hak cipta terpelihara ©1993 perpustakaan negara malaysia … · 2016. 7. 14. ·...

4
..".,'Yw 4", war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu Bil. 3/93 DISEMBER 1993 Dan Meja Pengarang Seperti yang kita sedia maklum, tarikh merupakan satu ciri penting untuk memberi nilaian sejarah kepada sesebuah manuskrip. Sebaliknya, manuskrip Melayu jarang sekali mempunyai catatan tarikh oleh pengarang atau penyalinnya. Sekiranya manuskrip berkenaan mempunyai catatan tarikh, seringkali ia diragui kerana kemungkinan tidak menggambarkan umur sebenar manuskrip tersebut. Oleh yang demikian, bakal penyelidik akan tertanya- tanya akan umur manuskrip berkenaan. Mujurlah sebahagian besar manuskrip Melayu ditulis pada kertas buatan Eropah. Sudah menjadi suatu tradisi pembuatan kertas di Eropah pada masa silam, di mana kertas biasanya mempunyai cap tera air "Watermark". Oleh yang demikian, penyelidik manuskrip Melayu pada umumnya dapat mengatasi masalah ketiadaan catatan tarikh ini dengan merujuk kepada tarikh tera air berkenaan digunakan. Terdapat beberapa buku rujukan untuk mengetahui tarikh pelbagai tera air kertas Eropah. Salah satu buku yang digunakan bagi maksud ini ialah Watermarks: mainly o/the 17th and 18th centuries, oleh Edward Heawood. Buku rujukan ini digunakan oleh Pusat Manuskrip Melayu dan perpustakaan-perpustakaan lain untuk mengesan tarikh sesuatu tera air itu digunakan pada kertas buatan Eropah. Salah satu projek pengesanan dan pendokumentasian manuskrip Melayu yang ISSN 0128-6897 telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini adalah pengesanan manuskrip di Negara Brunei Darussalam. Projek tersebut telah diusahakan oleh Puan Munazzah Hj. Zakaria, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu yang dijalankan dari 14 hingga 23 Oktober 1993. Lima institusi penyimpan manuskrip di Brunei Darussalam telah dilawati, iaitu: a. Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam. b. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. c. Jabatan Muzium-Muzium Brunei. d. Pusat Dakwah Islamiah Brunei. e. Pusat Sejarah Brunei. Sebanyak 219 naskhah manuskrip Melayu telah dapat dikesan dari institusi-institusi tersebut. Di antara manuskrip yang menarik . adalah 'Adat Negeri Minangkabau', 'Adat Perpatih', dan 'Syair Haji Yahya Perak yang disimpan dalam koleksi Jabatan Muzium Brunei. Seminar tersebut telah diadakan di Kampus Universiti Utara Malaysia, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan ialah Kemerosotan Penggunaan TuIisan Jawi di Malaysia dan TuIisan Jawi Pangkal Warisan Tamadun Islam di Alam Melayu. Hak Cipta Terpelihara ©1993 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Cipta Terpelihara ©1993 Perpustakaan Negara Malaysia … · 2016. 7. 14. · ..".,'Yw ~jtt..4", war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu Bil. 3/93 DISEMBER 1993 Dan Meja Pengarang Seperti

..".,'Yw ~jtt.. 4",

war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu

Bil. 3/93 DISEMBER 1993

Dan Meja Pengarang

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh merupakan satu ciri penting untuk memberi nilaian sejarah kepada sesebuah manuskrip. Sebaliknya, manuskrip Melayu jarang sekali mempunyai catatan tarikh oleh pengarang atau penyalinnya. Sekiranya manuskrip berkenaan mempunyai catatan tarikh, seringkali ia diragui kerana kemungkinan tidak menggambarkan umur sebenar manuskrip tersebut. Oleh yang demikian, bakal penyelidik akan tertanya­tanya akan umur manuskrip berkenaan.

Mujurlah sebahagian besar manuskrip Melayu ditulis pada kertas buatan Eropah. Sudah menjadi suatu tradisi pembuatan kertas di Eropah pada masa silam, di mana kertas biasanya mempunyai cap tera air "Watermark". Oleh yang demikian, penyelidik manuskrip Melayu pada umumnya dapat mengatasi masalah ketiadaan catatan tarikh ini dengan merujuk kepada tarikh tera air berkenaan digunakan.

Terdapat beberapa buku rujukan untuk mengetahui tarikh pelbagai tera air kertas Eropah. Salah satu buku yang digunakan bagi maksud ini ialah Watermarks: mainly o/the 17th and 18th centuries, oleh Edward Heawood. Buku rujukan ini digunakan oleh Pusat Manuskrip Melayu dan perpustakaan-perpustakaan lain untuk mengesan tarikh sesuatu tera air itu digunakan pada kertas buatan Eropah.

Salah satu projek pengesanan dan pendokumentasian manuskrip Melayu yang

ISSN 0128-6897

telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini adalah pengesanan manuskrip di Negara Brunei Darussalam. Projek tersebut telah diusahakan oleh Puan Munazzah Hj. Zakaria, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu yang dijalankan dari 14 hingga 23 Oktober 1993.

Lima institusi penyimpan manuskrip di Brunei Darussalam telah dilawati, iaitu:

a. Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam.

b. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. c. Jabatan Muzium-Muzium Brunei. d. Pusat Dakwah Islamiah Brunei. e. Pusat Sejarah Brunei.

Sebanyak 219 naskhah manuskrip Melayu telah dapat dikesan dari institusi-institusi tersebut. Di antara manuskrip yang menarik

. adalah 'Adat Negeri Minangkabau', 'Adat Perpatih', dan 'Syair Haji Yahya Perak yang disimpan dalam koleksi Jabatan Muzium Brunei.

Seminar tersebut telah diadakan di Kampus Universiti Utara Malaysia, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan ialah Kemerosotan Penggunaan TuIisan Jawi di Malaysia dan TuIisan Jawi Pangkal Warisan Tamadun Islam di Alam Melayu.

Hak Cipta Terpelihara ©1993 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Hak Cipta Terpelihara ©1993 Perpustakaan Negara Malaysia … · 2016. 7. 14. · ..".,'Yw ~jtt..4", war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu Bil. 3/93 DISEMBER 1993 Dan Meja Pengarang Seperti

Perpustakaan Negara Malaysia telab mengorak langkah secara aktif ke arab mewujudkan kerjasama di antara beberapa institusi penyimpan manuskrip Melayu di Malaysia. Satu Seminar yang bertemakan 'Pendokumentasian Asas Pemuliharaan Manuskrip Melayu' telab diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Tujuan Seminar tersebut ialab untuk meningkatkan perhubungan di antara institusi penyimpan manuskrip Melayu, menggalakkan kegiatan ke arah meningkatkan minat masyarakat kepada manuskrip Melayu dan menggalakkan penyelidikan manuskrip Melayu.

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan iaitu:

Kertas I: Pengesanan Manuskrip Hikayat Shamsul Anuar oleh Saudara Ding Choo Ming, Ketua Babagian Koleksi Penyelidikan, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kertas 2: Pengesanan Manuskrip Melayu: pengalaman Muzium Terengganu oleh Saudara Mohd. Yusof Abdullah, Pengarab Muzium Terengganu.

Kertas 3: Pengesanan Manuskrip Melayu di Aceh oleh Tuan Haji Wan Ali Wan Mamat, Ketua Pusat Manuskrip Melayu.

Kertas 4: Penulisan Pada Batu-Batu Bersurat oleh Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi, Mualim Tamu, Perpustakaan Negara Malaysia.

Seminar tersebut telab mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebanyak 27 peserta

2

jemputan telab hadir mewakili beberapa institusi yang menyimpan manuskrip dan tokoh individu yang berminat dalam bidang ini.

Pada tabun 1993, Pusat Manuskrip Melayu telab memperolehi sebanyak 174 naskhab manuskrip . Melayu dalam bentuk . asli. Sebabagian besar manuskrip berkenaan adalab mengenai agama Islam, perubatan dan petua. Di antara manuskrip yang menarik diperolehi itu adalah seperti berikut:

MSS 1742 Hikayat Kalilah dan Daminah

MSS 1748 [Syair agama Islam]

MSS 1749 Doa Ibu Musa

MSS 1757 Sejarah negeri Kelantan

MSS 1767 Petua binatang naik rumah atau masuk dusun

MSS 1771 ·Kitab al-muqaddimah

MSS 1775 Syair si buah rasau

MSS 1785 Petua mengenai padi

MSS 1794 Kitab Minhaj al-cabidin

MSS 1819 . Kitab Hill al-zil

MSS 1820 [Kitab tib & azimat untuk kaum perempuan]

MSS 1844 A. Mantera ambil padi. B. Doa ular Cintamani. C. Petua binatang. D. Kitab tib. E. Ilmu pengasih.

MSS 1849 Petua mendirikan rumah

MSS 1857 Surat wasiat Raja Ali Yang DiPertuan Muda Riau kepada Raja Haji Abdullah

Hak Cipta Terpelihara ©1993 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Hak Cipta Terpelihara ©1993 Perpustakaan Negara Malaysia … · 2016. 7. 14. · ..".,'Yw ~jtt..4", war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu Bil. 3/93 DISEMBER 1993 Dan Meja Pengarang Seperti

MSS 1899 Hukum kanun Me/ayu

MSS 1901 Azimat

Pusat Manuskrip Melayu juga telah memperolehi sebanyak 170 judul manuskrip dalam bentuk salinan mikrofilem iaitu 146 judul manuskrip dari koleksi Bihliotbeque Nationale, Paris, 10 judul dari koleksi Australian National University, dan 14 judul dari koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sehingga kini jumlah manuskrip Melayu dalam bentuk asli di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia ialah 1,901 naskhah dan dalam bentuk mikrofilem ialah 1,450 judul.

Katalog Manuskrip Mela]u di library of Congress. 1993, 48 halaman. ISBN 967-931-035-3

Pada tahun 1990, Cik Asma Ahmat, Ketua Bahagian Rujukan Malaysiana, Perpustakaan Negara Malaysia telah mengikuti Program Internship di Library of Congress, selama 9 bulan. Dalam tempoh tersebut, beliau telah mendokumentasikan koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Library of Congress. Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia telah memanfaatkan hasil penelitian dan usaha beliau ini dengan menerbitkan judul di atas.

Antara judul menarik terkandung dalam manuskrip ini ialahHikayat Bayan Budiman dan Hikayat Pancha Tanderan yang merupakan . basil . tulisan tangan Munshi Abdullah sendiri.

3

Kat(ll,og ini memuatkan maklumat deskriptif 14 naskhah manuskrip yang niempunyai 17 judul berserta 1 jilid yang mengandungi 46 lembar surat raja danpembesar Melayu. Keterangan mengenai naskhah-naskhah meliputi nombor manuskrip, judu!, nama pengarang/penyalin, tarikh dan tempat ditulis/disalin dan aspek-aspek mengenai struktur fizikal, kandungan, bibliografi dan catatan.

Entri disusun mengikut urutan nombor manuskrip. Indeks Judul, Indeks Nama dan Indeks Kronologi juga disediakan untuk memudahkan penyelidik-penyelidik menggunakan katalog ini.

Katalog ini dijual dengan harga RM20.00 (Malaysia) dan US 20.00 (Luar negara) senaskhah.

Katalog Manuskrip Melayu di Singapura, 1993 ISBN 967-931-037-X

Tuan Haji Wan Ali Wan Mamat, Ketua Pusat Manuskrip Melayu telah menjalankan pengesanan dan pendokumentasian manuskrip di Singapura dari 2 hingga 7 Di$ember 1991 dan telah menghasilkan katalog berjudul di atas. Katalog ini merupakan hasil daripada aktiviti pengesanan dan pendokumentasian manuskrip Melayu yang mengandungi butiran maklumat koleksi manuskrip Melayu di Perpustakaan Nasional Singapura dan Muzium Nasional Singapura. Antara judul yang menarik ialah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Me/ayu.

Sebagaimana katalog deskriptif lain yang pernah diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, katalog ini memuatkan nombor manuskrip, tajuk, nama pengarang/penyalin/penterjemah, tarikh, struktur fizikal, sejarah, kandungan dan catatan am.

Hak Cipta Terpelihara ©1993 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Hak Cipta Terpelihara ©1993 Perpustakaan Negara Malaysia … · 2016. 7. 14. · ..".,'Yw ~jtt..4", war/(gJi !Jv{anus /(rip !Jv{e{ayu Bil. 3/93 DISEMBER 1993 Dan Meja Pengarang Seperti

Katalog ini dijual pada harga RM 20.00 (Malaysia) dan US 20.00 (luar negara) senaskhah. Kedua-dua terbitan di atas boleh dipesan melalui:

Koperasi kedaibuku Universiti Malaya Bhd. Peti Surat 1127 J alan Pantai BaI'\l 59700 Kuala Lumpur MALAYSIA

Carveth Wells. Six Years In the Malay Jungle. Singapore: Oxford University Press, 1988. 261 halaman.

Buku tersebut memaparkan pengalaman seorang jurutera British semasa bertugas di Malaya selama 6 tahun dari tahun 1913 hingga tahun 1918. Bab 11, 12 dan 13 menceritakan pengalaman beliau selama berada di Kelantan. Buku tersebut boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelas M 915.95 WEL dan juga di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, nombor kelas DS 592.4 W45.1988.3.

Maklumat yang menarik di dalam buku ini ialah tentang kekacauan yang berlaku diKeiantan pada ketika itu, terutama sekali penentangan rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tok Janggut terhadap British. Carveth Wells sendiri sempat melihat mayat Tok Janggut yang dibawa dari Pasir Putih ke Kota Bharu. Mengikut beliau, gelaran Tok Janggut diberikan kerana ·tokoh berkenaan mempunyai "a long beard right down to his knees - but it had only four hairs in it!" (hIm. 177).

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengkaji tentangmanuskrip MeIayu yang berjudul Sejarah Tok Janggut. Di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, terdapat dua buah

4

manuskrip sedemikian yang dianggap sebagai manuskrip paling muda di dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu.

Hikayat Isma yatim dan Hikayat Sultan Mogul Mengajar anaknya : a Facsimile Edition of Manuscript Cod. Or. 1693 in the Library of Leiden University. Leiden: Indonesian Linguistics Development Project, 1993. 127 halaman.

Sebuah manuskrip Melayu di dalam koleksi Perpustakaan Universiti Leiden, Nombor Kelas Cod. Or 1693, telah diterbitkan pada tahun 1993, dalam bentuk salinan faksimili yang berukuran 35 x 24 sm. Manuskrip tersebut mengandungi dua judul iaitu Hikayat [sma Yatim dan Hikayat Sultan Mogul Mengajar Anaknya. Penerbitan ini dihasilkan atas daya usaha Dr. Roger Tol, Ketua Pustakawan, Koninklijk Instituut Voor Taal-, Landen Volkunkunde (KITLV), Leiden, Dr. Jan Just Witkam, Interpres Legati Wameriani, Universiti Leiden dan Dr. Wim Stokhof, Professor of Austronesian Linguistics, Universiti Leiden. Bab pengenalan disediakan oleh Dr. Roger Tol dan Dr. Jan Just Witkam. Satu naskhah terbitan berkenaan terdapat di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini diterbitkan oleh Indonesian Linguistics Development Project dengan kerjasama Legatum Wamerianum, Universiti Leiden.

Penaung: Mariam Abdul Kadir Ketua Pengarah

Sidang Redaksi:

Urusetia:

. Perpustakaan Negara Malaysia

Shahar Banun J aafar, PNM Hj Wan Ali Wan Mamat, PNM Haji Ibrahim Ismail, UM Rogayah Mohd. Yassin, UKM Raja Masittah Raja Ariffin, DBP Munazzah Hj Zakaria, PNM

Perpustakaan Negara Malaysia Pusat Manuskrip Melayu 232, lalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel: 2943488/2943100

2924079 (Talian terus)

Hak Cipta Terpelihara ©1993 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1996 – Perpustakaan Negara Malaysia