hus.moh.gov.my ......
Post on 06-Nov-2020
1 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
LAMPIRAN 1
PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
SECARA SEPARUH MASA TAHUN 2019
Kerajaan melalui pengumuman Bajet Tahun 2017, bersetuju menyediakan
kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana
(CBBPDBKP) yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa
bagi sesi 2018. Kemudahan ini bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat bagi memberi peluang kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk
meningkatkan pengetahuan melalui perolehan sijil-sijil akademik dan latihan
kemahiran yang diiktiraf sesuai dengan keperluan perjawatan dan perkhidmatan yang
diberikan di samping mempertingkatkan kualiti hidup dan boleh menjana pendapatan
yang lebih baik. Bermula tahun 2019, kemudahan ini telah ditambahbaik dengan
penawaran pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa dan dijenamakan
semula sebagai Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP). Bagi pengajian
secara separuh masa, permohonan dibuka bermula 1 April 2019 sehingga 30 April
2019.
1. Peringkat, Bidang dan Institusi Pengajian
(i) Peringkat pengajian Ijazah Pertama (separuh masa) sahaja.
(ii) Bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam kecuali bidang
profesional/kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar
dan Undang-Undang seperti LAMPIRAN 2. Bidang Pendidikan terhad
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.
(iii) Senarai Universiti Awam/ Politeknik Premier adalah seperti di
LAMPIRAN 3.
2. Syarat Permohonan
(i) AKP lantikan Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan tetap;
(ii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini sebelum atau pada
tarikh tutup permohonan (30 April 2019);
(iii) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun di skim perkhidmatan terkini
secara berturut-turut (2016, 2017 & 2018). Penilaian setahun LNPT
hendaklah genap 12 bulan;
(iv) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2019;
1
LAMPIRAN 1
(v) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2019;
(vi) Memiliki:
a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima (5) kepujian termasuk
subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah;
Atau
b. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan kesetaraan 3 kredit Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Dan
Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM)/ A-Level atau yang setara dengannya.
(vii) Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan melalui Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA);
(viii) Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian (belum
mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan) di peringkat Ijazah Pertama
secara separuh masa pada tarikh tutup permohonan (30 April 2019).
Atau
Sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Pertama secara separuh
masa (dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan minimum 3.00) dan
mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester pada tarikh
tutup permohonan (30 April 2019);
(ix) Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus
pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang
telah dimiliki;
(x) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi
penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(xi) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka
panjang/sederhana/pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada
seperti berikut:-
2
LAMPIRAN 1
Tempoh Kursus
Tempoh Menunggu
(Dikira sehingga 1
Januari 2019)
Lebih 12 bulan 2 tahun
Lebih dari 3 bulan, kurang dari 12 bulan 1 tahun
Kurang dari 3 bulan Tiada
(xiv) Telah mendapat kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
(xv) Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
(xvi) Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
(xvii) Telah mengisytiharkan harta.
3. Kemudahan
(i) Pegawai yang terpilih untuk menerima penajaan ini akan diberi
kemudahan penajaan yang merangkumi pembayaran Yuran Pengajian,
Elaun Buku dan Elaun Tesis di sepanjang tempoh pengajian
berdasarkan kaedah berikut:
Peringkat
Pengajian
Tempoh
Maksimum
Penajaan
Bentuk
Elaun
Kekerapan Bayaran
Elaun
Ijazah
Pertama
5 Tahun
(60 Bulan)
Yuran
Pengajian
Dibayar sebagaimana
dituntut oleh pihak
universiti.
Elaun Buku Sekali setiap tahun
penajaan.
Elaun Tesis
Dibayar di akhir pengajian
(bagi kursus yang
mewajibkan sahaja)
Tempoh penajaan adalah bergantung kepada baki semester
pengajian atau tempoh maksimum penajaan (yang mana lebih
pendek).
3
LAMPIRAN 1
(ii) Selain daripada Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis, pegawai
juga layak untuk mendapatkan kemudahan Cuti Kursus Sambilan tidak
melebihi 30 hari dalam setahun seperti yang diperuntukkan di dalam
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 (Kemudahan Cuti
Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian
Secara Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara).
(iii) Kemudahan ini akan ditamatkan sekiranya pegawai tidak berjaya
mengekalkan prestasi akademik 3.00 Purata Nilaian Gred Kumulatif
(PNGK) setiap semester.
(iv) Penerima kemudahan juga tertakluk kepada ketetapan dalam Garis
Panduan Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan Penalti Kepada
Pemegang Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan
Pengajian Dengan Jaya.
4. Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan
Calon yang berjaya adalah dikehendaki menandatangani perjanjian dengan
Kerajaan dan pegawai adalah tertakluk kepada tempoh ikatan kontrak yang
dikenakan untuk berkhidmat dengan Kerajaan.
5. Tatacara Permohonan
a. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal eSila, JPA melalui
pautan http://esilav2.jpa.gov.my mulai 1 April 2019 hingga 30 April
2019.
b. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak
untuk dihantar kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan
masing-masing dan disertakan bersama-sama:
i. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
ii. Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
iii. Borang Maklumat Ringkas Pengajian (yang dilengkapkan oleh
pihak institusi pengajian seperti di LAMPIRAN D);
iv. Kalendar akademik terkini;
v. Salinan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh
masa daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
4
http://esilav2.jpa.gov.my/
LAMPIRAN 1
vi. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia
(SVM);
vii. Salinan Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ A-Level/ setara;
viii. Salinan surat tawaran politeknik premier/ universiti awam yang
dipersetujui JPA;
ix. Salinan slip pendaftaran/ surat pengesahan pendaftaran
kemasukan ke institusi;
x. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan);
xi. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
yang dicetak melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/mqr/; dan
xii. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam (bagi skim
perkhidmatan terkini);
c. Dokumen di perkara (iv) hingga (xii) di atas hendaklah disahkan oleh
pegawai yang berkelayakan. Permohonan dengan dokumen yang
tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang
ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
6. Tanggungjawab Ketua Jabatan
(i) Ketua Jabatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang
teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang
ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua
Jabatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan sahaja.
(ii) Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel Pembangunan
Sumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005. Hanya pencalonan yang disokong
dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan
sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini selewatnya
pada 10 Mei 2019. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab
PPSM untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:
a. Mengisi Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C) dan Borang Laporan Panel Pembangunan Sumber Manusia Kementerian/Jabatan untuk kursus dalam perkhidmatan - JPA(L)LDP1A/96 (LAMPIRAN B); dan
5
http://www2.mqa.gov.my/mqr/
LAMPIRAN 1
(a) Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama
salinan dokumen seperti di perkar