hubungan as-syahru dengan al-hilal - …maksud al-quran, surah yaasin, ayat 39) sumber, . baharrudin...

10
Baharrudin bin Zainal MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN ANAK BULAN Hubungan as-syahru dengan al-Hilal Baharrudin Bin Zainal Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Mel-e : [email protected] al-Hilal – Bulan di langit 1. Pengenalan as-syahru – bulan takwim oleh itu sesiapa dari antara kamu menyaksikan Anak Bulan Ramadhan … mengetahui masuk bulan Ramadhan … maka barang siapa berada pada bulan Ramadhan … barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu ….

Upload: nguyenhanh

Post on 22-Mar-2018

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

Hubungan as-syahru dengan al-Hilal

Baharrudin Bin Zainal

Universiti Darul Iman Malaysia

Kampus KUSZA

21300 Kuala Terengganu,

Terengganu

Mel-e : [email protected]

al-Hilal – Bulan di langit

1. Pengenalan

as-syahru – bulan takwim

• oleh itu sesiapa dari antara kamu menyaksikan Anak Bulan Ramadhan …

• mengetahui masuk bulan Ramadhan …

• maka barang siapa berada pada bulan Ramadhan …

• barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) padabulan itu ….

Page 2: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

2. Pembinaan konsep takwim

• dalil al-Quran dan Hadis panduan fekah daripada

hukum memulai dan mengakhiri puasa Ramadhan

• pemerhatian manusia

• sejarah tamadun manusia

• dengan melihat Anak Bulan

• menggenapkan bulan sebelumnya 30 hari

• maklumat/laporan nampak atau tidak Anak Bulan

• menggunakan kaedah hisab

Matahari

Bulan

Takwim syamsi

Takwim kamari

Takwim kamari-suria

2.1 Asas-asas sains takwim

Page 3: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

(i) Takwim syamsi

� Perubahan musim

� Matahari sebagai rujukan tahun

syamsi

� Jumlah hari 365 atau 366 dalam

satu tahun

Satu pusingan syamsi =

365.242191 hari

@ 1 hari ≈≈≈≈ 1°

(ii) Takwim Qamari

� satu pusingan fasa Bulan (lunasi) dengan purata 29. 53059 hari

� satu bulan kamari mengandungi 29 atau 30 hari

� jumlah hari dalam satu tahunkamari bersamaan 354 atau 355 hari.

Ijtimak/ Bulan Suku I Istiqbal/ Suku III Bulangelap Muda purnama Tua

Bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa manzilah (fasa),

sehingga di akhir peredarannya ia kembali seperti tandan yang kering

(melengkung)

(maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39)

Sumber, http://moonConnection.com

Page 4: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

2.2 Pergerakan kamari/sinod (as-syuhur al-iqtiraani)

ijtimak

istiqbal

Anak Bulan

1 pusingan kamari = 29.53059 hari

@ 1 hari = 13°

Bulan lebih cepat beredar

di orbitnya berbanding

Matahari

Page 5: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

Pandangan sisi satah Bumi-Bulan-Matahari berpusatkan Bumi dan

perbazaan satah Bumi, Bulan dan Matahari

• Ijtimak berlaku ketika Matahari, Bulan dan Bumi berada pada satu garisan tetapi

tidak sesatah.

• Jika ijtimak berlaku dalam keadaan segarisan dan sesatah, berlaku fenomena

ijtimak yang serentak dengan gerhana Matahari

ijtimak yang

berlaku gerhana

ijtimak

ijtimak

Geometri ijtimak dalam sistem geopusatan

Sistem orbit Bulan-Bumi

ketika Bulan bergerak di satah

peredarannya dengan kadar 13°°°°/hari,

Matahari beredar di satah ekliptik

1°°°°/hari

Sumber grafik,

http://www.moonconnection.com

Page 6: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

2.3 Ijtimak dan proses pembentukan Anak Bulan

Grafik di geometri samawi

Geometri Ijtimak dari pandangan topografi Bumi

ijtimak

arah terbenam, kesan

putaran Bumi atas paksinya

arah gerakan Bulan dalam satah

peredarannya

Sebaik sahaja Matahari terbenam, sekonyong-konyong kelihatanlah Anak Bulan …

Page 7: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

Selepas ijtimak, Bulan teranjak dari penjajarannya dengan garisan

Matahari-Bumi, menandakan bermulanya proses pembentukan

Anak Bulan.

3. Penyelarasan Kaedah Takwim Hijri Di Malaysia

Peraturan umum oleh JMAPH (1983):

‘Anak Bulan Ramadhan dan Syawal, sekiranya tidak kelihatan

kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut ahli-ahli

falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan

ahli-ahli falak bolehlah digunakan’

Justifikasi fikah oleh JMAPH (1992:

Menggunakan qaul berikut (antaranya);

Dari kitab at-Tuhfah, yang bermaksud;

Bila hisab qat'i telah menunjukkan wujudnya Hilal, setelah Matahari

terbenam sehingga boleh dilihat. Tetapi tidak dapat dilihat dengan

mata kepala, sepatutnya dianggap cukup dengan demikian itu.

JMAPH – Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya berfungsi

menyediakan deraf penetapan awal puasa, hari raya dan hari raya korban

kepada Majlis Raja-Raja Malaysia. KUSZA (kemudiannya UDM) menjadi satu-

satunya institusi pengajian tinggi yang menjadi ahli tetap.

Page 8: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

� Bulan ada dan boleh kelihatan

� boleh kelihatan apabila cukup syarat ada dan

boleh kelihatan

� syarat kenampakan diperolehi melalui data

empirik/data rukyah yang diperolehi secara

sistematik

3.1 Tafsiran rukyah & hisab

Maksud al-Qusyairi dari kitab Sharqawi:

‘Bila hisab menunjukkan hilal ada atas ufuk yang biasa dapat

dilihat, jika tiada manik, seperti mendung, maka ini

menunjukkan wajib berpuasa kerana telah ada sebab syarie’

Maksud dari kitab at-Tuhfah:

‘Bila hisab qat’i telah menunjukkan wujudnya Hilal,

setelah Matahari terbenam sehingga boleh dilihat dengan

mata, sepatutnya dianggap cukup dengan demikian itu’

Sumber maksud kitab, dalam Harun (1991)

Bagaimana data empirik (hasil rukyah) dijadikan syarat?

Jangkaan kenampakan menggunakan model/kuantiti yang digubal darisejumlah hasil rukyah terdahulu. Model ini di‘kias’kan untuk pertimbanganhasil rukyah berikutnya.

Page 9: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

Dalam konteks Malaysia, Anak Bulan ada dan boleh kelihatan apabila

memenuhi syarat-syarat berikut;

• ijtimak telah berlaku pada hari ke 29 Hijri

• Bulan terbenam selepas Matahari terbenam

• ketinggian Bulan ketika Matahari terbenam > 2°°°° dan jarak lengkuk

> 3 °°°° atau umur Bulan ketika Bulan terbenam > 8 jam

4. Catatan umum

� As-syahru ialah bulan takwim, dalam konteks ibadat puasa ialah bulanRamadhan, bulan ke sembilan dalam takwim Hijri

� Untuk menentukan awal bulan takwim ini dengan menggunakan ‘tandawaktu’, iaitu al-Hilal (Anak Bulan) yang merupakan satu kitarandaripada fasa Bulan (al-Qamar)

� Kaedah rukyah dan hisab dengan penggunaan syarat kenampakan AnakBulan seumpama neraca yang membuat justifikasi antara ‘produk halaldengan produk haram’.

� Rukyah sebenar mesti dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Raja-Raja atau Sultan selaku ketua agama negeri. Rukyahdilakukan di tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai tempat rasmi‘melihat Anak Bulan’ pada hari hari ke 29.

� Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia merupakansyiar kepada kebesaran aktiviti rukyah dan syiar menyambut ‘tetamuRamadhan’ dan ‘keberangkatan pulangnya’.

Page 10: Hubungan as-syahru dengan al-Hilal - …maksud al-Quran, surah Yaasin, ayat 39) Sumber, . Baharrudin bin Zainal ... falak Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak , maka kiraan

Baharrudin bin Zainal

MANUAL PRAKTIKUM CERAPAN

ANAK BULAN

KepadaKepadaKepadaKepada hadirinhadirinhadirinhadirin yang yang yang yang budimanbudimanbudimanbudiman …………

dandandandan pelajarpelajarpelajarpelajar----pelajarpelajarpelajarpelajar kukukuku yang yang yang yang sejuksejuksejuksejuk matamatamatamata memandangmemandangmemandangmemandang

MaafMaafMaafMaaf atasatasatasatas ketelanjuranketelanjuranketelanjuranketelanjuran

atauatauatauatau ilmuilmuilmuilmu yang yang yang yang taktaktaktak kesampaiankesampaiankesampaiankesampaian

misalmisalmisalmisal dandandandan sindiransindiransindiransindiran yang yang yang yang keterlaluanketerlaluanketerlaluanketerlaluan