (Mat Ali,

2006). Kelemahan tersebut juga dikesan apabila guru membina item pentaksiran

berdasarkan objektif pembelajaran yang terbatas bukan kepada pentaksiran yang

holistik yang memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Oleh yang

demikian, item pentaksiran yang disediakan oleh guru untuk mentaksir pembelajaran

pelajar tidak mencakupi jenis item KBAT yang pelbagai kerana guru-guru kurang

jelas dengan makna dan terminologi tentang KBAT, mengandaikan item KBAT

dalam pentaksiran hanya terhad kepada bentuk item respon terbuka dan

mengganggap KBAT itu mesti sesuatu item yang sukar sahaja (LPM, 2014).

Pemilihan instrumen dan item KBAT yang tidak sesuai dengan aras kebolehan

pelajar semasa pentaksiran formatif di dalam kelas mengakibatkan pelajar kurang

mampu untuk menjawab atau tidak mencuba untuk menjawab apabila item KBAT itu

tidak dalam bentuk lazim dan soalan yang memaksa pelajar memberi jawapan yang

panjang di mana memerlukan kemahiran berfikir terutamanya kepada soalan yang

berbentuk respon terbuka semasa pentaksiran sumatif.

Page 26: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

11

Guru juga telah cuba menerapkan elemen KBAT dalam pengajaran dan

pengajaran. Tetapi menjadi persoalan adakah elemen KBAT ini digunakan dalam

tujuan membina item pentaksiran pembelajaran formatif dan sumatif. Jika tidak,

adakah faktor-faktor permasalahan guru menjadi penyebab kesukaran membina item

KBAT dalam instrumen pentaksiran. Walaupun banyak penyelidikan telah dibuat

berkaitan literasi pentaksiran dan pembinaan item, namun masih amat kurang

penyelidikan yang mengkaji isu tentang pembinaan item pentaksiran yang

menggunakan item KBAT dalam instrumen pentaksiran. Lantaran itu, bagi

menangani kekurangan tersebut maka pengkaji telah membuat kajian untuk

mengenalpasti sejauhmana pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap

pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Di sini, timbul

persoalan sama ada pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item KBAT

dalam instrumen pentaksiran berada pada tahap yang tinggi atau pun sebaliknya.

Selain itu, ketiga-tiga aspek tersebut juga perlu dikenal pasti sama ada ia signifikan

terhadap kumpulan guru matapelajaran. Harapan tersebut akan dapat dipenuhi

sekiranya kajian-kajian yang berkaitan dengan pembinaan item KBAT terhadap

instrumen pentaksiran sentiasa diberi perhatian dan dilaksanakan secara berterusan.

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan

guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

Selain itu, kajian ini melihat sejauh mana perbezaan secara statistik tahap

pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam

instrumen pentaksiran pembelajaran berdasarkan kumpulan guru matapelajaran iaitu

guru matapelajaran Tingkatan 3 dan guru matapelajaran Tingkatan 5.

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

Page 27: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

12

(i) Mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap pembinaan item KBAT

dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

(ii) Mengenalpasti tahap kemahiran guru terhadap pembinaan item KBAT dalam

instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iii) Mengenalpasti tahap amalan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam

instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iv) Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru

terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

1.6 Persoalan kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persolan di

bawah:

(i) Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pembinaan item KBAT dalam

instrumen pentaksiran pembelajaran.

(ii) Apakah tahap kemahiran guru terhadap pembinaan item KBAT dalam

instrumen pentaksiran pembelajaran.

(iii) Apakah tahap amalan guru terhadap membina item KBAT dalam instrumen

pentaksiran pembelajaran.

(iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru

terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

(v) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran guru

terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru

terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran

berdasarkan kumpulan guru matapelajaran.

Page 28: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

13

1.7 Skop kajian

Skop kajian ini hanya bertumpu kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan

guru terhadap pembinaan item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

Selain itu, kajian ini juga melihat pengaruh kumpulan guru matapelajaran terhadap

tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan item KBAT

dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Hasil dan keputusan kajian ini hanya

dibataskan kepada sampel dan populasi yang terlibat dan tidak boleh

digeneralisasikan kepada populasi lain.

1.8 Batasan kajian

Kajian ini hanya dibataskan kepada kumpulan guru-guru mengajar matapelajaran

Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di 3 buah sekolah terpilih daerah Muar iaitu SMK

Dato’ Sri Amar Diraja, SMK Convent, dan SMK Tun Perak. Sekolah-sekolah ini

merupakan 3 buah sekolah premier di daerah Muar yang telah dipilih oleh Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai sekolah rintis program kelas pembelajaran

abad ke 21. Oleh yang demikian, pemilihan populasi dan sampel kajian bersesuaian

dengan kajian yang dilakukan kerana dalam kelas pembelajaran abad ke 21 salah

satu aspek pelaksanaannya adalah penilaian formatif ditekankan dan aspek KBAT

diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru yang dipilih

dalam kajian ini adalah merupakan mereka yang telah dan pernah menjalankan

pentaksiran pembelajaran di sekolah serta merupakan guru yang terlibat secara

langsung dengan peperiksaan awam iaitu PT3 dan SPM. Disebabkan kekangan masa

dan kos, kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah terpilih di daerah Muar

sahaja. Ini kerana sekiranya pengkaji mengambil responden dari sekolah daerah lain

sudah pasti akan memakan masa untuk mendapatkan semula maklum balas dan

melibatkan kos pengurusan penghantaran instrumen yang tinggi. Selain itu, kajian ini

juga dijalankan secara kerja kursus yang sememangnya mempunyai masa yang

terhad tidak seperti program secara penyelidikan sepenuh masa.

Page 29: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

14

1.9 Kepentingan kajian

Penilaian ke atas pencapaian dan kebolehan pelajar adalah sebahagian daripada tugas

yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah melalui pentaksiran pembelajaran. Untuk

menjalankan tugas ini dengan berkesan guru perlu mempunyai pengetahuan,

kemahiran dan amalan tentang pembinaan item yang digunakan di dalam instrumen

pentaksiran. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran secara

umum berkaitan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru terhadap pembinaan

item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran. Maklumat yang diperolehi

boleh digunakan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk merancang, melaksanakan

program bimbingan kepada guru-guru untuk mencapai maksud dan tujuan memberi

panduan dalam membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

Kajian ini penting kerana ianya dapat melihat sejauh mana tahap

pengetahuan, kemahiran dan amalan guru yang akan melaksanakan pentaksiran

pembelajaran di sekolah terutamanya dalam pembinaan item KBAT untuk digunakan

dalam instrumen pentaksiran. Dengan adanya kajian ini, diharapkan ianya dapat

memberi maklumat penting kepada guru dari segi panduan dan amalan yang dapat

membantu guru untuk melaksanakan proses pentaksiran dengan lebih telus dari segi

pemilihan dan pembinaan item serta instrumen pentaksiran. Selain itu, dapatan

daripada kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak pentadbir sekolah dalam

memberi bimbingan atau sokongan kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam

pentaksiran pembelajaran. Akhir sekali, maklumat terkini mengenai tahap

pengetahuan, kemahiran dan amalan guru dalam kajian ini diharapkan dapat

memberi panduan berguna kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya LPM dalam merangka bentuk

kursus dan latihan serta program-program bimbingan pembinaan item pentaksiran

yang lebih sesuai dan berkesan.

Page 30: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

15

1.10 Kerangka konseptual kajian

Satu kerangka konseptual kajian telah dibina seperti dalam rajah 1.1 di bawah.

Kerangka kajian ini dibina berdasarkan objektif serta persoalan kajian. Kajian ini

dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan

yang dialami guru sewaktu proses membina item KBAT di sekolah bagi

melaksanakan pentaksiran pembelajaran. Kajian ini juga mengkaji faktor yang

dinyatakan di dalam kerangka terutamanya faktor perbezaan demografi guru yang

boleh mempengaruhi tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item

KBAT dalam instrument pentaksiran.

Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Pengetahuan

Kemahiran

Amalan Guru Sekolah

Menengah

Demografi

Kumpulan guru mata

pelajaran (Tingkatan 3 dan

Tingkatan 5)

Tahap guru membina

item KBAT dalam

instrumen pentaksiran

pembelajaran

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah

Bersandar

Page 31: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

16

1.11 Definisi istilah dan pengoperasian

Terdapat istilah dan konsep yang dapat diterangkan dengan jelas tentang perkara-

perkara yang digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :

1.11.1 Instrumen pentaksiran

Dari segi operasi, instrumen adalah alat (tool) untuk mendapatkan maklumat sebagai

evidens tentang respons murid untuk dihakimi bagi menentukan tentang diri

seseorang murid itu, daripada aspek kognitif atau pun bukan kognitif, atau dari segi

konstruk yang ingin dibangunkan (LPM, 2013). Instrumen pentaksiran dalam kajian

ini adalah pelbagai jenis instrumen yang digunakan oleh guru dalam pentaksiran

pembelajaran berdasarkan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran.

1.11.2 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Menurut Tomei (2005), menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang

lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu

idea yang baru. Oleh yang demikian, KBAT dalam kajian ini merujuk kepada

kemahiran berfikir dan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

termasuk juga dalam pentaksiran pembelajaran.

1.11.3 Item KBAT

Item KBAT merupakan item-item yang mentaksir dan menguji keupayaan kemahiran

kognitif murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat

Page 32: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

17

penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum,

2013). Item KBAT dalam kajian ini merujuk kepada alat atau soalan-soalan yang

digunakan oleh guru dalam pentaksiran pembelajaran yang merangsang murid

berfikir ke aras yang lebih tinggi untuk mendapatkan respons daripada murid sebagai

evidens hasil pentaksiran pembelajaran.

1.11.4 Pentaksiran pembelajaran

Pentaksiran pembelajaran adalah terdiri daripada pentaksiran formatif dan

pentaksiran sumatif yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor

oleh guru sekolah yang berkenaan (LPM, 2011). Pentaksiran formatif membabitkan

proses sepanjang pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen dalam

melapor maklumat selain membuat penilaian samada bertulis atau verbal mengenai

cara meningkatkan pembelajaran pelajar. Manakala pentaksiran sumatif dilakukan

pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian pretasi

pelajar dalam pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, pentaksiran pembelajaran

merujuk penilaian pembelajaran ke atas pelajar yang digunakan oleh guru melalui

instrumen pentaksiran bagi mengukur tahap penguasaan pembelajaran murid bagi

sesuatu mata pelajaran.

1.11.5 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengetahuan membawa maksud satu

bidang ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap

dan tingkah laku. Pengetahuan adalah salah satu faktor utama dalam menghasilkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang mempunyai tahap

pengetahuan yang tinggi dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkualiti seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang. Kajian oleh Crow &

Crow (1980) dalam Chan Kwan Chow (2002) menyatakan guru yang mempunyai

Page 33: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

18

pengetahuan mendalam terhadap mata pelajaran yang diajar dapat membantu

pelajarnya memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah. Pengetahuan guru

merangkumi pelbagai aspek seperti pengetahuan isi pengajaran, penyampaian proses

pengajaran, pengetahuan pedagogi serta pengetahuan keperibadian dan ikhtisas

perguruan. Dalam kajian ini pengetahuan merujuk aspek-aspek dan apa yang

diketahui oleh guru bagi membantu membina item KBAT dan instrumen pentaksiran.

1.11.6 Kemahiran

Kemahiran merupakan kebolehan untuk mentaksirkan pengetahuan kepada tindakan

yang memaparkan kecekapan seseorang (Schermerhorn, 2005). Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2007), kemahiran didefinisikan sebagai kemampuan untuk

mencapai dengan jayanya sesuatu yang memerlukan pengetahuan khusus, kebolehan

atau kecekapan. Selain itu, kemahiran juga adalah suatu seni, kebolehan atau teknik

yang diperoleh melalui latihan atau pengalaman khususnya yang melibatkan

penggunaan anggota atau badan. Menurut King dan Palmer (2008), asas kemahiran

boleh dikenalpasti berdasarkan kategori seperti (i) kemahiran akademik diukur secara

langsung dan secara umumnya dikaitkan dengan bidang tertentu. Kemahiran ini

biasanya diajar di sekolah dan diukur melalui ujian standard (ii) Kemahiran generik

yang merujuk kepada satu set kemahiran yang boleh dipindahkan merentasi

pekerjaan dan dari pendidikan kepada pekerjaan yang lebih luas (iii) Pemikiran

(pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah) (iv) Tingkah laku

(komunikasi, organisasi, kerja berpasukan, pengurusan masa, keupayaan untuk

berunding konflik dan mengurus risiko, kepimpinan) dan (v) Kemahiran teknikal

yang berkaitan dengan profesion seseorang. Secara amnya dianggap campuran

pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menjalankan tugas tertentu. Dalam kajian

ini , kemahiran guru lebih menjuruskan kepada kecekapan guru dalam mentaksir

perkara-perkara atau aspek-aspek pengetahuan tentang membina item KBAT dan

instrumen pentaksiran pengajaran.

Page 34: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

19

1.11.7 Amalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), amalan bermaksud sesuatu yang

dilakukan sebagai suatu kebiasaan. Berdasarkan kajian ini, amalan merujuk sebagai

sesuatu yang perlu dilakukan oleh guru bagi menjadikan suatu budaya yang

dilakukan dalam membina item KBAT dalam instrumen pentaksiran pembelajaran.

1.12 Rumusan

Berdasarkan perbincangan dalam Bab 1 dapatlah disimpulkan bahawa perlaksanaan

pentaksiran pembelajaran memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

Guru sebagai orang perseorangan yang diberikan tanggungjawab dalam menjalankan

pentaksiran seharusnya mendapat sokongan daripada pihak pentadbir dan sumber

sokongan lain. Semua guru perlu bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran, amalan

mahupun sikap agar pentaksiran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna

dan telus. Sesungguhnya, dengan adanya guru-guru yang berpengetahuan dan

berkemahiran dalam membina item KBAT dan menyediakan instrumen pentaksiran

yang sesuai dengan pelajar maka tujuan sebenar pentaksiran untuk mendapatkan

maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan dicapai.

Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa berfikiran positif dan menganggap masalah yang

timbul merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan jalan penyelesaian yang diambil

adalah cara yang terbaik yang akan memberi manfaat kepada murid dan profesion

perguruan.

Page 35: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini memfokus dan membincangkan mengenai pengertian beberapa konsep dan

sub tajuk yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian literatur ini adalah ulasan daripada

maklumat yang diperolehi melalui pelbagai sumber sekunder termasuk kajian lepas

telah digunakan dan dirujuk seperti rujukan jurnal-jurnal, tesis-tesis, buku-buku

ilmiah, dokumen seperti laporan dan prosiding serta capaian laman web yang

berkaitan dengan kajian baru yang akan dibuat. Tujuan bab ini adalah untuk

mengetahui lebih mendalam tentang kajian yang akan dilakukan melalui konsep-

konsep dan pandangan para penyelidik serta dapatan hasil kajian yang pernah

dijalankan. Beberapa aspek berkaitan dengan kajian dibincangkan merangkumi

perkara-perkara berkaitan pentaksiran pembelajaran, instrumen pentaksiran,

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kepentingan KBAT, perpektif baharu dalam

penggubalan item pentaksiran KBAT, langkah pembinaan item KBAT dan sorotan

kajian lepas.

Page 36: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

21

2.2 Konsep pentaksiran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar

bagi tujuan tertentu (Mohd. Farik, 2008). Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran

yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah

yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar (Syed Ismail & Ahmad Subki,

2010). Secara umumnya pentaksiran penting untuk mengetahui sejauh mana tugasan

yang dikehendaki dalam kurikulum telah difahami, dan dikuasai oleh pelajar.

Pentaksiran juga penting bagi membantu para pendidik menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan prestasi

pelajar. Menurut Ahmad (2010), menganggap pentaksiran untuk pembelajaran

sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru. Manakala Ismail (2009), pula

menyatakan pentaksiran sebagai aktiviti penggenap pada pengajaran yang dijalankan

secara formal dan tidak formal. LPM dan KPM (2013) menghuraikan konsep

pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan

pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal,

dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan

seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Dalam

konteks pendidikan, pentaksiran harus dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran

tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, pentaksiran dijalankan semasa

aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan memastikan aktiviti

tersebut bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.

Pentaksiran yang dijalankan di sekolah dan bilik darjah bertujuan untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan. Isu-isu pembaharuan

dalam pentaksiran dipengaruhi oleh perubahan dalam matlamat pendidikan.

Pentaksiran alternatif yang diperkenalkan telah menjadi satu kaedah penilaian yang

semakin mempengaruhi dunia pendidikan pada masa kini. Pentaksiran tradisional

yang menggunakan pensel dan kertas telah dirasakan semakin tidak sesuai dengan

arus transformasi dalam pendidikan. Menurut Reeves (2000), mempercayai bahawa

penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada murid dalam

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran

Page 37: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

22

meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang

pembelajaran murid melalui pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas

dan pensel dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran

(Linn & Miller, 2005). Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu siri

dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran

seseorang murid bagi sesuatu tujuan.

Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk

kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat

berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah

membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam

pengajaran dan pembelajaran. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada

kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran yang perlu dikuasai

oleh semua guru. Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia,

pengetahuan dan kemahiran pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi

membolehkan guru melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Guru

merupakan individu yang penting dalam membuat keputusan yang tepat mengenai

kebolehan murid dan secara langsung menjaga kualiti pendidikan. Setiap guru

mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi melaksanakan pentaksiran

yang lebih berkesan. Menerusi pentaksiran yang sistematik, guru merupakan orang

yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran murid.

Justeru, kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi

perhatian. Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang murid boleh diperolehi

daripada maklumat berkualiti yang diperolehi daripada pentaksiran yang baik.

Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap

pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran mereka. Oleh yang demikian,

guru perlu mahir melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Literasi pentaksiran juga

diperlukan dalam proses memerhatikan murid untuk mengumpul dan mentaksir

maklumat pengajaran kepada murid. Secara rasionalnya, literasi ini memerlukan guru

memiliki pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas terhadap penilaian yang baik,

pembangunan dan penggunaan penilaian, kaedah dan teknik, berdasarkan piawaian

dan kualiti dalam penilaian. Di samping itu, guru perlu mahir untuk menyediakan

maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh dicapai oleh murid serta

menguasai pengetahuan pentaksiran.

Page 38: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

23

2.3 Pentaksiran pembelajaran

Pentaksiran pendidikan pula adalah satu proses mendapatkan maklumat dan

seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu program pendidikan (KPM,

2014). Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui

pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran. Keputusan yang tepat tentang prestasi

seorang murid boleh diperolehi daripada maklumat berkualiti yang diperolehi

daripada pentaksiran yang baik. Menurut Airasian (2004), pula menyatakan bahawa

pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di mana

pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru

dalam membuat keputusan pembelajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang

sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang

keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa

akan datang. Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara

lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun

(Ibrahim & Reduan, 2002).

Pentaksiran pembelajaran ialah komponen utama dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran

murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi maklumat yang

sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses

pengajaran dan pembelajaran. Maka, pentaksiran pembelajaran dilaksanakan oleh

guru sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya

untuk menentukan keberkesanan guru dalam usaha menghasilkan insan yang

harmoni dan seimbang. Pentaksiran pembelajaran juga merupakan aktiviti yang

berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada

guru untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum di mana

boleh dilaksanakan secara pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan

proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif yang dijalankan pada

akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.

Page 39: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

24

2.4 Kepentingan pentaksiran pembelajaran

Tiga tujuan pentaksiran adalah pentaksiran terhadap pembelajaran, pentaksiran untuk

pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Pentaksiran terhadap

pembelajaran digunakan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan

konsep, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum

(Ahmad, 2010). Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan suatu proses

mendapatkan dan menginterpretasikan data yang diperoleh bagi membuat keputusan

mengenai kedudukan murid dalam pembelajaran, hala tuju mereka serta cara terbaik

untuk sampai ke tempat itu (Idris, 2005). Pentaksiran sebagai pembelajaran pula

ditakrifkan sebagai pentaksiran yang dilakukan secara berterusan serta bersifat

formatif di mana guru terlibat sepenuhnya dan murid diberi peluang menunjukkan

tahap penguasaan mereka (Idris, 2005). Oleh itu, adalah amat penting amalan

pentaksiran guru dimantapkan bagi membantu meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

Menurut McMillan (2000), merasakan pentaksiran pembelajaran adalah

sebahagian daripada aktiviti penting pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

pembelajaran merangkumi pelbagai maklum balas daripada murid serta

perbincangan untuk mengukur dan menilai kualiti pembelajaran (Azizi, 2010).

Menurut Suah et al. (2010) pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru

mengetahui tahap pembelajaran murid serta keberkesanan pengajaran guru. Guru

memainkan peranan yang penting dalam pentaksiran pengajaran serta pembelajaran

murid. Justeru itu, adalah amat penting pentaksiran bilik darjah yang diamalkan guru

diambil perhatian dan diberi penekanan. Namun yang demikian, menurut Mohamad

Azhar dan Shahrir (2007), guru mungkin tidak sedar bahawa proses pentaksiran yang

dijalankan boleh membantu meningkatkan kecemerlangan murid. Pentaksiran yang

dijalankan dapat membantu guru mengenal pasti masalah serta mendapatkan maklum

balas daripada murid. Oleh itu, amalan pentaksiran yang pelbagai serta dilakukan

secara berterusan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran pembelajaran mestilah mempunyai ciri-ciri seperti holistik iaitu

mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran

yang dicapai oleh murid, berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan

pengajaran dan pembelajaran dan fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

Page 40: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

RUJUKAN

A. Majid, F. (2011). School-based Assessment in Malaysian Schools: The Concerns

of the English Teachers. Journal of US-China Education Review, 8 (10).

Abdul Aziz, N. A (2009). Pentaksiran Alternatif : Menuju ke Arah Transformasi

Pentaksiran di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Abdul Ghafar , M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar , M. N. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah, M.F.N.L., Hamzah, M.S.G., Che Ahmad, C.N. & Adnan, M. (2013).

Pembinaan Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah

Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik. Vol. 4 No. 1 Jun 2014.

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Manan, M.A. (2008). Pembangunan Sistem Pengujian Soalan Berasaskan

Aras Kognitif Bloom Bagi Topik Nisbah Tingkatan Dua KBSM. UTM.

Skudai: Tesis Sarjana.

Abdul Mutalib, S. & Ahmad, J. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif

Dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu Vol. 2, Bil. 1, hlm 17-30.

Abdul Mutalib, S. & Jamil Ahmad, J. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran

Formatif dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. UKM,

Selangor.

Abdul Rahman, M. A & Ali, Z. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah

Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Page 41: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

120

Abdul Rahman, M. A & Jaafar, K. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah

Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Abu Bakar, B. & Nordin, A. B (2008). Pentaksiran dalam Pendidikan & Sains

Sosial. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abu Naim, H. (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan

Sekolah Bagi Tajuk Dinamik Dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2. 2nd

International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. 7-10 Oktober 2013.

Ahmad, A. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ainon & Abdullah (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors.Sdn Bhd.

Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Aplications. Boston:

McGraw Hill Companies.

Alias, M. (2003). Enhancing The Validity and Reliability of Classroom Test. Kertas

Kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan, Kuala Lumpur, 5 – 8 Mei 2003.

Anderson, L. W. and David R. Krathwohl, D. R., et al (Eds..) (2001). A Taxonomy

for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of

Educational Objectives. Allyn & Bacon. Boston, MA Pearson Education

Group.

Ariffin, S. R. & Mohamed, H. (2008). Contribution Factors in Multiple Intelligences

Among Adolescene Student. Journal of Education. 33: 35-46.

Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve

Student Achievement and Well-Being. ERIC: US Department of Education.

Begum, M. & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change

the Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2),

45-53.

Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside the black box: Raising standards through

classroom assessment. London: School of Education, King College.

Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment In

Education, 5(1), 7-73.

Page 42: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

121

Bloom, B.S. and Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: The

Classification of Educational Goals by a committee of college and university

examiners. Handbook I: Cognitive Domain. NY: Longmans, Green.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental

Measurement in the Human Sciences: 2rd. Ed : Taylor & Francis Group:

Routledge : New York.

Boon, Y. dan Shaharudin, M. M. (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan

Daerah Kota Tinggi, Johor. UTM, Skudai : Tesis Sarjana.

Chan Y. F. & Gurnam K. S. (2012). School Based Assessment Among ESL Teachers

In Malaysian Secondary Schools. Journal of the Malaysian Education Dean's

Council, Vol. 9, hlm 1-18.

Chew F. P. & Nadaraja, S. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan

Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN. 2180-4842. Vol. 4, Bil. 2. 10-24.

Chua, Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Buku

1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua, Y. P. (2013). Asas Statistik Penyelidik: Analisis Data Skala Likert, Edisi 2.

Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L., Manion, L. and Morrison, K. R. B. (2000). A Guide to Teaching Practice

(fifth edition). London: Routledge Falmer..

Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 4.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewey, J. (1933). How we think. a restatement of the relation of reflective thinking

to the educative process. Boston. D.C. Heath and Company.

Ferguson-Patrick, K. (2009). Cooperative Learning and quality teaching: early career

teachers striving for quality. A paper presented at The 16th International

Conference on Learning, Barcelona, 1 – 4 July 2009.

Fraenkel, J. R. and Wallen, N. E. (2006). How to Design and Evaluate Research in

Education (3rd ed). New York : Mc Graw-Hill.

Gay, L. R. and Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for

Analysis and Application. 6 Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Hair, J.F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., and Black, W. C. (2003). Multivariate

Data Analysis. Singapore: Pearson Education.

Page 43: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

122

Hamzah, M.O. & Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟

perception of the implementation of school-based oral English assessment.

The English Teacher, 38 (13 – 29).

Husin, K. & Abdul Aziz, S.H. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Edisi Pertama.

Selangor : Kayazano Enterprise.

Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim, A. & Reduan, S.Z. (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:

Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan

Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Edisi ke-2. Selangor: McGraw-

Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ishak, N. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Ringkasan

Eksekutif. KPM: Kuala Lumpur.

Ismail, M. (2009). Pentaksiran Pendidikan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail, R., Taib, M., Abdul Wahid, F. A & Osman, S. (2012). Mengkaji pengetahuan

pentaksiran dalam kalangan pelajar PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2008

(Pendidikan Khas) di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Prosiding

Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia. 2-4 Okt. Anjuran IPG

Kampus Ilmu Khas dan Universitas Negeri Padang, Indonesia, ms 143-147.

Ismail, S. & Subki, A. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor. Multimedia Sdn

Bhd.

Ismail, S. & Subki, A. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional.

Selangor : Multimedia Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 – 2025. Kuala Lumpur.

Konting, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Son Inc.

Page 44: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

123

Lembaga Peperiksaan & Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2009). Laporan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Rinits

SPPK. Kajian berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2011). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2012). Laporan Soal selidik Kesediaan Guru Melaksanakan

PBS (Dilaksanakan Dalam Talian). Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2013). Dokumen Standard Prestasi. Kementerian Pelajaran

Malaysia. Kuala Lumpur.

Lembaga Peperiksaan (2013). Laporan Kajian PBS: Kefahaman Dan Amalan.

Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (23)

Lembaga Peperiksaan (2014). Laporan Kajian Pelaksanaan PBS : Dokumen

Standard Prestasi. Kajian Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of

Psychology, 140.

Linacre, J. M. (2005). A User’s Guide to Winsteps ministep Rasch Model Computer

Programs (Computer software and manual). Chicago, IL : Winsteps.

Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching.

Prentice Hall.

Mat Ali, M. A. & Jamaluddin, S. (2007) Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di

Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 27 (1), 19 – 39.

Mat Ali, M. A. (2006). Amalan Pentaksiran Sekolah Menengah di Malaysia.

Universiti Malaya: Tesis PhD.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school

administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).

Page 45: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

124

McMillan, J. H. (2007). Classroom assessment: Principles and practice for effective

standards-based instruction. (4th ed.). Boston, MA: Allyn & Bacon.

Mertler, C. A. (2005). Measuring Teachers’ Knowledge and Application of

Classroom Paper presented at the Annual Meeting of the American

Educational Research Association. Apr 11-15, 2005. Montreal, Quebec,

Canada.

Mohammad, M.F. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. UTM. Skudai : Tesis

Sarjana.

Mohd. Noor, N. & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah

Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. UTM.

Skudai: Tesis Sarjana.

Mohd. Radzi, M. S. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui

Pembelajaran Berasaskan Masalah. UTM Skudai: Tesis Sarjana.

Mohsin, M. & Chia, C. M. (2012). Pengetahuan pentaksiran dalam kalangan guru

pelatih PISMP (Opsyen Pendidikan Jasmani) di Institusi Pendidikan Guru,

Kuala Lumpur. Prosiding Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-

Indonesia. 2-4 Okt, ms 148 – 151.

Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning

Environment. in Mangieri, J. & Blocks, C. C. (Eds.). Creating Powerful

Thinking In Teachers And Students: Diverse Perspectives. Forth Worth:

Harcourt Brace College Publishers.

Pajares, M.F. (1992). Techers beliefs and educational research: Cleaning up a messy

construct. Review of Educational Research, 62(3).

PISA (2006). Released Item - Mathematics. OECD

PISA (2006). Released Item - Reading. OECD

PISA (2006). Released Item - Science. OECD

PISA (2009) Assessment Framework Key competencies in reading, mathematics and

science. OECD.

PISA (2012). Released Item - Mathematics. OECD

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 46: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

125

Queensland Studies Authority (2010). School-based assessment: The Queensland

system. Published February 2010 © The State of Queensland (Queensland

Studies Authority)

Quellmalz (1985). Needed: Better Methods for Testing Higher-Order Thinking Skills

the Association for Supervision and Curriculum Development, ASCD .VA

,USA.

Rajendran, N. S. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan

Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Kertas

kerja.Seminar/pameran projek KBKK.

Reeves, T. C. (2000). Alternative Assessment Approaches for Online Learning

Environment in Higher Education. Journal of Educational Computing

Research, 23 (1).

Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Sabitha, M. (2006). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Tingkah

Laku Devian di Tempat Kerja. Jurnal Pemikir, Julai/September, 43-58.

Saion, R. (2014). Persepsi Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap

Literasi Pentaksiran Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana.

Schermerhorn (2005). Management Eight Edition. United State: John Wiley & Sons.

m.s 263-276.

Schmalz, R.S. (1973). Categorization of questions that mathematics teachers ask.

Mathematics Teacher, Reston, (pp. 66-67), VA. NCTM.

Stiggins, R. J, & Conklin, N. F. (1992). In teachers’ hands: Investigating the

practices of classroom assessment. Albany: State University of New York

Press.

Suah, S. L., Ong, S. L., & Osman, S. (2010). Pentaksiran pembelajaran pelajar:

Amalan guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Dean’s Council

Journal, 5, 68-83.

Sukiman S., Shah N. S., & Uzi M. D. (2014). Pengajaran Kemahiran Berfikir :

Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Vol. 2 N0.1

ISSN 2232-0393

Sulaiman, E. (2006). Pengenalan Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Page 47: i PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN AMALAN GURU ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf2.10 Langkah pembinaan item KBAT 33 2.11 Kajian-kajian terdahulu 33 2.12 Kemahiran

126

Talib, R. & Abd Ghafar, M. N. (2008). Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Bagi

Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah Di Malaysia.

Kertas Kerja Dalam: Seminar Penyelidikan.

Talib, R. & Abd. Ghafar, M. N. (2009). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen bagi

Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis PhD.

TIMSS & PIRLS International Study Center (2007). The Trends in International

Mathematics and Science Study. Lynch School of Education, Boston.

TIMSS & PIRLS International Study Center, (2007). Release Item-Mathematic 8

Grade 2009. Lynch School of Education, Boston.

TIMSS & PIRLS International Study Center, (2007). Release Item-Science 8 Grade

2009. Lynch School of Education, Boston.

Tomei, L. (2005). Taxonomy for the technology Domain. Information Science

Publishing. London, United Kingdom.

Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction. London:

Pearson: Allyn and Bacon.

Wright, B. D. & Linacre, J. M. (1992). A User’s Guide to Bigsteps, Rasch Model

Computer Programme Version 2.2.MESA Press.

Wright, B. D. & Master , J. (1982). Rating Scale Analysis . Chicago: MESA Press.

Wright, B., & Stone, M. H. (1979). Best Test Design. Chicago: MESA Press.

Zhang, Z. & Burry-Stock, J. (2003). Classroom Assessment Practices and Teachers’

Self-Perceived Assessment Skills. Applied Measurement in Education, 16(4),

323-342.