hfmd

8
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Pengenalan Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti). Deskripsi Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari. Penyebab Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus. Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997. Cara penyakit ini merebak Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau

Upload: faizan-iezah

Post on 10-Aug-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HFMD

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

PengenalanPenyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

DeskripsiJangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.

PenyebabTerdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebakPenyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM.Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor RisikoKanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Page 2: HFMD

InsidensBiasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan GejalaDi antara gejala jangkitan ialah:� Demam� Sakit tekak� Ulser pada tekak dan mulut� Sakit kepala� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin� Hilang selera makan

KomplikasiKemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

� Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).

� Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-UjianDiagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

PemantauanSila hubungi doktor jika :-� Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

� Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

� Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

� Kesakitan pada mulut semakin teruk.

� Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Page 3: HFMD

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

PrognosisKebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

PencegahanKawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

� Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

� Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

� Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

� Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

� Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.� Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

� Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

� Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

� Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

� Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

� Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Page 4: HFMD

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

 

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

 

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 danEchovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit

Demam panas

Sakit tekak

Kurang selera makan

Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)

Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasanlampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalamtempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Page 5: HFMD

Cara-Cara Merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melaluimakanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialahseperti:

Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)

Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak

Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut: Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh. Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan

Sentiasa menjaga kebersihan diri Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampinyang kotor dan sebelum makan

Jangan berkongsi barang-barang persendirian Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin

Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasabersih Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan

PERINGATAN Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak awdamempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut: Demam panas yang tidak menurun Mengantuk dan kelihatan letih lesu

Page 6: HFMD

Gelisah Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafasDegupan jantung laju Kembung perut Tidak membuang air kecil Lemah anggota kaki Otot tersentakPergerakan mata yang luar biasa