hijab raja zulqarnain -...

36
Sebuah Kembara WEB SUTERA HIJAB RAJA ZULQARNAIN

Upload: buithuan

Post on 30-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sebuah Kembara

WEB SUTERA

HIJAB RAJA ZULQARNAIN

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Alexander seorang Muslim?

Bila disebut Macedonia, saya hanya teringat Macedonia

ialah tempat kelahiran penakluk Alexander Agung.

Berkaitan dengan itu juga, teringat akan sosok Raja

Zulkarnain, salah seorang lelaki misteri dalam al-Quran

yang telah saya perikan dalam entri dalam blog sebelum

ini; Alexander the Great, what Allah says in the

Quran.

In my collection, I have books, fiction and non-

fiction, on Alexander (the Great), who built a vast

empire in only eleven years. Alexander, tough, resolute

and fearless was a born warrior and ruler of passionate

ambition who understood the intense adventure of

conquest and of the unknown.

He is so great, as a matter of fact in the eyes of

The Almighty Allah as well, as what Allah says to

Prophet Muhammad (PBUH). Or what Allah says in the

Quran is different person?

Dari sebahagian buku-buku itu saya mendapat

gambaran siapakah Raja Zulqarnain yang disebutkan

dalam al-Quran dan siapa pula Iskandar (Alexander)

Agung, pemerintah Macedonia. Apa yang dapat diambil

2

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

dari buku-buku itu ialah Raja (Nabi?) Zulqarnain lelaki

misteri dalam al-Quran bukanlah Iskandar Macedonia.

Namun begitu, kedapatan juga buku-buku

sejarah yang mengatakan bahasa Raja Zulqarnain yang

diperikan oleh Nabi Muhammad SAW setelah disoal

oleh orang Yahudi merupakan Alexander Agung

Macedonia. Memang wujud dua kem dalam

memperikan hal berkaitan Raja Zulqarnain dan

Alexander Agung. Masing-masing memiliki hujah

tersendiri.

Ada satu kenyataan menarik berkenaan

Alexander The Great, begini:

Alexander seeks for immortality and almost --

but not quite -- attains it. On Mount Qaf he meets the

angel of death, who tells him to stop worrying about

mortal glory. He becomes a Muslim -- a striking

anachronism: he lived a thousand years before the

Prophet -- and conquers Andalusia for the faith. He

reaches the distant Land of Darkness.

He goes in search of Adam's tomb. He attains

the Water of Life but is unable to drink from it. Jewish

accounts say that he was favored by Enoch and Elijah.

Jewish, Christian, and Muslim stories all depict him

receiving both rebukes and edification from their

3

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

respective moral teachers. (Mad About the Boy, a

review by Jasper Griffin on Alexander the Great: A Life

in Legend by Richard Stoneman, Powells Book).

4

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Ketagihan: Adakah buku-buku dan kupasan Raja (Nabi) Zulqarnain sia-sia?

Zulqarnain, salah seorang lelaki misteri dalam al-Quran,

telah saya perikan dalam entri sebelum ini; Alexander

the Great, what Allah says in the Quran. Lanjutan

daripada itu, saya sudah usai membaca buku Iskandar

Zulkarnain: Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua

oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang

diterjemahkan oleh saudara Ibnu Ghazali pada tahun

2008.

Dari buku itu saya mendapat gambaran jelas

siapakah Raja (Nabi) Zulqarnain yang disebutkan dalam

al-Quran dan siapa pula Iskandar Agung, pemerintah

Macedonia. Apa yang dapat saya simpulkan

berdasarkan buku itu ialah Zulqarnain lelaki misteri

dalam al-Quran bukanlah Iskandar Macedonia

berdasarkan hujah-hujah yang panjang lebar

Muhammad Khair Ramadhan Yusuf.

Seterusnya dalam pembacaan buku Al-Quran

dan Sains Moden terbitan Jahabersa, bab terakhir

membahaskan serba ringkas perihal siapakah

Zulqarnain. Insya-Allah, saya akan usahakan proses

5

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

adaptasi dengan menulis semula ulasan Ali Abdul

Hamid Abu Al-Khair tersebut dalam bahasa Melayu

moden dan tinggi. Buku ini saya telaah setelah saya

mula membaca buku Origin of the Species oleh ‘Si

Beruk’ Charles Darwin.

Setelah selesai membaca bab berkenaan

Zulqarnain dalam buku Al-Quran dan Sains Moden,

saya membuat rujukan silang buku Benarkah Iskandar

Bukan Zulqarnain terbitan PTS. Ternyata kedua-dua

pengkaji sejarah ini mengemukakan hujah yang hampir

sama dengan memutuskan bahawa Alexander the

Great bukanlah Raja (Nabi) Zulqarnain yang disebutkan

Allah dalam surah al-Kahfi.

Saya masih meneruskan penilitian buku

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain tulisan saudara

Afareez Abdul Razak Al-Hafiz ini. Dalam masa yang

sama penulis Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengatakan

dalam blognya, Saifulislam.com, “Menetapkan

metodologi kita pada memahami kisah Dzulqarnain

dengan iltizam kepada disiplin al-Quran, kita akan

terselamat daripada dipenatkan oleh ‘lautan maklumat’

yang tidak menyampaikan kita kepada kehendak

sebenar kisah ini diwahyukan oleh Allah sebagai

teladan umat.”

6

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Seterusnya beliau menulis akan perihal

Muhammad Khair Ramadhan Yusuf seperti di bawah.

“Sheikh Muhammad Khayr Ramadan Yusuf,

pengarah kepada kitab Dzulqarnain: Al-Qaaid al-Faatih

wa al-Haakim al-Muslih menceritakan di dalam

muqaddimah bukunya, sebelum beliau menulis tentang

Dzulqarnain, beliau telah bertemu dengan seorang alim

meminta pendapat beliau tentang hasratnya untuk

mengkaji dan menulis tentang Dzulqarnain. Si alim

berkenaan melarangnya, dan apabila diminta

memberikan alasan, guru rujukannya itu berkata,

“engkau tidak akan sampai kepada sebarang natijah!”

“Akan tetapi Sheikh Muhammad Khayr Ramadan

Yusuf meneruskan juga niatnya dan setelah selesai

‘melengkapkan’ buku tersebut, beliau benar-benar

bersetuju bahawa kajiannya gagal menyampaikan dia

kepada sebarang natijah yang konklusif.”

Ini mungkin kesimpulan saudara Hasrizal Abdul

Jamil:

“Harus diambil iktibar, usaha untuk mencari

maklumat-maklumat yang tidak diperincikan oleh al-

Quran berkenaan kisah Dzulqarnain, hendaklah diberi

pertimbangan hanya sebagai kajian sejarah yang

menerima hipotesis, dan bukannya sebagai tafsir

7

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

kepada ayat-ayat Allah di dalam al-Quran berkenaan

dengannya. Malah, sifat keterlaluan dalam menyiasat

tentang perincian kisah Dzulqarnain selain daripada apa

yang dibekalkan oleh wahyu serta hadith-hadith yang

sahih daripada Rasul-Nya, tidak akan sampai kepada

sebarang kesimpulan yang muktamad, malah

menjauhkan kita daripada tujuan asal kisah berkenaan

dibentangkan di dalam al-Quran.”

Persoalan saya yang cetek ilmu ini adakah

benar pandangan ustaz ini. Tanpa prejudis ingin saya

tanyakan satu soalan, iaitu adakah buku-buku yang

mengupas Zulqarnain dalam surah al-Kahfi bukannya

cubaan ilmuan Islam dan Barat dalam menafsirkan kata-

kata Allah itu?

Saya juga memiliki buku Alexander adalah

Zulqarnain oleh saudara Muhammad Alexander terbitan

PTS, berhalaman 760 muka surat. Masih belum

ditelaah. Adakah pengupasan ini juga sia-sia?

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai

Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada

kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya

Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di

bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai

8

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (Surah al-

Kahfi ayat 83-84)

Saya sangat mengharapkan tuan-tuan dan

puan-puan yang budiman memberikan pandangan dan

saranan untuk perkara besar ini.

* Tulisan saya ini mendapat hujah dan komen

lanjutan yang banyak, juga sesi berdebat, dalam

blog.

9

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Testimoni Macedonia: Alexander Agung - Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan

Seharian berada di INTI International University, Nilai,

Negeri Sembilan, pada 3 Mei 2012. Saya dan tim

Lusiana Catering kepenatan. Majlis berakhir dengan

makan malam BBQ di persekitaran kolam renang.

Alhamdulillah, empat sajian katering berjalan lancar;

sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan

makan malam BBQ.

Sebaik membuka Facebook sekitar jam 11.00pm

malam Jumaat, satu komen terkini / paling awal

terhadap novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab

Raja Zulqarnain oleh Tuan Azhar Mohd Ghazali

terpapar:

"Tahniah sahabat ana. Sudah separuh buku itu

saya baca. Memang mudah faham dan saya seolah-

olah berada dalam zaman tersebut. Memang hebat

gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!”

Hilang segala lelah dalam meniti hari yang

panas dengan perlu berpindah dari satu lokasi ke satu

lokasi sajian yang lain di premis universiti swasta itu.

10

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Seterusnya Tuan Azhar Mohd. Ghazali

menyatakan, “Mohon Web Sutera menulis lagi buku

yang berunsurkan pahlawan Islam tersohor.

Kebanyakan buku-buku begini datangnya dari penulis

Indonesia.”

Terima kasih kepada teman, sahabat dan

penggemar novel / fiksyen sejarah yang sudah

mendapatkan Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja

Zulqarnain. Justeru itu, saya ingin membuat

pengumuman awal. Insya-Allah, novel berunsurkan

sejarah kedua bakal muncul di PBAKL 2013 tahun

hadapan di bawah payung penerbit Galeri Ilmu. Sebuah

kisah yang merentas masa dan dimensi cakerawala

seribu tahun. Doakan saya.

Komen ini juga datangnya dari seorang

pembaca yang menekuni novel ini selama tiga jam

tanpa henti, dari jam 10.30pm sehingga 1.30am. “Saya

telah pun berjaya menghabiskan novel Macedonia:

Alexander Agung. Terima kasih, Abang Web. (Ia)

membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut.

Saya tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit

yang saya dapat, dan saya juga mulai berminat untuk

lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram

sepanjang tempoh pembacaan saya.

11

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

“Alhamdullillah. Cepat-cepat keluarkan buku

kedua. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekrang

saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat

bernilai.” -- Buanda Kayangan Puteh (Ezzy)

Secara peribadi memang saya pun terasa

semacam ada yang tersangkut di tenggorok. Mungkin

ada tujuan yang disengajakan. Insya-Allah, saya

memang ada hajat untuk menukilkan sekuelnya yang

penuh aksi. Terima kasih atas komen yang bagus dan

memberikan semangat untuk saya terus menulis genre

sebegini.

Lanjutan jawapan saya di atas, Cikpuan Ezzy

berkata, “Betul. Di penghujungnya ada sesuatu yang

tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja.

Saya mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan

pada jam 1.30am. Tidak boleh berhenti.”

Terima kasih, rakan-rakan Hardcore RAMFC

yang memeriahkan kelainan dalam karya-karya kreatif.

Sokongan tuan, puan dan cikpuan sangat saya hargai.

Baca dan kritik, insya-Allah.

Novelis kesayangan saya, Tuan Ramlee Awang

Murshid dan rakan-rakan hardcore RAMFC turut

menyokong karya saya ini. Terima kasih untuk semua.

12

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Ucapan tahniah dan penghargaan khusus untuk

saya dari bos Galeri Ilmu, Tn. Hj. Abu Hassan Morad

mengharukan saya. Beliau memberikan galakan serius

supaya terus berkarya pada hari pelancaran buku-buku

terbaharu Galeri Ilmu pada 1 Mei 2012. Saya sangat

menghormati penghargaan dari beliau bersama pelukan

mesra dari seorang mantan cikgu.

Alhamdulillah.

13

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Testimoni dan pertanyaan dari pembaca bernama Cikpuan Hidayah Johan

Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan;

Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru

beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai

habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan

saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan

nama Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan

kerana berjaya menawan hati saya supaya baca hingga

ke halaman yang terakhir.

Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan dalam

menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-

Kahfi: 83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak

insan yang bernama Raja Alexander ini. Apakah masih

ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?

Tapi saya mahu tanya beberapa persoalan:

(1) Masa Alexander hendak bina balik bangunan

yang telah runtuh itu, baginda juga hendak bina balik

tempat ibadat kaum lain yang bukan menyembah Tuhan

Yang Esa. Apakah dibenarkan jika kita sebagai seorang

Muslim ingin membantu menegakkan agama yang

menyekutukan-Nya?

14

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

(2) Bukankah orang-orang zaman dulu umur dia

orang panjang sampai ada yang mencecah beratus-

ratus tahun? Apakah kemangkatan Raja Alexander

pada umur 33 tahun itu adalah suatu fakta? Atau ia

hanya sekadar untuk cerita dalam novel ini?

(3) Apakah Socrates, Aristotle dan Ptolemy

memang benar menyembah Tuhan Yang Esa? Sebab

selama saya belajar sejarah, saya menggambarkan

mereka seperti orang Rom yang bijaksana dalam

berfalsafah tapi tiada agama. Namun saya pun tak tahu

menahu tentang itu.

Dan buat yang terakhirnya, saya suka sangat

dengan tulisan Tuan yang penuh dengan

pengembaraan.

Respons dan jawapan saya

Alhamdulillah. Terima kasih kerana membeli

novel saya ini dan memberikan testimoni yang

memberangsangkan. Untuk menjawab pertanyaan,

pohon cikpuan kembali kepada dua kem sejarawan

yang mengatakan: (1) Alexander adalah Raja

Zulqarnain, (2) Alexander bukan Raja Zulqarnain.

15

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

(1) Pada hemat saya Alexander hanya

membenarkan pembinaan kuil agama pagan itu, bukan

beliau yang turut membinanya. Kaum Yahudi beriman

juga tidak mahu turut serta, dan beliau memberi izin.

Seperti ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW

juga, dalam perang dan aman tidak boleh musnahkan

tempat ibadat agama lain. Islam juga tidak melarang

pembinaan rumah ibadat dan pengamalan agama lain di

kalangan mereka, selagi mana mereka tidak

menganggu-gugat Islam dan kesuciannya.

(2) Alexander / Raja Zulqarnain memang

meninggal dunia pada usia tersebut. Pastinya ada

hikmat Allah mengapa beliau meninggal dunia pada

usia muda. Itu fakta sejarah. Cikpuan boleh teliti dalam

banyak buku-buku kajian sejarah, insya-Allah, termasuk

buku-buku rujukan yang saya senaraikan di belakang

novel.

(3) Socrates, Aristotle, Plato dan Ptolemy

memang benar menyembah Tuhan Yang Esa, Mukmin

yang menyembah Allah. Itu daripada kem sejarawan

yang bersetuju bahawa Alexander the Great adalah

Raja Zulqarnain seperti mana Allah sebutkan dalam al-

Quran. Tahukah cikpuan ada kajian yang membuktikan

Plato adalah Luqman Hakim seperti mana dalam Surah

16

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Luqman? Kontroversi? Tunggu buku dalam bahasa

Melayu yang memperikan siapakah sebenarnya Plato

itu, insya-Allah.

Dalam hal berkaitan, saya percaya yang

Gautama Buddha dan Krishna adalah seorang nabi

yang diutus Allah untuk era tertentu. Namun lama

kelamaan, orang menyembahnya. Ingat tentang Nabi

Isa atau Jesus? Siapa yang mula membuat patung

Jesus?

Moga memperoleh pencerahan. Saya terbuka

dengan wacana, insya-Allah.

17

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Beberapa testimoni bagi Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain

Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang,

pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran

sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era

kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan

yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah

bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Komen seorang pembaca novel Macedonia:

Alexander Agung dari Sabah:

“Kepada sidang pembaca yang budiman, saya

syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak

rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi

perang, inilah bukunya.”

Seorang lagi memberikan komen dalam

Facebook:

“Saya suka metod di dalam novel yang ditulis itu.

Dengan cara lain dapat memberi galakan kepada

mahasiswa untuk mengkaji sejarah. Tapi secara

peribadi saya melihat konteks dasar dalam buku ini

menjelaskan bahawa Alexander adalah Zulqarnain

qurani. Sebenarnya saya lebih bersetuju jika dinilai

18

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

bahawa Zulqarnain itu adalah Cyrus the Great. Setelah

melihat bibliografi rujukan novel ini saya yakin yang tuan

telah menilai kedua-dua karya kritis yang dikarang oleh

Wisnu Sasongko dan Dr. Afarez Abdul Razak. Apa-apa

pun novel ini menarik. Tahniah.”

Komen lain, “Sememangnya saya minat hal

dibincangkan tuan. Terima kasih dan tahniah di atas

usaha tuan yang bertungkus lumus untuk menghasilkan

sebuah karya yang menarik ini.”

Satu komentar yang dimaklumkan oleh seorang

pembaca berkenaan novel ini. “Namun, dari segi

penceritaan Macedonia, dia tabik. Kalau demo sudah

ada 4 - 5 buah novel sejarah lagi, perghhh....idola baru

selepas Pak Latip. Amin."

19

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Mahu menangis menghabiskan pengembaraan bersama Alexander Agung

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu-Akhbar! Terima

kasih atas perkongsian rasa ini.

“Abang Web Sutera, kagum boleh tulis buku

(novel) sejarah hebat macam itu!” -- Tuan Razif Radzi

Setelah membaca, beliau menyatakan, “Tuan,

mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku

bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya

terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari

terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, Tuan. Hijab

dirungkaikan, keimanan bertambah."

Lanjutan dari komen di atas, seorang pembaca

lain menyatakan, “Setuju sangat dengan saudara Razif.

Terungkai sudah hijab yang menyelubungi. Puas

membaca setiap ayat-ayat dalam novel Encik Web

Sutera ini. Menanti buah tangan yang seterusnya dari

Encik Web Sutera.

Tuan Ewal Din pula berkata, “Web Sutera,

tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel

20

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut

pandangan ilmiah yang luar biasa nilainya.”

Tuan Inderaa Saifullah Al-Fath menulis dalam

Facebooknya, “Mahu kongsi beritahu genre novel yang

aku minat. Aku cadangkan kau beli Hijab Raja

Zulqarnain. Best bagi aku, perang dia dan sejarah dia

yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web

Sutera.”

Satu pertanyaan dari Tuan Diniel Qarim Sakk

berkenaan novel Macedonia: Alexander Agung –

Hijab Raja Zulqarnain, “Buku Alexander adalah

Zulqarnain saya sudah habis membacanya. Mahu

bertanya, selain dari merujuk pada buku itu, apa rujukan

lain yang Encik Web Sutera gunakan bagi

merealisasikan buku (novel) ini?”

Sebaik sahaja saya menjawab pertanyaan itu,

beliau berkata, “Okey, terima kasih. Semasa membaca

pada bab permulaan, saya dapat rasakan kesungguhan

penulis. Berharap selepas ini ada lagi buku / novel

seperti ini diterbitkan.

21

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Macedonia: Alexander Agung - Kaya sejarah yang menarik dan hebat

Satu lagi testimoni pembaca terhadap novel Macedonia:

Alexander Agung.

“Alhamdulillah karya kedua yang sempat dibaca

bulan ini ialah MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG -

HIJAB RAJA ZULQARNAIN garapan Web Sutera.

“Ini salah satu novel sejarah yang boleh

dikatakan sebagai kaya sejarah yang menarik dan hebat

kerana di dalam cerita ini sebenarnya tersimpan 1001

pengajaran dan tauladan yang baik khususnya dalam

aspek kepimpinan.

"Bukan mudah untuk menghasilkan karya

sejarah. Justeru saya berharap kawan-kawan dapat cari

novel ini dan baca serta alami sendiri pengembaraan

seorang pemimpin terulung di samping mencari sendiri

maklumat yang kadangkala kita tak sangka boleh

dilakukan oleh seorang Muslim.

“Pada hemat saya novel ini baik dibaca oleh

budak-budak sekolah kerana kepimpinan melalui

teladan banyak diceritakan di dalam novel ini.

22

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

"Saya harap saudara dapat hasilkan karya

sebegini dengan lebih banyak sebab sememangnya kita

perlukan novel pembangunan rohani seperti karya

saudara ini. Syabas, Web Sutera! Karya ini tidak

mengecewakan. Selamat membaca." – Cikgu Shahrol

Nizam Zulkifli

23

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Testimoni: Seolah-olah watak tersebut bernafas semula

"Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya

lega dan minda saya ceria. Pengolahan yang ringan

sedikit (berbanding buku sejarah), seolah-olah watak

tersebut bernafas semula dan terbayang-bayang saya

berada bersama mereka. Tuan juga berjaya membawa

minda saya bersama menyelaminya.

"Saya memang sejak kecil erat bersama arwah

atok. Selalu dia bercerita mengenai sejarah, lebih-lebih

lagi mengenai bangsa Melayu. Itu menjadikan saya

lebih mudah memahaminya. Buku tuan ini juga mudah

untuk saya terjemahkan dalam bentuk ilusi saya.

Memang tenggelam (bersama watak dan peristiwa).

"Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan

tuan juga mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan

pembaca menjiwai sejarah.

"Kini bertambah lagi seorang penulis yang saya

minati. Tuan sudah masuk dalam senarai saya selepas

Abdul Latip Talip dan RAM (Ramlee Awang Murshid)." --

Tuan Tun Mohd Hilmi

24

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Testimoni Hijab Raja Zulqarnain: Memberikan pilihan genre yang lebih meluas

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain

merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander

The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza

dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah

berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang

dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri.

Hijab Raja Zulqarnain dihasilkan berdasarkan

kepada sebuah buku yang bertajuk Alexander Adalah

Zulqarnain hasil karangan Muhammad Alexander atau

Wisnu Sasongko. Justeru itu, novel ini bagus dibaca

sama ada selepas membaca atau dibaca bersama-

sama secara beriringan dengan buku mengenai

Alexander Agung seperti yang dinyatakan di atas untuk

memudahkan pemahaman pembacaan para pembaca.

Mengenai novel ini, penulis novel Web Sutera

menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik

dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel

sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja

Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang

watak yang bernama Zamri yang mengembara

25

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak

sedarkan diri.

Dengan bantuan Tok Janggut, moyang Zamri,

Zamri berubah watak menjadi Sangarius ketika berada

sezaman dengan Alexander Agung. Di sana, dia

bertugas sebagai jurucatat / jururekod sejarah rasmi

untuk Alexander Agung. Walaupun demikian, gaya

penulisan orang ketiga tetap dikekalkan dengan penulis

sendiri bertindak sebagai pencerita utama.

Dari segi bahasa, bahasa Melayu yang

digunakan adalah standard dan mudah untuk difahami.

Terdapat beberapa perkataan dan istilah yang agak

janggal, namun,penulis memberikan maksudnya di

dalam ruangan glosari di bahagian akhir novel. Selain

itu, peta dan gambar yang berkaitan juga turut

disediakan untuk rujukan pembaca.

Pada masa yang sama, saya turut mendapati

beberapa kekurangan yang wujud di dalam novel ini.

Pertama,perkembangan dan pembangunan watak

Alexander Agung yang kurang mantap dan teliti.

Akibatnya,perasaan empati terhadap watak tersebut

agak kurang.

Kedua, kekurangan unsur-unsur penarik minat

pembaca seperti cinta, komedi, emosi, thriller dan lain-

26

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

lain unsur penarik yang berkaitan. Kekurangan kedua ini

boleh dikaitkan dengan kekurangan yang pertama.

Akibat ketiadaan unsur-unsur seperti yang dinyatakan di

atas, telah menyebabkan jalan cerita novel ini agak

mendatar dan kering.

Kelemahan ini mungkin sedikit sebanyak

menyebabkan sebahagian pembaca yang sudah

terbiasa membaca novel-novel cinta dan thriller

umpamanya akan berasa sedikit bosan membacanya

atas faktor seperti yang saya nyatakan di atas. Sebagai

contoh,tiadanya babak dan dialog yang menceritakan

bagaimana perasaan cinta antara Alexander Agung dan

isterinya, Roxana,berputik dengan secara jelas dan

terperinci.

Walau bagaimanapun, di sebalik kekurangan-

kekurangan ini. saya tetap beranggapan novel ini

berjaya dihasilkan dengan baik dan tidak

mengecewakan. Satu bonus tersembunyi novel ini

adalah para pembaca dapat mengetahui sejarah misi

pembebasan Alexander Agung secara santai dan

mudah tanpa perlu merujuk kepada buku-buku lain yang

membincangkan perkara yang sama tetapi dengan isi

kandungan yang mungkin agak 'berat' untuk dihadam

oleh sesetengah pembaca.

27

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Malah, secara peribadi, saya mengalu-alukan

kehadiran novel yang sebegini untuk menyerikan lagi

industri perbukuan di negara kita. Keberadaan novel ini

di pasaran juga umpama memberikan pilihan genre

yang lebih meluas kepada para pembaca dan peminat

buku di Malaysia, di mana industri buku kita dibanjiri

dengan novel-novel cinta yang kadang-kala mutunya

bertaraf novel picisan!

Saya mendoakan dan mengharapkan bahawa

penulis novel ini, Web Sutera, akan terus menghasilkan

buku-buku cereka atau bukan cereka pada masa

hadapan.

-- Ulasan dan komentar Tuan Hilmi Isa dari

Goodreads.

** Alhamdulillah. Terima kasih atas komentar yang

membuka horizon pandangan saya, insya-Allah.

Dari 5 bintang, beliau berikan 4 bintang kepada

novel ini.

28

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Testimoni Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain: Rugilah sesiapa yang tak membaca karya ini

Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan

Web Sutera akan membukukan cerita Alexander ini.

Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web Sutera di

penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri

supaya saya membacanya. Bila sudah baca, saya

memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu tahu

kesudahan.

Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak

pula halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini

(19 November 2012) dengan rasminya saya

menamatkan bacaan.

Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera:

1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke

dunia Alexander, merasai keteguhan iman Alexander,

ketulusan hatinya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Ia

membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini wujud

pemerintah berjiwa 'Alexander'.

2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah

membuka mata hati saya yang selama ini pun tertanya-

tanya, adakah Alexander itu Zulqarnain? Dengan

29

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi

pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa

Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai

Alexander.

3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba

disebut watak Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan

saya tersenyum.

4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak

membaca karya tuan.

Terima kasih kepada Shimah Basri yang

memperkenalkan saya dengan karya Tuan Web Sutera.

Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya

menanti karya terbaru tuan. Tidak boleh komen lebih-

lebih, bimbang tuan tidak lena tidur pula.”

** Testimoni dari Puan Iza Balqis Ahmad di grup

Buku Tiga Lima.

30

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain

Empat testimoni terbaharu.

(1) "Novel sejarah Macedonia hebat." - Tuan

Paieeszz Ahmad.

(2) "Terpukau dengan novel Alexander Agung.

Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid, ‘Karya ini

seperti sebuah filem yang kaya dengan seni’. Teruskan

berkarya." - Cikpuan Leyna Kadi Kannoe.

(3) "Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel

Alexander Agung dan baru baca sampai bab 4.

Terbaik!" - Tuan AAdam Jaafar ARahman.

(4) "Novel tuan yang dulu pun (Alexander

Agung) mendatangkan keterujaan jua kepuasan dalam

pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini

(Konstantinopel) lebih mantap lagi...sudah tentu

membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya...

sabar menanti kemunculannya." - Cikpuan Shimah

Basri.

31

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Komen dari Cikpuan Nazirah Nahar

Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran

mengenai strategi perang, suka dan duka adalah

konsep yang sangat menarik dan segar. Pembaca

dibawa kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat al-

Quran dan hadis yang disertakan juaga adalah satu

pendekatan yang baik.

Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga

menarik untuk saya dan cara penceritaan yang

disampaikan mengenai peranan mereka di dalam novel

ini.

Saya menyukai konsep buku ini, berbeza

daripada genre yang biasa ada di pasaran buku

Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat buat

sesetangah pihak, namun ia harus diberi peluang.

Tahniah kepada penulis, saya doakan beliau

akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini,

insyaAllah.

** Beliau berikan 5 bintang daripada 5 di Goodreads.

32

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

Raja Zulqarnain: Lawatan kembali Surah al-

Kahfi

Dilaporkan oleh Ali bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW

bersabda, “Orang yang membaca Surah al-Kahfi

pada hari Jumaat, dia terpelihara sehingga lapan

hari daripada fitnah yang melanda, dan sekiranya

keluar Dajjal sekali pun, dia akan terpelihara

daripadanya.”

Rasulullah SAW juga menegaskan, “Sesiapa

yang menghafal 10 ayat dari awal Surah al-Kahfi, dia

akan terpelihara daripada godaan Dajjal.” Dalam

riwayat lain, “Barangsiapa yang hafal 10 ayat

terakhir daripadanya.” (Riwayat Muslim)

Surah ini turut bercerita mengenai seorang

pembebas besar Mukmin di suatu zaman. Allah

menukilkan dalam ayat-ayat 83 sehingga 98 dalam

surah yang sama.

Saya ingin sampaikan ucapan terima kasih dan

penghargaan kepada para ustaz dan sahabat yang

memberi ingat akan peri mustahaknya membaca surah

ini pada malam atau siang Jumaat. Inilah sunnah

amalan Baginda Rasulullah SAW. Selama ini mungkin

33

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

yang sering orang-orang seluruh Nusantara sebut-sebut

ialah membaca Surah Yasin.

Amalan membaca surah ini, insya-Allah, elok

saya dan para sahabat amalkan. Dalam kes saya,

dengan hikmah anak yang sedang belajar di sekolah

tahfiz, saya berasa malu sendiri.

Saya bertanya diri sendiri, “Wei! Kau hantar

puteramu ke sekolah tahfiz dengan berniat agar dia

menghafal dan seterusnya mentadabbur al-Quran,

sedangkan kau masih bermalas-malas! Jadi contoh

bagaimana kau mahu tunjukkan?”

Dalam makna yang sama, saya menulis buku-

buku motivasi, sedangkan saya sendiri tidak berbuat

apa yang ditulis. Apakah jadahnya? Justeru benar kata

seorang teman, “Tuan akan diuji Allah terhadap

kandungan buku-buku yang ditulis.”

Insya-Allah, dengan izin dan cinta Allah jua, saya

membuat apa yang saya tulis. Dalam masa yang sama,

secara langsung Allah menguji diri ini bahawa “Kau

berbuat dahulu, baru orang lain akan ikut apa yang kau

kata.”

Teringat novelis kesayangan ramai Tuan

Ramlee Awang Murshid yang berkata kepada saya,

“Apabila aku berasa malas mahu bangun malam untuk

34

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

bermunajat, bertahajjud dan buat amal, aku teringat

Laksamana Sunan. Itu watak yang aku ‘cipta’ dalam

novel. Kalau Laksamana Sunan boleh berbuat begitu,

aku apa hal tak mahu buat? Aku malu dengan watak

‘ciptaan’ aku sendiri.”

Itu ujian Allah untuk hamba-Nya ini, salah

satunya. Alhamdulillah.

Manakala novel sejarah atau boleh juga

dikategorikan sebagai fantasi sejarah berjudul

Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja

Zulqarnain dikisahkan berdasarkan ayat-ayat 83 – 98

Surah al-Kahfi ini. Insya-Allah, dalam menulis novel ini

saya membaca dan menelaah banyak tafsir para ulama

mufassirin (ahli tafsir al-Quran) dahulu dan

kontemporari, juga ilmuan Islam yang ikhlas dalam

mendepani sejarah zaman.

Justeru, novel ini, insya-Allah, adalah kaedah

saya memudahkan perkisahan rumit berkaitan seorang

hamba Allah bernama Zulqarnain atau Raja Zulqarnain.

35

HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA

36