halaman ini sengaja dibiarkan kosong - btdmonline.net · sjn hazli ghazali, sjn razali nor, kpl...

80

Upload: ngominh

Post on 29-Aug-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi
Page 2: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

Page 3: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

1BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Memperingati Pahlawan RAMDMS4

OP MURNI

UKBAS Tentera Darat

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Oleh 1 RAMD

PTD Melawat 1 Div

MS15

MS21

MS61

MS7

Perlawanan Bola Sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahMS75

Page 4: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

2

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

PENAUNG: Yang Mulia Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

KETUA PENGARANG: Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor

PENASIHAT: Kol Hj Rashid Modzni dan Kol Zulkifli Dato’ Hj Tahir

PENGARANG/ EDITOR: Mej Anijah Miril

WARTAWAN: Kapt Nurfarhanim Mohd Tahir, Sjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Nurulhaswani Ruzaini

JURU GAMBAR: Sjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Kpl Vijay Gaundar Arikrishnan

GRAFIK: Sjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali PENGURUSAN: SSjn Mohamad Solor Hj Ismon KORESPONDEN:

1 DIVISYEN: Mej Shanmugaraj, Kapt Adam, Kapt Muhammad Jamil, Kapt Jaafar Hj Mat, SSjn Zulkapli Alias, SSjn Mohd Sedi Ibrahim, Sjn Saifuddin Salim, Sjn Lim Rantai, Kpl Roslan Abdullah, LKpl Saiful Kasim dan Pbt Mohd Nazrul Abdullah

2 DIVISYEN: Kapt Masrina, Kapt Alias, SSjn Mohd Junoh, Sjn Bong Leong Fu, Sjn Husaini Mat, Sjn Syamsul Amri Kassim, Kpl Mohd Hafiz, Kpl Mazlan Rosli, Kpl Mohd Nazri Bakai dan Kpl Rosli Omar

3 DIVISYEN: Kapt Abd Rashid Mohamed, Lt M Zuljisham Abd Rashid, Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi Abdullah

4 DIVISYEN: SSjn Gura Uhma, SSjn Sharipon Abdul Rahman, Sjn Kamarul Hisham Jamaluddin, Kpl Mohd Fauzi Abd Kadir, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar, LKpl Mohd Zulkifli Awang, Pbt Asri Hisham Zolkifli dan Pbt Mohd Rizal Abdullah

MARKAS MEDAN : Mej Suria, Kpl Sanggah

MARKAS LATIHAN: Kpl Texsi,

KUALA LUMPUR: Lt Kol Fazilah Hj Mohd Ali, Mej Mohd Hanafi Mohd Yunus, Mej Rodiah Abdullah, Kapt Siti Aishah Noor, SSjn Nur Afina Naincy Samudi, Sjn Yuhanis Yussof, Sjn Saifun Hakimi Zainon, Kpl Mohd Safarin Ali, Kpl Mohd Zahir Saidin, LKpl Mohd Nazari Ramli, Pbt Izzati Fatin Amir, Pbt Norsalina Johari dan Pbt Pawziah Idayu Bikeri

10 BRIGED PARA/21 GGK: Sjn Harun Mahad, Kpl Ahmad Ismail, Kpl Hamidah Ab Karim dan LKpl Khairul Amri Galim Pbt Mohamad

BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama

penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada:

Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Markas Tentera Darat, Cawangan Perisikan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,

50634 KUALA LUMPUR atau

e-mail: [email protected], [email protected]: 03-26985536/

03-26923195 Tel: 03-20715954, 6290, 6455, 3486 dan 3667

www.mybtdm.net

SIDANG EDITORIAL

Page 5: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

3BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013PENA PENGARANG

TAHUN 2013 UJI KEUPAYAAN PERTAHANAN

NEGARAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1MalaysiaAlhamdulil lah, segala puji dan syukur yang

setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah SWT lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia dan pasukan keselamatan benteng pertahanan Negara masih lagi bersama-sama menyambut ketibaan tahun baru 2014. Tahun 2013 telah kita lalui dengan penuh semangat juang yang jitu sehingga melakar beberapa kejayaan penting demi kepentingan negara dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya dan Tentera Darat (TD) khususnya. Awal tahun 2013, insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu telah menguji pertahanan negara walaupun beberapa anggota keselamatan terbunuh dan Ops Daulat dilancarkan. Kerjasama jitu semua pihak akhirnya penceroboh berjaya dibunuh dan ditangkap. Justeru, bagi menjamin keselamatan perairan khususnya di pantai timur Sabah, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan membabitkan lima daerah di pantai timur Sabah dan ia terdiri daripada Sandakan, Tawau, Kunak, Kudat dan Lahad Datu. Dengan penubuhan ESSCOM ini akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas. Sebanyak lima batalion tambahan ATM dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri. Yang Mulia PTD sebelum ini menekankan perhubungan di antara tentera dan awam yang mana selaras dengan pendekatan transformasi kerajaan. Warga TD akan terus melibatkan diri dalam agenda nasional demi membantu mensejahterakan rakyat. Penugasan TD bukan hanya tertumpu pada peperangan semata-mata, malahan tugasan TD di waktu aman juga adalah amat penting. Di waktu aman TD tidak terkecuali dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sebagai contoh TD sentiasa memberi bantuan setiap kali berlakunya bencana alam seperti banjir yang luar biasa di wilayah Pantai Timur serta Johor baru-baru ini. Anggota tentera terus tampil membantu dengan memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara serta membekalkan makanan kepada penduduk. Tentera Darat juga turut menyiapkan

jambatan taktikal di Sg Limbung yang menghubungkan jalan utama di Bandar Chukai, Kemaman dan situasi sama turut berlaku di Kg Kuala Kejil, Kuala Berang, Terengganu bagi menggantikan jambatan yang roboh. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga perkhidmatan yang membantu mangsa banjir yang merupakan salah satu tugas kita semasa aman ini. Dalam menangani cabaran Tahun 2014, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman lalu dan harus lebih bersedia menghadapi cabaran seiring dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat, Yang Mulia Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Kecanggihan asset TD semata-mata tidak menjanjikan tahap kemampuan kita sekiranya tidak didukung oleh tahap profesionalisme yang tinggi. Untuk meningkatkan tahap ini, penekanan ke atas aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap di semua peringkat perlu di ambil kira. Tuntutan tugas yang semakin meningkat menuntut kita memperkembangkan daya intelektual dan kognitif secara berterusan agar tahap profesionalisme yang tinggi akan sentiasa dipamerkan. Bagi negara kita, tahun 2014 akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran jika semua pihak khususnya ATM amnya dan TD khasnya memainkan peranan yang positif dan proaktif sekaligus menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Marilah kita bersama-sama menyempurnakan tugas dan amanah ini dengan sebaik-baiknya agar Tentera Darat terus menjadi sebagai sebuah organisasi yang unggul, berwibawa, efisien dan siaga dalam menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang diberikan. Di kesempatan ini, Sidang Editor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ”Selamat Tahun Baru 2014” kepada semua warga TD. Semoga kedatangan tahun baru ini, dapat kita bersama-sama memperbaharui iltizam dan menyuntik semangat baru bagi menjayakan visi dan misi TD.

A

Page 6: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

4

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a BERSAMA PEMIMPIN

RAMD adakan Tahlil Sempena HUTke - 80

Memperingati Pahlawan RAMD

Oleh : Risik Pasukan 1 RAMD

KUALA LUMPUR: DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Almu’tasimu Biillahi Muhibbuddin Tu a n k u A l - H a j A b d u l H a l i m Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kol YDP

RAMD mencemar duli ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Ulang Tahun RAMD ke- 80 bertempat di Masjid Angkatan Tentera Sungai Besi pada pada 6 Dis 13. Keberangkatan tiba SPB YDP Agong disambut oleh Panglima

Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim selaku Pengerusi Kor RAMD, Pegawai-Pegawai Kanan RAMD dan seterusnya mengiringi SPB YDP Agong ke dalam masjid untuk menunaikan Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahlil yang diimamkan oleh Pengarah KAGAT. Pasukan 1 Re j imen Aska r M e l a y u D i r a j a ( 1 R A M D ) d i p e r t a n g g u n g j a w a b k a n mengkoordinasikan persiapan majlis tersebut dengan dibantu oleh Jabatan Arah Infantri - Urusetia RAMD serta bantuan khidmat logistik dari Kor Perkhidmatan Diraja. Ma j l i s d i te ru skan dengan Santapan Malam bersama SPB YDP Agong bersama Pengerusi Kor RAMD dan Mantan-mantan RAMD dan acara diakhiri dengan keberangkatan pulang SPB YDP Agong.

tiupan lagu Last Post serta bacaan sajak oleh Mej Zapri Seman dari INSPEKA. Acara diteruskan dengan meletakkan kalungan bunga di hadapan tugu oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong, Pengerusi RAMD, Pegawai Memerintah 7 RAMD dan RSM Istiadat sebagai tanda simbolik. Turut hadir semua Pegawai Memerintah RAMD serta warga RAMD sekitar Port Dickson. - Web Master RAMD; Gambar: Staf IT Infantri

NEGERI SEMBILAN: DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Almu’tasimu Biillahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kol YDP RAMD mencemar duli ke Tugu Peringatan RAMD sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) ke 80 bertempat di PUSASDA. Ketibaan baginda disambut oleh YTM Tuanku Temenggong Kedah, Pengerusi RAMD, Panglima Latihan, dan Pegawai-pegawai kanan RAMD. Acara dimulakan dengan iringan lagu Negaraku dan

Page 7: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

5BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013BERSAMA PEMIMPIN

MENHAN Berlatih Menembak Senjata

Oleh : Risik Pasukan 1 RAMD

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin terlibat dalam latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar B Sungai Besi pada 21 Dis 13. Ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran dan seterusnya dibawa ke ruang rehat untuk Taklimat Keselamatan Lapang Sasar dan Perlaksanaan Praktis dan diteruskan dengan perlarasan senjata raifal serta pistol oleh MENHAN. Latihan diakhiri dengan latihan menembak menggunakan senjata bantuan Min imi ser ta GPMG oleh MENHAN dan selain itu turut

diadakan Static Display untuk Senjata Kecil dan Senjata Bantuan milik pasukan infantri yang mana

ditaklimatkan oleh Mej Nur Fahmi Basaar kepada semua yang terlibat.

ATM Lancar Syiling Peringatan Sempena Hari ATM ke-80

Oleh: PR TD

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin menyempurnakan Majlis Pelancaran Wang Syiling Peringatan Sempena Hari ATM Ke-80 bertempat di Wisma Pertahanan pada 20 Dis 13. Duit Syiling Peringatan ini dihasilkan adalah dengan usaha kerjasama ATM dan Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dihasilkan ilham daripada Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd Zin adalah bagi memperingati perkembangan yang telah dilalui ATM selama 8 dekad untuk menjadi sebuah Angkatan Tentera Serba Lengkap dan Canggih yang mengingatkan kita akan pengorbanan, usaha dan legasi para pahlawan Negara yang terdahulu. Reka bentuk bahagian hadapan duit syil ing peringatan ini adalah memaparkan ketiga-tiga bahagian ATM, iaitu jet perjuangan untuk mewakili TUDM, kereta kebal untuk mewakili TDM, dan kapal selam untuk mewakili TLDM. Perkataan “ULANG TAHUN KE-80 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA” yang dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1933-2013”

yang menunjukkan tempoh 80 tahun kewujudan ATM dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk syiling. Turut hadir pegawai-pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan.

Page 8: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

6

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a BERSAMA PEMIMPIN

Malam Pencahayaan ‘Helo Skot’NEGERI SEMBILAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor merasmikan Malam Pencahayaan Helo Skot bertempat di Bandar Tentera Darat Port Dickson bagi menarik minat pelancong dan pengunjung tempatan dengan menjadikan laluan pekan Sunggala ke Simpang Batu Empat bermandikan cahaya pada 11 hingga 12 Okt 13. Konsep Malam Pencahayaan Helo Skot diadaptasikan seperti mana I City Shah Alam dan pemilihan tempat juga bersempena dengan Bandar Port Dickson yang telah diistiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 September 2009. Pelancaran program ini turut mendapat kerjasama

PTD Lawat Mk 1 DivOleh: PR 1 Div

SARAWAK: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengadakan lawatan ulung buat pertama kalinya ke Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak pada 31 Okt 13. Lawatan selama dua hari ini turut diiringi oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin, Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan

Latihan, Mej Jen Dato’ Abd Samad Hj Yaakob, serta Ketua Pengarah Pembangunan, Brig Jen Hj Yahya Ibrahim. Terlebih dahulu, PTD menerima tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Utama dari pasukan 13 RAMD. Di dalam lawatan ini juga, PTD berkesempatan mendengar taklimat di Markas 1 Div dan melawat sekitar Kem Muara Tuang.

Badan Pelancongan Negeri Sembilan dengan pelbagai acara yang diadakan seperti persembahan kugiran, kebudayaan, beca berhias yang didatangkan khas dari Melaka, Motor Show, persembahan Basking, Staf Prade dan Guard Mounting oleh tentera dan acara-acara lain bertujuan menarik minat pengunjung yang hadir.- Mej Ridhuan Yusof; Gambar- Kpl Zahir Saidin

Page 9: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

7BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013BERSAMA PEMIMPIN

NEGERI SEMBILAN: Warga Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan menerima Lawatan Penghargaan Sempena Perpisahan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Lt Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim pada 26 Nov 13. Lawatan AKSPA diiringi oleh Panglima Mk 1 Bgd, Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar, Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Abu Bakar dan Pegawai Memerintah dari setiap pasukan. Acara pada hari tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu perbarisan di padang kawad Markas Garison Gemas dan ramah mesra bersama warga Kem Syed Sirajuddin di Dewan Serbaguna Kem Syed Sirajuddin. Majlis berakhir dengan acara menandatangani Buku Lawatan dan penanaman pokok sebagai tanda kenangan. - Kpl Mohd Nazrul Adnan; gambar : Kpl Erman Shah Ali

Lawatan Penghargaan AKSPA

Lawatan PTD ke Kem RASCOM

PULAU PINANG: Seramai tiga Pegawai dan 100 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbar isan sempena lawatan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Affendi Raja Mohd Noor ke Markas 2 Div setelah pengambil alihan beliau sebagai PTD ke - 25 bertempat di Padang Kawad MK 2 Div pada 17 Okt 13. Dalam lawatan tersebut, PTD disambut oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Shukuri Ahmad lalu diperkenalkan kepada semua pegawai MK 2 Div dan di bawa ke Bilik Mesyuarat bagi menerima taklimat daripada Ketua Staf MK 2 Div, Kol Riezal Ariff Tan Sri Ismail. Turut hadir KS MKTD,Panglima 6 Bgd, Panglima 2 Bgd, Panglima 8 Bgd dan Panglima MK Bgd Sempadan. - Pbt Mohd Adi Rozaini Che Saad

PTD Lawat Mk 2 Div

SARAWAK: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor melaksanakan lawatan rasmi beliau buat pertama kalinya ke Kem RASCOM Batu 10, Sibu, Sarawak pada 1 Nov 13. Lawatan ini adalah lanjutan daripada lawatan ulung PTD ke Mk 1 Div di Kuching, Sarawak. Lawatan ini turut diiringi oleh Panglima 1 Div, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, KS MK TD, Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin, AKS OPLAT, Mej Jen Dato’ Abd Samad Hj Yaakob, serta Ketua Pengarah Pembangunan, Brig Jen Hj Yahya Ibrahim.

Page 10: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

8

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a HUT RSD KE - 61

HUT RSD ke - 61

Oleh : Web Master RSD

KUALA LUMPUR: Empat kontinjen mengambil bahagian dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Semboyan Diraja (RSD) Ke-61 yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD), Kem Perdana Sungai Besi. Perbarisan terdiri daripada pasukan Rejimen Semboyan Diraja di sekitar Lembah Klang iaitu dari

Page 11: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

9BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013HUT RSD KE - 61

kontinjen pertama (71 RSD), kontinjen kedua (IKED, 95 RSD, RSD Medan AW, RSD Pakar Tel AW, kontinjen ketiga (91 RSD, RPS, 4 RSD) dan kontinjen keempat (93 RSD, 73 RSD, 72 SSD, 73 RSD, 12 SSD dan 11 SSD). Pengerusi Kor RSD, Mej Jen Dato' Zulkiflee Mazlan telah mengambil tabik hormat pada perbarisan tersebut. Pengerusi Rejimen Semboyan Diraja, Mej Jen Datuk Zulkiflee Mazlan menyeru semua warga RSD supaya menanam tekad untuk terus meningkatkan kemampuan diri sendiri agar dapat membangun bersama-sama

memajukan kor dan seterusnya membantu menghadapi ancaman-ancaman baru yang dinyatakan. Usia RSD yang menginjak 61 tahun pastinya akan disulami dengan pelbagai cabaran justeru, beliau

mengajak warga rejimen berkenaan untuk bersama-sama memperteguhkan keazaman dan iltizam agar

terus menguatkan kesatuan. “Kekuatan sesebuah organisasi bukan terletak kepada seseorang individu sahaja namun sesebuah organisasi itu turut bergantung kepada individu-individu hebat yang membentuk organisasi tersebut. “Kesatuan dan keakraban kita sering menjadi contoh dalam Tentera Darat. Ini kerana kesatuan dan keakraban ini bukan sahaja erat ketika dalam perkhidmatan sahaja malah terus kekal walaupun setelah menamatkan perkhidmatan. Ini telah dimanifestasikan melalui Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja. Turut hadir pada perbarisan ini, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Noordin Hj Mohd Yusoff, Mantan Ketua Pegawai Semboyan yang bersara, veteran-veteran RSD bersama isteri masing-masing. Semua warga RSD di sekitar Lembah Klang hadir bagi menyaksikan perbarisan tersebut.

Page 12: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

10

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a HUT RSD KE - 61

Oleh: Web Master RSD

KUALA LUMPUR: Acara Derma Darah Sempena HUT ke-61 Rejimen Semboyan Diraja (RSD) peringkat Zon Selatan dan Utara telah diadakan dengan serentaknya pada 21 Nov 13 . Bagi peringkat Zon Selatan tanggungjawab diberikan kepada pasukan 74 SSD untuk menganjurkan acara tersebut bertempat di Dewan Dato’ Jamil, Sungai Besi dan bagi Zon Utara pula pasukan 72 SSD menganjurkan acara tersebut di Dewan Seroja, KEMENTAH. Acara yang dianjurkan pada setiap kali HUT turut mendapat sambutan dari warga ATM dan awam dari kawasan sekita Turut hadir Pengerusi Kor, Mej Jen Datuk Zulkiflee Mazlan dan Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan.

Derma Darah Sempena HUT RSD ke-61

Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin Sempena HUT RSD ke-61

KUALA LUMPUR: Pasukan 71 RSD dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin sempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-61, Rejimen Semboyan Diraja, bertempat di Masjid Angkatan Tentera, Sungai Besi pada 14 Nov 13. Majlis dihadiri oleh Pengerusi Kor, Mej Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan, mantan Ketua Pegawai Semboyan, Pegawai-pegawai Kanan serta pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dari pasukan sekitar Lembah Kelang. Turut hadir adalah para veteran Rejimen Semboyan Diraja. - Web Master RSD

Page 13: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

11BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013HUT KPTD KE - 60

Oleh : Mej Nurul Atikah

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) ditubuhkan pada tanggal 12 Nov 1953 dengan dipelopori oleh sembilan orang anak Melayu sehinggalah sekarang telah menjangkau 60 tahun usia penubuhannya. KPTD telah menetapkan bahawa visi yang hendak dicapai adalah untuk menjadikan satu kor yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan sedia berkhidmat sebagai sebahagian daripada angkatan tentera darat. Manakala misi KPTD adalah untuk mempertingkatkan keupayaan kor dengan cara memperbaiki permasalahan yang dikenalpasti melalui penggunaan semua sumber

secara optima. Visi dan misi KPTD ini didokong dengan matlamat-matlamat yang merangkumi aspek organisasi, operasi, latihan, sumber manusia dan logistik. Bagi aspek organisas i dan operasi , KPTD telah ber i l t izam mengemaskinikan doktr in dan manual berpandukan pembangunan organisasi TD serta menstrukturkan semula organisasi disamping terus membina dan memantapkan imej seiring dengan kor-kor lain. Sumbangan warga KPTD kepada negara dan hingga peringkat dunia memang tidak dapat disangkal. Ini dibuktikan dengan penglibatan di dalam tugas-tugas di dalam dan luar negara. Bagi aspek sumber manusia pula, matlamat yang ingin dicapai

HUT KPTD ke - 61

Page 14: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

12

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a HUT KPTD KE - 60

adalah untuk menjana warga KPTD yang kompeten dan berkeyakinan dengan cara meningkatkan daya intelektual anggota serta membudayakan amalan dan etika kerja yang baik berlandaskan nilai kerohanian, peraturan, disiplin dan etos ketenteraan. Bagi aspek logistik, kor telah mewujudkan rancangan perolehan peralatan yang bersepadu mengikut keperluan organisasi dengan cara menyediakan program bersepadu dalam peningkatan infrastruktur melalui pembinaan fasilitas dan infrastruktur yang mencukupi bagi menampung keperluan latihan, operasi dan penempatan pasukan-pasukan KPTD. Disamping itu, mempertingkatkan kesiapsiagaan tempur KPTD. Bagi sambutan HUT KPTD ke 60 yang lalu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memeriahkan

sambutan. Bacaan yassin, tahlil, dan khutbah khas Jumaat dilaksanakan pada 8 Nov 13 di Masjid Wardieburn, Setapak. Selain itu, Perbarisan HUT ke 60 di Padang Kawad PULAPOT, Majlis Makan Malam Rejimental Wisma Perwira dan Bintara KPTD dan acara kemuncak adalah karnival sehari bersama keluarga yang diadakan di padang kawad PULAPOT. Karnival ini melibatkan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti meraikan anak-anak istimewa,

merentas desa, senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan gerai oleh pasukan-psukan kptd dan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api pada malamnya.

Page 15: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

13BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013HUT KRD KE - 44

Oleh: Kpl Nurulhaswani RuzainiGambar: Sjn Shamsul Zaidi Zolkoffly

PAHANG: Seramai 152 Pegawai dan anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) terlibat dalam Perbar i san Har i Ulang Tahun KRD ke - 44 yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Jaffri Ahmad serta diiringi oleh pancaragam dari 1 Kor Amor Diraja (1 KAD) bertempat di Padang K a w a d P u s a t L a t i h a n Perisikan (PULARIS) pada 7 Nov 13. Kont i jen terd i r i dar i pasukan Markas 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (92 ATCK), 91 Grup Operasi Perisikan (91 GOP), Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan PULARIS dengan tema Ilmu Memartabatkan KRD. Perbarisan diteruskan d e n g a n a c a r a penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 12

orang bekas pesara KRD dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada dua anggota KRD yang masih berkhidmat, Sjn Shaiful Ahmad dari MK 92 ATCK dan SSjn Siti Norain Md Ali dari BSPP manakala Sjn Mohd Azmi Ismail dari DKM Terengganu menerima Anugerah Kecemerlangan

HUT KRD ke - 44

Page 16: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

14

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a HUT KRD KE - 44

Akademik bersama dengan Kpl Mohd Nur Azam Anuar dari 165 MIB. Anugerah Kecemerlangan Sukan KRD Tahun 2013 diberikan kepada dua anggota iaitu Kpl Mohd Ikram

Dalam ucapan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hussin beliau menegaskan tanggungjawab untuk memacu KRD dan BSPP sejajar dengan cabaran dan keperluan semasa bukan sahaja

Mohammadon dari MK 12 Bgd kerana penyertaannya dalam Pertandingan Berbasikal yang dianjurkan dalam negara dan mendapat tempat ke dua manakala Pbt Nor Halizatul Akma Mokhtar dari Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat yang begitu cemerlang dalam olahraga di peringkat TD dan ATM.

terletak di bahu pucuk pimpinan KRD semata-mata, tetapi semua peringkat warga KRD harus bersama-sama menggalas tangungjawab tersebut. “Di peringkat kepimpinan tertinggi pelbagai rancangan peningkatan KRD dan BSPP yang telah, sedang dan akan dilaksanakan baik dalam aspek pembangunan modal insan, infrastruktur mahupun perolehan platform-platform baru. “Manakala pegawai d i peringkat pertengahan dan anggota bawahan haruslah b e r j a l a n s e i r i n g a n a g a r pe rancangan yang akan

dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan komitmen daripada warga KRD amat penting bagi menjayakan perancangan ini,” tegasnya.

Page 17: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

15BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013OP MURNI

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) s e c a r a u m u m n y a d i k e t a h u i merupakan satu angkatan sebagai barisan hadapan mempertahankan

k e d a u l a t a n n e g a r a . Wa l a u bagaimanapun, peranan ATM semasa aman adalah membantu agensi awam yang lain dalam menyalurkan bantuan kepada m a s y a r a k a t . K e t i k a n e g a r a dikejutkan dengan bencana alam seperti banjir yang luar biasa di wilayah Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta Johor pada tahun lalu, anggota tentera terus tampil membantu penduduk yang menghadapi kesukaran. Panglima Angkatan Tentera, Jen

Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin menegaskan bahawa ATM telah bersiap sedia menghadapi banjir sejak bulan Sep 2013 dan menubuhkan Ops Murni khusus b a g i m e n j a l a n k a n o p e r a s i membantu mangsa banjir. Justeru, tanggapan semua pihak bahawa ATM lambat menyalurkan bantuan adalah tanggapan negatif. Op Murni membabitkan beberapa trup dan aset di bawah kawasan tanggungjawab Mk 2 Div dan Mk 3 Div. Pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM turut terlibat dalam Op Murni yang di terajui Tentera Darat Malaysia. ATM telah bertindak mengatur

aset udara dengan penggunaan helikopter bagi tujuan mengangkut bekalan makanan ke pusat-pusat pemindahan khususnya kawasan

pedalaman yang terputus hubungan. A n t a r a p e r a n a n y a n g d i m a i n k a n A T M d a l a m membantu mangsa b a n j i r a p a b i l a mengaturgerakkan h e l i k o p t e r j e n i s EC725 Super Cougar pada 5 Dis13 bagi menghantar bekalan makanan kira-kira

2,083 tan kepada penduduk di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap dan Penjara Penor. Misi bantuan kemanusiaan tidak selesai di situ apabila sebanyak 29 tan bekalan makanan telah dihantar ke beberapa kampung yang terjejas dengan banjir di kawasan Ulu Tembeling dengan menggunakan helikopter Nuri SK61 milik TUDM. Selain itu, seramai enam wanita sarat mengandung yang tinggal di beberapa kampung terlibat banjir

dibawa ke Hospital Jerantut menerusi inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penerbangan ihsan TUDM. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut terlibat dengan penugasan itu melibatkan d u a p e g a w a i d a n 3 8 anggota daripada Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla) manakala antara aset TLDM yang d igunakan

adalah empat buah bot dan dua buah hel ikopter Fennec . A n g g o t a T D y a n g ter l ibat secara langsung m e n e r u s k a n o p e r a s i membantu memindahkan mangsa banjir, menghantar bekalan makanan dan juga menyediakan perkhidmatan memasak s i pusat-pusat pemindahan . Ase t -ase t yang digunakan untuk membantu operasi ini adalah bot tempur, OBM, trak 3 ton, trak 7 ton TATRA, ambulans dan pesawat udara. Ber ikutan banj i r teruk yang berlarutan beberapa hari telah menjadikan arus deras di sungai

utama di bandar Chukai,Kemaman dan Kg Kuala Kejil, Kuala Berang, runtuh sehingga menyebabkan kesukaran kepada penduduk setempat dan mengakibatkan proses menghantar bekalan makanan tergendala dan menghadapi masalah logistik. Oleh yang demikian, pihak ATM telah mengambil inisiatif membina jambatan taktikal di kedua-dua sungai berkenaan. Jambatan taktikal sepanjang 20 meter di Sungai Limbong, Chukai, Terengganu siap dibina oleh seramai 40 anggota tentera dan seorang pegawai RAJD Kem Desa Pahlawan dengan dibantu Unit Ke-11 RAJD Kem Batu Tiga, Temerloh, Pahang pada 9 Dis 13. Manakala, jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 turut dibina di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang, Terengganu dan berjaya disiapkan pada 15 Dis 13. Pembinaan dan pemasangan jambatan itu melibatkan seorang pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat dari 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja. Jambatan taktikal itu telah diaturgerakkan dari

Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota Kluang di Johor. Walau bagaimanapun, pembinaan ja lan masuk dan tanjakan telah dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya.

ATM Bantu Mangsa Banjir

Page 18: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

16

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a OP MURNI

Page 19: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

17BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013BERSAMA PEMIMPIN

Page 20: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

18

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Oleh: Mej Anijah Miril

Insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna pada awal tahun 2013 menjadi faktor utama mendorong kepada penubuhan Eastern Sabah Safety Zone (Esszone) meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Lahad Datu pada 7 Mac 13. Keluasan ESSZONE meliputi sepanjang 1733.7 km dan keluasannya sekitar 100,000 km persegi dengan 486 buah pulau.

Pada 1 Apr 13, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan bagi menyelaras penguatkuasaan dan pelaksanaan pelbagai program keselamatan di kawasan ESSZONE. Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang kesemuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 km.

FUNGSI DAN PERANAN ESSCOM Mengikut Peraturan Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013, antara fungsi ESSCOM ialah yang pertama memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, kedua; memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, ketiga; memastikan, memelihara dan memudahkan di dalam Kawasan Timur penjalanan secara bebas dan keempat; tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang. Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman dilantik sebagai Pengerusi ESSCOM manakala Jawatankuasa Pemantau bagi memastikan pelaksanaan semua dasar dan program dilaksanakan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak sebagai sekretariat. Pada masa kini, ESSCOM diterajui oleh Datuk Mohammad Mentek.

Page 21: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

19BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013ESSCOM

VISI DAN MISI Menjadi Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur Sabah menjelang 2017 merupakan visi ESSCOM. Sementara itu, misi adalah mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

keupayaan perisikan dan perkongsian maklumat bagi memantapkan kesiapsiagaan pertahanan Negara; ketiga; merancang dan menyelaras penempatan semula, dan keperluan pemeliharaan keselamatan awam dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Teras Strategi yang Keempat; memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat di Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan ketahanan nasional dan teras kelima adalah menyelaras program pembangunan

CABARAN YANG DIHADAPI Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri Sabah. Dari sudut lain, kawasan perairan yang luas dan kawasan pesisir yang panjang menyebabkan penyusupan masuk pendatang asing dan penceroboh di negeri tersebut. Kawasan berpaya dan sempadan antarabangsa yang terletak berhampiran dengan kita. Misalnya Zon Tanjung Labian terletak kira-kira setengah jam atau 40 minit dari sempadan. Di kawasan Sandakan telah dikesan sebanyak 32 lorong tikus.

STRATEGI Bagi merealisasikan wawasan murni kerajaan, ESSCOM memperkenalkan beberapa teras bagi mengukuhkan kawasan keselamatan secara bersepadu, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula serta memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat di kawasan Pantai Timur. Teras yang dinyatakan adalah pertama; memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan Timur Sabah secara bersepadu, bagi mengwujudkan persekitaran yang selamat; kedua, mempertingkatkan

Dalam aspek migrasi penduduk Filipina dan Indonesia telah berlaku sejak sekian lama dan telah menetap di negeri ini. Hubungan persaudaraan yang wujud menyebabkan mereka sering dikunjungi sanak saudara

Page 22: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

20

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a ESSCOM

dari Negara jiran dan agak sukar dikenalpasti tujuan utama kunjungan tersebut. Insiden pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, pada bulan Nov 2013 lalu sedikit sebanyak menguji imej ESSCOM di mata masyarakat Sabah khususnya. Justeru, ESSCOM melancarkan 'Ops Gasak' bertujuan membersihkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya menjadi tali barut kepada penjenayah di kawasan pusat peranginan di sekitar ESSZONE. Ops Gasak merupakan operasi bersepadu dengan beberapa agensi lain termasuk polis, tentera, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

PELAKSANAAN Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort atau Ops Pasir adalah salah satu struktur keselamatan yang diwujudkan untuk berhadapan dengan ancaman khusus iaitu penculikan pelancong terutama sekali di pulau terpencil. Ops Pasir mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan diuruskan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB-ATM). Pada masa kini sebanyak dua batalion infantri diletakkan di bawah pengawasan ESSCOM berpangkalan di kawasan Felda Sahabat Lahad Datu. Dalam jangka masa panjang, sebanyak lima batalion lagi akan diwujudkan ditempatkan di kawasan ESSZONE. Menurut

akan dilakukan secara berperingkat kerana membabitkan banyak faktor. Begitu juga dengan organisasi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen mempunyai peranan tertentu demi menjamin keselamatan perairan Sabah. ESSCOM ditubuhkan bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan l a g i s e m u a o p e r a s i y a n g dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut. Selama ini setiap aktiviti organisasi tersebut melaksanakan tugas masing-masing secara berasingan

kerana setiap entiti tersebut mempunyai arahan pusat (central command) yang berbeza. Timbul beberapa kekangan terutama sekali dari segi kepantasan berkongsi maklumat risikan kerana masing-masing mempunyai strategi dan kepentingan yang berlainan di antara satu sama lain. Betapa pentingnya penyelarasan arahan pusat diserlahkan lagi apabila Ops Pasir ATM dikendalikan oleh MAB kerana untuk menyelaraskan tugas antara tiga cabang utama perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara. Kewujudan Esscom di dalam kawasan Esszone perlu

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Dri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin, penubuhan lima batalion tentera di kawasan pantai timur Sabah akan mengambil masa sehingga empat tahun untuk disiapkan dan ia

dinilai dari sudut lebih luas iaitu pulangan daripada penjanaan ekonomi yang bakal diterima, kesan daripada keselamatan yang terjamin, sekali gus meningkatkan indeks keselesaan penduduk seperti kejayaan yang dicapai selepas penubuhan Rajang Area Security Command (Rascom) pada tahun 1972. Bagi memperkukuhkan ESSCOM, Kerajaan telah menambahkan peruntukan sebanyak RM 11 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur 62 pos kawalan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Page 23: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

21BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013BRASSBAND

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

Sejarah Ujian Kemahiran Platun Tambur dan Serunai (UK-PTS) pertama kali di adakan di peringkat Tentera Darat (TD) pada tahun 1981 yang mana pertandingan tersebut disertai oleh 46 pasukan iaitu 36 dari pasukan infantri empat dari pasukan Armor, dua dari Gerup Gerak Khas (GGK) dan dua dari pasukan Askar Wataniah dengan tujuan pertandingan untuk meningkatkan mutu persem-bahan dan kualiti kumpulan pancaragam dalam TD. Pertandingan dijalankan mengikut kategori Platun Tambur dan Serunai kerana peralatan muzik yang di-gunakan pada ketika itu hanya flute dan bugle sahaja dan pada tahun 1984 Piala Zain Hashim diwujudkan sebagai Piala Pusingan UKPTS. Pertandingan tersebut diselitkan dengan pertandingan kugiran (kini dikenali sebagai Ujian Kemahiran Muzik) yang bertujuan untuk

UKBAS Tentera Darat

meningkatkan mutu persembahan kumpulan kugiran. Pada tahun 2000, UKPTS diubah namanya kepada Ujian Kemahiran Platun Brass Band dan Serunai (UKBAS) kerana pertukaran Platun Tambur ke Platun Brass Band

yang mengunakan peralatan muzik seperti trumpet, cor-net dan trombone. UKBAS telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pada tahun berikutnya pertandingan ini tidak dilaksanakan kerana kebanyakan pasukan belum bersedia dari segi kemahiran untuk menguasai peralatan - peralatan baru dan terdapat peralatan yang belum dibekalkan sepenuhnya. Kini pada tahun 2013 pentandingan ini di wujudkan kembali setelah sekian lama tidak diadakan kerana pucuk pimpinan TD berpendapat ia adalah landasan terbaik bagi meningkatkan kemahiran anggota- anggota Platun Brass Band dan Serunai TD dan dalam masa yang sama dengan adanya UKBAS ini pasukan - pasukan akan berusaha untuk melengkapkan peralatan muzik dan pakaian masing - masing mengikut skala. Objektif pertandingan diadakan pada tahun 2013 adalan untuk menguji kemahiran anggota dalam mengendalikan peralatan muzik dan meningkatkan tahap mutu serta kreativiti persembahan setiap Platun Brass Band dan Serunai disamping memupuk seman-gat kerjasama dan persefahaman diantara anggota di dalam platun masing - masing disamping dan mewujudkan daya saing di antara platun dalam me-ningkatkan mutu muzik TD. Pertandingan ini juga bertujuan memilih Platun Brass Band, Serunai dan Drum Major terbaik di dalam TD yang

Page 24: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

22

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a BRASSBAND

mana pertandingan di peringkat formasi telah diadakan pada tahun 2012 bagi memilih Platun Brass Band dan Serunai yang terbaik bagi mewakili formasi masing - masing ke pertandingan peringkat TD dan pada kali ini pertandingan diadakan di Port Dickson iaitu Bandar TD yang mana ianya merupakan salah satu acara bagi pengisian program Bandar TD. Bersesuaian dengan itu, konsep yang dipilih bagi pertandingan pada kali ini adalah Persembahan Dalam Ujian yang bertujuan untuk mempamerkan kepada ma-syarakat tentang kemahiran Platun - Platun Brass Band dan Serunai dan secara tidak langsung dapat menaik-kan imej TD pada pandangan masyarakat umum serta di segani oleh organisasi lain. Sebanyak 11 Platun Brass Band telah menyertai per-tandingan pada kali ini yang diadakan selama dua hari pada sebelah malam dari 29 hingga 30 Nov 2013 dan penganjurannya oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat bertempat di Padang Kawad PUSASDA dan pemenang telah diumumkan pada malam penutup yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja

Mohamed Noor. Pemenang UKBAS 2013 di menangi oleh Platun Brass Band 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Platun Serunai dimenangi oleh 6 Rejimen Renjer Diraja manakala PW II Tetus Saipat dari 1 RRD dinobatkan se-bagai Drum Major Terbaik. Dalam ucapan penutup, PTD berkata hampir lebih 10 tahun ujian ini tidak dijalankan di peringkat TD dan akan dijadikan perkara wajib kelak kerana jika tidak di laksanakan UKBAS ianya akan memberi impak terhadap pemain muzik TD dan menjejaskan kemahiran individu terlibat malah kekurangan kemahiran serta kepakaran Drum Major yang merupakan nadi penggerak utama Platun Brass Band.

“Persembahan UKBAS mempunyai tarikan tersendiri kerana persembahannya tidak berbentuk statik tetapi menggunakan kreativiti platun masing-masing yang mana semasa membuat persembahan dapat memu-kau para pengunjung yang hadir di dalam apa jua persembahan yang melibatkan Platun Brass Band dan Serunai. “Sehubungan itu kita semestinya mengenal pasti anggota yang berminat dan mempunyai semangat dalam mempamerkan persembahan acara ini bagi memastikan kita dapat mempertingkatkan mutu serta kreativiti setiap pasukan yang terlibat dalam menguji kecekapan, kemahiran, kepimpinan dalam mengkoordinasikan sesuatu persembahan, malah kita juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam mencari pelapis pada masa akan datang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup UKBAS di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Page 25: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

23BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013OP JELAI

Misi Tentera Darat banteraspendatang Haram Thailand

AKTIVITI menceroboh kawasan hutan s impan yang menjadi khazanah negara sememangnya sudah menjadi daya tar ikan kepada sesetengah individu yang ingin mengaut keuntungan tanpa memiki rkan r i s iko yang bakal dihadapi khususnya di kawasan Taman Negara yang memil ik i keluasan 3343 km persegi. Hutan Rizab Jelai yang mempunyai aset yang tidak ternilai seperti flora dan fauna yang berusia ratusan tahun merupakan faktor utama menarik minat sama ada penduduk tempatan mahupun dari negara jiran untuk meneroka hasil hutan secara haram. Walaupun kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan per l indungan untuk pemel iharaan kepelbagaian hayat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), ianya masih sukar dikawal sehingga ratusan haiwan dan hasil hutan kawalan menjadi korban penceroboh. E k o r a n k e p a d a a k t i v i t i p e n c e r o b o h a n y a n g bermaharaja le la di kawasan tersebut, Tentera Darat (TD) telah mengambil langkah drastik untuk membenteras aktivit i tersebut d e n g a n b a n t u a n J a b a t a n PERHILITAN. Operasi yang dikenali sebagai Ops Jelai dilancarkan bertujuan untuk mengesan dan menangkap Pendatang Haram Thailand (PHT) yang menceroboh ke Kawasan Hutan Rizab Jelai. Pada

peringkat awal, operasi yang lebih menumpukan kepada aktiviti latihan ketenteraan di kawasan tersebut di samping memberi perlindungan keselamatan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Perhutanan (PERHILITAN) untuk menjalankan inventori hutan dan hidupan liar. Ia juga diibaratkan sebagai ‘sambil menyelam minum

air’ bertujuan untuk mengaburi p e n d u d u k t e m p a t a n a g a r kerahsiaan dapat disembunyikan. Hasil pemantauan Tim Penjejakan telah mengenal pasti laluan masukserta beberapa tanda-tanda pencerobohan di kawasan tersebut.Pencerobohan di kawasan tersebut telah berlaku beberapa tahun yang lalu namun aktiviti mereka sukar

Page 26: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

24

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i aOP JELAI

dikesan kerana mempunyai dalangdi kalangan penduduk tempatan yang mengatur pergerakan laluan masuk dan keluar ke kawasan tersebut. Di antara laluan utama PHT ialah melalui Sg. Perepek, Sekitar Gua Kalung, Kawasan JRTB Merapuh dan kawasan Gunung Tahan manakala k e s a n t a p a k p e r k h e m a h a n sementara, bangkai binatang serta tetakkan di pokok gaharu juga banyak dijumpai di kawasan tersebut. Tujuan PHT menceroboh ke kawasan Taman Negara ialah untuk mencari kayu gaharu yang mempunyai nilai pasaran tinggi di Thailand serta memburu gajah untuk mendapatkan gading dan badak Sumatera untuk sumbu yang mencecah ribuan ringgit. Tim TD yang terlibat serta anggota Jabatan PERHIL ITAN telah dipecahkan kepada beberapa laluan pada peringkat awalnya hanya dapat mengesan kesan peninggalan PHT, namun dengan pelancaran beberapa Siri Ops Jelai yang lain telah membuahkan kejayaan dengan penangkapan PHT yang berada di kawasan terbabit. Me la lu i kesan-kesan yang dijumpai menunjukkan kumpulan PHT bergerak dalam satu kumpulan kecil yang berkekuatan antara lima ke lapan orang. Kebiasaannya kumpulan ini akan membawa

bekalan makanan untuk dua bulan. M o d u s o p e r a n d i P H T selalunya menggunakan kenderaan HILUX yang disediakan oleh dalang di kawasan sekitar melalui jalan-jalan utama yang terdapat di pinggir hutan dan berjalan kaki ke kawasan hutan simpan. Setelah selesai menjalankan aktiviti, mereka akan keluar semula melalui laluan yang lain sama ada melalui laluan darat atau sungai dengan menggunakan rakit yang dibuat sendiri bagi memudahkan mereka membawa keluar hasil hutan. Semasa dalam pergerakan, PHT akan membuat tanda-tanda di batang pokok bagi memudahkankumpulan lain mengenal dan mengetahui kehadiran mereka.

Ia juga sebagai petunjuk khemah, tempat penyimpanan bekalan makanan serta kayu gaharu. Taktik PHT semasa berjalan juga akan berhenti setelah bergerak sejauh 50 m bagi membuat pemerhatian untuk menentukan keadaan keselamatan sekeliling terjamin. PHT yang berjaya ditangkap menyatakan tujuan kemasukannya adalah untuk mencari kayu gaharu s e m e n t a r a m e n u n g g u p a d i membesar sebelum kembali semula ke Thailand. Berpandukan catatan pas yang dirampas, pihak imigresen Thailand membenarkan mereka berada di Malaysia selama 3 bulan manakala pihak Imigresen Malaysia hanya meluluskan sebulan sahaja. P a s l a w a t a n j u g a h a n y a

Page 27: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

25BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

membenarkan mereka memasuki kawasan Malaysia tidak melebihi 25 km dari sempadan. Terdapat PHT yang tidak mempunyai sebarang d o k u m e n p e r j a l a n a n t e t a p i kemasukan mereka diuruskan oleh orang tengah dengan bayaran yang dipersetujui. Kedatangan PHT dipengaruhi oleh pendapatan lumayan daripada rakan-rakan yang pernah datang dengan pendapatan 20,000 Baht hingga 30,000 Baht (RM2,000.00 ke RM 3,000.00) setiap kali datang ke Malaysia. Berbekalkan modal sebanyak 4,000 Baht seorang, agen di negara jiran akan menguruskan kemasukan mereka termasuk pembelian pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat jerat binatang, jaring ikan serta tambang perjalanan.

Berpandukan kepada pakaian yang dipakai serba gelap seolah-olah menunjukkan mereka tergolong kepada kumpulan-kumpulan tertentu. N a m u n s e t e l a h disoa l s iasat , PHT memaklumkan bahawa pakaian tersebut dibeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan harga yang murah. Warna tersebut juga mampu mengaburi pandangan mata khususnya di dalam hutan. Dengan penangkapan PHT di kawasan tersebut juga membuktikan b a h a w a O p s J e l a i y a n g dilaksanakan oleh TD dan PERHILITAN wajar dipertingkatkan demi untuk membendung pemel iharaan

pelbagai hayat serta khazanah hutan di kawasan tersebut. Sewajarnya fenomena ini tidak hanya dibebankan kepada TD sahaja sebaliknya pelbagai pihak lain juga harus tampil membendung PHT dari peringkat awal kemasukannyake Ma lays ia . Semua agens i kerajaan juga perlu bergabung untuk menyiapkan pelan dan koordinasi sama ada di peringkat negeri atau pusat untuk menangani per masa lahan in i . Hukuman yang berat terhadap PHT yang ditangkap termasuk anggota

sindiket yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan mereka juga perlu dipertingkatkan. Secara tidak langsung, Ops Jelai yang di laksanakan oleh TD berjaya memberi perlindungan keselamatan kepada Jabatan PERHILITAN dalam mengemaskinikan inventori badak dan lain-lain binatang liar di kawasan Taman Negara sekaligus menyekatkemasukan PHT ke kawasan tersebut.

Page 28: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

26

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a RENCANA

Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

Taman Negara telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1939 yang diistiharkan sebagai kawasan perlindungan yang dikhaskan bagi melindungi khazanah biodiversiti negara yang mana keluasan kes-eluruhan seluas 4, 343 km persegi. Lokasi Taman Negara ini meliputi kawasan sempadan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir urus oleh Jabatan Per-hilitan Kelantan dan Terengganu dan tujuan penguatkuasaan, perlindun-gan dan eko pelancongan. Ianya telah diistiharkan oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) seb-agai salah sebuah kawasan hutan tertua di dunia yang kaya dengan hasil biodiversity dan menjadikannya sebagai kawasan tumpuan untuk mencuri dan menceroboh hasil hutan seperti menangkap binatang eksotik, mencuri kayu gaharu yang mana aktiviti ini telah menyebabkan negara mengalami kerugian berjuta ringgit akibat kegiatan yang dilaku-kan oleh Penceroboh Haram (PH) yang terdiri dari PH Thailand, Myan-mar, Kemboja, Vietnam dan juga dikalangan orang - orang tempatan. Diatas kejadian pencerobohan oleh PH ke atas Taman Negara, kera-jaan telah mengambil inisiatif untuk membendung perkara ini agar ianya tidak berterusan dengan mengada-kan satu operasi yang dinamakan Op Jelai yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) den-gan kerjasama bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi

tujuan membenteras pencerobohan di kawasan Taman Negara. Op Jelai yang dilaksanakan pada 13 Nov 2013 telah membuahkan ha-sil dan memberi kejayaan kepada TD dan PERHILITAN kerana berjaya m e n a h a n 1 1 PH yang terdiri dari lima warga Vietnam dan enam warga Kemboja yang mana penah-anan itu susu-lan penemuan tapak - tapak khemah semasa operasi di lak-sanakan yang dipercayai digu-nakan sebagai tempat perlind-ungan serta lo-kasi pengumpulan hasil hutan yang diperolehi. Penguatkuasaan adalah melalui rondaan agresif dengan menempatkan anggota - anggota TD dan anggota penguatkuasa dari-pada PERHILITAN di Taman Negara hingga ke Terengganu agar dapat

mengesan dan memantau kegiatan warga asing yang menceroboh ka-wasan Taman Negara khususnya di bahagian selatan Tasik Kenyir. Semasa operasi turut ditemui beberapa peralatan sampingan seperti sebuah kereta pacuan em-pat roda (Pajero), alat komunikasi, senjata tajam, alat memburu, alat melorek serta daging hidupan liar yang kesemuanya peralatan yang ditemui telah dirampas dan mereka yang ditahan diserahkan kepada pi-hak polis untuk proses perundangan selanjutnya. Aktiviti pencerobohan ini dipercayai di dalangi segelintir rakyat tempatan bagi mengaut keuntungan hasil bumi negara

kerana nilai kayu gaharu, tumbuhan herba dan binatang eksotik pada masa kini begitu tinggi harganya di pasaran yang membuatkan mer-eka sanggup menceroboh Taman Negara demi keuntungan sendiri.

Page 29: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

27BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013EKSESAIS

Oleh: Risik Pasukan

TOWNSVILLE: Pasukan 4 RAMD dipilih bagi mewakili Malaysia dalam Eksesais SUMAN Warrior bertempat di Lavarack Barracks, Townsville, Australia dari 12 hingga 24 Okt 13. Penyertaan terdiri dari 20 pegawai (16 daripada 4 RAMD dan 8 pegawai dari pasukan luar) serta dibantu oleh lapan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada 4 RAMD. Eksesais yang menjurus kepada Operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) memberi pengalaman dan pengetahuan kepada Tim Malaysia dalam menangani bencana alam bersama-sama lima negara Five Power Defence Arrangement (FPDA) iaitu Singapura, Malaysia, United Kingdom, Australia dan juga New Zealand.

Eksesais SUMAN Warrior 2013

Eksesais LAND MALPHI Siri 14/2013FILIPINA: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Philippines Army (PA) melaksanakan Eks Land MALPHI Siri 14/2013 bertempat di Camp O’Donnell, Sta Lucia, Capas, Tarlac, Philippines bermula dari 4 hingga 18 Sep 13. Eks Land MALPHI Siri 14/2013 disertai oleh Kontinjen TDM terdiri dari 40 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) dan merupakan penggerak utama TDM yang berperanan sebagai Pelaku Biru dengan penyertaan 15 pegawai dan tujuh LLP. Upacara pembukaan Eks disempurnakan oleh Timbalan Panglima TDM, Lt Jen Dato‘ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, diiringi Vice-Commander PA, Mej Jen Essel C Soriano pada 5 Sep 13 manakala penutup Eks disempurnakan oleh Commander PA, Lt Jen Noel A. Coballes, diiringi Panglima TDM, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, pada 15 Sep 13 bertempat di Mini Stadium PKOC (Peacekeeping Operations Center) melibatkan kesemua peserta Eks. - Kapt Mohd Adam Mohamed Said

Page 30: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

28

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a EKSESAIS

Eksesais Panah Jaguh Siri 1/2013

Eksesais MOLAR Mauntain

Eksesais Pasak Bumi 19 RAMD (mek)

Oleh: PR TD

JOHOR: Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Dr Haji Ismail Haji Ahmad dan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa melihat Latihan Tembakan Persenjataan Artileri Pertahanan Udara sempena dengan Eksesais Panah Jaguh Siri 1/2013 bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU) Tentera Darat, Tanjung Logok, mulai 22 Okt hingga 2 Nov 13. . Eksesais ini merupakan latihan atur gerak dan latihan menembak pelbagai sistem persenjataan Rejimen Artileri Pertahanan Udara yang melibatkan pasukan Terup Medan TD iaitu pasukan-pasukan di bawah Pemerintahan Grup Artileri Pertahanan Udara dan sebuah bateri daripada Terup TD 10 Bgd Para. Penuntut dari PUSARTI (Pusat Latihan Artileri) juga terlibat dalam latihan ini sebagai sebahagian daripada modul kursus mereka yang mana turut mendapat bantuan keselamatan dan teknikal daripada pasukan-pasukan TD yang lain, TUDM, TLDM dan STRIDE (Science

& Technology Research Institute for Defence) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

KUALA LUMPUR: Panglima Pemerintahan Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris. melaksanakan upacara Pembukaan Eksesais Molar Mountain bertempat di Dewan Bintang Merah 91 DPO yang diadakan selama lima hari dari pada 21 hingga 25 Okt 13 . Eksesais berbentuk CPX ini berkonsepkan bantuan logistik barisan keempat kepada semua formasi di dalam TD dan MK Log TD serta pasukan di bawah naungan sebagai komponen darat. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan kecekapan Staf MK Log TD dalam merancang perolehan dan bekalan untuk pasukan logistik barisan hadapan serta mempertingkatkan kebolehan Pegawai Logistik Pasukan Pengkalan dalam melaksanakan Operasi Bantuan Logistik Barisan Keempat. Selain itu dapat menilai keupayaan MK Log TD dan pasukan pengkalan dalam pelaksanaan bantuan

barisan keempat dan menilai keberkesanan manual-manual doktrin dan arahan berkaitan. - PR TD

KEDAH: Seramai 4 Pegawai dan 106 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan19 RAMD (Mek) telah terlibat di dalam Eksesais Pasak Bumi (EPB) Siri 1/2013 yang dilaksanakan di kawasan Lata Mengkuang (Sik) ke Baling mulai 11 Nov hingga 18 Nov 13. Ketua Kompeni C, Mej Mohd Nordin Jelani dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pelaku Biru bagi melaksanakan EPB pada kali ini dan tujuan latihan ini dilaksanakan adalah bagi menguji tahap kecergasan fizikal dan mental setiap anggota selain dapat mewujudkan semangat espirit de corps. Pada Majlis Penutup EPB Siri 1/2013, Peg Mem, Lt Kol Wisyam Abd Hadi mengingatkan kepada setiap anggota agar sentiasa mempamerkan sikap yang positif dalam setiap pelaksaan tugas selain mempertingkatkan

profesionalisma dan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing. - Staf Risik Pasukan

Page 31: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

29BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Ekesesais 2 Dalam 1 Uji Status Para Readiness

EKSESAIS

PERAK: Pasukan 10 Bgd (Para) melakar satu lagi sejarah apabila melaksanakan dua eksesais (eks) yang berbeza dalam satu masa dan lokasi yang sama iaitu Eks Eagle Swift Siri 8/2013 dan Eks Stallion Pack Siri 1/2013. Kedua-dua eks ini eks telah bermula pada 2 Dis 13 dan tamat pada 5 Dis 13 bertempat di Zon Gugur (ZG) TEKAH, Perak. Eks Eagle Swift Siri 8/13 adalah merupakan Latihan Penerjunan Bebas (Free Fall) yang turut melibatkan tim penerjun dari PASKAL dan PASKAU. Sebagai pembukaan eks, Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Jalaludin Hj Md Yusof memulakan penerjunan bebas dari pesawat Nuri dengan ketinggian 6 ribu kaki.

Eks ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Kompeni PANDURA (Para) dalam aturgerak pelaksanaan kesemua fasa Operasi Lintas Udara (LINUD) sebagaimana yang di terapkan oleh doktrin Airborne Operation TD. Selain itu juga ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan taraf pengiktirafan nilai tambah dalam aspek penerjunan bebas termasuk bagi mereka yang memiliki kelayakan tambahan Para.

Manakala Eks Stallion Pack Siri 1/13 pula merupakan Latihan Anduh Bawah (Under Slung) yang di laksanakan oleh 10 Kompeni KPD (Para). Eks ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran Kumpulan Pangkalan Pelancar Para di dalam menyediakan keperluan Bantuan Khidmat bagi mengaturgerakkan sebuah Kump Tempur Para. Selain itu, eks ini juga meningkatkan keyakinan diri, keupayaan dan kemahiran semua peringkat anggota Hantaran udara untuk Latihan Anduh Bawah, serta meningkatkan nilai tambah bagi mereka yang memiliki kelayakan sebagai Joint Acceptance Inspecture (JAI) dan Crew Commander. Kesemua latihan ini telah dilaksanakan secara berperingkat dan tersusun oleh pasukan penganjur. Pada dasarnya ini adalah merupakan program latihan berterusan 10 Briged (Para) di dalam menentukan Status Para Readiness sebagaimana yang telah ditetapkan di Perintah Tetap Latihan, Operasi Penerjunan Statik dan Bebas serta Perintah Tetap Lintas Udara 10 Bgd (Para).

Page 32: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

30

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a PASUKAN ELIT

NAIK PANGKAT...Ketua Staf Markas 21 Gerup Gerak Khas, Lt Kol Mohd Fouzi Sulaiman memakaikan pangkat Kpl kepada LKpl Shanmugaraj Arumugam yang dinaikkan pangkat berkuat kuasa pada 11 Okt 13 dan bertugas sebagai Staf Risik yang diadakan di luar perkarangan pejabat Ketua Staf MK 21 GGK. – Cwg Risik MK 21 GGK

GEMBIRA...seramai 23 peserta Kursus Asas Komando Siri AK/3/2013 berjaya menamatkan segala cabaran dan dugaan untuk bergelar Komando pada 28 Dis 13. Majlis Penganugerah beret hijau tersebut telah disampaikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap. Penuntut Terbaik Kursus Asas Komando ialah Pbt Muhamad Farid Mohd Nawi dari RAMD. Turut hadir ialah Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Zuki Panglima PL & DTD serta veteran Komando.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Kem Iskandar

Pengiran Muda Mahkota Brunei Dianugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat

JOHOR: Majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat Kem Iskandar ini telah diadakan di Masjid Kem Iskandar 15 Okt 13. Selain mengagihkan daging korban tidak ketinggalan juga acara pemberian duit raya kepada anak-anak anggota Kem Iskandar yang telah disempurnakan oleh Panglima 21 GGK, Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim. Dalam ucapan ringkasnya, Panglima 21 GGK amat berbesar hati dengan majlis yang diadakan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Kem Iskandar yang turut hadir dan menyerikan lagi majlis pada masa tersebut. - Pbt Mohamad Naim Ahmad

AGIH...Panglima 21 Gerup Gerak Khas Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim menyempurnakan pengagihan daging korban kepada Warga Kem Iskandar,Mersing,Johor

Oleh: PR TD

MELAKA: Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga Jen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Jen Pengiran Muda Mahkota Haji Al Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dianugerahkan beret merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd Para di Kem Terendak, Sg. Udang pada 12 Nov 13. Anugerah disampaikan Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu upacara khas di Dataran Parawood. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Jalaludin Md Yusof.

Page 33: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

31BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013PASUKAN ELIT

KASAD TNI Dianugerahkan Beret Merun

PTD Philippine Dianugerahkan Beret Merun

Pengiran Muda Mahkota Brunei Dianugerahkan Beret Hijau Kehormat GGK

MELAKA: Commanding General Philippine, Lt Gen Neol Abrigo Coballes dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormatan 10 Briged Para sempena lawatan rasminya yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Kompleks Parawood, Penganugerahan tertinggi dari 10 Briged Para ini merupakan satu penghormatan kepada pemimpin atasan tentera atau kerajaan dalam dan luar negara tertentu berdasarkan komitmen dan jasa yang telah dicurahkan. Pelbagai acara diadakan seperti demonstrasi dinamik dan pertunjukan udara melibatkan kira-kira 2,000 anggota 10 Briged Para. Turut hadir, Panglima 10 Briged Para, Brig Jen Jalaludin Hj Md. Yusof, Pegawai-pegawai Kanan serta delegasi Tentera Darat Filipina. - Risik Pasukan

KUALA LUMPUR: Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD), Tentera Darat Indonesia, Jen TNI Budiman dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat yang disempurnakan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Jalaludin Hj Md Yusof, dan disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Upacara yang diadakan di Dataran Kementerian Pertahanan bersempena kunjungan hormat beliau kepada PTD, PAT dan MENHAN yang juga merupakan pertama kali sejak menjawat jawatan sebagai Kepala Staf Angkatan Darat, Tentera Darat Indonesia Ogos 2013 serta berkesempatanmembuat lawatan ulung beliau ke MK Medan TD. - Sjn Tahar Taib

Oleh: Cwg Risik MK 21 GGk

JOHOR: Pengiran Muda Mahkota Brunei Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Gerak Khas sempena lawatan baginda ke Kem Iskandar yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd. Zin pada 13 Nov 13. Sempena lawatan itu, Pengiran Muda yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri

dan Jen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut memeriksa kawalan k e s e l a m a t a n Rejimen 21 Gerup Gerak Khas, terdiri dar ipada enam pegawai dan 185

anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Mohd Pasli Sarman. Baginda turut menyaksikan demonstrasi dari Unit Lawan Keganasan yang mempamerkan aksi asas menembak, ketangkasan menembak dan penembak tepat. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima 21 GGK, Brig Jen Effendi Ab. Karim.

Page 34: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

32

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a MK MEDAN

Penutup PIFA Tahap 2 siri 3/2013KUALA LUMPUR: Seramai 53 anggota dari semua unit trup Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat menghadiri Kursus Kursus PIFA Tahap 2 Siri 3/2013 yang dianjurkan oleh Sel Agama Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat bertempat di Masjid Angkatan Tentera selama lima hari bermula dari 16 hingga 20 Dis 13. Tujuan kursus adalah untuk menjana pengetahuan, kemahiran dan pengubahan kendiri selaras dengan visi dan misi ATM dan penyampaian sijil kepada peserta kursus disempurnakan oleh PS 1 Agama Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat, Lt Kol Mohd Hamzah Adam.– PR MK Medan

Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota

Oleh: PR Mk Medan

KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota Markas Medan dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Ketua Staf AM Medan, Brig Jen Dato’ Zambrose Mohd Zin bertempat di Kompleks Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat pada 17 Dis 13, Mereka yang dinaikkan pangkat terdir i dar i PW I I Mohd Adira Abdul Roni ke pangkat PW 1 (Sel Pendidikan), Sjn Abdul Ghoni Yahya (Sel Agama) dan Sjn Norita Mat (Caw Kem) ke pangkat SSjn serta Kpl Abang Sahari Abang Arbi ke pangkuan Sjn (Caw Kenderaan). Manakala, LKpl Mohamad Zaki Zainal Abidin (Caw Kem), LKpl Mat Esa Mat Tajudin (Caw Log) dan LKpl Siti Nor Syamila Samsol (Caw Log) ke pangkuan Kpl. M a n a k a l a a n g g o t a y a n g dinaikkan pangkat ke LKpl adalah Pmd Nor Zamri Mansor (Caw Kenderaan), Krafman Vitalis Komin

(Sel DBK), Pmd Mohd Fadli Yusof (Platun Kenderaan), Pbt Mohd Riduan Ahmad (Markas RAJD) dan Pbt Mohammad Adha Adnan (Sel Risik). Dalam ucapan Ketua Staf AM

Medanbeliau menegaskan bahawa warga Markas Pemer intahan Medan Tentera Darat agar terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah.

KORBAN...Sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat Kentomen Sungai Besi di sambut dengan penuh bermakna di Masjid Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi pada 15 Okt 13. Sebanyak tujuh ekor lembu disumbangkan bagi menyempurnakan ibadah korban dan ia dilihat dapat menyatukan seluruh penduduk qariah Kem Perdana, Sungai Besi. Acara ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan seterusnya merapatkan hubungan diantara warga Kentomen Sungai Besi. Agihan daging korban kepada penduduk qariah dan anggota-anggota yang terlibat disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas Medan, Brig Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain. - PR MK Medan

Page 35: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

33BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

KENANGAN...Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan menandatangani Buku Lawatan Markas Medan semasa beliau membuat Kunjungan Hormat ke atas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim pada 25 Nov 13.– PR MK Medan

BERDOA...Mesyuarat Agong Wisma Perwira Markas Medan TD, untuk membincangkan masalah berbangkit dan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru. Yang DiPertua yang baru adalah Kol Abdullah Mansoor dari MK PEM RAJD. Turut hadir Panglima Medan TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim serta Ketua Staf Perkhidmatan, Brig Jen Dato’ Hasanudin Mustafa. - PR MK Medan

Seminar Pegawai Kanan Tentera Darat Tahun 2013

Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

KEDAH : Markas Medan Tentera Darat (MKTD) menganjurkan Seminar Pegawai Kanan Tentara Darat bertempat di hotel terkemuka di Langkawi, Kedah pada 12 hingga 15 Nov 13. Seminar yang melibatkan Pegawai Kanan TD ini diadakan bagi mencapai resolusi demi menambahbaik tahap profesionalisme Pemerintahan dan Pengurusan di dalam menentukan hala tuju Organisasi Tentera Darat khususnya. Selain itu, peningkatan tahap pelaksanaan dan pengurusan operasi, latihan, pentadbiran serta logistik formasi-formasi dibawah Tentera Darat perlu diperkemaskan. Seminar ini dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PMTD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim serta Panglima – Panglima Div. - PR MK Medan

MK MEDAN

KUALA LUMPUR: Usahawan Persatuan Komuni t i Masyarakat Aceh Kuala Lumpur memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang, Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan yang disampaikan oleh Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Kuala Lumpur, Tuan Haji Mansur Osman kepada wakil Tentera Darat iaitu Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat, Brig Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain pada 25 Nov 13. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda lima buah negeri selain menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan logistik untuk mangsa banjir dan semua trup sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerakkan pada bila-bila masa. - PR MK Medan

Page 36: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

34

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Oleh: Jabatan Arah Infantri

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Infantri antara Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dengan Brig Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Arah Infantri pada 10 Okt 13. Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dinaikkan pangkat lalu menjawat jawatan Panglima 3 Div mulai 19 Sep 13 dan beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Infantri sebanyak dua kali serta merupakan Pengarah Infantri yang ke-27 manakala Brig Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman kini merupakan Pengarah Infantri yang ke-28. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dan semua Pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Jabatan Arah Infantri.

Serah Terima Tugas Pengarah Infantri ke - 28

Kursus Induksi beri pendedahan kepada PTT Kanan baru

TANDATANGAN...Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan Brig Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman menandatangani Buku Serah Terima Tugas Pengarah Infantri

KUALA LUMPUR: Seramai 89 ang-gota Lain - Lain Pangkat (LLP) ber-pangkat Sjn dari pelbagai Kor Ten-tera Darat yang bekerja di Wisma Pertahanan menghadiri Kursus In-duksi Pemangku Sarjan siri 1/2013 bertujuan memberikan garis pan-duan tentang keperluan, perlaksa-naan dan aspek pentadbiran ber-

POTRET...peserta Kursus Induksi Pemangku Sarjan siri 1/2013 Wisma Bintara Kementah bergambar kenangan dengan Pegawai Memerintah Kem Kementah dan jurulatih

tempat di Wisma Bintara Kementah selama 17 hari bermula dari 6 hingga 22 Nov 13. Objektif kursus ialah untuk mem-bentuk dan memberi tunjuk ajar serta membentuk dari seseorang PTT Rendah berkewibawaan dan ber-keterampilan agar menjadi seorang individu berstatus PTT Kanan yang

mampu menggerakkan Wisma ke arah kecemerlangan. Selain itu, dapat membentuk pemikiran seorang PTT Kanan yang dapat mempersiapkan diri mengha-dapi kerjaya dan beban tugas yang mencabar serta sebagai langkah awal kepada mereka yang baru dinaikkan pangkat mempelajari serta mengetahui etika dan undang - undang Wisma. Pelbagai majlis di laksanakan sepanjang kursus antaranya Majlis Menyambut dan Menerima, Majlis Malam Mesra, Tahlil sempena Awal Muharam, Pertandingan Bola Tam-par dan acara kemuncaknya Majlis Makan Malam Rejimental. - Sjn Saiful Fazley Rusli

MK TD

Page 37: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

35BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013MK TD

Pasukan KOD turut Raih Kemenangan Anugerah Inovasi TD

Seminar Wanita KRD Suntik Semangat Esprit de Corp

Oleh: Mej Anijah Miril

NEGERI SEMBILAN: Seramai 74 anggota wanita Kor Risik Diraja (KRD) terdiri dari Pegawai dan anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai penempatan menghadiri Seminar Wanita 2013 anjuran JawatanKuasa Hal Ehwal Wanita Kor Risik Diraja (JKHEW KRD) bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau selama dua hari dari 20 hingga 21 Nov 13. Seminar ini merupakan salah satu acara tahunan yang dirancang oleh JKHEW KRD bagi memupuk semangat esprit de corps dan memberi pendedahan yang lebih meluas berkaitan perkembangan semasa Tentera Darat khususnya dan KRD amnya. Sepanjang seminar, beberapa pengis ian telah di laksanakan seperti ceramah Motivasi Wanita Berkerjaya dalam Menangani Stress, Perkembangan Semasa Tentera Darat, Wanita dan Kerjaya Perisikan, Menangani Keganasan Rumahtangga, Hal Ehwal Semasa

dan aktiviti luar iaitu Team Building Explore Race. Dalam ucapan Penutup seminar oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Husin beliau mengharapkan agar setiap Pegawai dan anggota LLP Wanita KRD sentiasa profesional

dalam melaksanakan tugas dan bersedia menghadapi cabaran baharu dalam apa jua penugasan sama ada dalam aspek Gerak Saraf, Risik Balas, HUMINT, Imajeri, Perisikan Strategik dan Peperangan Informasi agar ianya dapat dilaksanakan dengan penuh berkesan.

Oleh : PR TD

KUALA LUMPUR: Pasukan KOD meraih banyak anugerah dalam Sambutan Hari Inovasi Tentera Darat yang diadakan di Auditorium Kementerian Pertahanan baru-baru ini. Pertandingan yang menyediakan beberapa anugerah seper t i Anugerah Inovasi Tentera Darat (AITD), Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (AP&ITD) dan Pertandingan Penulisan Esei Panglima Tentera Darat. 94 DPP telah dinobat sebagai Naib Johan bagi AITD kategori Pengurusan Sumber Manus ia manakala PULNORD sebagai Naib Johan kategori Inovasi Pengurusan Kewangan dan 91 DPOD mendapat tempat ketiga kategori Inovasi Pengurusan Pelanggan. Untuk AP&ITD 94 DPP sekali lagi dinobatkan sebagai Naib

Johan bagi kategori Pengurusan Logistik. Pertandingan Penulisan Esei Panglima Tentera Darat pula menyaksikan Kapt Siti Nor Madiha Mohd Shashudin dari 91 DPOD merangkul tempat ketiga kategori Kapt/Sabaltan. Kategori Kpl dan ke bawah dimenangi oleh Kpl Zahadi

Mat dari 93 DPP sebagai Johan dan Kpl Khairul Zul Amry Sohif dari pasukan 91 DPO di tempat kedua. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Page 38: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

36

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a MK TD

Serah Terima Tugas PS 1 Pengurusan Jabatan Arah Ordnans

Kunjungan Hormat ke atas TPTD

Pemakaian Pangkat Anggota Jabatan Arah Ordnans

Oleh : PR TD

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas PS 1 Pengurusan Jabatan Arah Ordnans telah diadakan bertempat di Bilik Bincang Jabatan Arah Ordnans baru - baru ini. Lt Kol Wan Rohizan Hassan yang baru menamatkan misi bersama MALBATT 5 di Lebanon menerima tugas dari Lt Kol Othman Mohamed disaksikan oleh Pengarah Ordnans, Kol Baharudin Jamin bersama pegawai dan staf Jabatan Arah Ordnans. Pengarah Ordnans berharap kesinambungan tugas dapat diteruskan dengan lebih jayanya pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR: Seramai 3 anggota staf Jabatan Arah Ordnans dinaikkan pangkat dan Majlis Pemakaian Pangkat disempurnakan oleh Pengarah Ordnans, Kol Baharudin Jamin bertempat di pejabat beliau baru-baru ini. LKpl Mohd Shahril Abd Muin dan LKpl Norshikin Roslan dinaikkan ke pangkat Kpl manakala Pbt Kamaruzaman Mat Luki dinaikkan ke pangkat LKpl. Pengarah Ordnans menasihatkan anggota yang dinaikkan pangkat agar lebih komited terhadap tugas yang diamanahkan seiring dengan pangkat yang disandang. Turut hadir pegawai dan anggota staf Jabatan Arah Ordnans. - PR TD

Oleh: PR TD

KUALA LUMPUR : Director for International Development For Asia and Pacific (DGA), Rear Admiral Pascal Ausseur, membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi pada 8 Nov 13. Kunjungan hormat ini adalah sempena penglibatan beliau dalam Submarine Technical Working Group (STWG) yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Nov 13.

Page 39: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

37BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013MK TD

KENANGAN...Seramai 12 bakal persara menghadiri latihan peralihan pada Jan 2014 hadir temuduga oleh Pengarah Ordnans, Kol Baharudin Jamin di Jabatan Arah Ordnans. Bakal persara ini terdiri dari anggota yang bertugas di sekitar 1 Divisyen menerima sijil dan plaka kor disampaikan oleh Pengarah Ordnans. Semasa sesi temuduga, Pengarah Ordnans mengingatkan bakal persara tersebut angar terus meningkatkan usaha dalam bidang yang akan diceburi setelah bersara kelak.

Seminar Audit Pengurusan Tentera Darat

Serah Terima Tugas Ketua Staf Tentera Darat

Program Semarak Cinta Rohani

PORT DICKSON: Seminar Audit Pengurusan Tentera Darat yang berlangsung pada 19 hingga 22 Nov 13 di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan telah disempurnakan pembukaannya oleh Inspektor Jeneral Bahagian Inspektorat Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan. Seminar tersebut melibatkan seramai 98 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari semua formasi Tentera Darat seluruh negara. Objektif perlaksanaan program tersebut adalah memberi bimbingan serta tatacara untuk melaksanakan pengauditan sendiri di pasukan masing-masing. Di samping bertujuan menyeragamkan standard pengauditan tersebut, seminar turut didedahkan dengan terma dan rujukan yang digunapakai mengikut kriteria yang terperinci dalam penyediaan laporan audit dalam membimbing dan melatih juruaudit pasukan agar lebih berkemahiran. - Lt Kol Gui

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas di antara Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin dan Mej Jen Dato’ Mazlan Kasap yang mengambil alih jawatan tersebut. Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin menjawat jawatan sebagai Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota pada 16 Dis 13. Majlis diadakan di ruang Bilik Mesyuarat TD. Turut hadir di majlis ini adalah Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat. -

KUALA LUMPUR: Sel Agama Markas Tentera Darat telah menganjurkan Program Semarak Cinta Rohani Peringkat Tentera Darat yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid, Kementah pada 19 dan 20 Dis 13. Program dimulakan dengan Ceramah agama bertajuk ‘Cabaran Umat Islam’ yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Raihan Aziz pada 19 Dis 13 dan disusuli dengan ibadah qiamulail pada 20 Dis 13 serta diakhiri dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh penceramah Dato’ Haji Daud Che Ngah bertajuk Tarbiyyah Ruhiyyah Menjana Ihsan Bertaqwa.

Page 40: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

38

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a MK TD

Kunjungan Hormat WAASPAM KASAD

KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Azizan Md Delin menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Assisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia di antara Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dengan AKS Cwg P&P, Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany bertempat di Auditorium BKTD baru - baru imi . Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail bertukar keluar ke 4 Div Infantri Malaysia sebagai Panglima 4 Div dan turut hadir Pegawai Kanan TD dan anggota Cawangan Sumber Manusia.

Serah Terima Tugas AKS CSM

KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, menyampaikan cenderahati daripada Tentera Darat kepada tujuh orang pegawai kanan yang akan bersara baru-baru ini. Mereka yang diraikan adalah, Kol Md Nor Azam Ariffin (RAMD), Lt Kol Sanudin Hj Jaafar (KPD), Lt Kol Mohammed Hariri Abu (RAMD), Lt Kol Roslan Abdul Hamid (RRD), Lt Kol Abd Manap Mohamad (KPA GAJI), Lt Kol Abdol Baser Hj Amit (KRD) dan Lt Kol Razali Che Rose (KRD).- Pbt Fatin Izaati Amir

Oleh: Mej Anijah MirilGambar: Sjn Zaidi Zolkofly

KUALA LUMPUR: Wakil Asisten Staf Pengamanan Ketua Staf Angkatan Darat (WAASPAM KASAD), Brigjen TNI Irwansyah melakukan kunjungan hormat ke atas KS MKTD, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap dan AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor pada 18 Dis 13,. Lawatan delegasi WAASPAM KASAD adalah bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan dalam aspek perisikan Tentera Darat kedua-dua angkatan bersenjata.

TANGGUNGJAWAB...Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brig Jen dan Kol Kehormat di Bilik Teratai, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat adalah Brig Jen Fadlette Othman Merican Idris Merican Setiausaha Akhbar, Menteri Dalam Negeri dan Kolonel (Kehormat) Dato’ Wira Hj Naim Abu Bakar Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka sebagai Pengerusi JAKPAW Negeri Melaka.

MENARIK…seramai 1200 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk setempat memeriahkan Mini Karnival Imarah Masjid di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak.

Page 41: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

39BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Oleh : PR TD

KUALA LUMPUR: Seramai 200 pasangan suami isteri yang terdiri dari Pegawai dan PTT Kanan Kor Ordnans Diraja menghadiri Majlis Makan Malam sempena Hari KOD

Majlis Makan Malam Rejimental KOD

Hari Keluarga Eratkan HubunganNEGERI SEMBILAN: Seramai 200 warga 94 DPP termasuk keluarga hadir dalam sambutan Hari Keluarga pasukan bertempat di sekitar pantai Port Dickson baru - baru ini. Tujuan utama Hari Keluarga ini diadakan adalah sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga 94 DPP dan ahli keluarga masing-masing. Selain itu ianya juga dapat memupuk semangat kekeluargaan dan pelbagai acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Keluarga 94 DPP.

SEMANGAT...pemain bola sepak pantai sempena sambutan hari keluarga

Ke-56 bertempat di hotel terkemuka baru - baru ini. Majlis kali ini adalah melibatkan penganjuran bersama Wisma Perwira Seri Ordnans dan Wisma Bintara Pusat Batu Kentomen yang bertujuan untuk menjalin keakraban kedua-dua wisma tersebut dalam penganjuran acara di peringkat kor. Pelbagai acara diadakan seperti memotong kek, meraikan ahli yang bersara dan ahli baru serta dihadiri Pengerusi Ordnans Mej Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Hj Idris bersama isteri. Dalam ucapan Pengerus i Ordnans, bel iau mengucapkan selamat menjalankan kehidupan baru kepada mereka yang akan menamatkan perkhidmatan dan ucapan selamat datang kepada pegawai yang baru masuk di dalam perkhidmatan serta mengalu-alukan anggota yang baru dinaikan pangkat dan bakal menjadi ahli Wisma Bintara.

MK LOG

Malam Sekalung BudiKUALA LUMPUR: Seramai 18 ahli dan pengurusan sukan KOD telah menerima anugerah seperti Anugerah Lambang Khas Kor, Atlet Harapan, Pengurus Pasukan, Pasukan Terbaik dan Penghargaan Khas. Pw 1 Nor Rizah Ishak menerusi sukan memanah dan Kpl Ari Chandar a/l Kandasamy menerusi sukan bina badan masing-masing dianugerahkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati KOD tahun 2013.

Bagi Anugerah Atlet Harapan Terbaik dianugerahkan kepada Pbt Norhaszana Kamarudin menerusi sukan bola jaring dan Anugerah Pengurus Sukan tebaik telah dianugerahkan kepada Lt Kol Shari Idris menrusi sukan golf manakala pasukan 91 DPOD dianugerahkan sebagai Pasukan Terbaik 2013 menguruskan sukan golf. Anugerah Sukan tahun ini juga turut menyediakan Anugerah Penghargaan Khas yang dianugerahkan kepada Mej Wan Rusdi Che Omar (B). Penyampaian Anugerah Sukan KOD disempurnakan oleh Pengerusi KOD, Mej Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Hj Idris. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang anugerah sempena ucapan beliau. Pengerusi KOD juga turut memberi ransangan kepada semua atlet KOD agar terus meningkatkan usaha dalam pelbagai kejohanan yang diceburi demi meningkatkan nama kor ke peringkat tertinggi. Di akhir majlis, beliau turut menyerahkan Piala Wooden Spoon kepada YDP Wisma Bintara Pusat Batu Kentonmen yang memenangi pertandingan ini dengan kemenangan 4 berbalas 3 dari 7 acara sukan yang telah dipertandingkan. Pertandingan Wooden Spoon telah berlangsung selama seminggu bermula 26 Nov hingga 3 Dis 13. - PR TD

Page 42: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

40

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Kejohanan Golf Ahli Jemaah Tertinggi dan Jawatankuasa KOD

SELANGOR: Seramai 40 Ahli Jemaah Tertinggi dan Jawatankuasa Kor Ordnans Diraja terlibat dalam Kejohanan Golf bertempat di Tasik Puteri Golf & Country Club baru - baru ini. Turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah Pengerusi KOD, Mej Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dab semasa acara penyampaian hadiah, Pengerusi KOD melahirkan rasa sukacita di atas penganjuran yang diadakan serta berharap dapat menganjurkan kejohanan yang melibatkan semua peringkat di dalam KOD pada masa yang akan datang. Johan keseluruhan kejohanan disandang oleh Lt Kol Md Zain Mahamod dan acara dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek sempena Hari Ulang Tahun Pengarah KOD, Kol Baharudin Jamin. - PR TD

PERIHATIN...Pegawai Memerintah pasukan serta beberapa pegawai tentera dan awam dari 94 DPP telah mengadakan lawatan bagi melihat perkembangan beliau selepas menjalani pembedahan jantung. Sewaktu mengadakan lawatan, En Tarmizi berada di dalam keadaan yang stabil dan ceria.

KENANGAN...bergambar sebelum kejohanan Golf

94 DPP Naib Johan Dua Anugerah

KUALA LUMPUR: Seiring dengan dasar inovasi Tentera Darat iaitu membudaya dan memperkasa inovasi dalam pemerintahan, kepimpinan, pengurusan dan integriti di semua lapisan warga Tentera Darat, pasukan 94 DPP telah menerapkan dasar tersebut ke dalam pengurusan organisasi. Untuk itu, pasukan ini telah membudayakan inovasi dan mengambil bahagian dalam pertandingan Inovasi Tentera Darat tahun 2013. Dalam pertandingan tersebut, 94 DPP telah merangkul naib johan dalam Anugerah Pengurusan Tentera Darat (APTD) bagi kategori Pengurusan Logistik dan naib johan dalam Anugerah Inovasi Tentera Darat (AITD) bagi kategori Inovasi Pengurusan Sumber Manusia. Kejayaan tersebut merupakan sinergi dan komitmen dari semua peringkat warga 94 DPP dalam memacu kecemerlangan pasukan untuk menjadi yang terbaik. Majlis penyampaian hadiah telah telah diadakan di auditorium KEMENTAH sempena sambutan Hari Inovasi Tentera Darat 2013 yang dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.-94 DPP

MK LOG

POTRET... Mesyuarat Jemaah Tertinggi KOD yang dipengerusikan oleh Pengerusi KOD, Mej Jen Dato' Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dihadiri oleh 10 pegawai kanan KOD. Manakala Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KOD yang dihadiri 23 pegawai KOD berpangkat Lt Kol dipengerusikan oleh Pengarah Ordnans, Kol Baharudin Jamin. Mesyuarat membincangkan hal-hal rancangan masa hadapan, pembangunan serta isu semasa di dalam kor. - PR TD

Page 43: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

41BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013MK LATIHAN

Majlis Jasamu Dikenang Meraikan BAKAT PL&DTD

Majlis Penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan (KSPPP)

Ceramah Anti Dadah Kebangsaan di INSPEKA

Serah Terima Tugas Panglima PL&DTD

NEGERI SEMBILAN: Seramai 100 orang Ahli-ahli BAKAT di bawah naungan BAKAT Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PL&DTD) meraikan Datin Raidah Yusoff di dalam Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Wisma Perwira IJED pada 16 Dis 13. Datin Raidah Yusoff menerajui BAKAT PL&DTD mulai 11 Nov 2011. Majlis ini juga turut meraikan mantan-mantan Pengerusi BAKAT Pasukan di bawah naungan BAKAT PL&DTD yang bertukar keluar dan bersara iaitu Datin Anitha Ahmad isteri kepada Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal. - Lt Kol Yusoff Hj Omar

NEGERI SEMBILAN: MK Latihan dan Doktrin Tentera Darat telah mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima PL&DTD di Padang Kawad PUSASDA baru - baru ini. Serah Terima Tugas di antara Mej Jen Datuk Mazelan Kasap dengan Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

NEGERI SEMBILAN: Seramai 32 orang pegawai berpangkat Mejar dan Lt Kol dari pelbagai Kor TD, TLDM dan TUDM terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Sarjana Pengurusan Pemerintahan Pasukan (KSPPP) Siri 16/2013 bertempat di Dewan Al-Farabi Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) baru - baru ini. Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jen, Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Kursus ini bertujuan melatih dan melahirkan bakal Pegawai-pegawai Memerintah yang mahir dalam bidang pengurusan. Mej Mohd Hanizam Hashim telah dianugerahkan Penuntut Terbaik KPPP Siri 17/2013 dan Kdr Syanaz Ibrahim sebagai Penuntut Terbaik KSPPP Siri 15 – 2011/2012 yang mana kursus ini adalah hasil kerjasama di antara Universiti Malaysia (UM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia. - INSPEKA

Penerima Anugerah Penuntut Terbaik KPPP, Mej Mohd Hanizam Hashim dan Penerima Anugerah Penuntut Terbaik KSPPP Siri 15 – 2011/2012, Kdr Shanaz Ibrahim

NEGERI SEMBILAN: Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Port Dickson telah melaksanakan satu sesi ceramah anti dadah pada 1 Nov 13 bertempat di Dewan Auditorium Institut. Ceramah bertajuk Bahaya Dadah Di Dalam Organisasi telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Daerah Port Dickson, Pn Masliza Omar. - Kpl Texsi Anak Manggie ; Kpl Mohamad Azuan Bin Ab Ghani

Page 44: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

42

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a 1 DIV

11 RAMD Patahkan Sindiket Seludup Kereta

SARAWAK: Pasukan 11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) yang sedang membuat tugas gerakan mengawal perbatasan di Sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR) berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar kenderaan curi milik Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, YB Liwang Lagang pada 21 Dis 13.

Kenderaan curi ini disahkan hilang oleh IPD Bau pada 16 Dis 13 di Pasar Batu 7, Kuching dan rentetan kehilangan tersebut, pasukan 11 RAMD telah mengetatkan pengawasan dan menggiatkan aktiviti rondaan di sepanjang kawasan sempadan bagi mengekang sebarang cubaan menyeludup keluar kenderaan curi. Anggota tentera yang bertugas di Pos Pemeriksaan Sempadan telah memeriksa sebuah kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner yang dalam perjalanan melintasi sempadan di laluan Serikin ke Jagoi Babang, Indonesia dan kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan setelah diperiksa, kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen pemilikan yang sah lalu emua suspek telah di bawa ke IPD Bau untuk siasatan lanjut oleh pihak PDRM.. Ini adalah merupakan kejayaan kedua pasukan 11 RAMD di bawah kepimpinan Pegawai Memerintah, Lt Kol Nazim Mohd Alim yang mana sebelum ini pasukan 11 RAMD telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis SUV Lexus LX470 di kawasan Serikin yang mahu diseludup keluar oleh sindiket mencuri kenderaan. – Risik Pasukan 11 RAMD

TANGGUNGJAWAB…Kapt Mohd Dareen Farhan, Pegawai Staf 3 Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) menerima Nota Serah Terima Tugas sebagai Pegawai Staf 3 Risik Kapt Khairil Annuar yang akan bertukar keluar ke Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) disaksikan Ketua Staf 9 Bgd, Lt Kol Kamarudzaman dan Pegawai Staf 2 Risik, Mej Shanmugaraj bertempat di Pejabat Ketua Staf Markas 9 Bgd pada 31 Dis 13. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

CEK PAMPASAN…Panglima 9 Briged, Brig Jen Muhammad Daniel @ Damien Abdullah menyerahkan cek Skim Takaful Berkelompok ATM sebanyak 5 unit yang berjumlah RM 94,000.00 kepada Puan Helena Kubal balu Bdr Tini yang meningal dunia akibat kemalangan jalanraya ketika ke tempat kerja disaksikan oleh Timb Komandan Rej 510 AW, Lt Kol Rosman Senip bertempat di Pejabat Panglima pada 11 Dis 13. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

NAIK PANGKAT…Ketua Staf Markas 9 Briged, Lt Kol Kamarudzaman menyempurnakan pemakaian pangkat kepada LKpl Redzuan yang dinaikkan pangkat Kpl. Beliau turut memberi nasihat kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat supaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan serta amanah dalam menjalankan tugas. Beliau turut mengingatkan pangkat yang diberikan merupakan amanah pasukan yang harus dipegang dan dijaga serta segala tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah disempurnakan dengan cemerlang bertempat di Pejabat Ketua Staf MK 9 Bgd. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

Page 45: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

43BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Pertandingan Tempur 22 Challenge Uji Kemantapan 22 RAMD

Oleh : Kapt Muhammad Jamil Abdul KarimGambar: Kpl Muhammad Safar Ibrahim

SABAH: Seramai lima Pegawai dan 125 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) terlibat dalam Pertandingan Tempur 22 Challenge yang dianjurkan oleh pasukan bertempat di sekitar kem pada 24 Dis 13. Pertandingan ini bertujuan menguji tahap mental dan fizikal anggota 22 RAMD disamping dapat memupuk semangat setia kawan dan saling membantu di dalam sebuah kumpulan dan dapat menerapkan nilai - nilai murni setiap anggota selain mengimplikasikan taktik dan teknik dalam merentas halangan dengan betul. Acara yang dipertandingkan adalah larian sejauh 1.5 kilometer dengan membawa 3 biji tayar kenderaan 3 ton dan selepas menamatkan lar ian, peser ta

dikehendaki memikul assault boat sejauh 200 meter, menarik kenderaan 3 ton sejauh 300 meter dan merentas halangan. Kompeni Alpha dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ini dengan menjulang Piala Pusingan

22 Challenge dan dalam ucapan Pegawai Memerintah, Lt Kol Asri Shukor beliau berkehendakkan Pertandingan ini dapat diteruskan dan dijadikan pertandingan tradisi pasukan 22 RAMD.

1 DIV

22 RAMD Sambut Ma’al Hijrah 1435

SABAH: Pasukan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) melaksanakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Ma’al Hijrah 1435 bertemakan Wassattiah Tonggak Kesatuan Ummah yang diadakan di sekitar kem pada 15 Okt 13. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti gotong-royong memasak bubur Assyura, majlis tahlil dan jamuan ringan yang mana aktiviti-aktiviti ini selari dengan konsep kesederhanaan tema Ma’al Hijrah pada tahun ini. Program yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan si laturrahim dan meningkatkan nilai kerohanian pada setiap anggota yang turut disertai Pegawai Memerintah, Lt Kol Asri Shukor. – Kapt Muhammad Jamil Abdul Karim, gambar: Kpl Muhammad Safar Ibrahim

BAKAT 5 Bgd Lawat BAKAT 22 RAMD

SABAH: 16 Nov 2013 Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 5 Bgd, Datin Pritam A/P Sucha Singh mengadakan Lawatan Ramah Mesra ke BAKAT 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) pada 16 Nov 13. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi BAKAT 22 RAMD, Puan Syarifah Hussain dan semua Ahli BAKAT 22 RAMD yang mana aktiviti utama dalam lawatan tersebut adalah Pertandingan Menembak Pistol bertempat di Lapangsasar 25 meter yang bertujuan untuk memberi ahli-ahli BAKAT merasai sendiri teknik menembak pistol dengan betul serta mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama mereka. – Kapt Muhammad Jamil Abdul Karim, gambar: Kpl Muhammad Safar Ibrahim

Page 46: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

44

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

SASARAN...anggota 9 Briged terlibat dalam Ujian Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) yang diadakan selama tiga hari melibatkan penggunaan senjata AUG Steyr, M4 dan pistol jenis Glock 26 yang bertujuan untuk menentukan semua peringkat anggota mahir di dalam pengendalian senjata persendirian khasnya dan berkemahiran menembak dalam semua situasi taktikal bertempat di Lapang Sasar Batu 13, Sibu pada 6 hingga 8 Nov 13. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

POTRET…26 Pegawai Memerintah dan Pemerintah serta 3 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Markas 9 Bgd bergambar kenangan sempena Mesyuarat Panglima 9 Briged Siri 2/2013 yang dipengerusikan oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Muhammad Daniel @ Damien Abdullah pada 08 Nov 13.– Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

Program Jiwa Murni 22 RAMD

Perbarisan Perpisahan Peg Memerintah 20 RAMD

SABAH: Seramai 19 Pegawai dan 50 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) terlibat dalam melaksanakan Program Jiwa Murni bersempena dengan Hari Ulang Tahun Pasukan bertempat di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan pada 28 Dis 13. Program yang dilaksanakan seperti gotong-royong dikeseluruhan kawasan Rumah Warga Tua Sri Harapan dan tujuan utama program adalah untuk memupuk sikap kerjasama diantara warga tentera dan membina nilai kecintaan terhadap warga emas. Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Asri Shukor turut menyumbangkan sedikit sumbangan bernilai RM1000 kepada Persatuan Warga Tua Sri Harapan bagi meringankan beban mereka yang tinggal disitu. – Kapt Muhammad Jamil Abdul Karim, gambar: Kpl Muhammad Safar Ibrahim.

SARAWAK: Seramai 18 Pegawai dan 265 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) terlibat dalam Perbarisan Perpisahan Pegawai Memerintah 20 RAMD, Lt Kol Zainudin Bahari bertempat di Padang Kawad Pasukan pada 26 Dis 13. Perbarisan di ketuai oleh Pegawai Gerak Pasukan, Mej Mohd Roslaini Bujang, dan Ajutan Perbarisan, Kapt Mohamad Yusran Mohd Zainudin manakala SMR Perbarisan adalah PW I Nor Azman Awang. Atucara diteruskan dengan Majlis Pemakaian Pangkat anggota LLP yang disempurnakan oleh Peg Mem dan isteri anggota dan acara diteruskan pada sebelah malamnya dengan Majlis Makan Malam Rejimental sempena pertukaran keluar Peg Memerintah.– Kpl Ismail Abdul, gambar: Pbt Nor Hazizan Ali Nordin

1 DIV

Page 47: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

45BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Makan Malam HUT 22 RAMDSABAH: Pasukan 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) telah melaksanakan Majlis Makan Malam sempena Hari Ulang Tahun Pasukan yang ke - 34 bertempat di Dewan Serbaguna Pasukan pada 27 Dis 13. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Asri Shukor dan seterusnya acara pemotongan kek pasukan oleh Pegawai Memerintah bersama-sama YDP Wisma Perwira, Bintara, Petanda dan Astaka. Turut diadakan persembahan oleh setiap kompeni dan acara cabutan bertuah serta kumpulan kugiran 22 RAMD dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera BAKAT 22 RAMD, Puan Syarifah Hussain. - Kapt Muhammad Jamil Abdul Karim Gambar: Kpl Muhammad Safar Ibrahim

BAKAT 9 Bgd Rai Ahli Bertukar Keluar

9 Bgd Anjur Program Kepimpinan Tempur Pemerintahan Medan TD

SARAWAK: Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Gabungan 9 Briged (9 Bgd) mengadakan Majlis Jamuan Hi Tea sempena meraikan Pengerusi BAKAT Kem 9 Bgd, Halimah Maarof dan ahli-ahlinya yang akan mengikut suami bertukar keluar bertempat di hotel terkemuka di sini pada 28 Dis 13. Dalam ucapan Pengerusi BAKAT 9 Bgd, Rasidah Haji Hashim, beliau berpesan kepada ahli-ahli agar sentiasa menjaga nama baik BAKAT walaupun sudah berada di pasukan baru kelak dan sentiasa memupuk semangat yang harmoni di dalam BAKAT. Turut hadir Pengerusi-pengerusi BAKAT pasukan naungan 9 Bgd dan ahli -ahlinya bagi memeriahkan majlis perpisahan. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

Oleh: Mej Shanmugaraj MuniandyGambar: Sjn Spencer Bujang

SARAWAK: Seramai 15 Pegawai dan 14 PTT Kanan Markas 9 Briged (MK 9 Bgd) terlibat Program Kepimpinan Tempur Pemerintahan Medan Tentera Darat peringkat 1 Divisyen bagi tahun 2013 yang diadakan selama 2 minggu bermula dari 9 hingga 22 Dis 13. Program bertujuan meningkatkan kualiti kepimpinan di kalangan Pemimpin Rendah (Junior Leaders) warga 1 Div khususnya di peringkat platun infantri dan antara bentuk latihan yang dititikberat adalah seperti Flying Fox, Repelling, Pengurusan Menembak, Merempuh Halangan, Navigation, Tempur Tanpa Senjata, Swimming, Floating dan berakit. Majlis penutup program disempurnakan oleh Timbalan Panglima 1 Div, Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin disaksikan oleh Panglima 9 Briged, Brig Jen Muhammad Daniel@Damien Abdullah.

1 DIV

Page 48: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

46

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

SARAWAK: Seramai 12 Pegawai dan 75 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dari Kem 9 Briged menjalani Ujian Kecergasan Tempur (UKT) bertempat di Kem PLKN Junaco Park, Sibu pada 12 Okt 13. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian dan kemahiran anggota pasukan di dalam aspek asas ketenteraan di samping membentuk stamina, keyakinan diri dan ketahanan anggota sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan atau ancaman daripada musuh yang mana ianya meliputi empat jenis ujian iaitu Ujian Ketangkasan @ agility, Ujian Jalan Kaki, Ujian Keyakinan Diri dan Ujian Perapungan.– Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

UKT uji Kemantapan Warga Kem 9 Bgd

Pemeriksaan Mengejut Risik 9 Bgd

SARAWAK: Cawangan Risik Markas 9 Briged (MK 9 Bgd) dengan kerjasama Detesmen Keselamatan Medan (DKM) Sibu melaksanakan Pemeriksaan Mengejut terhadap anggota dan pelawat yang memasuki Kem RASCOM bertempat di hadapan Balai Pengawal Kem pada 10 Okt 13. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk memastikan semua anggota dan pelawat yang memiliki kenderaan mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan dan pas permit pekerja yang sah dan pada masa yang sama pihak DKM Sibu menggunakan sejenis alat yang dinamakan Iris IPT 300 Handheld Computer bagi mengesan kerosakan cip pada MyTentera dikalangan anggota. Ini merupakan pemeriksaan rutin yang sering dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan Kem RASCOM berada pada tahap yang baik serta bagi memupuk kesedaran keselamatan di kalangan anggota. – Mej Shanmugaraj Muniandy, gambar: Sjn Spencer Bujang

MEMBERI PERHATIAN...satu ceramah bertajuk ‘Bahaya Ancaman Syiah’ telah disampaikan oleh Kol (Ust) Hj Nawawi Daud, Timbalan Pengarah KAGAT. Ceramah telah diadakan di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching. Maklumat yang disampaikan ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga 1 Div tentang kesan negatif yang perlu dihindarkan oleh warga tentera secara umumnya dan warga 1 Div secara khususnya.

BERDOA...bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah 1435, satu majlis bacaan doa dan tahlil peringkat 1 Div telah diadakan di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Kem Penrissen. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Lt Jen Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 1 Div dan isteri, Datin Noraihan Ibrahim serta warga 1 Div yang lain. Sesi ceramah disampaikan oleh Dato’ Hj Kamaruddin Mamat, Penasihat Agama Menteri Pertahanan.

1 DIV

Page 49: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

47BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

1 DIV Mengungguli Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2013

Pengorbanan Veteran Tentera Disanjung

Oleh: PR 1 Div

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Ta h u n 2 0 1 3 y a n g d i a d a k a n setiap tahun merupakan salah satu program tahunan di setiap Kementer ian/Agensi Kerajaan dalam menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan penjawat awam. Pada tahun ini, sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan turut diraikan bersama majl is penghargaan kejayaan memperolehi markah tertinggi dalam Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Tahun 2012. Tema Hari Inovasi pada kali ini adalah ‘Warga Berinovasi Memacu Transformasi’. Majlis ini telah diadakan pada 29 Nov 13 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Fokus utama majlis Sambutan Hari Inovasi ini adalah menobatkan p e m e n a n g - p e m e n a n g b a g i Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan yang dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Projek, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pelanggan dan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mencatat sejarah Anugerah Inovasi Kementerian

Pertahanan pada tahun ini, Tentera Darat yang diwakili oleh Markas 1 Div mengungguli tempat pertama bagi 3 kategori iaitu kategori Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Pe langgan dan Pengurusan Kewangan. Kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula dimenangi oleh Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor manakala kategori Pengurusan Projek dimenangi oleh Depot Peluru dan Letupan TLDM, Pangkalan TLDM Lumut.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh T imbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad dan Ketua Staf Markas ATM, Laksdya Dato’ Nasaruddin Othman. Selain itu, wakil daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam Audit Penarafan Bintang (SSR) 2012 turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini.

SARAWAK: Seramai 33 pegawai dan anggota Lain -Lain Pangkat (LLP) diraikan dalam Majlis Meraikan Anggota Cedera Peringkat 1 Divisyen Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 bertempat di Dewan Bukavu, pada pada 26 Okt 13. Majlis disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Nazir Mami yang mewakili Panglima 1 Div bersama-sama lebih 500 pegawai dan anggota di bawah naungan pemerintahan 1 Div di kawasan Kuching. Pegawai dan anggota yang diraikan menerima sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan bagi membantu mengurangkan beban keluarga dan perbelanjaan pendidikan anak-anak. Turut hadir Pengarah Sel Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia Kept Kindil Md Akim TLDM, Pemangku Ketua Staf 1 Div, Lt Kol Hj Mustaffa Othman dan Ketua Staf 3 Bgd, Lt Kol Hashim Osman.- PR 1 Div

1 DIV

Page 50: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

48

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Perintah Ulung PanglimaBgd Sempadan

Latihan Menembak Individu dan Tim

Oleh : SSjn Mohd Noor Junoh

PERAK: Seramai 19 Pegawai dan 300 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dari pasukan bawah naungan Markas Briged Sempadan terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Panglima Briged Sempadan bertempat di 4 Rejimen Sempadan pada 24 Sep 13. Perbarisan diketuai oleh Peg Memerintah 4 RS, Lt Kol Nazaruddin Abdullah, Penolong Ketua Perbarisan Mej Abd Halim Ramli, Ajutan Perbarisan Kapt Mohd Nizam Husain dan SMR Perbarisan PW I Madzlan Dollah. Dalam ucapannya Panglima, menekankan lima tunggak utama bagi mencapai hasrat mencorak dan memacu hala tuju Briged dan mengingatkan anggotanya bahawa perbarisan sebegini adalah acara rejimental, ianya juga memberi garis panduan kepada tumpuk pemerintahan bagi menerajui sesebuah organisasi.

PRIHATIN...anggota bawah naungan Markas 2 Briged dan orang awam menderma darah sempena HUT 2 Bgd ke-58 yang bertujuan membantu pusat darah Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) bertempat di pusat membeli belah terkemuka pada 07 Okt 13. - PR 2 DIv

SASARAN...anggota 72 BOD diuji kemahiran menembak

RAMAH MESRA...anggota Kelab Petanda 2 Rejimen Sempadan mengadakan Majlis Happy Hour dan menjemput Pegawai Memerintah 2 RS, Lt Kol Mohd Halme Hj Zakaria serta pegawai yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin demi kesejahteraan pasukan bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 24 Nov 13.– Kapt Alias, gambar: Kpl Azrol Abdullah

PERAK: 72 BOD mengadakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) peringkat satu dan dua bertempat di Lapang Sasar Menembak Gurun, Kedah. Ujian ini melibatkan semua peringkat anggota seramai 45 terdiri dari pegawai dan anggota pasukan. Sebanyak tiga praktis ujian telah diadakan sepanjang ujian menembak ini. Di akhir ujian kemahiran menembak ini juga telah diadakan pertandingan jatuh piring. Turut hadir dalam latihan ini adalah Pegawai Memerintah, Lt Kol Hj Sukri Jaafar mengambil peluang memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian senjata semasa menembak kepada yang terlibat. - PR 2 Div

2 DIV

Page 51: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

49BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

BAKAT 2 RS Hadiri Seminar Jenayah Wanita

UKT Uji Kemantapan 2 RS

Oleh: Kapt Alias AbdullahGambar: Kpl Azrol Abdullah

KELANTAN: Seramai 50 Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 2 Rejimen Sempadan (2 RS) menghadiri Seminar Jenayah Wanita yang dianjurkan oleh IPD Jeli bertempat di Dewan Majlis Daerah Jeli pada 23 Nov 13. Seminar tersebut bertujuan memberitahu akan bentuk keganasan rumahtangga dan jenayah yang membabitkan wanita yang sering berlaku pada masa kini agar ianya dapat dijadikan pedoman serta tunjuk ajar kepada wanita bagaimana untuk menguruskan rumahtangga bagi kesejahteraan yang berpanjangan. Selain itu, seminar tersebut dapat mengeratkan hubungan sesama Ahli BAKAT 2 RS, memberi ilmu yang baru serta dapat mengetahui permasalahan yang berlaku agar dapat dibendung supaya tidak merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan.

KESELAMATAN...anggota Detasman Keselamatan Medan Ipoh dan Cwg Risik MK 2 Bdg berserta Polis Tentera melaksanakan pemeriksaan pas permit di pintu masuk Balai Pengawal MK 2 Bgd bertujuan memastikan setiap anggota dan orang awam yang berkerja di MK 2 Bgd sentiasa mematuhi peraturan yang di tetapkan pada 11 Okt 13

KELANTAN: Seramai lima Pegawai dan 350 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) 2 Rejimen Sempadan melaksanakan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) bagi memenuhi kitaran 24 bulan latihan yang perlu dijalani oleh anggota Batalion Infantri bertempat di Kolam Renang Wisma Perwira pada 2 Okt 13. UKT tersebut dijalankan dalam fasa pertama yang mana ianya melibatkan tiga peringkat bagi memasti-kan semua peringkat anggota yang layak dapat diuji sepenunhnya dan mencapai peratusan yang ditetap-kan oleh Markas Formasi. – Kapt Alias, gambar: Kpl Azrol Abdullah

DIUJI...anggota 2 RS melakukan ujian perapungan yang wajib dilaksanakan setiap anggota dalam UKT

SUJUD...anggota 2 Rejimen Sempadan melakukan demonstrasi bagaimana melakukan solat di medan yang dipertontonkan kepada anggota yang lain di bawah kelolaan Pegawai Agama Pasukan, Kapt Afif Farhan Hasbullah bagi tujuan untuk memberi pengetahuan serta ilmu kepada anggota muslim bertempat di Padang Bola Pasukan pada 8 Nov 13.– Kapt Alias Abdullah, gambar: Kpl Azrol Abdullah

KHYUSUK...para peserta khusyuk mendengar ceramah yang diberikan

2 DIV

Page 52: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

50

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Latihan Kebakaran 72 BOD

Program Jiwa Murni Bn Ke-2 RS

Oleh : PR 2 Div

PERAK: Seramai tujuh anggota Bomba Kamunting dan 12 anggota 72 BOD terlibat dalam latihan melawan kebakaran telah diadakan bertempat di perkarangan pasukan baru - baru ini. Latihan bertujuan untuk menguji tahap kecekapan dan kesiapsiagaan anggota apabila berlaku satu kebakaran dan dalam latihan tersebut anggota dari pasukan ini turut didedahkan cara untuk mengambil tindakan dan alat pemadam api yang harus digunakan apabila berlaku kebakaran.

KELANTAN: Anggota Pl RINSER dengan dibantu anggota Repalman 2 Rejimen Sempadan (2 RS) terlibat dalam Program Jiwa Murni bagi menyiapkan tadahan air bersih di Kg Batu Serian 12, Gua Musang, Kelantan baru - baru ini. Program tersebut mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan sepenuhnya. Program ini telah mengeratkan lagi hubungan di antara tentera dengan awam. - Kapt Alias; gambar- Kpl Azrol.

Program Derma Darah4 RAMD

PERAK: Seramai 82 anggota dari pasukan 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) terlibat dalam Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun 4 RAMD ke 64 yang dianjurkan oleh Hospital Perempuan Raja Bainun bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 18 Nov 13. Program bertujuan untuk membantu pihak hospital bagi menampung tabung simpanan darah dan dalam masa yang sama ianya juga sebagai inisiatif terbaik bagi memupuk kerjasama organisasi awam dengan pihak tentera dalam Program Jiwa Murni (GSPS). – Risik Pasukan 4 RAMD

2 DIV

TELITI…. pada 8 Nov 13, Kem 6 Bgd telah menganjurkan ceramah mengenai bahayanya Ajaran Sesat Syiah. Ceramah tersebut telah diadakan di Dewan Kedah Volunteer Hall, Markas 6 Bgd. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Yusof Hj Ahmad.

Page 53: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

51BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Oleh : Kpl Mohd Hafiz Suibgambar: Kpl Amuthan Paraman

KEDAH: Seramai 40 anggota KRD berjaya menamatkan Kursus Soldadu Muda KRD sir i 15 / 2013 yang disempurnakan oleh Ketua Perisikan Bn 165 Risik TD Kol Hj Wan Mohd Ariffin Wan Salleh bertempat di Pantai Merdeka pada 24 Dis13. Kursus ini merupakan kursus asas kepada semua Soldadu Muda yang melapor ke 165 Risik TD dan bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin diri, berkerjasama, kemahiran ilmu medan perang dan asas perisikan.

Penutup Kursus Soldadu Muda KRD Siri 15/2013

KHUSYUK...ceramah ancaman syiah terhadap akidah dan keselamatan negara pada 30 Dis 13 anjuran oleh pasukan 6 RAMD. Ceramah disampaikan oleh wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Prof Dr Abd Aziz Hanafi. - Risik Pasukan

TAKLIMAT...BGSP daripada JUPEM Kuala Lumpur memberi ceramah berkenaan penggunaan Sistem Peta GEOPDF kepada 50 anggota di Dewan Markas Staf Stesyen Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang. - Risik Pasukan

KHUSYUK...pasukan 6 Wksp menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani pada 14 Nov 13. Seramai 40 orang anggota pranita serta pegawai wanita telah menyertai kursus ini. - Risik Pasukan

MEMBIDIK...pasukan 6 RAMD melaksanakan KKS di Kem Horbat, Gurun, Kedah. Majlis Penutup KKS tersebut disempurnakan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Zakaria Yadi. Turut diselitkan acara menembak piring dengan pistol Glock dan senjata M4. - Risik Pasukan

2 DIV

Pbt Adam Ismail dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik manakala Pbt Saidatul Akmal Rusli dinobatkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik. Dalam ucapan penutup oleh Ketua Perisikan, beliau menyeru agar semua anggota sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan menunjukkan minat terhadap kerjaya yang diceburi.

Page 54: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

52

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a 2 DIV

Kunjungan Hormat Panglima 5TH ID Thailand

Oleh:Kapt Masrina JamaludinGambar: Kpl Muhd Noor Azimie Mahdi

PULAU PINANG: Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad menerima kunjungan hormat daripada Panglima 5 Div Infantri Thailand, Maj Gen Ruengsak Suwannaka dan delegasi bertempat di Markas 2 Div, pada 29 Okt 13. Tujuan lawatan adalah untuk menitikberatkan elemen kesejahteraan dalam perhubungan pertahanan di antara kedua–dua buah negara dan kunjungan tersebut merupakan yang pertama setelah beliau mengambil alih pemerintahan sebagai Panglima 5 Div Inf Thailand yang baru. Maj Gen Suwannaka berharap hubungan yang terjalin ini dapat dikekalkan dan memberi impak positif kepada kedua-dua buah negara dalam memelihara keselamatan dan keamanan persempadanan Malaysia-Thailand. Delegasi terdiri dari Komander Unit Organik Thailand, Panglima 6 Bgd dan Panglima Bgd Sempadan.

PERIKSA...Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Zakaria Yadi membuat Pemeriksaan Tadbir Tahunan ke pasukan 6 Platun Bekalan di Kem Lapangan Terbang, Sg Petani. Pemeriksaan tersebut berjalan dengan lancarnya.

RAMAH MESRA...Pengerusi BAKAT 2 Div Datin Rohima Md Rejab mengadakan lawatan ulung beliau ke PPDK serta rumah BAKAT 6 Bgd. Acara diadakan pada majlis tersebut adalah melawat kanak-kanak kurang upaya di PPDK serta Pertandingan memasak Pavlova dan Durian Crepe di Rumah BAKAT.

SERAH...Majlis Serah Terima Tugas Op Kota BCD diadakan pada 15 Dis 13 di Markas Taktikal Gubir. Upacara tersebut dihadiri oleh Lt. Kol Abdul Jamil Osman, Ketua Staf Markas 6 Bgd. Pasukan 21 RAMD mula mengambil alih tugas pada 15 Okt 13 sehingga 15 Dis 13 dan membuat penyerahan kepada pasukan 8 RAMD.

POTRET...pasukan 6 Bgd menganjurkan Seminar Pegawai Kanan TD yang telah diadakan di Holiday Villa Resort and Spa, Langkawi, Kedah pada 12 Nov 13 hingga 15 Nov 13. Kesemua Panglima-panglima Bgd serta Div menghadiri seminar tersebut.

Page 55: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

53BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-20133 DIV

Oleh: Kpl Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham

MELAKA: Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 3 Div, Datin Wira Hjh Sarena Zainal diraikan dalam satu majlis penghargaan terhadap beliau yang akan mengikut suaminya bertukar keluar bertempat di sebuah hotel terkemuka pada 23 Okt 13. Dalam ucapan Pengerusi BAKAT 3 Div, beliau menegaskan agar semangat kekeluargaan, keprihatinan dan tolong menolong perlulah dipupuk dan ditingkatkan dalam setiap warga BAKAT agar dapat meneratkan lagi silaturahim sesama ahli. Turut diraikan Pengerusi-pengerusi BAKAT Trup Div serta Exco BAKAT 3 Div yang telah dan akan bertukar keluar serta ahli-ahli BAKAT yang banyak menyumbangkan tenaga serta bakti kepada BAKAT 3 Div dan BAKAT 2 Kor Armor DiRaja (KAD) terpilih sebagai pasukan terbaik pada tahun 2013 kerana komitmen dan pencapaiannya.

Pengerusi BAKAT 3 Div diraikan

3 Div tukar Tampuk Pemerintahan

PRIHATIN...Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Darat (JT BAKAT Darat) meluangkan masa melawat ke 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak yang diketuai oleh Pengerusinya Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom Wan Awang yang disambut oleh Pegawai Memerintah 94 HAT, Brig Jen Datuk (Dr) Johari Jantan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke- 80 pada 12 Nov 13. – LKpl Mohd Hafiz Hamzah

LAWAT...Yang Di-Pertua Negeri Melaka,Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob melakukan lawatan beliau ke 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak dan di sambut oleh Ketua Pengarah Perkhimatan Kesihatan Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abd Razak Md Yusoff lalu dibawa melawat Unit Haemodialisis, Wad Keluarga dan sekitar 94 HAT pada 4 Nov 13. Beliau turut berkesempatan berjumpa dengan anggota yang menerima rawatan di 94 HAT dan meluagkan sedikit masa untuk beramah mesra dan melihat keadaan sekitar 94 HAT.– LKpl Mohd Hafiz Hamzah

MELAKA: Seramai 23 Pegawai dan 1003 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD Mekanise), Lt Kol Wisham Abd Hadi terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 3 Div bertempat di Padang Pavillion Terendak pada 24 Okt 13. Serah menyerah tersebut antara Mej Jen Datuk Wira Hj Razali Hj Ahmad telah menyerahkan tugas sebagai Panglima 3 Div kepada Mej Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dengan menyerahkan Pedang Kuasa Panglima 3 Div. Mej Jen Datuk Wira Hj Razali Hj Ahmad telah memegang jawatan sebagai Panglima 3 Div selama 4 tahun bermula 11 Nov 09 sehingga 24 Okt 13 dan beliau merupakan Panglima 3 Div ke-20 serta merupakan anak jati Negeri Melaka. - Kpl Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham

Page 56: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

54

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a 3 DIV

Oleh: PR 3 Div

NEGERI SEMBILAN: Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai warna dan kenangan. Sebagai menyambut Majlis Sambutan Akhir Tahun 2013, pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan acara. Antaranya adalah meraikan pegawai, anggota dan kakitangan awam yang menyambut hari lahir pada bulan Nov dan Dis. Selain itu, hadirin dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh anggota yang berbakat. Sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pegawai, anggota mahupun kakitangan awam, Pegawai Memerintah telah memperkenalkan anugerah khas iaitu Anugerah Pegawai Memerintah. Pada tahun ini anugerah tersebut disandang oleh Mej (PKO) Ahmad Noraida Daud, PW II Masdi Toha dan Civ Mariam Alias. Terdahulu daripada itu, Pegawai Memerintah telah memberikan ucapan dan antara lain yang disentuh adalah mengenai kejayaan pasukan di dalam Anugerah Depot Ordnans Terbaik sebagai Johan bagi dua

Majlis Penutup Tirai 2013

UJL Uji Keupayaan Fizikal dan Mental

NEGERI SEMBILAN: Ujian Jalan Laju (UJL) telah dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan tahap kecergasan anggota ke tahap maksimum dan menguji keupayaan fizikal dan mental anggota. Selain itu latihan ini dapat memupuk sifat kepimpinan dan setiakawan dalam satu kumpulan. Laluan yang dulalui bermula dari Lapang Sasar Asahan hingga ke kaki Gunug Ledang di Taman Negara Johor. Di sepanjang perjalanan anggota sentiasa diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan masing-masing. - PR 3 Div

tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2011 dan 2013. Selain itu pasukan juga telah mendapat Naib Johan Anugerah Pengurusan Tentera Darat (APTD) bagi kategori Pengurusan Logistik dan Naib Johan Anugerah Inovasi Tentera Darat (AITD) bagi kategori

Inovasi Pengurusan Sumber Manusia. "Ini semua tidak akan berlaku tanpa kerjasama dan sokongan dari semua peringkat anggota sama ada tentera mahupun awam", ujar beliau. Majlis telah diakhiri dengan pertunjukan bunga api. - PR 3 Div

BAKAT bersama Membantu Mangsa Banjir

PAHANG: 30 ahli BAKAT Gabungan Kem 4 Bgd Mech dan 12 RAMD Mek bekerjasama dalam menyediakan juadah untuk mangsa-mangsa banjir bertempat di Pusat Pemindahan Banjir Sek Keb Sg Isap Murni baru - baru ini. Peranan BAKAT dalam usaha membantu mangsa banjir turut digembeling bersama dalam meringankan keperitan yang dihadapi oleh mangsa banjir yang terlibat. Gotong royong Jiwa Murni ini diketuai oleh Puan Roslina Abu Bakar, isteri Pegawai Memerintah 12 RAMD Mech.- Caw Risik 4 Bgd Mek

Page 57: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

55BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-20133 DIV

JOHOR: Karnival 1 Mindef peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Kem Mahkota Kluang pada 5 hingga 6 Okt 13. Majlis sambutan tersebut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Dato Sri Hishammudin Tun Hussen Onn dan beberapa kenamaan lain. Hadirin turut dipersembahkan beberapa gimik persembahan oleh pasukan Gerak Khas semperna majlis tersebut. Kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negeri dianggarkan seramai 12, 000 orang amat terhibur dengan pelbagai persembahan dan berpuas hati dengan maklumat berkaitan ketenteraan yang dipamerkan dalam karnival tersebut. - PR 3 Div

Karnival 1 MINDEF di Kem Mahkota

Kluang Johor

Lawatan Ulung Panglima 1 Bgd

Oleh: Kpl Mohd Nazrul AdnanGambar: Kpl Erman Shah Ali

NEGERI SEMBILAN: Markas Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin menerima Lawatan Ulung Panglima Markas 1 Bgd, Brig Jen Adnan Hj Abu Bakar pada 29 Okt 13 selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Panglima Markas 1 Bgd mulai 17 Jul 13. Lawatan tersebut telah disambut oleh Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Hj Abu Bakar dan Ketua-Ketua Cawangan. Lawatan bermula dengan taklimat oleh Kol Radzuan Hj Abu Bakar di Bilik Mesyuarat Markas Garison Gemas dan diperkenalkan kepada semua pegawai dan SMR yang berkhidmat di bawah pemerintahan Markas Garison Gemas. Panglima Markas 1 Bgd juga turut membuat lawatan ke stor peralatan Cawangan Lapangsasar dan beramah mesra dengan warga Markas Garison Gemas. Majlis ini diakhiri dengan solat Zohor berjemaah bersama warga Markas Garison Gemas di Surau As-Solihin.

JOHOR: Buat julung kalinya pasukan dari Kor Rejimen Sempadan melaksanakan OP Merpati 1 KTJ 7 BGD. Pasukan telah di beri kepercayaan oleh Bgd Sempadan untuk melaksanakan OP Merpati 1, KTJ 7 Bgd bermula 5 Julai 13 hingga 5 Sep13 Semasa melaksanakan operasi, Panglima Bgd Sempadan telah mengadakan lawatan sempena perpisahan beliau dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan di MK Tak Bn Pos Tanjung Sepang pada 10 Ogos 13. Semasa lawatan tersebut mantan Panglima Bgd Sempadan, Brig Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar membuat perjumpaan bersama anggota, melawat sekitar Pos Tanjung Sepang (MK Tak Bn), Pos Tuan Sheh (MK Tak Kom A) dan Pos Tanjung Ayam (MK Tak Kom B) . - Kapt Alias ; Gambar: Kpl Azrol

Lawatan Panglima Bgd Sempadanke Kawasan Op Merpati

Page 58: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

56

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a 3 DIV

Pertandingan Road Relay 15 RAMD

Majlis Sambutan Ambang Aidilfitri

NEGERI SEMBILAN: Batalion ke 15 Rejimen Askar Melayu Diraja telah mengadakan pertandingan Road Relay antara kompeni. Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Haji Mat Noh Haji Ngadiman. Dalam ucapan ringkas, Peg Memerintah menyatakan tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap ketahanan mental serta fizikal setiap anggota. Secara keseluruhanya, pertandingan ini Berjaya mencapai objektif yang digariskan dan ianya akan diteruskan. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Kompeni Alpha. - Risik Pasukan

Mesyurat Kebajikan 15 RAMD Peringkat Pasukan

JOHOR: Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan telah mengadakan Majlis Sambutan Ambang Aidilfitri bersama Panglima 7 Bgd. Sambutan ini telah diadakan di MK Tak Bn Pos Tanjung Sepang pada 7 Ogos 2013. Sambutan Ambang Aidilfitri ini diadakan untuk meraikan anggota pasukan melaksanakan tugas gerakan di KTJ 7 Bgd semasa umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam Lawatan tersebut Panglima 7 Bgd telah berbuka puasa bersama anggota, Sembahyang Magrib dan Isyak, Berbuka Puasa bersama anggota, danJamuan sambil membakar lemang . - Kapt Alias ; Gambar: Kpl Azrol

RASMI...Peg Mem Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, Lt Kol Mohd Halme Hj Zakaria telah mencetuskan idea untuk membina Mini Par Course Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi Johor. Mini Par Course Pos Tanjung Sepang telah dibina oleh anggota pasukan semasa melaksanakan operasi di KTJ 7 Bgd untuk kegunaan pada masa hadapan oleh pasukan-pasukan yang melaksanakan Operasi di bawah KTJ 7 Bgd. - Kapt Alias; Gambar: Kpl Azrol

BERSEMANGAT....para peserta

NEGERI SEMBILAN: Warga pasukan 15 Rejimen Askar Melayu Diraja telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 16 Nov 13. Mesyuarat Kebajikan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Haji Mat Noh Haji Ngadiman.Tujuan mesyurat diadakan adalah untuk menyuarakan pendapat dan permasalahan anggota bagi menambahbaikan dan melancarkan pentadbiran pasukan. Pada masa yang sama turut dibentangkan akaun kira-kira oleh Pegawai Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Di dalam ucapan ringkas, Peg Memerintah menekankan kepentingan dalam menjaga kebajikan warga pasukan. - Risik Pasukan

Page 59: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

57BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-20133 DIV

Serah Tugas Pengerusi BAKAT 3 Div

Majlis Sambutan Hari Asyura

Forum Bicara Ad-deen Peyampaian Cek Pencen Terbitan

MELAKA: Datin Wira Hjh Sarena Zainal menyerahkan Buku Nota Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 3 Div kepada Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal. Majlis tersebut telah diadakan di Rumah BAKAT 3 Div dan disaksikan oleh Pegawai Kerja BAKAT 3 Div, Lt Kol Azanan Mansor, selaku. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Dua BAKAT 3 Div, Datin Hjh Siti Zaleha Shafie, Pengerusi BAKAT 1 Bgd, Datin Zaruna Abdul Rahman serta Pengerusi BAKAT 7 Bgd, Datin Sadiah Suluhee. - Kpl Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham

Oleh: Kpl Siti Nur Hamida Tun Bahar Sham

MELAKA: Forum Bicara Ad-deen anjuran Takaful Ikhlas dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam (MAIM) dan MK 3 Div telah diadakan pada 17 Okt 13 di Masjid As-Syuhada’, Kem Terendak,Melaka. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Ismail Hashim dan Ustaz Haryyanto Rizal. Moderator adalah Ustaz Mahathir Shaharudin (Radio IKIM). Tetamu Jemputan yang turut hadir ialah Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Jalaluddin Md Yusof, Naib Presiden Kanan dan Ketua Agensi merangkap OIC Takaful Ikhlas Sdn. Bhd Hj Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob, Ketua Staf MK 3 Div, Kol Rafizi Hj Syarif, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Datuk Yaakob Md Amin dan Presiden Islamic Aid Malaysia, En Zawahir Abdullah.

PAHANG: Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Ahmad Tajudin Abd Ghani menyampaikan cek pencen terbitan (ganjaran terbitan) kepada Pn Halijah Ahmad, 58, ibu kepada arwah Sjn Rosdi Mohamad Zan. Arwah meninggal dunia pada 23 Ogos 13 ketika bertugas sebagai anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan, apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam gaung. Arwah turut meninggalkan balu, Aniza Ariffin, 31, dan 3 orang anak berusia 3 hingga 8 tahun yang kini menetap di Taman Perpaduan Koperasi, Ipoh.

NEGERI SEMBILAN: Sempena Hari Asyura pada 14 Nov 13 bersamaan 1435H, Mk 1 Bgd menganjurkan majlis bacaan yaasin dan tahlil di Surau Al Abidin Kem Rasah. Majlis yang turut dihadiri Ketua Staf Mk 1 Bgd, Lt Kol Muhammad Aizad Che Ahmad. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan program memasak bubur asyura secara gotong royong di sekitar surau pasukan dan diagihkan kepada semua anggota.- SSjn Mohd Rozaimi Adnan Foto: LKpl Mohd Hafiz Mohd Kassim

Page 60: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

58

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Hari Terbuka ATM dan PDRM

Majlis Penutup UKMHK 1 Bgd

Oleh: SSjn Mohd Rozaimi Adnan, foto: LKpl Mohd Hafiz Mohd Kasim

NEGERI SEMBILAN: Hari Terbuka ATM dan PDRM dibawah program National Blue Ocean Strategi 8 (NBOS 8) berjaya dilaksanakan pada 5 Okt 13 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Program yang dianjurkan Mk 1 Bgd bersama-sama Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan. Program in i te lah ber jaya

menghimpunkan lebih daripada 5,000 orang anggota Tentera, Polis dan masyarakat setempat dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Pameran Polis dan Tentera, Persembahan dan Demonstrasi serta aktiviti riadah lain termasuk Pameran Motorsikal Berkuasa T inggi. Program ini bertujuan untuk mengenang kembali jasa bakti anggota-anggota tentera serta polis mahupun pasukan keselamatan yang telah berjuang demi mempertahankan maruah bangsa dan Negara tercinta di samping memperlihatkan kerjasama erat ATM dan PDRM.

3 DIV

NEGERI SEMBILAN: Majlis Penutup Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak, Merempuh Halangan Dan Kawad (UKMHK) Peringkat 1 Briged yang bermula pada 8 Okt 13 hingga 10 Okt 13 disempurnakan oleh Panglima 1 Briged, Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar. Pertandingan UKMHK pada kali ini dianjurkan oleh 15 RAMD, dan berlangsung di Kem Senawang telah berjaya dilaksanakan dan dimenangi 24 RAMD bagi kategori pasukan tempur manakala Rej 508 (AW) menjuarai kategori pasukan bantuan tempur. Pasukan 24 RAMD selaku juara keseluruhan telah dipilih untuk mewakili MK 1 Bgd ke pertandingan UKMHK peringkat Mk 3 Div. Panglima turut menyerahkan bendera MK 1 Briged sebagai simbolik dan pembakar semangat kepada pasukan 24 RAMD. - SSjn Mohd Rozaimi Adnan

SETUJU...Mesyuarat Kebajikan peringkat Mk 1 Bgd telah dilaksanakan di Dewan Setiawangsa Kem Rasah Seremban Negeri Sembilan dipengerusikan oleh Ketua Staf Mk 1 Bgd, Lt Kol Muhammad Aizad Che Ahmad. SSjn Mohd Rozaimi Adnan Foto: LKpl Mohd Hafiz Mohd Kassim

BERSALAMAN...Seramai 3 anggota diraikan dalam sesi suai kenal ahli baru, 5 ahli Wisma Bintara Gabungan 1 Briged yang akan bertukar keluar dan seorang ahli wisma yang baru dikurniakan cahaya mata lelaki turut diraikan pada majlis tersebut.- SSjn Mohd Rozaimi Adnan

Page 61: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

59BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Oleh: Cwg Risik MK 12 Bgd

KUALA LUMPUR: Program Derma Darah Anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan komuniti awam dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah diadakan bertempat di sebuah pasaraya terkemuka sekitar Wangsa Maju pada 19 Okt 13. Program tersebut merupakan satu komitmen dan kerjasama ATM dan PDRM dalam melaksanakan program serta inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat terhadap kolaborasi erat yang terjalin di antara ATM-PDRM. Turut hadir Panglima 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran dan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang mewakili Ketua Polis Kuala Lumpur.

Program Derma Darah ATM dan PDRM

PRIHATIN...anggota tentera bawah naungan MK 12 Bgd menderma darah semasa Program Derma Darah ATM dan PDRM

TANGGUNGJAWAB...mantan Panglima Markas 12 Briged, Brig Jen Dato, Hj Azlan Abd Rahman dan Panglima MK 12 Bgd yang baru, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran menandatangani Buku Serah Terima Tugas Panglima MK 12 Bgd disaksikan oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki dalam Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas bertempat di Padang Kawad 6 Rejimen Renjer Diraja pada 11 Okt 13. – Risik MK 12 Bgd

POTRET...pegawai naungan MK 12 Bgd bergambar kenangan bersama Mantan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahma semasa Majlis Makan Malam Rejimental Sempena Penghargaan Mantan Panglima 12 Bgd bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat pada 18 Okt 13. – Cwg Risik MK 12 Bgd

4 DIV

TANGGUNGJAWAB...Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 12 Bgd, Datin Hjh Siti Fadzilah Hj Ismail dan Puan Hanesabirin Yusoff menandatangani Buku Serah Terima Tugas dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 12 Bgd disaksikan oleh Pengerusi BAKAT 4 Div, Datin Rohaya Baharuddin bertempat di Rumah BAKAT 12 Bgd pada 11 Okt 13. – Cwg Risik MK 12 Bgd

KUALA LUMPUR: Seramai 10 Ahli Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) beserta Pengerusi BAKAT 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD), Puan Ainul Nazli Aziz bersama AJK - AJK BAKAT 4 RAMD terlibat dalam Majlis Hi-Tea BAKAT 11 Bgd bertempat di Restoran Buyung Ampang pada 16 Nov 13. Majlis tersebut diadakan sempena perjumpaan AJK - AJK BAKAT di bawah naungan 11 Bgd bersama Pengerusi BAKAT 11 Bgd, Datin Nab Mamat serta meraikan ahli BAKAT yang mengikut suaminya bertukar keluar ke pasukan lain dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli BAKAT di bawah naungan 11 Bgd. – Risik Pasukan 4 RAMD

Hi - Tea BAKAT 11 Bgd

Page 62: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

60

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a 4 DIV

1 RAMD Anjur Ceramah Pemakanan Sihat

1 RAMD Terlibat KKU Lawatan ABDB

KUALA LUMPUR: Seramai 150 anggota Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terlibat dalam ceramah Pemakanan Gaya Hidup Sihat anjuran pasukan yang disampaikan oleh Kapt Dr Mohd Hamzi Mohd Yatim serta dibantu oleh Staf 712 PPATP pada 13 Dis 13. Tu juan ceramah diadakan adalah untuk memberi pendedahan k e p a d a a n g g o t a p a s u k a n berkenaan pemilihan makanan yang sesuai dalam pemakanan harian serta teknik pengiraan keperluan pembakaran jumlah kalori individu bagi mengelakkan berat badan anggota tidak melebihi Body Mass Index (BMI) yang ditetapkan oleh Tentera Darat. Pada masa yang sama ceramah te r sebut tu rut menerangkan teknik yang paling efektif bagi mengurangkan berat badan untuk

anggota yang melebihi BMI selain daripada melakukan senaman dan pengambilan dietary supplement.

Turut hadir Penolong Pegawai Memerintah 1 RAMD, Mej Norhisam Kamar serta Ketua-Ketua Kompeni. – Risik Pasukan 1 RAMD

KUALA LUMPUR: Seramai 3 Pegawai dan 118 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Lawatan Perpisahan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mej Jen Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ke Kementerian Pertahanan pada 20 Dis 13. Perbarisan diketuai oleh Mej Muhammad Abdullah sementara Sabaltan, Kapt Mohd Ridhwan Mohd Asri dan

Pegawai Panji-Panji Rejimen adalah Kapt Mohd Redzuan Roslan manakala SMR adalah PW I Zainal Abdul Samad serta diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ (Dr) Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.– Risik Pasukan 1 RAMD

Page 63: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

61BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Oleh: Risik Pasukan 1 RAMD

KUALA LUMPUR: P a m e r a n N B O S Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena Karnival Jom Heboh TV3 mendapat sambutan

1 RAMD Koordinasi pameran NBOS ATM - PDRM

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Oleh 1 RAMD

yang amat mengalakkan dari orang ramai yang ingin melihat lebih dekat lagi peralatan yang digunakan oleh ATM dan PDRM bertempat di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang diadakan selama dua hari dari 30 Nov hingga 1 Dis 13.

Tujuan pameran adalah untuk mempamerkan semua akt iv it i NBOS yang melibatkan kolaborasi antara ATM dan PDRM sepanjang karnival tersebut dilaksanakan yang mana pameran tersebut mendapat kerjasama diantara ATM melalui Malaysia Institute of Defence and Security (MiDAS) sebagai leading agency bersama PDRM dengan mempamerkan setiap pencapaian yang telah dilaksanakan secara bersama. Pasukan 1 Re j imen Aska r M e l a y u D i r a j a ( 1 R A M D ) dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan persiapan t e m p a t p a m e r a n t e r m a s u k peralatan untuk Static Display seperti Senjata Kecil dan Senjata Bantuan yang dimiliki pasukan Infantri. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur yang meluangkan masa melawat ruang pameran NBOS ATM dan PDRM pada hari terakhir Karnival Jom Heboh TV3.– Risik Pasukan 1 RAMD

KUALA LUMPUR: S e r a m a i l a p a n Pegawai dan 84 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) dari 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terlibat dalam Istiadat Pertukaran Pengawal Istana yang dihadiri oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran bertempat di Istana Negara, Jalan Duta pada 14 Dis 13. Istiadat dimulakan dengan Band Display oleh Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja dan seterusnya perarakan keluar empat Pegawai dan 42 anggota pengawal dari Pintu Utama Istana Negara ke perkarangan Istana membawa Panji - Panji sambil diiringi kumpulan pancaragam. Ia kemudiannya disusuli perbarisan masuk empat pegawai serta 42 anggota yang akan mengambil alih tugasan sebagai Pengawal

Istana dan diikuti dengan acara penyerahan Panji - Panji sebagai simbolik pertukaran pengawal serta melibatkan Pertukaran Pengawal

Berkuda dari unit 21 Skuardron Istiadat Berkuda (21 SIB).– Risik Pasukan 1 RAMD

4 DIV

Page 64: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

62

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a SUDUT INSPIRASI

Oleh: SSjn Muhammad Solor Hj Ismon

Diseluruh dunia pahlawan yang menunjukan ke-beranian luar biasa yang rela menggadai nyawa demi keamanan dan kedaulatan negara akan dikurniakan pingat keberanian. Negara kita juga melahirkan ramai wira-wira perkasa yang diabadikan sebagai pahlawan terbilang. Semangat kental, kesetiaan jitu dan sikap pantang ajal sebelum maut serta pengorbanan mereka kepada bangsa dan negara sememangnya tidak dapat dilupakan. Sebagai pahlawan negara, mereka mengabdikan jasa yang tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta. Mereka yang namanya terukir dalam lipatan sejarah negara ini haruslah dijaga, dipelihara sebagaimana kita menjaga dan memelihara warisan sejarah yang lain. Bak kata pepatah Melayu ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Sempena dengan hari ulang tahun Kor Risik Diraja (KRD) Ke-44. Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) meng-ingatkan kembali sejarah keberanian, semangat anak-anak watan bumi Malaysia yang mengadaikan nyawa mempertahankan negara untuk dijadikan panduan serta dorongan rangsangan generasi kini dan akan datang agar jangan sesekali lalai dan dijajah semula. Pahlawan KRD bukan sahaja perkasa di tanah air bahkan turut melakar keberanian di luar negara yang mendapat perhatian dunia sekaligus mengharumkan nama Tentera Darat (TD), Angkatan Tentera Malaysia khasnya dan negara amnya. Semasa berkhidmat den-gan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia beberapa pegawai dan anggota KRD mempamerkan keberanian yang luar biasa dan dianugerahkan pingat keberanian. Wira-wira perkasa KRD yang menerima pingat keber-anian Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima

Gagah Berani (PGB) antaranya ialah Allahyarham LKpl Saimon Tarikat yang dikurniakan pingat SP pada 1 Jun 1983. Beliau ber-asal dari Kampung Parit Rambai Ulu, Pontian Johor. Allahyarham menerima pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Teluk Parit Rambai, Pontian hingga darjah enam dan meneruskan pendidi-

kan menengah di Sekolah Menengah Teluk Kerang Pon-tian hingga tingkatan tiga sebelum memasuki Sekolah Arab di Pontian. Allahyarham melangkah kaki kedunia ketenteraan sebagai seorang rekrut pada 28 Feb 1973. Beliau memulakan kerjayanya di 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 26 ogos 1973 sebelum menyertai Rejimen Gerak Khas (RGK) pada 26 Ogos 1976. Seterus-nya beliau bertukar Kor Risik Diraja pada 2 Jul 1981 dan menganggotai Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT) dan sekarang di kenali sabagai Grup Operasi Perisikan (GOP). Ringkasan kejadian pada 25 Jan 83 berdasarkan

daripada maklumat tentang aktiviti pengganas komunis, anggota PKPT seramai 12 orang diatur gerak dalam misi khas di Kampong Titi. Kumpulan ini di pecah kepada tiga kumpulan kecil yang diketuai oleh Lt Khlir Mohd Nor. Dalam keadaan samar diwaktu malam, LKpl Saimon dan seorang rakannya melihat dua orang pengganas komunis sedang menuruni bukit. Tanpa berlengah mer-eka melepaskan beberapa tembakan. Di waktu itu, seorang pengganas wanita menjerit supaya kawannya melarikan diri. Dalam situasi genting itu, LKpl Saimon dengan berani merangkak menaikki teres bukit menghampiri wanita tersebut untuk membunuhnya. Tindakan itu menarik perhatian pengganas lelaki yang terus melepaskan tembakan dan mengenai LKpl Saimon. Beliau terkorban dalam pertempuran tersebut. Dalam operasi ini dua pengganas komunis berjaya di bunuh. Dua laras senjata bersama peluru adalah antara yang dirampas daripada pengganas. Mej Samaon Ahmad (bersara) dikurniakan PGB pada 6 Jun 73. Dilahirkan pada 22 Feb 47 di Bahau, Negeri Sembilan dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol, kemudian di Standard Type Primary School English batu Kikir dan Sekolah Menengah Tuanku Mohamad Kuala Pilah. Beliau memulakan ker-jaya sebagai pegawai dalam ATM dan ditauliakan Lt Muda di Batalion 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 25 Jan 68. Beliau meneruskan kerjayanya dalam bidang perisikan dengan menjadi Pegawai Perisikan Tentera (PPT) mulai 24 Jul 71 sebagai PPT bahagian Ke 5 Sarawak. Ringkasan kejadian pada 15 Jun 72 berdasarkan maklumat bahawa sekumpulan pengganas daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) akan mengada-kan perjumpaan, ketika itu Mej Semaon berpangkat Lt bersama tiga orang bekas pengganas komunis yang menyerah diri dan anggota dari Rejimen Komando Angkatan Darat Indonesia ditugaskan untuk melak-sanakan misi menghapuskan kumpulan tersebut. Setelah menjumpai perkhemahan mereka, Lt Sama-on membuat perancangan dan memulakan tembakan semburan kearah ketua pengganas dan membunuh-nya. Pertempuran berlarutan buat beberapa ketika sehinggalah semua pengganas terkorban. Hasilnya tiga pengganas berjaya dibunuh dan beberapa senjata seperti thompson, stengun dan pistol serta dokumen lain berjaya dirampas. Mej Salahuddin Abdul Mutalib (bersara) dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 73. Beliau berasal daripada Telok Anson, Perak. Mej Salahuddin berkhidmat sebagai Pegawai Perisikan Tentera sejak tahun 1972. Sebagai pegawai risik, beliau telah berusaha mencari maklumat berkenaan dengan pergerakan Komunis di Sarawak dan beliau terlibat dalam operasi-operasi sulit yang di-rancang khas oleh pasukan Perisikan Sarawak. Satu hasil kejayaan yang cemerlang ketika beliau menjalankan

Page 65: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

63BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013SUDUT INSPIRASIoperasi sulit dan telah membunuh dua orang pengganas komunis. Beliau bersama lima orang ang-gotanya berjaya menembusi perhubungan komunis.

Ringkasan kejadian pada 21 Jul 72, Mej Salahuddin ketika itu berpangkat Lt diarahkan untuk melaksanakan misi membunuh Komander Pasukan Bersenjata

330 Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) iaitu Fam Tze Heung dan isterinya. Pada malam 16 Jul 72, bersama tiga orang bekas pengganas Komunis (SEP), Lt Salahud-din bergerak melaksanakan misi tersebut. Setelah empat hari menunggu, akhirnya Fam Tze Heung muncul bersama SEP. Dalam samar-samar keg-elapan malam dan setelah memastikan sasarannya, Lt Salahuddin melepaskan tembakan MGK kearah kedua-dua pengganas. Fam Tze yang tercedera membals tembakan tetapi tidak mengenai sasaran. Lt Salahuddin bertindak nekad dengan berani memukul musuhnya dengan senjata MGK lantas men-jatuhkannya. Lt Salahuddin kemudian memulas tengkuk Fam Tze dan menggunakan pisau untuk membunuhnya. Seterusnya beliau menerpa kearah isteri Fam Tze dan menikam sebanyak dua kali di dadanya. Sepucuk AK 47 dan Stengun, peluru serta kelengkapan pengganas berjaya di rampas. PW 1 Mohamad Baharom (bersara) di kurniakan PGB pada Jun 1996. Dilahirkan pada 15 Mei 56, berasal daripada Mukim Satu Kepala Gajah, Nibung Tebal, Seberang Perai, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sri Tasek Seberang Perai Selatan hingga darjah tiga dan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh Bukit Mertajam Seberang Perai hingga darjah enam. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang keten-teraan sebagai seorang rekrut siri pertama di PULADA pada 3 Okt 76 dan kemudiannya berkhidmat di Batalion 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Pada 19 Feb 82 beliau ditumpangkan ke Sekolah Kor Risik Angkatan Tentera (SPAT) dan bertukar daripada Kor RAMD ke Kor Risik. Ringkasan kejadian pada 18 Jul 94 ketika itu beliau berpangkat PW 2 ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai kawasan strongpoint. Semasa melaksanakan tugas tersebut, kumpulannya diserang hendap berhampiran Hotel Guled, Mogadhisu, Somalia oleh puak militia. Dalam keadaan tertekan, PW 2 Moha-mad mempamirkan ciri-ciri kepimpinan dan keberanian dengan membalas tembakan militia dan berjaya keluar dari kawasan pemtempuran. Beliau Berjaya menyelamatkan lapan orang pengir-ing dari Malaysia termasuk dua yang terkorban dan em-pat pegawai tentera asing termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Kolonel dari tentera Itali. PW 2 Jamaludin Suraini (bersara) di kurniakan PGB pada 1 Jun 97. Berasal dari Ayer Hitam, Johor. Ringkasan kejadian, pada 18 Ogos 76 hasil daripada maklumat tentang penghantaran makanan kepada pengganas komunis, PW 2 Jamaludin bersama ang-gota seramai sembilan orang membuat intipan. PW 2 Jamaludin bersama seorang anggota polis, ASP Steven Gonzagos mengekori sebuah kereta ejen pengganas

dan menahannya. Semasa itulah ejen tersebut membuat helah dan melepaskan tembakan dan mencederakan ASP Steven.

Dalam keadaan genting tersebut, PW 2 Jamaludin men-gambil perlindungan di sebalik keretanya dan membalas tem-bakan ejen tersebut lalu mem-bunuhnya. Sepucuk pistol ber-

sama peluru, bom tangan dan sejumlah besar makanan dirampas daripada kereta pengganas. Sjn Muit Ahmad (bersara) di kurniakan pingat PGB pada 1 Jun 97. Beliau berasal dari Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka. Menyertai bidang ketenteraan sejak tahun 1965 dalam Rejimen Gerak Khas Malaysia dan bertukar ke Kor Risik berkhidmat dengan Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT) pada tahun 1972. Ringkasan kejadian pada 6 Ogos 76 hasil daripada maklumat yang diperolehi bahawa peng-ganas komunis akan mendapatkan sumber makanan, satu operasi khas dilancarkan diketuai oleh Kapt Ahmad Rashid bersama lima orang anggota termasuk Sjn Muit. Kumpulan tersebut mengambil kedudukan tersembunyi dalam sebuah rumah kepunyaan pemberi maklumat. Setelah ketibaan pengganas komunis di rumah terse-but. Sjn Muit menyerbu masuk dan berlaku pergelutan. dalam setuasi genting itu, Sjn Muit berjaya membunuh seorang pengganas. Kapt Ahmad yang turut menyerbu masuk turut berjaya mencederakan seorang lagi peng-ganas. Kumpulannya turut merampas dua pucuk pistol 38 beserta peluru daripada kedua-dua pengganas tersebut. Kpl Paul Nyopis ak Noyeat (bersara) di kurniakan PGB pada 8 Jun 78. Beliau berasal daripada Kampung

Opar, Bau, Sarawak. Menyertai bidang ketenteraan dalam Kor Renjer dan ditukarkan ke Kor Risik ditumpangkan kepada Pegawai Perisikan Tentera (MIO) ditugas-kan sebagai Pegawai Perisikan Medan (FIO) pada tahun 1972.

Ringkasan kejadian pada 15 Apr 72, beliau ditugaskan mengiringi sekumpulan pasukan

keselamatan bergerak dari Kuching ke Bau. Semasa konvoi menghampiri kawasan Tondong, Bau, kumpu-lannya diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis. Tanpa menghiraukan keselamatan diri, beliau den-gan berani melakukan serangan balas dan berjaya membunuh tiga musuh serta mnegusir yang lain. Tin-dakan nekad dan beraninya dapat mnegurangkan kecelakaanlebih besar kepada kumpulannya. Hanya lima anggota keselamatan yang tercedera.

Page 66: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

64

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Oleh : Staf Risik 19 RAMD (MEK)Foto Oleh : Staf Risik 19 RAMD (MEK)

Secara ringkasnya pada tarikh 18 Jun 1993, seramai 870 anggota Batalion Ke 19 RAMD (Mek) telah diaturgerakan bagi menyertai misi pengaman di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu MALBATT 1, UNOSOM II di Moghadishu, Somalia. MALBATT 1 telah diketuai oleh Kol Abdul Latif Ahmad sebagai Komander

MALBATT dan Lt Kol Mohamad Rozi Baharom Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mek) yang ke-10 ditugaskan sebagai Timbalan Komander MALBATT 1. Penugasan MALBATT di dalam pelbagai misi telah membawa kepada banyak kejayaan dan sekaligus menaikan nama Malaysia di arena antarabangsa. Keberanian anggota dan juga pegawai begitu terselah semasa terlibat secara langsung dalam pertempuran di Pasar Bakara, Mogadishu Somalia. Walaupun kelengkapan tempur serba kekurangan tetapi pertempuran pada 3 dan 4 Okt 93 di tengah-tengah Kota Mogadishu itu benar-benar memberikan satu impak dan pengalaman peperangan sebenar kepada 11 Pegawai dan 103 Lain-lain Pangkat. Penglibatan MALBATT di dalam misi menyelamat tentera US Ranger dan juruterbang pesawat Blackhawk yang diikepung oleh militia Farah Aideed pada malam 3 Okt 93 di Pasar Bakara adalah merupakan satu-satunya

PERISTIWA

pengalaman pertempuran yang diidam-idamkan oleh setiap anggota tentera yang dilatih untuk bertempur. Walaupun operasi ini dilaksanakan dalam keadaan mendadak dengan serba kekurangan dari aspek perisikan musuh, keadaan medan dan kedudukan objektif, serta masalah komunikasi dan koordinasi di antara tentera asing yang bergabung bersama untuk melaksanakan operasi, tim tempur MALBATT telah berjaya mempamerkan tahap profesionalisme ketenteraan yang cemerlang dan boleh dibanggakan. Dalam konteks ini, semasa misi tersebut, Pasukan ini telah berjaya mencapai kejayaan yang besar di mana ketumbukan Pasukan telah berjaya menyelamatkan 75 anggota Rangers Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara pada 3 dan 4 Okt 93. Tindak tanduk anggota MALBATT dalam operasi tersebut telah disanjung tinggi oleh semua pasukan pengaman UNOSOM II. Dalam pertempuran yang berlaku selama enam jam itu, puak Militia Aideed telah menembak beratus-ratus launcher RPG dan beribu-ribu butir peluru mesingan ke arah kumpulan penyelamat. Kemuncak pertempuran berlaku semasa tim tempur MALBATT mencecah pinggir objektif. Ungkapan “PANTANG MENYERAH SEBELUM AJAL” tertanam kukuh di sanubari setiap anggota MALBATT walaupun menyedari bahaya yang bakal dihadapi

19 RAMD (MEK) Memperingati 20 Tahun Peristiwa Pertempuran Pasar Bakara

Page 67: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

65BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013PERISTIWAserta semangat keperwiraan yang tertanam dalam diri individu menyebabkan mereka tidak kenal erti takut terhadap tembakan musuh. Pihak Quick Reaction Force (QRF) dari 2/14 Infantry Regiment US Army telah menyaksikan sendiri reaksi berani anggota MALBATT dalam menangani senario pertempuran yang amat

tertekan dan terdesak. Di atas keberanian luar biasa dan kejayaan yang ditunjukkan oleh Penggempur Mekanize, seorang anggota Pasukan ini iaitu Kpl Mat Aznan Awang telah terkorban dan dikurniakan Darjah Keberanian Tertinggi Persekutuan, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan 6 orang lagi dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB). Antara yang dianugerahkan PGB adalah Mej Abd Aziz Abd, Kapt Mohd Halim Khalid, Lt Khairul Anuar Abd Aziz, Lt M Muhamad Juraimy Ariffin, LKpl Sabri Ahmad dan LKpl Rizal Ismail. Kecekapan Penggempur Mekanize ini telah membuktikan bahawa mereka telah dilatih dengan secukupnya dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan semua tugas yang diberi dalam misi tersebut. Semangat gigih serta setiakawan yang cukup tinggi telah berjaya membantu kejayaan operasi serta menyelamatkan banyak anggota MALBATT sendiri dan tentera Amerika. Kecekapan dan kecekalan mereka secara langsung telah menghasilkan kejayaan pada misi menyelamat tersebut. Sesungguhnya, kecemerlangan warga Pasukan ini telah mengangkat martabat Tentera Darat Malaysia (TDM) menjulang tinggi nama baik Malaysia di persada antarabangsa. Pengorbanan, perjuangan dan pengabadian warga Pasukan di Pasar Bakara telah diiktiraf dengan penganugerahan ’Battle Honours’ di

Panji-Panji Pasukan. Sejak 20 tahun lalu, tarikh keramat 3 dan 4 Okt 93 tidak pernah dilupakan oleh setiap warga Pasukan. Sehingga kini, Pasukan telah banyak memperolehi kejayaan yang membanggakan bagi mengharumkan nama baik Batalion Ke-19 RAMD (Mek). Kini sudah 20 orang bertukar ganti sebagai Pegawai Memerintah ke Pasukan ini dan kini Lt Kol Wisyam Abdul Hadi akan meneruskan tampuk kepimpinan dan menjadi tulang belakang dalam mencorak Pasukan ini agar meneruskan tradisi kecemerlangan Batalion Ke-19 RAMD (Mek).

AS Iktiraf Peranan ATM Dalam 'Black Hawk Down'

Semasa Majlis Penyerahan Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia di Teluk Kemang pada 13 Dis 13, Amerika Syarikat (AS) melalui Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly secara rasminya mengiktiraf dan mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera US Ranger dan juruterbang pesawat Blackhawk yang diikepung oleh militia Farah Aideed pada malam 3 Okt 93 di Pasar Bakara. Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II ini tidak pernah didedahkan malah tidak

langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada tahun 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapan menjelaskan amat terharu dengan pengiktirafan itu kerana AS dapat mengenang jasa perajurit tanah air yang terlibat dalam operasi tersebut walaupun telah 20 tahun berlalu. Peristiwa ini amat bermakna dalam sejarah ATM yang mana ia telah menyuntik semangat keperwiraan kepada warga tentera khasnya malah rakyat Malaysia umumnya.

Page 68: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

66

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a SUDUT PSIKOLOGI

Oleh: Lt Kol Dr Burhanuddin Jalal Penghayatan Islam secara keseluruhannya hanya dapat dibentuk apabila terdapatnya kesatuan dalam penghayatan akidah, ibadah dan akhlak. Aspek ini penting kerana seseorang itu akan berubah tasawwur, perasaan dan tingkah lakunya ke arah yang lebih baik apabila seseorang itu mendalami ilmu dan berubah pandangannya terhadap Islam. Ini selaras dengan saranan al-Quran dan Hadis yang banyak menjelaskan agar setiap individu Muslim meningkatkan ilmu pengetahuan. Aspek akidah memang mempunyai hubungan yang kuat dengan aspek ibadah. Ini adalah kerana seseorang yang beribadat kepada Allah s.w.t wajib mengakui keesaan Allah pada zat dan sifatNya. Ibadat yang disertai dan di campur dengan syirik kepada Allah, tidak akan diterima. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud, “ Dan hendaklah kamu beribadat kepada peribadi Muslim. Sifat ikhlas dalam beribadah iaitu suci

hati dalam melakukan ibadah kepada Allah atau dengan menjauhkan segala macam syirik. Orang-orang yang beribadat kerana hendak dipuji atau takut dicela orang kalau tidak beribadat atau beribadat mengharapkan sesuatu, maka ibadahnya tidak ikhlas kerana Allah dan ibadah seperti ini tidak mendapat pahala dan orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang tidak beradab kepada Allah. Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud, “ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar”. Perlu ditekankan bahawa, terdapat hubungan yang kuat antara faktor akidah, ibadah dan akhlak. Jika terabainya aspek akidah, ibadah dan akhlak yang disebut sebagai nilai kerohanian, bererti terabainya satu faktor kekuatan dan ketahanan dalam diri dan umat. Sejarah kalah menang umat Islam terdahulu dalam peperangan pada zaman silam mengesahkan peranan

Kesatuan Akidah, Ibadat dan Akhlak Membentuk Insan Muslim

Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua”. Begitu juga terdapatnya hubungan antara akidah dengan akhlak. Aspek ibadah dan akhlak saling berhubung kait di antara satu sama lain bagi membentuk

Page 69: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

67BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013SUDUT PSIKOLOGIpenting faktor iman dan kerohanian. Kekuatan inilah yang melayakkan tentera Islam mendapat pertolongan Ilahi (bantuan Malaikat) dalam Perang Badar. Namun demikian Allah tidak menurunkan tentera bantuannya dalam Peperangan Uhud akibat d a r i p e n y e l e w e n g a n rohaniah dalam kalangan s e k u m p u l a n t e n t e r a Islam. Ketika umat Islam tertanya-tanya tentang punca kekalahan di Uhud itu, Allah telah memberikan j a w a p a n n y a m e l a l u i firmannya dalam surah Ali-Imran ayat 165 yang bermaksud, “(Patutkah k a m u m e l a n g g a r perintah Rasulullah)? dan

(kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telah pun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kemalangan) ini? “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)”.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. Faktor iman dan kekuatan rohani dalam konteks umat Islam terdahulu dan dalam peperangan telah diperjelaskan lagi oleh Amirul Mukminin Umar al-Khattab

dalam amanatnya kepada Panglima Saad Ibn Waqas yang sedang berhadapan d e n g a n t e n t e r a Kisra, “kita tidak akan dapat mengalahkan musuh hanya dengan kekuatan bilangan dan kekuatan kita, tetapi k i ta hanya mungkin akan menang k e r a n a m a k s i a t yang dilakukan oleh musuh dan ketaatan k i t a k e p a d a N y a , andainya kita juga sama seperti mereka, sama bergelumang maksiat, merekalah yang akan menang k e r a n a k e k u a t a n m e r e k a m e m a n g mengatasi kekuatan kita”. O l e h y a n g

demikian, aspek kekuatan kerohanian merupakan perkara yang penting. Sejarah telah membuktikan unsur kerohanian ini telah merosot dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam akibat serangan tamadun Barat yang lebih bersifat materialistik. Malah dalam tamadun Islam sendiri wujud masalah kemerosotan rohaniah, pemusnahan tasawuf dari fiqh, pemisahan tazkiyah dari tarbiyyah dan pemisahan hakikat dari syariat. Akibatnya terdapat kalangan yang mengamalkan

fikah yang sudah kehilangan makna kerohaniannya, di samping wujudnya kalangan yang mengamalkan tasawuf yang menyimpang dari fikah. Sesungguhnya pendidikan rohani bagi generasi masa kini memerlukan pendekatan yang bersepadu, mengintegrasikan rohani dalam kesepaduan ilmu dan amali, bagi menampilkan semula watak sepadu insan muslim yang dikatakan sebagai , ruhbanu ‘il-layl wa furasanu ‘n-nahar. (Malam seperti rahib beribadah dan siang seperti kuda yang tangkas bekerja). Dalam hubungan ini pembinaan watak insan muslim perlu meliputi pembinaan jasmani dan rohani untuk memberikan ketahanan mengharungi kesusahan dan kepayahan. Sementara pembinaan akliah adalah bertujuan memberikan kecekapan dalam merencana kehidupan dan pembinaan rohaniah untuk mengeratkan hubungan dengan Allah s.w.t dengan tujuan memurnikan niat dan matlamat segala amal dan pekerjaan demi mencari keredaan

Page 70: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

68

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a RENCANA

Allah. Perkara ini juga bertujuan menambahkan tawakal dan rasa kebergantungan Allah, menanamkan keyakinan bahawa kemenangan atau kejayaan adalah ketentuan Allah dan menanamkan kesedaran bahawa segala bentuk persiapan, latihan atau pencarian ilmu hanyalah sekadar wasilah atau jalan kepada kemenangan dari Allah. Perkara ini turut diperkukuhkan oleh tokoh ulama Profesor Dr Yusuff al-Qardhawi, yang menyatakan bahawa ajaran Islam itu saling berkaitan dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Menurut beliau, akidah membuahkan

ibadat dan ibadat membuahkan akhlak. Antara sifat orang-orang yang berjaya mengaitkan ciri-ciri akidah, ibadah dan akhlak adalah orang yang beriman, bertakwa dan bersifat ihsan. Sifat-sifat yang sedemikian telah disebut oleh Allah s.w.t dalam surah al-Anfal ayat 2 hingga 5, yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah, iaitu orang-orang yang mendirikan

sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan k e p a d a m e r e k a .merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar -benarnya. mereka a k a n m e n d a p a t pangkat -pangkat yang t inggi di s i s i Tuhan mereka dan keampunan ser ta limpah kurnia yang mul ia (di Syurga), s e b a g a i m a n a ( h a r t a r a m p a s a n perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, m a k a ) T u h a n m u (Wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan k e b e n a r a n j u g a ,

sedang sebahagian dari orang-orang Yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang)”. Berdasarkan maksud ayat al-Quran tersebut, al-Qardhawi menyatakan kesemua ajaran Islam menggabungkan antara akidah, ibadat dan akhlak sama ada berkaitan dengan agama atau dunia dan berkaitan dengan individu atau masyarakat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, jika sekiranya terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam sistem pembinaan diri insan dalam masyarakat dan umat Isalam di negara kita, ia perlu diperkukuh, diperbaiki serta bimbingan yang berterusan dari ulamak dan pendakwah seluruhnya.

Page 71: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

69BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013SUDUT KESIHATAN

Apa itu barah Hati?

Apa itu barah Hati?Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu tumbuh. Barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Barah hati juga dikenali sebagai hepatoma yang berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati. Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada dua iaitu tumor benigna yang mana biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan, ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal dan tumor malignan hati.

Faktor barah Hati Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat barah hati ialah pembawa penyakit Hepatitis B yang mana pembawa penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat barah hati jika mereka mempunyai virus yang boleh merosakkan hati. Mereka yang ketagihan alkohol juga banyak dikaitkan dengan penyakit barah hati. Kesakitan barah hati biasanya berlaku sepanjang masa terhadap mengidap barah tersebut. Semasa berlaku tekanan terhadap saraf dan organ lain, ketumbuhan itu sendiri boleh menyebabkan rasa sakit, kesakitan barah hati ini mungkin kronik atau akut.

Sakit akut berlaku kerana kerosakan tisu badan dalam tempoh yang terhad. Apabila punca kesakitan dikenal pasti, Ia boleh dikawal. Untuk sakit yang kronik, sakit biasanya akan beterusan (biasanya lebih dari 3 bulan). Sistem saraf kita akan menyesuaikannya kerana rasa sakit kronik ini tidak dapat diubah. Hal sedemikian akan menyebabkan kemurungan, kerisauan dan insomnia. Rawatan barah hati juga menyebakan anda

berasa ketidakselesaan. Pasukan rawatan di Pusat Perubatan Kanser Amerika (CTCA) mengatakan bahawa rasa yang berlarutan akan menjejaskan kehidupan anda seharian. Jadi, anda perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin. Diet barah hati adalah paling penting bagi mereka yang mengidap barah hati dan terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan wajib dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan dari segi permakanan penyakit ini boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian. Bagi pesakit ini harus mengambil susu dan yogurt kerana ia dapat mengurangkan perkembangan barah hati. Anda harus memastikan bahawa susu dan yogurt adalah bebas gula. Makan 7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran(organik dan bebas racun perosak) dan harus mengambil sayur-sayuran serta buah yang mengandungi vitamin C dan vitamain B yang tinggi. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik dan tidak mengunakan racun perosak. Menurut kajian mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempuyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat barah hati daripada meraka

Page 72: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

70

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a SUDUT KESIHATANyang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur. Salah satu cara untuk melawan penyakit barah hati, pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang. Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang

berbeza pada tubuh kita. Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut. Serat larut seperti kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai kolesterol buruk dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan. Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan dan disyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari. Pesakit barah hati harus mengambil minuman jus delima kerana membantu mencegah kanser hati dan bagi lelaki, satu lagi manafaat jus delima kepada kaum laki-laki bahawa jus delima adalah pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat. M i n y a k z a i t u n d a p a t membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh anda kembali ketahap optima. Meningkatkan tumpuan dan tenaga anda selain itu ikan memberikan lemak yang sihat dan tidak memburukkan kanser hati. Bagi

mereka yang sagat peka mengenai kanser, ikan laut dalam adalah yang terbaik. Ianya merupakan sumber protien yang bagus. Pekara yang paling mustahak dalam mencegah barah hati adalah pemakanan yang bebas gula. Ini kerana pesakit diabetes mempuyai

risiko yang sangat tinggi untuk mendapat barah hati. Makanan dan minuman yang perlu dielakkan ialah lemak haiwan dan lemak t rans yang mana pesakit harus mengelakkan dari mengambil kedua dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit barah. Jangan mengambil d a g i n g m e r a h secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah. Selain itu, pesakit barah juga perlu menghindari d a r i m e m a k a n bijan, lada dan keju kerana ianya akan memburukkan lagi barah tersebut. Pengurusan emosi barah hati hati bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya bagi mereka yang akrab atau rapat dengan si pesakit. Kita haruslah memberikan perhatian yang khusus dan pandai untuk mengambil hati pengidap barah hati ini. Mereka amat memer lukan sokongan dan dorongan dari semua pihak terutamanya dari mereka yang disayangi. Membentuk satu hubungan yang baik dan perasaan menghormati dengan setiap jururawat dan doktor barah hati ialah satu kunci dimana kita boleh mengetahui sejauh mana keadaan barah tersebut. Apabila anda mendengar berita

buruk tentang pasangan ataupun ahli keluarga mengenai barah hati jangan terlalu emosional, menagis ataupun merengek. Ini akan membuatkan doktor berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenarnya tentang keadaan pesakit. Anda perlu tenang dan mendengar dengan cermat apa yang dikatakan doktor. Adalah lebih baik jika anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada doktor dengan hal hal yang berkait. Mereka akan melihat anda sebagai seorang yang cekal. Jika anda berasa seperti ingin menagis, tahan perasaan tersebut dan lepaskan sesudahnya. Jangan biarkan mereka melihat anda bersedih dan menagis.Perubahan emosi seperti terkejut, takut, marah, akan anda alami. Kadang-kadang, ketika anda merasa kecewa dengan situasi anda, sila ingat bahawa ini adalah perasaan semulajadi. Jadi, angaplah ia sebagai cabaran dan jangan menyalahkan dir i sendiri. Sebaliknya, anda perlu untuk mencari sokongan dan bantuan supaya anda dapat mengatasi emosi dan perasaan anda. Sesetengah orang akan berasa selesa untuk berbincang dengan ahl i keluarga sendir i ataupun teman rapat. Namun ada sesetegah orang lebih senang untuk

berbicara dengan mereka yang bukan teman rapat ataupun orang asing. Apa yang penting supaya dapat mengatasi perasaan dan emosi anda. Kita harus membuat mereka yang mengidap barah hati supaya gembira dan bahagia, jangan sama sekali memaksa atau mempersendakan pengidap barah hati kerana beliau berhak untuk berasa gembira dan bahagia, j ika boleh kita jangan sesekali membuat perasaannya terluka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pesakit barah hati ini kekuatan untuk menempuhi penderitaan barah hati yang dialami.

Page 73: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

71BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013AGAMA

Keamanan dan Keselamatan dari Perspektif Islam

Keamanan dan Keselamatan dari Perspektif IslamIslam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.(al-Anbia’ : 107). Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani. Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar. Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah. Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini. Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan. Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam. Sebagai contoh, jihad

Page 74: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

72

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a AGAMA

Apa yang pasti perkataan I s l a m y a n g b e r e r t i selamat tidak lagi bererti s e l a m a t s e b a l i k n y a akan menyumbangkan k e m u s n a h a n h a s i l d a r i p a d a f a h a m a n sempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri. Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai antara kaca dengan per mata tentu t idak mahu melihat keadaan ini wujud.

bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa. Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman begini mendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti.Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti selamat tidak lagi bererti selamat sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripada fahaman sempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri. Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai antara kaca dengan permata tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkan yang hasilnya umatnya akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akan dipinggirkan daripada arus globalisasi dunia. Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi

juara keamanan dan kemakmuran. Lihatlah di Bosnia, Kasmir, Palestin malah di negara jiran kita sendiri keamanan dan kesejahteraan yang sepatutnya mereka miliki telah tergugat. Puncanya seperti yang telah kita nyatakan lebih banyak disebabkan nilai-nilai murni yang ditanam oleh Rasulullah telah mula diabaikan. Perpecahan sesama sendiri adalah salah satu puncanya. Jika mereka cuba untuk bersatu namun kesatuan yang mereka wujudkan lebih menjurus kepada kepentingan diri. Dalam bersatu mereka juga bertelagah.Dalam mewujudkan lebih banyak jamaah mereka juga mewujudkan lebih banyak perpecahan.

Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.Rasulul lah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan.Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda. Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda t idak mendahulukan

menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum. Sudah sampailah masanya Islam perlu dilihat sebagai agama yang membawa keselamatan dan keamanan kepada umat manusia seperti apa yang dilakukan oleh Rasululah s.a.w. Rasa bimbang di dada umat Islam apatah di mata musuh Islam perlu dibaiki. Mesej dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bersandarkan keamanan

dan keselamatan perlu diguna dan dibangunkan semula oleh umat Islam kini. Apabila mesyuarah menjadi keutamaan baginda, maka itulah juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Rasulullah s.a.w. dapat bertolak ansur dengan kaum musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demik ian? Sayangnya ket ika mencar i perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat. Perlu ditegaskan lagi bahawa Rasu lu l lah s .a .w. hendak lah dijadikan contoh. Kebijaksanaan

Page 75: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

73BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013AGAMAyang dipamerkan oleh Rasulullah perlu diikuti lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai ulama. Kita juga per lu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah s.a.w. dalam meningkatkan dakwah di kalangan mereka yang bukan Islam. Serentak itu Rasulullah s.a.w. berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh baginda bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya per musuhan. K in i negara k i ta sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi. S e b a g a i u m a t y a n g m a h u menjadikan dirinya contoh dan inginkan Is lam dil ihat sebagai agama pembawa keamanan, kita perlu menyumbangkan sesuatu yang baik kepada keharmonian rakyat di negara ini. Kemelesetan ekonomi akan mengundang pelbagai kemungkinan dalam kehidupan masyarakat. Kegelisahan kemurungan dan ketidak stabilan politik boleh wujud pada bila-bila masa seperti apa yang terjadi

kepada beberapa negara jiran. Disinilah letaknya peranan kita untuk mempamerkan kemurnian ajaran Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini perlu memperlihatkan sikapnya menghargai keamanan. Ini kerana keamanan adalah elemen yang sangat penting untuk kita menebus maruah negara yang mungkin tergadai. Apatalah lagi jika pucuk pimpinannya dipegang oleh orang Islam. Jika kepimpinannya tumbang maka tidak mustahil martabat Islam yang kita letakkan di tempat yang tinggi negara ini

akan turut goyang. Inilah yang perlu kita elakkan dan jika ia berlaku juga dunia akan mencaci kita. Mereka akan mengaitkan kegagalan kepimpinan Is lam dengan agama Islam yang kita bawa. Maka sudah tentu kita tidak mahu mereka menyamakan negara ini sama dengan negara Islam lain yang rata-rata mundur lantaran kegagalan pemimpinnya menguasai ekonomi negara. K i ta masih belum terlambat kerana agama Islam yang cemerlang perlu lebih dicemerlangkan lagi melalui tindak-

tanduk umatnya. Islam agama yang mementingkan keselamatan perlu ditonjolkan oleh umatnya melalui tutur kata dan tingkah laku yang berhemat. Kata-kata memaki, mengancam dan mengh ina sesama Islam perlu dihentikan kerana ia tidak menggambarkan keselamatan dan keamanan yang dibawa oleh Islam. Orang yang masih melakukan perbuatan demikian samalah seperti orang yang menganjurkan permusuhan dalam kehidupan umat. Orang yang menganjurkan permusuhan diibaratkan orang yang berdiri di tepi jurang neraka yang hanya menunggu saat kehancurannya. Justeru itu Islam melihat penganjur keamanan sebagai faktor yang akan menyelamatkannya daripada dihumban ke dalam api neraka. Sesiapa juga perlu menyedari betapa pentingnya keamanan dan keselamatan dipelihara. Malah, bukan hanya sekadar sedar tetapi hendaklah dengan penuh iltizam memel iharanya. Memel ihara keselamatan dan kesejahteraan di dunia berkait rapat juga dengan memel iha ra keamanan dan kesejahteraan kehidupan kita di akhirat nanti.

Page 76: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

74

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a SUKAN

M k 2 B g d A n j u r Berbasikal Sejauh

16 kmPERAK: Seramai 35 Pegawai dan 70 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) terdiri dari unit bawah naungan MK 2 Bgd terlibat dalam aktiviti berbasikal sejauh 16 km bermula dari Padang Bola 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) hingga Hutan Simpan Hulu Kinta bersempena HUT 2 Bgd ke - 58 pada 18 Okt 13. Acara dimulakan dengan pelepasan oleh Ketua Staf MK 2 Bgd, Lt Kol Robia’ai Haji Muhammad yang mana aktiviti sedemikian bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama serta semangat setia kawan sesama anggota serta melatih anggota agar lebih berdisplin ketika melakukan aktiviti riadah. Turut hadir semua Pegawai Memerintah pasukan yang terlibat dan anggota di bawah naungan MK 2 Bgd yang datang memberi semangat dan sokongan kepada pasukan mereka. - Pbt Mohd Adha Abdullah

Karnival Sukan Mk 12 Bgd

3 Div Johan Karnival Sukan PMTD

KUALA LUMPUR : Markas 12 Br iged (MK 12 Bgd) mengadakan Karnival Sukan 12 Bgd disertai oleh pasukan-pasukan di bawah naungan 12 Bgd yang berlangsung selama tiga hari dari 21 hingga 23 Okt 13 bertempat di sekitar 12 Bgd. Antara sukan yang dipertandingkan ialah futsal, road relay, bola tampar dan merentas desa yang mana telah menguji tahap fizikal dan mental peserta selain ianya juga dapat memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota. Turut hadir Panglima MK 12 Bgd, Brig Jen Ya’cob Hj Samiran yang melaksanakan acara penutup dan penyampaian hadiah. – Caw Risik MK 12 Bgd

TAHNIAH...Panglima 12 Bgd mernyampaikan hadiah kepada pemenang

Oleh: PR 2 Div

PERAK: Markas 2 Divisyen (MK 2 Div) dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah Karnival Sukan Pemerintahan Medan Tentera Darat Tahun 2013 yang berlangsung selama lima hari ini bermula dari 19 hingga 23 Nov 2013 bertempat di sekitar MK 2 Bgd. Sebanyak 5 acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Road Relay dan semua atlit dari MK 1 Div, MK 2 Div, MK 3 Div, MK 4 Div dan Trup Medan telah berkumpul di MK 2 Bgd bagi menjayakan karnival ini. Johan kesuluruhan disandang oleh MK 3 Div dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 37

mata manakala Naib Johan di sandang oleh MK 2 Div dengan pungutan mata sebanyak 26

mata dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima 2 Div Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad.

Page 77: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

75BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

Berita Tentera Darat Malaysia 1986-2013

Perlawanan Bola Sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Oleh:

SELANGOR: Kolonel Yang Dipertua Rej imen Askar Melayu DiRaja (RAMD), DYMM Tuanku Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah bercemar duli berkenan menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah di antara pasukan 9 RAMD PARA dengan pasukan 19 RAMD MEK yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi,Selangor. Perlawanan sengit ini dimenangi oleh 9 RAMD PARA melalui sepakan penalti 4 - 2. DYMM Tuanku Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berkenan menyampaikan Piala Kejohanan serta menyampaikan piala kepada penjaring terbanyak

dan pemain terbaik. Turut hadir pada acara tersebut adalah YTM Tunku Temenggong Kedah, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj

Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan para Pegawai Kanan RAMD.

SUKAN

KENANGAN...pemenang bergambar bersama piala Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Page 78: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

76

BTDM 199

BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA

1 A n g k a t a n T e t a p G a g a h T e t a p S e t i a

Page 79: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi

HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

Page 80: HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG - btdmonline.net · Sjn Hazli Ghazali, Sjn Razali Nor, Kpl Siti Hamida, Kpl Mohd Nazri Saat, Kpl Azli Muftafa, LKpl Razaki Che Mud dan LKpl Azmi