hasil pembelajaran - open university malaysia t2 bm... · 22 topik 2 pengeluaran ... penerangan...

28
PENGENALAN Tahukah anda bahawa teori makroekonomi mula membangun dan semakin popular berikutan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1929? Kegawatan ekonomi yang berterusan selama lebih daripada lima tahun ini telah mencatatkan kadar pengangguran sehingga 25% di Amerika. Ini bermakna bahawa setiap seorang dari empat orang adalah penganggur dan sememangnya ini menunjukkan kadar pengangguran yang sangat tinggi. Oleh itu, ahli ekonomi terkenal yang diketuai oleh ahli ekonomi Inggeris bernama John Maynard Keynes, mencadangkan bahawa pandangan makro akan diambil kira untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Pandangan ini digunakan semenjak teori mikroekonomi yang digunakan sebelum ini tidak dapat mengatasi kadar pengangguran yang tinggi. Semenjak peristiwa ini, teori makroekonomi pun mula berkembang. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan aliran model pendapatan; 2. Membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan keluaran negara kasar (KNK); 3. Menunjukkan bagaimana pengiraan KDNK dilakukan; 4. Membezakan antara KDNK benar dengan KDNK nominal; dan 5. Membincangkan empat masalah semasa mengukur keluaran negara. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 2 2 Pengeluaran Negara Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Upload: hakhuong

Post on 21-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa teori makroekonomi mula membangun dan semakin popular berikutan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1929? Kegawatan ekonomi yang berterusan selama lebih daripada lima tahun ini telah mencatatkan kadar pengangguran sehingga 25% di Amerika. Ini bermakna bahawa setiap seorang dari empat orang adalah penganggur dan sememangnya ini menunjukkan kadar pengangguran yang sangat tinggi. Oleh itu, ahli ekonomi terkenal yang diketuai oleh ahli ekonomi Inggeris bernama John Maynard Keynes, mencadangkan bahawa pandangan makro akan diambil kira untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Pandangan ini digunakan semenjak teori mikroekonomi yang digunakan sebelum ini tidak dapat mengatasi kadar pengangguran yang tinggi. Semenjak peristiwa ini, teori makroekonomi pun mula berkembang.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan aliran model pendapatan;

2. Membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan keluaran negara kasar (KNK);

3. Menunjukkan bagaimana pengiraan KDNK dilakukan;

4. Membezakan antara KDNK benar dengan KDNK nominal; dan

5. Membincangkan empat masalah semasa mengukur keluaran negara.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

22 Pengeluaran

Negara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

22

Dari semasa ke semasa, masalah lain juga perlu diselesaikan dengan menggunakan pandangan makro, seperti inflasi dan defisit. Tanpa inflasi dan pengangguran, sistem ekonomi pasaran bebas tidak boleh mengukur kestabilan dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kewujudan masalah ini dilihat sedikit sebanyak membantu membuka lebih banyak ruang untuk makroekonomi berkembang. Oleh itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada isu utama makroekonomi iaitu pengeluaran negara. Mari kita belajar lebih lanjut mengenai pengeluaran negara dalam topik baru yang menarik ini.

ALIRAN MODEL PENDAPATAN

Sedarkah anda bahawa tujuan utama aktiviti ekonomi negara adalah untuk memastikan bahawa semua rakyat berpuas hati dengan keperluan barang dan perkhidmatan? Ini adalah kerana tiada apa yang lebih penting daripada menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan rekreasi untuk setiap warganegara. Sebelum anda terus membaca, cuba fikir seketika bagaimana aktiviti ekonomi diukur. Aktiviti ekonomi negara selalunya diukur berdasarkan keluaran keseluruhan negara tersebut.

Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada konsep pengeluaran negara, adalah penting untuk anda memahami aliran model pendapatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 berikut. Model tersebut menunjukkan aktiviti ekonomi paling ringkas yang hanya melibatkan dua pihak iaitu isi rumah dan firma.

Pengeluaran negara dan keluaran negara adalah dua terma yang sama maksudnya iaitu merujuk kepada barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu seperti setahun.

2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 23

Rajah 2.1: Aliran model pendapatan

Rajah 2.1 tadi menunjukkan aliran fizikal barang (keluaran dan sumber) dan tunai antara isi rumah dengan firma. Setiap aliran fizikal barang akan diikuti oleh aliran tunai dari arah yang bertentangan. Aliran sumber (faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan) daripada isi rumah ke firma akan diikuti oleh tunai yang mengalir dari firma ke isi rumah. Sumber yang disumbangkan oleh isi rumah digunakan oleh firma dalam proses pengeluaran dan akan dibayar oleh firma. Aliran barang daripada firma kepada isi rumah juga akan diikuti oleh aliran tunai daripada isi rumah kepada firma melalui bayaran kepada barang yang dibeli oleh isi rumah daripada firma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

24

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)

Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menilai aktiviti ekonomi. Apa yang pasti, proses untuk mengambil alih tugas ini bukanlah kerja mudah. Ini juga berlaku kepada Malaysia. Malaysia mempunyai caranya yang tersendiri untuk menilai jumlah keluaran dan keluar masuk aktiviti ekonomi yang dipraktikkan. Adakah anda pernah diberitahu tentang perkara ini? Bagaimana kerajaan Malaysia menilai pengeluaran negaranya?

Konsep pengeluaran negara yang diaplikasikan oleh Malaysia adalah merupakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apakah yang dimaksudkan dengan KDNK?

Terdapat empat elemen penting dalam KDNK, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2: Empat elemen penting KDNK

Penerangan lanjut untuk empat elemen KDNK tadi adalah dalam subtopik seterusnya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam lingkungan sesebuah negara bagi sesuatu tempoh tertentu.

2.2

Kita selalu mendengar terma „produk keluaran negara‰ dinyatakan dalam berita ekonomi melalui media elektronik. Jelaskan apakah yang anda faham tentang produk keluaran negara.

AKTIVITI 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 25

2.2.1 Jumlah Nilai Pengeluaran

Untuk mengira jumlah nilai pengeluaran, anda perlu menambah nilai semua barangan. Sebagai contoh, nilai sebiji oren ditambah dengan nilai sebuah komputer, sebuah kereta, sebuah mesin pencuci kain dan sebagainya. Nilai KDNK barang dibuat berdasarkan harga pasarannya. Harga pasaran adalah harga bagi setiap satu item, perkhidmatan atau aset yang ditukar atau dijual beli dalam sistem pasaran. Mari kita lihat contoh.

Contoh 2.1: Jika sebiji oren dijual dengan harga 30 sen dan harga sebuah komputer adalah RM1,000, maka nilai 100 biji oren dan lima buah komputer adalah RM5,030 di mana ia adalah bersamaan dengan RM30 untuk oren dan RM5,000 untuk komputer.

2.2.2 Apakah yang Dihasilkan oleh Barang dan Perkhidmatan Akhir?

Pengiraan KDNK hanya mengambil kira harga pasaran bagi barang dan perkhidmatan akhir. Barang dan perkhidmatan akhir sebenarnya digunakan atau dibeli oleh individu dalam isi rumah, firma atau kerajaan dan tidak akan digunakan sebagai komponen dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan lain. Dengan kata lain, ia bukanlah barang dan perkhidmatan pertengahan seperti yang diterangkan dalam Contoh 2.2 berikut.

Contoh 2.2: Proton Waja (kereta Malaysia) adalah produk akhir tetapi tayar yang digunakan adalah barang pertengahan. KDNK hanya mengambil kira barang yang dijual di pasaran sahaja (kereta). Oleh itu, barangan yang dikeluarkan untuk kegunaan anda sendiri tidak diambil kira dalam pengiraan KDNK.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

26

2.2.3 Di Manakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan?

Hanya barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam lingkungan negara akan menjadi sebahagian KDNK negara tersebut. Oleh itu, barang dan perkhidmatan dikeluarkan dalam Malaysia adalah sebahagian KDNK Malaysia. Mari kita lihat Contoh 2.3 berikut.

Contoh 2.3: Nike merupakan syarikat Amerika di Malaysia yang mengeluarkan pakaian santai dan sukan. Nilai pakaian yang dikeluarkan di Malaysia adalah sebahagian KDNK negara kita dan bukannya KDNK Amerika. Sementara itu, Petronas merupakan syarikat Malaysia yang mengeluarkan minyak di Vietnam. Ia menyumbang kepada KDNK negara Vietnam dan bukannya negara kita.

2.2.4 Bilakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan?

KDNK mengambil kira hanya pengeluaran barang dan perkhidmatan yang baru dalam tempoh masa tertentu. Selalunya, dalam tempoh setiap tiga bulan atau setahun. Hanya barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut akan diambil kira untuk pengiraan KDNK. KDNK bukan sahaja menilai jumlah nilai pengeluaran tetapi ia juga mengira jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan sesebuah negara. Contoh 2.4 berikut menghuraikannya dengan lebih lanjut.

Contoh 2.4: Di Malaysia, Bank Negara menggunakan data suku tahunan untuk mengesan sebarang perubahan dalam aktiviti ekonomi jangka pendek. Ahli ekonomi dalam bahagian lain pula menggunakan data tahunan untuk menilai pertumbuhan aktiviti ekonomi dari segi jangka panjang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 27

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)

Bagaimanakah dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)? Apakah yang anda faham tentang KNK? Bagaimanakah ianya berbeza dengan KDNK? Mari kita teruskan pelajaran kita untuk mengetahui jawapannya. Tahukah anda ada satu lagi konsep yang digunakan untuk mengukur pengeluaran negara? Konsep tersebut ialah Keluaran Negara Kasar. Apakah yang dimaksudkan dengan KNK?

Keluaran Negara Kasar (KNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh rakyat negara tersebut menggunakan sumber negaranya sendiri (tidak kira sama ada operasi pengeluaran tersebut dijalankan di dalam atau luar negara).

2.3

Tandakan „B‰ untuk kenyataan yang betul atau „S‰ untuk kenyataan yang salah. 1. Pengeluaran negara bermaksud pengeluaran barang dan

perkhidmatan dalam lingkungan kawasan negara dalam tempoh masa tertentu. __________

2. Dalam menilai jumlah pengeluaran, KDNK dinilai dalam tempoh

tertentu sahaja. Selalunya tempoh setiap enam bulan atau tiga tahun. __________

3. Gucci adalah jenama Amerika. Nilai keluaran pakaian yang

dikeluarkan di Malaysia adalah sebahagian KDNK Amerika bukan kita. __________

4. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di Singapura adalah

dikira sebagai sebahagian daripada KDNK Singapura. __________ 5. Dalam mengira nilai pengeluaran negara, nilai KDNK bagi barang

adalah berdasarkan harga pasaran. __________

LATIHAN 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

28

Dengan erti kata lain, KNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dikeluarkan oleh firma asing walaupun operasi pengeluaran dijalankan dalam negara tersebut. Mari kita lihat contoh bagi KNK.

Contoh 2.5: Nilai pengeluaran pakaian oleh Nike di Malaysia tidak dimasukkan dalam pengiraan KNK Malaysia. Sebaliknya, ia digunakan dalam pengiraan KNK Amerika. Begitu juga petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas di Vietnam, ia tidak dimasukkan dalam KNK Vietnam. Sebaliknya, ia dimasukkan dalam KNK negara kita.

Berikut adalah formula bagi KNK:

KNK = KDNK + Pendapatan diperoleh rakyat negara melalui pelaburan asing Pendapatan diperoleh pelabur asing dalam pasaran domestik

Apabila memasuki pusat membeli-belah, cuba anda lihat premis perniagaan antarabangsa seperti Gucci, Laura Ashley, Guess, Dorothy Perkins, Topshop, Nike dan sebagainya. Apakah sumbangan yang dilakukan oleh perniagaan ini terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia? Berikan pendapat anda menggunakan konsep KDNK dan KNK.

AKTIVITI 2.2

1. Nyatakan perbezaan antara KNK dengan KDNK.

2. Satu produk dikeluarkan pada tahun 2002 tetapi dijual pada tahun 2003. Tahun yang manakah ia akan diambil kira untuk tujuan pengiraan KDNK?

3. Bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia, nilai manakah akan lebih tinggi, KDNK atau KNK?

LATIHAN 2.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 29

KAEDAH PENGIRAAN KDNK

Umumnya, ada tiga kaedah untuk mengira KDNK iaitu kaedah perbelanjaan, pengeluaran dan pendapatan. Walaupun kaedahnya berbeza, ia akan menghasilkan nilai yang sama. Mari kita lihat kaedah ini dalam subtopik seterusnya.

2.4.1 Kaedah Perbelanjaan

Pertama sekali, mari kita pelajari maksud „kaedah perbelanjaan‰.

Ada empat kumpulan yang membeli barang dan perkhidmatan akhir iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan pengguna luar negara. Perbelanjaan empat kumpulan ini boleh dibahagikan kepada empat kategori pula iaitu perbelanjaan penggunaan individu, pelaburan kasar, perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan, dan eksport bersih. Rajah 2.3 berikut menunjukkan empat kategori perbelanjaan tersebut.

Rajah 2.3: Empat kategori perbelanjaan

Kaedah perbelanjaan adalah jumlah perbelanjaan negara (bagi individu, firma dan kerajaan). Jumlah tersebut dihasilkan daripada permintaan akhir barang dan perkhidmatan.

2.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

30

Penerangan lanjut untuk setiap kategori perbelanjaan ini dijelaskan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Huraian Lanjut bagi Empat Kategori Perbelanjaan

Perbelanjaan Penerangan

Perbelanjaan Penggunaan Individu

Kategori ini termasuklah perbelanjaan oleh isi rumah bagi barang dan perkhidmatan akhir. Ia termasuklah perbelanjaan untuk makanan, cucian, sewaan dan sebagainya.

Pelaburan Kasar Kategori ini merujuk kepada pelaburan oleh firma ke atas modal berbentuk peralatan seperti mesin, bangunan dan tambahan kepada inventori. Pengeluaran yang tidak boleh dijual juga dimasukkan dalam inventori dan ini akan dimasukkan juga dalam pelaburan. Pembelian saham dan bon tidak termasuk sebagai pelaburan sehingga ia tidak dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan akhir. Formula bagi pelaburan kasar adalah seperti berikut: Pelaburan Kasar = Pelaburan bersih + Kemerosotan dalam aset

modal

Pembelian Kerajaan terhadap Barang dan Perkhidmatan Akhir

Kategori ini merujuk kepada perbelanjaan kerajaan pusat dan negeri terhadap barang dan perkhidmatan daripada sektor swasta. Bagi memastikan ia berfungsi secara lebih efektif, kerajaan perlu membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan firma.

Sebagai contoh, kerajaan membeli komputer, kertas, pen dan peluru. Semua barang adalah perlu kepada kerajaan supaya ia dapat berfungsi secara efektif.

Eksport Bersih Kategori ini adalah jumlah eksport tolak import (X M). Jika nilai jumlah eksport melebihi jumlah import, maka eksport bersih adalah positif. Sebaliknya, jika nilai eksport kurang daripada nilai import, maka eksport bersih adalah negatif.

Terdapat beberapa barang yang dikeluarkan dalam negara tidak boleh dijual dalam negara. Pada masa yang sama, terdapat beberapa barang yang diperlukan oleh masyarakat tidak dikeluarkan di dalam negara. Oleh itu, ia perlu dimport daripada luar negara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 31

Jumlah perbelanjaan untuk barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh negara adalah jumlah selepas mencampurkan kesemua empat kategori yang disenaraikan tadi. Formulanya adalah seperti berikut. (a) Perbelanjaan penggunaan individu = C

(b) Pelaburan = I

(c) Perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan akhir = G

(d) Eksport bersih = X M

Jumlah perbelanjaan menunjukkan nilai atau jumlah yang diperoleh oleh firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut.

2.4.2 Kaedah Pengeluaran

Mari kita lihat Rajah 2.4 berikut. Apakah yang boleh anda katakan tentang kaedah pengeluaran?

Jumlah perbelanjaan = C + I + G + (X M) = KDNK

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

32

Rajah 2.4: Kaedah pengeluaran

Berdasarkan kaedah pengeluaran, semua nilai barang dan perkhidmatan akhir daripada pelbagai sektor ekonomi perlu dijumlahkan. Rajah 2.4 tadi menunjukkan contoh sektor yang terdapat di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia, sektor ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sektor utama, sektor industri dan sektor perkhidmatan. Maklumat bagi nilai pengeluaran setiap sektor ini diperoleh melalui bancian. Kaedah ini menggunakan konsep menjumlahkan kesemua nilai untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah pengiraan dua kali?

Masalah pengiraan dua kali adalah situasi di mana nilai barang tersebut dikira lebih daripada sekali apabila menilai KDNK.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 33

Apakah kesan masalah ini? Masalah ini boleh menyebabkan KDNK terlebih kira atau jangkaan dan nilai ini tidak menunjukkan nilai sebenar. Untuk memudahkan anda memahami konsep ini, mari kita rujuk Contoh 2.6.

Contoh 2.6: Andaikan terdapat tiga langkah untuk mengeluarkan pakaian (Jadual 2.2).

Jadual 2.2: Kaedah Nilai Tambah

Proses Nilai Tambah (RM)

Nilai Tambah (RM)

Firma I Kapas kepada benang Firma II Benang kepada kain Firma III Kain kepada pakaian

100 150 230

100 50 80

JUMLAH 230

Dalam proses pertama, kapas diproses menjadi benang dan dijual kepada Firma II sebanyak RM100. Pada peringkat ini, nilai RM100 dikeluarkan (andaikan kapas itu diperoleh secara percuma). Firma II kemudian menghasilkan kain menggunakan benang dan menjualnya kepada Firma III sebanyak RM150. Proses ini ditambah dengan nilai RM50 daripada nilai asal RM100. Seterusnya, kain dijadikan pakaian dalam langkah ketiga pengeluaran. Pakaian ini kemudian dijual oleh Firma III untuk pengguna pada harga RM230. Ini bermakna, nilai RM80 telah ditambah dalam harga ketika kain dibeli. Berdasarkan kaedah pengeluaran, hanya nilai akhir pengeluaran sahaja yang diambil kira dalam pendapatan negara. Dalam kes ini, hanya nilai akhir RM230 sahaja diambil kira. Jika nilai barang pertengahan dimasukkan (contohnya, 100 + 150 + 230), ini akan bermaksud nilai tersebut telah ditambah dua kali dan pendapatan negara akan terlebih kira.

2.4.3 Kaedah Pendapatan

Bagaimanakah kita menggunakan kaedah pendapatan dalam mengira KDNK? Mengira KDNK menggunakan kaedah pendapatan adalah bermaksud menjumlahkan pendapatan yang dibayar oleh firma kepada isi rumah untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

34

faktor pengeluaran yang digajikan oleh firma. Sebagai contoh, buruh, tanah, modal dan usahawan. Kaedah ini membahagikan pendapatan kepada lima bahagian seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.3 berikut.

Jadual 2.3: Lima Kategori bagi Kaedah Pendapatan

Kaedah Pendapatan Penerangan

Upah Pekerja Ia bermaksud upah yang dibayar kepada pekerja. Ini termasuklah upah bersih dan gaji, ditambah dengan faedah sampingan yang dibayar oleh majikan seperti insurans kesihatan, sumbangan keselamatam sosial dan sumbangan wang simpanan atau pencen.

Faedah Bersih Merupakan bayaran faedah ke atas deposit yang dibuat oleh bank kepada pelanggan atau isi rumah. Bayaran ini mesti mengurangkan faedah yang dibayar oleh pelanggan atau isi rumah untuk pinjaman yang diambil.

Pendapatan Sewa Merupakan jumlah sewa yang dikutip bagi penggunaan tanah dan input lain. Ia termasuklah bayaran sewa rumah dan anggaran sewa yang perlu dibayar oleh mereka yang tinggal di rumah mereka sendiri.

Untung Korporat Merupakan keuntungan yang diperoleh oleh sektor isi rumah bagi membekalkan perkhidmatan keusahawanan melalui syarikat. Keuntungan korporat dibayar sebagai dividen dan keuntungan yang tidak dibahagikan dianggap juga sebagai pendapatan.

Pendapatan Pengusaha

Pengusaha adalah seseorang yang memiliki perniagaan sendiri. Pendapatan beliau termasuklah jumlah semua empat sumber pendapatan yang dinyatakan tadi.

Namun, pendapatan pengusaha adalah sukar untuk dibahagikan ke dalam pampasan pekerja, pendapatan sewa dan keuntungan. Oleh itu, ia perlu digabungkan ke dalam kategori tunggal iaitu pendapatan pengusaha.

Akhir sekali, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendapatan negara boleh diukur dengan menambah jumlah semua pendapatan dalam Jadual 2.3 tadi. Ini kemudiannya boleh diringkaskan menjadi formula berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 35

PENYELARASAN KOS FAKTOR KEPADA HARGA PASARAN

Dalam proses pengiraan KDNK, pendekatan perbelanjaan menilai barang dan perkhidmatan pada kadar pasaran, manakala pendekatan pendapatan pula membuat pengiraan berdasarkan kos faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu barang dan perkhidmatan. Terdapat dua elemen penting yang membezakan harga pasaran daripada kos faktor. Elemen tersebut ialah cukai tidak langsung dan subsidi. Cukai jualan menyebabkan nilai harga pasaran menjadi lebih tinggi daripada kos faktor, manakala subsidi membuatkan kos faktor yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Dalam usaha untuk menyesuaikan kos faktor kepada harga pasaran, cukai tidak langsung perlu ditambah dan subsidi perlu dipotong seperti yang ditunjukkan dalam formula berikut.

2.5

Pendapatan Negara = Upah pekerja + Faedah bersih + Pendapatan sewa + Keuntungan korporat + Pendapatan pengusaha = KDNK

Kos Faktor + (Cukai Tidak Langsung Subsidi) = Harga Pasaran

Berikan makna bagi setiap kaedah di bawah dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Kategori Pendekatan Pendapatan Makna

Upah pekerja

Faedah bersih

Pendapatan sewa

Keuntungan korporat

Pendapatan pengusaha

SEMAK KENDIRI 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

36

Mari kita lihat Contoh 2.7 berikut yang menunjukkan bagaimana untuk mengira nilai KDNK bagi daerah X pada harga pasaran.

KEGIATAN EKONOMI YANG TIDAK DINYATAKAN

2.6

Contoh 2.7: Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pendapatan negara X:

KDNK pada kos faktor [KDNK (kf)] = RM100 juta Cukai tidak langsung = RM25 juta Subsidi = RM7 juta

Apakah nilai KDNK bagi negara X pada harga pasaran? Jawapan: KDNK (hp) = GDPkf + cukai tidak langsung subsidi = RM100 juta + RM25 juta RM7 juta = RM118 juta Oleh itu, KDNK pada harga pasaran bagi negara X adalah RM118 juta.

1. Nyatakan tiga kaedah untuk mengira KDNK.

2. Bagaimanakah nilai kos faktor diselaraskan kepada nilai pasaran?

LATIHAN 2.3

Apakah pandangan anda terhadap pengeluaran pertanian tradisional yang dijalankan di kampung (ini merujuk khusus kepada petani yang tidak menjual hasil pertanian mereka dan hanya untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka)? Bagaimanakah aktiviti ekonomi ini diukur?

AKTIVITI 2.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 37

Dalam mengukur KDNK, hanya nilai pengeluaran daripada aktiviti ekonomi yang produktif, sah di sisi undang-undang dan dipasarkan sahaja akan dikira. Namun, anda tentu sedar bahawa terdapat juga aktiviti ekonomi yang produktif tetapi menyalahi undang-undang dan tidak dipasarkan. Subtopik berikut menerangkan empat contoh aktiviti yang tidak termasuk dalam pengiraan KDNK.

2.6.1 Keluaran Pertanian Petani Tradisional

Dalam pertanian tradisional, beberapa output yang dihasilkan adalah digunakan untuk kegunaan pengusaha itu sendiri. Walaupun aktiviti ekonomi ini adalah produktif, ia tidak dipasarkan. Oleh itu, jenis pertanian pada skala yang lebih kecil tidak termasuk dalam pengiraan KDNK. Rajah 2.5 berikut menunjukkan satu contoh pertanian tradisional.

Rajah 2.5: Penanaman padi merupakan aktiviti pertanian tradisional

Sumber: http://images.google.com.my

2.6.2 Aktiviti Haram

Walaupun aktiviti-aktiviti seperti pengedaran dadah, pelacuran, perjudian atau perdagangan pasaran gelap adalah produktif dan menjana wang yang banyak, ia tidak termasuk dalam pengiraan KDNK. Ini adalah kerana aktiviti tersebut menyalahi undang-undang, norma dan agama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

38

2.6.3 Aktiviti Produktif yang Tidak Dibayar

Adakah anda sedar terdapat pelbagai aktiviti produktif yang tidak dibayar? Sebagai contoh, kerja rumah yang dilakukan oleh suri rumah. Kerja ini tidak dibayar dan oleh itu, ia sukar untuk dinilai. Justeru, ia tidak termasuk dalam pengiraan KDNK. Walau bagaimanapun, jika kerja itu diberikan kepada pembantu rumah dan beliau telah dibayar untuk kerja yang dilakukan, maka ia akan diambil kira dalam KDNK.

2.6.4 Ganjaran Bukan Wang

Ia adalah perkara biasa bagi pengurus syarikat untuk menerima sebahagian faedah dalam bentuk sesuatu yang lain daripada wang tunai. Sebagai contoh, penginapan hotel atau pengangkutan percuma. Walaupun ini meningkatkan pendapatan sebenar, ia masih tidak termasuk dalam pengiraan KDNK. Selain aktiviti yang tidak termasuk dalam pengiraan KDNK, terdapat juga batasan konsep KDNK dari segi kebajikan sosial. Seperti yang kita tahu, peningkatan dalam KDNK adalah perkara yang baik dan ia adalah salah satu objektif utama dasar ekonomi makro. Walau bagaimanapun, bolehkah kita menggunakan konsep KDNK sebagai langkah kebajikan? Penurunan tahap jenayah dalam negara pasti meningkatkan kebajikan sosial tetapi tahap jenayah tidak diukur dalam KDNK. Jika tahap jenayah menurun, masyarakat akan menjadi lebih baik, tetapi penurunan dalam jenayah tidak meningkatkan pengeluaran, oleh itu ia tidak dicerminkan dalam KDNK. Begitu juga dalam kes pencemaran, KDNK tidak mencerminkan kerugian. Ia hanya menunjukkan KDNK yang lebih tinggi apabila pengeluaran yang lebih dihasilkan meskipun wujud kesan pencemaran kepada masyarakat.

KDNK BENAR DAN KDNK NOMINAL

Perlu diingat bahawa nilai KDNK bagi negara berubah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan harga yang sentiasa turun naik mengikut keadaan semasa. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan peningkatan dalam pengeluaran adalah penting. Walau bagaimanapun, elemen perubahan pada harga telah diketepikan daripada nilai pengeluaran negara. Data yang terpencil ini amat diperlukan kerana ia menunjukkan perbezaan harga yang lebih bermakna kepada ekonomi. Bagi pembuat dasar pula, ia penting kerana mencerminkan aktiviti ekonomi sebenar.

2.7

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 39

Terdapat dua jenis KDNK iaitu KDNK benar dan KDNK nominal. Mari kita lihat definisi mereka.

Untuk memudahkan anda memahami kedua-dua konsep ini, mari kita rujuk Contoh 2.8 berikut.

KDNK nominal bermakna ukuran nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dinyatakan dalam harga semasa. Perubahan harga akan memberi kesan kepada nilai KDNK.

KDNK benar bermakna nilai KDNK yang tidak mempunyai sebarang unsur perubahan harga dalam perhitungannya. KDNK dikira berdasarkan harga tetap.

Contoh 2.8: Bayangkan negara X hanya menghasilkan dua barangan iaitu makanan dan pakaian. Jadual 2.4 berikut menunjukkan kuantiti dan harga bagi kedua-dua barangan bagi tahun 2001 dan 2002.

Jadual 2.4: Kuantiti dan Harga bagi Negara X

Tahun Kuantiti (Unit) Harga

Makanan Pakaian Makanan Pakaian

2010 5 10 RM20 RM15

2011 7 12 RM22 RM15 Berdasarkan maklumat dalam Jadual 2.4 tadi, nilai KDNK nominal (nilai barangan yang dikeluarkan untuk tahun tertentu bagi negara itu pada tahun 2010 dan 2011) dinyatakan seperti berikut:

Tahun 2010 (5 Makanan RM20) + (10 Pakaian RM15) = RM250

Tahun 2011 (7 Makanan RM22) + (12 Pakaian RM15) = RM334

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

40

KDNK bagi tahun 2010 adalah berdasarkan harga bagi tahun 2010 seperti berikut:

(5 Makanan RM20) + (10 Pakaian RM15) = RM250

Memandangkan harga yang digunakan adalah sama iaitu harga bagi tahun 2010, nilai KDNK benar dan KDNK nominal adalah sama pada harga RM250. Berdasarkan harga bagi tahun 2010, nilai KDNK benar untuk 2011 ialah:

(7 Makanan RM20) + (12 Pakaian RM15) = RM320

Secara perbandingan, nilai KDNK bagi tahun 2011 adalah lebih rendah daripada nilai KDNK nominal bagi tahun yang sama. Ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga makanan pada tahun 2010 hingga 2011. KDNK benar boleh diukur dengan menggunakan harga tetap pada sebarang tahun. Pada tahun 2011, KDNK benar juga boleh diukur berdasarkan harga 2011. Kadar pertumbuhan KDNK benar antara 2010 dan 2011 boleh dikira seperti berikut:

(RM320 RM250 / RM250 100 = 28%

Nilai 28% menunjukkan kadar pertumbuhan purata bagi kedua-dua makanan dan pakaian bagi negara X.

1. Nyatakan jenis aktiviti yang tidak termasuk dalam pengiraan pengeluaran negara.

2. Jelaskan perbezaan antara KDNK benar dengan KDNK nominal.

LATIHAN 2.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 41

KEGUNAAN DATA PENGELUARAN NEGARA

Tahukah anda bahawa data pengeluaran negara mencerminkan aktiviti ekonomi keseluruhan bagi negara? Ia amat berguna untuk banyak pihak. Bagi Malaysia, pihak tersebut termasuklah kerajaan, pembuat dasar dan Bank Negara. Apakah kegunaan data ini? Rajah 2.6 menyenaraikan lima kegunaan utama data pengeluaran negara.

Rajah 2.6: Kegunaan data pengeluaran negara

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut lima kegunaan utama data pengeluaran negara dalam bahagian seterusnya. (a) Mengukur Prestasi Ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi boleh dikira dengan membandingkan data

pengeluaran negara semasa dengan tahun sebelumnya. Maklumat mengenai kadar pertumbuhan ekonomi membantu kerajaan membuat perbandingan dengan negara lain.

(b) Memudahkan Pembuat Dasar dalam Merancang Pembuat dasar memerlukan data pengeluaran negara untuk menggubal

dasar ekonomi untuk tahun yang akan datang. Pengeluaran kebangsaan merupakan panduan penting yang menyediakan maklumat tentang prestasi ekonomi negara. Oleh itu, ia adalah penting untuk tujuan perancangan.

2.8

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

42

(c) Menunjukkan atau Menyatakan Kejayaan atau Kegagalan Dasar Kerajaan Kerajaan dapat menilai keberkesanan dasar ekonomi yang telah

dilaksanakan berdasarkan maklumat mengenai pengeluaran negara. Ia juga membolehkan kerajaan untuk melihat apa-apa masalah ekonomi yang mungkin boleh timbul dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(d) Mengukur Taraf Hidup Rakyat Data pengeluaran negara digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat.

Biasanya, nilai KDNK benar atau KDNK per kapita digunakan sebagai kayu pengukur. Dengan data ini, kita boleh membandingkan taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa atau membandingkannya dengan negara lain.

(e) Menilai Sumbangan Sektor Ekonomi terhadap Ekonomi Negara Berdasarkan pendekatan pengeluaran, sumbangan yang dibuat oleh setiap

sektor ekonomi ke arah pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan boleh dinilai. Kerajaan boleh mengenal pasti sektor yang dianggap tulang belakang kepada ekonomi negara. Berdasarkan prestasi setiap sektor itu, kerajaan juga boleh menilai kejayaan atau kegagalan dasar yang berkaitan dengan setiap sektor.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGELUARAN NEGARA

Tahap pengeluaran sesebuah negara selalu berubah-ubah mengikut masa. Pengeluaran negara maju seperti Amerika dan Jepun adalah lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran negara membangun seperti Sri Lanka dan Thailand. Ada dua jenis faktor yang boleh memberi kesan kepada tahap pengeluaran negara ialah faktor dalaman dan faktor luaran.

2.9.1 Faktor Dalaman

Antara faktor dalaman yang memberi kesan kepada tahap pengeluaran negara adalah sumber asli seperti petroleum dan gas. Negara yang kaya dengan sumber semula jadi pasti mempunyai tahap pengeluaran negara yang lebih tinggi berbanding dengan negara yang tidak mempunyai sumber semula jadi.

2.9

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 43

Faktor tenaga atau buruh memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah pengeluaran negara. Negara yang mempunyai pekerja yang rajin dan berkebolehan, sebagai contoh, Jepun, pasti akan meningkatkan tahap pengeluaran negara berbanding dengan negara dengan pekerja yang malas dan tidak produktif.

Di samping itu, jumlah modal yang dimiliki oleh sesebuah negara juga memberi kesan kepada tahap pengeluaran negara. Negara yang mempunyai modal yang kurang tidak mampu untuk menghasilkan output yang besar berbanding dengan negara yang mempunyai modal yang lebih.

Tahap teknologi juga menentukan tahap pengeluaran negara. Negara yang mempunyai pengetahuan dan kemajuan teknologi mampu menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan kaedah yang lebih cepat dan lebih cekap.

2.9.2 Faktor Luaran

Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan asing, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan tahap pendapatan.

Adakah anda tahu bahawa perdagangan juga memberi kesan kepada pendapatan negara? Terdapat syarat perdagangan yang perlu dipatuhi dalam negara. Apakah yang dimaksudkan dengan syarat perdagangan?

Syarat perdagangan adalah baik jika ia menunjukkan bahawa negara sedang menerima kuantiti import yang lebih tinggi berbanding dengan kuantiti eksport. Ini bermakna, negara tersebut perlu membayar kurang untuk produk yang diimport iaitu ia perlu memberi kurang eksport untuk import yang diterimanya.

Menerima bantuan daripada negara lain juga boleh meningkatkan taraf hidup negara penerima. Sebagai contoh, bantuan yang disediakan oleh organisasi antarabangsa dan negara maju boleh membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negara miskin. Begitu juga dengan pengeluaran oleh negara membangun. Ia boleh diperbaiki dengan bantuan negara lain.

Syarat perdagangan merujuk kepada nisbah jumlah sesebuah negara menerima bagi komoditi eksport kepada jumlah ia membayar untuk komoditi import.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

44

MASALAH DALAM PENGIRAAN PENGELUARAN NEGARA

Pengiraan pengeluaran negara adalah proses yang sangat rumit dan banyak masalah boleh timbul semasa proses ini dijalankan. Rajah 2.7 berikut menunjukkan empat masalah yang biasanya timbul semasa proses pengiraan pengeluaran negara dilakukan.

Rajah 2.7: Empat masalah dalam pengiraan pengeluaran negara

2.10

1. Apakah kegunaan data pengeluaran negara? 2. Bincangkan faktor yang memberi kesan kepada tahap pendapatan

negara.

LATIHAN 2.5

Proses pengiraan pengeluaran negara bukanlah sesuatu yang mudah. Selalunya, masalah yang tidak diduga muncul dan akan membuatkan perkara menjadi lebih sukar. Sebelum anda meneruskan subtopik ini, cuba kenal pasti masalah yang biasa anda baca dalam surat khabar berkaitan dengan ekonomi.

AKTIVITI 2.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 45

Keempat-empat masalah tersebut dibincangkan dengan lebih lanjut seperti berikut. (a) Mengumpul Maklumat Mengumpul maklumat atau data adalah sukar kerana ada beberapa pihak,

seperti ahli perniagaan kecil-kecilan dan petani yang tidak menyimpan rekod terperinci aktiviti ekonomi mereka. Nilai pengeluaran yang diperoleh daripada mereka biasanya dalam bentuk anggaran. Kesilapan selalu berlaku ketika mengklasifikasikan maklumat ini di mana ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam proses pengiraan.

(b) Mengira Dua Kali Kesukaran dalam membezakan barangan akhir daripada barang pengantara

mungkin membawa kepada masalah pengiraan dua kali. Produk boleh diklasifikasikan sebagai barangan akhir atau pertengahan bergantung kepada penggunaannya. Sebagai contoh, tepung yang dibeli oleh suri rumah boleh dianggap sebagai produk akhir. Walau bagaimanapun, tepung yang dibeli oleh pembuat roti dianggap sebagai produk perantaraan.

(c) Menentukan Harga Barangan Biasanya, harga barangan adalah berbeza dari satu kawasan dengan

kawasan yang lain. Di samping itu, terdapat harga barang tertentu yang sentiasa berubah. Sebagai contoh, harga minyak sawit yang berubah setiap hari. Oleh itu, kesukaran timbul dalam menentukan harga yang perlu diambil kira dalam menghitung pengeluaran negara.

(d) Penurunan Nilai (Susut Nilai) Ia adalah sukar untuk mengira nilai mata wang kerana tidak ada rekod

yang terperinci mengenai beberapa aktiviti ekonomi. Selain itu, terdapat kaedah yang berbeza dalam mengira penyusutan nilai selain setiap kaedah yang memberikan angka yang berbeza.

Berdasarkan pemahaman anda tentang masalah yang biasanya timbul dalam pengiraan pengeluaran negara, kenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak disebut dalam perbincangan tadi. Cuba anda senaraikan.

AKTIVITI 2.5

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

46

KITARAN PERNIAGAAN

Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita belajar tentang kitaran perniagaan bagi pengeluaran negara. Adakah anda masih ingat maksud „kitaran perniagaan‰ yang telah anda jumpa dalam Topik 1 yang lalu?

Biasanya, kitaran perniagaan berlangsung dalam tempoh antara 2 hingga 10 tahun, disertai oleh pengembangan dan penguncupan dalam pelbagai sektor ekonomi. Mari kita lihat Rajah 2.8 berikut yang menunjukkan kitaran perniagaan.

Rajah 2.8: Kitaran perniagaan

Berdasarkan Rajah 2.8 tadi, anda boleh melihat bahawa terdapat lima peringkat kitaran perniagaan iaitu puncak, lompang, pemulihan, pertumbuhan (perkembangan) dan kemelesetan (penguncupan). Terdapat titik antara peringkat yang ditunjukkan oleh puncak dan lompang. Ia merupakan fasa yang paling penting dalam kitaran perniagaan iaitu pertumbuhan (perkembangan) dan kemelesetan (penguncupan). Ekonomi dikatakan mencapai kitaran penuh apabila ekonomi telah melalui lima peringkat. Sebagai contoh, kitaran perniagaan yang bermula di puncak menjadi lengkap apabila ia berakhir di puncak seterusnya.

Kitaran perniagaan boleh ditakrifkan sebagai perubahan berkala dalam kadar aktiviti ekonomi, seperti yang diukur oleh tahap pekerjaan, harga dan pengeluaran.

2.11

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 47

Kemelesetan bermula di puncak dan berakhir pada lompang. Kemelesetan berlaku apabila nilai pengeluaran negara sebenar jatuh untuk dua suku tahun berturut-turut. Ciri-ciri utama kemelesetan termasuk penurunan dalam permintaan untuk tenaga kerja dan pengurangan dalam perbelanjaan oleh pengguna. Kemelesetan juga dicerminkan dalam penurunan dalam keuntungan syarikat. Apabila perbelanjaan pengguna berkurangan semasa kemelesetan, produk firma yang tidak terjual meningkat dan ini akan meningkatkan inventori firma. Sebaliknya, pengembangan bermula pada lompang dan berakhir di puncak. Pada peringkat awal pengembangan, ia dipanggil pemulihan. Ini berlaku apabila pengeluaran negara meningkat selama enam bulan secara berterusan. Pertumbuhan dalam ekonomi mencerminkan peningkatan keyakinan sektor perniagaan, kenaikan dalam pelaburan dan permintaan untuk buruh. Dengan peningkatan pendapatan, kuasa beli rakyat juga turut meningkat. Keuntungan firma juga akan meningkat tetapi inventori akan dikurangkan.

Aliran model pendapatan menunjukkan aktiviti ekonomi paling ringkas di mana ia hanya melibatkan dua pihak iaitu isi rumah dan firma.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam lingkungan negara bagi sesuatu tempoh tertentu.

Keluaran Negara Kasar (KNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh rakyat negara tersebut menggunakan sumber negaranya sendiri (tidak kira sama ada operasi pengeluaran tersebut dijalankan di dalam atau luar negara).

1. Ada banyak masalah yang perlu diambil kira dalam pengiraan pengeluaran negara. Jelaskan masalah yang biasa timbul dalam pengiraan ini.

2. Tentukan kitaran perniagaan dan bincangkan lima fasa dalam

kitaran perniagaan.

LATIHAN 2.6

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

48

KDNK dikira dengan menjumlahkan perbelanjaan penggunaan individu (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan akhir (G) dan eksport bersih (X M). Formulanya adalah seperti berikut:

Jumlah perbelanjaan = C + I + G + (X M) = KDNK

KDNK sebenar bermakna nilai KDNK yang tidak mempunyai sebarang unsur perubahan harga dalam perhitungannya. KDNK dikira berdasarkan harga tetap.

KDNK nominal bermakna ukuran nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dinyatakan dalam harga semasa. Perubahan harga akan memberi kesan kepada nilai KDNK.

Empat masalah semasa mengukur keluaran negara ialah pengumpulan maklumat, mengira dua kali, penentuan harga barangan dan penurunan nilai (susut nilai).

Aliran kitaran

KDNK benar

KDNK nominal

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Keluaran Negara Kasar (KNK)

Kitaran perniagaan

Masalah pengiraan dua kali

Pendekatan pengeluaran

Pendekatan perbelanjaan

Pengeluaran negara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)