hukum adat dan undang-undang

16
HUKUM ADAT DAN UNDANG - UNDANG TEMA 1: MASYARAKAT

Upload: zhafran

Post on 16-Jul-2015

251 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Adat dan Undang-Undang

HUKUM ADAT DAN UNDANG-UNDANG

TEMA 1: MASYARAKAT

Page 2: Hukum Adat dan Undang-Undang

HUKUM ADAT Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi

amalan sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehinggamenjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.

Dikenali sebagai hukum adat, peraturan ini menjadikan amalan,adat resam atau kebiasaan yang lain yang telah lama wujuddalam masyarakat sebagai satu peraturan.

Contohnya, seseorang yang menghadap sultan mestilahberpakaian lengkap, berpancung dan berkeris di hadapan.Seseorang itu tidak dibenarkan untuk menghadap sultan jika diaberkeris di belakang.

Terdapat dua sumber utama bagi hukum adat iaitu daripadaresam atau adat turun-temurun dan daripada hukum syarak yangmengikut mazhab Syafie.

Di negeri-negeri Melayu, terdapat dua hukum adat yangdipraktikkan iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Page 3: Hukum Adat dan Undang-Undang

ADAT PERPATIHDatuk Perpatih Nan Sebatang

Page 4: Hukum Adat dan Undang-Undang

BENTUK DAN PERLAKSANAAN

Diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan beberapa buah kawasan di Melaka seperti Naning dan Alor Gajah.

Dibawa oleh orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada abad ke-17.

Merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain. Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo.

Kesemua adat Perpatih diwarisi turun-temurun kecuali Undang-undang Sungai Ujong.

Page 5: Hukum Adat dan Undang-Undang

SISTEM PEMERINTAHAN

Mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada pada tangan rakyat.

Dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku.

Pemerintah mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.

Seorang lelaki tidak mempunyai hak kecuali hak pemerintahan.

Page 6: Hukum Adat dan Undang-Undang

ASPEK KEKELUARGAAN

Mengamalkan hidup secara bersuku-suku iaitu hidup secara berkeluarga.

Buktinya, setiap anggota menganggap anggota lain seperti saudara daripada sebuah keluarga yang besar.

Setiap suku mempunyai nama yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahu pertalian darah masing-masing.

Suku dipecahkan kepada Perut yang seterusnya dipecahkan kepada Ruang dan akhir sekali dipecahkan kepada Rumpun.

Susunan keluarga berdasarkan matrilinneal iaitu di susur galur keturunan sebelah ibu.

Susunan keluarga terdiri daripada ibu, anak-anak perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya.

Hubungan dengan anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap bersaudara.

Page 7: Hukum Adat dan Undang-Undang

PERKAHWINAN DAN RUMAH TANGGA

Tidak membenarkan sesama suku kerana saudara sesuku dianggap satu keluarga.

Perkahwinan hanya berlaku dalam suku yang berbeza yang dikenali sebagai perkahwinan eksogami.

Fungsi perkahwinan eksogami ialah mengekal dan melanjutkan hubungan dalam suku sebagai hubungan persaudaraan, mengeratkan hubungan antara suku dan mengawal kelakuan yang sumbang seperti mengusik anak gadis daripada suku yang lain.

Apabila seorang lelaki telah berkahwin secara sah, maka terputuslah hubungannya dengan suku kelahirannya.

Disebabkan konsep kerjasama yang rapat dalam kalangan pengamal adat Perpatih, sebarang masalah perkahwinan menjadi urusan keluarga dan Buapak.

Page 8: Hukum Adat dan Undang-Undang

PEMBAHAGIAN HARTA

Memberatkan kaum wanita dalam pewarisan harta.

Apabila perceraian berlaku, segala harta akan dikendalikan olehwaris terdekat pihak isteri sehinggga diselesaikan oleh Buapak.

Terdapat empat jenis harta yang dimiliki sepasang suami isteri:

Harta sepencarian iaitu harta yang dimiliki oleh pasangan suamiisteri sepanjang perkongsian hidup mereka. Akan dibahagi dua jikaperceraian berlaku.

Harta dapatan ialah harta yang dimiliki isteri sebelum berkahwin. Harta kekal pada isteri jika berlaku perceraian.

Harta pembawaan ialah harta yang dimiliki suami sebelumberkahwin. Jika bercerai, bekas isteri tidak boleh menuntut harta ini.

Harta sebelah iaitu harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberikan oleh ibu bapa sebelum berkahwin. Kembali kepada masing-masing jika bercerai.

Page 9: Hukum Adat dan Undang-Undang

UNDANG-UNDANG JENAYAH

Dilaksanakan dengan tujuan memperbaik keadaan dan tidakmenghukum pesalah.

Dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.

Menekankan sifat bertimbang rasa.

Contohnya, hukuman bagi mencuri – pesalah akan dihukumdengan perintah memulangkan harta yang dicuri atau membayarganti rugi.

Page 10: Hukum Adat dan Undang-Undang

KEMASYARAKATAN

Perbincangan dilakukan sebelum sesuatu masalah dapatdiselesaikan.

Konsep ini dinamakan muafakat.

Setiap anggota masyarakat haruslah bersikap bertimbang rasa dan menunjukkan nilai-nilai kehidupan bermasyarakat.

Adat ini mementingkan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong dan bekerjasama.

Setiap orang dianggap mempunyai kebolehan dan kemahirantertentu, oleh itu, tiada yang tersisih walaupun dirinya cacat.

Jika sesuatu usaha berjaya maka kejayaan tersebut dipandangsebagai kejayaan masyarakat dan hal ini juga berlaku jikakegagalan berlaku.

Page 11: Hukum Adat dan Undang-Undang

ADAT

TEMENGGUNGDatuk Ketemenggungan

Page 12: Hukum Adat dan Undang-Undang

BENTUK DAN PERLAKSANAAN

Diamalkan oleh masyarakat Melayu di kesemua negeri-negeriMelayu kecuali Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Melaka.

Hampir sama di seluruh negeri tetapi digelar degan nama yang berbeza seperti Undang-Undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak.

Mereka yang mahir mentafsirkan hukum adat ini ialah TokSidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa.

Terbahagi kepada dua bahagian:

Undang-undang tentang perlembagaan, jenayah dan awam yang sebahagiannya berakar umbi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kumpulan undang-undang yang digunakan dalam pelayaran dan diamalkan di pelabuhan seperti Undang-undang Laut.

Page 13: Hukum Adat dan Undang-Undang

SISTEM PEMERINTAHAN

Puncak pemerintahan dan kekuasaan terletak kepada pemerintahyang digelar sultan atau raja mengikut negeri masing-masing.

Menekankan keistimewaan kepada golongan pemerintah di managolongan ini mempunyai kuasa yang berlebihan.

Susunan pemerintahan bercorak autokratik dengan majoritikuasa pemerintahan terletak pada sultan dan pembesar.

Adat memberikan keistimewaan kepada raja seperti kewujudanunsur daulat, derhaka dan tulah.

Baginda dikaitkan dengan kuasa sakti dan titah baginda tidakboleh dilanggar.

Wujudnya pantang larang dalam hubungan antara sultan denganrakyat seperti kewujudan unsur pemulukan dan pendinaan.

Page 14: Hukum Adat dan Undang-Undang

ASPEK KEKELUARGAAN DAN PERKAHWINAN

Susunan keluarga ayah dan ibu dianggap sama penting.

Perkahwinan dengan sesiapa sahaja dibenarkan asalkan tidakmelanggar hukum syarak, bersesuaian dengan kehendak diri danmendapat persetujuan keluarga.

Larangan berkahwin berdasarkan hukum syarak yang manadilarang mengahwini orang yang mempunyai pertalian darah, perempuan yang bersaudara, orang yang bukan Islam, saudarasesusuan dan sebagainya.

Aturan perkahwinan tidak terikat kerana tidak ada sistemkesukuan dalam adat ini.

Walaupun status pihak lelaki dan perempuan adalam sama rata, pihak lelaki dilebihkan atas hukum syarak.

Lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikiradaripada sebelah bapa.

Page 15: Hukum Adat dan Undang-Undang

PEMBAHAGIAN HARTA

Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanitadisebabkan pengaruh hukum faraid dalam Islam.

Jika perceraian berlaku, pembahagian harta suami isteridilakukan mengikut syarak.

Bagi harta sepencarian, harta akan dibahagi sama rata jikaberlaku perceraian. Bagi isteri yang tidak bekerja, dia berhakuntuk mendapat 1/3 bahagian sahaja.

Bagi harta asal pasangan tersebut, mengikut hukum syarak, akandikembalikan kepada suami dan isteri.

Page 16: Hukum Adat dan Undang-Undang

UNDANG-UNDANG JENAYAH

Dilaksanakan untuk menghukum dan pelaksanaannya dibuat dengantegas.

Bertujuan untuk memberikan iktibar kepada orang lain dan sebagaipembalasan kepada mereka yang bersalah.

Membenarkan kekerasan dalam pelaksanaan undang-undang keranadianggap dapat meninggalkan kesan kepada orang lain sebagaiamaran.

Hukuman bunuh merupakan hukuman terberat yang dikenakan bagikesalahan membunuh, mencuri, memfitnah dan menderhaka.

Hukuman tidak dijatuhkan sewenang-wenangnya dan disesuaikanmengikut negeri.

Misalnya, Hukum Kanun Melaka melonggarkan hukuman untukkesalahan mencuri sedikit wang daripada hukuman bunuh kepadapotong tangan atau kaki sahaja.

Undang-undang dalam adat ini mementingkan golongan atasan.

Undang-undang memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatukesalahan.