hiasan

12
1. Tanaman Hiasan Tanaman Hidroponik: Pengenalan Dalam penanaman secara tradisional, tumbuhan sebenarnya menghabiskan banyak tenaga membesarkan akar mereka. Hal ini berlaku kerana akar yang panjang diperlukan dalam meneroka di dalam tanah bagi mencari makanan dan air. Tetapi di dalam tanaman hidroponik pula, makanan dan air diberikan terus ke akar tumbuhan. Teknik ini lebih berkesan daripada menanam secara tradisional. Disebabkan tumbuhan tidak lagi perlu untuk mencari makanan mereka, tumbuhan boleh lebih menumpukan lebih tenaga dan perhatian dalam percambahan bunga, buah atau sayur-sayuran. Akar tumbuhan hidroponik juga merupakan lebih kecil daripada tumbuhan di tanah. Oleh itu, kita boleh menanam tumbuhan lebih dekat di antara satu sama lain dan ianya sangat menjimatkan ruang. Walaupun teknologi hidroponik ini semakin dilupakan tetapi teknologi ini sememangnya memberikan keuntungan kepada pengusaha terutama bagi pengeluaran sayuran daun serta ulam ulaman. Dengan kos permulaan yang tinggi, pengeluaran sayuran daun dan ulaman secara hidroponik dapat memberikan pulangan yang lumayan pada jangka masa panjang. Teknologi hidroponik ini telah lama dipraktiskan di negara barat seperti di Israel, Holland, Belgium dan Australia untuk. Namun begitu tahap kesedaran pengguna terdapat sayuran hidroponik di Malaysia adalah sangat rendah. Dalam sistem hidroponik, sisa nutrien yang tidak terambil oleh pokok dan nutrien yang tidak seimbang dengan mudah boleh dibuang. Kemudian dengan menambah air bersih dan dengan adunan nutrien yang berbeza kita dengan mudah boleh menukar formulasi nutrien seterusnya menukar kesediaan nutrien kepada pokok. Dengan menukar keseluruhan nutrien membolehkan kita mengalirkan larutan lama keluar dari sistem pengairan dan media tanaman dan memberikan semula nutrien makro atau mikro dalam bentuk yang seimbang kembali. Dalam sistem tanaman konvensional menambah makanan mudah dilakukan tetapi untuk membuang sisa yang berlebihan adalah amat sukar. Sisa yang berlebihan inilah yang akan menyebabkan toksik kepada tanaman dan merorakkan tanaman. Bagi mengenali lebih mendalam tentang tanaman hidroponik saya dapat menjalankan satu amali berkaitan tanaman hidroponik. Dalam laporan ini saya, telah mencatatkan langkah-langkah yang saya dapat melakukan semasa membuat

Upload: sorupanathan-sadayan

Post on 12-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tanaman

TRANSCRIPT

Page 1: hiasan

1. Tanaman Hiasan

Tanaman Hidroponik:

Pengenalan

Dalam penanaman secara tradisional, tumbuhan sebenarnya menghabiskan banyak

tenaga membesarkan akar mereka. Hal ini berlaku kerana akar yang panjang diperlukan dalam

meneroka di dalam tanah bagi mencari makanan dan air. Tetapi di dalam tanaman hidroponik

pula, makanan dan air diberikan terus ke akar tumbuhan. Teknik ini lebih berkesan daripada

menanam secara tradisional. Disebabkan tumbuhan tidak lagi perlu untuk mencari makanan

mereka, tumbuhan boleh lebih menumpukan  lebih tenaga dan perhatian dalam percambahan

bunga, buah atau sayur-sayuran. Akar tumbuhan hidroponik juga merupakan lebih kecil

daripada tumbuhan di tanah. Oleh itu, kita boleh menanam tumbuhan lebih dekat di antara satu

sama lain dan ianya sangat menjimatkan ruang.

Walaupun teknologi hidroponik ini semakin dilupakan tetapi teknologi ini sememangnya

memberikan keuntungan kepada pengusaha terutama bagi pengeluaran sayuran daun serta

ulam–ulaman. Dengan kos permulaan yang tinggi, pengeluaran sayuran daun dan ulaman

secara hidroponik dapat memberikan pulangan yang lumayan pada jangka masa panjang.

Teknologi hidroponik ini telah lama dipraktiskan di negara barat seperti di Israel, Holland,

Belgium dan Australia untuk. Namun begitu tahap kesedaran pengguna terdapat sayuran

hidroponik di Malaysia adalah sangat rendah.

Dalam sistem hidroponik, sisa nutrien yang tidak terambil oleh pokok dan nutrien yang

tidak seimbang dengan mudah boleh dibuang. Kemudian dengan menambah air bersih dan

dengan adunan nutrien yang berbeza kita dengan mudah boleh menukar formulasi nutrien

seterusnya menukar kesediaan nutrien kepada pokok. Dengan menukar keseluruhan nutrien

membolehkan kita mengalirkan larutan lama keluar dari sistem pengairan dan media tanaman

dan memberikan semula nutrien makro atau mikro dalam bentuk yang seimbang kembali.

Dalam sistem tanaman konvensional menambah makanan mudah dilakukan tetapi untuk

membuang sisa yang berlebihan adalah amat sukar. Sisa yang berlebihan inilah yang akan

menyebabkan toksik kepada tanaman dan merorakkan tanaman.

Bagi mengenali lebih mendalam tentang tanaman hidroponik saya dapat menjalankan

satu amali berkaitan tanaman hidroponik. Dalam laporan ini saya, telah mencatatkan langkah-

Page 2: hiasan

langkah yang saya dapat melakukan semasa membuat amali. Laporan ini dibahagi kepada 3

bahagian iaitu sebelum amali dijalankan, semasa amali dan selepas amali.

Sebelum Amali

Sebelum kami memulakan amali hidroponik, kami diberi sedikit taklimat tentang apa

yang kita akan lakukan semasa amali dan juga peraturan-peraturan yang diikuti semasa amali

dijalankan. Kami diarahkan untuk mencari pasangan bagi melakukan amali tersebut. Saya

sangat berpuas hati untuk memilih Hariharan sebagai pasangan saya dalam melakukan amali.

Bagi amali tanaman hidroponik, kami diarahkan untuk menyediakan satu pemegang bekas

tanaman hidroponik. Saya dan rakan saya dapat menyediakan satu pemegang yang kukuh dan

tahan lama menggunakkan kotak kertas A4 yang lama serta botol air mineral. Kami

menamakan pemegang tanaman hidroponik sebagai Kota Hidroponik kerana rupanya seperti

satu istana. Selepas menyediakan pemegang, pensyarah kami telah membuat demonstrasi

tentang langkah-langkah membuat tanaman hidroponik. Seterusnya, saya dan rakan saya mula

menyediakan tanaman hidroponik kami dengan mengikut tunjuk cara pensyarah kami. Kami

juga menyediakan bahan-bahan dan alat-alat yang perlu di hadapan e-kios dimana kami

melakukan amali.

Semasa Amali

1. Kami mula-mula mengiris botol jadi dua kira-kira dari kepala botol sepanjang satu pertiga

tinggi botol. Bahagian atas botol akan diposisikan terbalik hingga dapat difungsikan sebagai

tempat medium bagi tanaman hidroponik.

Page 3: hiasan

2. Selepas itu, kami dengan bantuan pensyarah kami dapat menyediakan larutan nutrien yang

diperlukan  sebagai makanan sayuran yang ditanam. Satu baldi kecil yang diisi dengan air

disediakan dan nutrien sebanyak 2 liter ke dalam air tersebut. Air tersebut dapat dikacur

menggunakan tangan.

3. Kami menggunakan kapas sebagai medium untuk tanaman. Kapas akan menyerap air dan

larutan nutrien untuk dibekalkan kepada biji benih yang akan dimasukkan. Kami

memasukkan kapas yang dicelup dan dibasahkan dengan larutan nutrien ke dalam

bahagian atas botol yang di potong.

Page 4: hiasan

4. Seterusnya, kami mengisikan bahagian bawah botol dengan menggunakan larutan nutrien

yang disediakan tadi. Kami memastikan bahawa larutan nutrien tersebut tidak melepasi

penutup botol bahagian atas tersebut. Hal ini memastikan nutrien yang berlebihan masuk ke

medium dan merosakkan tanaman.

5. Selepas kami mengisikan bahagian bawah botol dengan larutan nutrient, kami

mencantumkan kedua-dua bahagian atas dan bawah botol tersebut. Kapas yang berlebihan

daripada bahagian atas botol perlu direndam dalam larutan nutrien bagi memastikan

medium sentiasa basah dan memberi nutrien yang cukup bagi biji benih yang kami

memasukkan nanti.

Page 5: hiasan

6. Seterusnya kami memilih bijih benih sawi yang disediakan oleh pensyarah kami. Kami

memilih biji benih yang direndamkan dalam air. Kami diarahkan untuk mengambil lima biji

benih yang berada di aras bawah air. Hal ini kerana, biji benih yang berada di aras atas air

adalah biji benih yang rosak.

7. Akhirnya kami meletakkan biji benih di atas kapas dan memastikan ada jarak antara biji

benih. Setiap botol kami meletakkan lima biji benih bagi memastikkan setiap biji benih dapat

nutrien yang mencukupi. Seterusnya kami menyimpan tanaman hidroponik ini dalam

pemegangnya. Kami meletakkan pemegang ini di tempat yang dapat sinaran matahari yang

mencukupi dan tempat yang tidak kena hujan.

Page 6: hiasan

Selepas Amali

Selepas melakukan amali hidroponik ini kami mula membuat laporannya. Kami setiap

hari menyiram tanaman kami dengan 3-5 titik air. Kami setiap hari memantau perkembangan

tanaman hidroponik yang kami hasilkan. Kami sangat gembira dengan apa yang lakukan

kerana ini adalah kali pertama kami lakukan amali sebegini. Saya dapat peluang untuk

mempelajari cara-cara untuk mencipta tanaman hidroponik serta teknik-teknik menjaganya.

Kami juga dapat meningkatkan ilmu dalam kaedah ini dan dapat meningkatkan keyakinan kami

sebagai guru pada masa akan datang untuk berhadapan situasi semasa menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan kelak. Kami dapat satu gambaran apa yang

kami akan melakukan semasa mengajar di sekolah.

Tempoh dan Kos

Kami mengambil selama dua minggu untuk menyiapkan amali hidroponik ini kerana satu

minggu bagi merekacipta pemegang tanaman hidroponik. Sebelum kami melakukan amali ini

kami juga diberi ilmu tentang amali ini secara teori oleh En. Yusri, pensyarah kami. Bagi

melaksanakan amali ini kami tidak mengeluarkan sebarang kos kerana kotak-kotak A4 untuk

membuat pemegang hidroponik, kami dapat secara percuma daripada Koperasi Ipg kita.

Page 7: hiasan

Lenturan Udara (TUT):

Pengenalan

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan

teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman

yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian

bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan. Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman

yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan

bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Ia dilakukan bagi

tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap

menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen.

Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih

pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah

terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi

kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air

dan juga kemahiran.

Kali ini dalam subjek RBT kami telah membuat satu amali tanaman berdasarkan salah

satu kaedah atau cara yang terdapat dalam pembiakan aseks. Antara cara yang kami gunakan

untuk membuat pembiakan tumbuhan ialah cara pembiakan berasaska kaedah Tut. Lenturan

adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi

sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Terdapat empat jenis lenturan. Mengetut

Pokok (Marcotting) adalah salah satu daripada kaedah pembiakan tanpa biji benih(vegetative

propagation). Pembiakan Tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah iaitu cara Sexual dan

Asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan biji benih yang dihasilkan melalui proses

pendebungaan bunga jantan dan betina. Kaedah Pembiakan Asexual ialah dengan cara

pembiakan tanpa biji benih dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan

sebagai asas untuk pembiakan.

Bagi mengenali lebih mendalam tentang pembiakan menggunakan kaedah TUT, kami

dapat menjalankan satu amali berkaitan TUT. Dalam laporan ini saya, telah mencatatkan

langkah-langkah yang saya dapat melakukan semasa membuat amali. Laporan ini dibahagi

kepada 3 bahagian iaitu sebelum amali dijalankan, semasa amali dan selepas amali.

Page 8: hiasan

Sebelum Amali

Sebelum kami memulakan amali pembiakan tut, kami diarahkan untuk melakukannya

secara berpasangan. Saya masih berpasangan dengan Hariharan untuk amali ini juga.

Sebelum kami membuat tanaman pembiakan tut ini, pensyarah saya En. Yusri membuat

demontrasi tentang langkah-langkah yang harus diikuti semasa membuat amali pembiakan tut

ini. Beliau membuat tunjuk cara dengan menerangkan langkah demi langkah tentang keadah tut

dengan menggunakan satu batang dahan. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang

pertanian. Saya sangat bernasib baik kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada

pensyarah yang begitu berpengalaman. Semasa beliau membuat demonstrasi bagi pembiakan

tut, saya dan rakan saya dapat member tumpuan yang sepunuhnya bagi mengelakkan kami

buat perkara yang salah semasa melakukan amali. Sebelum memulakan amali, kami diarahkan

untuk menyediakan bahan-bahan dan alat-alat yang perlu untuk membuat pembiakan tut.

Beliau juga mengarahkan kami untuk memilih dahan pokok yang subur dan tidak menghadapi

sebarang penyakit. Dahan pokok yang kami pilih haruslah sebesar jari dan dahan tersebut tidak

terlalu muda dan tidak terlalu tua. Sebelum memulakan, kami menanya beberapa soalan bagi

mengelakkan membuat apa-apa salah.

Page 9: hiasan

Semasa Amali

1. Mula-mula kami mengenal pasti bahan dan alatan yang perlu untuk membuat aktiviti amali

ini. Antara bahan dan peralatan yang dikendakinya ialah dahan pokok, campuran tanah,

pisau, politena, beg plastic dan tali raffia.

2. Seterusnya kita boleh memilih bahagian batang yang sihat pada pokok untuk ditut. Kami

memilih batang yang sederhana keras kerana ia lebih mudah untuk diurus dan akar pun

lebih cepat nak tumbuh. Kami memastikan dahan yang kami memilih daripada pokok yang

sihat, segar dan tidak berpenyakit tanpa mengalami seberang serangga.

Page 10: hiasan

3. Selepas itu, membuatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua

dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. Selepas memotong dua

garisan daripada atas ke bawah, kami telah mengupas kulit di antara dua kelaran. Kami

juga kikis lapisan yang berwarna kehijau-hijauan sehingga putih warnaya tetapi kikis

tidak terlalu kasar kerana dikhuatiri akan merosakkan kambiumnya.

4. Setelah kami mengupas kulit pada bahagian dahan pokok, kami menyapukan Hormon

Penggalak Akar di atas bahagian balahan tadi. Kami menyapukan hormon penggalak akar

pada bahagian kambium kerana ia membantu akar bertumbuh dengan cepat.

Page 11: hiasan

5. Langkah seterusnya adalah kami menyediakan kepalan campuran tanah sebesar telur

ayam dan direnjis air sehingga ianya lembab.

6. Setelah kami menyediakan kepalan campuran tanah, kami dekatkan tanah yang telah

dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis dan disapukan hormon penggalak akar.

Semasa kami dekatkan tanah tersebut di atas bahagian dahan yang telah kikis, kami

memastikan tanah padat dan melekat dengan baik.

Page 12: hiasan

7. Akhir sekali kami membungkuskan kepalan tanah dengan politena dan diikat pada kedua-

dua hujung bahagian dengan menggunakan tali raffia dengan ketat dan kemas. Seterusnya

membiarkan dahan tersebut di pokok.

Selepas Amali

Setelah berjaya menyiapkan amali yang berkaitan dengan pembiakan tut, kami mula

membuat laporan. Kami telah menerangkan segala yang kami lakukan sepanjang menjalankan

amali. Saya berasa sangat seronok kerana dapat mengetahui cara pembiakan tut. Sebelum ini

saya tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Tetapi selepas saya membuat amali ini saya

sangat berkeyakinan untuk melakukan perkara sebegini di sekolah nanti. Saya akan berusaha

untuk memajukan diri saya dalam bidang pertanian ini. Ilmu yang saya memperolehi daripada

amali ini akan membantu saya semasa mengajar murid nanti di sekolah.

Tempoh dan Kos

Kami hanya mengambil satu hari sahaja untuk menjalankan amali ini. Tetapi sebelum

melakukan amali kami dan kelas teori untuk mengenal tajuk tanaman hiasan. Pensyarah kami

memberi serba sedikit maklumat dan ilmu yang penting tentang tanaman hiasan. Bagi

melakukan amali ini kami tidak mengeluarkan sebarang duit kerana kami hanya menggunakkan

apa yang ada.