hc sosial

37
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 BANGI SELANGOR, DARUL EHSAN. KURSUS: HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN TAJUK: LAPORAN AKHIR DI SEDIAKAN OLEH: GIRLS DAY DI SEDIAKAN UNTUK: 1

Upload: zulaikhamamin

Post on 25-Jul-2015

96 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hc sosial

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 BANGI SELANGOR,

DARUL EHSAN.

KURSUS:

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN

KEBERTANGGUNGJAWABAN

TAJUK:

LAPORAN AKHIR

DI SEDIAKAN OLEH:

GIRLS DAY

DI SEDIAKAN UNTUK:

USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI

1

Page 2: Hc sosial

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0. PENGHARGAAN 3

2.0. PENDAHULUAN 4

3.0. PROSES PELAKSANAAN PROJEK 4

4.0. ULASAN – ULASAN KITAB 6

4.1. Dirasat fi al-Hadith anl-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih 6

4.2. Taisir Mustholah Al-Hadith 10

4.3. Al-Taqrib Wa Al-Taisir li Makrifah Sunan Basyir 13

4.4. Nukhbatul Fikar Fi Mustholahi Ahlil Athar 16

4.5. At-Tamhid Fi Ulum al-Hadith 19

4.6. Tadrib Al- Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi 23

5.0. KESIMPULAN

2

Page 3: Hc sosial

1.0. PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur kepada

Allah Pemilik seluruh alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W.

Penghulu para nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Setinggi-tinggi penghargaan penulis kepada Ustaz Ezad Azraai Bin Jamsari selaku

penyelia bagi kursus HHHC9101 ini di atas segala tunjuk ajar dan segala penerangan yang telah

beliau nyatakan bagi memenuhi kehendak kursus HHHC9101 ini. Disamping itu terima kasih

juga kepada semua ahli kumpulan ‘Girls Day’ di atas kerjasama yang sangat menakjubkan.

Sentiasa memberi idea disaat memerlukan. Sentiasa mendengar dan memberi kerjasama

disepanjang penyiapan tugasan kursus HHHC9101 ini. Segala dugaan dan cabaran yang dihadapi

adalah untuk menguatkan kita, dan pahit manis kita bersama demi untuk mencapai kejayaan.

Dengan izin dan rahmat-Nya semoga kita semua Berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Akhirnya, terima kasih juga penulis ucapkan buat rakan-rakan yang membantu secara

langsung dan tidak langsung. Semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita untuk

mendapat Mardhatillah dalam perjuangan menuntut ilmu ini. Ilmu dicari AL-FALAH dimiliki.

InsyaAllah.

3

Page 4: Hc sosial

2.0. PENDAHULUAN

Sebelum masuk kepada isi kandungan bagi tugasan ini. Ingin saya jelaskan terlebih dahulu apa

yang kami kehendaki untuk memenuhi syarat bagi menyiapkan tugasan kursus ini. Tugasan yang

telah kami lakukan adalah kursus HHHC9101 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban. Di

dalam kursus ini, kami telah diminta untuk melakukan satu tugasan yang melibatkan

Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, dan buku di dalam bahasa arab.

Kami telah dibahagikan didalam beberapa group mengikut jabatan masing-masing. Dan

setelah itu, setiap group diminta untuk pergi ke PTSL, UKM bagi mengadakan satu aktiviti iaitu

mencari sebuah buku di dalam bahasa arab dari rak-rak buku yang berkaitan dengan jabatan

kami. Jadi ahli kami telah memilih buku yang berada di rak hadith. Setelah setiap ahli

mempunyai buku masing-masing, kami dikendaki untuk mengulas serba sedikit buku tersebut.

Ulasan itulah yang akan kami lampirkan di dalam tugasan kami sebagai laporan tugasan kami.

Di dalam laporan ini juga kami lampirkan proses pelaksanaan disepanjang projek kami

dijalankan. Di samping itu turut kami sertakan beberapan keping gambar sebagai bukti bahawa

kami ahli kumpulan Girls Day memberi kerjasama dan tanggungjawab yang dikehendaki oleh

kursus HHHC9101 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban ini.

3.0. PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Disepanjang kami menyiapkan projek ini, kami telah melakukan beberapa perjumpaan dan

disamping itu kami turut mewujudkan satu ruang di dalam ‘whatsapp’ sebagai platform bagi

memudahkan kami untuk berkomunikasi. Di dalam pelaksaan projek kami, kami telah

mengadakan sebanyak empat kali perjumpaan.

Perjumpaan pertama kami adakan di bilik Ustaz Ezad. Ketika itu kami hanya datang

secara individu. Belum lagi terbentuk group Girls Day secara rasmi. Di dalam perjumpaan itu,

kami diterangkan apa yang harus kami lakukan terlebih dahulu. Iaitu kami harus membentuk satu

kumpalan dari jabatan yang sama. Selepas itu kami mewujudkan kumpulan kami sebanyak enam

orang. Setelah ahli kami diwujudkan barulah kami menetapkan lagi satu tarikh untuk berjumpa

dengan Ustaz Ezad secara berkumpulan.

4

Page 5: Hc sosial

Perjumpaan kedua pula adalah perjumpaan di mana kami datang secara kumpulan ke

bilik Ustaz Ezad, iaitu pada 17/12/2014 pada jam 11.30. Di dalam perjumpaan itu barulah ustaz

menerangkan dengan lebih lanjut apa yang harus kami lakukan di dalam kursus HHHC9101 ini.

Disebabkan pelaksaan projek ini agak lewat dimulakan, ustaz telah memberi sedikit kesenangan

kepada kami. Beliau menyuruh kami berkampung di PTSL dan setiap individu cari sebuah buku

bahasa arab dan ulas buku tersebut. Selain itu, kami juga dikehendaki memberi nama kumpulan

kami dan melantik seorang ketua. Kami juga diminta untuk membuat satu slide show dalam

bentuk PDF untuk perancangan projek, pelaksaan projek dalam bentuk PREZI dan satu laporan

akhir yang lengkap.

Seterusnya perjumpaan ketiga kami diadakan di PTSL, UKM. Perjumpaan inilah bagi

memenuhi kehendak kursus HHHC9101 ini. Keenam-enam kami telah pergi ke PTSL setelah

tamat kelas. Di sana, kami telah berbincang dengan lebih lanjut lagi tentang apa yang harus kami

lakukan untuk kursus ini. Setelah faham dan membahagikan kepada bahagian masing-masing,

kami pun bergerak ke rak buku untuk mencari kitab masing-masing untuk diulas. Setelah kami

menemui kitab yang kami kehendaki, kami berbincang untuk menetapkan tarikh bagi

menghantar ulasan masing-masing kepada ketua kumpulan untuk diselaraskan. Setelah itu

barulah kami bersurai untuk pulang ke kolej masing-masing.

Akhir sekali adalah perjumpaan terakhir kami, iaitu perjumpaan keempat. Di dalam

perjumpaan ini kami adakan di….. Di dalam perjumpaan ini kami telah melihat semua hasil kerja

kami dan membetulkan apa yang harus dibetulkan. Setelah semuanya berpuas hati, barulah kami

menghantar hasil kerja kami ini kepada Ustaz Ezad.

5

Page 6: Hc sosial

4.0. ULASAN-ULASAN KITAB

Di dalam ruangan ini kami telah mengulas kitab-kitab yang telah kami pilih.

4.1. DIRASAT FI AL-HADITH ANL-NABAWI WA TARIKH TADWINIH

Di atas adalah gambar bagi kitab yang telah saya pilih untuk dilihat, dikaji, diulas serba sedikit.

Kitab ini berjudul ‘ تدوينه وتاريخ الن بوي الحديث في .yang dikarang oleh Dr ’دراسات

Muhammad Mustafa Al-A’zami. Namun sebelum saya menerangkan serba sedikit mengenai

biografi penulis kitab ini, ingin saya katakan terlebih dahulu bahawa kitab ini adalah antara

kitab-kitab hadith yang menjadi rujukan bagi pelajar-pelajar yang ingin mendalami ilmu hadith.

Kitab Dirasat fi al-Hadith anl-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih ini adalah kitab yahg

diterbitkan oleh Maktab al-Islami, Beiirut, Damshiq, ‘Amman. Ianya diterbitkan pada tahun

1992 Masihi yang bersamaan dengan 1413H. Selain itu, kitab ini berwarna hitam dan emas.

Lebarnya pula sepanjang 17 cm dan tingginya adalah 24.5 cm. Bab ini mempunyai 712 muka

surat di mana ianya dibahagikan kepada dua jilid. Jilaid satu sebanyak 325 muka surat dan jilid

dua sebanyak 387 muka surat. Saiz tulisan yang digunakan di dalam kitab ini pula adalah bersaiz

sederhana dalam 15 (font size). Penulis juga menggunakan tulisan arab yang boleh difahami

tulisannya dan kesemuanya ciri fizikal bagi jilid satu dan jilid dua adalah sama.

6

Page 7: Hc sosial

Kitab Dirasat fi al-Hadith anl-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih ini mempunyai Sembilan bab

di dalamnya. Namun ianya dibahagikan kepada dua jilid, iaitu jilid pertama mempunyai empat

bab dan jilid kedua mempunyai lima bab. Sebelum memasuki bab pertama, penulis kitab ini

menukilkan kata aluan pengarang, terjemahan bahasa arab bagi tulisan penghargaan Prof. A. j

Arberry, dan terdapat juga keterangan-keterangan mengenai kod-kod yang digunakan dalam

kitab serta muqaddimah kitab. Namun sebelum saya memasuki serba ringkas mengenai bab yang

dibincangkan di dalamnya, terlebih dahulu ingin saya tuliskan terlebih dahulu mengenai bigarafi

bagi penulis kitab Dirasat fi al-Hadith anl-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih ini.

Nama pengarang kitab ini adalah Muhammad Mustafa al-A’zami, dan dilahirkan di Mau,

India pada awal 1930 – an. Beliau seorang ulama hadith kontemporari yang dikenali dengan

kajian kritisnya terhadap teori-teori para orentalis Islam dari Barat seperti Ingac Goldziher,

David Margoliouth dan Joseph Schacht. Penulis telah menerima pendidikan sarjana muda dari

Dar-Uloom Deoband, India. Kemudian beliau menyambung pengajian peringkat ijazah tinggi di

Universiti Al-Azhar, Kaherah pada tahun 1955, dan diikuti dengan peringkat doktor falsafah dari

Universiti Cambridge pada tahun 1966. Setelah itu, beliau dianugerahkan dengan gelaran

‘Professor Emiratus’ oleh Universiti Raja Saud, Riyadh di mana beliau adalah ketua Jabatan

Pengajian Islam di universiti tersebut. Beliau turut menjadi pensyarah pelawat dan fellow

pelawat di beberapa universiti di Barat antaranya Universiti Oxford, Universiti Colorado dan

Universiti Michigan.

Selain menulis buku dalam bahasa arab, beliau turut menulis di dalam bahasa Inggeris.

Antara buku yang beliau tulis dan telah diterbitkan ialah Studies in Early Hadith Literature,

Hadith Methodology and Literature, On Schacht’s Origin of Muhammadan Jurisprudence,

Dirasat fi al-Hadith An-Nabawi, Kuttab an-Nabi dan al-Muhaddithun min al-Yamamah. Antara

buku yang ditahqiq oleh beliau ialah al-‘ilal oleh Ibn al-Madini, Kitab at-Tamyiz oleh Imam

Muslim, Sahih Ibn Khuzaimah dan Sunan ibn Majah. Pada tahun 1980 beliau menerima

Anugerah Antarabangsa Raja Faisal kerana sumbangan beliau dalam pengajian Islam.

Sebahagian kitab karangan beliau turut diterjemah di dalam pelbagai bahasa antaranya bahasa

Indonesia. Bukan itu saja, Dr. Muhammad Mustafa Al-A’zami ini turut menerimas pujian oleh

Arthur John Arberry terhadap tesis yang ditulisnya

7

Page 8: Hc sosial

Seterusnya adalah ulasan mengenai bab-bab yang ada didalam kitab ini. Bab pertama di

dalam kitab ini, penulis telah membincangkan tentang pengertian sunah dan kedudukannya di

dalam Islam. Sunah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi",

atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-

thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji

mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang

dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'." Dalam istilah Sunah

Waljamaah, menurut para ahli hadith, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh

Rasulullah SAW yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku,

sesudah dilantik menjadi Rasul. Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan

Nabi saw untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa

Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat

Rasul.

Bab kedua pula Dr. Muhammad Mustafa Al-A’zami telah menjelaskan tentang

perkembangan pendidikan di Tanah Arab pada zaman Jahiliyah sehingga zaman kebangkitan

atau permulaan era Islam. Bab ketiga pula mebincangkan berkaitan dengan penulisan Hadith

Nabawi dari segi aspek sejarah penulisan dan pembukuannya. Bab ini turut menerangkan sebab

kelewatan dalam pembukuan Hadith Nabawi. Bab keempat pula penulis menjelaskan di

dalamnya mengenai penulisan hadith pada zaman Nabi sehingga pertengahan abad kedua yang

dilakukan oleh para sahabat dan golongan Tabi’in serta cara pendekatan yang mereka gunakan

dalam penulisan Hadith Nabawi. Di dalam bab ini terdapat pula empat bahagian atau peringkat

iaitu, penulisan para sahabat dan risalah-risalah mereka, penulisan oleh para tabi’in pada abad

pertama dan risalah-risalah mereka, penulisan oleh sighar tabi’in dan risalah mereka dan akhir

sekali penulisan daripada sebahagian sighar tabi’in dan tabi’ tabi’in dan penulisan mereka

terhadap hadith Rasulullah S.A.W.

Seterusnya adalah bab kelima di mana di dalamnya membincangkan tentang ilmu dan

pembelajaran hadith pada kurun pertama dan kedua. Dalam bab ini membincangkan tentang

kaedah pembelajaran sesuatu hadith tersebut berdasarkan kepada beberapa aspek. Selain itu, bab

ini turut mrmbahaskan berkaitan dengan imlak dan menjelaskan kaedah imlak hadith. Bab

keenam pula adalah menjelaskan berkenaan dengan penjagaan terhadap kitab hadith serta

8

Page 9: Hc sosial

memperincikan kaedah penulisan hadith dan penulisan sanadnya. Bab ketujuha pula adalah bab

yang embincangkan tentang isnad dan permulaan dalam hadith serta perkara yang berkaitan

dengan beberapa pendapat daripada beberapa pihak orentalis. Bab yang kelapan pula penulis

menjelaskan berkaitan dengan sanad dan matan Hadith Nabawi. Ia juga tertumpu kepada

perbincangan mengenai kesahihan sesuatu hadith serta perbahasan tentang thiqah sesuatu hadith

tersebut. Dalam masa yang sama disertakan beberapa kritikan daripada orientalis berkaitan

dengan sanad dan matan pada hadith tersebut. Dan bab yang terakhir adalah bab kesembilan. Bab

ini membincangkan tentang pengertian naskhah yang asal iaitu melibatkan naskhah suhail,

Salinan naskhah suhail turut dilampirkan.

Secara kesimpulannya, Kitab Dirasat Fi al-hadith al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih karya

Prof Muhammad Mustaffa A’dzami ini boleh dijadikan rujukan bagi pembaca atau pelajar-

pelajar yang ingin menambahkan ilmu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan

berkenaan ilmu hadith ini lebih mendalam. Turut juga saya datangkan serba sedikit mengenai

penulis kitab ini. Dr. Muhammad Mustafa Al-A’zami telah memberikan sumbangan besar dalam

mempertahankan kedudukan manhaj kritikan hadith daripada tohmahan golongan umat Islam

yang tidak faham atau Orientalis yang ingin menimbulkan keraguan kepada umat Islam melalui

kitab yang nipis ini. Walaupun perbahasan yang dikemukakan adalah ringkas namun cukup

untuk umat Islam sedar dan menghargai jasa para Muhaddithin yang telah berusaha memelihara

kesucian as-Sunnah melalui manhaj kritikan hadith. Kesungguhan ulama’ salaf dalam

memelihara hadith sewajarnya diteruskan melalui usaha penyebaran hadith yang sahih serta

membanteras penyebaran hadith maudu’ atau menanam sikap kebertanggungjawaban umat Islam

di dalam penyebaran hadith Rasulullah S.A.W.

9

Page 10: Hc sosial

4.2. KITAB TAISIR MUSTHOLAH AL-HADITH

4.2.1. Fizikal Kitab

Kitab Taisir Mustholah Al-Hadith karangan Dr. Mahmud At-Thohan ini mempunyai pelbagai

cetakan dan keluaran. Hanya ada salah satu jenis cetakan saja yang ada pada saya. Maka saya

akan menerangkan mengenai cetakan yang saya miliki ini.

Kitab ini mempunyai 239 muka surat, tidak termasuk kulit dan halaman-halaman yang

tidak ditulis halaman muka suratnya. Warna kulit kitab ini adalah merah jambudan kulit kitab ini

tebal. Selain itu, pengarang kitab ini menggunakan tulisan tangan tanpa ada diselitkan dengan

tulisan menggunakan komputer. Selain itu, buku ini dihasilkan daripada jenis kertas lama dan

disebabkan jenis kertasnya yang lama, ia menghasilkan bau yang kurang enak. Tambahan pula,

buku ini mempunyai ketebalan 1.5 cm, 22.2 cm panjang dan 14.8 cm lebar. Selain itu, kitab ini

sangat ringan. Disebabkan saiz kitab ini yang kecil dan ringan berbanding kitab-kitab ‘Ulum Al-

Hadith yang lain, maka ia memudahkan para pelajar untuk membawanya ke mana-mana dengan

mudah dan sesuai untuk dijadikan sebagai buku rujukan dalam bidang ‘Ulum Al-Hadith.

Selain itu, kitab ini dicetak di Aram Bagh, Karachi, Pakistan. Kitab ini dicetak oleh

Qadimi Kutub Khonah akan tetapi tidak dinyatakan tarikh cetakannya.

10

Page 11: Hc sosial

4.2.2. Biodata Pengarang

Nama Dr. Mahmud At-Thohan ialah As-Syeikh Al-‘Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Dr. Abu

Hafs bin Ahmad At-Thohan Al-Halbi An-Na’imi dan kembali nisbahnya kepada Ahli Bait

daripada nasab ‘Ali bin Al-Husain bin Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib r.anhum.

4.2.3. Isi Kandungan Kitab Taisir Mustholah Al-Hadith

Isi kandungan kitab ini bermula Bab Muqaddimah, atau Bab Pendahuluan, di mana, pengarang

memulakan penulisan kitabnya dengan asal-usul ilmu Mustholah ini selain daripada menyatakan

atau menyenaraikan kitab-kitab ‘Ulum Al-Hadith yang terkenal. Pengarang juga memberi

takrifan-takrifan awal sebagai pembuka penulisan kitab ini sebelum beralih ke bab-bab yang

lebih terperinci.

Pada Bab Pertama, pengarang lebih tertumpu kepada penjelasan tentang pembahagian-

pembahagian hadith. Bab yang pertama ini cenderung kepada kumpulan sanad dan matan serta

perkara yang berkaitan dengan sumber-sumber hadith dari segi jumlah perawi serta penerimaan

dan penolakan sesebuah hadith itu.

Pada Bab Kedua pula, pengarang menumpukan kepada penjelasan mengenai sifat perawi

yang diterima periwayatannya melalui ilmu Jarh wa At-Ta’dil. Bab kedua ini lebih tertumpu

kepada bahagian sanad.

Pada Bab Ketiga pula, pengarang menumpukan kepada penjelasan mengenai adab-adab

dan cara memelihara sesebuah hadith oleh para perawi. Di sini pengarang mengemukakan cara-

cara mengambil dan menjaga sesebuah hadith serta menyampaikan sesebuah hadith. Bab ini

cenderung kepada bahagian sanad dan matan.

Kemudian, bab yang terakhir iaitu Bab Keempat di mana pengarang menumpukan

kepada penjelasan mengenai sanad dan apa yang berkaitan dengannya. Hampir semua

perbahasan di bawah kumpulan perkara yang berkaitan dengan sanad dihuraikan di dalam bab

ini.

11

Page 12: Hc sosial

4.2.4. Metod Penulisan Kitab

Bermulanya penulisan dalam kitab Taisir Mustholah Al-Hadith ini dengan pendahuluan daripada

pengarang di mana pengarang memulakan pendahuluannya dengan puji-pujian kepada Allah.

Kemudian pengarang berselawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Kemudian pengarang

mendoakan para Sahabat Rasulullah S.A.W dan para Salafus Soleh.

Selepas itu, pengarang menyambung pendahuluannya dengan sejarah pembelajaran

beliau dalam ilmu Mustholah Al-Hadith ini dan rujukan-rujukan beliau daripada kitab-kitab

Mustholah Al-Hadith yang terdahulu serta menyatakan pembaharuan yang ada pada kitab beliau

ini. Selepas pendahuluan mengenai usaha-usaha beliau, pengarang menyatakan sejarah penulisan

ilmu Mustholah Al-Hadith supaya para pelajar mengetahui asal penulisan ilmu Mustholah

Hadith ini.

Pengarang juga turut menyatakan nama-nama pengarang kitab Mustholah Al-Hadith

dalam satu ruangan yang khusus. Ini memudahkan para pelajar untuk mengkaji kitab-kitab

‘Ulum Al-Hadith yang lain. Sesudah itu, bermulalah penulisan beliau mengenai ilmu Mustholah

Al-Hadith ini dengan menyatakan pengertian bagi istilah-istilah yang ada dalam ilmu Mustholah

Al-Hadith ini dan tajuk-tajuk yang ada di dalam kitab ini disusun kepada pembahagian

bernombor bagi memudahkan pelajar memahaminya. Penyusunan bab-bab di dalam kitab ini

disusun oleh pengarang mengikut cara Ibnu Hajar. Selain itu, pengarang turut menyatakan

perbahasan mengenai setiap topik dan contoh bagi memberi gambaran dan kefahaman kepada

para pembaca kitab ini. Pengarang juga menyatakan sumber dan rujukan bagi menghasilkan

kitab karangan beliau di penghujung kitabnya dan isi kandungan buku ini ditulis selepas

bahagian rujukan tersebut.

Penyusunan untuk tajuk-tajuk dalam kitab ini sangat teratur bermula dengan tajuk-tajuk

yang besar dan bersifat umum dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil dan lebih terperinci. Selain

itu, pengarang tidak menghuraikan setiap bab itu terlalu panjang, tapi memadai untuk difahami

oleh para pelajar yang menggunakan kitab ini dan ianya bertepatan dengan nama kitab ini iaitu

‘ringkasan’. Pengarang menggunakan bahasa Arab bagi memudahkan para pelajar agama seluruh

dunia memahaminya kerana ‘Ulum Al-Hadith adalah kajian mengenai hadith-hadith Rasulullah

S.A.W dari segi kesohihan hadith. Dan hadith-hadith Baginda S.A.W adalah dalam bahasa Arab.

12

Page 13: Hc sosial

Jadi, sudah semestinya pelajar-pelajar yang mengkaji atau mempelajari ilmu ini perlu juga

menguasai Bahasa Arab. Oleh sebab itu Bahasa Arab digunakan oleh pengarang bagi menulis

kitab Taisir Mustholah Al-Hadith ini.

Pengarang menggunakan laras bahasa yang sederhana. Tidak terlalu sukar untuk

difahami dan tidak terlalu mudah untuk difahami. Tetapi jika dibandingkan dengan laras bahasa

kitab ‘Ulum Al-Hadith yang lain, kitab ini lebih mudah untuk difahami.

4.3. KITAB AL-TAQRIB WA AL-TAISIR LI MAKRIFAH SUNAN BASYIR NAZIR

FI USUL HADITH

Dikarang oleh : Al-Imam Al-Hafiz Kabir Mahyu Din Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Al-Din

Nawawi As-Syafie.

Ulum hadis merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. Ulum hadis

bermaksud ilmu tentang disiplin-disiplin dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui

keadaan sanad dan matan sesuatu hadis sama ada ia diterima atau ditolak. Dengan tugasan yang

13

Page 14: Hc sosial

telah diberikan oleh ustaz kepada saya, dapatlah saya ketahui serba sedikit mengenai latar

belakang, isi kandungan dan sebagainya dalam kitab yang saya kaji.

Dari segi fizikal kitab, nama kitab Al-Taqrib Wa Al-Taisir li Makrifah Sunan Basyir

Nazir Fi Usul Hadith. Dikarang oleh Al-Imam Al-Hafiz Kabir Mahyu Din Abu Zakaria Yahya

bin Syaraf Al-Din Nawawi As-Syafie. Diterbitkan oleh Darul Janan. Disunting oleh Abdullah

Umar Al-Barudi. Ketinggian kitab adalah 23.5cm. Kelebaran kitab pula 16.5cm. Kitab ini setebal

0.6cm. Warna kitab ialah pink. Mempunyai halaman sebanyak 112 muka surat. Cetakan pertama

pada 1986M bersamaan 1406H.

Di sini saya ingin menceritakan sedikit mengenai biodata pengarang. Nama penuh beliau

ialah Muhyi Din Abu Zakaria Yahya b. Syaraf b. Muri b. Hassan b. Hussin b. Mohamad b.

Jumaat b. Hazam. Dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631H di Damsyik. Meninggal dunia

pada tahun 676H. Antara karya terkenal beliau ialah Al-Arbaun Nawawiyah, Irshad fi Usul

Hadith, Isharat ila Bayanu Asma’ al-Mubhimat, Usul wa al-Dhowabit, Irshadah fi Manasik dan

Bustanul al-Arifin.

Dalam isi kandungan kitab pula, kitab ini mengandungi 65 bab.. Bahagian pertama kitab

ini menceritakan tentang latar belakang pengarang. Kemudian, kitab ini menjelaskan tentang

pembahagian hadis. Seterusnya, kitab ini menjelaskan tentang cara menerima riwayat hadis dan

pengumpulannya iaitu 8 bahagian. Saya anggarkan peratusan kandungan kitab adalah sebanyak

57% menerangkan mengenai sanad, 10% mengenai matan dan sebanyak 33% menerangkan

mengenai sanad dan matan.

Antara metodologi yang digunakan dalam kitab ini ialah mempunyai nota kaki untuk

memudahkan rujukan. Susunan pembahagian hadith yang tidak teratur dari segi sanad, matan,

sanad dan matan. Setiap bab dihitamkan agar dapat dilihat dengan lebih jelas. Gaya bahasa yang

digunakan adalah agak mudah difahami.

Kitab ini mempunyai banyak kelebihan dan kekurangan. Antara kelebihan kitab ini ialah

mempunyai senarai kandungan yang jelas bagi memudahkan pembaca mencari bab yang

diingini. Setiap bab yang baru dihitamkan dan digariskan agar pembaca dapat membezakan

antara bab. Penjelasan yang diberikan tidak panjang tetapi padat. Dari segi kekurangan yang

dapat saya lihat ialah kitab ini lebih tertumpu kepada sanad, matan, sanad dan matan berbanding

14

Page 15: Hc sosial

isu-isu umum. Kitab ini tidak ada pembahagian takrif dari sudut nama dan istilah. Ia lebih

kepada penjelasan umum.

Kesimpulannya, setelah mengkaji kitab ini dapatlah diketahui bahawa kitab ini

merupakan antara kitab yang terpenting. Kitab ini menerangkan kepelbagaian hadis yang

terdapat dalam bidang hadis. Kitab ini juga sesuai dijadikan rujukan namun, hanya sebagai

rujukan sampingan sahaja kerana kitab ini tidak menjelaskan secara keseluruhan mengenai ilmu

hadis.

15

Isi kandungan kitab Antara kandungan kitab

Page 16: Hc sosial

4.4. KITAB NUKHBATUL FIKAR FI MUSTHOLAHI AHLIL ATHAR

4.4.1. Fizikal kitab

Kitab Nukhbatul Fikar Fi Mustholahi Ahlil Athar dikarang oleh Al – Hafiz Ibnu Hajar Al-

Asqalani dan ditahqiq oleh Muhammad bin Ismail Al-Amir “ As-Shahir Bi As-San’ani.Kitab ini

diterbitkan oleh Darul Ibnu Hazm,Beirut,Lubnan.Ia merupakan cetakan yang pertama pada

2006M/1427H.Ketebalan kitab ini adalah 2.5 cm,17.5 cm lebar dan panjangnya adalah 24.5 cm.

4.4.2. Pendahuluan

Dikatakan yang pertama kali menyusun ilmu mustholah hadith adalah al-Qadhi Abu

Muhammadd ar-Roomahurmuziy dalam kitabnya“ الفاضل namun tulisan ”المحدث ini belum

mencakupi semua cabang perbahasan dalam ilmu mustholah hadits. Selain tulisan-tulisan yang

panjang pembahasannya, ada juga sebagian ulama yang membuat tulisan yang ringkas yang

isinya menjelaskan ilmu mustholah hadits, seperti kitab “Nukhbatul Fikr” yang sedang kita bahas

ini. Kemudian ada juga, ulama kita yang membuat nazom (bait-bait) syair tentang ilmu ini,

seperti ‘Alfiyah karya al-Hafidz al-Iraqi.

16

Page 17: Hc sosial

Nukhbatul Fikar adalah kitab matan (ringkasan) ilmu musthalahul hadits yang ditulis oleh

Ibnu Hajar al-Asqalani. Kitab ini sangat ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah

mencipta dengan pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini. Ibnu Hajar al-

Asqalani juga telah mensyarahkan Nukhbatul Fikar ini dan syarahnya diberi nama “NUZHAH

AL-NAZAR”. Bahkan, Nukbatul Fikar turut di syarahkan oleh penulis lain.

4.4.3. Isi kandungan Nukhbatul Fikar

Ibnu Hajar memulai dengan hamdalah dan shalawat. Kemudian beliau menjelaskan sebab

penulisan Nukbahtul Fikar ini. Iaitu apa yang mendorong beliau untuk menulisnya. Beliau

menyebutkan bahwa penulisan atau karya dalam bidang mushthalahul hadith sangat banyak, ada

yang dibahas secara panjang lebar dan ada yang ringkas. Ada yang berupa kitab-kitab dengan

pembahasan yang meluas seperti Ma'rifatul Ulumil Hadits yang ditulis oleh Imam Hakim an-

Naisaburi. Ada pula yang ringkas seperti Ulumul Hadits atau yang lebih kita kenal dengan

Muqaddimah Ibnu Shalah.

Oleh kerana banyaknya kitab-kitab yang membahas ilmu musthalahul hadits yang

kadang-kadang membingungkan penuntut ilmu yang baru belajar. Maka sebagian dari mereka

meminta kepada Ibnu Hajar al-Asqalani untuk meringkas lagi kaedah-kaedah dari ilmu tersebut

dengan memilih poin-poin yang paling penting. Agar para penuntut ilmu yang masih dalam

peringkat pemulaan tidak susah dalam memahamami ilmu tersebut.

Antara Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam Nukhbatul Fikar:

1.Perbahasan difinisi dan pembahgian khabar, seperti perbahasan turuq hadis, sanad, difinisi

hadis mutawatir, ahad, mashur, ‘aziz, gharib, dan syarat-syaratnya.

2.Perbahasan hadis ahad dan pembahagianya.

3.Perbahasan kitab sahih

4.Perbahsanan syarat dua kitab sahih.

5.Perbahasan hadith hasan

6.Perbahasan periwayatan hadis

17

Page 18: Hc sosial

7.Perbahasan ziyadatuts tsiqah, mahfudz, syaz, maruf, dan lain-lain

8.Perbahasan hadis maqbul dan pembahgianya

9.Perbahasan bentuk-bentuk dan pembahgian hadis mardud, seperti munqatik, muallaq, mursal,

muadal dan yang lainya.

10.Perbahasan pembahagian khabar dari sisi nisbah dan sandaran

11. Sighah periwayatan dan kepelbagaian penamaan rawi.

12. Perbahasan berkaitan ijazah periwayatan dan bentuk-bentuknya

13.Mengenal tabaqat, kelahiran, waktu, zaman dan negeri

14. Mengenal keadaan perawi dalam ilmu al-jarhu wa tadil

15. Tingkatan al-jarhu wa-tadil

16. kaedah-kaedah al-jarhu wa tadil

17. Mengenal rawi dan jenis-jenisnya, kuniah, biografi, nisbah dan lainya.

18. Adab ahlil hadis

19. Adab penuntut ilmu hadith

20. Penulisan hadith

21. Pengenalan ilmu sababul wurud

4.4.4. Kelebihan dan Kelemahan

Kelebihan;

1.Menjadi asas dan panduan di dalam ulum hadith.

2.Menggabungkan beribu-ribu halaman dari kitab lain dalam satu matan sahaja.

3.Membantu mereka memahami ulum hadith.

18

Page 19: Hc sosial

Kelemahan;

1.Sukar di fahami kerana tiada syarah untuk menjelaskan dan menerangkan mengenai matan

nukhbatul fikar.

2.Agak membosankan bagi orang awam tapi bagus untuk para pelajar.

4.4.5. Penutup

Matan Nukbatul fikar mengandungi ilmu mustholah hadits. Ianya sangat bermanfaat dan paling

baik susunannya, sebelumnya belum ada kitab mustholah hadits yang ditulis dengan susunan dan

pembagian kajian-kajian ilmu mustholah hadits seperti yang dibuat oleh Imam Ibnu Hajar, beliau

juga menulis kitab syarah (penjelasan) kitab ini yang diberi judul “Nuzhatun Nadhor Fi Syarhi

Nukhbatil Fikar”.

4.5. KITAB AL- TAMHID FI ULUM AL-HADIS

KARYA DR.HAMMAM ABDUL RAHIM SAID

19

Page 20: Hc sosial

4.5.1. Biodata Pengarang

Nama pengarang adalah Dr. Hammam Abdul Rahim Said. Beliau dilahirkan di El-Patron,

Palestin pada tahun 1944M. Beliau merupakan seorang Pengarah Pusat Kajian Sunnah di

Amman, Jordan. Beliau juga merupakan Ketua Pengawal Ikhwan al-Muslimin di Jordan. Beliau

memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang undang-undang Islam di Fakulti Syariah

dan meneruskan pengajian di Universiti Damsyik pada tahun 1965M. Dr. Hammam kemudian

menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis dan Sains dari Fakulti Teologi ,Universiti Al-

Azhar Mesir pada tahun 1974M. Kemudian beliau memyambung pelajaran di peringkat phD

dalam bidang Hadith dan Sains di Universiti Al-Azhar,Mesir. Antara karya beliau yang lain ialah

“Usul al-Takhrij wa dirasat al-Asanid” .Kitab beliau , “At-Tamhid Fi Ulum al-Hadith” ini adalah

kitab yang terkenal sebagai rujukan untuk mendalami ilmu ulum hadith.

4.5.2. Ulasan Terhadap Kitab

Setiap kitab mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Begitu juga dengan kitab al-

tamhid fi ulum al-hadis ini.

a. Kelebihan kitab:

Penulis menggunakan bahasa yang agak mudah difahami.

Penulis membahagikan perbahasan kepada perenggan dan menghitamkan setiap subtopik

baru dan perkataan-perkataan penting dalam sesuatu penjelasan .

Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi penjelasan mengenai sesuatu hadith .

Contohnya : mengemukakan definisi , contoh , jenis , hukum dan sebagainya .

Setiap tajuk utama dimulakan dengan muka surat baru.

Menggunakan nota kaki bagi memudahkan pembaca membuat rujukan

b. Kelemahan kitab :

Kitab ini tidak menceritakan tentang biodata pengarang.

Di dalam kitab ini , penjelasan mengenai matan tidak dibincangkan.

20

Page 21: Hc sosial

Kedudukan sub topik yang baru boleh berada dimana-mana kedudukan samada

diatas,ditengah,atau dibawah.

Boleh dijadikan sebagai rujukan sampingan tetapi kurang sesuai dijadikan rujukan utama

kerana tidak meliputi kesemua perbahasan bidang hadis

4.5.3. Isi Kandungan Kitab

Kitab ini mempunyai bab mukadimah dan sembilan bab di dalamnya. Dibawah saya datangkan

ulasan secara ringkas mengenai apa yang ada di dalam setiap bab.

a. Bab mukadimah

Bab ini menjelaskan tentang perkembangan ilmu mustholah hadith secara ringkas. Bab

ini juga turut menyatakan bilangan unit dan menjelaskan tentang pembahagian tersebut .

b. Bab pertama

Di awal bab ini,didahului dengan kata pengantar yang disertakan berbagai dalil daripada

ayat al-quran yang menjelaskan tentang kepentingan ulum hadith. Ia juga menjelaskan

tentang takrif hadith ,sunnah, sanad, matan, sahabat,dan tabien.

c. Bab kedua

Menjelaskan tentang takrif ulum hadith dan perkembangannya di samping menjelaskan

perbincangan tentang penulisan, pembukuan ,penyusunan,periwayatan secara lafaz, dan

periwayatan secara makna.

d. Bab ketiga

Bab ini menjelaskan tentang hadith mutawatir,hadith ahad dan pembahagiannya,hadith

marfu’,mauquf,dan maqtu’.Selain itu menjelaskan tentangapa yang berkaitan dengan

sanad iaitu (al-a’li wa al nazil).

21

Page 22: Hc sosial

e. Bab keempat

Bab ini menjelaskan tentang apa yang berkaitan dengan sanad dan matan.Ia mengandungi

dua subtopik sahaja iaitu tentang sumber al sunnah sebagai hukum dan perbincangan

tentang penolakan hadith kerana illah yang terdapat padanya.

f. Bab kelima

Bab ini hanya menjelaskan apa yang berkaitan dengan sanad dan matan iaitu hadith

sahih dan kepentingan penulisan yang sahih,selain itu,memberi contoh penulisan yang

sahih daripada jami’ Imam Bukhari dan jami’ Imam Muslim.

g. Bab keenam

Bab ini juga menjelaskan tentang apa yang berkaitan dengan sanad dan matan iaitu hadith

hasan.Dalam bab ini diceritan tentang takrif,syarah taktif,contoh-contoh hadith hasan,dan

takrif kitab-kitab sunan yang empat.

h. Bab ketujuh

Bab ini menceritakan tentang hadith dhoif .Didalam bab ini diterangkan takrif hadith

dhoif dan sebahagian daripada jenis-jenisnya yang .lazim perlu diketahui pembaca .Bab

ini lebih fokus kepada perbincangan ilal al hadith kerana membicarakan topik ini lebih

panjang berbanding topik lain .

i. Bab kelapan

Bab ini membicarakan tentang hadith maudhu’, sebab-sebab,dan tanda-tanda hadith

maudhu’.Turut disertakan contoh nama kitab yang menjelaskan hadith maudhu’.

j. Bab kesembilan

Bab ini secara keseluruhan menceritakan tentang sanad iaitu kritikan dan pujian yang

menjelaskan dari segi takrifnya,kepentingannya,dan cara mengetahui pujian dan

kritikan.Selain itu juga terdapat sebahagian isu yang lazimnya perlu diketahui penuntut

ilmu turut dibincangkan.Diakhir bab,pengarang menyenaraikan antara kitab-kitab yang

masyhur tentang al-jarh wa al ta’dil.

Di atas adalah ulasan secara ringkas bagi kitab al- tamhid fi ulum al-hadis ini. Semoga ianya

bermanfaat kepada kita semua.

22

Page 23: Hc sosial

4.6. KITAB TADRIB AL- RAWI FI SYARH TAQRIB AL-NAWAWI

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya data saya mempelajari ilmu hadis ini. Melalui

tugasan ini, ia dapat memberi peluang kepada saya untuk mengenali kitab-kitab arab iaitu kitab

hadis, ilmu hadis serta ulama hadis. Hal ini memudahkan saya seleas ini untuk mencari rujukan

muktabar bagi menyiapkan tugasan saya. Saya memilih kitab Tadrib Al- Rawi Fi Syarh Taqrib

Al-Nawawi sebagai tajuk tugasan saya.

4.6.1. Fizikal Kitab

Nama kitab ini ialah Tadrib Al- Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi. Pengarang kitab ini ialah

Jalaluddin Abd Rahman bin Abi Bakar Al-Suyuti. Kitab ini disemak oleh Dr Ahmad Umar Al-

Hasyim manakala penerbit kitab ini ialah Darul Kutub Al-A’rabi di Beirut. Kitab ini

mengandungi 2 jilid dan berwarna biru gelap. Jilid pertama mengandungi 23 bab manakala jilid

kedua pula mengandungi 70 bab. Ini bermakna kitab ini mempunyai 93 bab. Selain itu, tinggi

kitab ini berukuran 24.5cm, lebar pula bersaiz 17.2cm dan tebalnya berukuran 3cm.

4.6.2. Biodata Pengarang

Nama pengarang kitab ini ialah Abd Rahman bin Abu Bakar bin Muhamad bin Sabiq Al-

Din Al-Khudri Al-Suyuti. Beliau dilahirkan pada 849H di Kaherah, Mesir. Beliau meninggal

dunia pada 19 Jamadil Awal pada tahun 911 H. Ayah beliau wafat pada waktu beliau berumur 6

tahun dan telah menjadi anak yatim.

23

Page 24: Hc sosial

Beliau telah mencari ilmu dan merantau ke negeri-negeri seperti Syam, Hijaz, Yaman, India,

Maghribi, dan negeri-negeri lain serta berguru dengan para ulama terkenal yang menguasai

berbagai disiplin ilmu saat itu, yang jumlahnya lebih kurang 150 orang. Di antara ulama itu ialah

Syaikh Syihabuddin al-Syarmasahi, Syaikhul Islam Alamuddin al-Bulqini, putera al-Bulqini,

Syaikhul Islam Syarafuddin al-Manawi, Taqiyuddin al-Syibli, Muhyiddin al-Khafiji, Syaikh al-

Hanafi, dan lain-lain.

Selain itu, bidang keilmuan yang beliau kuasai sangat luas, antara lain Tafsir, Hadits, Fiqh,

Nahwu, Ma’ani, dan sebagainya serta telah menghafal al-quran sejak berumur 8 tahun lagi.

4.6.3. Isi Kandungan Kitab

Kitab ini mensyarahkan kitab taqrib al-Nawawi iaitu Al-Taqrib wa Taisir Li Makrifah Sunan Al-

Bashir wa Al-Nazir. Kitab ini terbahagi kepada dua jilid. Jilid pertama didahului mukadimah dan

diikuti dengan biodata pengarang. Seterusnya, dalam jilid pertama menceritakan periwayatan

hadis di zaman sahabat, tabi’in dan atba’ tabi’in, sejarah pembukuan ilmu hadis dan penulis awal

ilmu usul hadis. Penerangan mengenai jenis ilmu dirayah hadis iaitu sebanyak 23 bab dimuatkan

dalam jilid pertama tidak termasuk mukadimah.

Seterusnya jilid kedua mengandungi 70 bab dan membahas mengenai pembahagian ulum

al-hadis.Kitab ini mengandungi 67% sanad, 20% sanad dan matan, 7% matan dan 6% isu-isu

umum.

4.6.4. Metodologi Kitab

Pengarang menggunakan bahasa Arab yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau berbunga-bunga.

Pengarang juga meletakkan baris pada hadis yang terdapat dalam kitab ini. Jadi, hal ini

memudahkan para pembaca untuk membaca hadis. Selain itu, susunan pembahagiaan hadis tidak

teratur dari segi sanad, matan, sanad dan matan, dan isu-isu umum. Pengarang juga

menghitamkan setiap bab agar pembaca dapat melihat dengan jelas.

4.6.5. Kelebihan Kitab

Kitab ini menceritakan sirah kehidupan penulis kitab secara terperinci dan mempunyai susunan

perenggan yang tersusun. Selain itu, kelebihan yang ada pada kitab ini ialah pengarang

24

Page 25: Hc sosial

membahagikan tajuk-tajuk mengikut bab sebelum mebahaskan sesuatu. Seterusnya, kitab ini

mempunyai bilangan halaman pada setiap muka surat. Penulis juga ada meletakkan baris pada

matan hadis. Selain itu dalam kitab ini penulis menyusun dengan rapi iaitu meletakkan kitab asal

pada bahagian atas kemudian di bahagian tengah adalah syarahan al-suyuti manakala di bawah

sekali diselitkan nota kaki oleh penulis terkini. Sebagai contoh :

4.6.6. Kekurangan Kitab

Kekurangan yang terdapat dalam kitab ini ialah pembahagian bab tidak teratur iaitu bercampur

sanad, matan, sanad & matan serta isu-isu umum. Selain itu, tulisan bagi tajuk dan isi perbahasan

sukar untuk dibezakan. Kemudian, pelbagai pandangan menyukarkan pengambilan pendapat

yang tepat. Seterusnya dalam kitab ini terdapat sesetengah perkataan yang sukar untuk difahami.

4.6.7. Kesimpulan

Setelah meneliti kitab hadis ini, jelaslah bahawa kitab ini sememangnya sesuai dan baik untuk

dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi mempelajari serta mengkaji ilmu hadith kerana

kitab ini secara keseluruhannya banyak memaparkan perbincangan ulum hadith. Wallahua’lam.

25

Page 26: Hc sosial

5.0. KESIMPULAN

Sepanjang dua minggu lebih kami cuba menyiapkan tugasan bagi HHHC9101 Kemahiran Sosial

dan Kebertanggungjawaban ini dan alhamdulillah kami dapat menyiapkannya. Seperti yang tela

dinyatakan pada pendahuluan, kerja kursus ini kami dikehendaki membuat satu tugasan dalam

bentuk kumpulan. Kumpulan kami pula terdiri dari enam orang kesemuanya dan keseluruhan

kami dari Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.

Setelah berjumpa dengan penyelaras bagi kursus ini, Ustaz Ezad Azraai Bin Jamsari,

setiap kami telah dikehendaki mencari satu kitab yang berkaitan dengan jabatan kami. Namun,

kitab itu hendaklah dalam bahasa arab. Dari situ pula kami dikehendaki mengulas secara ringkas

mengenai kitab tersebut. Makanya, bagi kumpulan telah mengulas enam buah kitab disebabkan

kami mempunyai enam orang ahli kesemuanya. Pertama adalah kitab Dirasat fi al-Hadith anl-

Nabawi Wa Tarikh Tadwinih, yang kedua kitab, Taisir Mustholah Al-Hadith, ketiga adalah kitab

Al-Taqrib Wa Al-Taisir li Makrifah Sunan Basyir, keempat pula adalah kitab Nukhbatul Fikar Fi

Mustholahi Ahlil Athar, kelima adalah kitab At-Tamhid Fi Ulum al-Hadith, dan kitab yang

terakhir adalah Tadrib Al- Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi.

Apa yang disimpulkan disini ialah, kitab-kitab yang kami pilih adalah kitab dari bahagian

hadith. Namun apa dapat disimpulkan disepanjang kami melakukan tugasan ini adalah semangat

kerjasama kami bagi menyiapkan tugasan ini. Kami melakukan hubungan sosial yang sihat,

berbincang mengenai tugasan dan beberapa perkara lain. Disamping itu, ia juga memupuk sikap

tanggungjawab kami apabila perlu menyiapkan bahagian masing-masing untuk dikumpul pada

tarikh yang ditetapkan. Apa yang kami faham setiap kursus HHHC yang dijalankan adalah untuk

memupuk peribadi seseorang mahasiswa supaya menjadi seorang individu atau mahasiswa yang

berkualiti.

26