hikmah di sebalik ujian allah swt (5 oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah...

8
1 HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT(5 Oktober 2018 / 25 Muharram 1440) ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH! Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan bersegera melakukan segala suruhan dan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan dan tegahannya. Pasakkan diri dengan keimanan, hiasilah diri dengan ketakwaan. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah daripada azab siksaan api neraka yang tidak terperi sakitnya. Mimbar mengajak jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama menginsafi dan menghayati khutbah yang akan disampaikan pada hari ini dengan tajuk “Hikmah Di Sebalik Ujian Allah .

Upload: vanminh

Post on 10-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

1

“HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT” (5 Oktober 2018 / 25 Muharram 1440)

﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH!

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan

bersegera melakukan segala suruhan dan perintah-Nya serta menjauhi segala

larangan dan tegahannya. Pasakkan diri dengan keimanan, hiasilah diri dengan

ketakwaan. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah daripada azab

siksaan api neraka yang tidak terperi sakitnya.

Mimbar mengajak jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama

menginsafi dan menghayati khutbah yang akan disampaikan pada hari ini

dengan tajuk “Hikmah Di Sebalik Ujian Allah ”.

Page 2: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

2

PARA TETAMU YANG DIKASIHI ALLAH

Sebagai orang yang beriman, kita pasti akan diuji oleh Allah dengan

pelbagai cubaan dan dugaan bagi mengetahui kualiti keimanan hamba-Nya. Kita

juga akan menyedari kedhaifan diri dan mengakui kekuasaan Allah melalui

ujian yang ditempuh. Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 – 3:

ے ے ۓ ۓ ڭ ڭ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ﴿

﴾ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ

Maksudnya: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan

dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan

sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang

terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang

yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya

tentang orang yang berdusta.”

Dengan itu, Allah akan menguji manusia melalui bencana,

malapetaka, kesusahan dan kepayahan bagi melatih kesabaran serta

memperteguhkan keimanan dalam melaksanakan perintah dan menjauhi

larangan Allah . Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 155-156:

ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ﴿

﴾ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڤ ڤBermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit

ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil

tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang

apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya

kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”

Setiap ujian daripada Allah menjadi medan tautan kasih sayang kita

kepada saudara-saudara seagama yang ditimpa penderitaan sehingga mendorong

kita membantu mereka atau sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan

mereka. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Page 3: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

3

Mafhumnya: “Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan

melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang

memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan untuknya di

dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim,

Allah menutupi (aib) nya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong

hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.”

HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Antara bentuk ujian Allah ialah bencana alam gempa bumi yang

berlaku disebabkan oleh pergerakan mengejut di permukaan bumi yang berbatu.

Pergerakan ini terjadi apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi terlepas dalam

bentuk geseran batu. Kekuatan gempa bumi digredkan daripada satu hingga

sembilan berdasarkan skala Richter. Skala 7 sehingga 10 merupakan tahap

gegaran yang paling kuat yang boleh menyebabkan kehancuran dahsyat dan

mencetuskan Tsunami.

Dunia telah menyaksikan beberapa siri kejadian gempa bumi yang amat

dahsyat sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia dalam sekelip

mata sahaja. Umapamanya gempa bumi terkuat pernah berlaku adalah di Chile

pada tahun 1960 yang mencatatkan gegaran pada skala 9.5 skala richter.

Seterusnya, di Tangshan, China pada tahun 1976 dengan kekuatan mencapai

angka 8.3 skala richter dan merekodkan kematian lebih 200,000 mangsa.

Tanggal 26 Disember 2004, dunia digemparkan dengan tragedi bencana alam

akibat gegaran gempa dengan kekuatan 9.3 skala ritcher mengakibatkan

Page 4: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

4

Tsunami yang meragut kira-kira 250,000 nyawa di Aceh, Indonesia dan tujuh

buah negara lain.

Yang terkini, pada Jumaat 28 September yang lalu, kita sekali lagi

dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 skala richter dan tsunami yang

melanda bandar Palu dan Donggala di Sulawesi, Indonesia. Sejumlah 30,000

penduduk kehilangan tempat tinggal dan 1.5 juta penduduk menerima kesan

yang teruk akibat bencana alam tersebut. Seramai 1,234 penduduk terkorban dan

sebahagian besar lagi mangsa mengalami cedera parah.

Kita semua menzahirkan rasa simpati atas musibah ini dan merakamkan

ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Sesungguhnya ini adalah merupakan ujian dan ketentuan takdir Allah buat

hamba-Nya yang tidak mampu untuk kita menghalangnya sebagaimana firman-

Nya dalam surat At-Taubah ayat 51:

ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ ﴿

﴾گ

Maksudnya: “Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun

melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami,

dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang

beriman bertawakal.”

HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Islam sebagai agama rahmatan lil 'alamin (membawa rahmat kepada

sekalian alam) amat mengambil berat tentang kebajikan seluruh umat manusia

tanpa mengira pangkat, darjat, keturunan, agama dan bangsa. Ajaran dan

panduan Islam meliputi segala perilaku manusia dalam apa jua keadaan dan

situasi, termasuklah ketika berada dalam kesenangan dan kelapangan ataupun

ketika ditimpa musibah dan malapetaka.

Page 5: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

5

Dengan itu, mimbar juga memaklumkan bahawa JAKIM telah

melancarkan Tabung Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi menerusi masjid-

masjid dan surau di bawah pentadbiran JAKIM dan Jabatan Agama Islam

Wilayah Persekutuan sebagai inisiatif membantu mangsa dan keluarga. Justeru

mimbar menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang dan

mendoakan agar Allah mengembalikan kesejahteraan kepada para

penduduk Sulawesi, Indonesia.

Harus juga diingat, bencana alam seperti gempa bumi yang sering berlaku

di negara-negara lain berkemungkinan boleh berlaku di negara kita pada masa

akan datang. Oleh itu, kita harus menginsafi dan mengambil iktibar daripada

segala kejadian yang berlaku di sekeliling. Dalam menikmati kesenangan, kita

diingatkan supaya tidak lalai dan leka dengan tanggungjawab sebagai Muslim

dan menjalani kehidupan menurut Islam dengan erti kata yang sebenar dengan

sentiasa patuh tunduk melaksanakan perintah serta menjauhi larangan Allah

.

Mimbar turut mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mempersiapkan diri

sekiranya berlaku sebarang bentuk bencana ( باهلل ياذ و الع ). Dalam konteks ini

termasuklah menjaga dokumen pengenalan diri supaya sentiasa dalam keadaan

selamat dan dapat digunakan dengan selesa. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan

Pendaftaran Negara telah memainkan peranan yang penting dalam usaha

memastikan keselamatan dan pemeliharaan rekod kependudukan rakyat

Malaysia seluruhnya agar sentiasa terjamin serta membantu mengekalkan

keamanan dan kesejahteraan negara selari dengan sambutan Hari Pendaftaran

Negara 2018 yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun.

PARA JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH,

Page 6: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

6

Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita menghayati rumusan khutbah

berikut:

Pertama: Meyakini bahawa setiap kejadian bencana merupakan ujian dan

peringatan yang berlaku atas kekuasaan takdir Allah .

Kedua: Mempunyai sifat belas kasihan dan prihatin terhadap mangsa

bencana dan menghulurkan segala bentuk pertolongan yang

termampu.

Ketiga: Menyedari hikmah di sebalik bencana yang menimpa yang perlu

diinsafi dan diambil iktibar.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب خب مب ىب يب جت ﴿

﴾حت

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan

di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana

Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk

mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Page 7: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

7

KEDUA KHUTBAH

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ﴿

﴾ڇ

كباوه دولي بضيندا يغ دفرتوان اضوغ كليما بلس. يغ مها موليا سري فادوك

سلطان حممد كليما وعلى كل قرابته أمجعني

Page 8: HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH SWT (5 Oktober 2018 / 25 ... · 1 “hikmah di sebalik ujian allah swt” (5 oktober 2018 / 25 muharram 1440) ﴾ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ

8

ما شاءه. أللهم أدم الشرع ير الخ من له عدله و أصلح اهلل ملكه وإحسانه وومنهاجا. وارزقهم له ولوزرائه سبيال

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami memohon agar dengan rahmat dan

perlindunganMu, Negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam

keamanan dan kesejahteraan,

Tanamkanlah rasa kasih sayang diantara kami, kekalkanlah perpaduan di

kalangan kami, semuga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur

dan selamat sepanjang zaman.

﴾ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ﴿

﴾ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ې ې ﴿

ڍ ڌ ڌ ڎ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ﴿

﴾ڎ ڈ ڈ ژ ژ