hakisan

9
malaysian-ghost-research.org http://www.malaysian-ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-geografi/jenis-jenis-hakisan-tanah-akibat-tindakan- air-mengalir-kesan-terhadap-alam-sekitar-dan-eknonomi-negara.html Jenis-jenis hakisan tanah akibat tindakan air mengalir, kesan terhadap alam sekitar dan eknonomi negara. Pengenalan. Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan. Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga keadaan bentuk muka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa bumi ini bergantung pada agen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier dan air merupakan agen utama yang sentiasa mengubah muka bumi ini. Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, tindakan angin sangat berkesan, di kawasan kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasil kegiatan pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka bumi. Apa yang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks negara kita agen air merupakan agen yang paling berkesan. Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yang kembali pada kitarannya akan mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermula dengan pembentukan wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentuk awan akibat bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yang jatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut untuk kitaran yang seterusnya. Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudah bermula terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil yang ditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia atau sebaliknya. Definisi hakisan. Hakisan difahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telah termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didef inisikan sebagai erosi atau hakisan air (Ibrahim Komoo, 1987 : 33). Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan pemusnahan dan pengangkutan sama ada oleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktiviti hakisan air bawah tanah. Menurut Cummings(1978), perkataan Erosi (Erosion ) berasal daripada bahasa latin eridore; sentiasa bertindak (to gnaw) melonggar dan mengeluarkan bahan -bahan permukaan tanah. Lantaran itu, hakisan boleh dif ahami sebagai proses pemusnahan dan pembentukan bentuk muka bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan air mengalir yang bermula dari air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan air mengalir di atas permukaan bumi termasuk aliran sungai. Proses hakisan tanah oleh air mengalir. Menurut Cummings(1998) tarikan graviti membantu dalam sistem hakisan melalui daya tarikan ke atas air hujan atau air mengalir melonggarkan butiran tanah dan membawa ke tempat lain. Hujan umpamanya, pada kebiasaan mempunyai diameter 2 hingga 5 mm apabila jatuh ke permukaan bumi yang terdedah akan menyebabkan permukaan bumi akan mengalami hakisan melalui kesan air hujan yang menimpa tadi.

Upload: zul-apen

Post on 19-Jun-2015

636 views

Category:

Environment


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakisan

malaysian-gho st -research.o rghttp://www.malaysian-ghost-research.org/education/kertas-penyelidikan-geografi/jenis-jenis-hakisan-tanah-akibat-tindakan-air-mengalir-kesan-terhadap-alam-sekitar-dan-eknonomi-negara.html

Jenis-jenis hakisan tanah akibat tindakan air mengalir, kesanterhadap alam sekitar dan eknonomi negara.

Pengenalan.

Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan.Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga keadaan bentukmuka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa bumi ini bergantung padaagen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier dan air merupakan agen utama yangsentiasa mengubah muka bumi ini. Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, t indakan angin sangatberkesan, di kawasan kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasilkegiatan pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panasdan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka bumi. Apayang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks negara kita agen airmerupakan agen yang paling berkesan. Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yangkembali pada kitarannya akan mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermuladengan pembentukan wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentukawan akibat bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yangjatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut untuk kitaranyang seterusnya. Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudahbermula terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil yangditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia atau sebaliknya.

Definisi hakisan.

Hakisan dif ahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telahtermusnah. Yakni hakisan oleh agen air didef inisikan sebagai erosi atau hakisan air (Ibrahim Komoo, 1987 :33). Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan pemusnahan dan pengangkutan sama adaoleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktivit i hakisan air bawah tanah. Menurut Cummings(1978),perkataan Erosi (Erosion ) berasal daripada bahasa latin eridore; sentiasa bertindak (to gnaw) melonggardan mengeluarkan bahan -bahan permukaan tanah. Lantaran itu, hakisan boleh dif ahami sebagai prosespemusnahan dan pembentukan bentuk muka bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan airmengalir yang bermula dari air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan airmengalir di atas permukaan bumi termasuk aliran sungai. Proses hakisan tanah oleh air mengalir.Menurut Cummings(1998) tarikan gravit i membantu dalam sistem hakisan melalui daya tarikan ke atas airhujan atau air mengalir melonggarkan butiran tanah dan membawa ke tempat lain. Hujan umpamanya, padakebiasaan mempunyai diameter 2 hingga 5 mm apabila jatuh ke permukaan bumi yang terdedah akanmenyebabkan permukaan bumi akan mengalami hakisan melalui kesan air hujan yang menimpa tadi.

Page 2: Hakisan

Rajah 1 : Tit isan air hujan yang menimpa permukaan bumi yang terdedah. Dalam rajah 1 di atasmenunjukkan air hujan yang jatuh menimpa permukaan bumi dalam kelajuan yang tinggi. Semakin besarbutiran air hujan, semakin laju ia jatuh. Semakin besar luas permukaan yang dit impa. Sebagai contoh, jikahujan rebut boleh menghasilkan butiran hujan bersaiz 5mm menimpa 50mm permukaan bumi maka setiapmeter persegi permukaan bumi akan dit impa sebanyak 10,000.5g setiap butiran hujan pada kelajuan 30 kmperjam. Apabila air hujan menimpa tanah yang terdedah, tenaga tadi akan dipindahkan terus pada tanah.Tenaga ini akan memecahkan butiran tanah yang longgar dan tercerai sehingga 150mm dari t it ik hentaman.Ini dapat diterangkan dengan rajah yang ditunjukkan di bawah.

Page 3: Hakisan

Rajah 2: Titisan hujan menimpa permukaan tanah yang terdedah. Ilustrasi yang ditunjukkan di atasmengandaikan bahawa tit isan hujan menimpa terus permukaan tanah yang terdedah. Jika permukaan tanahtadi diliputi oleh tumbuhan tenaga daripada air hujan yang jatuh akan dikurangkan dan diserap sebelumsampai ke atas permukaan seterusnya menyebabkan hakisan seperti dalam Rajah 2. Proses hakisan tadit idak akan berhenti begitu sahaja. Sekiranya hujan yang turun di sesuatu kawasan dalam jangka masa yanglama dan kebetulan kawasan berkenaan merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan makakejadian banjir kilat atau air larian permukaan akan terjadi. Kejadian seumpama ini berlaku apabila permukaanbumi t idak mempunyai kemampuan untuk menyerap air yakni permukaan bumi telah menjadi tepumeenyebabkan air bertakung di atas permukaan yang akan menyebabkan permulaan aliran air permukaanatau banjir kilat. Kejadian banjir kilat juga disebabkan oleh kesan timpaan air hujan yang menanggalkanbutiran tanah yang longgar dan menutup rekahan – rekahan permukaan bumi. Sekiranya permukaan bumiadalah datar maka air akan mengalir perlahan dan melonggarkan butiran tanah atau melontarkannya ke atasakibat daripada timpaan tadi. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan bentuk muka bumi di kawasanberkenaan adalah curam, tarikan gravit i akan menyebabkan air mengalir dengan laju menuruni bukit. Air tadiakan mengalir melalui alur kecil dan permukaan tanah yang rendah yang akhirnya membentuk alur yang lebihbesar di permukaan bumi. Kelajuan air yang tinggi akan meningkatkan daya potensi air mengalir tadimenghakis permukaan bumi melalui proses cakaran dan ragutan permukaan. Semakin banyak alur makasemakin tinggilah kelajuan air mengalir dan semakin curam tebing bukit maka semakin laju air mengalir.Proses ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

Rajah 3 : Aliran air membawa kesan ke atas permukaan tanah.

Sumber : my.opera.com

Dalam proses aliran air permukaan tadi bermula dari t it isan air hujan yang menimpa permukaan bumisehinggalah air mengalir ke sungai proses hakisan melalui ragutan akan berlaku. Air yang mengalir melaluipermukaan bumi mempunyai potensi menghakis bahan – bahan yang terdapat pada permukaan. Semakin lajuair maka potensi menghakis adalah lebih t inggi. Walau bagaimanapun, potensi aktivit i hakisan adalahberbeza mengikut jenis permukaan tanah. Tanah liat lebih mudah terhakis oleh pergerakan air sekitar 800mmper saat atau lebih manakala pasir halus akan terhakis bermula dari 400mm/saat. Walau bagaimanapun,peningkatan kelajuan akan meningkatkan potensi hakisan sebanyak 16 kali. Sehubungan dengan itu, aliranair akan mengangkut butiran tanah yang longgar dan semakin halus butiran lebih mudah diangkut danproses pengangkutan ini akan meningkat dengan 32 kali. Dalam proses hakisan akan berlaku prosespengangkutan hasil daripada hakisan yang telah dinyatakan di atas tetapi dalam masa yang sama proses

Page 4: Hakisan

pengangkutan akan berlaku dengan membawa butiran tanah yang longgar dari kawasan yang asal kekawasan lain yang lebih rendah. Gambaran berkenaan dapat dilihat dalam Rajah 4 di bawah.

Rajah 4 : Hakisan di kawasan bukit. Dalam rajah ini, hakisan terjadi di kawasan permukaan bumi yangterdedah kepada air hujan dan dan sebahagian daripada butiran tanah akan terhakis. Butiran ini pula akandipindahkan ke kawasan lain oleh tindakan air mengalir melalui proses pengangkutan. Dalam rajah di atas,pembahagian tindakan ragutan dan pengangkutan adalah dalam zon yang sama manakala kawasanpermukaan bumi yang datar dan lebih rendah lebih kepada ruang zon pemendapan. Hakisan yangdibincangkan di atas akan menghasilkan pelbagai rupa bumi di permukaan yang terdedah kepada air hujandan air mengalir.

Jenis-jenis hakisan tanah.

Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkankehilangan bahan f izikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur untukkegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga menyebabkanpengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan buruk yang tidakmenyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan menyebabkan dasar sungaimenjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti jalan raya, pelabuhan dan jugaempangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti yangberikut:-

Hakisan hujan.

Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau tumbuhanasal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air hujan. Walaubagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini t idak jelas di kawasan yang tertutup oleh rimbunan tumbuhan.Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah diusahakan untuk tujuan tertentusama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya telah menyebabkan permukaan bumiterdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka panjang menyebabkan sesuatu kawasan akanmenjadi gondol. Menurut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa hujan lebat boleh menyebabkan hakisan

Page 5: Hakisan

hujan tadi memindahkan tanah sehingga mencapai 100 tan untuk setiap ekar (Ibrahim Komoo,1987 : 36)

Rajah 5 : Hakisan hujan boleh membentuk mikro alur dan alur pada cerun.

Sumber : kjpermaculture.blogspot.com

Bahan yang berbutir halus yang berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan olehair hujan ke kawasan yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuhakan membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruhpermukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi mengalir ke

Page 6: Hakisan

kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan menghakis alurberkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan f enomena baru hasil daripada f enomena hakisanair mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan sebuah payung sementara.

Hakisan sungai.

Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah tinggi yangkemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis serta mengangkut bahanyang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar seterusnya membentuk aliran sungai.Umumnya, sungai mempunyai 2 f ungsi iaitu sebagai satu sistem pengairan dan kedua bertanggungjawabterhadap semua aktivit i permukaan bumi sama ada dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungaiyang mengalir. Proses hakisan sungai ini banyak bergantung pada kuantit i air, halaju dan bahan yangdiangkutnya. Dalam hal negara kita dan negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantit i airsungai akan bertambah dengan bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermaknapertambahan kuantit i air sungai akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalirakan mengangkut bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yangdihanyutkan atau diseret di dasar sungai. Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yangmempunyai f ungsi yang sangat besar sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang manapuing tadi bertindak sebagai bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan.Dalam proses hakisan sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitupelarutan, pelonggaran, t indakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan. Bahan bumi yang telah mengalamihakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai cara. Bahanyang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan dipindahkan secaraampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan seretan dan kemampuanmemindahkan bahan ini bergantung pada kuantit i air yang terdapat dalam sungai. Semakin banyak kuantit i airmaka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis.Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan sebahagiandaripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau apabila tenaga mulaberkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan akhirnya lumpur. Walaubagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah bersif at sementara keranaapabila tenaga dan kuantit i air bertambah bahan mendapan ini akan dipindahkan ke kawasan hilir sungai.Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin kurang dan sungai mula berliku- liku. Disamping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari lautan juga berupaya mengentalkan butiranlempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang lebih besar. Butiran yang besar akan lebih mudahtermendap dan segera membantu pembentukan delta (Ibrahim Komoo,1987:43).

Hakisan air bawah tanah.

Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi juga berlaku didalam bumi khususnya disebabkan oleh aktivit i aliran air bawah tanah terutama sekali di kawasan batukapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan hakisan permukaan keranapenyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sif at ketelapan dan keporosan batu-batan termasukrekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai atau kawasan kaki bukit sebagai mata airdan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuif er yang bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah.Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarutkhususnya di kawasan batu kapur. Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dindingrekahan dan mengangkut hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentukgua dan sungai bawah tanah. Masalah dan kesan hakisan tanah oleh t indakan air terhadap alamsekitar dan ekonomi. Tidak dapat dinaf ikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesanterhadap alam sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat diAmerika Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan,pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak dapatdielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan hakisan dapatdisenaraikan seperti berikut:-

Page 7: Hakisan

Kekurangan tanah subur.

Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah yang subur untuktujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur untuk ditanam. Kesan yangdapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur dan kurang menghasilkan buah dankesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran bekalan makanan negara dan dunia amnya.Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawakeluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akanmerugikan petani kerana kesuburan tanah yang telah berkurangan di atas sawah seperti yang ditunjukkan didalam Gambar 1.

Gambar 1 : Tanah subur yang terhakis dari sawah merugikan petani (Sg. Lalang, Sungai Petani – Ogos 2002)

Gambar : Augustine Towonsing

Kejadian banjir kilat yang merugikan. Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasantanah rendah terutama sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi dikawasan tanah lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampirandengan sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan airmelimpah keluar. Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktivit i hakisan sungai dikawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang terdedah pada air hujan.Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktivit i pembalakan dan aktivit i pertanian pindah. Banjirkilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang semakin cetek tetapi jugadasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan para petani kerana kehilanganlapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam pada itu, kejadian hakisan di kawasankaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yangbukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan tetapi juga menghentikan aktivit i ekonomi kerana jalanperhubungan yang terganggu. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke GentingHighlands dan Cameroon Highlands yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktivit i ekonomiterjejas apabila berlaku kejadian tanah runtuh. Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisanmemang banyak matangkan masalah seperti berikut:- Tanah runtuh yang membahayakan. Kawasan kakibukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam

Page 8: Hakisan

bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alamsekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkanpengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripadaaktivit i hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akanmenyebabkan kehilangan nyawa dan juga kepupusan hutan.

Gambar 2 : Kejadian tanah runtuh merugikan negara dari segi ekonomi.

Sumber :

cameron-highland-destination.blogspot.com Dalam Gambar 2 di atas, kejadian tanah runtuh seperti inisangat merugikan kerana kerosakan permukaan f izikal yang mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuanpelancongan. Walau bagaimanapun, t idak semua kesan hakisan ini t idak memberi f aedah kepada ekonominegara kerana dalam hal tertentu khususnya di kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasanberkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan inimeninggalkan f ormasi istimewa seperti gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di Sabah danGua Mulu di Sarawak. Pengurangan lapisan tanah subur. Proses hakisan bukan sekadar merosakkanpermukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien danhumus yang sangat berguna kepada aktivit i pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkanke kawasan yang lebih rendah dan dit imbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akanterus ke laut dan hilang yang secara langsung tidak memberikan f aedah kepada aktivit i pertanian. Dasarsungai dan empangan menjadi cetek. Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersamabahan peroi yang dihakis di kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjangsungai. Sekiranya aktivit i hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasarsungai dan empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikankerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering padamusim panas dan banjir pada musim tengkujuh.

Kesimpulan.

Agen-agen hakisan seperti air, angin dan glasier sangat ef ektif mengukir dan mengubah lanskap sesuatukawasan. Dalam pada itu, air sangat berkesan dalam pembentukan bentuk muka bumi di kawasan tropikayang bukan sekadar memberikan kebaikan dan juga keburukan kepada alam sekitar dan ekonomi tetapiproses ini harus berterusan untuk mengimbangi keadaan alam sekitar yang “parah” hasil kegiatan manusia

Page 9: Hakisan

yang sentiasa berusaha meningkatkan produktivit i dan juga keuntungan ekonomi. Proses hakisan ini pentingkerana walaupun ia menyebabkan masalah tetapi proses ini perlu untuk menggantikan tanah yangkehilangan nutrien khususnya di kawasan tanah rendah seperti dataran yang menjadi tumpuan utama aktivit ipertanian. Kesedaran terhadap tindakan juga telah memberikan rumusan baru terhadap kesedaran dalampengawalan hakisan tindakan air mengalir. Di negara kita, apa yang kita lihat di kawasan tanah tinggi, kakibukit , tebing tinggi di sepanjang jalan raya dan lebuh raya telah diteres dan juga ditanam dengan rumputsemata-mata mengurangkan kadar hakisan. Pembinaan empangan telah berjaya menahan arus sungaidaripada menghakis tebing sungai, kawalan kerajaan terhadap aktivit i pembalakan dan kempen bumi hijautelah berjaya mengurangkan kadar hakisan.

Sumber Rujukan

Cummings (1998). Soil Erosion By Water. Diperolehi darihttp://www.nre.vic.gov.au/web/root/insf series/inf sheet.nsf /789aa71841a

d93c4a256516002043d

Ibrahim Komoo (1987). Proses Eksogen

. DBP : Kuala Lumpur. Lihat M/S 32 – 53. Schneider, H. & Schneider, N. (1952). Rocks, Rivers And TheChanging Earth. New York. Lihat M/S 21 – 28. Purdue.(2002). Water Erosion. Diperolehi darihttp://soil.ecn.purdue.edu/~wepphtml/wepp/wepptut/jhtml/intro2.html Thinkquest.(2002). Impacts : AlterationTo Geographical Landscapes : Erosion. Diperolehi dari http://library.thinkquest.org/C0111040/Text/impacts_altg_ero.ht

m?tqskip1=1&tqtime=0916

Suntingan terakhir: 07/02/2012

Respond dan komen:

Jika anda mempunyai pertanyaan atau sebarang komen mengenai kajian ini sila pos komen anda di bawah:

Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative CommonsAttribution-ShareAlike license:

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/.