harta sepencarian: klasifikasi,prosedur dan … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah...

70
HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN PELAKSANAAN DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA Y.A. TUAN HAJI MOHAMMAD TAIFOR BIN AHMAD RUSDI, PMP, AMP HAKIM UTAMA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK DARUL RIDZUAN

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR

DAN PELAKSANAAN DI MAHKAMAH SYARIAH DI

MALAYSIA

Y.A. TUAN HAJI MOHAMMAD TAIFOR BIN AHMAD RUSDI, PMP, AMP

HAKIM UTAMA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK DARUL RIDZUAN

Page 2: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Masyarakat Islam di negara ini masihbelum benar-benar memahami ataubegitu terdedah tentang konsep hartasepencarian.

Tetapi tuntutan terhadap hartasepencarian di mahkamah syariah diMalaysia agak memberangsangkan.

Peruntukan undang-undang keluargaIslam mengenai harta sepencariandimanfaatkan oleh masyarakat Islam dinegara ini.

Klasifikasi Harta Sepencarian

Page 3: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Klasifikasi Harta Sepencarian

APA DIA HARTA SEPENCARIAN DAN YANG BUKAN HARTA

SEPENCARIAN

Page 4: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

HARTA SEPENCARIAN/ BUKAN HARTA SEPENCARIAN

Harta/pendapatanyang diperolehdalam tempohperkahwinan

Harta Bawaan/HartaPusaka/Hadiah /Hibah

diperoleh oleh suami atauisteri

1.Harta yang diperoleh oleh suami dalam tempoh

perkahwinan walaupun pemerolehan itu menggunakan

wangnya sendiri, atau hasil titik peluhnya tanpa sebarang sumbangan secara langsung daripada pihak isteri (SEBAGAI

ISTERI DIKIRA SUMBANGAN TAK LANGSUNG)

1.Harta isteri/suami yang diperoleh sebelum berkahwin dengan wangnya sendiri, hasil titikpeluhnya/hadiah/hibah/

pusaka- tanpa ada penambahan atau pemajuan terhadap harta

itu selepas berkahwin oleh mana-mana pihak

Klasifikasi Harta Sepencarian

Page 5: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

HARTA SEPENCARIAN BUKAN HARTA SEPENCARIAN

2.Sama ada harta isteri atauharta suami yang dibawasebelum berkahwinkemudian dimajukan secarabersama dalam masaperkahwinan, maka hartatersebut juga termasukdalam harta sepencarian

TERMASUKLAH

2.Harta yang diperoleh isterisemasa perkahwinan melaluiusahanya sendiri tanpa adasedikitpun sumbanganlangsung daripada suamimaka ia bukanlah hartasepencarian. Perkahwinansemata-mata tidakmelayakkan suami menuntutharta itu sebagai hartasepencarian. Sebaliknya bagiharta suami, perkahwinanmemberi hak kepada isteriuntuk mendapat hartasepencarian.

3.Apa-apa hasil dan nilai tambahandaripada perkembangan dan pemajuanmelalui usaha sendiri pihak yang satu lagikepada perkahwinan itu, atau usahabersama pihak-pihak kepada perkahwinanitu semasa perkahwinan berkenaan denganharta2 itu

3.Apa-apa sumbangan oleh suami dalammenunaikan kewajipannya untuk menjagakeluarga dan rumah tangga sebagaimanayang ditetapkan oleh hukum syarak,tidaklah dikira sebagai usaha bersama bagimaksud mentafsirkan takrif “hartasepencarian.”

Page 6: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

HARTA SEPENCARIAN BUKAN HARTA SEPENCARIAN

4.Apa-apa sumbangan olehisteri dalam menjagakeluarga dan rumah tanggaatau apa-apa urusan lainyang berhubungan denganpemerolehan hartahendaklah dikira sebagaiusaha bersama dalammentafsirkan takrif “hartasepencarian,”

5.Apa-apa sumbangan olehsuami (selain sumbangan dalammenunaikan kewajipannyauntuk menjaga keluarga danrumah tangga sebagaimanayang ditetapkan oleh hukumsyarak) yang membawa kepadapemerolehan harta hendaklahdikira sebagai usaha bersamabagi maksud mentafsirkan takrif“harta sepencarian,”

Page 7: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Penentuan hak milik dilihat kepada kaedah

proses harta itu diperoleh

bersama

secara sendirian

berasingan

Page 8: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Penentuan bahagian harta sepencarian dilihat kepada:

1. Usaha bersama suami isteri;2. Sumbangan-sumbangan yang diberikan

secara langsung dan tak langsung;3. Kewujudan anak-anak dibawah umur dan

keperluan mereka; dan4. Apa-apa hutang yang terhutang oleh

salah satu pihak yang telah dilakukanbagi manfaat bersama mereka

Page 9: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Dalil Keharusan Harta Sepencarian

Orang lelaki ada bahagiandaripada apa yang

mereka usahakan danorang perempaun pula ada bahagian daripada

apa yang merekausahakan

Apa saja yang dipandang kaum Muslimin merupakan kebaikan, maka di sisi Allah juga merupakan kebaikan.

Dan apa saja yang dipandang kaum Muslimin

merupakan keburukan, maka di sisi Allah juga merupakan keburukan

HADIS

AL-QUR’ANayat 32

Surah an-Nisaa'

Pengiktirafan adat

(al-'adah muhakkama)

"Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan."Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan."Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan."

Page 10: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Sayyid Abdul Rahman di dalam Kitab Bughyah :

“Telah bercampur harta suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebihbanyak dan tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salahseorangnya, kemudian berlaku perceraian antara kedua-duanya ataumeninggal dunia maka tidak sah salah seorang daripada mereka (suami isteriatau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelumdapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-sulh) kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murrajjih (tidak ada tanda yangmembezakan). Seperti mereka berkata: 'Jika bercampur burung merpatikedua-keduanya (suami isteri) pada ketika itu jika boleh diketahui ataudibezakan kedua-duanya, tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan,perkara ini hendaklah ditangguhkan sehingga suami isteri atau waris kedua-duanya berdamai ataupun menyerah (hibah) dengan sama banyak atauberlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yangsempurna (bukan mahjur 'alaihi) dan wajib supaya jangan berkurangpembahagiannya daripada setengah bagi orang yang mahjur (orang yang tidakdibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku kebiasaan yang tetap bahawasalah seorang daripada kedua-duanya (suami isteri) mendapat pendapatanyang lebih banyak daripada seorang lagi maka perdamaian (sulh) danpenyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang), jika merekatidak menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yangmemiliki sesuatu daripada harta (memegang harta) akan diterimacakapnya dengan sumpahnya, bahawa harta itu miliknya. Tetapi jikaharta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegangharta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lainbersumpah, kemudian harta itu dibahagi dua.”.

Page 11: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Harta Sepencarian menurut Undang-undang

Seksyen122. Kuasa Mahkamah memerintahpembahagian harta sepencarian.

(1)Mahkamah hendaklah mempunyai kuasaapabila membenarkan lafaz talaq atau apabilamembuat suatu perintah perceraian untukmemerintahkan supaya apa-apa aset yangdiperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masaperkahwinan dengan usaha bersama merekadibahagi antara mereka atau supaya mana-manaaset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antarapihak-pihak itu.

Page 12: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

(2) (3)

Pada menjalankan kuasa yangdiberikan oleh subseksyen (1),Mahkamah hendaklah mengambilperhatian tentang—

(a)takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuatoleh setiap satu pihak dalambentuk wang, harta, atau kerjabagi memperoleh aset-aset itu;(b)apa-apa hutang yangterhutang oleh salah satu pihakyang telah dilakukan bagimanfaat bersama mereka;(c)keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasadaripada perkahwinan itu, jikaada, dan, tertakluk kepadapertimbangan-pertimbanganitu, Mahkamah hendaklahmembuat pembahagian yangsama banyak.

Mahkamah hendaklahmempunyai kuasa, apabilamembenarkan lafaz talaq atauapabila membuat perintahperceraian, memerintahkansupaya apa-apa aset yangdiperoleh dalam masaperkahwinan dengan usahatunggal satu pihak kepadaperkahwinan itu dibahagi antaramereka atau supaya mana-manaaset itu dijual dan hasil jualanitu dibahagi antara pihak-pihakitu.

Page 13: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

(4) (5)

Pada menjalankan kuasa yangdiberikan oleh subseksyen (3),Mahkamah hendaklah memberiperhatian kepada—

(a)takat sumbangan-sumbanganyang telah dibuat oleh pihak yangtidak memperoleh aset itu, kepadakebajikan keluarga denganmemelihara rumahtangga ataumenjaga keluarga;(b)keperluan-keperluan anak-anakyang belum dewasa daripadaperkahwinan itu, jika ada, dantertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah bolehmembahagikan aset-aset itu atauhasil jualan itu mengikut apa-apakadar yang difikirkannyamunasabah, tetapi dalam apa-apahal, pihak yang telah memperolehaset-aset itu dengan usahanyahendaklah menerima suatu kadaryang lebih besar.

Bagi maksud seksyen ini,sebutan mengenai aset yangdiperoleh dalam masaperkahwinan oleh satu pihaktermasuklah aset-aset yangdipunyai oleh satu pihaksebelum perkahwinan itu yangtelah dimajukan padasebahagian besarnya dalammasa perkahwinan itu oleh pihakyang satu lagi itu atau denganusaha bersama mereka.”

Page 14: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Seksyen23. Poligami

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaranatau memerintahkan supaya perkahwinan itudidaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklahmempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihakkepada perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuatpembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteriyang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yangtelah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masaperkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagiantara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual

dan hasil jualan itu dibahagikan.

Page 15: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

SOALNYA, ISTERI PERTAMA TAHU SUAMINYATELAH BERPOLIGAMI, TETAPI TIDAKMENDAFTARKAN PERKAHWINAN KEDUANYAYANG DIBUAT DI LUAR NEGARA.

APA HARUS DILAKUKAN UNTUKMEMBOLEHKAN ISTERI PERTAMA MENDAPATHAKNYA UNTUK MENUNTUT HARTASEPENCARIAN.

BOLEH KE ISTERI PERTAMA MEMBUATTUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN SEMASADALAM TEMPOH PERKAHWINAN SEDANGPERKAHWINAN KEDUA SUAMINYA BELUM DIDAFTARKAN.

Page 16: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

1. MEMBUAT ADUAN KEPADA PEGAWAIPENGUATKUASA AGAMA TENTANGKESALAHAN YANG TELAH DILAKUKANOLEH SUAMINYA TIDAKMENDAFTARKAN PERKAHWINANPOLIGAMI TANPA KEBENARAN DANBERKAHWIN TANPA KEBENARAN DILUAR NEGARA.

Page 17: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

2. MEMUJUK MADUNYA SUPAYA TAMPILMEMBUAT PENDAFTARAN PERNIKAHAN YANGDILAKUKAN DI LUAR NEGARA TERSEBUT.MENGIKUT KEHENDAK SEKSYEN 31 AUUKISALAH SATU PIHAK BOLEH MEMBUATPERMOHONAN PENDAFTARANPERKAHWINAN YANG DILAKUKAN DI LUARNEGARA YANG DIBUAT TANPA KEBENARAN

Page 18: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Di Perak, melalui arahan amalan KHS, lelaki atausuami yang hendaklah memfailkan pengesahanperkahwinan. Ini untuk memastikan lelaki atau suamiyang bertanggungjawab ke atas perkahwinantersebut.

Perempuan atau isteri boleh dibenarkan membyuatpermohonan dengan syarat memuaskan hatiMahkamah apa-apa alasan yang kuat dan munasabahmengapa perempuan atau isteri itu terpaksamengambil tindakan permohonan pengesahanpernikahan tersebut.

Eg: suami meninggal dunia, tidak dapat dikesan,enggan bekerjasama, berlaku perceraian sebelumdisahkan oleh Mahkamah dan seumpamanya

Page 19: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

SUMBANGAN LANGSUNG

Membuat pinjaman dengan syarikat tempat

pasangan bekerja

Mengisi borang permohonan; menyerahkan

kepada pemaju; membuat tindakan-

tindakan susulan

Menggunakan nama

bapa/keluarga

yang mempunyai pengaruh tertentu

MENGGUNA

nama dalam aset

Mengeluar-kan wang, membayar deposit dan membayar

ansuran bulanan.

Menggunapengaruh

diri

Berusaha mendapatkan peguam cara

Menggunakan dua nama dalam

membuat pinjaman

Menjadi penjamin kepada peminjam

Page 20: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

BIL. SUMBANGAN TIDAK LANGSUNG

1. Menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab dan sentiasamenjaga kehormatan suami

2. Memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberikeselesaan kepada suami dalam memperoleh aset

3. Menemani suami semasa suami berurusan untuk memperolehharta tersebut ke mana sahaja seperti ke pejabatperumahan,pejabat tanah, pejabat peguam dan sebagainya yangmembuatkan suami merasa senang dan terhibur dengan keletihandan kesusahan

4. Menjaga dan memelihara anak-anak yang masih dibawah umur dengan baik

5. Menjaga makan minum suami dan pakaian suami dengan baik danteratur

6. Menjaga suami yang terlantar sakit beberapa tahun dengan sabar

7. Bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankanbeban suami dalam rumahtangga

Page 21: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

1.

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

1.PASTIKAN BIDANG KUASA MAHKAMAH:

HS HANYA BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH TINGGISYARIAH SEPERTI MANA MENGIKUT SEKSYEN 62(1)(b)“dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskansemua tindakan dan prosiding yang Mahkamah TinggiSyariah diberi kuasa untuk mendengar danmemutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yangdipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atautidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuktuntutan hadhanah atau harta sepencarian)”.

Maknanya tidak kiralah berapa nilai HS itu,tuntutan hendaklahdifailkan di MahkamahTinggi Syariah

Page 22: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

2.Umumnya sesuatu tuntutan hendaklahdifailkan di mahkamah tempat Plaintifbermastautin seperti mana kehendak Seksyen4 UUKI, tetapi dalam tuntutan HS, Seksyen122 UUKI telah menetapkan tuntutanhendaklah difailkan di mahkamah yang telahmembenarkan lafaz talak atau membuat suatuperintah perceraian

(Rujukan kes Noh bin Atan lwn Syakila btMoahamd [1998] 6 MLJ 631)

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Page 23: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

ARAHAN AMALAN NO.6 TAHUN 2013 JUGAMENJELASKAN BAHAWA TUNTUTAN HS BOLEHDIBUAT DI MAHKAMAH DI NEGERI YANGMEMBUAT PERINTAH PERCERAIAN.

WALAU BAGAIMANA PUN, ARAHAN AMALANINI TELAH DI BATALKAN OLEH ARAHANAMALAN NO.4 TAHUN 2017 YANG TELAHMEMBENARKAN TUNTUTAN HS BOLEHDIDENGAR DAN DIPUTUSKAN APABILA PIHAKYANG MENUNTUT MEMENUHI KEHENDAKSEKSYEN 2 DAN SEKSYEN 4 UUKI

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Page 24: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

-KES HARTA SEPENCARIAN HENDAKLAH DIFAILKAN

MELALUI SAMAN BERSERTA DENGAN PENYATATUNTUTAN

-BAGAIMANA JIKA SEMASA HENDAK MEMFAILKAN KES,KITA TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN HARTA/ASETTETAPI DENGAN ALASAN YANG MUNASABAH KITATAHU IA BERADA DALAM SIMPANAN PIHAK YANG SATU

LAGI.

JAWAPANNYA:-MASUKKAN PERMOHONAN INTERLOKUTORI MEMOHONPENZAHIRAN DOKUMEN MENGIKUT SEKSYEN 85UUTCM. PERMOHONAN INTERLUKOTORI HENDAKLAHDIPOHON MENGIKUT SEKSYEN 187

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Page 25: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

(1) Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yangdifikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak--

(a) menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau denganafidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalammilikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yangberkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam milikannyaatau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu dan,dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-manadokumen yang dahulunya berada dalam milikannya atau kuasanya,tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya;

atau

(b) mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannyaatau kuasanya

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Page 26: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

BAGAIMANA UNTUK MENGHALANG PIHAK YANG SATU LAGI DARIPADA MELUPUSKAN HARTA SEPENCARIAN YANG SEDANG KITA TUNTUT? JAWAPANNYA:

MEMOHON PERINTAH TEGAHAN/INJUNKSI MENGIKUT SEKSYEN 108 EUUKI NEGERI-NEGERI:

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—(a)jika sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri masih belum selesai di Mahkamah; dan(b)dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat perintah di bawah Seksyen 122,

mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi secara bersama semasa perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan perlu untuk berbuat demikian.”

APAKAH SYARAT UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Page 27: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

1.PENGAKUAN/IKRAR PIHAK-PIHAK(jika ada)

2.KETERANGAN LISAN DARIPADA PIHAK-PIHAK

2.KETERANGAN LISAN DARIPADA SAKSI-SAKSI YANG MENYOKONG KETERANGAN PIHAK-PIHAK

3.KETERANGAN DOKUMEN TENTANG ASET-ASET(GERAN TANAH,KERETA,SURAT PERJANJIAN JUALBELI/PEMBAYARAN/RESIT DLL

4.GAMBAR-GAMBAR ASET DSBNYA

KETERANGAN YANG DIPERLUKAN DI MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN

Page 28: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

1.Wujud perkahwinan yang sah antarakedua mereka dan telah berlaku

perceraian dengan apa cara sekalipunyang telah disahkan oleh Mahkamahatau berlaku kematian salah seorang

atau kedua-dua belah pihak. Dalam halkematian kedua belah pihak, yang menuntut adalah anak-anak atau

isteri kedua.

APA YANG PERLU DIBUKTIKAN SEMASA PERBICARAAN

Page 29: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

2.HARTA YANG DITUNTUT ADALAH HARTA

SEPENCARIAN YANG TERMASUK DALAM TAFSIRAN SEKSYEN 2 AUUKI IAITU:

“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasaperkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;”

Lama tempoh masa perkahwinan akanmempengaruhi sumbangan langsung dan tak

langsung pihak-pihak

APA YANG PERLU DIBUKTIKAN SEMASA PERBICARAAN

Page 30: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

3. JIKA HARTA DIPEROLEH SEBELUMPERKAHWINAN (IAITU HARTABAWAAN/HIBAH/PUSAKA), HARTATERSEBUT HENDAKLAH DIBUKTIKANTELAH DIMAJUKAN OLEH PIHAK YANGSATU LAGI ATAU DIMAJUKAN BERSAMADALAM TEMPOH PERKAHWINAN

APA YANG PERLU DIBUKTIKAN SEMASA PERBICARAAN

Page 31: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

4. SUMBANGAN LANGSUNG PIHAK-PIHAK DALAM PEMEROLEHAN HARTA TERSEBUT (SEPERTI YANG DINYATAKAN DLM SLIDE SEBELUM INI).

5. APA-APA HUTANG YANG TERHUTANG OLEH SALAH SATU PIHAK YANG TELAH DILAKUKAN BAGI MANFAAT BERSAMA MEREKA

5.SUMBANGAN TAK LANGSUNG PIHAK-PIHAK DALAM PEMEROLEHAN HARTA TERSEBUT(SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM SLIDE SEBELUM INI)

6.KEWUJUDAN ANAK-ANAK YANG DIBAWAH UMUR DI DALAM PEMELIHARAAN PIHAK-PIHAK.

APA YANG PERLU DIBUKTIKAN DALAM PERBICARAAN

Page 32: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

SELALUNYA DI DALAM TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN, PIHAK-PIHAK MENGAKUI

BAHAWA HARTA ITU ADALAH HARTA SEPENCARIAN, CUMA YANG DIPERTIKAI DAN

DITUNTUT ADALAH BAHAGIAN MASING-MASING SAMADA BANYAK ATAU SEDIKIT

BERPANDUKAN KEPADA SUMBANGAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG SEPERTI

MANA YANG TELAH DIJELASKAN TERDAHULU

Page 33: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

SEMUA KETERANGAN YANG DIBERI SEMASASOAL UTAMA JIKA TIDAK DIPERTIKAI OLEHPIHAK YANG SATU LAGI DALAM SOAL BALAS,ATAU IA DIAKUI DI DALAM SOAL BALAS OLEHPIHAK YANG SATU LAGI, MAKA IA DIKIRAKETERANGAN YANG BOLEH DITERIMA. OLEHITU PENTING UNTUK PIHAK-PIHAKMENGAMBIL PEDULI PERKARA SEPERTI INI.

HAKIM BIASANYA AKAN MENGULAS PERKARATERSEBUT DI DALAM ALASANPENGHAKIMANNYA

Page 34: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

DI AKHIR PERBICARAAN

1. Jika Mahkamah mendapati Plaintif gagal memberibukti sumbangan langsung dan tak langsung,Defendan akan diberi hak bersumpah, jika Defendanbersumpah, harta terpulang kepadanya, jika Defendanenggan bersumpah, sumpah dipulangkan kepadaplaintif dan jika dia bersumpah, harta terpulangkepadanya pula.

2. Jika kedua-dua enggan bersumpah, harta akandibahagi sama banyak

3. Jika Mahkamah mendapati kedua pihak gagalmembuktikan sumbangan masing-masing, harta akandibahagi sama banyak juga

4. Jika salah seorang telah mati atau keduanya, hakbersumpah diberi kepada waris jika waris menuntut.

(Rujukan Kes Anita lwn Zainuddin MRS WP)

Page 35: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

DI AKHIR PERBICARAAN

1. BAHAGIAN YANG DIBERIKAN OLEH HAKIMDI AKHIR PERBICARAAN SAMADA DALAMPECAHAN SEPERTI ½, 1/3, ¼, 1/5, 1/6DAN SEBAGAINYA ATAU DALAM BENTUKPERATUSAN 80%/ 50%/30%/ 25% DANSEUMPAMANYA

2. CAMPURAN SUMBANGAN LANGSUNG DANTIDAK LANGSUNG YANG TELAHDIBERIKAN OLEH PIHAK-PIHAK AKANMEMBENTUK BAHAGIAN YANG AKANDIPEROLEH OLEH MEREKA DI AKHIRPERBICARAAN NANTI

Page 36: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK HARTA SEPENCARIAN

JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA YANG TAAT DAN MEMELIHARA RUMAHTANGGA DENGAN BAIK, MENJAGA MAKAN MINUM SUAMI DAN

ANAK-ANAK

TETAPI TIDAK PERGI MENEMANI SUAMI DALAM URUSAN MENCARI

REZKI

BOLEHLAH DIBERIKAN HAK HARTASEPENCARIAN SEBANYAK 25% ATAU¼.

Page 37: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK HARTA SEPENCARIAN

JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA YANG TAAT DAN MEMELIHARA RUMAHTANGGA DENGAN BAIK, MENJAGA MAKAN MINUM SUAMI DAN

ANAK-ANAK

TETAPI SENTIASA MENEMANI SUAMI KE MANA SAHAJA DALAM USAHA SUAMI MEMPEROLEH HARTA DAN

SENTIASA MEMBERI DORONGAN DAN SEMANGAT

BOLEHLAH DIBERI HAK HS SEBANYAK1/3 ATAU 33.33%

Page 38: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK HARTA SEPENCARIAN

JIKA ISTERI TIDAK BEKERJA YANG TAAT DAN MEMELIHARA RUMAHTANGGA DENGAN BAIK, MENJAGA

MAKAN MINUM SUAMI DAN ANAK-ANAK

DAN BANYAK PULA MEMBERI SUMBANGAN LANGSUNG SEPERTI MENGGUNAKAN PENGARUH BAPANYA YANG TERNAMA ATAU MENGISI BORANG PERMOHONAN, MENYERAHKAN KEPADA PEMAJU,MEMBUAT TINDAKAN-TINDAKAN SUSULAN DAN BERUSAHA MENDAPATKAN PEGUAMCARA BAGI SUAMI

MEMPEROLEH HS TERSEBUT.

BOLEHLAH DIBERIKAN HAK HS SEBANYAK 40%ATAU 45%

Page 39: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PANDUAN PEMBAHAGIAN HAK HARTA SEPENCARIAN

JIKA ISTERI BEKERJA YANG TAAT DAN MEMELIHARA RUMAHTANGGA DENGAN BAIK, MENJAGA MAKAN MINUM

SUAMI DAN ANAK-ANAK

DAN BANYAK MEMBERI SUMBANGAN LANGSUNG SEPERTI MEMBAYAR SEPARUH DARI ANSURAN BULANAN

JUGA MEMBAYAR DEPOSIT, DAN NAMANYA JUGA TERMASUK DALAM PERJANJIAN JUAL BELI BAGI

MEMPEROLEH HS TERSEBUT.

BOLEHLAH DIBERIKAN HAK HS SEBANYAK 50%ATAU PUN LEBIH JIKA DIDAPATI SUMBANGANLANGSUNGNYA BANYAK BERBANDING DENGANSUAMINYA.

Page 40: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

BIL. Isu-Isu Yang Sering Berbangkit Di Mahkamah SyariahBerhubung Harta Sepencarian

1. Tuntutan Harta Sepencarian selepas Kematian

2. Saham Syarikat sebagai Harta Sepencarian

3. Pembekuan Saham dan Akaun Syarikat atau Akaun Peribadi dalam Tuntutan Harta Sepencarian

4. Permasalahan Harta Sepencarian dengan Aset Tertakluk Dalam Akta Tanah Berkelompok dan Tanah Rizab Melayu (TRM).

5. Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation Licence [TOL])

6. Hak Orang Bukan Islam dalam Harta Sepencarian

Page 41: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

1.Tuntutan Harta Sepencarian selepasKematian

Seksyen 122"Mahkamah hendaklah mempunyaikuasa apabila membenarkan lafaztalaq atau apabila membuat suatuperintah perceraian untukmemerintahkan supaya apa-apa asetyang diperoleh oleh pihak-pihak itudalam masa perkahwinan denganusaha bersama mereka dibahagiantara mereka”

Page 42: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Tiada peruntukan undang-undang yang memberi kuasa mahkamah

membahagikan harta sepencarian selepaskematian. Jika ini berlaku seolah-olah

mahkamah mengambil kuasaParlimen/DUN untuk membuat undang-

undang

Tiada peruntukan juga dalam undang-undang yang memberi kuasa kepada

mahkamah untuk menggunakan hukumsyarak jika terdapat lakuna. Hanya yang

ada dalam tatacara mal sahaja.

Page 43: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Justeru itu, hampir benar dakwaan yangmenyatakan tuntutan harta sepencarianselepas kematian adalah satupenyalahgunaan kuasa mahkamah untukmenidakkan, atau mengurangkan hak ahliwaris dalam harta pusaka atau faraid keranajika tuntutan harta sepencarian dibenarkandan perintah pembahagian dibuat sama adasetengah-setengah (1/2) atau satu pertiga(1/3) dan sebagainya, ia akan mengurangkanhak ahli waris dalam harta pusaka tersebut.Malah ia akan menambah banyak hakmereka yang mendapat harta sepencarian.

(Pandangan Tun Hamid dalam satu seminar)

Page 44: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PADA SAYA IA TIDAK ADIL JIKA HSTIDAK DITUNTUT OLEH PASANGANYANG MASIH HIDUP, CONTOH ISTERIYANG HIDUP BERSUSAH PAYAHMEMBANTU SUAMI LEBIH 30 TAHUNDALAM PEMEROLEHAN HS DAN ADAPULA YANG MENGELUARKAN DUITSENDIRI, MEMBUAT PINJAMAN DANSEBAGAINYA DALAM USAHAMEMAJUKAN HS TERSEBUT.

Oleh itu, jika tuntutan harta sepencariantidak dibenarkan, tentulah pasangan yangditinggalkan terpaksa meneruskan kehidupandengan menanggung hutang sendirian.

Page 45: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

PERUNTUKAN UMUM ADA MEMBERIBIDANGKUASA KEPADA MAHKAMAHSYARIAH UNTUK MEMBICARAKAN“apa-apa pelupusan atau tuntutan hartayang berbangkit daripada mana-manaperkara yang dinyatakan dalamsubperenggan (i)”

Dalam tuntutan harta pusaka, jikaada isu berbangkit tentang hibah, HSdan sebagainya, perkara tersebuthendaklah diselesaikan dahulu.

Page 46: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Mahkamah Syariah boleh menggunakankuasa secara “implied” seperti manadiputuskan dalam kes Soon Singh a/lBikar Singh v. Pertubuhan KebajikanIslam Malaysia (PERKIM)

““Therefore, when jurisdiction is expresslyconferred on the matters to conversion toIslam, in out opinion, it is logical thatmatters concerning conversion out ofIslam (apostasy) could be readnecessarily implied in and falling withinthe jurisdiction of the Syariah Courts.”

Page 47: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Juga di dalam kes Md. Hakim Lee lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

““This matter of the plaintiff which involves thedetermination of his status upon his purportedrenunciation of the Islamic faith by the deed poll andthe statutory declaration is outside the jurisdiction ofthis court to determine, on account of the ouster ofthe jurisdiction by art 121 (1A) of the FederalConstitution. By virtue of para 1 in List 11 of theNinth Schedule to the Federal Constitution, thejurisdiction lies with the syariah court on itswider jurisdiction over a person professing thereligion of Islam even if no express provisionsare provided in the Administration of Islam Law(Federal Territories) Act 1993 ("the Act") becauseunder Art. 74 of the Constitution, it is within thecompetency of the legislative to legislate on thematter. Its absent from the express provision in Actwould not confirm the jurisdiction in the civil court.”

Page 48: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

2.Saham Syarikat sebagai HartaSepencarian

Sesetengah saham syarikattersebut dimiliki secara majoritioleh pasangan suami isteri danmereka menguasai syarikattersebut

.

Page 49: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Antara senario yang boleh berlaku adalah, apabilaisteri mendapat bahagiannya daripada saham-

saham syarikat setelah diperintahkan olehmahkamah, maka saham bahagian suami atau

saham keluarga di dalam syarikat tersebut telahmenjadi minoriti. Keadaan ini sebenarnya akan

membahayakan syarikat keluarga tersebut keranasaham majoriti telah dikuasai oleh orang lain pula. Suami tidak lagi memegang saham majoriti kerana

sebahagian saham keluarga itu telah hilangapabila isteri membawa keluar saham-sahamnya.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sama ada diaakan menjadi salah seorang pemegang sahamdalam syarikat itu, ataupun dia menjualkannya

kepada pemegang saham yang lain.

Page 50: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Oleh itu, bagi mengelakkan syarikat keluargatersebut gulung tikar atau berpindah kepadaorang lain, jika berlaku tuntutan hartasepencarian yang berupa saham-saham syarikatdi mahkamah syariah, adalah amat baiksekiranya hakim-hakim yang membicarakan kesberkenaan membuat tindakan dengan tidakmemindah milik saham-saham syarikat yangdiperuntukkan kepada suami atau isteri, tetapihanya membuat perintah denganmenguntukkannya sahaja bahagian masing-masing kepada pihak-pihak terlibat. Dengancara itu, saham-saham syarikat milik suamiatau isteri tidak akan bepindah tangan kepadaorang lain dan syarikat keluarga tersebut akankekal.

Page 51: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Adakalanya isteri hanya sebagai “sleepingpartner” yang menerima elaun bulanan.Dalam hal ini bahagian yang akan diperoleholeh isteri adalah kecil dalam HS tersebutmungkin dalam 1/5, tetapi ia bolehmengecilkan pegangan saham mereka dalamsyarikat tersebut.

Untuk mengelakkan syarikat berpindahtangan, Hakim boleh membuat perintahmenguntukkan sahaja bahagian isteri ataumemerintahkan suami membayar bahagianisteri tersebut tanpa memindahkan saham.

Page 52: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

3.Pembekuan Saham dan Akaun Syarikat atau Akaun Peribadi dalam Tuntutan Harta Sepencarian

“Seksyen 108 EUUKI (Selangor) (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—◦ jika sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri masih belum

selesai di Mahkamah; dan◦ dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat

perintah di bawah Seksyen 122, mengeluarkan suatuperintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikutmana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apaharta yang telah diperolehi secara bersama semasaperkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuashati adalah difikirkan perlu untuk berbuat demikian.”

Page 53: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

• Jika akaun peribadi atau akaun syarikat dibekukan,

urusan seharian untuk membayar nafkah, belanja seharian, membayar gaji, membayar hutang akan

terganggu.

Page 54: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Oleh itu, Hakim perlu memerintahkanpengasingan akaun. Asingkan wangperibadi dan wang syarikat. Arahanhendaklah diberi kepada pihak-pihaksebelum perintah dikeluarkan.Perintah membuka akaun baru perludilaksanakan untuk pembekuan HSyang dipertikai. Bukan pembekuansemua akaun peribadi dan syarikat

Page 55: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Sebenarnya harta sepencarian yang melibatkan tanah rancangan sedikit sebanyak

adalah berbeza dengan harta sepencarian dalam bentuk yang biasa kerana harta

sepencarian di tanah rancangan diikat oleh peraturan-peraturan tertentu yang tidak

mengehadkan kepada budi bicara mahkamah mengikut GSA

(Group Settlement Areas Act) 1960.

4.Permasalahan Harta Sepencarian dengan Aset Tertakluk Dalam Akta Tanah Berkelompok dan Tanah

Rizab Melayu.

Page 56: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Berbalik kepada konteks FELDAatau mana-mana rancangan tanahberkelompok yang lain, syaratkelayakan tuntutan hartasepencarian ialah bekas isteriitu mestilah sama-sama masukke tanah rancangan bersamasuami dan tinggal bersama ditanah rancangan sehinggalahberlaku penceraian.

Page 57: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Pindaan Seksyen 12, 14 dan 15 padatahun 2002 telah membolehkan pegangandesa diberi milik dan dimiliki bersamatidak melebihi daripada dua orangpemilik. Pindaan ini bertujuan untukmembolehkan isteri, bekas isteri atauwaris kadim peneroka dimasukkan kedalam pegangan desa sebagai peganganbersama atau pemilik bersama. Pindaantersebut memperuntukkan,“Bekas isteriyang sama-sama masuk ke rancangandan tinggal bersama suami sehinggaberlaku perceraian, layak dan berhakuntuk menuntut memasukkan namasebagai pemegang bersama.”

Page 58: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Kes rujukan yang telah diputuskan oleh YA HMTS

Seremban

Amnah Ariffin lwn. Noor Azhar Umar.

“Menurut beliau dalam penghakiman kestersebut bahawa 50% daripada bayarankembali adalah layak diperoleh oleh isteri yangdiceraikan”

Page 59: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Sekalipun wujud sumbangan oleh isteridan harta itu diisytiharkan sebagai hartasepencarian, harta-harta tersebut tidaklahboleh dipecah-bahagi, disewa, digadai,ditukar hak milik atau sebagainya keranasekatan oleh Seksyen 12 tersebut.Walaupun begitu, hak isteri masih wujuddengan memasukkan namanya sebagaipenama bersama dalam geran hak milikdengan perintah mahkamah.Memasukkan nama isteri bersama dengansuami dalam daftar pegangan tersebutmembolehkan isteri menikmati apa-apaperolehan daripada hartanah tersebutsecara saksama sebagaimana yangdiperoleh suami.

Page 60: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

ISU PASANGAN BUKAN WARGANEGARA

Seksyen 19 GSA telah menyekat bukanwarganegara daripada memiliki tanahtersebut. Dalam keadaan ini, timbul persoalansama ada pihak berkuasa negeri (PBN) bolehmeluluskan peletakan nama isteri yang bukanwarganegara. Sekalipun PBN tidak meluluskanpeletakan nama isteri tersebut, mahkamahsyariah yang membuat perintah hartasepencarian hendaklah membuat perintahmenguntukkan bahagiannya sahaja dalam asettersebut yang memberikan hak kepada isteriuntuk mendapat manfaat daripada asettersebut mengikut bahagian yang telahdiuntukkan kepadanya.

Page 61: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

ISU PASANGAN BUKAN ORANG MELAYU

Seksyen 7(1) Enakmen Rezab Melayu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Bab 142) memperuntukkan:

“No State land included within a Malay Reservation shall besold, leased or otherwise disposed of to any person not beinga Malay:*Provided that the Ruler in council may alienate StateLand within a Malay Reservation to any body corporate orcompany specified in the Third Schedule, which the Ruler inCouncil may, by order published in the Gazette, add to, deletefrom, or amend, from time to time: And provided further thatany State Land thus alienated shall be deemed to be a Malayholding.*As applicable to Perak, Pahang & Selangor.”[PerakEn. No. 3/62; Pahang En. No. 1/62 & Sel. En. No. 15/61].”

Page 62: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

kes Aishah@Azlan binti Daud lwn. Ng Kok Tai @ Abdul Halim bin Abdullah.

Plaintif mendakwa nama yang diletakkan di atas namadefendan bagi tanah tersebut adalah disebabkan tanahitu rizab Melayu yang tidak membolehkannya tanahtersebut diletakkan ke atas namanya. Pada akhirperbicaraan, mahkamah telah memutuskan bahawaharta tersebut adalah harta sepencarian dan plaintifberhak untuk mendapat ½ bahagian harta sepencarianitu. Ia hendaklah didaftarkan atas nama Tengku Nuriahbinti Tengku Abdul Rahman (isterinya) sebagai penama(nomini) kepada plaintif. Keadaan ini menunjukkanbahawa kekangan yang terdapat dalam undang-undangnegara masih bersifat fleksibel untuk disesuaikandengan matlamat harta sepencarian.

Page 63: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

5.Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation Licence [TOL])

Tanah Lesen Tumpangan (Temporary Occupation Licence[TOL]) bermaksud tanah atau kawasan yang diberi lesenpendudukan sementara oleh orang atau pihak tertentu. Iajuga memberi maksud sebagai tanah kerajaan yangdikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Individu yang mendapat tanah TOL inihanya boleh mengambil manfaat tetapitidak menerima geran hak milik

Page 64: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Tanah ini tidak boleh dilakukan sebarangmuamalah atau transaksi kepada pihak lainseperti menjual, memajak atau menggadaitanah berkenaan.

Biasanya lesen yang diberikan akan memberikan individu hakuntuk menduduki atau mengambil manfaat ke atas tanah TOLselama satu tahun sahaja. Tempoh itu akan luput secaraautomatik pada setiap 31 Disember bagi setiap tahun. Seseorangperlu membuat permohonan bagi memperbaharui lesen itu setiapkali tamat tempoh

Page 65: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Oleh itu, mahkamah syariah yang membuat perintahpembahagian harta sepencarian ke atas tanah TOLtidak boleh memindah milik aset TOL ini kepadamana-mana pihak pun kerana ia bukan miliksempurna pemegang TOL

Pembahagian harta sepencarian hanya boleh dibuatterhadap manfaat atau hasil daripada tanah tersebut selagiTOL diberikan. Sekiranya TOL telah ditamatkan dan tanahtersebut telah diambil semula oleh kerajaan, makapembahagian hasil atau manfaat mengikut perintah hartasepencarian juga akan tamat. Jika kerajaan membayarapa-apa pampasan terhadap tanah TOL yang diambilsebelum tamat tempohnya, pampasan itu juga hendaklahdibahagi mengikut bahagian dalam perintah hartasepencarian tersebut.

Page 66: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Antara permasalahan yang bolehtimbul apabila sepasang suami isteriyang telah menandatangani perjanjianjual beli dengan seorang bukan Islamdengan deposit telahpun dibayar,kemudian berlaku perceraian antaramereka sebelum penyerahan hak milik

dilaksanakan.

6. Hak Orang Bukan Islam dalam Harta

Sepencarian

Page 67: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

Dalam hal ini apabila perceraian berlaku, salahsatu pihak mengambil keputusan untukmenuntut harta yang terlibat sebagai hartasepencarian. Pada masa yang sama, pihak satulagi (sama ada pembeli atau penjual) yangbukan Islam juga menuntut haknya dalampelaksanaan perjanjian jual beli itu. Timbulpersoalan sama ada pihak yang bukan Islamboleh menjadi pihak-pihak di dalam mahkamahsyariah untuk memfailkan injunksi supaya hartasepencarian itu tidak dibahagikan kepada pihak-pihak yang bertikai dalam isu harta sepencarian.Persoalan lain yang boleh timbul ialah, pihakyang boleh mewakili atau menjadi pihak kepadaorang bukan Islam untuk menuntut haknya.

Page 68: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

ADAKAH AKTA KONTRAK TERPAKAI. JIKAKES DIBICARAKAN DI MAHKAMAH SIVIL,ORANG ISLAM BOLEH MENJADI PIHAK DANMEMOHON INJUNKSI SUPAYA HARTA TIDAKDILUPUSKAN SEHINGGA KES SELESAIDIBICARAKAN

JIKA DALAM MASA YANG SAMA KES DI BAWAKE MAHKAMAH SYARIAH. AKAN BERLAKUPERTEMBUNGAN BIDANGKUASA. PADAPENDAPAT SAYA KES SEUMPAMA INIELOKLAH DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULUDI MAHKAMAH SIVIL.

Page 69: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

CADANGAN

BAGI MENJAGA HARTA SEPENCARIAN SUPAYA TIDAK BERPINDAH MILIK KEPADA ORANG LAIN

SELEPAS KEMATIAN SUAMI ATAU ISTERI, MEREKA BOLEH MEMBUAT KONTRAK

PEMILIKAN BERSAMA DENGAN CARA KONTRAK HIBAH AL-RUQBA IAITU SUAMI

AKAN MENGHIBAHKAN ASET TERSEBUT KEPADA ISTERINYA DENGAN SYARAT JIKA ISTERI MATI

DULU, ASET TERSEBUT KEPUNYAAN SUAMI DAN JIKA SUAMI MATI DULU, ASET TERSEBUT

KEPUNYAAN ISTERI. ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DIBAHAGIKAN SEBAGAI HARTA

PUSAKA.DALAM HAL SEPERTI INI, KEPENTINGAN KEDUA PIHAK TERPELIHARA APABILA BERLAKU

KEMATIAN SALAH SATU PIHAK. TIDAK DITENTUKAN BANYAK MANA BAHAGIAN

MASING-MASING PUN

Page 70: HARTA SEPENCARIAN: KLASIFIKASI,PROSEDUR DAN … · 2020. 9. 7. · pmp, amp hakim utama mahkamah tinggi ... (rujukan kes noh bin atan lwn syakila bt moahamd [1998] 6 mlj 631) apakah

SEKIAN,TERIMA KASIH