harimau dengan bayang-bayangnya
DESCRIPTION
cerita kanak-kanakTRANSCRIPT
HARIMAU DENGAN BAYANG-BAYANGNYA
Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan
garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu.
Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi.
Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa
harimau tersebut. Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan
di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-
tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus
menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya. Harimau itu
mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil
tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri
lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau
engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar,"
kata sang kancil. "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya
harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau
yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang
paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan
mengaum dengan sekuat hati. "Tunjukkan aku di mana harimau yang
angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang
amat angkuh. Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan
harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah.
Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik
kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau
membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti. "Di sini
lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut"
kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia
pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya
segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau
mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya
yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut
seluas-luasnya. "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan
dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus
terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang
tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia
telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak
berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh
kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang
sendiri.