hbml3203jamalina samsudin

Upload: jamalina-samm

Post on 13-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HBML 3303 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

FAKULTI BAHASA MELAYUSEMESTER JANUARI/2014________________________________________________________HBML 3203(TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU )SARJANA MUDA PENGAJARAN(KEPUJIAN)SEKOLAH RENDAH________________________________________________________

NAMA : JAMALINA BT SAMSUDIN

NO. MATRIKULASI : 731103085922001NO. KAD PENGENALAN: 750311 08 - 5922NO. TELEFON: 0174637864E-MEL: lynnjbs1644.oum.edu.myPUSAT PEMBELAJARAN: OUM IPOH, JALAN LIM BOO SENGISI KANDUNGANMUKA SURATPenghargaan21.0 PENGENALAN3 - 4

1.1 Pendahuluan1.2 Objektif Tugasan

2.0 TATABAHASA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN5 - 7

2.1 Definisi Tatabahasa dakam Kemahiran Penulisan2.2 Konsep Tatabahasa Wacana dalam Kemahiran Penulisan Sekolah Rendah

3.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN7 - 9PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

3.1 Peringkat Sebelum Penulisan3.2 Peringkat Semasa Penulisan3.3 Peringkat Selepas Penulisan

4.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA 9 - 12DALAM PENULISAN KARANGAN4.1 Ciri-ciri Wacana4.2 Kepentingan Wacana

5.0 APALIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN12 - 19SEKOLAH RENDAH5.1 Merancang Penulisan5.2 Cara Menulis5.3 Rancangan Pengajaran Harian

6.0 KESIMPULAN207.0 RUJUKAN21 - 228.0 LAMPIRAN23 - 24PenghargaanDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wassallam. Syukur alhamdulilah, keraa dengan limpah kurnia dan hidayahNya saya mempunyai kekuatan dan kefahaman ilmu hingga berjaya menyiapkan tugasan HBML3203 ini yang berjudul TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU .Tugasan ini dilakukan untuk mempertingkatkan darjah keilmuan masyarakat guru dan pihak-pihak lain khususnya dalam bidang pendidikan BAHASA MELAYU. Di samping itu, ia diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti dalam kepimpinan pendidikan dan kecemerlangan sekolah-sekolah di Malaysia.Kejayaan menghasilkan tugasan ini, melibatkan banyak pihak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah ENCIK ABDUL AZIZ BIN SULAIMAN yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan OUM yang sama-sama membantu dan memberikan maklum balas semasa menghasilkan tugasan ini.Tidak dilupakan juga kepada keluarga dan rakan-rakan guru SK Seri Samudera, Manjung Raya yang turut membantu. Segala kerjasama semua pihak amatlah saya hargai.

Sekian.

Kejayaan bermula dengan impian di fikiran ...Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.

1.0 PENGENALAN1.1Pendahuluan

Menurut Rahimah Haji Sabran (1988), penulisan ialah suatu proses melahirkan perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami. Menurut Juriah Long et.al (1990), penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik. Secara umumnya pula, penulisan merupakan satu proses yang melibatkan pembentangan serta penyusunan idea-idea yang dilakukan oleh penulis berkaitan sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang diutarakan oleh penulis henaklah jelas maksudnya menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang sesuai.

Di negara kita, penulisan merupakan satu aspek yang diberikan penekanan dalam kurikulum sekolah, terutama untuk tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa.

Pengajaran penulisan di sekolah adalah bertujuan untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dengan laras bahasa yang tepat serta mempamerkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikira yang kritis dan analitis.Penulisan juga dapat mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Selain itu, penulisan juga merupakan satu kaedah untuk pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea serta memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu pelajaran yang dipelajari.

1.2 Objektif Penulisan

Objektif uatama tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti unsur-unsur tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bentuk fakta dan mengenalpasti kekerapan penggunaan tatabahasa wacana dalam penulisan karangan fakta pelajar sekolah rendah.

Tugasan ini diharapkan dapat membantu pelajar dan guru di peringkat sekolah rendah. Penggunaan wacana dalam kemahiran menulis karangan dapat membantu pelajar menghasilkan karangan yang bermutu dan baik. Di samping itu, penggunaan wacana dalam penulisan karangan membantu pelajar mengembangkan idea dalam penulisan karangan yang lebih kritis dan kreatif.

Penulisan yang menggunakan tatabahasa wacana ini dapat mewujudkan nilai estetik dalam penulisan pelajar. Walaupun pelajar memiih tajuk karangan berbentuk naratif, namun olahan yang dilakukan tidak menunjukkan mereka memahami penggunaan tatabahasa wacana tersebut seara berkesan. Bagi pihak guru pula, tugasan ini diharap mampu memberikan gambaran pencapaian dan tahap pelajar menggunakan tatabahasa wacana di dalam penulisan karangan fakta mereka. Dengan itu juga, guru dapat membuat persediaan yang lebih baik dalam mengajar karangan bentuk fakta ini.

.

2.0 TATABAHASA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN

2.1 Definisi Tatabahasa Wacana Dalam kemahiran Penulisan

Kementerian Pelajaran Malaysia 2003, menyatakan bahawa tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksisi bahasa Melayu. Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji strukrtur, bentuk kata dan pergolongan kata. Sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang menkaji struktur, bentuk dan binaan ayat.

Wacana ialah unit tertinggi yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan social yang meliputi bukan linguistic dan bukan tentu bahasa.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama aa naratif(pemerian), diskriptif (penggambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa berikut.

Menurut Asmah Haji Omar (1982) menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita ) dan sebagainya.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian bahasa untuk Pelatih maktab Perguruan, mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Menurut Harimuthi (1982) dan Sharifah (2007), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berturutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Wacana terletak dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat, klausa, frasa dan kata. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, paragraph, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap.

Wacana mewujudkan komunikasi verbal iaitu dalam bentuklisan dan bukan lisan. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan yang melibatkan pembaca dan pendengar. Manakala bagi wacana bukan lisan pula adalah dalam bentuk penulisan yang melibatkan penulis dan pembaca. (Surdayat, 2009).

2.2 Konsep Tatabahasa Wacana Dalam Kemahiran Penulisan

Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan (Kamarudin, 2002). Melalui pengajaran tatabahasa dalam penulisan murid akan dapat menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaiatan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

Menurut Azizi Abd Talib (2000), menyatakan pengajaran tatabahasa di sekolah membolehkan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu yang baik. Menurut beliau dapat dinyatakan bahawa pengajaran tatabahasa wacana penting bagi membantu pelajar agar dapat menggunakan system bahasa yang sesuai, menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003), menyenaraikan aspek tatabahasa sangat menekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar secara terancang dalam konteks agi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran tatabahasa secara berkesan dan memudaha pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisahkan aspek-aspek tatabahasa yang dhendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsure-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan utama penggabungan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkan. ( Awang Sariyan, 2004)

3.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Ishak Haron (1979) dalam Hasyim Othman (2000) menyatakan bahawa karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa. Dan ayat, tetapi merupakan kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya secara lisan atau bukan lisan dengan menggunakan alat komunikasi iaitu bahasa.

Fenomena pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih tertumpu pada hasil penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan menulis atau mengarang. Aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik-teknik mengarang yang berkesan urang dititikberatkan. Murid hanya diberi penekanan terhadap berfikir untuk mendapatkan isi. Fenomena ini, menyebabkan murid kurang berkemahiran dalam berfikir untuk menghasilkan atau memikirkan cara yang berkesan menyampaikan sesuatu mesej atau idea dengan menggunakan wacana tatabahasa yang tepat dalam penulisan karangan. (Marohaini Yusoff, 1989).

Hal ini selaras dengan Kurikulum Bahasa Melayu, iaitu menyediakan pelajar yang menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar dapat menggunakan segala ilmu daripada pelbagai bidang disiplin atau mata pelajaran lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, 2003).

Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar, aspek tatabahasa perlulah diberikan penekanan serius. Strategi pengajaran penulisan yang berkesan akan memberikan impak kepada keupayaan pelajar dalam menghasilkan penulisan yang lebih baik dan gramatis. Kamarudin Husin (1988), telah mengemukakan tiga kemahiran penulisan murid dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan pelajar iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan.

3.1 PERINGKAT SEBELUM PENULISAN Peringkat pertama adalah peringkat sebelum penulisan. Pelajar perlu memahami dengan jelas kehendak soalan dan format penulisan seperti yang dikehendaki. Setelah memahami kehendak soalan, gariskan kata kunci untuk memudahkan pelajar menghasilkan idea. Seterusnya pelajar perlu membuat rangka penulisan yang merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. Pelajar boleh menggunakan pelbagai cara yang berkesan dalam mencatat isi seperti menggunakan peta konsep minda, penomboran dan lain-lain lagi.

3.2 PERINGKAT SEMASA PENULISAN

Peringkat seterusnya adalah peringkat semasa penulisan. Pada peringkat ini, penulisan perlu dilakukan berdasarkan isi atau kerangka penulisan seperti yang telah dirangka. Pendahuluan hanya ditulis secara ringkas, memadai dengan satu atau dua ayat sahaja. Namun ia perlu merangkumi ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan agar pembaca lebih mudah untuk memahami apa yang ditulis.

Setiap isi dalam penulisan perlulah dinyatakan dan dikuti dengan penjelasan atau keterangan lanjut yang disertakan dengan contoh. Pelajar perlu memastikan kohesi dan koheren setiap ayat dalam penulisan dengan menggunakan penanda wacana yang betul. Penutup dalam penulisan juga dibuat secara ringkas iaitu membuat rumusan secara keseluruhan penulisan. Penulisan juga perlu diikuti dengan siste ejaan, tanda baca, tatabahasa, kosa kata dan wacana yang digunakan dengan betul dan sesuai.

3.3 PERINGKAT SELEPAS PENULISAN

Akhirnya selepas menyiapkan karangan, murid perlu menyemak dengan membaca semula hasil penulisan untuk menyemak pelbagai perkara seperti format, isi atau huraian, struktur ayat, tanda baca, ejaan, imbuhan dan perbendaharaan kata. Sekiranya terdapat kesalahan yang dikenal pasti dalam penulisan tersebut, pelajar perlu membuat pembetulan atau penambahan terhadap kekurangan yang terdapat dalam penulisan yang dihasilkan.

4.0 CIRI-CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

4.1 CIRI-CIRI WACANA

Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Ciri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. Selain itu setiap wacana yang hendak dihasilkan mestilah mempunyai tujuan kerana dengan itu, kita dapat menentukan jenis wacana yang hendak digunakan.

Dalam pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya. Hujah, pendapat dan ulasan tentang sesuatu isu yang disertakan dengan contoh pula ditulis dalam isi. Dalam bahagian penutup pula, kesimpulan atau rumusan secara menyeluruh dilakukan terhadap penulisan yang dibuat.

Wacana digunakan dalam penulisan berformat dan tidak berformat. Wacana dalam penulisan berformat meliputi dialog, syarahan, ucapan, perbahasan, berita, laporan, catatan harian, surat kiriman tidak rasmi dan surat kiriman rasmi. Manakala wacana tidak berformat pula tidak mempunyai format yang khusus yang kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd Rain, 2013).

Terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks iaitu:

TujuanHuraian

Kohesi atau tautanKeserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan tersebut dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan

Koheran atau runtutanKesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna.

TujuanDitentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga membolehkan penghasil wacana menentukan jenis wacana yang digunakan.

PenerimaanTahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

MaklumatTerbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya. Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Keadaansesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

Interteksbermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain. Wacana-wacana yang lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu

4.2 KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Tidak dapat dinafikan bahawa penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah penulisan karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis.

Wacana dalam penulisan karangan akan mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa secara keseluruhan bagi menghasilkan sebuah penulisan atau ucapan yang baik.

Penanda wacana merupakan perangkai kata untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan termasuklah:

Selain itu,Pada umumnya,Akhirnya,

Keadaan ini,Keseluruhannya,Seterusnya,

Namun begitu,Tegasnya,Jadi,

Akibatnya,Dalam nada berbeza,Sementara,

Begitu jua,Justeru,Kalau demikian,

Sebaliknya,Sejajar dengan itu,Walau bagaimanapun,

Walaupun,Meskipun demikian,Sebelumnya,

Kesimpulannya,Oleh hal demikian,Kini,

Pada amnya,Dengan perkataan lain,Khususnya,

Pada keseluruhannya,Jelaslah,Ringkasnya,

Penanda wacana perlu diberikan perhatian dalam bahagian karangan bermula daripada bahagian pendahuluan, huraian isi, contoh dalam huraian hinggalah bahagian penutup.

a) Penanda Wacana untuk Bahagian Pendahuluan Semasa cuti sekolah yang lalu, aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di kampung. Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral di kalangan remaja menjadi isu angat diperkatakan. Dalam zaman moden ini, penggunaan komputer sangat berguna dalam kehidupan kita.b) Penanda Wacana untuk Bahagian Isi Terdapat berbagai-bagai-bagai langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Di samping itu, sikap murid juga..... Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi masalah ini.c) Penanda Wacana untuk Bahagian Huraian Isi Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan apa-apa sahaja yang disukai. Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka kepada persekitaran. Oleh itu, kita sebagai murid hendaklah mematuhi peraturan sekolah.d) Penanda Wacana untuk Contoh dalam Huraian Isi Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi masalah gejala sosial dengan cara melaporkan kepada pihak polis. Sebagai contoh.....e) Penanda Wacana untuk Bahagian Penutup Akhir kata sambutlah salam anakanda untuk bonda dan ayahanda. Saya sudahi ucapan ini dengan..... Kesimpulannya, kerajinan menjadi faktor utama kejayan seseoang murid.

5.0 APLIKASI PENULISAN WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAHAplikasi penulisan wacana dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Contohnya : tajuk atau objektif : penulisan - Fakta.murid boleh memberikan pendapat dan menyusun isi mengikut turutan serta dapat menulis semula dengan baik..Kemahiran : 1.16 menyoal untuk mendapatkan maklumat. 3.35 menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.

Media pengajaran : - gambar, kad perkataan dan keratan akhbar.KBKK : Menjana idea. Menyusun mengikut keutamaan

5.1 MERANCANG PENULISAN

1. Kerangaka PenulisanPerkara yang paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu, fikirlah pula tentang langkah seterusnya.

a) PengenalanSetiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan. Dalam pengenalan, memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham. Murid perlu menaruik perhatian pembaca supaya membaca penulisan tersebut.b) IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk penulisan. Penulisan yang baik perlu mempunyai empat isi dan disusun dengan teratur serta berkaitan antara satu sama lain. Setiap isi perlulah dipecahkan dalamperenggan yang khusus dan isi yang yang utama mestilah didahulukan dalam penulisan tersebut. Pastikan semasa mengolah ayat, isi tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Keaslian isi penulisan sangatlah penting dalam menghasilkan sesebuah penulisan yang bermutu iaitu tidak meniru bulat-bulat daripada penulisan lain. Terdapat enam kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengenalpasti isi iaitu mengikut kaedah pertanyaan iaitu, apakah?, siapakah?, dimanakah?, bagaimanakah?, bilakah?, dan mengapakah?.c) PenutupJika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulan juga hendaklah memberikan kepuasan kepada pembaca (Juriah Long, Raminah sabran dan Sofiah Hamid, 1990).

Penutup merupakan rumusan secara menyeluruh bagi sesuatu penulisan yang telah dihasilkan. Dalam penutup, pendapat mengenai perbincangan atau tajuk penulisan juga perlu digambarkan secara ringkas dan penamatan penulisan mengejut dan tergantung perlulah dielakkan.

5.2 CARA MENULISSebelum menulis perkara yang perlu dilakukan adalah:a) Pemilihan tajuk atau soalanSemasa memilih tajuk soalan, baca dan fahami terlebih dahulu setiap tajuk atau soalan dan mengenalpasti segi bentuk iaitu berformat atau tidak berformat. Kemudian pilih ajuk yang benar-benar boleh dikuasai.

b) Penyusunan Rangka PenulisanDengan menggunakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi, senaraikan semua isi penting secara ringkas dan menyusun isi mengikut urutan dan kepentingan. Selepas itu, memasukkan hurai yang disertaan dengan conoh yang sesuai. Elakkan pengulangan isi utama.

c) PenulisanSemasa memulakan penulisan pastikan dengan pendahuluan pada perenggan yang pertama. Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan yang pertama. Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan yang disertai dengan contoh.

Bahagian penulisan yang ideal seharusnya mempunyai Perenggan pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan penutupd) Penyemakan penulisanSeterusnya setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan bagi memastikan tiada kelemahan dalam penulisan yang dihasilkan. Antara aspek yang perlu disemak ialah kejelasan tulisan, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imnuhan, struktur ayat dan aspek tatabahasa yang lain.

5.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh: 08 Mac 2014

Hari: Isnin

Masa: 8.40 9.40 pagi (60 minit)

Kelas:Tahun 6 Anggerik

Bil Murid: 35 Orang

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tema: Amalan Mulia

Topik/ Tajuk: Kebaikan Membaca-Penulisan

Hasil Pembelajaran : 1.16 menyoal untuk mendapatkan maklumat.3.35 menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.

Objektif:Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

a.Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat isi penting berdasarkan tajuk yang diberi

b.Menulis karangan dengan format yang betul.

c.Menghasilkan penulisan yang baik dari segi isi, struktur ayat, tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan huruf besar ditempat yang sesuai.

Pengetahuan sedia ada:Murid biasa membaca pada masa lapangseperti buku, majalah, komik, surat khabar pada masa lapang.

Sistem bahasa: Tatabahasa kata nama, kata hubung, ayat majmuk, tanda baca, penanda wacana

Kosa kata- ketekunan, faedah, masa lapang

Pengisian Kurikulum: Ilmu PKJR/ Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan/ Pendidikan Moral/ Pendidikan Agama

Nilai Berhati-hati, menurut peraturan, menjimatkan masa.

KBT- Kontekstual mengalipakasi, menghubungkait

Media Pengajaran: Media (kad situasi), Kad Manila, Laptop dan LCD.

Refleksi: ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

HBML 3303 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

24

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi5 Minit

1.2.Mencungkil pengetahuan sedia ada

Guru bersoaljawab dengan murid tentang cara hobi murid.

Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman membaca buku

Murid dijangka menjawab:-menonton televisyen-bermain bola-membaca buku

Murid bercerita tentang bahan yang mereka baca

KBT-membuat gambaran mental

KBT- Menjana Idea

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Langkah 1(10 Minit)1. Tayangan klip video2. Lagu Membaca Amalan Mulia

2.Mempelihatkan beberapa paparan/keeping gambar amalan membacaGuru menayangkan video klip lagu Membaca Amalan Mulia

Guru mengajukan soalan:1. Apa yang dapat dilihat dalam tayangan klip video yang dipertontonkan sebentar tadi?2. 3. Di mana amalan membaca boleh dilakukan?Apakah yang kita perolehi dengan amalan membaca?Mengapakah kita perlu membaca?4. 3. Murid menyanyi lagu mengikut klip video yang ditayangkan

Murid-murid akan memberi reaksi keatas soalan-soalan yang diajukan.

Beberapa orang murid secara individu diberi peluang untuk menyatakan menjawabatau menyatakan pendapat.KBT-menjana idea

- membuat kajian dan perhubungan

- menganalisa

-menyatakan sebab

-merumus

Langkah 2(15 Minit)

Gambar rangsangan(Murid membaca buku

Merangka karangan bertajuk: Kebaikan Membaca.Guru memperlihatkan beberapa keeping gambar /slide amalan membacai

Guru Membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

Kad Manila dan marker pen diberi kepada setiap kumpulan

Murid diarah menyenaraikan isi/rangka karangan dalam bentuk peta minda (Kumpulan)

1.Pendahuluan- masa, tempat

2.Isi karangan-kebaikan membaca

3.Penutup-kesan/pengajaran

Murid memerhati dan memberi reaksi

Murid bersedia menurut arahan

Setiap kumpulan bersedia dan memulakan perbincangan dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang dinyatakanKBT:Menjana idea

KBT:Pembelajaran Kontekstuan

Kemahiran belajar cara belajar

Pembelajaran Konstruktivisme

Perbincangan

Langkah 4(10 Minit)Melapor hasil kerja kumpulanSeorang wakil kumpulan yang dilantik dalam kumpulan akan melaporkan hasil kerja mereka.

Pujian diberikan

Wakil kumpulan dengan diiringi oleh ahlinya melaporkan hasil kerja masing-masing.

Rakan-rakan sekelas akan memberi komen dan tepukan atas usaha kerja sama dari kumpulan kerana Berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.KBT;-mengenal pasti idea utama

-mencirikan

-mengumpul maklumat

-membuat analogi

Langkah 5(15 Minit)

Menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.Murid diminta menulis karangan berdasarkan kerangka karangan yang telah dihasilkan oleh kumpulan masing-masing.

Guru membimbing murid terutama yang berkaitan dengan kesalahan perenggan,tatabahasa,ejaan, struktur ayat, tanda baca dan penggunaan tanda baca.

Catatan:Muridyang lambat diberi peluang untuk menyiapkan karangan di rumah.(Kerja rumah)

Murid menulis karangan. (Individu)

Murid membuat pembetulan akan kesilapan yang dilakukan.

Murid berhenti menulis. Murid yang telah selesai mengarang akan menghantar hasil kerja mereka untuk penilaian guru.Kemahiran Berfikir

-membuat gambaran mental

-belajar cara belajar

Penutup(5 Minit)Menyanyi lagu Kesalamatan di Jalan Raya

Merumus isi pelajaranMurid di mintaberdiri dan menyanyi lagu Keselamatan di Jalan raya

Guru merumus isi pelajaran sebagai penutup. Murid menyanyi dengan penuh bersemangat.

Murid memberperhatianPeneguhan

6.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satuayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaiatan antara sau perenggan dengan erenggan yang lain (koheren). Daripada penyataan inilah membuatkan sessebuah karya bahasa melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan atau lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau embaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas termasuk tahu akan dungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan ada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu idea yang ingin disampaikan. Pembaca akan menjadi keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan.

Mengarang bukanlah suatuproses yang hanya berdasarkan kepada jumlah idea atau isi, ejaan,tanda baca dan struktur semata-mata. Sebaliknya,proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang sempurna dari segi pengolahannya dan dan mempunyai wacana yang berkesan.

(3360 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Adenan Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi Kedua. Open University Malaysia. Meteor Doc.

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. KualaLumpur: PTS Publications and Distributors

Hashim Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf (tarikh muat turun : 19 FEB 2014)Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia.

Marohaini Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan Pustaka.

Nik Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah pendidikan sdn.bhd. Selangor Darul Ehsan.

Taringan.,Henry Guntur (1993). Pengajaran Kosakata. Bandung.Angkasa.

Yayat Surdayat. (2009). Makna Dalam Wacana : Prinsip-prinsip Semantik dan Pragmatik. Bandung, Indonesia.Yrama Widaya.

8.0 LampiranContoh Karang Fakta

Kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa kini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan atau rumah melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambah ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial, sukan dan lain-lain lagi. Ini tentu dapat meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, orang yang rajin membaca akan memperolehi banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dari menghiburkan seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi.Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsurkan hiburan kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat, Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Lampiran B

Peta Minda

Mengetahui perkembangan terkini

Menambah ilmu pengetahuanMerehatkan mindaMemperolehi banyak pengalaman dan pengajaranKebaikan Membaca