hgf assignment

17
1.0 Pengenalan Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah akibat tarikan graviti bumi. Bahan- bahan ini akan bergerak dan diangkut dari atas kawasan cerun ke bahagian bawah di kawasan lereng bukit atau gunung disebabkan oleh tarikan graviti bumi. Pergerakan ini berlaku disebabkan larian air hujan, angin, hakisan atau air dari salji yang mencair. ( Arthur Getis et al. 2013 ) . Pergerakan jisim dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis aliran cepat dan aliran perlahan. Setiap proses pergerakan jisim mempunyai cirinya tersendiri ( Carson & Kirkby, 1972 ) .Aliran cepat ialah merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran cepat ini melibatkan proses gelungsoran tanah, aliran lumpur, aliran salji Pergerakan jisim jenis aliran cepat ini selalunya berlaku di tempat yang mempunyai aliran air yang banyak. Proses aliran perlahan pula bermaksud pergerakan bahan atau regolit seperti tanih dan batuan dari atas ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran perlahan ini juga dikenali sebagai proses kesotan dan melibatkan proses kesotan batuan, kesotan tanih dan kesotan batu glasier. Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang mempunyai topografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Bukit Antarabangsa mempunyai longitud antara 101 46 T hingga 101 47 T dan latitud antara 03 10.8 U ° ° ° hingga 03 11.3 U. Kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai ciri iklim ° yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 2500 sehingga 3000 mm. Manakala tanah tinggi Cameron Highlands pula terkenal dengan aktiviti pelancongan, penternakan, aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan 1

Upload: muhamad-kamarulzaman-omar

Post on 04-Jan-2016

293 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

geografi

TRANSCRIPT

Page 1: Hgf Assignment

1.0 Pengenalan

Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa

dari atas ke bawah akibat tarikan graviti bumi. Bahan-bahan ini akan bergerak dan diangkut

dari atas kawasan cerun ke bahagian bawah di kawasan lereng bukit atau gunung disebabkan

oleh tarikan graviti bumi. Pergerakan ini berlaku disebabkan larian air hujan, angin, hakisan

atau air dari salji yang mencair. ( Arthur Getis et al. 2013 ) . Pergerakan jisim dapat

dikategorikan kepada dua jenis iaitu jenis aliran cepat dan aliran perlahan. Setiap proses

pergerakan jisim mempunyai cirinya tersendiri ( Carson & Kirkby, 1972 ) .Aliran cepat ialah

merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke

bawah secara cepat atau tiba-tiba akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis aliran

cepat ini melibatkan proses gelungsoran tanah, aliran lumpur, aliran salji Pergerakan jisim

jenis aliran cepat ini selalunya berlaku di tempat yang mempunyai aliran air yang banyak.

Proses aliran perlahan pula bermaksud pergerakan bahan atau regolit seperti tanih dan batuan

dari atas ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Pergerakan jisim jenis

aliran perlahan ini juga dikenali sebagai proses kesotan dan melibatkan proses kesotan

batuan, kesotan tanih dan kesotan batu glasier.

Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang mempunyai

topografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras

laut. Bukit Antarabangsa mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud

antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U. Kawasan Bukit Antarabangsa mempunyai ciri iklim

yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak

2500 sehingga 3000 mm. Manakala tanah tinggi Cameron Highlands pula terkenal dengan

aktiviti pelancongan, penternakan, aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan

buah-buahan. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi

yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari

1

Page 2: Hgf Assignment

keduanya.. Proses kegagalan cerun menjadi satu masalah di kawasan berbukit-bukau seperti

Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah

tinggi di Malaysia. Dua lokasi kajian kes yang dirujuk adalah Bukit Antarabangsa,Selangor

dan kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Rajah 1 : Kejadian Tanah Runtuh di Malaysia dari Tahun 1993-2011

Sumber : Jabatan Geoteknik dan Forensik, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Darul Ehsan, (2012)

2

Page 3: Hgf Assignment

2.0 Proses- Proses Pergerakan Jisim Di Bukit Antarabangsa Dan Cameron Highlands

2.1.1 Gelongsoran / Tanah Runtuh

Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta

memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah

berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview di Hulu Kelang (Selangor), Gua

Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit

Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali

dikaitkan dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak

sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini

juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding

kawasan beriklim lain.Berdasarkan lokasi kajian kes di Bukit antarabangsa, proses

pergerakan jisim yang telah berlaku dikawasan terbabit adalah gelungsoran tanah akibat

hujan yang lebat. Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan bertindak sebagai agen

pemberat dan menggalakkan proses geluncuran tanah. Kadar jumlah hujan yang tinggi

menyebabkan berlaku larian air secara berlebihan yang telah menyusup ke bawah permukaan

dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin lemah. Hujan yang lebat akan

mencungkil permukaan tanah dan percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan untuk

sesetengah kawasan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah kuat dan menyebabkan

granul-granul tanah bukan sahaja tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah akibat daya

hujan yang kuat. Apabila kadar susupan air ke bawah tanah sudah menjadi tepu dan tanah

tidak lagi mampu menerima air masuk ke dalam tanah, lebihan air ini akan mengalir sebagai

larian air permukaan yang akan membawa sendimen-sendimen bersama-samanya ketika

berlakunya proses larian air permukaan.Titisan air hujan yang banyak akan menyebabkan

tanah terdedah melonggarkan struktur batuan yang terdapat di permukaan tanah dan proses

3

Page 4: Hgf Assignment

gelongsoran tanah berlaku apabila kawasan bukit tidak lagi mampu menampung berat beban

yang terdapat di atas permukaan cerun. Keadaan menjadi semakin buruk kerana kawasan

Bukit Antarabangsa berada di kawasan yang mempunyai kecerunan yang tinggi yang

menggiatkan lagi proses hakisan berlaku.

Rajah 2 : Taburan purata hujan tahunan selama 5 tahun (2005-2009)

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)

Jadual 1 : Cerapan hujan selama 10 hari sebelum berlakunya runtuhan (Nov/Dis 2008)

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia, (2009)

4

Page 5: Hgf Assignment

Jumlah hujan selama 10 hari sebelum kejadian kegagalan cerun telah dikenalpasti iaitu

sebanyak 112 mm (Jadual 1), atau hujan harian purata sebelum berlaku kegagalan cerun ialah

11.2mm. Secara relatif, jumlah hujan harian adalah rendah, tetapi sifat tanah kawasan cepat

menjadi tepu, kesan daripada kelebatan hujan pada bulan-bulan sebelumnya. Jumlah hujan

bulan Disember 2008 ialah 167.8 mm, jumlah ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan

jumlah hujan bulan November iaitu sebanyak 410.4 mm. Tiga kemuncak hujan dicatatkan

semasa November iaitu masing-masing 59, 63 dan 67 mm, sedangkan jumlah hujan tertinggi

semasa Disember ialah 27.6 mm (Jadual 1). Berlakunya kegagalan cerun di Bukit

Antarabangsa ialah dengan kelebatan 21.8mm pada pagi 6 Disember 2008 (Jadual 1).

Rajah 3 : Proses gelongsoran tanah

Sumber : Proses pergerakan jisim (2009), Diakeses daripada

http://noah.greenhero.id/tanah-longsor-banjarnegara-2014/. Pada 20 April 2015

5

Page 6: Hgf Assignment

2.1.2 Kesotan Tanah / Luluhawa Kimia

Malaysia merupakan kawasan tropika lembap yang menerima jumlah hujanan tahunan

melebihi 2000 mm setahun. Hal ini menyebabkan aktiviti luluhawa dalaman atau luluhawa

kimia berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi melebihi 30 meter terutama di kawasan

cerun dan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Luluhawa kimia atau

luluhawa dalaman adalah proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi secara

insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim (suhu dan hujan) serta mengubah

kandungan kimia batuan tersebut. Terdapat 6 proses utama yang terlibat dalam aktiviti

luluhawa kimia atau luluhawa dalaman iaitu proses larutan, proses pengkarbonan, proses

hidrolisis, proses penghidratan, dan proses pengoksidaan. Regolit yang tebal dan longgar ini

mudah bergerak akibat tarikan graviti bumi yang menariknya ke bawah cerun. Aktiviti

luluhawa dalaman berlaku di dalam tanah akibat kadar susupan air ke dalam tanah yang

tinggi dan jauh ke dalam bumi. Perkara ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar

dan lemah kerana kadar susupan air yang banyak. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya

tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng

bukit. Pengaliran air yang deras akan menghakis permukaan tanah atau lapisan tanah.

Keadaan muka bumi yang mempunyai kecerunan yang tinggi seperti di Bukit Antarabangsa

menyebabkan berlakunya pergerakan jisim secara perlahan-lahan ketika waktu hujan tanpa

disedari oleh manusia. Kebanyakan projek pembangunan di sekitar kawasan Bukit

Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Menurut laporan 13 Ogos 2008, kebanyakkan

kawasan cerun di Bukit Antarabangsa terletak pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi

kerana mempunyai kecerunan 26° - 35°. Kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terletak

dalam batuan granit yang berketinggian 143m, kebanyakan batuan granit di kawasan ini

terluluhawa dan sebahagian lagi didapati mengandungi beberapa set kekar dalam keadaan

6

Page 7: Hgf Assignment

terbuka atau tertutup.Perkara ini menyebabkan proses kesotan berlaku di kawasan tersebut.

Proses kesotan melibatkan pergerakan bahan yang tidak konsolidat akibat tindak balas proses

pengembangan dan pengecutan. Proses kembang dan kecut adalah merupakan salah satu agen

luluhawa yang bertindak dengan cepat apabila proses tersebut berlaku di permukaan bumi

akibat cahaya matahari manakala proses yang berlaku di dalam tanah akan menjadi perlahan

kerana tidak menerima cahaya matahari. Pergerakan aktiviti luluhawa yang menyebabkan

berlakunya proses kesotan tanah tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar namun dapat

dilihat melalui batang pokok yang bengkok dan tiang elektrik yang condong.

Rajah 4 : Proses kesotan tanah

Sumber: Pagar Museh Blogspot ( 2012), Diakses daripada

http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/08/kuliah-9-pergerakan-jisim.html, Pada 20 April

2015

7

Page 8: Hgf Assignment

2.1.3 Aliran Lumpur

Proses aliran lumpur merupakan salah satu daripada proses pergerakan jisim. Aliran lumpur

bergerak dalam keseluruhan ricihan yang berbeza di dalam jisim yang diangkut dan tiada

satah yang jelas pada dasar puin yang bergerak. Proses ini melibatkan pergerakan struktur

batuan dan tanah dalam bentuk aliran. Proses aliran lumpur berlaku apabila berlakunya hujan

yang lebat di sesuatu kawasan yang menyebabkan berlakunya larian air bersama tanah

dengan halaju yang tinggi. Kadar susupan air ke dalam tanah yang tinggi menyebabkan tanah

tidak lagi mampu menyerap jumlah air yang banyak dan menjadi tepu dan menyebabkan

lebihan air terpaksa bergerak sebagai larian air permukaan dan bergerak ke bawah cerun.

Hujan yang lebat menyebabkan batuan- batuan kecil dan tanah akan tercungkil keluar

daripada tempatnya dan akan bergerak ke bawah cerun bersama-sama aliran air. Jumlah

hujan yang lebat pada satu- satu masa akan mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar

dan seterusnya perlahan-lahan bergerak bersama-sama air menjadi aliran lumpur. Keadaan

menjadi semakin buruk apabila kawasan tersebut berada di kawasan bukit dan mempunyai

kadar kecerunan yang tinggi. Hal ini menyebabkan halaju air yang bergerak akan meningkat

kerana faktor cerun.

Aliran lumpur bukan sahaja membawa air dan tanah, namun membawa sekali sendimen-

sendimen dan objek-objek yang dilanggar oleh aliran tersebut semasa menuruni cerun dan

menambahkan lagi kelajuan aliran. Aliran lumpur tersebut yang mengalir ke bawah akibat

tarikan graviti akan melanggarkan kawasan – kawasan sekitar termasuk kawasan perumahan.

Kejadian yang berlaku di Sungai Bertam, Cameron Highlands, Pahang adalah salah satu

contoh aliran lumpur. Kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat secara

berterusan dan mengakibatkan berlakunya aliran lumpur apabila Empangan Sultan Abu

Bakar melimpah kerana tidak mampu menampung isipadu air yang banyak. Hal ini

8

Page 9: Hgf Assignment

disebabkan aktiviti penebangan pokok dan kawasan tadahan air yang dimusnahkan akan

menyebabkan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi tidak dapat diserap ke dalam tanah

kerana kawasan permukaan bumi yang telah digondolkan dan digantikan dengan permukaan

tar dan simen yang menghalang air meresap ke dalam tanah. Kejadian yang berlaku pada 23

Oktober 2013 telah mengorbankan 3 mangsa kemusnahan harta benda.

Rajah 5 : Kejadian Banjir Lumpur / Aliran Lumpur di Cameron Highlands

Sumber : Banjir Lumpur di Cameron Highlands ( 2013), Diakses daripada

http://www.melvister.com/2013/10/gambar-banjir-lumpur-di-cameron-

highlands-23-oktober-2013.html. Pada 22 April 2015

9

Page 10: Hgf Assignment

3.0 Faktor Yang Mempengruhi Pergerakan Jisim

Pergerakan jisim yang berlaku di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh beberapa faktor yang

dapat dipecahkan kepada dua iaitu faktor semulajadi dan faktor manusia. Faktor semulajadi

yang mempengaruhi proses pergerakan jisim adalah hujan yang lebat. Hujan yang lebat

sepanjang tahun melebihi 2000 mm boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim di

sesuatu kawasan. Apabila hujan turun disesuatu kawasan, titisan air yang jatuh ke permukaan

bumi akan menghasilkan percikan dan akan menlonggarkan stuktur batuan yang terdapat di

permukaan tanih.

Hujan yang lebat secara berterusan akan meningkatkan kadar larian air permukaan kerana

jumlah air yang banyak akan menyebabkan tanah tidak lari dapat menerima atau meresap air

tersebut ke dalam tanah akibat air yang telah penuh di dalam tanah. Hujan akan melemahkan

struktur tanah dan batuan dan seterusnya tanah akan bergerak secara perlahan- lahan atau laju

bergantung kepada kadar kecerunan sesuatu kawasan. Air adalah agen pemberat dan

berfungsi sebagai pelincir dalam mempengaruhi proses pergerakan jisim. Apabila berlakunya

proses pergerakan jisim, akan berlaku larian air bersama- sama tanah yang dikenali sebagai

aliran tanah. Proses pergerakan jisim ini berlakunya secara dengan giat di kawasan yang

mempunyai kecerunan kawasan yang tinggi dan memberi kesan kepada flora dan fauna di

kawasan sekelilingnya. Contoh kajian kes pergerakan jisim yang berlaku akibat hujan adalah

kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor yang menyekasikan banyak

kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku di kawasan tersebut.

10

Page 11: Hgf Assignment

Selain itu, faktor manusia juga mempengaruhi proses pergerakan jisim. Aktiviti peneresan

kawasan bukit secara tidak terkawal atas mempengaruhi proses pergerkan jisim. Aktiviti

pemotongan cerun yang dilakukan oleh pihak pemaju dan kontraktor untuk aktiviti

pembinaan akan menyebabkan gangguan kepada kestabilan cerun di sesuatu kawasan.

Apabila sesuatu cerun di potong, bahan- bahan batuan dan tanah akan kehilangan cengkaman

kerana aktiviti pemotongan cerun yang dijalankan. Kawasan cerun yang di potong akan

terdedah kepada bahaya dan akan berlakunya proses luluhawa apabila matahari membekalkan

cahayanya untuk proses kembang dan kecut. Kawasan cerun yang terdedah tanpa sebarang

tanaman tutup bumi juga mudah runtuh kerana tanah tidak mempunyai cengkaman dan

apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah, sendimen serta batuan akan dibawa

turun ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Proses ini jika dibiarkan berterusan akan

menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah kerana tanah tidak lagi mampu menampung

berat bebanan yang berada diatas permukaan tanah dan di tambah dengan air yang bertindak

sebagai agen pemberat dan pelincir untuk proses pergerakan jisim berlaku.

11

Page 12: Hgf Assignment

Rajah 5 : Jenis-jenis proses pergerakan jisim

Sumber : Proses geomorfologi , ( 2010). Diakses daripada

http://kebebasan-yang-dinikmati.blogspot.com/2011/12/gerakan-

jisim-pito-geomorfologi.html. Pada 23 April 2015

4.0 Kesan Pergerakan Jisim Kepada Alam Sekitar dan Manusia

Pergerakan jisim menyebabkan berlakunya kerosakkan kepada sistem tadahan air

semulajadi dan ekosistem. Apabila berlakunya gelongsoran tanah akibat hujan, pergerakan

jisim di kawasan tersebut akan menyebabkan berlakunya kemusnahan kawasan tadahan air

semulajadi akibat pergerakan tanah yang berlaku. Hal ini akan menyebabkan berlakunya

gangguan kepada eksositem dan proses kitaran hidrologi. Apabila berlakunya kejadian

sedemikian, bekalan air terpaksa dihadkan atau dicatu kerana ketiadaan kawasan tadahan air

menyebabkan sumber air berkurang. Selain itu, kemusnahan kawasan tadahan air juga

mengakibatkan berlakunya proses aliran lumpur. Hal ini demikian kerana, kemusnahan

kawasan tadahan air yang melitupi kawasan pokok-pokok yang berfungsi sebagai penapis

dan bertindak memperlahankan larian air permukaan akan menyebabkan aliran lumpur

tersebut akan membawa segala bahan atau sendimen bersama-samanya ketika berlakunya

larian lumpur. Perkara ini berlaku disebabkan pokok yang berfungsi sebagai penampan telah

musnah dan tidak lagi dapat membantu memperlahankan pergerakan air larian yang berlaku.

Kemusnahan sistem tadahan air juga menyebabkan masalah perubahan iklim di sesuatu

kawasan. Kemusnahan kawasan hutan akan menyebabkan suhu di sesuatu kawasan berubah

kerana pokok-pokok yang berfungsi sebagai penyerap haba tidak lagi wujud untuk

menjalankan tugasnya. Hal ini akan menyebabkan suhu di sesuatu kawasan itu akan

12

Page 13: Hgf Assignment

meningkat sedikit demi sedikit seperti yang berlaku di tanah tinggi Cameron Highlands

apabila suhu di tanah tinggi tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa akibat aktiviti

pertanian teres yang dijalankan dan aktiviti pembangunan yang semakin rancak berlangsung.

Peningkatan suhu tersebut akan menjejaskan imej Cameron Highlands sebagai tanah tinggi

iklim sejuk yang menjadi tumpuan pelancong dari luar mahupun dari dalam negara Malaysia.

Selain itu, pergerakan jisim juga menyebabkan berlakunya kerosakan jalan raya, rumah

dan harta benda. Kejadian tanah runtuh menyebabkan berlaku kerosakan jalan raya dan harta

benda. Hal ini demikian kerana, apabila kejadian tanah runtuh berlaku, aliran tanah dan

gelongsoran tanah akan membawa aliran lumpur dan batuan – batuan ke permukaan jalan dan

menyebabkan berlakunya kerosakan jalan raya dan harta benda. Kerosakan ini disebabkan

oleh muatan beban yang dibawa oleh aliran lumpur yang melanggar permukaan jalan

meyebabkan jalan tidak dapat menampung beban dan akhirnya jalan pecah dan runtuh.

Perkara ini akan menyebabkan berlakunya masalah untuk melakukan proses mencari dan

menyelamat sekiranya ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan. Selain itu, runtuhan

tanah juga akan menyebabkan terputusnya hubungan disesuatu kawasan. Apabila jalan

terputus, bantuan-bantuan sukar disalurkan dengan kadar segera.

Pergerakan jisim juga menberikan kesan trauma kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Kehilangan nyawa ahli keluarga boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi kepada

keluarga mangsa. Hal ini disebabkan oleh keluarga mangsa terpaksa menerima hakikat

tentang kejadian yang berlaku dan terpaksa menerima takdir bahawa mereka sudah

kehilangan ahli keluarga. Proses trauma ini mungkin berlaku dalam tempoh masa yang lama

dan memerlukan pakar kaunseling untuk mengembalikan emosi keluarga magsa yang

terjejas. Pergerakan jisim akan mengakibatkan keluarga mangsa trauma untuk melihat tempat

kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Selangor yang melibatkan

ahli keluarga.

13

Page 14: Hgf Assignment

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pergerakan jisim adalah fenomena alam semulajadi yang berlaku di

seluruh dunia. Proses alam ini adalah proses yang tidak dapat dielakkan kerana proses

pergerakan jisim akan berlaku di semua tempat namun sebagai manusia kita boleh

mengurangkan kesan daripada proses tersebut. Kesan proses ini dapat dikurangkan dengan

langkah pemantauan yang baik dan kesedaran manusia untuk mengelakkan daripada merubah

landskap semulajadi kawasan-kawasan hutan dan bukit. Pembinaan dan pembangunan di

kawasan yang bercerun dan mempunyai pergerakan jisim perlu dielakkan untuk memastikan

keselamatan nyawa manusia. Jika pembangunan tanah tinggi tidak dikawal secara

menyeluruh, apabila Malaysia mencapai wawasan 2020 nanti, kemerosotan alam sekitar,

khasnya kawasan tanah tinggi akan menjadi serius. Pengawalan pembangunan tanah tinggi

adalah mustahak untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh dan bencana lain yang

mengorbankan nyawa manusia serta memusnahkan harta. Pembangunan pesat di kawasan-

kawasan tanah tinggi di Malaysia seperti aktiviti pembalakan, pembandaran, pertanian dan

pembangunan infrastruktur telah menyebabkan degradasi alam sekitar. Pada masa kini,

kawalan pembangunan tanah tinggi tidak cukup berkesan disebabkan oleh penguatkuasaan

yang kurang memuaskan dan dasar-dasar yang tidak konsisten di antara kerajaan persekutuan

dengan kerajaan negeri. Semua pihak perlu bersam-sama mengambil langkah yang sepakat

untuk memastikan ala mini akan terus kekal sehingga ke generasi akan datang.

14

Page 15: Hgf Assignment

6.0 Bibliografi

Carson, M. A., & Kirkby, M. J. (1972). Hillslope form and process (Vol. 475). Cambridge:

Cambridge University Press.

Getis, A., Getis, v., & Bjelland M (2013). Introduction to geography.

McGraw-Hill Higher Education.

Huggett, R. (2007). Fundamentals of geomorphology. Routledge.

Proses Pergerakan Jisim, (2010), Faktor-Faktor Berlakunya Pergerakan Jisim. Diakses

daripada http://sitinornajibahsalleh.blogspot.com/p/1.html. Pada 22 April 2015.

Jabatan Kerja Raya Selangor (2013), Senarai Tanah Runtuh Di Malaysia dari 1993-2011.

Diakses daripada http://selangor.jkr.gov.my/. Pada 18 April 2015

Sistem Geormorfologi, (2012) . Jenis Pergerakan Jisim. Diakses daripada

http://tema2sistemgeomorfologi.blogspot.com/2011/12/jelaskan-faktor-yang-

mempengaruhi.html. Pada 19 April 2015.

15