i amalan penggunaan komputer oleh guru dalam … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer...

25

Upload: dangkiet

Post on 18-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,
Page 2: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,
Page 3: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

i

AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGURUSAN MAKLUMAT DI

SEKOLAH MENENGAH DATO’ SERI AMAR DIRAJA, MUAR, JOHOR

MOHD. FADZRI BIN MOHD. SAFFEIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 4: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

ii

Page 5: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

iii

Dengan nama ALLAH TA’ALA yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.Segala

pujian atas limpah dan kurniaan ALLAH TA’ALA Tuhan seluruh alam.

Puji-pujian, selawat serta salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buah Abah dan Emak yang amat disayangi dan dihormati,

Mohd. Saffeia Bin Mohd. Tarmidi

dan

Ramisah Binti Haji Md. Bakhtiar

Buat akak dan adik-adik yang dikasihi,

Fariza (eiza)

Farhani (ani)

Filzahlina (ina)

Muhamad Fathuddin Adli (udin/ochh)

Buat rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa memberikan dorongan serta galakan

dalam hidup ini.

Berkat doa, semangat yang diberikan serta pengorbanan kalian amat bermakna buat diri

ini dalam menempuh setiap cabaran kehidupan yang mendatang. Tiada kata yang dapat

diungkapkan untuk menggambarkan, segalanya hanya ALLAH TA’ALA yang

mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.

Berbillion terima kasih atas segalanya............

Page 6: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Limpahan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnia-Nya

kerana akhirnya dapat jua saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang telah

diamanahkan oleh pihak Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia kepada

saya sebagai salah seorang penuntut di universiti ini.

Sekalung penghargaan khusus ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya,

Encik Shahrin Bin Hashim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan

kepada saya dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda ini dengan baik. Tidak dilupakan

ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah tempat kajian, Sekolah Menengah

Dato’ Seri Amar Diraja, Muar khasnya kepada Tuan Haji Ramli Bin Aziz dalam

membantu proses pengumpulan data serta maklumat kajian ini.

Yang sentiasa diingati buat keluarga tersayang yang senantiasa memberikan

perangsang serta dorongan kepada diri saya dalam menempuh setiap hari-hari yang

mencabar. Buat rakan-rakan seperjuangan, jasa serta dorongan kalian akan saya kenang

hingga ke akhir hayat.

Semoga Allah Ta’ala merahmati serta memberkati kehidupan kita semua di

dunia dan akhirat. Insya Allah.

Page 7: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan penggunaan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan maklumat serta mengenal pasti

kemudahan komputer yang di sediakan di Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja,

Muar. Untuk kajian ini, responden seramai 73 orang yang terdiri daripada guru-guru

Sekolah Menengah Dato Seri Amar Diraja, Muar dilibatkan dalam penyelidikan ini. Soal

selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Data-data ini kemudiannya

diproses menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences” (SPSS).

Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.858. Penganalisisan dibuat

secara kedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan serta min. Hasil

daripada kajian ini, menunjukkan tahap penggunaan komputer di kalangan guru adalah

tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan maklumat.

Bagi pengenalpastian kemudahan komputer yang disediakan di tempat kajian pula ia

berada pada tahap sederhana. Berpandukan hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan

beberapa cadangan bagi membantu pihak kementerian pelajaran dan sekolah khususnya

mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah.

Page 8: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

vi

ABSTRACT

This research is carried out to identify the standard of computer usage among

secondary school teacher in Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar. The

research is focused on the usage of computer in teaching and learning process and also

in information management. Researcher also identify about computer facilities in this

school. To encounter the problem 73 respondents from teachers of Sekolah Menengah

Dato’ Seri Amar Diraja, Muar were involved in this research. Questionnaires are used as

instrument to collect data. SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versions

12 were used to analyze the data. The reliability for this research instrument is alpha-

0.858. A descriptive statistical analysis was carried out in the form of frequencies,

percentage and mean values. The result of this research shows a good standard of

computer usage among teachers in teaching and learning process and information

management. The identify about computer facilities in this school shows a average

standard. Based from the data, a few comments and suggestions were given in order to

help the ministry of education and especially to school management to boost up

computer technologies to all teachers in school.

Page 9: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan Penyelidik ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstrac vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Daftar Singkatan xiv

Senarai Lampiran xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

Page 10: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

viii

1.8 Terminologi 9

1.8.1 Amalan 9

1.8.2 Penggunaan 10

1.8.3 Komputer 10

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 10

1.8.5 Pengurusan 11

1.8.6 Maklumat 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Penggunaan Komputer Dalam 13

Bidang Pendidikan

2.3 Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan 16

Pembelajaran (P&P)

2.4 Komputer Dalam Aspek Pengurusan 20

Maklumat di Sekolah

2.5 Kemudahan Komputer di Sekolah 21

2.6 Internet Dalam Pendidikan 26

2.7 Isu Terhadap Penggunaan Komputer 28

Oleh Guru

2.8 Latihan Dalam Penggunaan Komputer 30

2.9 Penutup 33

BAB III METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian 34

3.2 Tempat Kajian 35

3.3 Persampelan 35

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Prosedur Kajian 36

Page 11: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

ix

3.6 Analisis Data 37

3.7 Panduan Menjawab Soalan 39

3.8 Jangka Masa Kajian 40

3.9 Kajian Rintis 41

3.10 Pengedaran Item Soal Selidik 42

3.11 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Taburan Responden Mengikut 45

Jantina

4.2.2 Taburan Pengalaman Mengajar 47

Responden

4.2.3 Taburan Kelulusan Ikhtisas 47

Responden

4.2.4 Pemilikan Komputer Peribadi (PC) 48

Responden

4.2.5 Taburan Pengalaman Menggunakan 49

Komputer Oleh Responden

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 49

4.4 Bahagian B 50

4.4.1 Kepenggunaan Komputer Oleh Guru 51

Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P)

4.4.2 Kepenggunaan Komputer Oleh Guru 56

Dalam Aspek Pengurusan Maklumat

Di Sekolah

Page 12: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

x

4.4.3 Kemudahan Komputer yang 60

Disediakan di Sekolah Bagi Proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Serta Pengurusan Maklumat

4.5 Rumusan Bahagian B 65

4.6 Penutup 68

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Perbincangan 70

5.2.1 Penggunaan Komputer Oleh Guru 71

Dalam Proses (P&P)

5.2.2 Penggunaan Komputer Oleh Guru 74

Dalam Proses Pengurusan Maklumat

5.2.3 Kemudahan Komputer Untuk Proses 76

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Serta Pengurusan maklumat

5.3 Rumusan 78

5.4 Cadangan Atau Saranan Kajian Lanjutan 80

5.4.1 Penambahan Kemudahan Komputer 80

di Sekolah

5.4.2 Perkembangan Staf 82

5.4.3 Penganjuran Hari Komputer 83

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.5 Penutup 84

SENARAI RUJUKAN DAN LAMPIRAN

Rujukan 85

Lampiran

Page 13: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kemahiran Literasi Abad Ke-21 14

2.2 Jenis Perisian Aplikasi Serta Contohnya 23

3.1 Pernyataan Respons Skala Likert 37

3.2 Pemeringkatan Skala Jawapan Likert 38

3.3 Tahap penilaian Berdasarkan Min 39

3.4 Jumlah Pengedaran dan Perolehan

Item Soal selidik 42

4.1 Frekuensi Jantina responden 46

4.2 Frekuensi dan Peratusan Pengalaman

Mengajar Responden 47

4.3 Frekuensi dan Peratusan Kelulusan

Ikhtisas Responden 48

4.4 Frekuensi dan Peratusan Pemilikan

Komputer Responden 48

4.5 Frekuensi dan Peratusan Pengalaman

Menggunakan Komputer 49

4.6 Skala Penilaian Likert 50

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta

Min Kecenderungan Responden

Page 14: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

xii

Menggunakan Komputer dalam P&P 51

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta

Min Kecenderungan Responden

Menggunakan Komputer Dalam

Proses Pengurusan maklumat Pelajar 56

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta

Min Kecenderungan Responden

Terhadap Kemudahan Komputer yang

Disediakan di Sekolah 60

4.10 Analisis Skor Min Subskala 66

4.11 Tahap Penggunaan Komputer Oleh Guru 66

Dalam Proses P&P

4.12 Tahap Penggunaan Komputer Oleh Guru 66

Dalam Proses Pengurusan Maklumat

4.13 Tahap Kemudahan Komputer yang Disediakan 67

Di Tempat Kajian

Page 15: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratusan Jantina Responden 46

5.1 Jumlah Persetujuan Bagi

Penggunaan Komputer Dalam

Proses P&P 70

5.2 Jumlah Persetujuan Bagi

Penggunaan Perisian Aplikasi

Dalam Proses P&P 72

5.3 Jumlah Persetujuan Bagi

Penggunaan Perisian Aplikasi

Pengurusan Maklumat Di sekolah 74

5.4 Jumlah Persetujuan Bagi

Perkakasan Komputer yang

Terdapat Di sekolah 76

Page 16: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

xiv

DAFTAR SINGKATAN

ICT - Teknologi Informasi Komputer

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Statistical Packages for Social Science

Page 17: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

xv

SENARAI LAMPIRAN

RAJAH TAJUK

Lampiran A Item Soal Selidik

Lampiran B Surat Kebenaran Kementerian

Pelajaran Malaysia

Lampiran C Surat Kebenaran Kementerian

Pelajaran Negeri Johor

Lampiran D Analisis Data Bagi Kajian Rintis (Nilai Alfa Cronbach)

Lampiran E Analisis Data Bagi Kajian Sebenar

Page 18: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Komputer membawa istilah sebagai satu mesin yang dapat mengendalikan data

yang banyak dengan kelajuan yang tinggi. Ia tidak mempunyai otak, perasaan tetapi

mempunyai satu tugas menyelesaikan masalah-masalah yang sudah diprogramkan untuk

diselesaikan. Komputer mempunyai 4 tugas utama seperti yang dinyatakan oleh Vicky

Sharp (1999) iaitu;

i) menerima input seperti fakta atau set arahan daripada pengguna

ii) menyimpan maklumat di dalam memorinya

iii) memproses data daripada maklumat yang diberikan

iv) mengeluarkan hasil maklumat daripada keputusan yang diproses

Menurut Alan Hofmeister (1984), teknologi komputer pada mulanya telah

dicipta oleh Howard Aiken pada 1937 di mana pada masa itu beliau telah

membangunkan Mark I iaitu komputer pertama di dunia, dan semenjak daripada itu

teknologi ini telah berkembang dengan begitu pantas dengan permulaan daripada mesin

XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386, 486, 586, Pentium, Pentium I,

Pentium II, Pentium III dan kini Pentium IV, dan perubahan saiz yang ketara daripada

Page 19: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

2

Mark I yang mempunyai ketinggian 8 kaki dan 51 kaki panjang kepada saiz sekecil

tapak tangan pada masa kini. Ternyata teknologi ini telah melalui banyak perubahan dari

generasi ke generasi dan nyata telah membawa manusia amnya kepada perubahan

terhadap kemajuan corak hidup mereka.

Era penggunaan komputer yang meluas dalam pelbagai bidang kerjaya seperti

perniagaan, perindustrian, muzik, seni sastera, perubatan, pentadbiran, perundangan,

sukan dan bidang pendidikan. Perkembangan penggunaan komputer seperti teknologi

internet misalnya dianggap suatu pencapaian yang luar biasa di mana kenyataan ini

disokong oleh S. Dublish (2000) di Kongres Pengurusan e-Dagang. Menurut beliau,

suasana ledakan dalam perkembangan Internet Komputer berjaya menarik minat hampir

100 juta pengguna hanya dalam masa empat tahun jika dibandingkan dengan televisyen

dan radio masing-masing yang mengambil masa 14 dan 40 tahun hanya untuk menarik

minat 50 juta pengguna.

Di negara kita, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta yang

memberikan perkhidmatan ke arah menjayakan usaha mempertingkatkan penguasaan

kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan

komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat kepada manusia. Dalam

bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata teknologi komputer dapat

memberikan banyak faedah dan manfaat di mana ianya dapat dilaksanakan dalam 3

aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media

pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di

kalangan guru-guru di sekolah. Ketiga-tiga aspek ini jika ditekankan bersama-sama

boleh menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur.

Page 20: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perlaksanaan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan oleh kerajaan

merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan

hasrat wawasan 2020. Ini terbukti dengan penubuhan Majlis Teknologi Maklumat

Negara (MTMN) pada tahun 1994 yang bermatlamat untuk mempertingkatkan

penggunaan serta pembangunan IT sebagai teknologi strategi dalam pembangunan

negara di mana ianya merangkumi sektor pendidikan kerana kerajaan nyata mahu

menerapkan kebijaksanaan ini pada peringkat “akar umbi” lagi.

Menurut Mokhtar Yusof (2001), dalam perlaksanaan penggunaan komputer di

sekolah ini, kerajaan telah membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membina segala

kemudahan seperti makmal komputer, rangkaian komputer serta segala perkakasan

komputer untuk melengkapkan pakej dalam faktor kepenggunaannya untuk

merealisasikan hasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang dianggap sebagai salah

satu daripada 4 “flagship” selain perlaksanaan E-Kerajaan, Tele-Perubatan dan Kad

Pintar dan perlaksanaan penggunaan komputer ini terangkum di dalam Rancangan

Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010. Bukti-bukti yang diutarakan ini nyata

menunjukkan bahawa kerajaan daripada awal lagi amat serius dalam perlaksanaan

penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah.

Seperti kita sedia maklum, komputer banyak menyumbang manfaat yang amat

berguna kepada bidang pendidikan di negara kita seperti yang telah digariskan oleh

Tengku Azzman dalam Azlinda dan Hashimah (2002) yang mengatakan terdapat tiga

sebab mengapa komputer amat diperlukan dalam pendidikan. Beliau menyatakan sebab

pertama ialah kerana banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak

boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Sebab kedua yang dinyatakan ialah komputer

berkemampuan untuk mengutip dan menyimpan maklumat berbanding kemampuan

manusia untuk melakukannya dan sebab ketiga yang merujuk maklumat dan

pengetahuan menjadi kunci untuk lebih berikhtiar dalam kehidupan manusia khususnya

bagi pelajar itu sendiri.

Page 21: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

4

Dalam keghairahan kita melaksanakan dasar pendidikan ini, secara sedar atau

tidak kita berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh dianggap akan mengancam dan

membantutkan kelancaran dan keberkesanan hasrat dan impian ini.

Isu kepenggunaan komputer oleh para guru merupakan salah satu aspek yang

perlu kita bincangkan. Ini jelas terbukti dengan satu kenyataan oleh Zoriani (1992) yang

mengutarakan tentang alasan yang diberikan oleh 85 peratus guru-guru di Amerika

Syarikat yang tidak tahu menggunakan komputer, mengatakan bahawa mereka akan

merosakkan komputer, ianya terlalu mahal, ianya sukar dipelajari, mereka tidak ada

masa dan mereka terlalu tua untuk menggunakannya. Daripada pernyataan ini jelas

menunjukkan sikap dan kemampuan guru-guru di negara maju mengenai penggunaan

komputer. Persoalan yang timbul kini, adakah guru-guru di sekolah tempat kajian

mempunyai persepsi yang sama terhadap penggunaan komputer? Dan bagaimana pula

dengan tahap penggunaannya dalam kedua-dua aspek ini?.

Menurut laporan daripada Marzita Abdullah (2003) pula, mengenai satu kajian di

Changkat Jering, Taiping, Perak oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), contohnya telah mempertikaikan keberkesanan penggunaan

komputer sehinggakan mereka berpendapat para pelajar belum boleh dikatakan sebagai

celik komputer kerana mereka hanya pandai memadam, menyimpan dan menyalin fail

daripada cakera keras berbanding sukatan pelajaran Literasi yang sepatutnya mereka

kuasai di sekolah. Hasil kajian ini nyata telah membangkitkan pelbagai persoalan lagi

tentang di mana wujudnya kesilapan sama ada ianya adalah kesilapan sikap para guru

dalam aspek kepenggunaan atau pun kekangan daripada masalah kekurangan

kemudahan komputer di sekolah.

Isu keyakinan diri dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum ICT juga perlu diambil berat dalam soal

perlaksanaan program ini ke arah tahap optimum. Dalam satu kajian oleh Robiah Sidin

dan Nor Sakinah Mohamad (2002) telah menyelidiki akan kedua-dua isu ini. Bagi isu

keyakinan terhadap kurikulum ICT, hasil kajian ini mendapati daripada 7 pernyataan

Page 22: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

5

yang diajukan, para guru menunjukkan tahap keyakinan pada tahap median 4 iaitu boleh

dikatakan tinggi berbanding median tertinggi iaitu 5. Tetapi dalam kajian yang ditujukan

kepada responden tentang perlaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah, keputusan mendapati kebanyakan pernyataan yang merujuk kepada

penglibatan guru dalam penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran misalnya galakan oleh guru dalam penglibatan ICT dan teknik pengajaran

guru menggunakan komputer menunjukkan medium 3 yang boleh dianggap rendah

berbanding medium 5. Ternyata banyak lagi yang perlu diselidik tentang isu ini kerana

hasil kajian ini tampak tidak seiring keputusannya antara 2 pihak iaitu guru dan pelajar.

Melalui satu lagi kajian oleh Sakeri (1998) di daerah Bachok, Kelantan telah

mendapati pengetahuan komputer di kalangan guru agak tinggi iaitu 86.8% tetapi

malangnya hanya 67.9% menggunakannya untuk bermain permainan komputer. Dalam

kajian ini juga menyatakan bahawa 32% para guru menggunakannya untuk membuat

nota dan 25% telah menggunakannya bagi membuat soalan. Ini dapat menjelaskan

bahawa para guru di tempat kajian masih tidak mengoptimumkan penggunaan komputer

dalam aspek pendidikan berbanding aspek penggunaan sebaliknya. Menurut Shafie

dalam Ismail (2005) tentang suatu kajian yang telah dilakukan di sekolah-sekolah negeri

Kedah pada tahun 1990 mendapati guru-guru menggunakan komputer sebagai media

pengajaran hanyalah berjumlah 8.6% sahaja. Ini menunjukkan para guru masih lemah

dalam aspek kepenggunaan komputer khususnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Mengikut satu kertas kerja oleh Abu Hassan, et al. (1992), daripada Jabatan

Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia mereka

menyatakan bahawa apek penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran

pendidikan amat kurang ditekankan dan dibincangkan di dalam sebarang bengkel,

seminar atau kursus. Mereka menyatakan bahawa langkah pendedahan komputer kepada

kakitangan sekolah merupakan satu tapak bagi “menyediakan” para guru untuk

menghadapi langkah seterusnya iaitu penyerapan komputer ke dalam kurikulum sekolah

kerana ia memberi kesedaran dan keyakinan kepada golongan terlibat tentang

Page 23: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

6

kepentingan dan kebolehan komputer khususnya dalam mengekalkan dan

mempertingkatkan lagi kecekapan dan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran

sekolah.

Menurut satu kajian oleh Goo (2002) tentang kelengkapan dan penggunaan

komputer di sekolah menengah di Daerah Johor Baru mendapati kelengkapan dan

penggunaan komputer oleh guru berada pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian

beliau juga mendapati tahap penggunaan komputer untuk tujuan pengurusan di sekolah

adalah tinggi berbanding tujuan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer.

Melalui kepentingan dan isu-isu komputer dalam pendidikan di dalam aspek

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan di sekolah seperti yang dinyatakan di atas

inilah yang mendorong pengkaji ingin melihat sejauh mana penggunaan oleh para guru

di sekolah tempat kajian terhadap dua aspek yang telah dibincangkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, penyelidik ingin meninjau berkenaan tahap amalan

penggunaan komputer di kalangan guru sekolah tempat kajian dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dan aspek pengurusan maklumat di sekolah serta mengenal pasti tahap

penyediaan kemudahan komputer yang di sediakan terhadap kepenggunaannya dalam

kedua-dua aspek yang dibincangkan oleh penyelidik.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kenyataan di atas, kajian dilakukan untuk mengenal pasti;

i) tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) di kalangan guru-guru

Page 24: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

7

ii) tahap penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat di kalangan

guru-guru

iii) tahap kemudahan komputer yang disediakan di sekolah bagi proses P&P

serta pengurusan maklumat

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas, penyelidik berharap agar kajian

yang dijalankan ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti yang dinyatakan di

bawah:

i) Apakah tahap penggunaan komputer oleh guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran?

ii) Apakah tahap penggunaan komputer oleh guru dalam pengurusan

maklumat di sekolah?

iii) Apakah tahap kemudahan komputer yang disediakan di sekolah terhadap

penggunaan proses P&P serta pengurusan maklumat?

1.6 Kepentingan Kajian

Secara umumnya, kajian yang dilakukan ini dapat memberikan gambaran

sebenar berkenaan penggunaan komputer dalam aspek proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dan aspek pengurusan maklumat serta pengenalpastian kemudahan

komputer yang terdapat di Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja Muar.

Dengan ini diharapkan pihak sekolah tempat kajian akan mengadakan

perancangan, pendekatan atau kursus-kursus dalaman bagi mendedahkan perkembangan

semasa mengenai perkembangan komputer khususnya dalam aspek pengajaran dan

Page 25: i AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM … · mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah. vi ... XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386,

8

pembelajaran (P&P) serta pengurusan maklumat. Ini seterusnya akan dapat memberikan

pengetahuan semasa kepada warga sekolah khasnya kepada para guru dan seterusnya

mengelakkan berlakunya situasi ketinggalan di dalam ilmu komputer khususnya untuk

bidang pendidikan kepada warga pendidik.

Hasil kajian ini juga diharapkan akan membantu sedikit sebanyak pihak jabatan

pendidikan negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan perlaksanaan komputer

dalam pendidikan di negeri masing-masing. Apabila ketiga-tiga proses tersebut berjalan

secara lancar, maka ia akan menghasilkan suatu output yang berada pada tahap yang

cemerlang dalam pendidikan negara.

Di samping itu, kajian ini juga diharapkan menjadi suatu bentuk bantuan kepada

para pereka perisian aplikasi (software developers) yang menghasilkan perisian-perisian

untuk kegunaan di sekolah meliputi pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta

pengurusan maklumat sekolah bagi lebih mengenal pasti tentang kehendak utama dalam

proses pembinaan dan reka bentuknya.

Selain itu, kajian ini akan memberikan sedikit sebanyak pengalaman serta

pengetahuan tentang penggunaan serta kepentingan komputer di sekolah seterusnya

menjadi salah satu elemen tambahan bagi persiapan penyelidik untuk mengajar di

sekolah.