hbse 2203

Upload: muhammad-aiman

Post on 01-Mar-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OUM

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 7 TAHUN 2012HBSE 2203PENGURUSAN TINGKAH LAKUKANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TUTOR:TUAN HJ ABDUL RAHMAN B. HAMDAN. NO. MATRIKULASI : 811114015358001NO. KAD PENGNEALAN: 811114-01-5358NAMA: NAZIMAH MANSORNO. TELEFON: 013-7778281 / 013-7568329E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: JOHOR LEARNING CENTER.

1.0 PENGENALANMenurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachmentHenson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya). Daripada definisi berikut, kita dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.Merujuk kepada aspek-aspek perbezaan individu, menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Slavin (1997), pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah jantina, fizikal, kognisi, personality, gaya kognitif dan gaya belajar, kesihatan, sosial dan bangsa/bahasa.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN. Pemerhati: 1. Pn. Husna binti Abu Samah. 2. Pn. Nazimah binti Mansor. Tarikh pemerhatian : 18 Februari 2013Masa : 8.00 8.30 pagi.Nama Murid : Akeef Nazmie b. Noor Azman.Masalah perubatan : Autisme, lelah, masalah pendengaran tahap sederhana.Minat: Menonton TV, Mendengar lagu, Membaca buku. Bahasa digunakan: Bahasa Isyarat dan bahasa Melayu. Masalah tingkah laku: Tidak focus pada pengajaran dan pembelajaran, sering menari untuk menarik perhatian rakan sekelas, suka menconteng di papan hitam dengan ejaan OSO.Tingkah laku sasaran: Fokus pada pengajaran dan pembelajaran. Tidak mengganggu rakan semasa belajar.3.0 PERNYATAAN MASALAH. Akeef sering menarik perhatian guru dan rakan sekelas dengan bertindak melakukan pelbagai aksi seperti berbaring di atas lantai dan menari. Didapati perlakuan tarian yang sering ditunjukkan Akeef merupakan hasil dari peniruan gerakan arobik waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beliau juga sering melukis kartun spongebob dan Agen OSO di papan hitam. Tindakan beliau ini sering mengganggu tumpuan Faizal, Valentino dan Sujeetra terhadap pengajaran pembelajaran. Ada ketikanya , mereka meniru gaya Akeef menari. Lukisan yang dilukis Akeef juga sering mendapat respons yang baik daripada Faizal dengan menunjukkan isyarat suka dan cantik lukisan kartun yang dilukis Akeef.

4.0 METODOLOGI KAJIANKeadaan yang berlaku pada Akeef boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Teori Pembelajaran Sosial Bandura menyatakan pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukkan asas tingkah laku manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu, secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Teori Pembelajaran Sosial Bandura(1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan. Iaitu Pemerhatian , mengingati, reproduksi, dan peneguhan. Masalah tingkah laku yang berlaku pada Akeef ini, boleh dikaitkan dengan teori yang dinyatakan oleh Bandura. Melalui pemerhatian saya , proses perhatian Akeef bermula dari penumpuan murid semasa matapelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan. Akeef sangat tertarik dengan tarian aerobik.Tarian ini akan dilakukan pada setiap pagi Selasa dan Rabu. Berdasarkan minat yang ada terhadap tarian , dia sering memberi tumpuan semasa aktiviti tersebut dijalankan. Menurut Teori Bandura , tahap perhatian yang tinggi merupakan antara faktor peniruan tingkah laku. Seterusnya, Akeef akan melalui proses mengingat. Proses ini dapat dilihat daripada pemerhatian yang berulang-ulang seterusnya menjadi satu daya imaginasi Akeef di dalam kelas. Setelah melalui proses perhatian dan mengingat, saya dapat lihat hasil seterusnya melalui proses reproduksi. Menurut Teori Bandura, pemerhati seharusnya mampu melakukan semula tingkah laku yang ditirunya . Dalam kes ini , Akeef sebagai pemerhati sememangnya mampu meniru gerak tari aerobik dan sering menari sesuka hati di dalam kelas seperti yang dilihat pada setiap Selasa dan Rabu.Ini merupakan hasil peniruan Akeef. Seterusnya, Akeef sering mendapat peneguhan yang positif daripada rakan kelasnya melalui senyuman , gelak tawa , menari bersamanya dan Akeef sangat suka jika semua rakannya memberi tumpuan terhadap dirinya. Semua ini memberi kepuasan kepada dirinya di atas peniruan yang dipamerkan. PENYELESAIAN Bagi menyelesaikan masalah Akeef , saya menggunakan Teori Pelaziman Skinner sebagai rujukkan. Menurut Skinner (1953) , teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan melalui perlakuan yang berulang. Penghapusan pula melalui cara perlakuan yang tidak berulang, jika diberi peneguhan sebaik pelakuan atau gerak balas ditunjukkan.Terdapat lima jenis proses di dalam teori pelaziman operan Skinner , iaitu : peneguhan positif , peneguhan negatif , dendaan, prisip Premack dan pelupusan. Dalam situasi Akeef, saya mulakan dengan masalah murid ini yang sering menari dan mengganggu rakan sekelas. Melalui perlakuan tersebut , saya telah menggunakan peneguhan negatif iaitu mengajak rakan sekelas Akeef melakukan aktiviti yang lebih menarik serta menyuruh rakan sekelas menunjukkan isyarat bagus terbalik sekiranya Akeef menari semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan . Akeef juga akan didenda sekiranya mengganggu rakan semasa belajar. Denda yang sering saya lakukan dengan menyuruh Akeef berdiri di hujung sudut belakang kelas (pengasingan). Dengan cara tersebut , Akeef akan sedih dan menangis kerana tidak mendapat perhatian daripada rakan serta guru. Pada hari berikut dan seterusnya ,saya dapati sedikit demi sedikit Akeef semakin fokus pada pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan. Akeef akan duduk di tempatnya dan tidak menari serta mengganggu rakan kerana takut diasingkan daripada rakan sekelas. Akeef juga kelihatan bersedia untuk menulis serta mengikuti Pengajaran dan pembelajaran. Setelah Akeef siap membuat tugasan, saya telah menggunakan peneguhan positif iaitu memberi isyarat bagus kepada Akeef dan menunjukkan hasil tugasan Akeef kepada rakan sekelas. Akeef kelihatan gembira dan berminat untuk membuat tugasan lain, dengan harapan guru dan rakan memberi pujian terhadap dirinya. Saya melakukan peneguhan dan rangsangan yang positif itu secara berterusan agar ia menjadi satu pelaziman kepada Akeef. Setelah melihat Akeef berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran, saya telah memberi Akeef lebih banyak latihan menulis. Menulis merupakan aktiviti yang tidak digemari Akeef. Walau bagaimanapun , Akeef akan tetap menyiapkan tugasan kerana saya menjanjikan ganjaran seperti membenarkan Akeef bermain puzzle sekiranya dia dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Akhirnya, Akeef akan sentiasa bersedia untuk belajar setiap kali saya masuk walaupun dia tidak tahu ganjaran yang akan diperoleh di akhir pembelajaran.

5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Setelah menjalankan intervansi selama 10 hari iaitu 30 minit setiap hari dengan berfokus kepada penyelesaian masalah tingkah laku Akeef yang tidak focus pada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta mengganggu rakan sekelas. Berikut merupakan hasil dapatan kajian dan penyelesaian masalah tingkah laku Akeef.

Jadual berlaku perubahan tingkah laku pada Akeef.Tarikh/Masa(30 minit)123456789101112131415161718192021222324252627282930

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Perubahan tingkah lakuMasalah tingkah laku Huraian.Target perubahan tingkah laku tercapai pada hari pertama iaitu pada minit ke 26 setelah menjalankan pengasingan terhadap Akeef. Seharian akeef asyik menari menulis di papan hitam serta mengganggu rakan sekelas. Kemudian berubah pada hari kedua pada minit ke 25. Semakin hari perubaan tingkah laku berlaku semakin awal dan paling ketara pada hari ke 7 Akeef sudah mula fokus pada pengajaran daan pembelajaran pada minit ke 16. Pada hari ke 8 perubahan tingkah laku semakin baik iaitu pada minit ke 10. Berlakunya perubahan ini setelah di beri ingatan bahawa Akeef akan meneria ganjaran jika memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Seterusnya pada hari ke 9 berlaku perubahan pada minit ke 5. Akhirnya pada hari ke 10, Akeef sudah mula bersedia untuk belajar iaitu pada minit ke 2 kerana pada minit pertama semasa saya memberi salam Akeef masih melompat lompat di dalam kelas.6.0 Rumusan.Bagi mengurangkan masalah sosial di kalangan kanak-kanak masalah pembelajaran, banyak pihak perlu memainkan peranan tersendiri. Antara pihak yang perlu terlibat ialah: Penglibatan tiga pihak di atas adalah penting dalam mengurangkan masalah sosial di kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Selain guru dan pihak sekolah keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Ibu bapa kepada kanak-kanak sememangnya lebih mengenali tentang kekurangan anak-anak mereka. Dengan itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru dan ibu bapa sama-sama memberi pendidikan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran terutama dalam hubungan sosial. Guru dan ibu bapa perlu sentiasa berkongsi maklumat, kaedah dan strategi yang perlu di jalankan bagi menangani masalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran agar maklumat yang diperoleh dapat diguna pakai sebagai panduan. Seharusnya program pendidikan khas tidak hanya tertumpu kepada pelajar atau kanak-kanak khas sahaja tetapi seluruh ahli keluarga juga perlu mengambil tahu tentang kanak-kanak khas ini. Agar mereka juga dapat membantu dalam menangani masalah khas. Ibu bapa dan guru juga perlu betul-betul mengenal pasti tentang murid -murid khas serta keperluan mereka. Antara keperluan yang diperlukan murid khas ialah penglibatan pihak hospital, pengajaran di rumah, sekolah khas, kelas khas, kelas biasa dengan bilik sumber khas dan kelas biasa. Semua ini bergantung kepada masalah yang dihidapi murid itu sendiri. Selain itu, guru juga perlu meningkatkan tahap profesion mereka agar menjadi lebih arif dan pakar dalam bidang pendidikan khas. Ilmu dan teknologi yang baru sememangnya dapat membantu dalam menangani masalah sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

RUJUKAN Hamidah Sulaiman, Osman Hashim (2011). HBSE Modul Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Universiti Terbuka Malaysia.Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar dan Noraini Salleh (2010). Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1) (2010) : 19-26 Tahap Latihan , Pengetahuan dab Keyakinan Guru-Guru Pendidikan Khas tentang Autisme.Mohd. Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson.

Sandra F. Rief. (2008). Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

LAMPIRAN