hadits mu`allaq dalam shahih al-bukhari · hadits-hadits ini bukanlah hadits shahih al-bukhari yang...

9
Hadits Mu`allaq Dalam Shahih Al-Bukhari Oleh: Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim Hadits mu`allaq ( ا ا) ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad. Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: "Daripada `A'isyah, bahawa Rasulullah bersabda:…" atau "Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah bersabda:…", yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya. Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat - radhiyallahu `anhum - yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda. Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi , sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya). Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor. Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari terbahagi kepada dua: (a) hadits mu`allaq yang marfu`. (b) hadits mu`allaq yang tidak marfu` (kata-kata sahabat, tabi`in, dan sebagainya). Hadits mu`allaq yang marfu` (a) terbahagi kepada tiga: (a.i) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh Al-Bukhari sendiri dalam kitab shahihnya. (a.ii) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh muhaddits lain dalam kitab mereka. (a.iii) hadits mu`allaq yang tidak shahih.

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

59 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Hadits Mu`allaq

Dalam Shahih Al-Bukhari Oleh: Dr. Mohd Adli bin Abd Khalim

Hadits mu`allaq ( ا��� ا����� ) ialah hadits yang telah digugurkan perawi dalam sanadnya, sama

ada seorang atau lebih, bahkan sampai ke akhir sanad.

Contoh hadits mu`allaq adalah apabila seseorang yang mengatakan: "Daripada `A'isyah, bahawa

Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda:…" atau "Daripada Ibn `Abbas, bahawa Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص bersabda:…",

yakni tanpa menyebutkan perawi-perawinya.

Bahkan, sesetengah periwayatan tidak menyebutkan siapakah sahabat - radhiyallahu `anhum -

yang meriwayatkan hadits tersebut daripada baginda.

Hukum asal hadits mu`allaq adalah dha`if, kerana tidak memenuhi syarat hadits shahih (antara

syarat hadits shahih adalah bersambungnya sanad antara perawi-perawi kepada Nabi ملسو هيلع هللا ىلص,

sedangkan hadits mu`allaq adalah hadits yang gugur sanadnya).

Kita tahu bahawa dalam Shahih Al-Bukhari juga terkandung hadits-hadits mu`allaq, namun

hadits-hadits ini bukanlah hadits Shahih Al-Bukhari yang sebenar. Oleh sebab itu, kita akan

dapati hadits-hadits mu`allaq ini tidak diletakkan nombor.

Hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari terbahagi kepada dua:

(a) hadits mu`allaq yang marfu`.

(b) hadits mu`allaq yang tidak marfu` (kata-kata sahabat, tabi`in, dan sebagainya).

Hadits mu`allaq yang marfu` (a) terbahagi kepada tiga:

(a.i) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh Al-Bukhari sendiri

dalam kitab shahihnya.

(a.ii) hadits mu`allaq yang shahih, diriwayatkan secara bersambung oleh muhaddits lain dalam

kitab mereka.

(a.iii) hadits mu`allaq yang tidak shahih.

Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.i) adalah:

���د�هللا � � ��ا����

�� �� Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Ilmu (kitab ke-3), Bab:

Ilmu sebelum perkataan dan amalan (bab ke-10).

Namun, Al-Bukhari juga meriwayatkan hadits ini secara bersambung dalam Kitab: Ilmu (kitab

ke-3), Bab: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, Allah akan memberikannya

kefaqihan dalam agama (bab ke-13), Nombor hadits: 71. Kata Al-Bukhari:

���������������ل "�

��ب ،�$'��ا���،(

)*����ا��و,+،���

�ل :�"�

$�،��ل�"/����

$�:

��و01���2�/��،/" 4�5�،���*ل 4���ا�3

�� 67 ��2ا3�/����د�هللا :�"��*ل �ملسو هيلع هللا ىلص:��� ��ا���

��� � �;:�ا3��" Telah menceritakan kepada kami Sa`id bin `Ufair, katanya: Telah menceritakan kepada kami Ibn

Wahb: Daripada Yunus: Daripada Ibn Syihab, katanya: Telah berkata Humaid bin `Abd Ar-

Rahman: Aku mendengar Mu`awiyah berkhutbah, katanya: Aku mendengar Nabi ملسو هيلع هللا ىلص bersabda:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, Allah akan memberikannya kefaqihan dalam

agama."

Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.ii) adalah:

�و 67 �ن�ا3����ملسو هيلع هللا ىلص<

?

�;:�هللا �@A��"

�أ C

>

Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Haid (kitab ke-6), Bab:

Wanita haid melaksanakan keseluruhan manasiknya kecuali thawaf di Baitullah (bab ke-7).

Al-Bukhari sendiri tidak meriwayatkan hadits ini secara bersambung dalam kitab shahihnya,

namun hadits ini diriwayatkan secara bersambung oleh para muhadditsin lain, antaranya Muslim

dalam kitab shahihnya, hadits nombor: 373. Kata Muslim:

D�$�،E FG*����H�,ء�وإ��ا

K�

�ا3��� /L��+1�

?�*�

��أ�

�":� "�، ��

�أ��،

�PQزاN�ة

��ا��أ�

23�

$�،

0

RS�����،

���وة��، 6T4

�ا3��،

0/

U�����3�

���"�:� 67 �ن�ا3�

��هللا �ملسو هيلع هللا ىلص<

?

@��V

W��

A��"�أ C

>"

Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib Muhammad bin Al-`Ala' dan Ibrahim bin Musa,

kedua-duanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibn Abi Za'idah: Daripada bapanya:

Daripada Khalid bin Salamah: Daripada Al-Bahiy: Daripada `Urwah: Daripada `A'isyah,

katanya: "Nabi ملسو هيلع هللا ىلص mengingati Allah dalam setiap keadaannya."

Contoh hadits mu`allaq untuk kategori (a.iii) adalah:

��

?

�و1@�PQ,1��ة

�أ��"�: �

Xر�

D�0وZ����ر

[��ر�\�ن������*���

5

X

�H��\ ��ض ��أ

3�، �

�� �� ,��وإن� "م�ا�3Riwayat ini disebutkan secara mu`allaq oleh Al-Bukhari dalam Kitab: Puasa (kitab ke-30), Bab:

Apabila berjima` di bulan Ramadhan (bab ke-29).

Hadits ini tidak shahih, malah Al-Bukhari telah memberikan isyarat kedha`ifannya dengan

penggunaan shighah tamridh ( �� � ���ا�� , dalam contoh ini shighah tamridh yang digunakan

adalah lafaz ����). Selain itu, At-Tirmidzi juga menyebutkan kritikan Al-Bukhari terhadap hadits

ini, sebagaimana yang diriwayatkannya dalam kitab jami`nya, dalam Abwab: Puasa (abwab ke-

4), Bab: Apa yang datang tentang berbuka puasa dengan sengaja (bab ke-27). Kata At-Tirmidzi:

�������E L�����ر،�"� Ra���� /L����

����ي �"� ��/" و4���ا�3

D�

���ن،�،�$����

�"�:

س *5

dا�*�

��أ�

�"�،2��

�PQ

�أ��+e4"��ل �

$�،

�PQ,1��ة

�أ��، ��

�ل�ر�*ل�هللا :�،���أ

ملسو هيلع هللا ىلص:�$

"�

D�0وZ����ر[��ر�\�ن������*���

5

X

�وإن���ض ��أ

U

>��, *م�ا�3 � ���f���H

3�،

�� ."

E Fhe��*��ل�أ

$: �

)�

D�

�PQ,1��ة

�أ

i��"�

X� j*

ا�ا3

@,���

D�اإ /L��2�/��*��:��*ل �،�و

أ

����1k�� /�س�ا *5

dس ا *

5

dا i��l

mا�ا

@,���

[�

3�

��ف

�أ

Dو�،

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar: Telah menceritakan kepada kami

Yahya bin Sa`id dan `Abd Ar-Rahman bin Mahdi, kedua-duanya berkata: Telah menceritakan

kepada kami Sufyan: Daripada Habib bin Abi Tsabit: Telah menceritakan kepada kami Abu Al-

Muthawwis: Daripada bapanya: Daripada Abu Hurairah, katanya: Sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص:

"Sesiapa yang berbuka puasa 1 hari dalam Ramadhan bukan kerana rukhsah atau sakit, puasanya

tidak dapat diganti walaupun dia berpuasa setahun penuh." Kata Abu `Isa (yakni At-Tirmidzi):

Hadits Abu Hurairah tidak kami ketahui melainkan melalui jalur ini. Aku mendengar

Muhammad (yakni Al-Bukhari) berkata: Abu Al-Muthawwis namanya ialah Yazid bin Al-

Muthawwis, aku tidak mengetahuinya selain daripada hadits ini.

Sekian penjelasan ringkas tentang hadits mu`allaq dalam Shahih Al-Bukhari, beserta contoh-

contohnya. Wallahu a`lam.