hasil carian neraka hadis bukhari, muslim dan lain2

Upload: laz-caliphs

Post on 21-Jul-2015

336 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA neraka BERJAYA MENCAPAI 600 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 1 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2682. aksudnya Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami, dari Al-Ala' bin Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Allah mengumpulkan manusia di hari kiamat di satu tanah lapang, kemudian Tuhan semesta alam nampak atas mereka dan berfirman :"Ingat, setiap orang mengikuti apa yang mereka sembah," lalu dijelmakan salib bagi orang menyembahnya, dijelmakan patung bagi orang yang menyembahnya, dan dijelmakan api bagi orang yang menyembahnya. Mereka mengikuti apa yang mereka sembah, dan tinggal orang muslim, kemudian Allah nampak atas mereka dan Dia berfirman :"Apakah kamu tidak mengikuti orang-orang itu ?" Mereka menjawab :"Kami berlindung kepada Allah dariMu, kami berlindung kepada Allah dariMu, Allah Tuhan kami, dari inilah tempat kami sehingga dapat melihat Tuhan kami", Allah memerintahkan mereka untuk tetap di tempat. Mereka bertanya :"Apakah kami melihat Allah, wahai Rasulullah ?" Beliau menjawab :"Apakah kamu terhalang melihat bulan pada malam purnama ?" Mereka menjawab :"Tidak, wahai Rasulullah !". Beliau menjawab :"Sungguh kamu tidak terhalang melihat Allah pada saat itu, kemudian tidak nampak, lalu nampak, kemudian Dia mengenalkan diriNya kepada mereka dan berfirman 'Aku Tuhan mu ikutilah Aku'. Lalu orang-orang Muslimin berdiri dan jambatan diletakkan, kemudian mereka lewat atasnya seperti larinya kuda yang bagus dan penunggang kuda (yang pandai). Dan doa mereka di atas jambatan adalah 'Selamatkanlah, selamatkanlah'. Ahli neraka tertinggal lalu mereka dihentam oleh gelombang hingga masuk neraka. Kemudian mereka ditanya :"Apakah kamu sudah penuh", neraka menjawab :"Apakah ada tambahan ?" lalu mereka dihentam oleh gelombang hingga masuk di neraka, lalu mereka ditanya: "Apakah kamu sudah penuh ?" maka ia menjawab :"Apakah ada tambahan ?" sehingga mereka masuk semua di neraka, maka Allah Yang Maha Pemurah meletakkan tumitNya di neraka, dan berkumpullah sebahagian ahli neraka dengan yang lain, kemudian Allah bertanya :"Cukup ?". Mereka menjawab :"Cukup, cukup". Apabila Allah telah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka, maka kematian di datangkan dalam keadaan di pegang, lalu disuruh berdiri di atas pagar antara ahli syurga dan ahli neraka kemudian dikatakan 'Hai ahli syurga', lalu mereka nampak dalam ketakutan, kemudian dikatakan 'hai ahli neraka', lalu mereka nampak gembira mengharapkan syafaat. Kemudian dikatakan kepada ahli syurga dan ahli neraka 'Apakah kamu mengenal ini ?' Mereka menjawab :"Sungguh kami mengenalnya, dia adalah kematian yang ditugaskan kepada kami, lalu kematian itu di baringkan dan disembelih di atas pagar tadi kemudian diucapkan :'Hai ahli syurga kamu abadi di syurga, dan wahai ahli neraka kamu abadi di neraka, tidak ada kematian". Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 2 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0441. Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan

purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala). Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasi neraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masingmasing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya

keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula." 3 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0149. Dari 'Atha' bin Yazid Al Laytsi r.a., katanya Abu Hurairah r.a., mengabarkan kepadanya, bahawa orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw., "Dapatkah kami melihat Tuhan kami nanti di hari kiamat?" Jawab Rasullullah saw., "Apakah kamu mendapat kesulitan melihat bulan purnama di malam empat belas?" Jawab mereka "Tidak, ya Rasulullah!" Tanya, "Apakah kamu merasa sulit melihat matahari di langit tak berawan?" Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah!" Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya anda semua akan melihatNya nanti seperti itu. Di hari kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan seluruh umat manusia, lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah selain Aku, hendaklah dia mengikutinya!' Maka siapa yang menyembah matahari, diikutinya matahari, siapa yang menyembah bulan diikutinya bulan, dan siapa yang menyembah berbagai berhala, diikutinya pula berhala-berhala itu. Maka tinggallah umat ini (orang-orang mukmin), yang di dalamnya termasuk pula orang-orang munafik. Allah Tabaraka wa Ta'ala mendatangi mereka dalam bentuk lain yang tidak mereka kenal. Lalu Allah berfirman, "Akulah Tuhanmu! (Ikutilah aku!)" Jawab mereka, "Kami berlindung dengan Allah dari tipudayamu. Kami akan tetap di tempat kami ini sampai Tuhan kami datang menjemput kami. Apabila Tuhan kami telah datang, kami akan mengenal-Nya." Maka datanglah Allah Ta'ala dalam bentuk yang mereka kenal, seraya berfirman, "Akulah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami!" Kata Nabi saw. melanjutkan, "Lalu dibentangkan titian pada kedua sisi neraka jahanam. Aku dan umatkulah yang pertama-tama melalui titian itu. Pada hari itu tidak ada yang diperkenankan berbicara kecuali para Rasul. Doa mereka itu, "Wahai, Allah! Selamatkanlah! Selamatkanlah!" Di dalam neraka jahanam ada semacam kaitan seperti pancing, runcing bagaikan duri sa'dan. Pernahkah Anda semua melihat duri Sa'dan? Jawab mereka, "Pernah, ya Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Nah! Seperti duri Sa'dan itu tetapi tidak terkira-kirakan besarnya, selain hanya Allah yang dapat mengetahuinya. Kaitan itu akan mengait setiap umat manusia yang lalu di titian itu kerana amal perbuatan mereka. Orangorang yang beriman akan terlepas dari bahaya itu sesuai dengan amal mereka, dan ada pula yang dihukum beberapa lama, sampai ia bebas dari hukuman itu. Setelah Allah selesai mengadili perkara para hamba-Nya, Ia ingin mengeluarkan dengan rahmat-Nya penduduk neraka yang dikehendaki-Nya, lalu Dia memerintahkan para malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang tidak mempersekutukan-Nya dengan yang lain-lain. Yaitu orang yang mengakui tidak ada Tuhan selain Allah. Para malaikat mengenal mereka yang di neraka

itu dengan tanda-tanda bekas sujud. Sesungguhnya api memakan tubuh anak Adam di neraka, selain bekas sujud. Kerana Allah mengharamkan bagi api memakan tanda bekas sujud itu. Lalu mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hangus. Kemudian mereka disiram dengan air kehidupan, dan mereka dapat hidup bagaikan semaian tanaman yang tumbuh di atas lumpur yang dibawa banjir. Setelah semuanya selesai dikeluarkan, ternyata masih ada ketinggalan seorang lelaki yang menghadapkan mukanya ke neraka. Itulah penduduk syurga yang terakhir sekali masuk syurga. Orang itu berkata, "Wahai Tuhan! Palingkanlah muka ku dari neraka ini, kerana anginnya terasa bagaikan racun dan nyalanya serasa membakar diriku." Dia sentiasa mendoa kepada Allah. Kemudian Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "Jika Aku kabulkan permintaanmu itu, apakah kamu akan meminta pula yang lain-lain?" "Tidak! Aku tidak akan meminta lagi yang lain-lain," katanya berjanji. Lalu dengan kehendak Allah, mukanya terpaling dari neraka. Setelah dia menghadap dan melihat ke syurga, dia terdiam beberapa lamanya, lalu berkata, "Wahai Tuhanku!Bawalah aku ke pintu syurga. Maka berfirman Allah kepadanya, "Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi padaKu selain apa yang telah Ku beri? Celaka engkau, hai anak Adam. Engkau betul-betul penipu." Tetapi orang itu terus mendoa dan mendoa, sehingga akhirnya Allah berfirman kepadanya, "Berjanjilah, jika permintaanmu itu Aku kabulkan, kamu tidak akan meminta lagi yang lain-lain." "Tidak! Demi kebesaranMu," kata orang itu berjanji. Lalu dia dibawa ke pintu syurga. Setelah ia sampai di sana, pintu itu terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas segala isinya berupa kenikmatan dan kebahagiaan. Kerana itu dia terdiam pula seketika, kemudian dia mendoa pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah aku ke syurga!" Firman Allah Tabaraka wa Ta'ala, "Bukankah engkau sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain apa yang telah Kuberikan? Celaka engkau hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu!" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah aku dijadikan makhlukMu yang celaka!" Dia sentiasa mendoa dan mendoa seperti itu, sehingga Allah tertawa kerana gembiraNya. Maka berfirman Allah, "Masuklah kamu ke syurga.". Setelah dia berada di syurga, Allah berfirman pula kepadanya, "Mintalah apa yang kau inginkan!" Lalu dia memohon segala yang diinginkannya, sehingga Allah mengingatkannya (membatasi) ini dan itu. Setelah permintaannya terkabul semuanya, Allah Ta'ala berfirman pula kepadanya, "Semua permintaanmu telah Kukabulkan, bahkan akan Kutambah sebanyak itu lagi (menurut hadis Abu Sa'id r.a. bahkan Allah menambah sepuluh kali lipat permintaannya)." 4 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1770. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Ada beberapa orang bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah kami melihat Tuhan di hari kiamat?" Jawab Nabi: "Adakah kamu ragu menampak matahari yang tidak ditutupi awan?" Jawab mereka: ''Tidak, ya Rasulullah!" Tanya Nabi: "Adakah kamu ragu menampak bulan di malam purnama yang tiada ditutupi awan?" Mereka menjawab: "Tidak, ya Rasulullah!" Nabi berkata: "Sesungguhnya begitulah kamu melihat Tuhan di hari kiamat." Tuhan akan mengumpulkan manusia (di hari kiamat), lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah sesuatu, hendaklah diikutinya!" Lalu orang yang menyembah matahari, yang menyembah bulan dan yang menyembah berhala mengikuti pujaannya. Maka tinggallah umat ini (yang menyembah Allah), termasuk orang-orang munafik. Maka datanglah Tuhan kepada mereka dalam

rupa yang bukan mereka ketahui, lalu Dia berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka berkata: "Kami berlindung kepada Allah terhadap engkau. Kami akan tetap di sini, sampai Tuhan kami datang. Apabila Dia datang nescaya kami akan mengenalNya." Lalu Allah datang kepada mereka dalam rupa yang mereka kenal dan berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka menjawab: " Engkau Tuhan kami!" Mereka hendak mengikuti Tuhan. Maka dibentangkan titian melintasi neraka. Rasulullah saw. bersabda: "Akulah orang yang pertama melalui titian itu. Doa Rasul-rasul ketika itu ialah: "Ya Allah, selamatkan, selamatkan!" Pada titian itu ada beberapa kaitan, serupa dengan duri kayu Saadan. Sudah pernahkah kamu melihat duri kayu Saadan itu?" Mereka menjawab: "Sudah, ya Rasulullah!" Kata Nabi: "Sesungguhnya kaitan itu serupa duri kayu Saadan, tetapi ukuran besarnya hanya Allah yang mengetahui. Setiap orang disambarnya menurut amalan masing-masing. Ada yang binasa kerana amalnya dan ada yang terganggu, kemudian selamat. Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan hendak mengeluarkan dari neraka siapa yang hendak dikeluarkanNya dari antara orang yang pernah mengucapkan pengakuan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, diperintahkanNya malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dan dapat dikenal dengan bekas Sujud (s olat). Tuhan melarang api neraka memakan (membakar) bekas sujud itu. Lalu disiramkan kepada mereka air yang dinamakan "air kehidupan". Maka tumbuhlah badan mereka bagai bibit di atas sampah bekas banjir." Tinggal lagi seorang yang mukanya menghadap ke neraka dan dia mendoa: "Ya Tuhan! Sesungguhnya sangat menyakitkan aku bau neraka dan nyalanya membakar aku. Sebab itu, palingkanlah muka ku dari neraka!" Orang itu terus mendoa dan Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika permintaan engkau itu Aku beri, engkau akan meminta lagi yang lain?" Jawabnya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Lalu dipalingkan Tuhan mukanya dari neraka. Sesudah itu dia memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Dekatkanlah kiranya aku ke pintu syurga!" Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mengatakan, tidak akan meminta lagi hal yang lain? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" Orang itu sentiasa mendoa, lalu Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika Aku perkenankan permintaan engkau itu, engkau akan meminta lagi yang lain?" Katanya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Dikemukakan Allah perjanjian yang dikehendakiNya, ahawa orang itu tidak akan meminta lagi hal yang lain. Lalu dia, didekatkan Tuhan ke pintu syurga. Setelah dilihatnya apa yang ada dalam syurga, dia diam barang seketika. Sesudah itu dia, memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah aku ke dalam syurga!" Tuhan berkata lagi: "Bukankah engkau telah mengakui tidak akan meminta kepada Ku tambahannya? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" Lalu dia memohon: "Ya Tuhan ku! Janganlah kiranya, Engkau jadikan aku makhluk yang amat malang!" Orang itu sentiasa mendoa, sampai Tuhan gembira. Setelah Tuhan gembira, diizinkannya orang itu masuk ke dalam syurga. Setelah dia masuk syurga, dikatakan kepadanya: "Kemukakanlah keinginanmu selain ini" Lalu dikemukakannya keinginannya. Dikatakan lagi kepadanya: "Kemukakanlah keinginan kamu, selain ini!" Lalu dikemukakannya segala keinginannya sampai habis segala keinginannya. Lalu Tuhan berfirman: "Semua ini untuk engkau dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula." 5 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3620. Dari Abu Hurairah ra. berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Ketika Allah telah

selesai menciptakan syurga dan neraka, maka Dia mengutus Jibril ke syurga, kemudian Dia berfirman: "Lihatlah ke syurga beserta apa yang telah Kusediakan didalamnya untuk penghuninya." Maka Jibril melihat syurga. Setelah kembali, ia berkata: "Demi kemuliaan-Mu ya Allah, tiada seorangpun yang mendengar tentang syurga melainkan pasti ia ingin memasukinya." Lalu Tuhan menjadikan syurga itu dikelilingi dengan berbagai rintangan/kesulitan; Kemudian Dia berfirman: "Pergilah engkau ke syurga dan lihatlah ia beserta apa yang telah Kusediakan di dalamnya untuk penghuninya." Maka Jibril pergi melihat syurga, tiba-tiba ia dapatkan syurga itu telah dikelilingi oleh berbagai rintangan, maka ia berkata: "Demi kemuliaanMu, sungguh aku khuwatir tiada seorangpun dapat memasukinya." Lalu Allah berfirman padanya: "Pergilah kamu ke neraka dan lihatlah apa yang telah Kusediakan untuk penghuninya." Maka Jibril pergi melihat neraka dan disana ia dapatkan berbagai siksaan, setelah kembali, ia berkata: "Demi kemuliaanMu, tiada seorangpun ingin memasukinya." Lalu Allah menjadikan neraka itu dikelilingi dengan berbagai kesenangan, kemudian Dia berfirman: "Wahai Jibril, kembalilah ke neraka dan lihatlah tempat itu." Maka Jibril kembali melihat neraka itu, tiba-tiba ia dapatkan neraka itu telah dikelilingi oleh berbagai kesenangan. Setelah kembali, ia berkata: "Ya Allah, demi kemuliaanMu, sungguh aku khuwatir tiada seorangpun yang dapat selamat dari padanya, melainkan ia akan memasukinya." 6 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0163. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Allah menurunkan ayat: "Dan peringatkanlah keluargamu yang terdekat" (Syu'ara : 214) Kerana itu Rasulullah saw. memanggil orang-orang Quraisy. Setelah mereka berkumpul, ternyata mereka ada dua kelompok, iaitu umum dan khusus. Kerana itu Nabi saw. bersabda: "Hai, Bani Ka'ab bin Luay! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Murrah bin Ka'ab! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani 'Abdu Syams! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai Bani 'Abdu Manaf! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Hasyim! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Abdul Muththalib! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Fatimah! Selamatkanlah diri mu dari neraka!" Sesungguhnya aku tidak kuasa apa-apa untuk membelamu di hadapan Allah kelak, selain hubungan keluarga yang hanya dapat ku penuhi sebaik-baiknya di dunia ini saja." 7 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4172. aksudnya : "Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami dari Zaid bin Abu Hunaisah dari Abdul Haamid bin Abdurrahman bin Zaid bin Khathab dari Muslim bin Yasar Al Juhani, sesungguhnya Umar bin Khaththab ditanya tentang ayat ini : (Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka (seraya berfirman) :"Bukankah Aku ini Tuhan mu ?" mereka menjawab :"Betul (Engkaulah Tuhanku) kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar dihari kiamat kamu tidak mengatakan :"Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" Umar bin Khaththab menjawab :"Saya mendengar Rasulullah SAW ditanya tentang ayat itu, maka Rasulullah SAW. bersabda :"Sesungguhnya Allah menitahkan Adam, kemudian Allah mengusap punggungnya dengan tangan kanan-Nya, maka Allah mengeluarkan dari Adam keturunan dari padanya dan Allah berfirman : Aku ciptakan keturunan-

keturunan ini untuk (masuk) syurga dan dengan amal ahli syurga mereka beramal ". Kemudian Allah mengusap punggung Adam dan mengeluarkan dari Adam keturunan, kemudian Allah berfirman :"Aku ciptakan mereka ini untuk (masuk) neraka, dan dengan amal ahli neraka mereka beramal". Seorang lelaki bertanya :"Untuk apa (kita) beramal hai Rasulullah (kalau sudah ditakdirkan neraka) ?, Umar berkata : Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya Allah tatkala memerintahkan hamba untuk masuk syurga, maka Allah menjadikan ia beramal dengan amal ahli syurga sampai ia mati tetap beramal dengan amalamal ahli syurga, maka Allah memasukkannya ke syurga. Dan tatkala Allah menitahkan hamba-Nya masuk neraka, maka Allah menjadikan ia beramal dengan amal ahli neraka sampai ia mati selalu beramal dari amal-amal ahli neraka, maka Allah memasukkannya ke neraka". Hadis ini hasan. Muslim bin Yasar tidak mendengar dari Umar. Sebahagian perawi menyebutkan di dalam sanad ini antara Muslim bin Yasar dan Umar ada satu orang rawi. 8 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4854. Dari Atha' ibnu Yasar dari Abu Sa'id Al-Khudry berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Perdebatan sebahagian dari kamu di dalam menuntut haknya ketika masih di dunia tidak setegang perdebatan sebahagian kaum mukmin kepada Tuhannya ketika membela saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dulu juga melakukan solat, puasa dan haji bersama kami; tetapi mengapa Engkau memasukkan mereka ke dalam neraka?" Tuhan berfirman: "Pergilah kalian dan keluarkanlah siapa saja yang kalian kenal dari ahli neraka itu." Maka mereka mendatangi saudara-saudara mereka dan mereka masih dapat mengenali saudara-, saudara mereka dari wajahnya. Diantara ahli neraka itu ada yang terkena api neraka sampai separuh betisnya, ada yang terkena api neraka sampai mata kakinya; kemudian mereka mengeluarkan saudara-saudara mereka dari neraka. Selanjutnya kata mereka: "Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan orang-orang yang Engkau perintahkan pada kami." Tuhan berfirman: "Keluarkan pula orang yang di dalam hatinya ada iman walupun seberat atom." Kemudian Tuhan berfirman: "Keluarkan pula orang yang di dalam hatinya masih ada iman walaupun separuh atom." Kemudian Tuhan berfirman: "Dan keluarkan pula orangorang yang di dalam hatinya masih ada iman walau seberat apapun yang paling lembut." Abu Said berkata: "Barang siapa yang tidak percaya hadis tersebut, maka hendaklah dia membaca ayat ini: "Inalaaha laa yaghfiru ay yusyraka bihii wa yagfiru maa duuna dzaalika limay yasyaau wa may yusyrik billahi faqadiftaraa itsman 'adhiiman" (Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dia mengampuni segala dosa yang selain syirik, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa besar). 9 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4266. aksudnya :"Ahmad bin Manie' menceritakan kepada kami. An Nadhr bin Ismailiaitu Abu Mughirah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari AbuShalih dari Abu Said Al Khudzri, ia berkata, Rasulullah SAW, membaca :(Dan berilah mereka peringatan tentang hati penyesalan) Rasulullah bersabda :"Didatangkan orang yang sudah mati (dihari kiamat) dia seperti kambing kibas yang sudah diasinkan, sampai dia ditaruh antara batas syurga dan neraka, diucapkan (pada penduduk syurga) : Hai penduduk syurga, orang-orang di

syurga sama mendongakkan kepalanya dan melihat, diucapkan (juga) pada penduduk neraka : Hai penduduk neraka, orang-orang di neraka sama mendongakkan kepalanya dan melihat, dikatakan kepada mereka, apakah kamu semua melihat ini ?". Mereka semua menjawab :"Ya" itu adalah orang-orang yang sudah mati, maka mayat tadi diseksa dan dipotong. Jikalau Allah tidak memutuskan penduduk syurga dan neraka kekal, pasti penduduk syurga akan mati kerana gembira dan penduduk neraka akan mati kerana susah". Hadis ini hasan sahih. 10 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 1113. Dari Atha' bin Yazid: "Pada suatu hari ketika aku duduk bersama Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al Khudri. Ketika itu keduanya berbincang-bincang tentang syafa'at. Dalam pembicaraan itu disebutkan bahawa kelak di hari kiamat para malaikat dan para Rasul diizinkan untuk memberikan syafa'atnya masingmasing. Sabda Rasulullah saw: "Aku termasuk orang yang pertama yang diperbolehkan melalui "Sirath". Sampai setelah Allah menetapkan para makhluknya untuk menempati tempatnya masing-masing di syurga ataupun di neraka. Kemudian jika Allah berkehendak untuk mengeluarkan sebahagian hamba-hambaNya dari api neraka, maka Allah mengizinkan para malaikat dan para rasul untuk memberikan syafa'atnya untuk orang-orang yang dikehendakiNya. Orang-orang yang akan diberikan syafa'at itu dapat dikenali walaupun mereka sedang didalam neraka iaitu, semua tubuhnya dapat disentuh oleh api neraka selain anggota sujudnya. Setelah dikeluarkan dari api neraka mereka dimasukkan didalam suatu sungai dari syurga, setelah itu tubuh mereka tumbuh kembali bagaikan sebuah tanaman kecil ketika tumbuh." HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA neraka BERJAYA MENCAPAI 600 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 11 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2227. Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami, Al-Laits memberitahukan kepada kami dari Abi Qabil dari Syafi bin Mani' dari Abdullah bin Amr berkata: "Rasulullah SAW keluar menjumpai kami, sedang ditangannya terdapat dua catatan lalu bersabda: "Apakah kamu mengerti apa kedua catatan ini.". Kami berkata: "Tidak, Wahai Rasulullah, kecuali kalau engkau memberitahukan kepada kami". Lalu Beliau bersabda mengenai catatan yang berada di tangan kanannya: "Ini adalah catatan dari Tuhan semesta alam di dalamnya terdapat nama-nama orang-orang penghuni syurga serta nama ayah mereka dan qabilah mereka kemudian disempurnakan sampai penghuni syurga yang paling akhir lalu mereka tidak ditambah dan tidak dikurangi selama-lamanya".Kemudian Beliau bersabda mengenai catatan yang ada ditangan kirinya: "Ini adalah catatan dari Tuhan semesta alam, di dalamnya terdapat nama-nama penghuni neraka serta nama ayah dan kabilah mereka kemudian disempurnakan sampai penghuni neraka yang paling akhir lalu mereka tidak ditambah dan tidak dikurangi selama-lamanya". Para sahabat berkata: "Untuk apa amal perbuatan wahai Rasulullah, kalau sesuatu telah selesai ditulis di zaman azali.". Beliau bersabda: "beristiqamahlah di dalam perbuatanmu dan lakukanlah amal perbuatan dengan sederhana kerana sesungguhnya penghuni syurga diakhiri

dengan perbuatan penghuni syurga walaupun dia berbuat perbuatan apapun. Dan sesungguhnya penghuni neraka diakhiri dengan perbuatan penghuni neraka walaupun di berbuat perbuatan apapun". Kemudian Rasulullah SAW memberi isyarat dengan kedua tangannya lalu membuang kedua catatan tersebut, kemudian Beliau bersabda: "Tuhanmu telah selesai mencatat hambahambaNya, sekelompok berada di syurga dan sekelompok yang lain berada di neraka". 12 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3377. Meriwayatkan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Ibrahim Ad Dimasyqiy, mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim, mewartakan kepada kami AlAuza-iy, dari Rabi'ah bin Yazid, dari Ibnud-Dailamiy, dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa yang minum arak dan mabuk, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 (empat puluh) hari. Dan bila dia mati, maka dia masuk neraka. Bila dia taubat, maka Allah akan mengampuninya. Dan bila dia kembali, minum, lalu mabuk, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 (empat puluh) hari. Maka bila mati, maka dia masuk neraka. Maka bila dia taubat, maka Allah akan mengampuninya. Dan bila dia kembali minum, lalu mabuk, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 (empat puluh) hari. Maka bila dia mati, maka dia masuk neraka. Maka bila dia taubat maka Allah akan mengampuninya. Dan bila dia kembali, maka sudah semestinya Allah akan meminuminya dengan Radghatui-Khabal" di hari kiamat. Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Radghatui Khabal itu?" Beliau menjawab: "Perasan penduduk neraka". (Yakni: penduduk neraka yang diperas hingga mencair). 13 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2433. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Neraka dan syurga saling bertengkar. Kata neraka, aku diistimewakan Allah dengan penghunipenghuniku orang-orang sombong dan berkuasa." Kata syurga, "Apakah penghuni-penghuniku hanya terdiri dari orang-orang daif, orang-orang terdampar, dan orang-orang lemah." Maka berfirman Allah kepada syurga, "Engkau adalah rahmatKu. Aku rahmati dengan engkau orang-orang yang Ku kehendaki di antara hamba-hamba-Ku." Dan berfirman pula Allah kepada neraka, "Engkau adalah azab (seksa)Ku. Aku seksa dengan engkau orang yang Ku kehendaki di antara hamba-hamba-Ku. Masing-masing kamu mendapat penghuni sampai penuh." Ketika ternyata neraka belum penuh, maka Allah memenuhinya dengan orang-orang yang harus diseksa. Setelah penuh, neraka berkata, "Cukup, cukup!" Lalu mereka dicampur aduk satu sama lain. 14 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1757. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Rasulullah saw. bersabda: "Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, kematian itu dibawa dan diletakkan antara syurga dan neraka, lalu disembelih. Kemudian itu ada orang yang meneriakkan : "Hai isi syurga! Tidak ada lagi kematian. Hai isi neraka! Tidak ada lagi kematian." Karena itu kegembiraan isi syurga bertambah dari kegembiraan yang telah ada. Sebaliknya isi neraka bertambah kesedihannya dari kesedihan yang telah ada." 15 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2272.

Dari Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga." 16 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2775. aksudnya : Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits memberitahukan kepada kami, dari Ibnu Ajlan, dari Muhammad bin Yahya bin Habban dari Ibnu Muhairiz dari Ash Shunabihi dari Ubadah bin Ash Shamit, sedang di dalam keadaan sakaratul maut, lalu aku menangis, kemudian dia berkata perlahanlahan 'Mengapa kamu menangis ?, Demi Allah sungguh jika aku diminta menjadi saksi, nescaya aku bersaksi bagi mu, dan sungguh jika aku dimintai syafaat tentu aku mensyafaati mu, dan sungguh jika aku mampu, nescaya aku memberi manfaat kepada mu. Kemudian dia berkata :"Demi Allah, tidak ada hadis yang aku dengar dari Rasulullah SAW yang mengandung kebaikan bagi mu melainkan telah aku ceritakan kepada mu kecuali hadis satu dan akan aku ceritakan hadis itu hari ini, sedangkan aku dekat dengan kematian, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, maka Allah mengharamkan atasnya neraka". Dan dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Thalhah, Jabir, Ibnu Umar, dan Zaid bin Khalid. Ash Shunabihi adalah Abdur Rahman bin Usailah Abu Abdillah; Ini hadis hasan sahih gharib dari sanad ini. Dan diriwayatkan dari Az Zuhri bahawa ia ditanya tentang sabda Rasulullah SAW "Barang siapa mengucapkan Laailaaha illallaah, nescaya ia masuk syurga, dia menjawab :"hadis ini hanya pada permulaan islam sebelum turunnya kewajiban kewajiban dan larangan". Pengertian hadis ini menurut sebahagian ahli ilmu bahawa orang-orang ahli tauhid akan masuk syurga, dan jika mereka diseksa di neraka kerana dosa dosanya, maka mereka tidak abadi di neraka". Dan sungguh diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, Abu Dzarrin, Imran bin Husain, Jabir bin Abdillah, Ibnu Abbas, Abu Said Al-Khudri, dari Anas, dari Nabi SAW bersabda :"Kelak satu kaum dari ahli tauhid keluar dari neraka dan mereka masuk ke dalam syurga". Demikianlah diriwayatkan dari Said bin Jubair, Ibrahim bin Annakhl dan lainnya dari para tabi'in dalam menafsiri ayat ini (Maksudnya : Orang-orang kafir itu seringkali (di akhirat nanti) ingin sekiranya mereka (di dunia) menjadi orang Islam), mereka berkata :"Jika orang-orang ahli tauhid dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka orang-orang kafir ingin sekiranya mereka menjadi orang-orang Islam".

17 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4077. Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Al-Muharibiy, dari Isma'il bin Rafi', yaitu Abu Rafi', dari Abu Zur'ah, Asy-Syaibaniy, yaitu Yahya bin Abu 'Amr, dari Abu Umamah AlBahiliy, dia berkata: Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami, sementara kebanyakan khutbahnya itu pemberitaan yang kami mewartakannya mengenai Dajjal, dan beliau menakut-nakuti agar waspada terhadap Dajjal. Nabi bersabda: "Bahwasanya tidak terjadi fitnah di bumi semenjak Allah menciptakan anak cucu Nabi Adam yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia menakut-nakuti umatnya akan Dajjal. Dan saya adalah akhir para Nabi, sedangkan kamu sekalian adalah umat yang ierakhir. Dan dia "yakni Dajjal- keluar di tengahtengah kaUan, tidak dapat tidak. Kalau dia keluar, sementara saya berada di tengah-tengah kalian, maka saya dapat membela setiap orang muslim. Tapi kalau dia keluar sepeninggalku, maka setiap orang adalah dapat membela dirinya masing-masing. Sedangkan Allah adalah Dzat yang mengurusi setiap orang muslim kerana saya. Dan sesungguhnya Dajjal itu keluar dari jalan antara Syam dan Iraq. Lalu dia membuat kerusakan sebelah kanan dan kiri -yakni: daerah yang dilaluinya-. Wahai hamba-hamba Allah, tetaplah kamu sekalian pada agama Islam. Sebab sesungguhnya saya itu akan menyebutkan kepada kalian sifat/identiti Dajjal yang tidak pernah disebutkannya oleh seorang nabipun sebelumku. Sesungguhnya dia (Dajjal) mulai berkata: "aku adalah seorang nabi dan tidak ada nabi setelah aku". Kemudian dia memuji, lalu berkata: "Aku adalah tuhanmu sekalian". Kamu sekalian tidak dapat melihat Tuhan kalian, sehingga (sebelum) kalian meninggal dunia. Sesungguhhya Dajjal itu matanya buta sebelah, sementara Tuhan kalian tidak buta sebelah matanya. Dan sesungguhnya Dajjal itu, di antara kedua matanya tertulis: KARR, yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik yang dapat menulis maupun yang tidak dapat. Dan termasuk fitnahnya adalah dia disertai oleh syurga dan neraka. Maka neraka Dajjal adalah surga, dan syurganya justru neraka. Maka barangsiapa yang mendapat cubaan dengan nerakanya, maka hendaklah dia mohon pertolongan kepada Allah, dan hendaklah dia membaca pembukaan surat Al-Kahfi; maka neraka itu menjadi terasa dingin dan mensejahterakan baginya, sebagaimana yang pernah terjadi api pada nabi Ibrahim. Sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia -Dajjal-mengatakan kepada seorang Badui - yakni: Arab kampung-: "Bagaimana pendapatmu, kalau aku membangkitkan ayah dan ibumu kepadamu, apakah kamu mahu bersaksi bahawasanya aku adalah tuhanmu?" Lalu dia menjawab: "Ya". Kemudian ada dua orang Setan yang berujud ayah dan ibunya, lalu -Dajjal" adalah tuhanmu". Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu dia diberi kuasa untuk menguasai seseorang, lalu dia membunuhnya dan menggergajinya dengan gergaji, sehingga terbuang menjadi dua bahagian Kemudian dia berkata: "Lihatlah oleh kalian kepada hambaku ini. Sesungguhnya aku telah membangkitkannya sekarang, kemudian dia malah menganggap bahawa dia mempunyai Tuhan selain diriku". Selanjutnya, Allah membangkitkannya. Dan Dajjal berkata kepadanya: "Siapakah tuhanmu.". Maka dia menjawab: "Tuhanku adalah Allah, dan kamu adalah musuh Allah. Kamu adalah Dajjal. Demi Allah, bukankah aku setelah itu, pada hari ini justru lebih mengetahui tentang kamu". Abul-Hasan Ath-Thanafisiy berkata: Maka mewartakan kepada kami Al-Muharibiy, mewartakan kepada kami 'Ubaidullah bin AL-Walid AlWashshafiy, dari

'Athiyah, dari Abu Sa'id, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Orang tersebut adalah umatku yang paling tinggi darjatnya di dalam syurga". Dia --perawi-berkata: Abu Said berkata: Demi Allah, kami tidak mengetahui orang yang tersebut itu melainkan bernama 'Umar bin Al-Khaththab, sehingga dia telah melalui jalannya. Al-Muharibiy berkata: Kemudian kami merujuk kepada hadisnya Abu Rafi'. Beliau saw. bersabda: "Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, maka langit terus hujan. Dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan -tetumbuhan-, maka terus bumi menumbuhkannya. Dan sesungguhnya termasuk fitnahnya, yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan, penduduknya mendustakannya dan tidak tersisa satupun binatang piaraan, kecuali musnah/mati. Dan termasuk fitnahnya (lagi), yaitu Dajjal melalui suatu perkampungan lalu penduduknya membenarkan ucapannya. Selanjutnya Dajjal memerintahkan langit agar menurunkan hujan, lalu terus langit menurunkan hujan. Dan dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan - tetumbuhan-, lalu terus bumi menumbuhkannya, sehingga binatang-binatang ternak mereka pulang pada hari itu gemuk dan besar, perutnya kenyang, dan susunya penuh air susu. Bahwasanya tidak ada suatu bumipun yang tersisa, kecuali Dajjal telah menginjaknya dan membuat kerusakan, selain Mekah dan Madinah. Dajjal tidak dapat mendatangi keduanya dari jalan di antara dua gunung Mekah dan Madinah, kecuali ada malaikat yang menampakkannya dengan pedang-pedang terhunus, sehingga dia singgah di gunung kecil yang merah, yaitu di tanah yang kering/tandus. Maka Madinah menggoncang penduduknya tiga goncangan, lalu tidak tertinggal orang munafik, pria atau wanitanya, kecuali dia keluar menuju ke gunung kecil yang merah itu. Maka Madinah meniadakan orang yang buruk, seperti halnya tempat bara api menghilangkan kotoran/karat besi. Hari demikian itu disebut hari pembersihan". Ummu Syarik binti Abul-'Akar berkata: "Ya Rasulullah, dimanakah orang Arab waktu itu?" Beliau menjawab: "Mereka, pada waktu itu, sedikit. Sebagian besar mereka berada di Baitul-Maqdis, sedangkan pemimpin mereka adalah seorang lelaki yang saleh. Maka sewaktu pemimpin/imam mereka maju untuk mengerjakan solat Subuh mengimami mereka, tiba-tiba 'Isa bin Maryam turun kepada mereka di waktu Subuh. Selanjutnya, sang imam kembali ke belakang, berjalan mundur agar Nabi 'Isa maju mengimami solat orang-orang. Kemudian 'Isa meletakkan tangannya pada antara kedua bahu sang imam, kemudian mengatakan kepadanya: "Majulah dan kerjakanlah solat "sebagai imam-. Sebab solat itu sudah diiqamatkan untukmu". Kemudian imam mereka mengerjakan solat dengan mereka. Maka ketika dia mahu pergi, maka 'Isa as. berkata: "Bukakanlah olehmu sekalian pintu itu" lalu pintu dibuka, sedangkan dibelakang pintu ada Dajjal yang disertai oleh 70 (tujuh puluh) ribu orang Yahudi, yang setiap mereka mempunyai pedang yang dihiasi dan bertoga hijau. Maka bila Dajjal melihat beliau -nabi 'Isa-, maka dia lebur-hancur sebagaimana hancurnya garam dalam air, dan dia lari ketakutan. Dan 'Isa as. berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai suatu pukulan kepadamu yang kamu tidak bakal mendahului/menghindarkan pukulan dariku". Lalu beliau dapat menyusul Dajjal di pintu Lud sebelah timur (yakni: Sebuah tempat di Syam. Menurut informasi lain: tempat di Palestina), maka beliau 'Isa dapat membunuh Dajjal, lalu Allah mengusir orang Yahudi hingga porak poranda. Tidak ada sesuatu ciptaan Allah yang dapat dijadikan bersembunyi oleh orang Yahudi kecuali Allah menjadikan sesuatu itu dapat berkata-kata. Tidak ada batu, pohon, dinding dan binatang (kecuali Gilarqad/pohon berduri. Sebab dia itu termasuk

pohon mereka. Dia tidak mahu berbicara) melainkan dia mengatakan: "Wahai hamba Allah yang muslim, inilah orang Yahudi. Kemarilah, bunuhlah ia -yakni: Yahudi itu-". Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya harinya/masanya itu adalah selama 40 (empat puluh) tahun. Setahun seperti setengah tahun, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu/sejum'ah dan akhir hari-harinya adalah bagaikan bunga api. Di pagi hari, salah seorang di antara kalian tiba di pintu Madinah, tapi dia tidak sampai di pintunya yang lainnya hingga petang hari". Lalu ditanyakan kepada beliau saw.: "Wahai Rasulullah bagaimana kami dapat mengerjakan solat di hari-hari yang pendek itu?" Beliau menjawab: "Yaitu kamu sekalian menghitung solat pada waktu itu, sebagaimana kalian memperkirakan pada hari-hari yang panjang ini, kemudian solatlah kamu sekalian". Rasulullah saw. bersabda: "Maka akan ada 'Isa bin Maryam di tengah-tengah umatku adalah sebagai hakim yang adil, pemimpin yang berlaku adil. Beliau menghancurkan palang salib membunuh babi dan meletakkan tidak menerima pembayaran pajak dari orang kafir-. Beliau meninggalkan sedekah/zakat - lantaran banyak harta-. maka tidak ada kambing dan unta yang dijalankan. Permusuhan dan kebencian dihilangkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan. Racun dari setiap yang memiliki racun dilenyapkan, sehingga seorang bocah/anak kecil memasukkan tangannya kedalam ular, maka tidak membahayakannya. Seorang bocah perempuan membawa lari singa, maka tidak membahayakannya. Serigala di tengah-tengah kambing adalah dia itu bagai anjing yang menjaganya -yakni: bersahabat-. Bumi dipenuhi kedamaian, sebagaimana bejana dipenuhi oleh air. Hanya ada satu ungkapan: Tidak boleh disembah kecuali kepada Allah dan perang berhenti/selesai. Orang Quraisy kerajaannya dirampas. Dan bumi adalah bagaikan piring besar dari perak, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya di masa Adam, sehingga suatu kaum berkumpul/merubung setandan anggur, maka dapat mengenyangkan mereka. Dan suatu kaum merubung buah delima, maka buah itu dapat mengenyangkan mereka. Lembu hanya seharga harta begini, begitu. Dan kuda hanya beberapa dirham". Mereka "para sahabat" bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan harga Kuda murah .". Beliau menjawab: "Karena dia tidak dipakai/dinaiki untuk berperang selama-lamanya". Ditanyakan kepada beliau saw.: "Lalu apa yang menyebabkan lembu harganya mahal.". Beliau menjawab: "Dia dipakai' untuk membajak tanah semuanya. Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal selama 3 (tiga) tahun kekeringan yaitu: Manusia mengalami musibah kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan langit, pada tahun yang pertama, agar ia menahan 1/3 (sepertiga) hujannya, dan memerintahkan bumi agar. menahan 1/3 (sepertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian memerintahkan langit, pada tahun kedua, agar ia menahan 2/3 (dua pertiga) hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan 2/3 (dua pertiga) tumbuh-tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit, pada tahun ketiga, maka ia menahan hujannya semuanya, lalu tidak meneteskan sama sekali. Dan memerintahkan bumi, maka ia menahan tumbuh-tumbuhannya semuanya, lalu ia tidak menumbuhkan tetumbuhan yang hijau sama sekali, lalu tidak ada tersisa binatang-binatang yang mempunyai kuku berbelah kecuali musnah, melainkan -pa yang dikehendaki oleh Allah". Ditanyakan kepada beliau: "Lalu apa yang menyebabkan hidupnya manusia pada zaman tersebut.". Beliau menjawab: "Yaitu bacaan: Tahlil, takbir, tasbih, tahmid, dan yang demikian itu berjalan pada mereka seperti jalannya makanan". Abu 'Abdullah berkata: Saya mendengar Abul-Hasan Ath-Thanafisiy mengatakan: Saya

mendengar 'Abdur-Rahman Al-Muharibiy mengatakan: Seyogyanya hadis ini diserahkan kepada seorang pendidik, sehingga dia mengajarkannya kepada anak-anak dalam pengajaran. 18 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0060. Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya; mewartakan kepada kami Abdurrazzak; memberitakan kepada kami Makmar, dari Zaid bin Aslam, dari Atha' bin Yasar, dari Abu Said Al-Khudriy, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Apabila Allah telah melepaskan orang-orang beriman dari neraka dan mereka sudah merasa aman, maka perdebatan salah seorang diantara kamu kepada temannya sewaktu di dunia dalam mempertahankan kebenaran tidak lebih seru dari perbantahan orang-orang beriman terhadap Tuhan mereka dalam membela saudara-saudara mereka yang dimasukkan Allah ke dalam neraka. Beliau melanjutkan: Mereka, orang-orang beriman yang telah menjadi penghuni syurga, berkata; "Ya, Tuhan kami, mereka itu saudara-saudara kami, mengerjakan solat bersama kami, berpuasa bersama kami dan menunaikan ibadah haji juga bersama kami, -kenapa- Engkau masukkan ke dalam neraka?" Allah berfirman: "Pergilah kamu sekalian dan keluarkanlah siapa saja diantara mereka yang kamu kenal." Kemudian merekapun mendatangi saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka, dan mengenal mereka dari wajahwajah mereka. Wajah mereka tidak termakan api. Diantara mereka ada yang termakan api hingga pertengahan betis. Dan diantara mereka ada yang termakan api hingga tumit kakinya. -Akhirnya- mereka mengeluarkan saudara-saudara mereka ketika di dunia itu dan berkata: "Ya Tuhan kami, telah kami keluarkan orang-orang itu seperti yang telah Engkau perintahkan kepada kami". Kemudian Allah berfirman: "Keluarkan, siapa saja yang di dalam hatinya terdapat iman setimbang/seberat setelah dinar, kemudian siapa saja yang di dalam hatinya terdapat iman seberat biji sawi." Abu Said berkata: "Barangsiapa yang tidak percaya dengan hadis ini, supaya membaca, (Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun seberat biji sawi. Dan jika ada kebajikan seberat biji sawi, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.) (Qs. An-Nisa 4:40) 19 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2685. aksudnya :Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin Amr, Abu Salamah memberitahukan kepada kami, dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda : Ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, maka mengutus malaikat Jibril ke syurga, Dia berfirman :"Lihatlah ke syurga dan apa yang telah Aku siapkan di dalamnya bagi penghuninya !", Rasulullah SAW bersabda : "Lalu malaikat Jibril berangkat ke syurga dan melihatnya dan apa yang telah di persiapkan oleh Allah bagi penghuninya", Rasulullah SAW bersabda : "Lalu Jibril pulang menghadap Allah dan berkata :"Demi keagunganMu tidak seorang pun mendengarnya melainkan ia ingin memasukinya". Kemudian Allah memerintahkan syurga lalu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan, dan Dia berfirman :"Kembalilah ke syurga lalu lihatlah ia dan apa yang telah aku persiapkan bagi penghuninya !". Rasulullah SAW bersabda : Jibril kembali ke syurga ternyata telah dikelilingi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan, lalu ia kembali kepadaNya dan berkata :"Demi keagunganMu sungguh aku khuatir tidak seorang pun memasukinya". Allah berfirman

:"Pergilah ke neraka lalu lihatlah ia dan apa yang telah Aku persiapkan bagi penghuninya", ternyata sebahagiannya menaiki bahagian yang lain, lalu ia kembali kepadaNya dan berkata :"Demi keagunganMu tidak seorang pun mendengarnya lalu ia memasukinya". Kemudian Allah memerintahkan neraka lalu dikelilingi dengan hal-hal yang menyenangkan dan Dia berfirman :"Kembalilah ke neraka !". Lalu ia kembali kepadanya, kemudian dia berkata :"Demi keagunganMu benar-benar aku khuatir tidak seorangpun selamat darinya, melainkan ia memasukinya".Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 20 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3237. Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, Zakaria bin Adi memberitahukan kepada kami, Ubaidullah bin Amr Ar Raqi memberitahukan kepada kami dari Abdul Malik bin Umair dari Musa bin Thalhah dari Abu Hurairah berkata: (Ketika turun ayat: (Dan berilah peringatan kerabat-kerabatmu yang terdekat) Rasulullah mengumpulkan kabilah-kabilah Quraisy lalu beliau memanggil mereka secara khusus dan memanggil pula secara umum kemudian beliau bersabda: Hai golongan Quraisy selamatkan diri mu dari api neraka, kerana sesungguhnya aku tidak dapat memberi madharat kepada mu dan tidak pula memberi manfaat tanpa seizin Allah. Hai golongan keturunan Qushai, selamatkan diri mu dari api neraka kerana sesungguhnya aku tidak dapat memberi madharat kepada mu dan tidak pula memberi manfaat tanpa seizin Allah. Hai golongan keturunan Abdul Muththalib, selamatkanlah diri mu dari api neraka kerana sesungguhnya aku tidak dapat memberi madharat kepada mu dan tidak pula memberi manfaat tanpa seizin Allah. Hai Fathimah binti Muhammad selamatkan diri mu dari api neraka kerana sesungguhnya aku tidak dapat memberi madharat kepada mu dan tidak pula memberi manfaat tanpa seizin Allah, sesungguhnya kamu mempunyai ikatan kerabat dan aku akan menyambungnya dengan sillaturrahim dan berbuat baik". Hadis ini adalah hadis hasan gharib dari sanad ini. HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA neraka BERJAYA MENCAPAI 600 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 21 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2726. aksudnya : Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, 'Ibnul Mubarak memberitahukan kepada kami, Risydin bin Sa'ad memberitahukan kepada kami, dia berkata :"Ibnu An'am menceritakan kepada ku dari Abu Utsman bahawa dia menceritakan kepadanya dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya dua orang dari orang-orang yang masuk neraka semakin keras suaranya lalu Tuhan Yang Maha Suci dan Agung berfirman: "Keluarkanlah mereka berdua !". Ketika keduanya dikeluarkan, Allah berfirman kepada mereka :"kerana apa suaramu semakin keras ?" Mereka menjawab :"Kami lakukan perbuatan itu agar Engkau menaruh belas kasihan kepada kami", Allah berfirman :"Belas kasihKu kepada mu agar pergi lalu melemparkan diri mu di tempat kamu berada di neraka'', lalu mereka pergi, kemudian salah satu dari mereka melemparkan dirinya ternyata Allah menjadikan neraka dingin dan selamat atasnya, dan yang lain berdiri dan tidak mahu melemparkan dirinya, lalu Allah Yang Maha Suci dan Agung berfirman kepadanya : "Apa yang

mencegahmu melemparkan diri mu sebagaimana temanmu telah melemparkan dirinya ? Dia menjawab : Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku mengharapkan agar Engkau tidak mengembalikan ke neraka setelah Engkau keluarkan aku". Tuhan Yang Maha Suci dan Agung berfirman kepadanya :"Bagimu apa yang kamu inginkan" Lalu mereka berdua masuk syurga semuanya dengan rahmat Allah. Isnad hadis ini lemah kerana dari Risydin bin Sa'ad, sedangkan Risydin bin Sa'ad itu lemah menurut para ahli hadis dari Ibnu An'am orang Afrika, sedangkan orang Afrika adalah lemah menurut para ahli hadis. 22 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0940. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang mempunyai emas perak, tetapi dia tidak membayar zakatnya, maka hari kiamat kelak dibuatkan untuknya seterika api yang dinyalakan dalam neraka jahanam, lalu diseterikakan ke perut dan punggungnya. Setiap seterika itu dingin, dipanaskan kembali lalu di seterikakan pula kepadanya. Begitulah berulangulang setiap hari selama lima puluh tahun, sampai perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah dia melihat jalannya keluar, adakalanya ke syurga dan adakalanya ke neraka." Lalu beliau ditanya orang, "Ya, Rasulullah! Unta bagaimana?" "Tidak ada kecualinya pemilik unta yang tidak membayar zakat untanya," jawab Rasulullah saw. "Termasuk juga di dalamnya kewajiban memerahnya ketika dia dibawa ke tempat minum. Maka pada hari kiamat kelak, orang itu ditelentangkan di tempat yang rata supaya diinjak-injak oleh unta-unta yang paling besar dan gemuk-gemuk, sampai anak-anaknya yang paling kecil sekalipun. Semuanya menginjak-injak dengan kukunya serta menggigit dengan giginya yang tajam. Setiap yang pertama lalu, datang pula yang lain menginjakinjaknya. Demikianlah hal itu berlangsung setiap kali, sehingga perkaranya selesai diadili. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, mungkin ke syurga dan mungkin pula ke neraka. Lalu beliau ditanya orang pula, "Ya, Rasulullah! Kalau lembu dan kambing bagaimana?" Jawab beliau, "Ya, tidak ketinggalan pula pemilik lembu dan kambing yang tidak membayar zakatnya. Nescaya pada hari kiamat kelak, dia akan ditelentangkan di suatu tempat yang rata, supaya diinjak-injak oleh sapi dan kambing itu dengan kukunya yang tajam dan ditanduk dengan tanduknya. Ternak itu semuanya tidak ada yang bertanduk rebah ke belakang atau patah, bahkan tidak ada yang tidak bertanduk. Bila yang pertama telah lewat, lalu diikuti pula oleh yang kedua dan seterusnya, sehingga perkaranya selesai diputuskan. Satu hari di sana sama dengan lima puluh ribu tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalannya keluar, apakah dia ke syurga ataukah ke neraka. Maka ditanyakan orang pula kepada beliau, "Kalau kuda bagaimana, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw., "Kuda itu ada tiga macam : (1) Kuda sebagai barang mewah, atau yang mendatangkan dosa. Iaitu apabila orang memeliharanya kerana riak, untuk kemegahan dan kebanggaan serta untuk memusuhi umat Islam. Maka kuda bagi orang itu menjadi sumber dosa. (2) Kuda sebagai keperluan. Iaitu kuda yang dipelihara untuk agama Allah. Kemudian pemiliknya tidak lupa akan hak Allah dalam mempergunakannya sebagai angkutan dan kenderaan. Maka kuda bagi orang itu adalah pakaian atau keperluan. (3) Kuda sebagai sumber pahala. Yaitu kuda yang dipelihara untuk membela agama Allah, dan untuk membela kepentingan umat Islam di kebun-kebun atau di ladang-ladang mereka. Maka apa-apa yang dimakan kuda itu di dalam kebun tersebut, dituliskan bagi pemilik kebun,

kebajikan sebanyak apa yang dimakan kuda itu, dan bagi pemilik kuda dituliskan pula kebajikan sebanyak tahi dan kencing kuda itu. Bila tali kuda putus (lepas), kemudian kuda itu lari jauh, maka dituliskan untuk pemiliknya kebajikan sebanyak jejak dan tahi kuda itu. Setiap kuda itu melalui sebuah sungai, lalu dia minum tanpa sengaja atau diberi minum oleh pemiliknya, maka Allah menuliskan kebajikan bagi pemiliknya sebanyak air yang diminum kudanya itu. Lalu ditanyakan orang pula, "Bagaimana kalau himar (keldai), ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saW., "Allah tiada menurunkan wahyu apa-apa kepada ku mengenai himar, selain ayat yang pendek tetapi mencakup, iaitu: "Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (pahala)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula:" (Zalzalah 7 - 8). 23 Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1316. Dari Sahl bin Saad As Saidi r.a.: Rasulullah s.a.w. bersama pasukannya bertemu dengan kaum musyrik, lalu terjadi peperangan. Sesudah itu, Rasulullah s.a.w. berkumpul kembali dengan tentera beliau dan kaum musyrik begitu pula. Di antara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ada seorang laki-laki tidak dibiarkannya musuh yang terpencil dan yang terpisah, melainkan dibunuhnya dan ditetaknya dengan pedangnya. Mereka berkata: "Tiadalah seorang pun di antara kami yang lebih dari si Anu itu". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adapun ia sesungguhnya isi neraka". Seorang di antaranya berkata: "Saya akan menemaninya". Kata Sahl: "Lalu laki-laki itu keluar bersama dengan dia. Setiap laki-laki itu berhenti, ia pun berhenti pula. Setiap kali laki-laki itu berjalan cepat, ia berjalan cepat pula. Kemudian laki-laki itu mendapat luka parah, lalu ia ingin segera mati, maka diletakkannya pangkal pedangnya di tanah, dan mata pedang itu antara kedua susunya, lalu ditekankannya badannya di atas pedangnya itu, maka ia membunuh diri: Orang yang mengikutinya tadi lalu pergi menghadap Rasulullah". Beliau bersabda: "Kenapa?" Katanya: "Laki-laki yang tuan sebutkan baru-baru ini memang termasuk isi neraka". Orang banyak merasa agak terkejut mendengar keadaan yang demikian. Katanya: "Baiklah saya sampaikan kepada kamu kejadiannya. Sengaja saya pergi menurutinya, kemudian ia mendapat luka berat, dan ingin segera mati, lalu diletakkannya, pangkal pedangnya di tanah, dan mata pedang antara dua susunya, kemudian ditekankannya badannya di atas pedang itu, lalu ia membunuh diri". Ketika itu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada orang yang mengerjakan amal isi syurga menurut pandangan manusia, sedang ia termasuk isi neraka. Ada orang yang mengerjakan amal isi neraka menurut pandangan manusia, sedang ia termasuk isi syurga". 24 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1470. Dari Abdullah bin Amru katanya; "Ketika terjadi gerhana Matahari di masa Rasulullah saw, maka Rasulullah saw mengerjakan solat gerhana secara berjamaah. Dalam solatnya itu, beliau memanjangkan berdirinya, kemudian beliau rukuk dengan memanjangkan rukuknya. Kemudian beliau berdiri dengan memanjangkan berdirinya. Kata Syu'bah: "Aku kira beliau memanjangkan dalam sujudnya, seperti ketika beliau rukuk. Dalam sujudnya itu beliau merintih, seraya berkata: "Tuhanku, Engkau tidak menjanjikan kepadaku seperti ini. Ketika aku memohonkan ampun padaMu, dan Engkau tidak menjanjikan padaku seperti ini ketika aku masih berada ditengah mereka." Setelah selesai

solatnya, beliau bersabda: "Tadi telah diperlihatkan padaku syurga, andai ata aku hulurkan tanganku, tentunya aku dapat memetik salah satu dari buahnya. Dan telah diperlihatkan padaku neraka, sehingga aku merintih kerana takut bila kalian tidak akan kuat menanggung panasnya api neraka. Didalam neraka aku lihat, ada seorang yang pernah mencuri dua ekor kambing Rasulullah saw dan kulihat pula seorang dari suku Banu Du'du, yang biasa mencuri barang-barang milik orang haji. Dan diperlihatkan pula pada ku, ada seorang wanita hitam yang tinggi tubuhnya, dia diseksa di api neraka, dikeranakan dia telah mengikat kucing dan tidak diberi makan dan minum olehnya. Sesungguhnya terjadi gerhana Matahari atau Bulan, bukanlah dikeranakan oleh kematian atau lahirnya seseorang, akan tetapi merupakan salah satu bukti dari kekuasaan Allah. Kerana itu, jika terjadi gerhana Bulan ataupun Matahari, maka bergegaslah untuk menyebut nama Allah/kerjakanlah solat." 25 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2712. aksudnya : Abdullah bin Abdur Rahman menceritakan kepada kami, Ashim bin Yusuf memberitahukan kepada kami, Qathbah bin Abdul-Aziz memberitahukan kepada kami dari A'masy dari Syimr bin Athiyyah dari Syahr bin Hausyab dari Ummi Darda' dari Abud Darda' berkata :"Rasulullah SAW bersabda : Lapar dicampakkan kepada penghuni neraka maka seksa lapar membandingi seksa lain Yang telah menimpa mereka, lalu mereka minta tolong maka ditolong dengan makanan berupa pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, lalu minta tolong untuk diberi makanan lagi, maka di tolong dengan makanan yang tersekat di kerongkongan dengan minuman lalu mereka minta tolong untuk diberi minuman, maka air yang mendidih diserahkan kepada mereka dengan penyapit besi. Apalagi air panas itu dekat dengan muka mereka, nescaya membakar muka-muka mereka, apabila air itu masuk di perut mereka, nescaya air itu memotong-motong apa yang ada di perut mereka, lalu mereka berkata :"Panggillah para penjaga neraka Jahannam". Kemudian penjaga Jahannam berkata :"Apakah para Rasul tidak datang kepada mu dengan membawa keterangan ?" Mereka menjawab :"Ya", Para penjaga Jahannam berkata :"Panggillah, dan tiada panggilan orang-orang kafir kecuali dalam kesesatan". Nabi SAW bersabda :"Mereka berkata panggillah malaikat Malik !". Mereka berkata :"Hai Malik ! mintalah kepada Tuhan mu agar Dia mematikan kami ?". Beliau SAW bersabda :"Malik menjawab mereka :"Sesungguhnya kamu hidup abadi". Al A'masy berkata :"Aku diberi tahu bahawa jarak waktu antara panggilan mereka dan antara jawaban Malik kepada mereka adalah seribu tahun. Beliau SAW bersabda :"Mereka berkata panggilah Tuhan mu, kerana tidak ada seorang pun yang lebih baik dari pada Tuhan mu !". Lalu mereka berkata :"Wahai Tuhan kami, nasib buruk telah mendahului kami dan sungguh kami kaum yang tersesat. Wahai Tuhan Kami, keluarkanlah kami dari neraka lalu jika kami kembali dalam kesesatan sungguh kami orangorang yang zalim. Beliau bersabda : "Allah menjawab mereka :"Pergilah padanya (tinggallah di neraka) dan jangan bicara kepadaKu". Beliau SAW bersabda : Pada saat itu mereka putus asa dari segala usaha yang dapat menyelamatkan mereka dan pada saat itu pula mereka memulai dalam suara yang keras, penyesalan dan kecelakaan". Abdullah bin Abdur Rahman berkata :"Para ahli hadis tidak memarfu'kan hadis ini , dia berkata : "Hadis ini diriwayatkan dari Al A'masy dari Syimr bin Athiyyah dari Syahr bin Hausyab dari Ummi Darda' dari Abu Darda' akan perkataannya dan tidak marfu', dan

Qathbah bin Abdul-Aziz adalah orang yang bisa dipercaya menurut para ahli hadis. 26 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1775. Dari Abdullah r.a. katanya: Bercerita kepada kami Rasulullah saw. seorang yang benar dan dibenarkan. Beliau bersabda: "Seseorang kamu ditempatkan selama empat puluh hari dalam peranakan ibunya (berupa benda cair). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula dan segumpal daging selama itu pula. Lalu Tuhan menyuruh malaikat menuliskan empat perkara: rezekinya, ajalnya, malang (celaka) atau mujur (berbahagia). Kemudian dihembuskan roh (jiwa) ke dalamnya. Maka demi Allah, sesungguhnya seseorang mengerjakan pekerjaan isi neraka, sehingga antara dia dengan neraka hanya jarak sehasta atau sedepa, lalu didahului oleh kitabnya nasibnya), maka dikerjakannya pekerjaan isi syurga dan kerananya dia masuk syurga. Sesungguhnya seseorang mengerjakan pekerjaan isi syurga, sehingga antara dia dengan syurga jarak sehasta atau dua hasta, lalu didahului oleh kitabnya, maka dikerjakannya pekerjaan isi neraka dan kerananya dia masuk neraka." 27 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1782. Dari Sahal r.a., bahawa ada seorang laki-laki yang paling cukup keberaniannya mempertahankan kaum Muslimin dalam suatu peperangan bersama dengan Nabi saw. Lalu beliau memperhatikan laki-laki itu dan berkata: "Siapa yang ingin hendak memperhatikan seorang isi neraka, hendaklah diperhatikannya orang: Ini!" Lalu ada seorang di antara orang banyak mengikuti laki-laki itu, sedang dia ketika itu masih termasuk seorang yang amat berani melawan kaum musyrik. Akhirnya dia luka dan ingin hendak cepat mati. Maka diletakkannya ujung pedangnya antara dua susunya sehingga pedang itu keluar (tembus) di antara kedua bidang bahunya. Orang yang mengikuti laki-laki yang bunuh diri itu segera datang menemui Rasulullah saw. dan mengucapkan: "Saya mengakui bahawa anda sebenarnya Utusan Allah." Nabi bertanya: "Mengapa begitu?" Jawabnya: "Anda mengatakan kepada si Anu, bahawa siapa yang ingin hendak memperhatikan seorang isi neraka, maka hendaklah memperhatikan orang itu, padahal dia termasuk orang ya ng paling berani membela kaum Muslimin. Kerana itu, saya merasa, bahawa dia tidak akan mati dalam keadaan serupa itu. Setelah menderita luka, dia ingin cepat mati, lalu dibunuhnya dirinya." Ketika itu Nabi bersabda: "Sesungguhnya ada seorang yang mengerjakan pekerjaan isi neraka, pada hal dia termasuk isi syurga. Dan ada pula yang mengerjakan pekerjaan isi syurga, padahal dia termasuk isi neraka. Sesungguhnya pekerjaan itu dinilai menurut akhirnya." 28 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0017. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi saw. sabdanya: " Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga, dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman : Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!" Lalu mereka dikeluarkan dari neraka, (tetapi) tubuh mereka hitam bagaikan arang. kerana itu mereka dilemparkan ke dalam sungai Haya' atau Hayat. Imam Malik ragu antara Haya' atau Hayat. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih. yang tumbuh sesudah banjir. Tidakkah engkau lihat benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat".

29 Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1764. Dari 'Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi saw. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau bersabda: "Pelihara diri mu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma. Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik." 30 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2720. aksudnya :Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Dawud memberitahukan kepada kami, Syu'bah dan Hisyam memberitahukan kepada kami, dari Qatadah dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Hasyim berkata dalam hadisnya :"Keluar dari neraka", dan Syu'bah berkata dalam hadisnya :"Keluarkanlah dari neraka orang yang mengucapkan "tiada Tuhan selain Allah" sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum, keluarkanlah dari neraka orang yang mengucapkan "tiada Tuhan selain Allah" sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum, keluarkanlah dari neraka orang yang mengucapkan "tiada Tuhan selain Allah" sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji sawi", Syu'bah berkata :"Maa yazinu dzurah' tanpa tasydid.Dalam bab ini ada hadis dari Jabir dan Imran bin Hushain. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA neraka BERJAYA MENCAPAI 600 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 31 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2610. aksudnya : Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin Ajlan, dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya dari Nabi SAW bersabda :"Orang-orang sombong kelak dikumpulkan di hari qiamat seperti biji sawi dalam gambar laki-laki, mereka diliputi kehinaan yang datang dari setiap tempat, mereka digiring ke suatu tahanan di neraka Jahannam yang disebut Bulas di atas neraka, api segala api, mereka diberi minuman dari perasaan orang-orang ahli neraka, iaitu lumpur nanah yang mengalir dari kulit penghuni neraka". Hadis ini adalah hadis hasan. 32 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2311. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Allah Tabaraka wa Ta'ala mempunyai para malaikat yang bertugas keliling mencari-cari majlis zikir. Bila mereka telah menemukannya, lalu mereka duduk bersama-sama dengan orangorang yang sedang zikir, memanggil teman-temannya, berkerumun mengitari orang-orang yang sedang zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah bubar, para malaikat naik kembali ke langit. Lalu Allah Ta'ala bertanya kepada mereka, - padahal Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Kalian datang dari mana?" Jawab mereka, "Kami baru kembali memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka tasbih, takbir, tahlil, tahmid dan memohon kepada-Mu." Tanya: "Apa yang dimohon mereka kepadaKu?" Jawab : "Mereka memohon syurga

kepada-Mu." Tanya: "Pernahkah mereka menampak syurga-Ku?" Jawab : "Tidak'" Firman Allah, "Apalagi kalau mereka menampak syurgaKu!" Kata para malaikat, "Mereka juga memohon kebebasan." Tanya: "Mohon bebas dari apa?" Jawab: "Mohon bebas dari neraka." Tanya: "Pernahkah mereka menampak nerakaKu?" Jawab: "Tidak." Firman Allah Ta'ala: "Apalagi kalau mereka nampak nerakaKu!" Kata para malaikat: "Mereka juga memohon ampun kepadaMu." Jawab: "Aku mengampuni mereka dan memberikan apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari apa yang mereka takuti." Kemudian para malaikat berkata: "Di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dosa. Dia lalu di majlis itu lalu duduk bersama-sama dengan orangorang yang zikir." Firman Allah: "Orang itu pun Kuampuni, begitu pula setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu tidak ada yang celaka." 33 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1573. Mewartakan kepada kami Muhammad bin Isma'il bin AlBakhtariy Al-Wasithiy, mewartakan kepada kami Yazid bin Harun, dari Ibrahim bin Sa'ed, dari AzZuhriy, dari Salim, dari ayahnya, dia berkata: Ada seorang Badui -orang kampung- datang kepada Nabi SAW., dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku adalah orang yang selalu bersilatur-rahmi (menyambung tali kekerabatan). Dia mengerjakan kebaikan begini, dan begini. Maka di manakah dia itu?" Nabi SAW. menjawab: "Di neraka". Selanjutnya kata perawi: Seakan-akan dia menemukan yang demikian itu. Lalu dia bertanya: "Maka di manakah bapamu?" Rasululah SAW. berkata: "Di mana saja kamu melalui kuburan orang musyrik, maka gembirakanlah dia dengan neraka" Kata perawi selanjutnya: Kemudian seorang Badui tadi masuk Islam, setelah itu. Dan dia berkata: Sungguh Rasulullah SAW. telah membebani aku sesuatu yang melelahkan. Yaitu: Tiadalah aku melalui kuburan orang kafir, melainkan aku harus memberinya kabar gembira dengan api neraka. Dalam Az-Zawa-id: Isnad hadis ini sahih. 34 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0860. Dan Jabir r.a.. katanya: "Di masa hidup Rasulullah saw., bertepatan dengan had wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah saw., telah terjadi gerhana matahari. Kerana itu ada orang yang berkata, bahawa gerhana itu terjadi kerana wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah itu. Rasulullah berdiri, lalu beliau solat dengan orang banyak enam kali rukuk dan empat kali sujud. Mula-mula beliau takbir, kemudian membaca ayat dan memanjangkan bacaannya itu. Kemudian beliau rukuk, lamanya kira-kira selama beliau berdiri itu. Kemudian beliau mengangkat kepala dari rukuk (i'tidal), lalu dia membaca ayat, tetapi tidak sepanjang yang pertama. Kemudian beliau rukuk, lamanya kira-kira selama beliau berdiri. Kemudian i'tidal, lalu membaca ayat, tetapi panjangnya tidak sepanjang yang kedua. Kemudian beliau rukuk, lamanya lebih kurang selama ia berdiri. Kemudian beliau mengangkat kepala dari rukuk, sesudah itu langsung turun untuk sujud, dan beliau sujud du kali. Kemudian beliau berdiri, dan sesudah itu rukuk pula tiga kali; dan bacaannya setiap rakaat, yang dahulu lebih panjang daripada yang sesudahnya. Begitu pula lama rukuk hampir sama dengan lamanya sujud. Kemudian beliau mundur, maka mundur pula seluruh shaf di belakang beliau, hingga sampai ke dekat shaf kaum wanita. Kemudian beliau maju. maka maju pula seluruh jemaah mengikuti beliau, hingga sampai ke tempatnya semula. Sesudah itu solat gerhana selesai, dan matahari telah

terang kembali. Di dalam khutbahnya antara lain beliau bersabda: "Hai manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti diantara sekian banyak bukti kebesaran Allah. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia. Kerana itu apabila kamu melihat gerhana itu, maka solatlah sehingga cuaca terang kembali. Segala yang dijanjikan Allah diperlihatkan-Nya kepada ku dalam solat ku sebentar ini. Diperlihatkannya kepada ku neraka; iaitu ketika kamu lihat aku mundur, kerana aku takut akan terkena jilatannya, sehingga tampak olehku di dalamnya si pengait mengait mangsanya ke dalam neraka, kerana dia mencuri orang haji dengan kaitannya. Jika ditanya orang kepadanya kenapa kamu mencuri? Jawabnya, Aku tak sengaja, kerana hanya menyangkut pada kaitanku. Tetapi jika orang lalai, dia kait (copet) lagi. Ku lihat juga di neraka itu seorang wanita pemilik kucing. Dia mengikat kucing itu, tetapi tidak diberinya makan dan dia tidak pula melepaskannya, supaya kucing itu dapat mencari makannya sendiri seperti rumput-rumput bumi, sehingga akhirnya kucing itu mati kelaparan. Kemudian diperlihatkan pula kepada ku syurga; iaitu ketika kamu melihat ku maju, sehingga aku berdiri di tempatku ini. Ku jangkaukan tangan ku untuk memetik buah-buahannya, supaya kamu semua dapat melihatnya. Tapi ternyata aku tak dapat melakukannya. Tidak ada sesuatu yang telah dijanjikan Allah, melainkan ku lihat nyata dalam solat ku ini." 35 Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0151. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku tahu penduduk neraka yang terakhir keluar dari neraka, dan penduduk syurga yang terakhir masuk syurga. Yaitu orang yang keluar dari neraka sambil merangkak. Allah Ta'ala berfirman kepadanya, "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Lalu dia pergi ke syurga. Tetapi terbayang kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali kepada Tuhan dan berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh." Firman Allah swt., "Pergilah dan masuklah ke syurga!" Dia pun pergi ke syurga. Sementara itu terbayang pula kepadanya syurga telah penuh. Kerana itu dia kembali pula kepada Tuhannya seraya berkata, "Ya, Tuhan ku. Ku dapati syurga telah penuh." Allah berfirman pula kepadanya, "Pergilah, dan masuklah ke syurga!" Kemudian dia pergi. Tetapi tetap terbayang olehnya syurga telah penuh. Maka dia kembali lagi seraya berkata, "Ya, Tuhan ku! Ku dapati syurga telah penuh." Allah berfirman kembali, "Pergilah, dan masuklah ke syurga. Untukmu tersedia tempat sepuluh kali luas dunia." Kata orang itu, "Apakah Engkau tidak mengolok-olokku? Engkau adalah Maha Raja." Kata Abdullah menambahkan, "Aku melihat Rasulullah saw. tertawa, sehingga kelihatan gigi beliau." Beliau bersabda, "Dikatakan kepada ku, itulah tempat penduduk syurga yang paling rendah," 36 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2997. Dari Sulaiman ibnu Yasar berkata: "Ketika orang-orang bubar dari majlis Abu Hurairah, tiba-tiba ada seorang dari Syam berkata padanya;"Wahai Syaikh, sampaikan kepadaku suatu hadis yang pernah kau dengar dari Rasulullah saw." Jawab Abu Hurairah: "Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah saw, bersabda:"Pada hari kiamat kelak, yang pertama diadili ada tiga orang: Pertama orang yang mati syahid, maka ia akan didatangkan dihadapan Allah, dan ketika disebutkan nikmat-nikmat Allah yang telah diterimanya, ia pun mengakui, Tanya tuhan:"Kamu pergunakan untuk apa nikmat itu?" Jawabnya:"Aku pergunakan untuk berjuang di jalan.Mu hingga aku mati syahid " Kata Tuhan:"

Kamu berdusta, sebenarnya kamu berjuang, hanya kerana kamu ingin dikenal sebagai pemberani; dan itu sudah kamu peroleh ketika kamu di dunia." Kemudian Tuhan memerintahkan malaikat menyeret orang tersebut dan mencampakkannya ke dalam neraka. Kedua, seorang yang mencari ilmu dan mengajarkannya dan pandai membaca Al Quran, ketika ia akan dihadapkan pada Allah, lalu disebutkan nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan padanya, maka ia pun mengakuinya. Tanya Tuhan: "Kamu pergunakan untuk apa semua nikmat itu?" Jawabnya: "Aku pergunakan untuk mencari ilmu dan mengajarkannya, dan aku telah membaca Al Quran kerana-Mu". Kata Tuhan: "Kamu berdusta, kamu mencari ilmu semata-mata supaya dikatakan bahawa kamu seorang pandai; dan kamu membaca Al Quran hanya ingin dikenal, bahawa kamu pandai membacanya. Dan apa yang kamu inginkan itu telah kamu dapatkan ketika kamu di dunia." Setelah itu ia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka. Ketiga, seorang yang dilapangkan rezekinya oleh Allah.ia diberi bermacam-macam kekayaan. Maka ketika ia dihadapkan kepada Allah, lalu disebutkan padanya bermacam-macam nikmat Allah yang telah diterimanya, ia pun mengakuinya. Tanya Tuhan; "Kamu pergunakan untuk apa semua nikmat itu?" Jawabnya: "Tiada saya belanjakan harta itu, melainkan dijalan yang kau redhai". Kata Tuhan: "Kamu berdusta, sebenarnya kamu membelanjakannya semata-mata supaya kamu dikenal, bahawa kamu adalah seorang dermawan. Dan keinginanmu itu telah kamu dapatkan ketika kamu di dunia". Kemudian ia diseret dan dicampakkan ke neraka. ' i-S 37 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3383. Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Mujalid dari Asy Sya'bi dari Jabir berkata: "Beberapa orang Yahudi berkata kepada beberapa orang dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW: "Apakah Nabimu mengerti berapa jumlah malaikat penjaga neraka jahannam?" Mereka menjawab: "Kami tidak mengerti sampai kami menanyakan kepada beliau". Lalu seseorang Yahudi datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Hai Muhammad, sahabat-sahabatmu kalah hari ini". Beliau bersabda: "Dalam hal ini mereka kalah?" Dia berkata: "Orang-orang Yahudi bertanya kepada mereka berapa jumlah Malaikat penjaga neraka Jahannam". Beliau bersabda: "Apa jawaban mereka?" Dia berkata: "Mereka menjawab kami tidak mengerti sampai kami bertanya kepada Nabi kami". Beliau bersabda: "Apakah dikatakan kalah suatu kaum yang ditanya tentang sesuatu yang mereka tidak mengerti lalu menjawab kami tidak mengerti sampai kami menanyakannya kepada Nabi kami, tetapi mereka (orang-orang Yahudi) benar-benar bertanya kepada Nabi mereka lalu berkata: ""Nampakkan Allah secara terang-terangan kepada kami, panggilkan musuh-musuh Allah untuk menghadap kami, aku akan menanyakan kepada mereka tentang debu syurga iaitu tepung yang halus". Ketika mereka datang dan berkata: "Wahai Abul-Qasim berapa jumlah malaikat penjaga neraka Jahannam? Beliau bersabda: "Demikian dan demikian". Pada suatu kali sepuluh dan pada isyarat yang lain sembilan. Mereka berkata: "Ya". Rasulullah SAW bersabda kepada mereka: "Apa debu syurga?" Rawi berkata: "Mereka diam sebentar kemudian berkata: "Roti hai Abal-Qasim". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Roti dari tepung yang halus." Hadis ini adalah hadis yang kami mengetahuinya hanya dari sanad ini dari hadis-Mujalid. 38 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0076.

Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad; mewartakan kepada kami Waki' dan Muhammad bin Fudhail dan Abu Muawiyah. Mewartakan kepada kami 'Ali bin Maimun bin Ar-Raqiyyu; mewartakan kepada kami Abu Muawiyah dan Muhammad bin 'Ubaid, dari Al-Amasy, dari Zaid bin Wahhab, dia berkata: 'Abdullah bin masud berkata: Mewartakan kepada kami Rasulullah Saw., beliau adalah orang sangat jujur dan dipercayai, sesungguhnya beliau bersabda: "Dikumpulkan penciptaan salah seorang diantara kamu di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal darah dalam masa yang serupa. Sesudah empat puluh hari menjadi segumpal daging. Kemudian Allah mengirim seorang malaikat kepadanya. Malaikat tersebut diperintah dengan empat kalimat/perkara. Allah berfirman: Tulislah amalannya, ajalnya, rezekinya serta celaka atau bahagia." Maka demi Dzat Yang jiwaku berada dalam genggamannya, sesungguhnya salah seorang diantaramu ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga sehingga tidak ada antara dia dengan syurga kecuali satu hasta , telah mendahuluinya Al-Kitab/takdir, kemudian beramal dengan amalan penghuni neraka, maka masuklah dia ke dalamnya. Dan salah seorang diantara kamu ada yang beramal dengan amalan penghuni neraka, sehingga tidak ada antara dia dengan neraka kecuali satu hasta, telah mendahuluinya Al-Kitab/takdir, kemudian beramal dengan amalan penghuni syurga, maka masuklah dia ke dalamnya." 39 Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2459. Dari Ahnaf bin Qais r.a. katanya: "Aku keluar bermaksud hendak menolong orang ini. Tetapi Abu Bakrah menyusui ku lalu katanya, "Hai, Ahnaf! Hendak ke mana engkau?" Jawab ku, "Aku hendak membantu anak pakcik Rasulullah saw. (yakni 'Ali)." Kata Abu Bakrah, "Hai, Ahnaf! Pulanglah kembali! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila dua orang muslim bekelahi dengan mempergunakan pedang masing-masing maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka." Aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Si pembunuh (wajar masuk neraka), tetapi mengapa yang terbunuh (masuk neraka pula"?" Jawab beliau, "Kerana dia sengaja pula hendak membunuh sahabatnya. " 40 Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4281. Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Abu Mu'awiyah, dari Al-A'masy, dari Abu Sufyan, dari Jabir, dari Ummu Mubasysyir, dari Hafshah, dia berkata: Nabi saw; bersabda: "Sesungguhnya aku benar-benar berharap supaya tak seorangpun daripada orang-orang yang ikut dalam perang Badar dan mengikuti perjanjian Hudaibiyah masuk neraka insya Allah Ta'ala". Hafshah melanjutkan: Akupun bertanya: "Ya Rasulullah! Bukankah Allah telah berfirman (surat 19 ayat 71, yang ertinya: Dan tidak ada seorang pun daripada kalian melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan). Beliau menjawab: "Bukankah engkau mendengar Allah berfirman (Surat 19 syat 72, yang ertinya: Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut).". Dalam Az-Zawa-id: Hadis hafshah, para perawinya tsiqqat, meskipun Abu Sufyan mendengar dari Jabir bin 'Abdullah.

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA neraka BERJAYA MENCAPAI 600 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD 41 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2220. Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami, dari Al-Aamasy dari Zaid bin Wahb dari Abdillah bin Masud berkata: "Rasulullah SAW menceritakan kepada kami, Beliau adalah orang yang benar serta dibenarkan". Sesungguhnya seseorang dikumpulkan (bahan) ciptaanya (air mani) di perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal darah seperti itu (empat puluh hari). Kemudian menjadi segumpal daging seperti itu (selama empat puluh hari). Kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya lalu meniupkan ruh di dalamnya. Dan ditentukan dalam empat perkara iaitu dia menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan dia orang celaka atau orang bahagia, Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya sesungguhnya seseorang sungguh melakukan perbuatan ahli syurga sehingga tiada jarak antara dia dan antara syurga selain satu hasta kemudian catatan mendahuluinya lalu diakhiri melakukan perbuatan penghuni neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang melakukan amal perbuatan penghuni neraka sehingga tiada jarak antara dia dan neraka, selain satu hasta kemudian catatan mendahuluinya lalu dia akhiri melakukan perbuatan ahli syurga lalu memasukinya". Hadis ini hasan sahih. 42 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2722. Maksudnya: Hannad menceritakan kepada kami, Abu Mu'aiwyah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari Ibrahim dari Ubaidah As Salmani dari Abdullah bin Mas'ud berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Sungguh aku mengetahui penghuni neraka yang terakhir keluarnya dari neraka adalah orang yang keluar dari neraka dengan merangkak lalu ia berkata :"Wahai Tuhan orang-orang telah mengambil tempat". Beliau SAW bersabda : "Kemudian ia dijawab :"Pergilah ke syurga dan masuklah ke syurga". Beliau bersabda :"Lalu dia pergi untuk masuk kemudian menjumpai orang-orang telah mengambil tempat lalu ia kembali dan berkata :"Wahai Tuhan, orang-orang telah mengambil tempat", Beliau bersabda : Lalu ia di jawab :"Apakah kamu ingat waktu yang mana kamu pernah berada di dalamnya (dunia) ?". Dia menjawab :"Ya", kemudian diucapkan kepadanya :"Bercita-citala.". Beliau bersabda :"Lalu dia bercita-cita, kemudian dikatakan kepada- nya :"Sungguh kamu memiliki apa yang kamu cita-citakan dan sepuluh kali lipat di dunia". Beliau bersabda :"Lalu dia berkata :"Apakah Engkau menghina ku sedangkan Engkau Maha Raja", Abdullah bin Mas'ud berkata :"Sungguh aku melihat Rasulullah SAW tertawa sehingga tampak gigi taring beliau". Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 43 Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0037. Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Akan dikeluarkan dari neraka, (1) Orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah (Tidak ada Tuhan kecuali hanya Allah), apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan (iman) seberat sya'irah, dan (2) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaaha illallaah, apabila di dalam hatinya terdapat kebaikan seberat burrah, dan (3) Akan dikeluarkan dari neraka orang yang menyebut Laa ilaa ha illallaah, apabila di

dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarah." 44 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0856. Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Telah terjadi suatu gerhana matahari pada masa hidup Rasulullah saw., lalu beliau pergi ke masjid. Di sana beliau berdiri dan takbir (melakukan solat gerhana). Sedangkan orang banyak berbaris di belakang beliau. Rasulullah saw. membaca bacaan (surah) yang panjang. Kemudian beliau takbir dan rukuk lama-lama. Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) sambil membaca 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana walakal hamdu..' Lalu beliau berdiri, dan sesudah itu membaca ayat yang panjang-panjang, tetapi tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian beliau rukuk pula kembali lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. Kemudian beliau i'tidal sambil membaca "Sami'allahu liman hamidah. Rabbana walakal hamdu," sesudah itu beliau langsung sujud. Kemudian pada rakaat yang lain beliau lakukan pula seperti itu, sehingga jumlahnya empat kali rukuk dan empat kali sujud. Dan matahari telah terang kembali sebelum beliau selesai solat. Kemudian beliau berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Mulamula beliau memuji Allah menurut mestinya. Sesudah itu beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti tentang kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu apabila kamu melihatnya gerhana, maka segeralah pergi solat. Solatlah sehingga Allah memberi kelapangan (cahaya terang) kembali kepada mu. Sabda beliau selanjutnya, "Aku telah melihat di tempatku ini segala yang dijanjikan Allah kepada mu (mengenai syurga dan neraka). Sehingga aku bermaksud hendak memetik buahbuahan syurga; ketika kamu lihat aku menjangkaukan tangan ke depan. Aku juga melihat neraka jahanam, di mana satu sama lain saling memusnahkan, iaitu ketika kamu lihat aku mundur ke belakang. Dan aku melihat juga di neraka itu Ibnu Luhay, yakni orang yang mula-mula mengadakan Sa-ibah (korban unta untuk berhala). 45 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4987. Dari Abu Zaid dari Abu Hurairah ra berkisah: "Ketika aku duduk di sisi Rasulullah tiba-tiba seorang wanita datang pada beliau seraya berkata: "Wahai Rasulullah saw, bagaimana bila aku memakai dua gelang dari emas?" Jawab beliau: "Itu bererti kamu memakai dua gelang dari api neraka." Wanita itu bertanya; "Bagaimana bila aku memakai kalung dari emas?" Jawab beliau: "Itu bererti kamu memakai kalung dari api neraka." Wanita itu bertanya: "Bagaimana bila aku memakai dua anting-anting dari emas?" Jawab beliau: "Itu bererti kamu memakai anting-anting dari api neraka." Maka dia segera melemparkan dua buah gelang yang dipakainya sambil berkata: "Wahai Rasulullah, bila wanita berhias tidak untuk suaminya, maka bererti cinta kepada suaminya berkurang." Kemudian sabda Rasulullah: "Apa yang menghalangi seorang wanita untuk memakai anting-anting dari perak, lalu anting-anting itu disadur dengan za'faran yang berwarna kuning atau minyak wangi lain yang berwarna kuning." 46 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2686. aksudnya :Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Amr, dari Abd Salamah dari

Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda :"Syurga dan neraka protes, lalu syurga berkata :"Orang-orang yang lemah dan miskin yang memasuki ku, dan neraka berkata :"Orang-orang yang besar kepala dan sombong yang memasuki ku", kemudian Allah berfirman kepada neraka : "Kamu seksa Ku, Aku menyeksa denganmu terhadap orang yang Aku kehendaki", dan Dia berfirman kepada syurga :"Kamu rahmat Ku, dan Aku menyayangi dengan mu siapa saja yang aku kehendaki".Hadis ini adalah hadis hasan sahih. 47 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1935. Dari Abu Hurairah: Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung sehingga dia tewas, maka dia akan terus menerus dilemparkan dari gunung di neraka Jahanam selama-lamanya, barangsiapa yang bunuh diri dengan minum racun, maka dia akan terus menerus diminumi racun di neraka Jahanam selama-lamanya. Barangsiapa yang bunuh diri dengan sepotong besi, maka dia akan dipukuli dengan besi itu terus-menerus di neraka Jahanam selama-lamanya." 48 Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2713. aksudnya :Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Ibnul Mubarak memberitahukan kepada kami dari Sa'id bin Yazid Abu Suja', dari Abus Samhi dari Abul-Haitsam dari Abu Sa'id Al-Khudri dari Nabi SAW bersabda : "para penghuni neraka di neraka bermuka muram", Beliau bersabda : "Mukanya dibakar api neraka, lalu bibirnya yang atas tersingsing hingga sampai di tengah kepalanya dan bibirnya yang bawah turun hingga menghentam perutnya".Hadis ini adalah hadis sahih gharib.Abul-Haitsam namanya Sulaiman bin Amr bin Al'Utwari dia adalah seorang anak yatim dalam asuhan Abu Said. 49 Hadis Sunan Ibnu