hits luagan

4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA) TARIKH : 30 JULAI 2015 MASA : 7AM -12 PM TEMPAT : SK LUAGAN KENINGAU (Ketibaan VIP) Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru Besar Sk Luagan, Keningau, diiringi oleh Yang Berusaha, En Murkin Yusop. Penyelia Petang SK Luagan ,dan para guru masuk ke dalam dewan. (Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah) Yang Berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru Besar Sk Luagan, Yang Berusaha, Encik Murkin Yusop, Penyelia Petang SK Luagan, Yang Berusaha, Encik Rahisin Narion, PK Kurikulum, Pn Hjh Faridah Tawik, PK Kokurikulum, Pn Norhanisah Doris Aling, PK HEM, Encik Slyvester Marindal, YDP PIBG, Encik Mali Tahir, NYDP PIBG, guru-guru, ibu bapa,murid-murid serta hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke ke Majlis SAMBUTAN HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA) bagi tahun 2015. SIRIH BERLIPAT, SIRIH PINANG, SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA KATA. MERANTI TIGA SEBATANG,

Upload: asanizan-tasim

Post on 04-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mc

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA)

TARIKH: 30 JULAI 2015MASA: 7AM -12 PMTEMPAT: SK LUAGAN KENINGAU

(Ketibaan VIP)Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru Besar Sk Luagan, Keningau, diiringi oleh Yang Berusaha, En Murkin Yusop. Penyelia Petang SK Luagan ,dan para guru masuk ke dalam dewan.(Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah)Yang Berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru Besar Sk Luagan, Yang Berusaha, Encik Murkin Yusop, Penyelia Petang SK Luagan, Yang Berusaha, Encik Rahisin Narion, PK Kurikulum, Pn Hjh Faridah Tawik, PK Kokurikulum, Pn Norhanisah Doris Aling, PK HEM, Encik Slyvester Marindal, YDP PIBG, Encik Mali Tahir, NYDP PIBG, guru-guru, ibu bapa,murid-murid serta hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke ke Majlis SAMBUTAN HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA) bagi tahun 2015.SIRIH BERLIPAT, SIRIH PINANG,SIRIH DARI PULAU MUTIARA,PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,AWAL BISMILLAH PEMBUKA KATA.

MERANTI TIGA SEBATANG,DITEBANG TIGA PEMUKA,YANG DINANTI SUDAH DATANG,MARI KITA MULAKAN ACARA.Sebelum meneruskan lagi majlis perasmian penutupan pada hari ini, marilah kita bersama-sama mendengar amanat ringkas hari guru 2015 dengan bertemakan Guru membina ilmu menyempurnakan akhlak. *amanat ringkas dari siapa*Jutaan terima kasih diucapkan atas amanat ringkas yang disampaikan sebentar tadi. Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,Tak lengkap malam tanpa purnama,Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..Untuk itu, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru Besar SK Luagan untuk menyampaikan ucapan sempena hari yang bermakna pada pagi ini. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.(Ucapan GB)______________________________________Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia, Encik Samion bin Amin, Guru besar SK Luagan atas ucapannya sebentar tadi. BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT,MARI DIMUAT DI DALAM PETI,BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT,BESAR NIAT DI DALAM HATI.Majlis menjemput Encik Slyvester Marindal, YDP PIBG SK Luagan bagi menyampaikan ucapan perasmian penutupan bagi sambutan HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA). Majlis mempersilakan.Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,*****GIMIK PERASMIAN******

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Encik Slyvester Marindal selaku YDP PIBG SK Luagan. Oleh itu, majlis menjemput _En Samion bin Amin, Guru Besar SK Luagan untuk menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan. Kini tibalah acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dijemput ___________________ untuk menyampaikan hadiah.Bagi pertandingan _________________, pemenangnya ialah_________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________________atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini dihangatkan lagi dengan persembahan pentas daripada murid/ibu bapa. Persembahan yang bakal kita saksikan ialah persembahan...._________________________Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sangat menarik sebentar tadi.Murid sudah, ibu bapa pun sudah. Kini, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan pentas daripada guru-guru SK Luagan. Majlis mempersilakan.Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Hadirin sekalin, majlis kita diteruskan lagi dengan acara memotong kek. Oleh itu, majlis menjemput pihak pentadbir sekolah, ydp dan nydp pibg sekolah, guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta hadirin sekalian bagi menyaksikan acara memotong kek. Majlis mempersilakan.Para hadirin diminta untuk kekal berada di hadapan bagi memberi ruang untuk sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan berakhirnya sesi bergambar, maka berakhirlah sambutan HARI INSAN TERSAYANG SEKOLAH DAN RAYA AIDILFITRI (HITS RAYA) bagi tahun 2015. Para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan dan juadah yang telah disediakan. Saya Lydia Saling dan saya _________________ memohon kemaafan seandainya tersilap bicara sepanjang majlis ini berlangsung, Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh warga SK Luagan dan selamat hari insan tersayang sekolah. Sekian, terima kasih.