harimau dan kura

3
Assalammualaikum dan salam sejahtera , Tuan Pengerusi Majlis, para Hakim yang arif lagi bijaksana , Penjaga masa yang setia serta hadirin yang dihormati sekalian. Dengarlah suatu cerita… Sang Harimau yang bodoh…. Dengan sikap yang sangat angkuh… Rugikan diri sendiri…. Dalam sebuah hutan terdapat sebatang sungai.Airnya sejuk dan jernih.Seekor kura-kura tinggal disitu. Pada suatu pagi , ketika kura-kura sedang asyik makan , datang seekor Harimau. Ia mengaum dengan kuatnya. Kura-kura mengigil ketakutan. “ ke mana kamu nak pergi ? saya nak makan kamu ! “ kata Harimau. Kura-kura terus berjalan. Tiba-tiba badannya di cengkam. Kura-kura ketakutan. Harimau terus menekan badannya. “ Mengapa kamu nak makan saya ? Badan saya kecil , daging pun sedikit sahaja “ kata kura-kura. “ Saya tak peduli “ kata harimau , ia terus membuka mulutnya dengan luas. Kura bertambah bimbang dan berkata “ Eh , Harimau kamu mesti pecahkan cengkerang saya dulu “ . “ Ya , nanti saya campakkan kamu pada batu itu , tentu cengkerang kamu boleh pecah “ kata Harimau. “ Harimau , cengkerang saya

Upload: ismail-bin-tahir-mael

Post on 16-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Harimau Dan Kura

Assalammualaikum dan salam sejahtera , Tuan Pengerusi Majlis, para

Hakim yang arif lagi bijaksana , Penjaga masa yang setia serta hadirin

yang dihormati sekalian.

Dengarlah suatu cerita…

Sang Harimau yang bodoh….

Dengan sikap yang sangat angkuh…

Rugikan diri sendiri….

Dalam sebuah hutan terdapat sebatang sungai.Airnya sejuk dan

jernih.Seekor kura-kura tinggal disitu. Pada suatu pagi , ketika kura-

kura sedang asyik makan , datang seekor Harimau. Ia mengaum

dengan kuatnya. Kura-kura mengigil ketakutan. “ ke mana kamu nak

pergi ? saya nak makan kamu ! “ kata Harimau. Kura-kura terus

berjalan. Tiba-tiba badannya di cengkam. Kura-kura ketakutan.

Harimau terus menekan badannya.

“ Mengapa kamu nak makan saya ? Badan saya kecil , daging pun

sedikit sahaja “ kata kura-kura.

“ Saya tak peduli “ kata harimau , ia terus membuka mulutnya dengan

luas. Kura bertambah bimbang dan berkata “ Eh , Harimau kamu mesti

pecahkan cengkerang saya dulu “ . “ Ya , nanti saya campakkan kamu

pada batu itu , tentu cengkerang kamu boleh pecah “ kata Harimau. “

Harimau , cengkerang saya tak pecah tapi batu itu yang pecah nanti “

Kata Kura-kura cuba menakutkan Harimau.

Harimau mencari akal lagi,

“ Saya akan campakkan kamu ke dalam api , cengkerang kamu tentu

pecah dan saya boleh makan kamu “. “ Oh , cengkerang saya tebal

kalau dibakar tentu ia makin menebal , “ kata Kura-kura.

Page 2: Harimau Dan Kura

Harimau berfikir lagi . Ia memandang sekeliling “ kali ini tentu saya

boleh makan kamu “ kata Harimau dengan penuh yakin. “ Cakaplah

apa saja , saya tak takut “ balas Kura-kura sambil tersenyum.

“ Saya akan campakkan kamu ke dalam sungai “ kata Harimau. Kura-

kura terperanjat.

“ Harimau , janganlah campakkan saya ke dalam sungai “ pinta Kura-

kura. Kura-kura menangis teresak-esak. Harimau tersenyum sahaja

melihatnya.

“ Sekarang bersedialah untuk menjadi makanan saya “ kata Harimau

dengan bangganya.

“ Tolong jangan bunuh saya “ rayu Kura-kura. Harimau tidak

menghiraukannya. Ia terus membawa kura-kura ke tepi sungai.

“ Harimau , jangan campakkan saya , nanti kamu menyesal “ . Kata

Kura-kura. Harimau tetap dengan keputusannya. Ia terus

mencampakkan Kura-kura ke dalam sungai.

“ Hei kura-kura mengapa kamu ketawa ? “ Tanya Harimau dengan

suara yang garang. Kura-kura terus berenang. Harimau terpinga-pinga.

“ Harimau , terima kasihlah kerana menghantar saya pulang “. Kata

Kura-kura sambil melambai-lambaikan tangan. Harimau kembali ke

dalam hutan dengan kesal. Perutnya masih kosong.

Kawan-kawan , pengajaran dari cerita tersebut ialah :

1. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu

2. Menggunakan akal fikiran untuk berfikir

3. Kita tidak boleh bersikap angkuh dan sombong.

4.