halatuju pembangunan negara

28
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA 1. PENDAHULUAN Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Sehubungan itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat. Merujuk kepada Profesor Madya Dr.Mokhtar Muhammad¹ di dalam bukunya iaitu Perhubungan Antarabagsa- Cabaran dan Harapan (2005), Perhubungan antarabangsa adalah kepada semua bentuk interaksi antara ahli – ahli masyarakat antarabangsa sama ada melibatkan kerajaan atau tidak, iaitu perhubungan antara kerajaan – kerajaan dunia ataupun antara pertubuhan – pertubuhan atau organisasi – organisasi bukan kerajaan. Ia meliputi analisis dasar luar ataupun proses politik di antara negara. Ia juga merangkumi semua bentuk perhubungan sama ada perhubungan politik, perdagangan, kebudayaan, sukan, perundingan ekonomi, sosial dan sebagainya. Perhubungan antarabangsa adalah satu bentuk perhubungan yang perlu oleh setiap negara di dunia. Kebanyakkan negara yang menjalankan perhubungan antarabangsa mempunyai kepentingan yang tersendiri sama ada untuk sendiri dari segi politik, ekonomi dan sosial. Azman Bin Salleh 750312-02-5163 1

Upload: manroy

Post on 06-Jun-2015

5.893 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1. PENDAHULUAN

Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam

menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Sehubungan

itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu

menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan

persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat.

Merujuk kepada Profesor Madya Dr.Mokhtar Muhammad¹ di

dalam bukunya iaitu Perhubungan Antarabagsa- Cabaran dan

Harapan (2005), Perhubungan antarabangsa adalah kepada semua

bentuk interaksi antara ahli – ahli masyarakat antarabangsa sama ada

melibatkan kerajaan atau tidak, iaitu perhubungan antara kerajaan –

kerajaan dunia ataupun antara pertubuhan – pertubuhan atau

organisasi – organisasi bukan kerajaan.

Ia meliputi analisis dasar luar ataupun proses politik di antara

negara. Ia juga merangkumi semua bentuk perhubungan sama ada

perhubungan politik, perdagangan, kebudayaan, sukan, perundingan

ekonomi, sosial dan sebagainya.

Perhubungan antarabangsa adalah satu bentuk perhubungan

yang perlu oleh setiap negara di dunia. Kebanyakkan negara yang

menjalankan perhubungan antarabangsa mempunyai kepentingan

yang tersendiri sama ada untuk sendiri dari segi politik, ekonomi dan

sosial.

Perhubungan antarabangsa inin juga boleh dikatakan sebagai

bentuk campur tangan negara – negara yang berkepentingan seperti

Amerika Syarikat yang menjalankan hubungan antarabangsa dengan

Kuwait. Kuwait menjadi perhatian atau kepentingan kepada Amerika

Syarikat kerana sumber minyak asli yang merupakan hasil utama

Kuwait yang dapat dikongsi bersama Amerika Syarikat.

Perhubungan antarabangsa juga telah lama wujud dan ia

berlaku sehingga hari ini.

¹ Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad adalah ketua Program Kewartawanan di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara(UITM).

Azman Bin Salleh750312-02-5163

1

Page 2: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1.2 Dasar – dasar kerajaan

Apa itu dasar? Menurut modul OUM HBSS1203 Halatuju

Pembangunan Negara (2007) memetik bahawa dasar merupakan

suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai suatu idea

atau gagasan yang tersusun rapi. I juga merupakan garis panduan

pentadbiran yang merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman

iaitu sebagai landasan dalam melaksanakan cita – cita yang

terkandung didalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara

ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju.

Dasar – dasar kerajaan adalah dirangka di dalam suatu jangka

masa yang panjang. Ia merangkumi dasar – dasar yang dibentuk

sebelum kemerdekaan dan dasar – dasar yang din=bentuk selepas itu.

Kita semua tahu bahawa dasar – dasar yang digubal sebelum merdeka

adalah dipengaruhi oleh dasar yang dibawa oleh British iaitu ia

mempunyai elemen dasar pecah dan perintah. Ia lebih cenderung

kepada mengeksploitasika sumber negara menetapkan penempatan

kaum bagi bertujuan mengawal sebarang kebangkitan atau reformasi

untuk menentang kerajaan atau pemerintah pada masa itu. Namun,

selepas kemerdekaan di capai, dasar – dasar baru telah digubal untuk

memberi kesejahteraan kepada rakyat yang merdeka. Antara dasar –

dasar negara Malaysia yang telah digubal selepas kemerdekaan ialah:

1956-1960 Rancangan Malaya Pertama

1961-1965 Rancangan Malaya Kedua

1965-1970 Rancangan Malaysia Pertama

1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua

1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga

1981-1985 Rancangan Malaysia Keempat

1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima

1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam

1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh

2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan

1971-1990 Dasar Ekonomi Baru

1991-2000 Dasar Pembangunan Nasional

2001-2010 Dasar Wawasan Negara

Azman Bin Salleh750312-02-5163

2

Page 3: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Ini adalah antara dasar – dasar negara Malaysia yang telah digubal

semenjak kemerdekaan sehinggalah sekarang. Selain itu, Malaysia

juga telah menggubal dasar luar negaranya sendiri. Malaysia mula

mengambil alih tanggungjawab menjaga hal ehwal luarnya sebaik

sahaja merdeka dari jajahan British pada 31 Ogos 1957. Perdana

menteri akan memainkan peranan yang penting dan berpengaruh

dalam menentukan halatuju dasar luar yang diuruskan secara

profesional oleh diplomat terlatih di Kementerian Luar Negeri atau lebih

dikenali sebagai Wisma Putra pada masa itu.

2. Dasar Luar Negara

2.1 Definisi dan Konsep

Menurut Chamil Wariya didalam bukunya Dasar Luar Era

Mahathir(1989) ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrument

yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah

negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh

darinya. Melalui dasar luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian

mereka terhadap perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar

sempadan negara dalam hubungan antarabangsa.

Dasar luar juga mencerminkan sikap yang berkecuali yang tidak

mengikat pada mana – mana negara kuasa besar. Dasar luar juga boleh

mencorak pemencilan atau pengasingan seperti mana yang diamalkan oleh

Myanmar satu waktu dahulu yang mengambil pendirian menyisihkan negara

itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.

Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap yang memihak kepada

salah suatu kuasa besar dunia yang mempunyai idealogi politik dan sistem

eknomi yang berlawanan dan bertentangan. Dasar luar juga boleh

memperlihatkan sikap sesebuah negara tentang peranannya dalam senario

politik antarabangsa sama ada ia ingin memainkan peranan pasif atau aktif

dalam forum – forum dunia.

Menurut Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad di dalam bukunya

Perhbungan Antarabangsa – Konsep dan Konteks (2005), menyebut bahawa

Azman Bin Salleh750312-02-5163

3

Page 4: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

dasar luar adalah dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara di dalam

menjalin hubungan dengan sebuah negara lain. Dasar luar merujuk kepada

tindakan atau idea yang dibuat pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu

masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa. Dasar

juga merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara untuk

dijadikan garis panduan bagi memilih tindakan adil dengan situasi tertentu

dalam hal ehwal antarabangsa.

Dasar luar amat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku

negara serta perhubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah atau

serantau. Tingkah laku merujuk kepada tindakan yang diambil oleh negara ke

atas satu sama lain dan bertujuan mencapai aspirasi jangka panjang atau

matlamat jangka pendek.

Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar luar negara merujuk kepada

langkah – langkah atau peranan yang diambil dan di tentukan oleh pemimpin

negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial

negara di peringkat antarabangsa.

2.2 Objektif dan matlamat dasar luar negara

Azman Bin Salleh750312-02-5163

4

Page 5: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Merujuk kepada tulisan Chamil Wariya di dalam bukunya yang berjudul

Dasar Luar Era Mahathir(1989), ada menyebut bahawa objektif dan matlamat

utama dasar luar negara ialah memanjangkan kepentingan sesebuah negara

itu di luar sempadannya. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan

berdaulat mempunyai nilai – nilai asas yang ingin dipertahankan daripada

dimusnahkan atau dicerobohi oleh pihak – pihak lain di luar terutama yang

bermusuhan dengannya. Nilai asas ini juga terangkum sebagai keselamatan

nasional sesebuah negara.

Malaysia, sendiri mempunyai dasar luarnya sendiri dan antara objektif

dan matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik – baik dengan semua negara,

menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional

dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan

kemajuan ekonomi serta mengamalkan keamanan sejagat melalui kerjasama

antarabangsa.

Selain itu, antara matlamat dan objektif dasar luar Malaysia adalah

untuk menjadi warga dunia yang peka dan bertanggungjawab dalam usaha

memupuk kesejahteraan dunia. Antara contoh – contoh penglibatan Malaysia

di dalam menjaga keamanan dunia ialah melalui misi keamanan yang

dilaksanakan oleh organisasi seperti AMAN MALAYSIA, MERCY dan

berbagai jenis bantuan lagi yang disumbangkan pada mangsa – mangsa

bencana dan peperangan.

Jelaslah bahawa matlamat dan objektif sebuah dasar luar negara

adalah satu proses yang kompleks. Ia bergantung kepada beberapa faktor di

dalam negeri dan faktor – faktor yang menglilingi negeri berkenaan. Yang

nyata ialah peranan pemimpin sesebuah negara memainkan peranan penting

tentang arah dasar luar negaranya.

3. Prinsip Asas Dasar Luar Negara.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

5

Page 6: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Merujuk kepada Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan

Negara (2007), menyebut bahawa antara prinsip – prinsip dasar luar ngara

Malaysia ialah dasar luar negara bukan merupakan sesuatu yang statik; ia

sentiasa berubah mengikut perkembangan – perkembangan yang berlaku di

dalam dan di luar negeri. Kesinambungan kepada dasar dalam negeri yang

membawa tujuan melindungi dan memajukan kepentingan – kepentingan

nasional. Kebanyakkan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya

berusaha keras bagi membantu perkembangan ekonomi dalam negeri

dengan membawa masuk ramai para pelabur asing. Secara lazimnya,

kesemua dasar luar negara Malaysia ditentukan oleh Perdana Menteri

dengan bantuan kabinet dan dilaksanakan oleh Wisma Putra iaitu

Kementerian Luar Negeri.

Sebagai contoh prinsip dasar luar Malaysia ialah peranan Malaysia di

dalam peranan penting dalam hubungan negara – negara Islam atau lebih

dikenali sebagai Organization of Islamic Countries ( OIC) yang mana

mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di dunia. Ini kerana

Malaysia mengamalkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang

menetapkan : ’ agama islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama –

agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana – mana bahagian

Persekutuan’.

Oleh yang demikian, Malaysia adalah antara negara islam yang

mengamalkan dasar berbaik – baik dengan negara lain kecuali Israel.

Malaysia juga mengecam negara – negara barat kerana memandang serong

terhadap kebangkitan Islam serta mengutuk penindasan ke atas rakyat Islam

di bumi Palestin serta mengutuk pendudukan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Antara lain prinsip – prinsip dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia

ialah sebagai anggota Komanwel, Malaysia telah bersuara lantang

menentang dasar apartied yang dilaksanakan di Afrika Selatan kerana telah

menyalahi hak asasi manusia. Malaysia merasakan ketidak adilan telah

berlaku terhadap kaum kulit hitam yang berada di Afrika Selatan. Prinsip ini

menunjukkan bahawa dalam apa jua ketidak adilan yang berlaku di serantau

dunia, Malaysia tetap mengutuk dan menentang dengan cara yang baik.

Jelas di sini bahawa antara prinsip dasar luar yang diamalkan oleh

Malaysia adalah bertujuan untuk mengamalkan demokrasi sedunia dan

Azman Bin Salleh750312-02-5163

6

Page 7: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

mengutuk andainya terdapat kepincangan yang berlaku ke atas sesebuah

negara yang di beri ketidak adilan.

3.1 Faktor – faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar

Negara

Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertimbangan di dalam

pembentukan sesuatu dasar luar negara ialah kepentingan nasional. Apa itu

kepentingan nasional? Menurut Joseph Frankel (1987), kepentingan nasional

adalah konsep terpenting dalam dasar yang diamalkan oleh sesebuah

negara. Perkataan ’nasional’ itu sendiri merujuk kepada bangsa dan negara.

Maka ia bermaksud matlamat umum yang berterusan dicapai melalui

kepentingan negara. Kepentingan itu tidak harus ditafsirkan dengan sempit

sehingga mengenepikan pertimbangan mral, agama dan sebagainya.

Kepentingan nasional dasar luar Malaysia ialah bertujuan berwaspada

dan berhati – hati dalam hubungannya dengan negara – negara lain agar

sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tidak berteraskan kekerasan.

Contohnya, Malaysia menganggotai ASEAN agar keselamatan Malaysia

terjamin di serantau Asia Tenggara dengan menjalankan hubungan baik

dengan negara – negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei

dan Filipina dan selebihnya. Ini bermakna, kepentingan nasional

dititikberatkan di dalam sesebuag dasar luar yang digubal agar keamanan

dan kestabilan negara terjamin.

Faktor lain yang dapat dilihat ialah dari segi ekonomi. Malaysia adalah

sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini Malaysia

telah menjalinkan hubungan baik dengan negara – negara lain di dunia di

dalam usaha memajukan ekonomi negara Malaysia. Contohnya, sejak zaman

penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih

timah dan getah maka melalui ruang ekonomi, Malaya pada ketika itu telah

menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara – negara maju seperti

Amerika Syarikat dan British untuk memajukan ekonomi.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

7

Page 8: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Setelah merdeka, Malaysia telah mengambil langjah – langkah untuk

menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Maka pada tahun

1980, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan Dasar

Pandang Ke Timur. Melalui dasar ini, Malaysia mengharapkan pelabur –

pelabur dari Timur seperti Jepun dan Korea dapat memasuki pasaran di

Malaysia seterusnya membantu Malaysia membangun seperti negara

mereka.

Faktor berikut yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia

ialah melalui Piagam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau PBB.

Malaysia mula menganggotai PBB pada tahun 1957 iaitu selepas

kemerdekaan. PBB yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 iaitu

selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa telah dibubarkan setelah

gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada awal

penubuhannya PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja namun

sehingga 2002, keanggotaannya telah meningkat kepada 189 buah negara.

Negara – negara yang menganggota PBB harus akur dengan piagam

PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip – prinsip

asas hubungan antarabangsa. Empat prinsip asas yang ditetapkan oleh PBB

ialah setiap dasar luar negara anggota PBB perlu² :

Menjamin keamanan dan keselamatan dunia

Menggalakkan hubungan berbaik – baik antara negara anggota

Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antaranbangsa dan

melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan

warna kulit

Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara – negara

anggota

Lantaran itu, dasar – dasar luar negara Malaysia yang dibentuk haruslah

mengikuti piagam PBB yang telah ditetapkan seperti di atas.

² Rujukan daripada Buku Teks Tingkatan 5, Bab 9, Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa, hlm 245.

Faktor lain yang mempengaruhi pertimbangan dan pembentukan dasar

luar Malaysia ialah faktor Geografi. Kita semua tahu bahawa Malaysia terletak

Azman Bin Salleh750312-02-5163

8

Page 9: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

dikedudukan yang strategi di Asia Tenggara. Sejarah telah membuktikan

bahawa Melaka dahulunya adalah pusat perdangan di Asia Tenggara yang

terkenal. Malah ia menjadi pusat perkembangan ekonomi serantau Asia

Tenggara pada masa dahulu. Maka kedudukan Malaysia yang bersempadan

dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Thailand, Indonesia,

Singapura, Filipina dan Brunei telah mempengaruhi penggubalan dasar luar

negara Malaysia.

Contohnya, perairan negara Malaysia telah menjadi laluan utama kapal

perdagangan maka penggubalan akta luar negara perlu diselaraskan agar

keselamatan Malaysia dan serantau terjamin. Selain itu, ia juga

mempengaruhi faktor kebanjiran pendatang asing untuk mencari peluang

pekerjaan di Malaysia maka, akta – akta yang berkaitan telah digubal bago

mengelakkan berlaku sebarang masalah dan ancaman kepada negara. Ini

berikutan kedudukan Malaysia yang strategim dan berada di tengah – tengah

negara ASEAN.

Terdapat beberapa perkara lagi yang boleh dikaitkan atau menjadi

faktor kepada pertimbangan dalam pembentukan dasar luar Malaysia sepert

dari segi bekas jajahan British, sudut agama Islam, Dasar Berkecuali dan

Prinsip Hidup Bersama. Kesimpulannya, faktor – faktor inilah yang telah

diambilkira oleh pihak kerajaan di dalam menggubal dasar luar negara agar

kestabilan dan keselamatan nasional negara Malaysia terjamin dan rakyat

hidup aman sejahtera.

3.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Tahap Pertama – Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970)

Azman Bin Salleh750312-02-5163

9

Page 10: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama telah mengamalkan dasar

pro-Barat yang antikmunis serta dasar berbaik – baik dengan negara

Komenwel. Ini kerana pada zaman berikut, pengaruh komunis telah menular

ke Malaysia dan dasar luar ketika itu menentang sekeras – kerasnya komunis

yang ingin masuk ke dalam negara Malaysia. Untuk menyekat pengaruh

tersebut, Malaysia tekah menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian

Pertahanan Inggeris- Tanah Melayu atau juga dikenali sebagai Anglo-

Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Antara butir perjanjian

tersebut ialah pihak British akan menawarkan bantuan kepada Malaysia

sekiranya diserang oleh mana – mana negara.

Pada masa itu, Malaysia juga mengamalkan dasar berbaik – baik

dengan negara jiran di dalam Dasar Kerjasama Serantau. Hal ini adalah

sisebabkan berlakunya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia

telah mencapai kemerdekaan. Ia adalah berlakunya konfrantasi antara

Malayasia dan Indonesia pada tahu 1963 – 1965, terputusnya hubungan

dengan Filipina pada tahun 1963-1965 dan penarikan diri Singapura dari

Malaysia dapa tahun 1965. Usaha – usaha untuk memulihkan hubungan

tersebut telah giat dijalankan dan terbukti dengan beberapa perjanjian yang

telah dimetrai. Antaranya ialah, Malaysia telah menandatangani perjanjian

menubuhkan Pertubuhan Negara – Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun

1961 bersama – sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962

bersama – sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967

bersama – sama Thailand, Indosesia, Filipina dan Singapura.

Pada era zaman Tunku Abdul Rahman juga, Malaysia sebagai sebuah

negara yang berbilang bangsa dan agama yang mana juga memberi

kebebasan sepenuhnya kepada rakyatnya mengamalkan budaya hidup dan

agama masing – masing telah mewujudkan dasar anti – apertied yang

diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia menolak sebarang hubungan

diplomatik dengan negara Afrika Selatan sehinggalah undang – undang dasar

apartied itu dihapuskan oleh negara berkenaan

Pada tahun 1970, Malaysia juga telah menganggotai Pergerakan

Negara – Negara Berkecuali atau juga dikenali sebagai NAM. Matlamat

Azman Bin Salleh750312-02-5163

10

Page 11: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

utama penubuhan NAM adalah untuk mengekalkan keamanan dunia dengan

tidak menyokong blok Barat atau blok Komunis. Antara sebab Malaysia

menganggotai NAM adalah berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia yang

berdasarkan por-Barat dan Antikomunis kepada dasar berbaik – baik dengan

semua negara.

Selain itu, antara prinsip perjuangan NAM ialah mengelakkan campur

tangan asing ke dalam hal ehwal sesebuah negara, menghormati hak asasi

manusia, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui

perundingan dan menghormati kedaulatan sesebuag negara. Malaysia juga

pernah memberikan beberapa usul yang berkaitan kepentingan negara

membangun, isu Palestin, kerjasama ekonomin dan isu benia Antartika di

dalam sidang kemuncak NAM yang ketujuh di Delhi pada tahun 1987.

Antara dasar lain yang diamalkan oleh Malaysia pada era

pemerintahan Tunku Abdul Rahman ialah Perkhidmatan Tentera di Bawah

PBB. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB sewaktu

menyelesaikan konflik antarabangsa. Malaysia seringkali dipilih menjadi

tentera pendamai di bawah PBB di dalan menjaga keamanan negara yang

mengalami konflik. Antara negara yang pernah ditwarkan oleh Malaysia ialah

di Congo pada tahun 1960 dalam mendamaikan mereka daripada perang

saudara, 1989 di Namibia dengan membantu negara tersebut mencapai

kemerdekaan dan pada tahun 1990-an ke negara Iraq sebagai pemerhati

PBB.

Tahap Kedua : Tun Abdul Razak (1971-1976) dan Tun Hussein Onn

(1976-1981)

Azman Bin Salleh750312-02-5163

11

Page 12: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Antara dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia semasa era Tun

Abdul Razak ialah Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Persidangan

Islam atau lebih dikenali sebagai OIC. Walaupun sebenarnya OIC adalah

ilham Tunku Abdul Rahman yang mana melihat beliau telah memgang dan

memainkan peranan yang sangat penting di dalam penubuhan OIC namun

dasar – dasarnya telah disambung oleh Tun Abdul Razak. Malah Malaysia

juga menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974.

Di dalam buku teks Tingkatan 5 dalam bab Malaysia dalam Kerjasama

Antarabangsa(hlm 241) ada menyatakan bahawa menjelang tahun 1970-an

dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik –

baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya

peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di

timur. Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan

Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neurtrality (ZOPFAN) bersama

– sama dengan anggota ASEAN. Malaysia juga menjalinkan hubungan

diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur,

Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.

Antara lain dasar luar yang diamalkan pada tahap kedua ini ialah

dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Vietnam pada

tahun 1976 dengan usaha mengatasi masalah pelarian Vietnam yang masuk

ke Malaysia. Selain itu dasar berkecuali telah diteruskan oleh Tun Hussein

Onn yang menggantikan Tun Abdul Razak pada Januari 14 1976 sebagai

perdana menteri dengan memberi keistimewaan dalam hubungan dengan

negara jiran Malaysia di dalam ASEAN.

Tahap Ketiga: Era Tun Dr. Mahathir Mohamad – (1981-2003)

Azman Bin Salleh750312-02-5163

12

Page 13: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Apabila Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri Malaysia

pada 16 Julai 1981, beliau telah meneruskan dasar – dasar luar Malaysia

yang telah sedia ada. Namun beliau turut juga memberi beberapa penekanan

dan dasar baru yang lebih berbentuk maju kehadapan. Pertama sekali, tun

Mahathir mementingkan hubungan Malaysia dengan negara – negara ASEAN

terutama dari segi hubungan ketenteraan dan ekonomi.

Pada awal pemerintahannya, Tun Mahathir telah mewwujudkan satu

Program kerjasama Teknik Malaysia bagi bertujuan membantu negara –

negara membangun iaitu negara – negara kecil di selatan pasifik dan Afrika

dengan bantuan bidang – bidang kepakaran yang terdapat di Malaysia.

Melalui bantuan itu, bukan sahaja membawa manfaat kepada mereka malah

jua kepada Malaysia dengan terhidangnya peluang – peluang perniagaan dan

dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Pada tahun 1982, Tun Mahathir telah melancarkan dasar Buy British

Last iaitu arahan supaya tidak memberi layanan yang istimewa kepada

syarikat dari British di mana jika ada syarikat lain yang menawarkan

perniagaan yang sama maka syarikat lain di beri keutamaan. Ini menimbulkan

keadaan yang tegang antara Malaysia dan British. Namun dasar ini tidak

lama kerana pada tahun 1983, dasar ini telah ditamatkan atas hasil rundingan

Tun Mahathir dengan Perdana Menteri British iaitu Puan Margaret Thacther di

London.

Pada Februari 1982, Tun Mahathir telah melancarkan satu lagi dasar

luar negara Malaysia iaitu Dasar Pandang Ke Timur. Ini adalah merujuk

kepada kejayaan Jepun dan Korea Selatan menjadai sebuah negara indusrti

baru di Timur. Chamil Wariya didalam bukunya yaqng berjudul Dasar Luar

Era Mahathir (1989) ada menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi

Jepun dengan melatih sebilangan pengurus mahir dari sektor swasta di

samping meluaskan kemahiran tenaga kerja melalui pengajaran di pusat

latihan vokasional dan teknikal di Malaysia. Selain itu ia juga memberi

peluang bagaimanan orang – orang Jepun dapat menanam nilai – nilai seperti

sikap yang betul terhadap pekerjaan dan semangat di dalam sesuatu

pekerjaan selain di atas tuntutan pembangunan ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1986 pula, Tun Mahathir melancarkan dasar luar Malaysia

dengan kerjasama dengan negara – negara selatan. Persetujuan diperolehi

Azman Bin Salleh750312-02-5163

13

Page 14: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

dan satu suruhanjaya Selatan – selatan ditubuhkan sebagai fungsi kerjasama

antara negara – negara membangun. Negara – negara selatan adalah terdiri

dari negara – negara di Asia, Afrika dan amerika Latin kerana terletak di

kawasan selatan hemisfera bumi.

Kesimpulannya berdasarkan tiga tahap yang telah diketengahkan,

didapati Malaysia telah berubah daripda dasar Pro-Barat kepada dasar

berkecuali dan berbaik – baik dengan negara jiran dan semua negara kecuali

Israel serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang lebih

cantik dan dapat memantapkan ekonomi negara. Kini di era pemerintahan

Dato’ seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mana masih meneruskan

dsasar yang telah ditetapkan oleh perdana menteri yang terdahulu telah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

4. Pengiktirafan

Azman Bin Salleh750312-02-5163

14

Page 15: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Melalui dasar luar Malaysia, Malaysia telah terkenal di mata dunia dan

telah banyak menerima pengiktirafan di atas penglibatan Malaysia di dalam

menangani isu – isu dan masalah serantau. Nama Malaysia kini terkenal di

seluruh dunia sebagai sebuah negara aman yang sering menghulurkan

bantuan dari segi kemanuasiaan dan bersuara lantang terhadap ketidakadilan

yang berlaku terhadap negara – negara yang di tindas. Di sini akan kita

bincangkan pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia dari tiga aspek atau

bidang iaitu dari bidang ekonomi, politik dan isu alam sekitar.

a. Bidang Ekonomi

Di dalam bidang ekonomi, Malaysia telah diiktiraf sebangai antara

negara membangun yang paling pesat membangun. Melalui kerjasama

serantau ASEAN yang juga dikenali sebagai EAEC atau juga dikenali sebagai

Perundingan Ekonomi Asia Timur yang dimulakan oleh Malaysia telah diiktiraf

berjaya dan banyak membantu negara – negara Asean membangun dari segi

ekonomi.

Malaysia juga diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau

juga dikenali sebagai PBB untuk menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank

antarabangsa yang bertujuan untuk membantu negara ahli PBB yang sedang

membangun bagi bantuan dari segi kewangan. Malah Malaysia juga dilantik

menjadi ahli Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam di dalam

Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC.

Antara lain sumber daripada Buku teks Tingkatan 5 Malaysia dalam

Kerjasama Antarabangsa (hlm 251) ada memetik bahawa Malaysia

memainkan peranan penting dalam sidang kemuncak G-15 yang pertama

telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Melalui sidang tersebut,

usul Malaysia telah diterima dalam projek kerjasama dalam bidang sains dan

teknologi serta penubuhgan Pusat pertukaran Data Pelaburan Perdagangan

dan Teknologi Selatan atau juga dikenali sebagai South Invesment, Trade

and Technology Data Exchange Center (SITTDEC), penubuhan Sistem

Keistimewaan Perdagangan Global atau Global System of Trade Preference

(GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan

pembiayaan perdagangan.

b. Bidang Politik

Azman Bin Salleh750312-02-5163

15

Page 16: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Malaysia menerima banyak pengiktirafan dunia melalui bidang politik.

Antara pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah ketika menjadi wakil

pengamam PBB dalam usaha membantu negara yang ditimpa konflik.

Antaranya ialah di Congo atau Zaire pada t6ahun 1960, Namibia pada tahun

1989, 1990- di sempadan Iraq dan Iran, di Kampuchea dan Bosnia.

Pada sidang kemuncak Ketujuh NAM di New Delhi 1987, Malaysia

menyuarakan usul membantu negara – negara membangun, isu Palestin dan

isu Benua Atartika. Pada sidang yang kelapan pula Malaysia menyusulkan isu

penghapusan dasar apartied di Afrika Selatan dan di beri penghormatan

menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade,

Yugoslavia.

Selain itu, Malaysia juga diiktiraf di dalam ASEAN yang mengamalkan

dasar berkecuali di mana dasar tersebut diiktiraf oleh kuasa besar dunia.

Suara – suara pemimpin Malaysia sering didengar oleh pihak dunia seperti

isu benua Antartika. Ini terbukti apabila Tun Mahathir dengan lantang

meminta agar Benua Antartika diwartakan sebagai warisan bersama manusia

sejagat kerana ianya tidak berpenghuni tetapi mempunyai sumber alam yang

boleh diterokai. Sebelum itu banyak negara – negara di dunia berebut dan

mengaku kedudukan Atartika di bawah mereka namun berikutan kelantangan

Tun Mahathir maka wujudlah Treatri Antartika yang menjaga dan

menjalankan kajian di kawasan tersebut.

Kesimpulannya, Malaysia telah mendapat pengiktirafan dunia di dalam

memainkan peranannya dari segi politik. Ini berikutan suara lantang Malaysia

terutama pada zaman pemerintahan perdana menteri Malaysia yang ke

empat iaitu Tun Mahathir Mohamad yang banyak memperjuangkan isu – isu

penindasan, hak asasi manusia dan membantu menyelesaikan masalah

dalaman negara – negara yang mengalami masalah politik dalaman. Peranan

Malaysia di mata dunia tidak dapat dipertikaikan lagi.

c. Bidang isu alam sekitar.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

16

Page 17: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah pemilihan Tun Dr

Mahathir Mohamad sebagai presiden bagi Persidangan Penyalahgunaan dan

Pengedaran Haram Dadah Antarabangsa (ICDAIT) dalam mesyuarat yang

diadakan di Geneva, Switzerland pada tahun 1987. untuk menunjukkan

betapa mengambil beratnya tentang isu dadah ini, Malaysia telah

menetapkan hukuman mati ke atas pesalah mengedar dadah dan hukuman

ini diiktiraf oleh dunia dan diikuti oleh kebanyakkan negara lain.

Isu alam sekitar yang lain ialah suara lantang Malayasia terhadap hak

warisan semua sejagat bagi isu benua Antartika di mana benua itu kaya

dengan hasil alam yang menjadi rebutan banyak negara – negara di barat.

Akhirnya dunia akur dengan tuntutan Malaysia agar benua tersebut dijadikan

warisan semua sejagat dan hasilnya dikongsi bersama seluruh dunia.

Selain itu, Malaysia menerima pengiktirafan melalui kerjasama di

dalam bidang kesihatan dan perubatan yang bernaung di bawah Pertubihan

Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization

(WHO). United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO) juga telah mengiktiraf Malaysia di dalam peranan dan kerjasama

melalui bidang sains dan teknologi.

Melalui ASEAN juga , suara Malaysia diiktiraf dalam isu Senjata

Nuklear. Ini berikutan dalam mensyuarat negara – negara ASEAN pada tahun

1984, Menteri – menteri luar negara ASEAN telah bersetuju memutuskan

bahawa ASEAN adalah zon bebas senjata nuklear. Mana – mana kapal yang

membawa senjata nuklear tidak akan dibenarkan melalui perairan dan

menggunakan pelabuhan di negara – negara di bawah ASEAN. Ini juga

menunjukkan kepada dunia tentang konsep ZOPFAN yang diamalkan oleh

ASEAN.

Kesimpulannya, Malaysia turut menerima pengiktirafan dunia di dalam

menangani masalah isu alam sekitar. Selain yang dibincangkan di atas,

banyak lagi isu – isu yang telah mengemukakan prinsip Malaysia di mata

dunia seperti isu jerebu, pemanasan global dan sebagainya. Seiring dengan

itu, kerajaan Malaysia terus mengambil langkah – langkah meningkatkan dan

menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia.

5. Penutup

Azman Bin Salleh750312-02-5163

17

Page 18: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Rumusan

Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini perjalanan dasar luar Malaysia

yang bertitik tolak mulanya selepas kemerdekaan yang mana dari dasar pro-

Barat dan antikomunis, telah banyak dipengaruhi oleh Barat terutama British

yang menjajah negara. Namun, pihak pemerintah negara telah mengambil

inisiatif dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan

semua negara di dunia kecuali Israel. Penubuhan ASEAN juga telah diiktiraf

oleh dunia. Selain itu, peranan ZOPFAN sebagai satu perjanjian yang

menjamian keselematan negara Malaysia daripada ancaman ketetenteraan

negara lain.

Dari segi ekonomi pula, melalui dasar luarnya, Malaysia telah

membangun dengan pesat dan menjadi contoh kepada negara – negara

membangun yang lain. Blok ekonomi yang dibentuk melalui EAEC telah

membuka mata dunia bahawa negara – negara kecil juga mampu

mengangani masalah ekonomi dan menjaga kestabilan ekonomi mereka

sendiri.

Malaysia juga menerima banyak pengiktirafan oleh dunia di dalam

menangani isu – isu global dan penglibatan dalam mesej keamanan melalui

PBB malah beberapa pertubuahn Malaysia telah iakui oleh dunia seperti

peranan MERCY dan Aman Malaysia.

Akhir kata, Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan

dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada

Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah

banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu

meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk

menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.

6. BIBLIOGRAFI

Azman Bin Salleh750312-02-5163

18

Page 19: Halatuju Pembangunan Negara

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Chamil Wariya, 1989, Dasar Luar Era Mahathir, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Selangor Darul Ehsan.

Frankel, Joseph (1987). Hubungan Antarabangsa Dalam Dunia. Yang

Sedang Berubah. Terjemahan Husin Mohammad. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Teks Tingkata Lima ’Malaysia

Dalam Kerjasama Antarabangsa’, Bab 9, Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan Antarabangsa-

Konsep & Konteks, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan Antarabangsa-

Cabaran & Harapan, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

.

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan

Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Azman Bin Salleh750312-02-5163

19