harga sebuah lukisan puisi tradisional

28
Blog: cikgusazali.blogspot.com CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan 1 Puisi Tradisional MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH KAJIAN ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 (PUISI TRADISIONAL) CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Upload: danny-chew

Post on 25-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rwgrwg

TRANSCRIPT

Page 1: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 1 Puisi Tradisional

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI

HARGA SEBUAH LUKISAN

TINGKATAN 3

(PUISI TRADISIONAL)

CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”

Page 2: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 2 Puisi Tradisional

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) ZAILIANI TASLIM

Maksud Indah sungguh warna pelangi,

Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi,

Usaha bersama membawa bahagia. Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan. Buah salak di dalam kantung,

Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung,

Bulat manusia kerana muafakat. Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat Turun ke paya memetik kangkung,

Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung,

Hidup muafakat hidup bahagia. Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia. Beras segantang sudah disukat,

Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat,

Negara aman rakyat sejahtera. Apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera. Sawah padi luas terbentang,

Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang,

Barulah muafakat kekal selamanya. Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan. Harum sungguh bunga melati,

Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak-ansur, hormat-menghormati,

Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan

Page 3: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 3 Puisi Tradisional

Tema: Hidup bermuafakat menjamin kesejahteraan. Persoalan: i. Kepentingan amalan bergotong-royong. Contoh :

Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat, hidup bahagia.

ii. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan.

Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

iii. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan. Contoh :

Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

Bentuk: i. Mempunyai 6 rangkap. ii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iii Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan maksud. iv Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris. Contoh: ke lurah sama diharungi. (3 perkataan – rangkap 1)

Contoh: indah sungguh warna pelangi. (4 perkataan – rangkap 1)

v Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris. Contoh: ke/ lu/rah/ sa/ma/ di/ha/ru/ngi/ ( 9 suku kata – rangkap 1) Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata – rangkap 5)

vi Rima akhir abab.

Page 4: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 4 Puisi Tradisional

Gaya Bahasa: i. Asonansi – Pengulangan vokal ‘a’ Contoh: usaha bersama membawa bahagia. ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan ‘k’

Contoh: kulitnya keras isinya kelat iii Anafora: Pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris

Contoh: Bulat air oleh pembetung Bulat manusia oleh muafakat

iv. Peribahasa Contoh: Bulat air oleh pembetung Bulat manusia oleh muafakat v. Repitisi – Pengulangan perkataan ‘hidup’ dalam satu baris.

Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia vi. Inversi – Pembalikan kata

Contoh: bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya penduduk sekampung bergotong-royong

vii Unsur alam Contoh: Tumbuhan - kangkung, bunga melati Alam – paya, sawah padi Nilai Murni: i. Nilai bekerjasama .

Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan yang sejahtera. Contoh :

Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai, rakyat sejahtera. ii. Nilai semangat bermasyarakat. Masyarakat yang percaya mempercayai akan dapat mengukuhkan perpaduan. Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. iii. Hormat-menghormati. Masyarakat yang saling menghormati dapat memperkukuhkan perpaduan. Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

Page 5: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 5 Puisi Tradisional

Pengajaran: i. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh : Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. ii Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain. Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. iii Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

Page 6: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 6 Puisi Tradisional

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) HARUN MAT PIAH

Maksud Gunung Tahan sama didaki,

Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati,

Kerja yang payah menjadi senang. Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama. Melangir keris pusaka hikmat,

Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat,

Jangan murah menjual diri. Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri. Menanam bunga di dalam pasu,

Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu,

Kelak nanti binasa badan. Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri Nyiur muda dibuat pengat,

Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat,

Kerana mulut badan binasa. Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri. Orang berkelah di Tanjung Rhu,

Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru,

Supaya terang jalan makrifat. Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong. Rendang sungguh pohon ara,

Tumbuh subur di tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra,

Tatasusila perlu dijaga. Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

Page 7: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 7 Puisi Tradisional

Tema:

Nasihat - menasihati sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Persoalan:

i. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan. Hal ini amat penting kerana dengan adanya muafakat kerja yang sukar akan menjadi mudah. Contoh: Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Kepentingan menjaga maruah diri. Nasihat ini sebagai panduan kepada setiap gadis supaya

menjaga maruah diri kerana maruah diri sesuatu yang amat berharga. Contoh:

Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.

iii. Amalan bertutur kata dengan sopan. Hal ini amat penting kepada setiap insan kerana

ketelanjuran kata-kata akan menyebabkan diri sendiri menerima padahnya. Contoh:

Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. iv. Adab dalam menuntut ilmu. Setiap ilmu yang dituntut perlulah secara berguru agar kesahihan ilmu

tersebut dapat dipastikan.

Contoh:

Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Bentuk:

i. Bentuk terikat.

ii. Mempunyai 6 rangkap.

iii. Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap

iv. Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.

v. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan – rangkap 3) Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan – rangkap 1)

Page 8: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 8 Puisi Tradisional

vi. Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris. Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3) Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)

vii. Rima akhir abab. Gaya Bahasa i. Asonansi – Pengulangan vokal u

Contoh: Nyiur muda dibuat pengat ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan g

Contoh: Sungai Pahang sama direnang iii. Peribahasa

Contoh: kerana mulut badan binasa. iv. Repitisi

Contoh: bunga melati bunga pandan.

v. Unsur alam contoh: nyiur muda

Nilai Murni: i. Nilai bekerjasama. Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah

apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat. Contoh:

Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Nilai kebijaksanaan. Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak

terjebak dalam perkara yang tidak elok. Contoh:

Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

iii. Nilai berbudi pekerti. Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga

tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata. Contoh:

Tidak salah bergaul mesra, Tatasusila perlu dijaga.

Page 9: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 9 Puisi Tradisional

Pengajaran: i. Kita perlulah bekerjasama ketika melakukan sesuatu kerana kerja yang sukar akan menjadi mudah

dengan adanya muafakat. Contoh:

Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

ii. Kita hendaklah berfikir secara bijaksana sebelum melakukan sesuatu kerana kesilapan dalam

bertindak akan memberi kesan kepada diri. Contoh:

Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

iii. Kita hendaklah menjaga budi pekerti dan tutur kata dalam pergaulan kerana ketelanjuran tingkah

laku akan menyebabkan diri menerima kesannya. Contoh:

Tidak salah bergaul mesra, Tatasusila perlu dijaga.

Page 10: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 10 Puisi Tradisional

PANTUN BERKAIT (BEKERJA) RAHMAN SHAARI DAN MOHD POZI HJ. MASURORI

Maksud Perahu layar mudik ke pangkalan,

Sampai di pangkalan, memunggah barang; Wahai rakan, handai, dan taulan,

Bangkit segera kita berjuang. Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk menjalankan tugas. Sampai di pangkalan memunggah barang,

Barang habis dibawa ke rumah; Bangkit segera kita berjuang,

Hapuskan semangat culas dan lemah. Penulis menyarankan supaya membuang semua sifat malas dan lemah dalam diri. Barang habis dibawa ke rumah,

Tiada satu tinggal di perahu; Hapuskan semangat culas dan lemah,

Semua kerja mestilah tahu. Penulis menyatakan semua kerja dapat dilakukan apabila tiada sikap malas. Tiada satu tinggal di perahu,

Tidaklah bimbang barangkan hilang; Semua kerja mestilah tahu,

Bajak, cangkul, tebas, dan tebang. Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing. Tidaklah bimbang barangkan hilang,

Semuanya ada dalam selamat; Bajak, cangkul, tebas dan tebang,

Semuanya dikerjakan dengan cermat. Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.

Page 11: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 11 Puisi Tradisional

Semuanya ada dalam selamat, Boleh disimpan turun-temurun;

Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun.

Apabila pekerjaan dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah. Boleh disimpan turun-temurun,

Itulah tanda barang yang berharga; Kerja yang berat tidaklah gerun,

Semuanya siap hati pun lega. Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan. Itulah tanda barang yang berharga,

Payah dicari susah mendapat; Semuanya siap hati pun lega,

Tiadalah tinggal terbuang penat. Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan dapat disiapkan. Tema: Semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Persoalan: i. Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Contoh: Bajak, cangkul, tebas dan tebang,

Semuanya dikerja dengan cermat. ii. Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja. Contoh:

Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah.

iii. Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun,

Semuanya siap hati pun lega.

Page 12: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 12 Puisi Tradisional

Bentuk: i. Merupakan pantun berkait. ii. Mempunyai 8 rangkap. iii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan – rangkap 1) Contoh: hapuskan semangat culas dan lemah (5 perkataan – rangkap 2) v. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.

Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/ ( 9 suku kata – rangkap 1) Contoh: ha/pus/kan/ se/ma/ngat/ cu/las/ dan/ le/mah (11 suku kata – rangkap 2)

vi. Rima akhir abab. vii. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa:

i. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: Wahai rakan handai dan taulan

ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan t Contoh: Tiadalah tinggal terbuang penat

iii. Sinkope – Pemendekan kata ‘akan’ Contoh: Tidaklah bimbang barangkan hilang

iv. Inversi – Pembalikan kata Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat.

v. Repitisi – Pengulangan kata ‘pangkalan’

Contoh: Perahu layar mudik ke pangkalan Sampai di pangkalan memunggah barang

Page 13: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 13 Puisi Tradisional

Nilai Murni:

i. Nilai kerajinan. Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. ii. Nilai ketekunan.

Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. iii. Nilai kegigihan.

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan mendatangkan hasil. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega. Pengajaran: i. Kita haruslah bersikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan malas dan

lemah. Contoh: Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan lemah. ii. Kita hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat disempurnakan.

Contoh: Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. iii. Kita perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan akan

tercapai. Contoh: Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hatipun lega.

Page 14: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 14 Puisi Tradisional

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA (HARUN MAT PIAH)

Maksud Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir. Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji. Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang. Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya. Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut’ah pandangan. Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang akibat hilang perasaan hormat-menghormati dalam persahabatan.

Page 15: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 15 Puisi Tradisional

Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri akan hilang. Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap seketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain. Padalah itu aku khabari, Ingatlah semua, muda jauhari, Kiranya kabul Allah memberi, Dirimu jadi pemulih negeri. Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang. Tema: Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran. Persoalan: i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Contoh: Jangan biasakan meminta tolong,

Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung,

Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Contoh:

Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa,

Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa.

Page 16: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 16 Puisi Tradisional

iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita. Contoh:

Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci,

Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini.

Contoh: Meminjam jangan dipinjamkan jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut’ah pandangan.

Bentuk: i Bentuk terikat. ii Mempunyai 8 rangkap. iii Setiap rangkap mempunyai 4 baris. iv Semua baris ialah maksud. v Suku kata 9 hingga 12.

Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2) Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4)

vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan – rangkap 2)

Gaya Bahasa: i Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan. ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n.

Contoh: Jangan biasakan meminta tolong.

iii Anafora – Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya.

Jangan boros yang sia-sia.

Page 17: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 17 Puisi Tradisional

iv Inversi – Pembalikan kata

Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.

v Repitisi - pengulangan perkataan ’jangan’ dalam baris yang sama Contoh: Jangan mengata jangan mengeji

Nilai Murni: i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantung

harap kepada orang lain. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian.

Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak.

iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji. Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji,

Jangan sekali mungkir janji.

Page 18: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 18 Puisi Tradisional

Pengajaran: i. Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini

menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. Contoh:

Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

ii. Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi.

Contoh: Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap ketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak.

iii. Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya.

Contoh: Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji.

Page 19: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 19 Puisi Tradisional

SYAIR BERBUAT JASA

(HARUN MAT PIAH)

Maksud Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna. Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada. Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya. Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

Page 20: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 20 Puisi Tradisional

Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan. Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui. Tema: Kepentingan berbuat jasa.

Persoalan: i. Keikhlasan dalam pengorbanan.

Contoh: Buatlah baik sedaya upaya,

Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia,

Terbakar dirinya menerangi raya.

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian. Contoh:

Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji;

Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang. Contoh:

Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama;

Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

Page 21: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 21 Puisi Tradisional

Bentuk:

i. Mempunyai 7 rangkap.

ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

iii. Semua baris adalah maksud.

iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1) Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)

v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris. Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7) Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)

vi. Rima akhir aaaa. vii. Bentuk syair terikat. Gaya Bahasa: i. Asonansi – Pengulangan vokal a

Contoh: buatlah jasa wahai teruna

ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama

iii. Sinkope – Pemendekan kata Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamu padat berdentung.

iv. Inversi – Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma sepatutnya jangan percuma hidup manusia

v. Diksi – Penggunaan Bahasa Arab Contoh: Tuhan Rabbani

vi. Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelita

vii. Kata Ganda

Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji

viii. Repitisi – Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.

Page 22: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 22 Puisi Tradisional

Nilai Murni: i. Nilai keikhlasan.

Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan. Contoh:

Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung,

Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. ii. Nilai mengenang jasa.

Budi yang baik akan dikenang. Contoh:

Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama,

Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian. Contoh:

Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji,

Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

Page 23: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 23 Puisi Tradisional

Pengajaran:

i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan. Contoh:

Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung,

Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung.

ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.

Contoh: Hidup manusia jangan percuma,

Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma,

Si mati hidup selama-lama.

iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan. Contoh:

Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji,

Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

Page 24: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 24 Puisi Tradisional

SYAIR LI-ATTAR GHIB ABU HASSAN SHAM

Maksud Wahai sayangnya akan saudara, Sebab bersama-sama mengembara, Tiada pernah muafakatnya cedera, Segala pekerjaan segala perkara. Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia. Dengan kehendak Tuhan yang mulia, Dua orang saudara meninggalkan dunia, Hendak disusahkan tiada berdaya, Kerana perbuatan Tuhan yang sedia. Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa. Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah Wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat Jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi. Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ. Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat. Hendaklah kita tunduk terngadah, Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah, Adil dan insaf jua berfaedah, Menaikkan kita pangkat saadah. Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.

Page 25: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 25 Puisi Tradisional

Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara, Kesenangan hidupnya dikira-kira, Istimewa pula sanak saudara, Jangan sekali diberi cedera. Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan Ilmu yang benar hendaklah dimuliakan, Kerana ilmu mulia anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia. Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladankan, Kita sepertinya akan didatangkan. Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya. Tema: Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya. Persoalan: i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah

sesuatu yang pasti akan berlaku. Contoh:

Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu,

Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ.

ii. Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama.

Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia,

Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia,

Yang lain itu tinggal di dunia.

Page 26: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 26 Puisi Tradisional

iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan

dengan kematian Contoh:

Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan,

Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.

Bentuk: i. Mempunyai 8 rangkap. ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. iii. Semua baris adalah maksud. iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris Contoh: wahai sayangnya akan saudara (4 perkataan – rangkap 1)

Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan – rangkap 2) Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan – rangkap 5)

v. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris

Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata – rangkap 8) Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata – rangkap 5)

vi. Rima akhir ialah aaaa. vii. Bentuk syair ialah terikat. Gaya Bahasa: i. Asonansi - Pengulangan vokal a

Contoh: sebab bersama-sama mengembara

ii. Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah

iii. Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaan segala perkara

iv. Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya.

Page 27: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 27 Puisi Tradisional

v. Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.

vi. Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik.

Contoh: ayuhai.

vii. Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

Nilai Murni: i. Nilai keinsafan.

Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya. Contoh:

Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan,

Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.

ii. Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh:

Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia,

Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii. Nilai kesabaran.

Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya. Contoh:

Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar,

Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.

Page 28: Harga Sebuah Lukisan Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012

Antologi Harga Sebuah Lukisan 28 Puisi Tradisional

Pengajaran:

i. Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan,

Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan,

Kita sepertinya akan datangkan.

Ii. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Contoh:

Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia,

Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan. Contoh:

Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar,

Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.