harta pusaka - hasil.gov.my · pdf filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud....

18
CUKAI PENDAPATAN HARTA PUSAKA TAMBAHAN Bil Perkara Muka Surat 1 Kod Tuntutan : 224 15

Upload: vodat

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

CUKAI PENDAPATAN

HARTA PUSAKA

TAMBAHAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Kod Tuntutan : 224 15

Page 2: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2014. Sila baca

nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun

Taksiran 2014 adalah benar dan lengkap.

Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TP

KECUALI bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut

yang boleh diperoleh daripada buku panduan dalam laman sesawang:

(i) Helaian Kerja HK-3 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);

(ii) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(iii) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai

yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh

(7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang

disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak berkenaan

tidak perlu diisi.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun cukai di ruangan B35a hingga B36, C35a

hingga C36, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala bahagian lain yang

melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP

Harta yang dimiliki di sisi undang-undang oleh seseorang yang telah meninggal dunia pada masa

kematian dikenali sebagai harta pusaka. Wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca

pendapatan arwah / mendiang dalam Borang TP sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindah

milik kepada waris.

1

2

Isikan nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Isikan nombor cukai pendapatan harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.

KEDUDUKAN CUKAI

Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan

borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak

sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TP.

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

1 Nama Harta Pusaka

usaka

H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y

0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>?

No. Cukai Pendapatan

TP 2

Page 3: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 2 -

BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA

A1

Domisil di Malaysia

Semasa Mati

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai

ini berdomisil di Malaysia semasa kematian dan isikan ‘2’ sekiranya

berdomisil di luar Malaysia.

Domisil bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya.

Individu berkenaan juga mempunyai niat untuk menetap di negara

tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

A2

Negara Domisil Semasa Mati

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’ dan sekiranya

pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila

rujuk kepada muka surat 13 nota ini untuk mendapatkan senarai

ringkas kod negara atau Lampiran E Buku Panduan untuk senarai

terperinci.

A3

Tarikh Kematian

Nyatakan tarikh yang tercatat di dalam sijil kematian.

A4

Wasiat

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya arwah/

mendiang ada meninggalkan wasiat dan isikan ‘2’ sekiranya tidak

meninggalkan wasiat sebelum kematian.

A5 Surat Kuasa

Mentadbir

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah

memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat

kuasa dipanggil geran probet (grant probate) akan dikeluarkan oleh

pihak mahkamah atau jika simati tiada meninggalkan wasiat, surat

kuasa pentadbir harta pusaka (Letter of Administration) akan

dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

A6 Tarikh Pemerolehan

Surat Kuasa

Nyatakan tarikh yang tercatit di dalam surat kuasa di mana ianya

dianggap tarikh perlantikan berkuatkuasa bagi seseorang pentadbir

kepada harta pusaka berkenaan. Jika ruang A5 ialah ‘2’, ruang ini

dibiarkan kosong.

A7

Penyimpanan

Rekod

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti

dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan

‘1’ di ruang yang disediakan jika ada membuat penyimpanan rekod.

Isikan ‘2’ jika tiada.

A8 Alamat Surat-

menyurat Wasi /

Pentadbir Utama

Alamat di mana dokumen perihal cukai pendapatan perlu

disampaikan atau diposkan.

A9 Alamat Premis

Perniagaan Simati

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta

pusaka dikendalikan.

Page 4: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 3 -

A10 Alamat di mana rekod

harta pusaka disimpan

Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan

dokumen harta pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat seperti

di ruang A8; atau isikan ‘2’ sekiranya disimpan di alamat premis

perniagaan seperti di ruang A9. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di

alamat seperti di ruang A8 dan A9.

A11 Alamat lain (Jika A10 = 3)

Nyatakan alamat di mana rekod harta pusaka disimpan jika jawapan di ruang A10 ialah ‘3’.

A11a Alamat Laman

Sesawang /Blog

Alamat laman sesawang atau blog (jika ada)

A12 Maklumat

Wasi/Pentadbir

Isikan maklumat wasi/pentadbir di mana yang berkenaan.

A12a Nama Nyatakan nama penuh wasi/pentadbir seperti yang tertera di kad

pengenalan atau pasport.

A12b No. Pengenalan /

Pendaftaran*

Isi nombor kad pengenalan/ polis/ tentera sebagai no.pengenalan

dan potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan.

A12c No. Pasport Isi nombor pasport sekiranya wasi/pentadbir merupakan warga asing

yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.

A12d No. Cukai Pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan setiap wasi/pentadbir, sekiranya ada.

Tulis nombor berkenaan dari kanan ke kiri.

A12e No. Telefon

Isi nombor telefon untuk memudahkan pihak LHDNM menghubungi

setiap wasi/pentadbir, sekiranya perlu. Sila pastikan maklumat ini

adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan

rasmi LDHNM.

Sekiranya terdapat lebih daripada 2 orang yang dilantik sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka

ini, senaraikan maklumat seperti di A12a hingga A12e sebagai lampiran tambahan dan lampiran ini

perlulah dikemukakan bersama pengembalian Borang TP.

A13 Maklumat Bank Wasi/

Pentadbir

Sekiranya layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun tersebut.

A13a Nama Bank Nyatakan nama bank berkenaan untuk tujuan di atas dan bank ini

mestilah beroperasi dalam Malaysia sahaja.

Page 5: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 4 -

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai Berdomisil Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=1)

B1

B9

PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan,

perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada

penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian

perkhidmatan. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 dan amaun L dari

Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan yang boleh diperoleh di laman

sesawang LHDNM).

PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari

menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion

dikenakan cukai. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B (Buku

Panduan dalam laman sesawang).

ELAUN MODAL

Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun

bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga

HK-1.2A

RUGI PERNIAGAAN

BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum

ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca

perniagaan / perkongsian sahaja. Amaun B dari Helaian Kerja HK-

1.3. Jika amaun B8 lebih besar dari amaun B7, tolakan dibenarkan

adalah terhad kepada amaun B7 sahaja..

B10 –

B22

DIVIDEN

Masukkan pendapatan berpunca dari dividen / pengagihan pendapatan daripada syarikat dan amanah unit [selain dari Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF)] yang telah dikenakan cukai atas kadar cukai tahun semasa syarikat iaitu 25%. Helaian Kerja HK-3 perlu disertakan bersama Borang TP sekiranya tuan layak menuntut pembayaran balik seperti di ruangan D7. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3.

FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Page 6: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 5 -

DISKAUN

Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.

SEWA

Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B (Buku Panduan dalam laman sesawang).

ROYALTI

Royalti bermaksud:-

(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk

penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hakcipta, hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk

atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama

atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta

atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal,

perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman

atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-

mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam

perenggan (a) definisi di atas.

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5 (Buku Panduan dalam laman

sesawang).

ANUITI

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan

amanah. Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang

melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk

selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

BAYARAN BERKALA LAIN

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Page 7: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 6 -

TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira

diperingkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali

di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika

tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4

ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan dan diambil

kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

RUGI PERNIAGAAN

TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak

daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul. Contoh: kerugian

perniagaan pada tahun 2014 ditolak daripada pendapatan agregat

bagi tahun 2014.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Amaun B18 terhad kepada amaun B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi amaun di ruang B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.

PERBELANJAAN

MENCARIGALI -

JADUAL 4 DAN

PERENGGAN

44(1)(b)

Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau

mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan

yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagiai potongan.

Amaun ini terhad kepada B19 Borang TP. Baki yang tidak boleh

diserap (jika ada) dimasukkan ke ruang J2 Borang TP.

B22

ANUITI KENA

DIBAYAR /

BAYARAN

BERKALA

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang

melayakkan waris menerima bayaran tahunan, sama ada untuk

selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Jika simati tidak

meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama

anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang.

Sesuatu bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang

tetap.

B24 – B30 DERMA DAN HADIAH

Page 8: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 7 -

HADIAH WANG KEPADA KERAJAAN / KERAJAAN TEMPATAN YANG DILULUSKAN

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan.

Subseksyen 44(6)

HADIAH WANG KEPADA INSTITUSI ATAU ORGANISASI DILULUSKAN

Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)

HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA AKTIVITI SUKAN

ATAU BADAN SUKAN YANG DILULUSKAN

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang

diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya

Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen

44(11B)

HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA PROJEK

BERKEPENTINGAN NEGARA YANG DILULUSKAN

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan

negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)

Terhad

kepada

7%

daripada

pendapatan

agregat di

ruang B17

HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.

Subseksyen 44(6A)

HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan

awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi.

Subseksyen 44(8)

HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan

pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11)

ZAKAT PERNIAGAAN

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.

Subseksyen 44(11A)

B33

PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang

mentadbir harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil

di Malaysia semasa kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada

pentadbir harta pusaka tanpa mengira sama ada pentadbir tersebut

adalah seorang pemastautin atau tidak. Amaun potongan adalah

sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk

kes individu iaitu RM 9,000.

Page 9: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 8 -

B35–

B36

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Cukai ke atas yang pertama

Sesuaikan amaun di B34 Borang TP (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan

bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).

Cukai ke atas baki

Contoh:

Pendapatan bercukai di B34: RM15,550

Guna pengiraan di kategori C jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM10,000 yang pertama RM100.00

Cukai ke atas baki RM5,550 atas kadar 2% RM111.00

Jumlah cukai yang dikenakan RM211.00

Masukkan di ruang B35a dan B35b dalam Borang TP seperti berikut:

BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai TIDAK BERDOMISIL Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1 = 2)

C1

– C30

Rujuk kepada nota dalam Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di ruangan B1 hingga B30

di muka surat 4 hingga 7 Nota Penerangan ini.

C33

PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN

Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 25%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK

C33a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

1 1 1 0 0

1 0 0 0 0 1 0 0 0 0

2 1 1 0 0

5 5 5 0 0 2

->>_>>_>>? ->>_>>_>>?

<?

B36

Cukai ke atas yang pertama

Cukai ke atas baki

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B35a + B35b)

Atas Kadar (%)

B35

B35a

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN (Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan)

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

, , ,

, , ,

, , ,

, , ,

.

.

, , , . ->>_>>_>>_>?

B35b

B36

Page 10: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 9 -

C33b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C33c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, venture, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

C33d PENDAPATAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 25%.

C35 _

C36

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing

Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TP atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada

PPPDK.

Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini

menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C35a: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C35f: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C35d: RM25,000

Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TP seperti berikut:

->>_>>_>>_>?

<>_>>_>>_>>?

Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

2 5 0 0 0 0

25 C35a

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

, , , . , , , 1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0

C36 ->>_>>_>>_>?

, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C35a hingga C35g) C36

1 5 0 0 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

1 6 6 2 5 0 0

10 C35d <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , , , , , . 15 C35f <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , , , , , .

Page 11: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 10 -

BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 – D7

Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B36 dalam Bahagian B atau dari ruang C36 dalam Bahagian C.

TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

Sertakan pengiraan di Helaian Kerja HK-3 sekiranya harta pusaka ini

layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang D7 Borang TP.

Amaun D dari Helaian Kerja HK-3.

TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti,

pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang

dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk

Lampiran F Buku Panduan untuk menentukan negara-negara yang

memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan

Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 (Buku

Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat pengiraan kredit.

PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang

dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-

negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua

kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja

HK-9 (Buku Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat

pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2014 RUMUSAN CUKAI DAN BAYARAN

Pelarasan antara cukai kena dibayar dan cukai yang telah dibayar (melalui skim ansuran) dibuat dalam bahagian ini. Sila isi ‘0’ dalam ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D7. Masukkan bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2.

Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pembayaran boleh dibuat di:

(a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank Berhad (RHB) & Alliance Bank Malaysia Berhad dan perbankan telefon Maybank.

- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

Page 12: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 11 -

(b) LHDNM - ByrHASiL-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM,

http://www.hasil.gov.my

- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang dilampirkan bersama borang.

(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online

Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai

kena dibayar ialah pada 30 April 2015. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti

dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2015.

BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM

DILAPORKAN

F1 – F3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum

dilaporkan sebelum ini. Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2013 tetapi baucar hanya

diterima dalam tahun 2014.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

G1 –

G3e

Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati dalam Helaian Kerja Buku Panduan Borang TP yang boleh diperoleh dari laman sesawang.

BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA

DAN POTONGAN DUA KALI

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 & 15 nota penerangan ini.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 – J2

ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan

(Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai

Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk

menentukan kelayakan. Gunakan Helaian Kerja HK-1D untuk

pengiraan.

PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam

tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke

ruang ini.

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA

K1 –

K50

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan

perniagaan.

Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta

Page 13: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 12 -

Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

L1 –

L5

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang

dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA

Hanya salah seorang daripada wasi / pentadbir kepada harta pusaka ini perlu melengkapkan

ruangan ini sekiranya harta pusaka ini mempunyai lebih daripada seorang wasi / pentadbir. Walau

bagaimanapun, kesemua wasi / pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan

percukaian simati.

Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan

diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai

makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku

kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen/wakil cukai yang menyediakan borang

nyata ini.

Page 14: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 13 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI

BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000 pertama 0 0

B 5,001 - 10,000 5,000

5,000

pertama

berikutnya

2

0

100

C 10,001 - 20,000 10,000

10,000

pertama

berikutnya

2

100

200

D 20,001 - 35,000 20,000

15,000

pertama

berikutnya

6

300

900

E 35,001 - 50,000 35,000

15,000

pertama

berikutnya

11

1,200

1,650

F 50,001 - 70,000 50,000

20,000

pertama

berikutnya

19

2,850

3,800

G 70,001 - 100,000 70,000

30,000

pertama

berikutnya

24

6,650

7,200

H Lebih 100,000 100,000 pertama

setiap ringgit berikutnya

26

13,850

..............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku

Panduan Borang TP untuk mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

Page 15: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 14 -

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis

perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107

Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara

asing:

terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka

121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja

122 Kos membangunkan laman jaring

137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan

pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Pendaftaran perbelanjaan cap dagangan dan paten

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan

Sejagat(Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154

Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh

pinjaman bagi projek terbengkalai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

Page 16: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 15 -

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai

Barang dan Perkhidmatan

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan,

syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia

Page 17: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Nama

No. Cukai Pendapatan No. K/P

No. Pendaftaran Perniagaan Tahun Taksiran

Kemukakan Helaian Kerja ini jika tuan layak menuntut bayaran balik (Gunakan HK-3 berasingan bagi dividen yang perlu dikasarkan semula)

A. Senarai pendapatan dividen:

Bil. Tarikh

Bayaran

No. Waran /

No. Siri Nama Syarikat

Dividen Kasar

RM sen RM sen RM sen

!!!!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!

!!!!!!!!!

HK-3: TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

Bagi Tahun

Berakhir Kadar Cukai

Cukai Dipotong Dividen Bersih

JUMLAH DIVIDEN BERSIH

Jumlah Dikasar Semula

X [ amaun dari B(i) ] Y [ amaun dari B(ii) ]

Nota: Teruskan pengiraan di muka surat sebelah jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa

Page 18: HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu

B. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong

Jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa, sila gunakan formula berikut untuk mendapatkan jumlah dividen yang dikasarkan semula dan cukai dianggap telah dipotong:-

(i) Dividen dikasar semula (X)

(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y)

C. Pengiraan Pendapatan Berkanun Dividen

D. Seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (Dividen)

Dividen bersih

= (X)

= X

= (Y)

* Di mana Z ialah kadar cukai tahun taksiran semasa syarikat

(i) Dividen Kasar (X)

(ii) Faedah atas pinjaman yang dilakukan semata-mata

dalam menghasilkan pendapatan dividen tersebut

(iii) Pendapatan Berkanun

(amaun Y di atas)

x Z *

( 1 – Z * )

Tolak:

1

( 1 – Z * ) x = Dividen bersih

=