h anak muda dan menjadikan 'bu daya membaca sebagai...

1

Click here to load reader

Upload: lyphuc

Post on 12-Apr-2019

213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: H anak muda dan menjadikan 'bu daya membaca sebagai budayapsasir.upm.edu.my/id/eprint/21808/1/scan0063.pdf · taan hedonisme mula dipakai se ... teliti hedonisme adalah satu da

H edonisme ialah satu aliranpemikiran yang berangga­pan kenikmatan dan kese­

nangan menjadi matlamat utamakehidupan bagi seseorang. Perka­taan hedonisme mula dipakai se­jak zaman Yunani iaitu zamanyang melahirkan ramai tokoh fal­safah terkemuka seperti Socrates.

Hari ini di Malaysia,kesenangandan kenikmatan dalam kalanganremaja antara patut dipersalahkanberlakunya hedonisme.

Pensyarah Kanan Jabatan Ba­hasa Melayu, Fakulti Bahasa Mo­den dan Komunikasi, UniversitiPutra Malaysia (UPM),Dr Kama­riah Kamarudin, berkata jika di­teliti hedonisme adalah satu da­ripada cabang fahaman sekula­risme yang menggariskankeseronokan s~bagai tunjang uta­ma kehidupan. '

Keseronokan ini, diputuskansendiri oleh akal manusia. Hal inisedikit sebanyak bertepatan de­ngan matlamat sekularisme yangmahu memastikan manusia be­bas daripada unsur ketuhanan.

Menurut Dr Kamariah,satu da­ripada keburukan dan bahaya he­donisme ialah ia boleh menye­babkan penentangan dan perpe­cahan antara satu sama lain.

Tidak disedari"Contohnya seorang individumenganggap membunuh adalahperkara menyeronokkan, mana­kala individu lain menganggap iasesuatu perkara yang menakut­kan. Bagaimanapun, generasi mu­da di Malaysia sudah didedahkankepada doktrin hedonisme secaratidak disedari," katanya.

Dr Kamariah menjelaskan Is­lam menentang pemikiran yangcuba mengganggu umat. Sekira­nya pemikiran ini tidak dikawal,ia mampu merosakkan akidah.

"Hedonisme mementingkankebebasan fikiran, sedangkanakidah Islam meletakkan al-Qur­an dan Sunah sebagai paksi pe­mikiran," katanya.

Selain itu, dalam pengertian'kebaikan' terhadap individu,pandangan Islam amat berten­tangan dengan konsep 'kebaikan'dalam hedonisme.

"Islam melihat konsep 'kebai­kan' membabitkan pembangu­nan ummah yang memberi fokuskepada aspek ketuhanan atau ke­rohanian agar manusia bukan sa­ja mendapat 'kebaikan' di duniatetapi juga 'kebaikan' di akhirat,manakala 'kebaikan' dibawa he­donisme adalah apa-apa yang ber­bentuk keseronokan," katanya.

Setiap penyakit pasti ada ubat­nya melainkan sakit tua dan ma­ti, bezanya masa diambil untukmenyembuhkan sesuatu penya­kit akan mengambil masa lama.

Justeru, beliau berkata perlu­nya penyaringan pembacaan

yang baik untuk dihadam olehanak muda dan menjadikan 'bu­daya membaca sebagai budayamenyeronokkan' .

"Lantaran kerana mudah ter­goda dan terpengaruh dengananasir luar, maka pemikiran anakmuda yang dijajah perlu dibe­rikan pertumbuhan pembacaansejak kecil. Perlu bangunkan.dirianak dengan bahan bacaan ber­corak agama, falsafah dan sejarahselain karya kreatifyang menam­pilkan isu besar dan berguna agar"pemikiran mereka lebih kritis,kreatif dan inovatif," katanya.

Dr Kamariah berkata pengua­saan ilmu dalam pelbagai bidangamat dituntut agar anak memilikijiwa besar, berdaya saing dan ber­keyakinan dalam apa jua cabaran.

Berorientasi ilmu"Tumpuan kepada peperiksaansaja perlu ditukar kepada yangberorientasi ilmu agar apa yangdiperoleh sama ada di sekolahatau universiti dapat dimanfa­atkan dengan baik dalam kehi­dupan. Pendidikan memainkanperanan utama, iaitu dengan me­nyuakan anak sejak dari kecil"agar cintakan nusa, agama danbangsa secara utuh. Dengan inimereka akan berjiwa besar danberusaha untuk menjaga namabaik keluarga," katanya.

Pendedahan kepada tokoh fal­safah Islam dan penceritaan ten­tang sirah Nabawi perlu dipasakdalam diri anak.

Andai berkemampuan, mem­bawa anak ke Tanah Sud untukibadah umrah atau melancong kenegara peninggalan tamadun Is­lam seperti Sepanyol, Turki dansebagainya agar mengambil ik­tibar kisah, semangat, kehebatandan kegemilangan Islam.

"Jadikan Rasulullah SAW se­bagai 'qudwah hasanah' (contohteladan) dalam mengharung ca­baran kehidupan. Malah jadikanal-Quran dan sunnah sebagai ins­pirasi dan motivasi untuk men­tarbiah anak dalam kehidupan,"kata beliau.

Mengulas Ianjut, .Dr Kamariahmenamball ibu dan bapa perlusentiasa mengawasi anak dari­pada terjebak dengan perkarayang tidak baik seperti di mediacetak dan elektronik.

"Sentiasa bermusyawarah de­ngan anak secara tekal dan kon­sisten, jadikan anak sebagai 'sa­habat' dengan mengetahui semuaaktiviti dan pergerakan mereko.agar mereka tidak terpesong arahdan tujuan hidup," katanya.

Gaya hidup berkeluarga secarasihat dengan melancong atau be­riadah ke destinasi pulau yangindah dalam negara dengan mesejmencintai alam sekitar perlu di­jadikan amalan setiap keluarga.

BERNAMA