guru sebagai pendakwah nor raudah hj siren, norhana ... · guru dalam kamus dewan membawa maksud...

218
Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah 1 GURU SEBAGAI PENDAKWAH Nor Raudah Hj Siren, Norhana Mohamed Salleh, Azrin Ab Majid PENDAHULUAN Guru merupakan insan yang sangat penting dan berperanan besar di sekolah. Guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap pendidikan kepada para pelajar sahaja tetapi juga bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Perkataan guru dalam Kamus Dewan membawa maksud orang yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Guru sering diumpamakan seperti lilin yang membakar diri demi untuk menerangi dan menyebarkan ilmu kepada anak bangsa. Guru dalam falsafah guru adalah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu, “Pendidikan di Malaysia ialah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah usaha bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 1 1 Tajul Ariffin Noordin dan Nor’ Aini Dan. Pendidikan & Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu. (Bangi: As- Syabab Media¸2002)¸33

Upload: dangdiep

Post on 04-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

1

GURU SEBAGAI PENDAKWAH

Nor Raudah Hj Siren, Norhana Mohamed Salleh,

Azrin Ab Majid

PENDAHULUAN

Guru merupakan insan yang sangat penting dan berperanan

besar di sekolah. Guru bukan sahaja bertanggungjawab

terhadap pendidikan kepada para pelajar sahaja tetapi juga

bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Perkataan

guru dalam Kamus Dewan membawa maksud orang yang

kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik. Guru sering

diumpamakan seperti lilin yang membakar diri demi untuk

menerangi dan menyebarkan ilmu kepada anak bangsa. Guru

dalam falsafah guru adalah berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu,

“Pendidikan di Malaysia ialah usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

harmoni dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah usaha bagi melahirkan

warga Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.”1

1 Tajul Ariffin Noordin dan Nor’ Aini Dan. Pendidikan &

Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu. (Bangi: As-

Syabab Media¸2002)¸33

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

2

Oleh itu, berdasarkan FPK di atas, terbentuklah

Falsafah Pendidikan Guru yang akan menjadi arah haluan,

asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan

guru. Menurut Mok Soon Sang (2011), Falsafah Pendidikan

Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG

menjelaskan peribadi guru yang diperlukan oleh negara kita

ialah,

“guru yang berpekerti mulia, berpandangan

progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan

budaya negara, menjamin perkembangan

individu dan memelihara suatu masyarakat

yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin”2.

Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan

bahawa guru sangatlah penting untuk negara kita. Institusi

pendidikan guru berperanan untuk melahirkan guru-guru bagi

mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem

Pendidikan Negara. Pertama, memang tidak dapat dinafikan

bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan

untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru,

guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu

bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem

penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.

Kedua, guru disifatkan sebagai role model dan teladan bagi

golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai

sahsiah yang baik.

2 Mok Soon Sang (Ketua Sidang Pengarang). Falsafah Pendidikan,

Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. (Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd, 2011), 78

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

3

KONSEP DAN FALSAFAH GURU

Guru merupakan orang yang memberikan ilmu pengetahuan

kepada anak didik. Guru dalam pandangan masyarakat adalah

orang yang melaksanakan pendidikan di tempat-tempat

tertentu, bukan sahaja di institusi pendidikan formal, tetapi

juga di institusi tidak formal seperti di masjid, surau, di rumah

dan sebagainya.3

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, guru berperanan

menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang

sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan

kepahitan.4 Prof. Hassan Langgulung menegaskan guru

adalah pengubah dan pemindah nilai-nilai kebudayaan kepada

setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses

tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi.5

Abdul Rahman Nahlawi pula berpendapat guru agama

terutamanya perlu bertanggungjawab menarik minat individu

dan masyarakatnya supaya memeluk Islam dan mengamalkan

ajarannya dalam seluruh kehidupannya.6 Guru agama juga

bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai akidah yang

mantap ke dalam diri murid-muridnya supaya menjadi hamba

Allah SWT yang soleh yang mempunyai pengaruh yang besar

terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan melalui

keperibadian dan etika kerja mereka.7

Peranan guru agama masa kini semakin mencabar

kerana mereka bukan sahaja sebagai penyampai ilmu

3 Syaiful Bahri Djamarah, Guru Dan Anak Didik Dalam Interaksi Deduktif

(Jakarta: Rineka Cipta, 2000), 31. 4 Yusuf al-Qardawi, Dawr Al-Qiyam Wa Al-Akhlak Fi Al-Iqtisad Al-Islami

(Kaherah: Maktabah Wahbah, 1995), 5. 5 Hassan Langgulung, “Pendidikan Sepadu Dan Paradigma Ilmu,” dalam

Abu Bakar Nordin (ed.) Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi

Cabaran 2020, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1994), 115–130. 6 Abdul Rahman Nahlawi, Ushulut Tarbiyah Islamiyah Wa Asalibiha Fil

Baiti Wal Madrasati Wal Mujtama’ (Beirut, Labenon: Dar al-Fikr al-

Mu’asyir, 1983), 169-175. 7 Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri, Pendidikan Islam: Kaedah

Pengajaran Dan Pembelajaran (Johor Bahru: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia, 2007). 73.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

4

pengetahuan, malah bertanggungjawab menyuburkan minat,

memperkembangkan bakat dan kebolehan murid-murid8

serta membina sikap dan keterampilan mereka. Usaha ini

dapat dilakukan melalui pelbagai proses pengajaran dan

pembelajaran, latihan dan indoktrinasi bagi melahirkan

individu yang mempunyai kekuatan akidah dan penghayatan

syariat serta keluhuran budi pekerti untuk berhadapan dengan

masyarakat. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran

3:164, yang bermaksud;

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan

(rahmat-Nya) kepada orang yang beriman,

setelah ia mengutuskan dalam kalangan

mereka seorang Rasul dari bangsa mereka

sendiri, yang membacakan kepada mereka

ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang

membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-

Nya), dan membersihkan mereka (dari iktikad

yang sesat), serta mengajar mereka Kitab

Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan

yang mendalam mengenai hukum-hukum

Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum

(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah

dalam kesesatan yang nyata.

Ayat di atas menerangkan dua tugas utama guru agama

iaitu pertama sebagai pembersih diri, pemelihara diri,

pengembang serta pemelihara fitrah manusia. Tugas yang

kedua adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan

berbagai-bagai keyakinan kepada manusia agar mereka

dapat menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan

seharian.

8 Muhammed Sani Ibrahim, “Kompetensi Guru Di Malaysia Bagi

Pembangunan Modal Insan Berkualiti,” dalam Pemerkasaan Sistem

Pendidikan: Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan, ed.

Juriah Long et. al, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

2013), 102.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

5

PERANAN GURU DALAM ISLAM

Guru merupakan insan yang memainkan peranan penting dan

menjadi watak utama di sekolah. Hal ini kerana guru

berperanan dalam menyediakan persekitaran sekolah yang

selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik

pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna

di masa hadapan. Guru adalah pekerja yang melahirkan

produk iaitu manusia. Peranan guru adalah sangat penting

dalam membina manusia, peradaban, pemikiran, peranan,

tanggungjawab dan hala tuju yang perlu dilalui oleh manusia9.

Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam

menyampaikan ilmu dan kemahiran, guru perlu

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini.

Perkembangan ilmu yang berlaku hari ini memerlukan guru

untuk mengambil peluang dan ruang yang ada agar tidak

ketinggalan dalam aspek keilmuan. Selain tanggungjawab

asas yang perlu dilaksanakan oleh guru, terdapat juga

tanggunjawab lain yang diamanahkan kepada guru seperti

dalam jadual di bawah:

Jadual 1: Jenis-Jenis Tanggungjawab Guru

Terhadap Pelajar

Jenis Tanggungjawab Keterangan

Prestasi Pelajar Keupayaan kognitif

Tumpuan latihan

Pengalaman

Kandungan pengetahuan

Keselamatan pelajar Keselamatan misalnya semasa

lawatan sambil belajar

Keselamatan pelajar

dalam kelas Tidak boleh meninggalkan kelas

sesuka hati

9 Mya Marja, Guru arkitek bangsa : Menyusuri Kerjaya Bidang Perguruan

(Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing, 2008) , 20

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

6

Keselamatan daripada kes buli oleh

rakan sekolah atau siapa sahaja yang

berada di kawasan sekolah

Penyelidikan yang

berkaitan dengan

pengajaran dan

pembelajaran

Meninjau permasalahan di dalam

pengajaran dan pembelajaran

Mencuba sesuatu strategi untuk

menyelesaikan masalah

Mencadangkan penambahbaikan

Namun, Islam melihat peranan guru lebih daripada apa

yang telah disebut oleh para sarjana. Istilah atau perkataan

yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang berkaitan

tugas dan peranan pendidik iaitu sebagai mudarris, muaddib,

murabbi, mursyid dan muallim seperti yang ditunjukkan

dalam rajah di bawah10:

Rajah 2: Peranan Guru dalam Islam

10 Ab Halim Tamuri “Towering Personality: Masa Depan Pembangunan

Profesionalisme Guru Sekolah Agama Rakyat”, [Kertas Kerja

Konvensyen Pengurusan Guru Sekolah Agama Rakyat Peringkat

Kebangsaan, Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan,

Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Negeri Selangor,

bertarikh 18-19 Disember 2013]

MudarrisMuallim

GURU Muaddib

MurabbiMursyid

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

7

1. Mudarris

Perkataan mudarris memberi maksud pengajar daripada kata

kerja darrasa, yudarrisu, tadris11yang memberi maksud

mengajarkan sesuatu perkara. Proses mengajar berkait rapat

dengan proses belajar atau mempelajari sesuatu sebagaimana

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam ayat 36-37 yang

bermaksud, Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana

kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang

kamu baca dan pelajari?

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah

mempersoalkan kenapakah manusia boleh menyamakan

kedudukan orang Islam dengan orang yang berdosa

sedangkan Allah SWT telah menurunkan kitab kepada mereka

untuk dipelajari dan dihafal.12

Dari segi pemakaian istilah kata kerja yadrusu

(mempelajari) lebih memberi penekanan kepada aspek atau

hal-hal yang sudah jelas cara-cara memahami atau

melaksanakan arahan-arahan. Lagi sekali dalam hal ini Allah

SWT yang menyatakan bahawa Dialah yang mengajarkan

umat (Muhammad) al-Quran. Dalam hal ini, samalah juga

dengan penjelasan kita terdahulu bahawa tugas pengajaran ini

adalah tugas suci dalam erti kata ia adalah suatu ibadah yang

dibekalkan ganjaran pahala.13

Mudarris adalah konsep yang diasaskan kepada guru

cemerlang yang berkesan. Umumnya, ia dinilai daripada lima

aspek utama, iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-

kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan

iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai

11 Al-Munjid Fi Al-Lugatu Wa Al-A’lam, cet. ke-32 (Beirut: Dar Al-

Masyriq, 1992), 211. 12 Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 8, terj. Abdul Ghoffar E.M. et al, 260. 13Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi

(Brunei: Pusat Penerbitan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri

Begawan, 2012), 79.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

8

kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan

membuat keputusan profesional.14

2. Muaddib 15

Perkataan muaddib dapat dikaitkan dengan sebuah hadis

Nabawi yang berbunyi:

أدبين رىب فأحسن أتدييبBermaksud, Allah sendiri yang telah

mendidikku, oleh kerana itulah aku mendapat

pendidikan yang paling sempurna.16

Kenyataan hadis Abu Hurairah adalah penjelasan

Rasulullah SAW bagi menjawab pertanyaan siapakah yang

mendidik baginda? Baginda tidak menggunakannya dengan

perkataan ‘allama seperti yang berlaku kepada Nabi Adam

a.s. sebelum Allah menempatkan Nabi Adam a.s ke dunia,

tetapi baginda menghubungkannya dengan istilah yang

merujuk kepada maksud memberi adab atau pendidikan

adab/akhlak. Di sini jelaslah bahawa penekanan yang diberi

ialah mengenai akhlak. Pendidikan akhlak menjadi keutamaan

kerana umat Muhammad, umat akhir zaman ini amat

berhajatkan bimbingan akhlak.

14Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abd. Razak, “Pengajaran Akhlak Di

Sekolah Menengah: Persepsi Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan

Islam,” dalam Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi

Dan Inovasi, Siri 3 (Seremban: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2003).100 15 Ab.Halim Tamuri et.al, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar (No.

Kod 00002/2004), (Bangi, 2004). Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam

(Selangor: Fajar Bakti, 2004).122-123. Kementerian Pendidikan Malaysia,

Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLl) Pengajian

Islam (Pengkhususan) (Kuala Lumpur, 2001).

Rasul -, Kitab Ismah alIbnu Mas’ud kan olehriwayatyang diHadis 16

sallahu ‘alaihi wasallam, Bab Ismah al-Rasul sallahu ‘alaihi

wasallam, Juzukk 12, 406.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

9

Salah satu peranan utama guru adalah bertindak

sebagai muaddib.17 Berhubung perkara ini, Rasulullah SAW

mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik

baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad

Naquib aI-Attas lebih menekankan peranan guru sebagai

muaddib berbanding murabbi dan muallim. Beliau

menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti

pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih

tepat berorientasikan kepada istilah ta’dib. Ini kerana peranan

guru yang paling menonjol menurut beliau adalah sebagai

muaddib.

Perkataan adab telah pun difahami dan diguna pakai

oleh orang Melayu. Perkataan muaddib yang memberi

maksud sama kepada seorang pendidik atau guru dalam

konteks ini mempunyai tugas khusus dan istimewa iaitu

memberi atau menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran,

fizikal dan rohani).18 Tugas utama pendidik ialah untuk

memastikan penyuburan sahsiah dan perilaku setiap anak

didik itu diberi motivasi dan galakan yang konduktif ke arah

pembinaan kebiasaan perilaku melakukan perkara-perkara

yang terpuji dari segi pertuturan, gerak-geri dan tingkahlaku.19

Guru-guru dalam kategori ta'dib perlu sedar dan insaf

bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan

pelajar.20 Oleh kerana itu, mereka perlu menanam dalam

dirinya dan juga pelajarnya rasa cinta dan taat kepada Allah

serta kepercayaan yang benar di dalam jiwa pelajar. Mereka

17 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Konsep Pendidikan Islam (Haidar

Baqir, terj.), (Bandung, Indonesia: Mizan, 1986). 30, dan dalam Zawawi

Hj. Ahmad, Pendidikan Islam: Kaedah Dan Teknik Pengajaran (Petaling

Jaya, Selangor: International, 1984), 60 18 Rosnani Hashim, “The Construction Of An Islamic-Based Teacher

Education Programme,” Muslim Education Quartely 14(2), (1997), 57–68. 19 Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi.

2012, 80-81 20 Abdul Raof Dalip, “Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah

Dan Masyarakat: Teras KBSM,” dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Pandangan Dan Maklum Balas, ed. Adnan Kamis (Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993) dan , 143

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

10

juga perlu mendedahkan dan memahamkan pelajar mengenai

jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan dan menaikkan

semangat pelajar untuk mempraktikkan ajaran agama Islam.

Sebagai muaddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat

terpuji.21 Sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam

proses mendidik, bukan kerana inginkan balasan kebendaan

dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan

untuk mendapat keredhaan Allah.

Ini tidak bermakna guru tidak boleh menerima

ganjaran daripada usaha mereka.22 Apa yang perlu difahami

di sini ialah guru-guru tidak boleh menjadikan ganjaran

kebendaan sebagai matlamat di dalam pengajaran sebaliknya

melaksanakan tanggungjawabnya ikhlas kerana Allah SWT.

Para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri

mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan

dengan menjaga peribadi, bersikap merendah diri dan tahu

mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh melibatkan

diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama

ada dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan.23

21 Hussain Mazhahiri, Awamil as-Sayttharah “Ala-Ghara”izfi Hayat Al-

Insan. (Beirut: Dar Al-Mahajjah, 1993), 56 dan dalam Ibrahim Amini,

Selfbuilding: An Islamic Guide/or Spiritual Migration. (Qum, Iran:

Ansariyan, 1997), 63 22 Hussain Mazhahiri, Awamil as-Sayttharah “Ala-Ghara”izfi Hayat Al-

Insan. Ibrahim Amini, Selfbuilding: An Islamic Guide/or Spiritual

Migration, 63 23 Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi Dan

Metodologi (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1997). 57

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

11

3. Murabbi 24 Murabbi berasal daripada kata terbitan,

tarbiyyah25 (pendidikan). Perkataan tarbiyyah dirujuk dalam

Al-Qur 'an26 dalam Surah al-Isra’ ayat 24, yang bermaksud;

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada

keduanya kerana belas kasihan dan kasih

sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,

dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah

rahmat kepada mereka berdua sebagaimana

mereka telah mencurahkan kasih sayangnya

memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang,

memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan

membesarkan.27 Ia adalah sebuah istilah yang dikaitkan

dengan konsep rabb, yakni Tuhan seperti dalam ayat al-

Qur’an: alhamdulillahi rabbil-alamin yang bermaksud segala

puji bagi Allah yang menyantuni seluruh alam ini. Perkataan

rabba menyantuni bermaksud bukan sahaja mentadbir,

mengurus, memelihara bahkan meliputi juga tugas mendidik,

mengasuh serta memastikan kesejahteraan anak didik tersebut

terus hidup subur dengan sempurnanya. Dalam ilmu tauhid

kita dapati dua pendekatan yang dipakai dalam memahami

sifat ketuhanan Allah SWT iaitu disebut Tauhid uluhiyyah dan

Tauhid rubbubiyyah. Inilah yang membezakan akidah orang

24 Ab.Halim Tamuri et.al, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar (No.

Kod 00002/2004). Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLl) Pengajian Islam (Pengkhususan). 25 Al-Munjid Fi Al-Lugatu Wa Al-A’lam, cet. ke-32 (Beirut: Dar Al-

Masyriq, 1992), 243. 26 Hasan Langgulung, Asas-Asas Pendidikan Islam (Jakarta: Penerbit

Pustaka Husna Baru, 2003). 86 27 Tengku Ghani Tengku Jusoh, “Kalimah Al-Ta’lim Dan Al-Tarbiyyah

Menurut Al- Qur'an Dan Leksikon Arab.,” [Kertas Kerja Seminar

Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, 2002]

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

12

Islam dengan akidah agama-agama lain.28 Dalam hubungan

inilah kita memahami tugas seorang pendidik itu adalah

semulia-mulia tugas dan suci kerana mencerminkan

sebahagian daripada kehendak Allah. Menyedari hakikat ini,

ia dapat meyakinkan para pendidik tentang ketinggian

profesion mereka berbanding dengan profesion lainnya.

Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi

melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk

pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya

mempercayai antara mereka. Guru mengikut perspektif Islam

mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak, iaitu

sebagai murabbi dan bukan semata-mata sebagai muallim.

Antara ciri-ciri guru murabbi adalah yang menyayangi

pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.

Mereka juga sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal

termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka di samping

menjaga disiplin murid dengan menggunakan pendekatan

mencegah dan menegur secara baik terhadap perlakuan

maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara

kasih sayang. Ahmad Mohd Salleh menambah ciri-ciri guru

murabbi adalah pertama, mengutamakan keselamatan dan

kebajikan pelajar. Kedua, bersikap adil terhadap pelajar tanpa

mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik, dan

ekonomi. Ketiga, merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali

kepada yang berhak dan keempat bersedia membimbing

pelajar serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan

tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada pelajar.29

28 Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi,

73-74.

29 Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi Dan

Metodologi. 68

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

13

4. Mursyid 30

Berasal dari perkataan arsyada, mursyid adalah kata pelaku

(ism fa'il).31 Ini sinonim dengan perkataan ahda yang

bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid

bererti orang yang memberi petunjuk.32 Ini juga menunjukkan

peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau

seorang individu yang menunjukkan hidayah (petunjuk)

kepada pelajar adalah bertepatan dengan tujuan profesion

keguruan Pendidikan Islam itu sendiri.

Untuk mendapatkan penjelasan konsep, kita dapat

hubungkan perkataan mursyid dengan Surah al-Baqarah ayat

256, yang bermaksud;

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam),

kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran

(Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu,

sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia

pula beriman kepada Allah, maka

sesungguhnya dia telah berpegang kepada

simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak

akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha

Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat di atas menerangkan bahawa tidak boleh

dilakukan paksaan kepada seseorang itu untuk memeluk

agama Islam kerana kebenaran Islam telah terang dan nyata.

Kebatilan dan kekufuran juga terang dan nyata.33

30 Ab.Halim Tamuri et.al, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar (No.

Kod 00002/2004).Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLl) Pengajian Islam (Pengkhususan). 31 Al-Munjid fi al-Lugah wa al-A’lam, cet. ke-32 (Beirut: Dar Al-Masyriq, 1992), 261. 32 Al-Mu’jam Al-Arabi (Beirut, Labenon: Dar Ibn Khaldun, 1982), 79. 33 Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid, Tafsir Mubin (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 184.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

14

Menyerlahkan kebenaran dalam kemelut keburukan

dan kemungkaran merupakan tugas utama para mursyid di

dalam membimbing muridnya. Dalam tradisi para sufi

menjalankan tugas bimbingan mereka, istilah mursyid

digunakan untuk panggilan guru dan istilah murid diberi

kepada penuntut. Sesuai dengan makna dan fungsi yang

terkandung dalam istilah mursyid, iaitu guru yang

memberikan nasihat dan petunjuk ke arah kebenaran, di satu

pihak lagi yang memerlukan atau berkehendak petunjuk itu

disebut sebagai murid.

Al-Mawrid mendefinisikan penasihat yang ikhlas

dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor.34 Mentor

berperanan sebagai pengajar, penasihat, pendorong dan

membantu seseorang di bawah asuhannya untuk berkembang

dan mencapai kecemerlangan.35 Beberapa aspek peranan guru

mursyid boleh dilihat dalam layanan seorang mentor kepada

pelajar-pelajarnya. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bora

dan Philips menunjukkan mentor memiliki status berikut iaitu:

36

i. Seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan

sedia memberikan bimbingan sepenuhnya;

ii. Tokoh pemindah yang berperanan untuk

perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu

bapa dan rakan sebaya;

iii. Model contoh dan penasihat kepada pelajar;

iv. Bertindak sebagai pembimbing, jurulatih, tutor dan

pendorong pelajar;

v. Bersifat murah hati, ikhlas, penyayang, mengambil

berat orang lain, pendengar yang baik dan

mencurahkan rasa hati;

vi. Bersifat sentiasa menerima dan bertanggungjawab;

34 Munir Al-Ba’labakki, Al-Mawrid Qamus Ingglizi- ’Arabi (Beirut: Dar

Al ’Ilm, 1995), 101 35 Saedah Siraj et.al, “Motivasi Dalam Pendidikan,” (Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd., 1996), 65. 36 Bora, B.M dan Philips, R.R, “Mentoring as a Learning Experience for

Adults,” Journal of Teacher Education Mei-Jun (1994): 16–20.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

15

vii. Berkongsi impian dengan anak didik dan membina

persepsi kendiri yang ceria; dan

viii. Orang yang sangat berpengaruh terhadap anak

didiknya

Ketepatan panggilan mursyid menggantikan guru

sudah pastilah akan memberikan makna lebih berkesan dalam

jiwa seorang pendidik kerana kesedaran ini akan menjadikan

pendidik tersebut sentiasa ingat akan tugas sucinya iaitu

sebagai petunjuk jalan kepada kebenaran. Ada dua hal yang

diperlukan supaya si guru tadi menepati gelaran mursyid.

Pertama ialah menyediakan dirinya sentiasa dalam

pemeliharaan dan bimbingan Allah supaya sentiasa mendapat

petunjuk yang benar. Kedua ialah menjadi teladan ikutan

kepada murid-muridnya dalam semua perkara, baik dalam

pertuturan, perlakuan, pakaian dan juga cara hidup.

Semuanya hendaklah mencerminkan tatacara kehidupan yang

ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Pembelajaran berkesan

menurut pandangan Islam bukan sahaja dilihat dari segi

penguasaan ilmu, tetapi sama penting keupayaan anak

didiknya mencontohi sifat-sifat dan ketinggian akhlak yang

ada pada guru mereka.37

5. Muallim38

Muallim adalah kata nama (ism fa’il) yang muncul dari kata

terbitan/masdar, ta'lim (pengajaran). 39 Al-ta'lim bermaksud

mengajar dan menjadikan seseorang individu memiliki ilmu

pengetahuan, proses tersebut berlaku secara berperingkat-

37 Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi,

75-76. 38 Ab.Halim Tamuri et.al, Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar (No.

Kod 00002/2004),dan dalam Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam:

Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi dan dalam Zawawi Hj. Ahmad,

Pendidikan Islam: Kaedah Dan Teknik Pengajaran. 39 Al-Munjid fi al-Lugah wa al-A’lam, 526.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

16

peringkat.40 Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses

menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf

haiwan kepada taraf manusia.41 Manusia sememangnya

memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya

hawa nafsu, bermusuhan dan sukakan kebendaan. Pada masa

yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti

berakal, beriman, bijaksana dan sebagainya.42 Perkataan

ta'lim dapat dikaitkan dengan kalimah mengajarkan dalam

Surah al-Baqarah ayat 31, yang bermaksud;

Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan

segala nama benda-benda dan gunanya,

kemudian ditunjukkannya kepada malaikat

lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku

nama benda-benda ini semuanya jika kamu

golongan yang benar".

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT

mengajarkan nama-nama benda kepada Nabi Adam a.s dan

kemudiannya Allah SWT mengemukakannya kepada

malaikat. Ini bagi membuktikan siapa yang lebih berhak

menjadi khalifah di bumi sama ada manusia atau malaikat.

Allah SWT telah membuktikan bahawa Nabi Adam a.s

mempunyai kelebihan dan keutamaan berbanding para

malaikat dengan mengingat semua benda yang diajar oleh

Allah s.wt.43 Berdasarkan ayat al-Qur’an ini dapatlah kita

membuat kesimpulan, dalam konteks ini kita memahami

bahawa Allah telah memulakan tugas pengajaran seperti yang

40 Tengku Ghani Tengku Jusoh, “Kalimah Al-Ta’lim Dan Al-Tarbiyyah

Menurut Al- Qur'an Dan Leksikon Arab.”, [Kertas Kerja Seminar

Pendidikan dan Pembangunan Manusia, 2002.] 41 Al-Ghazali, Ihya’ 'Ulum Al-Din, Jilid 4 (Kaherah: AI-Masyhad.Al-

Ghazali, tt), 180 42 Saedah Siraj, Perkembangan Kurikulum: Teori Dan Amalan, edisi

kedua (Selangor: Alam Pintar, 2001). 65 43 Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid, Tafsir Mubin (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 42-43.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

17

berlaku kepada nabi Adam dan kerananya kita sebagai

zuriatnya terus mewarisi hasil daripada proses pembelajaran

yang dilalui oleh Nabi Adam a.s. Sekali lagi kita disedarkan

bahawa tugas seorang muallim bukan setakat memberikan

ilmu kepada anak didiknya tetapi ia juga ada kaitannya dengan

penyediaan manusia pertama yang Allah ciptakan untuk

menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini. Ayat ini juga

memberi kita kefahaman bahawa tugas muallim ialah supaya

menjadikan anak-anak didiknya benar-benar menguasai ilmu

sebanyak mungkin.44

Seorang yang bergelar muallim juga hendaklah

memantapkan lagi peranan mereka dalam mencurahkan ilmu

kepada murid kerana ia akan dijadikan panduan dan perisai

dalam kehidupan mereka.45 Sehubungan dengan itu,

‘Ulwan46menyatakan:

“Keteladanan dalam pendidikan adalah

metode berkesan yang paling meyakinkan

keberhasilannya dalam mempersiapkan dan

membentuk anak di dalam moral, spiritual dan

sosial. Hal ini kerana pendidik adalah contoh

terbaik dalam pandangan anak, yang akan

ditirunya dalam tindak tanduk dan tatasusila.”

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu

menyediakan diri mereka sebagai qudwah hasanah (model

terbaik) kepada pelajar kerana sifat tersebut adalah salah satu

daripada sunah Rasulullah SAW. Sebenarnya, masyarakat

kita sekarang ini menaruh harapan yang tinggi kepada para

guru yang mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ini

bermakna peranan guru sememangnya amat besar dan begitu

44 Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep & Aplikasi,

77. 45Zaharah Hussin, “Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 79,”

Masalah Pendidikan, 2005, 79–95. 46 Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyah Al-Aulad Fi Al-Islam (Kaherah: Dar

al-Salam Littiba’ah wa al-Nasyr wa al-Tauzi', 1994), 604.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

18

kritikal dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam

kerana di atas bahu merekalah terletak kejayaan dan

kegagalan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.47

Guru diakui mempunyai pengaruh yang amat besar ke

atas murid-murid 48 dan ia menyamai pengaruh ibu bapa

terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya guru yang ikhlas

di sekolah akan dapat memperbaiki alam pembelajaran murid-

murid. Bahkan gurulah yang mewarisi tugas para nabi dalam

membentuk dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada

murid-muridnya.49

KESIMPULAN

Guru memiliki peranan yang amat besar kerana melalui

tugasnya, akan lahirlah insan atau manusia sebagaimana

pendidikan yang diberikan. Tanpa guru seorang pemimpin

tidak akan memiliki ilmu kepimpinan, tanpa guru seorang

jurutera tidak akan memahami bidang kejuruteraan. Oleh itu,

guru sebagai daie merupakan tugas yang berat dan

memerlukan keikhlasan dan persediaan yang rapi terutama

dari aspek keilmuan.

RUJUKAN

Ab Halim Tamuri. (2013). “Towering Personality: Masa

Depan Pembangunan Profesionalisme Guru Sekolah

Agama Rakyat”, [Kertas Kerja Konvensyen

Pengurusan Guru Sekolah Agama Rakyat Peringkat

Kebangsaan, Anjuran Jabatan Dakwah dan

Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya dan Jawatankuasa Tetap Pendidikan,

47 Wan Mohamad Zahid Noordin, “The Malay Problem: A Case Study on

the Correlates of Educational Achievement of The Malays” (University of

California, 1978). 120 48 Ibid. 49 Abdul Raof Dalip, “Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah

Dan Masyarakat: Teras KBSM”, 151.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

19

Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,

negeri Selangor, bertarikh 18-19 Disember 2013]

Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abd. Razak. “Pengajaran

Akhlak Di Sekolah Menengah: Persepsi Pelajar.

Prosiding Wacana Pendidikan Islam, dalam

Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara

Tradisi Dan Inovasi, Siri 3. (Seremban: Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003)

Ab.Halim Tamuri et.al. Keberkesanan Kaedah Pengajaran

Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas

Pembangunan Diri Pelajar. Kod 00002/2004). (Bangi.

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004 )

Abdul Rahman Nahlawi. Ushulut Tarbiyah Islamiyah Wa

Asalibiha Fil Baiti Wal Madrasati Wal Mujtama’.

(Beirut, Labenon: Dar al-Fikr al-Mu’asyir, 1983)

Abdul Raof Dalip. “Peranan Pendidikan Sepadu

Membentuk Ummah Dan Masyarakat: Teras KBSM,”

dalam Adnan Kamis (ed.).Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah Pandangan Dan Maklum Balas,

(Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

1993)

Abdullah Nasih ‘Ulwan. Pendidikan Anak-Anak Dalam

Islam, (terj. Syed Ahmad Semait.) (Singapura: Pustaka

Nasional, Jld. 2 , Cet. 3, 1989)

Abu Bakar Nordin. Reformasi Pendidikan dalam

Menghadapi Cabaran 2020. (Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise, 1994 )

Ahmad Mohd Salleh. Pendidikan Islam. (Selangor: Fajar

Bakti, 2004)

Ahmad Mohd. Salleh. Pendidikan Islam: Falsafah,

Pedagogi Dan Metodologi. (Kementerian Pendidikan

Malaysia, Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Lepas

Ijazah (KPLl) Pengajian Islam (Pengkhususan). Kuala

Lumpur, 2001)

Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam: Falsafah,

Pedagogi dan Metodologi. (Kuala Lumpur: Fajar

Bakti, 1997)

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

20

Al-Ghazali, Ihya’ 'Ulum Al-Din, Jilid 4. (Kaherah: AI-

Masyhad al-Ghazali, tt )

Al-Mu’jam Al-Arabi. (Beirut, Labenon: Dar Ibn Khaldun,

1982)

Al-Munjid Fi Al-Lugatu wa Al-A’lam. cet. ke-32. (Beirut:

Dar Al-Masyriq, 1992)

Bova, B.M dan Philips, R.R, “Mentoring as a Learning

Experience for Adults,” Journal of Teacher Education,

Mei-Jun 1994

Choong Lean Keow. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia.

(Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 2008)

Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam: Huraian Konsep

& Aplikasi. (Brunei: Pusat Penerbitan, Kolej Universiti

Perguruan Ugama Seri Begawan, 2012)

Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud, Kitab Ismah al-Rasul sallahu

‘alaihi wasallam, Bab Ismah al-Rasul sallahu ‘alaihi

wasallam, Juzukk 12.

Hasan Langgulung. Asas-Asas Pendidikan Islam. (Jakarta:

Penerbit Pustaka Husna Baru, 2003)

Juriah Long et. Al (eds.) Pemerkasaan Sistem Pendidikan:

Pembangunan Modal Insan Dan Jati Diri Kebangsaan,

(Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

2013)

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri. Pendidikan

Islam: Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran. (Johor

Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007)

Munir Al-Ba’labakki, Al-Mawrid Qamus Ingglizi-’Arabi.

(Beirut: Dar Al ’Ilm, 1995)

Rosnani Hashim. “The Construction Of An Islamic-Based

Teacher Education Programme,” Muslim Education

Quarterly,14 (2). 1997

Saedah Siraj et.al. Motivasi Dalam Pendidikan, (Utusan

Publication & Distributors Sdn.Bhd, 1996 )

Saedah Siraj. Perkembangan Kurikulum: Teori Dan

Amalan, edisi kedua. (Selangor: Alam Pintar, 2001)

Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid, Tafsir Mubin.

(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

21

Syaiful Bahri Djamarah. Guru Dan Anak Didik dalam

Interaksi Deduktif. (Jakarta: Rineka Cipta, 2000)

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Konsep Pendidikan

Islam , (terj. Haidar Baqir) , (Bandung, Indonesia:

Mizan, 1986)

Tafsir Ibnu Kathir, (terj. Abdul Ghoffar E.M. et al.) Jilid 8,

tt

Tajul Ariffin Noordin dan Nor’ Aini Dan, Pendidikan &

Pembangunan Manusia Pendekatan Bersepadu. (Bangi:

As-Syabab Media, 2002)

Tengku Ghani Tengku Jusoh. “Kalimah Al-Ta’lim Dan Al-

Tarbiyyah Menurut Al- Qur'an Dan Leksikon

Arab.”[Kertas Kerja Seminar Pendidikan dan

Pembangunan Manusia. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya, 2002]

Wan Mohamad Zahid Noordin. “The Malay Problem: A

Case Study on the Correlates of Educational

Achievement of The Malays”. (University of

California, 1978)

Yusuf al-Qardawi, (1995). Dawr Al-Qiyam Wa Al-Akhlak

Fi Al-Iqtisad Al-Islami. (Kaherah: Maktabah Wahbah,

1995)

Zaharah Hussin. Masalah Pendidikan. (Kuala Lumpur:

Universiti Malaya, 2005)

Zawawi Hj. Ahmad, Pendidikan Islam: Kaedah Dan Teknik

Pengajaran. (Petaling Jaya, Selangor: International,

1984 )

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

22

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

23

PENGURUSAN PEMBANGUNAN INSAN GURU

Nor Raudah Hj Siren, Norhana Mohamed Salleh,

Azrin Ab Majid

PENDAHULUAN

Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan

pembentukan insan yang sempurna agar manusia itu mengerti

tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri

sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap

keesaan Yang Maha Pencipta.1 Mengurus pembangunan guru

untuk menjadi murabbi bukan tugas yang mudah. Ia

memerlukan sistem yang tersusun dan berterusan agar guru

yang dibangunkan mampu membimbing dan melahirkan

modal insan yang diperlukan oleh negara dan agama.

Islam mendukung penuh usaha membentuk dan

membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu

sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan

kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat.

Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang berkaitan akidah,

fiqah mahupun tasawuf menekankan pembangunan kualiti

manusia yang seimbang. Falsafah Islam, yang juga

merupakan satu dari ciri keilmuan dan tamadun Islam, tidak

ketinggalan dalam menyumbang dan mengemukakan

pendekatan tersendiri dalam konteks pembangunan insan.

Sesuatu tamadun akan terhasil ekoran kemajuan manusia yang

membinanya. Manusialah yang membentuk tamadun dan

sesuatu tamadun dengan maksud yang sebenar tidak akan

berdiri sekiranya manusia itu sendiri tidak bertamadun.

Tamadun yang teguh dan kukuh memerlukan pula insan yang

dibangunkan dengan asas yang kuat dari aspek rohani dan

spiritual supaya tamadun dengan maksud sebenar terbina

bukan hanya yang terbina berdasarkan pembangunan fizikal

semata-mata.

1 Sufean Hussin, Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem Dan Falsafah,

Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 476.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

24

Pembangunan ialah usaha membina, membangun dan

mengukuhkan sesuatu.2 Dalam Bahasa Arab Moden, istilah

yang memberi makna pembangunan ialah tanmiyah yang

bermaksud pertumbuhan atau pembesaran3 dan taqaddum

yang bermaksud maju ke hadapan, iaitu kemajuan.4

Menurut Sheikh Muhammad Abduh, pembangunan

(al-Tanmiyah) bermaksud penyuburan dan pemurnian diri

insan. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan al-

tanmiyah dalam al-Quran seperti al-Tazkiyah (penyuburan)

iaitu dalam surah al-Syams: ayat 9, pembinaan (bina’) dan

dalam surah al-Saf: ayat 4. Dalam hubungan ini, sasaran

utama pembangunan adalah manusia itu sendiri.5

Pembangunan ialah satu proses untuk menyusun

sesebuah masyarakat atau negara ke arah memajukan dan

meningkatkan kualiti hidup manusia6 melalui perubahan ilmu

sehingga ia menjadi budaya7 yang dilakukan secara bersama-

sama dalam masyarakat.

Sementara insan pula ialah makhluk yang dicipta oleh

Allah SWT yang tidak terlepas dari kealpaan.8 Pembangunan

insan ialah usaha berterusan memupuk dan mengembangkan

potensi dalam diri manusia supaya subur dan kental

keimanannya terhadap rukun iman serta berupaya terdera

2 Kamus Dewan, 2013, 123, entri "bangun". 3 Kamus Besar Arab-Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

2006), 2443, entri "nama". 4 Ibid, 1844, entri "taqaddama". 5 Shaikh Abdullah bin Hassan dan Dr Issham bin Ismail, “Konsep

Pembangunan Modal Insan Berkiblatkan Ajaran Islam,” Kertas Kerja

Seminar Pendidikan Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 2006), 172. 6 Nik Mustafa Hj Nik Hassan, “Pembangunan Bersepadu: Satu Pendekatan

Menyeluruh,” dalam Pembangunan Dari Perspektif Islam, ed.

Muhammad Hisyam Mohamad (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM), 2007), 7. 7 Muhammad al-Buraey, Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif

Islam, terj. Abdullah Md Noor (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1992), xxiv. 8 Ibid, 997.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

25

menggesa atau menyumbang ke arah kebaikan, kesejahteraan

diri, orang lain dan alam.9 Lantaran itu, pembangunan insan,

terutama guru perlu diurus dengan betul agar mampu

melahirkan murabbi yang mampu mengukuhkan

pembentukan generasi muda yang mantap dan berdaya kental

menghadapi cabaran hidup.

Rajah 1: Model Pembangunan Insan dari Aspek SPIES10

SPIES adalah satu konsep dalam pembangunan modal

insan yang dperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor pada

tahun 2008. Kerangka SPIES menjadi satu model

pembangunan modal insan bagi diri, keluarga, organisasi dan

masyarakat untuk Selangor. SPIES menekankan prinsip dan

nilai. Dalam setiap satu aspek SPIES, terdapat prinsip dan

nilai-nilai yang perlu diketengahkan dalam program SPIES

dan modul-modul yang dijalankan.

Semua agama percaya bahawa kehidupan ini bermula

dengan alam roh atau spiritual kecuali orang yang tidak

9Zakaria Stapa, Akidah Dan Akhlak Dalam Kehidupan (Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd., 1999), 58. 10 “SPIES Selangor”, dicapai 15 April 2015,

https://spiesselangor.wordpress.com/

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

26

percaya kepada wujudnya Tuhan. Maka S-Spiritual menjadi

asas kepada pembangunan sahsiah diri atau modal insan. Oleh

itu S-Spiritual berada di hadapan sekali dalam ejaan jenama

SPIES ini. Di dalam logo SPIES, S-Spiritual diletakkan di

bahagian bawah sekali kerana ia adalah asas dan tapak atau

dasar yang menampung dan mendukung 4 elemen seterusnya.

S.P.I.E.S. terbina dengan mengambil kira fitrah kejadian

manusia dan pertumbuhan serta perkembangan individu

manusia. Biarpun jenama S.P.I.E.S. berbunyi bahasa Inggeris,

tetapi apa yang lebih penting ialah falsafah dan pengisiannya.

Islam melihat pembangunan manusia secara

menyeluruh bermula dan berasaskan pembangunan rohani,

akal dan jiwa kemudian digabungkan dengan akhlak amal

soleh dan berakhir dengan kejayaan hidup di dunia dan

kesejahteraan hidup selepas mati. Ia kelihatan lebih kepada

pembinaan dan pengukuhan iman sesuai dengan tujuan

penciptaan manusia iaitu untuk beribadat atau menyembah

Allah SWT seperti yang dapat difahami dalam Surah al

Zariyat ayat 56, yang bermaksud, Dan (ingatlah) Aku tidak

menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadat kepada-Ku.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT yang

menciptakan makhluk dan memerintahkan supaya mereka

beribadah kepada-Nya tanpa mensyirikannya. Perkataan

ibadat di dalam ayat di atas tidak hanya tertumpu pada ibadat

khusus sahaja seperti solat, puasa dan lain-lain ibadat tetapi

mengabdikan seluruh kehidupan dalam ketaatan dan

melaksanakan perintah Allah SWT.11 Orang yang taat

kepada-Nya akan diberi ganjaran dengan ganjaran yang

terbaik, manakala mereka yang menderhaka kepada-Nya akan

menerima hukuman azab daripada-Nya. Justeru, seorang

Muslim yang sejati perlu mengamalkan ajaran Islam dengan

sepenuhnya dalam kehidupannya dan menjaga setiap tindak-

tanduknya agar tidak bertentangan dengan syariat Islam

11 Muhammad Saed Abdul Rahman, Tafsir Ibnu Kathir Juzukk 27 (United

Kingdom: British Library, 2009), 28.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

27

seterusnya akan menghasilkan kemajuan individu Muslim,

masyarakat dan negara.

Dalam Islam, konsep pembangunan insan bersifat

holistik merangkumi aspek fizikal dan spiritual atau rohani

dan jasmani sesuai dengan fitrah kejadian manusia supaya

dapat mewujudkan kehidupan yang diredai oleh Allah

SWT.12 Pembangunan insan tidak sempurna jika satu aspek

sahaja diberi perhatian, jika manusia hanya sempurna fizikal

sahaja maka sudah pasti setiap perkara yang dilakukan akan

memberi fokus kepada kepuasan fizikal sahaja. Sebaliknya

jika manusia hanya sempurna pada aspek roh pula, sudah pasti

mereka tidak dapat melakukan sebarang kerja fizikal kerana

kesempurnaan fizikal penting untuk membantu dalam

membangunkan aspek rohnya. Pembangunan seimbang ini

sangat penting untuk menghasilkan insan yang benar-benar

sepadu pada aspek pembangunan jasad dan rohnya.13

Insan perlu dibangunkan melalui acuan yang benar

dan tepat supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti

yang digariskan. Islam disebut sebagai ‘the way of life’ iaitu

satu cara atau satu sistem kehidupan yang apabila sistem ini

diikuti sepenuhnya dunia akan aman, damai dan makmur

seluruhnya melainkan jika Allah SWT berkehendakkan

sebaliknya. Oleh sebab itu Allah SWT mengutuskan

Rasulullah SAW bersama Kitab al-Qur’an sebagai

pembimbing atau penunjuk jalan.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 2, yang

bermaksud, Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak

padanya (tentang datangnya dari Allah SWT dan tentang

sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang

(hendak) bertakwa.

Ayat ini menerangkan bahawa kitab al-Quran adalah

benar-benar wahyu dari Allah SWT yang tidak perlu diragui

yang menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa iaitu

12 Abd Jalil Borham, Asas Pembangunan Modal Insan (Kuantan:

Universiti Malaysia Pahang, 2008), 1. 13 Ibid, 10-11.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

28

sentiasa memelihara dirinya daripada melakukan perkara

yang dimurkai Allah SWT dan sentiasa menjaga hubungan

baik dengan Allah SWT.14

1. Pembangunan Spiritual Guru

S-Spiritual juga menjadi asas kepada pertumbuhan,

perkembangan dan kemajuan diri individu. Dalam S-Spiritual,

terdapat nilai-nilai murni yang membentuk akhlak, moral, dan

etika kehidupan dalam diri dan masyarakat. Apabila nilai-nilai

murni dalam diri kuat dan padu, dan disokong oleh elemen

lain iaitu P-Physical, I-Intelek, E-Emosi dan S-Sosial, maka

individu ini akan mendorong seseorang itu untuk menjadi

individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang

cemerlang. Roh adalah milik Tuhan. Ia dipinjamkan ke dalam

tubuh fizikal manusia supaya manusia itu boleh bernyawa dan

hidup di dunia ini.

Dalam Islam, asas utama yang diberikan penekanan

dalam membangunkan insan ialah memupuk kemantapan

iman kepada Allah SWT. Hasilan dari terbinanya keimanan

yang kukuh dari jiwa yang kudus ini lahirlah insan yang

bertakwa. Insan-insan yang bertakwa ialah mereka yang takut,

kagum dan berusaha sepenuh hati menyucikan diri dari

melakukan dosa dan akhirnya mengabdikan diri sepenuhnya

kepada khaliknya yakni Allah SWT. Apabila berurusan dalam

14 Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid, Tafsir Mubin (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 27.

SPIRITUAL

AKIDAH SYARIAH AKHLAK

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

29

semua urusan kehidupan, mereka akan berusaha sedaya

mungkin untuk menjadi cemerlang sesuai dengan tuntutan

agama yang dapat difahami dari al-Quran dan Hadis. Oleh itu

kekuatan iman dan takwa perlu menjadi asas dalam proses

pembinaan dan pembangunan insan yang unggul.15

Pengurusan pembangunan spiritual guru ialah

bagaimana pihak pengurusan sekolah berusaha memperbaiki

spiritual guru-guru melalui program-program yang boleh

meningkatkan keimanan, amalan syariah dan memperbaiki

akhlaknya sebagai pembangun modal insan atau sebagai

murabbi.

2. Pembangunan Fizikal Guru

P-Physical yang baik dan sihat, bertunjangkan kepada

S-Spiritual yang kukuh, menjadikan seseorang itu menghargai

kesihatan dan keselamatan dirinya serta fizikal orang

sekelilingnya. Individu yang sihat akan menjadi seorang yang

produktif dan menjadi aset modal insan untuk menyumbang

kepada pembangunan dan kemajuan ummah. Aspek fizikal

secara internal (dalaman) dikaitkan dengan kesihatan tubuh

badan dan pergerakan, manakala aspek fizikal external

15 Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif

Bersepadu (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988), 76.

FIZIKAL

KESIHATAN KETERAMPILAN KESELAMATAN KEMUDAHAN KEBAJIKAN

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

30

(luaran) dikaitkan dengan kemampuan menguruskan sumber

luar, wang, harta dan alam sekitar.16

Pengurusan pembangunan fizikal guru berkaitan

dengan bagaimana pihak pengurusan mewujudkan

persekitaran yang sihat dan selamat kepada guru-guru,

memberi kemudahan untuk keselesaan guru-guru

melaksanakan tugas pengajaran dan pentadbiran seperti meja,

alat bantu, komputer dan pusat sumber, menjaga kebajikan

guru yang mengalami bencana, musibah, meninggal dunia dan

sebagainya di samping memastikan guru-guru memiliki

keterampilan diri yang meyakinkan pelajar-pelajar akan

kebolehan guru-guru mereka agar profesion mereka terus

dihormati dan disanjungi.

3. Pembangunan Intelek/Ilmu Pengetahuan

I-Intelek adalah satu kurniaan Tuhan yang diberikan

kepada jasad manusia. Jasad memerlukan daya intelek yang

baik dan jika disokong oleh S-Spiritual yang baik dan P-

Physical yang sejahtera, maka individu bukan sahaja tahu

menghargai ilmu, tetapi ia akan menghargai orang yang ada

ilmu, suka kepada mencari ilmu, menyokong aktiviti ilmuan,

malah akan menggunakan daya intelektualnya menyumbang

kepada perkembangan ilmu dan kemajuan ummah.

16 Fazrul Ismail, Master P.I.E.S Lonjakkan Potensi Diri (Batu Caves: PTS

Millenia Sdn.Bhd., 2012), 102.

INTELEKTUAL

LATIHAN KEMAHIRAN ILMU BANTU

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

31

I-Intelek harus mendahului E-Emosi kerana ia dapat

memandu jasad manusia untuk menjalani kehidupan.

Pembangunan ilmu merupakan antara bentuk pembangunan

yang ditekankan dalam Islam kerana ia memberi manfaat

kepada individu yang memilikinya dan masyarakat sekiranya

aspek tauhid diberi penekanan dalam usaha pemerolehan ilmu

tersebut.17 Imam al-Ghazali menyatakan bahawa ilmu mampu

menghidupkan hati manusia yang buta, memberi cahaya

kepada pandangan mata yang gelap, menguatkan badan yang

lemah, membawa kepada kebaikan dan kedudukan yang

tinggi.18 Hal ini bertepatan dengan wahyu pertama Surah al-

Alaq ayat 1-5 yang bermaksud;

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama

Tuhanmu yang menciptakan (sekalian

makhluk). Ia menciptakan manusia dari

sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu

yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia

melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan

manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat di atas menjelaskan bahawa proses penurunan

wahyu yang juga merupakan proses penyampaian ilmu adalah

sebagai sebahagian daripada pembangunan insan istimewa

Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya berperanan pula

membangunkan insan yang lain ke seluruh muka bumi ini.

Konsep ilmu menurut perspektif Islam adalah bersifat

bersepadu merangkumi semua aspek kehidupan seperti sosial,

pendidikan, politik, pentadbiran, falsafah, sastera dan

sebagainya melalui satu set kepercayaan yang selari antara

peranan wahyu dan akal.19

17 Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhairi, Al-Asma’ul Husna Dan

Modal Insan (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2011), 50. 18 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya’ Ulum Al-Din, Jilid 1

(Kaherah: Dar al-Fajr li al-Thurath, 1999), 24. 19 Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhairi, Al-Asma’ul Husna Dan

Modal Insan, 51.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

32

Justeru, untuk memakmurkan bumi dan melaksanakan

amanah Allah SWT sebagai khalifah di bumi ini, ilmu

pengetahuan diperlukan. Keperluan menguasai ilmu

pengetahuan ini adalah menyeluruh mencakupi ilmu yang

berkaitan duniawi dan ukhrawi atau ilmu yang disebut sebagai

ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah atau ilmu yang boleh

memenuhi tuntutan pembangunan spiritual dan pembangunan

fizikal manusia. Dalam hal ini, menguasai ilmu agama wajib

diutamakan kerana ia boleh memupuk iman dan takwa yang

menjadi tujuan penciptaan manusia itu sendiri.20

Menurut al-Nahlawy (1983), seorang guru perlu

sentiasa mempertingkatkan keilmuannya, pengetahuan yang

mendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya serta

menguasai ilmu pengetahuan lain terutama pengetahuan

agama dan ilmu-ilmu lain. Guru perlu memastikan kefahaman

yang mendalam terhadap sesuatu ilmu agar dihormati oleh

para pelajarnya dan memperolehi kepercayaan mereka supaya

mereka memperolehi faedah. Guru-guru juga perlu diberikan

latihan yang berterusan supaya ilmu yang dipelajari semasa di

peringkat universiti dapat dipertingkatkan lagi dan menguasai

ilmu-ilmu pengajian Islam semasa.

Antara latihan dan ilmu yang perlu diterapkan dalam

diri seseorang guru adalah membentuk personalitinya sebagai

guru, motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP),

kemahiran dalam PdP serta pedagogi subjek pengajaran.

Ilmu-ilmu agama pula merupakan ilmu yang boleh

membangun spiritual guru agar memiliki rohani yang

mantap21.

20 Osman Bakar, “Konsep Pembangunan Insan Dalam Islam,”,

http://muafakatmalaysia.com/konsep-pembangunan-insan-dalam-Islam-

2/, dikemas kini pada 14Februari 2009. 21 Ab Halim Tamuri (2013) op.cit, hal. 10- 11

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

33

4. Pembangunan Emosi Guru

E-Emosi yang stabil memerlukan S-Spiritual yang

kukuh, P-Physical yang sihat, dan daya I-Intelek yang tinggi.

Apabila E-Emosi ummah stabil, tenang, dan sejahtera, mereka

dapat menjalani hidup yang lebih baik dan pastinya dapat

menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. E-

Emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada kadar

perceraian, kes dera ahli keluarga, kes bunuh, kes ragut,

depresi, dan sikap negatif.

Guru berperanan penting dalam proses pembangunan

modal insan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Selain daripada kepakaran dalam ilmu pengetahuan dan

kemahiran asas dalam mata pelajaran tertentu, guru juga perlu

mempunyai kecerdasaan emosi yang kukuh bagi

melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Kajian

mengenai dimensi kecerdasan emosi dan sosial dijalankan

dengan mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan

kecerdasan emosi dan sosial seperti kebolehan bersosial,

kecemerlangan perhubungan interpersonal, kematangan

psikologi dan kesedaran emosi. 22

Penekanan unsur-unsur yang ada perkaitan dengan

kecerdasan emosi menjadikan pelajar lebih stabil dalam

perhubungan dan interaksi sosial berbanding dengan pelajar

yang tidak didedahkan dengan konsep kecerdasan emosi dan 22 Glomen, Slover & Mayer, 2000 dalam Yunus bin Yusof.. “Kecerdasan

Emosi”. Jurnal Akademik. (Jabatan Hal Ehwal Pelajar, 2005) 1-21.

EMOSI

BEBAN TUGASPENGURUSAN

MASA

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

34

sosial.23 (Gardner, 1983; Azhar, 2004). Oleh itu, penerapan

tentang kecergasan emosi dan sosial terhadap guru dan pelajar

amat penting dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar

melalui prestasi akademik dan sahsiah.

Kecerdasan emosi boleh didefinisikan sebagai

kebolehan untuk memantau emosi, menilai dan menjana

emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat

keputusan bagi memperkembangkan kemahiran intelektual

dan emosi (Salovey & Mayer, 1990). Manakala Goleman

(1995) mentakrifkan kecerdasan emosi sebagai keupayaan

untuk mengiktiraf perasaan sendiri dan perkara lain bagi

mendorong diri kita sendiri dan menjayakan pengurusan

emosi diri. Kecerdasan emosi merangkumi beberapa aspek

iaitu pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta

kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan

menghadapi kegagalan. Di samping itu, kesanggupan

mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-

lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga

supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan

berfikir sendiri.24

5. Pembangunan Sosial Guru

23 Mohd Azhar Abd. Hamid. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi,

(2004), 13 24 Mohd Azhar Abd. Hamid. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi,

(2004), 14

SOSIAL

PIMPINANRAKAN

SEKERJAPELAJAR MASYARAKAT

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

35

S-Sosial pula adalah manifestasi daripada elemen S-

Spiritual, P-Physical, I-Intelek dan E-Emosi. Kalau empat

elemen ini baik, maka natijahnya baik dan produktif dalam

hubungan sosial dalam masyarakat dan persekitarannya.

Sebaliknya apabila S-Spiritual individu tidak kuat, P-Physical

tidak sihat, I-Intelek yang rendah dan E-Emosi yang tidak

stabil, maka isu dan gejala sosial akan berleluasa dan

menjadikan individu sebagai liabiliti dan bukan aset yang baik

untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan

ummah.

Menurut Ab Halim Tamuri (2013)25, guru-guru

merupakan da’i atau pendakwah profesional. Status mereka

sebagai guru adalah tinggi dalam mendidik masyarakat.

Mereka bukan sahaja berperanan membangun modal insan di

sekolah, bahkan turut berperanan membentuk minda dan

kelakuan umat, mengembangkan ilmu dan meningkatkan

kemahiran serta kebijaksanaan masyarakat. Oleh itu,

pembangunan sosial perlu diberikan kepada guru agar guru

mampu menghayati tugasnya sebagai pendakwah dalam tugas

sehariannya.

Guru harus mampu menterjemahkan semua bentuk

ilmu dan kemahiran yang dipunyainya kepada praktis.

Keupayaan guru teruji sama ada mereka berjaya menganalisis,

mensintesis, mengaplikasi atau menilai semua ilmu yang

dipelajari untuk dilaksanakan dalam alam realiti26 iaitu dalam

masyarakat yang penuh dengan cabaran.

Antara program yang dapat membantu guru

menterjemahkan ilmu berkaitan adalah dengan penglibatan

aktif mereka dalam program pembangunan insan di dalam

masyarakat. Program-program yang dimaksudkan itu

25 Mohd Azhar Abd. Hamid. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi,

(2004), 15 26 Omar bin Abdul Kareem. “Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia:

Apakah Realiti Memenuhi Harapan?” dalam Pendidikan Islam di

Malaysia: Cabaran dan Penyelesaian. Muhammad Lukman Ibrahim

et.al..( Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

2014), 45

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

36

termasuklah berperanan guru takmir masjid atau surau,

memegang jawatan sebagai imam atau pegawai syarak,

terlibat dalam aktiviti-aktiviti komuniti dan seumpamanya.

Apabila guru dapat melibatkan diri dalam program seumpama

itu, ia sebenarnya telah meletakkan diri mereka sebagai dai

dalam usaha membangunkan insan dalam kalangan

masyarakat.

KESIMPULAN

Penghayatan S.P.I.E.S memainkan peranan penting dalam

memperkasa guru dalam membina modal insan yang

cemerlang pada masa akan datang. Seseorang guru yang

berupaya memahami dan mengurus spiritual, fizikal, intelek,

emosi dan sosial, dapat mendidik remaja untuk mencapai

kejayaan dalam prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Bidang

perguruan mempunyai perkaitan rapat dengan pengurusan dan

pembangunan manusia. Maka penghayatan aspek spiritual,

fizikal, intelek, emosi dan sosial guru perlu konsisten sebagai

prasyarat kejayaannya dalam mengurus dan membangunkan

insan dalam mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih berkesan. Kecerdasan dan penguasaan semua

aspek tersebut amat penting dalam kalangan guru bagi

memberi motivasi, mengelola, mengurus, mengaktifkan

tingkah laku sama ada dalam komuniti dan tempat kerja.

Dimensi kecerdasan dan penghayatan yang rendah dalam

kalangan guru boleh memberi impak yang mendalam kepada

perkembangan kehidupan pelajar sekolah, dalam komuniti

dan tempat kerja juga akan terjejas. Justeru, guru perlu

dibimbing dan diberi sokongan supaya mempunyai kemahiran

dan penghayatan dalam melaksanakan tugasnya. Selain itu,

keperibadian guru, komunikasi berkesan dalam kalangan guru

dan daya kreativiti guru yang diamalkan dapat meningkatkan

prestasi akademik dan sahsiah dalam kalangan pelajar ke arah

pembinaan insan yang berkualiti.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

37

RUJUKAN

Abd Jalil Borham, Asas Pembangunan Modal Insan.

(Kuantan: Universiti Malaysia, 2008.)

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. Ihya’ Ulum Al-Din,

Jilid 1. (Kaherah: Dar al-Fajr li al-Thurath, 1999.) Fazrul Ismail. Master P.I.E.S Lonjakkan Potensi Diri. (Batu

Caves: PTS Millenia Sdn.Bhd., 2012.)

Goleman, D. Emotional Intelligence : Why It Can Matter

More Than IQ. (New York: Bantam Books, 1995).

Kamus Besar Arab-Melayu. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2006.)

Kamus Dewan. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2013.)

Mohd Azhar Abd. Hamid. Panduan Meningkatkan

Kecerdasan Emosi. (Kuala Lumpur: PTS Publications

and Distributors Sdn. Bhd, 2004.)

Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhairi. Al-Asma’ul

Husna dan Modal Insan , (Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya, 2011.)

Mohd. Kamal Hassan. Pendidikan dan Pembangunan Satu

Perspektif Bersepadu , (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise,

1988.)

Muhammad al-Buraey. Pembangunan Pentadbiran

Menurut Perspektif Islam, terj. Abdullah Md Noor.

(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.)

Muhammad Saed Abdul Rahman. Tafsir Ibnu Kathir

Juzukk 27. (United Kingdom: British Library, 2009. )

Nik Mustafa Hj Nik Hassan. "Pembangunan Bersepadu:

Satu Pendekatan Menyeluruh," dalam Pembangunan

dari Perspektif Islam, ed. Muhammad Hisyam

Mohamad. (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM), 2007.)

Omar bin Abdul Kareem. “Pengurusan Pendidikan Islam di

Malaysia: Apakah Realiti Memenuhi Harapan?” dalam

Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan

Penyelesaian. Muhammad Lukman Ibrahim et.al. (Kuala

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

38

Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

2014.)

Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid. Tafsir Mubin.

(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009).

Selangorku, https://spiesselangor.wordpress.com/ bertarikh

15 April 2015

Shaikh Abdullah bin Hassan dan Dr Issham bin Ismail.

“Konsep Pembangunan Modal Insan Berkiblatkan Ajaran

Islam,” (Kertas Kerja Seminar Pendidikan dan

Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 2006.)

Sufean Hussin. Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem

Dan Falsafah. Edisi Kedua. (Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2004.)

Yunus bin Yusof. “Kecerdasan Emosi.” Jurnal Akademik.

(Jabatan Hal Ehwal Pelajar, 2005.)

Zakaria Stapa, Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan. (Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd,

1999.)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

39

PENDEKATAN TARBIAH ISLAMIAH KEPADA

MUALAF MEMOHON ISYTIHAR MURTAD

Suariza@Hidayah Muhammad, Nor Raudah Hj Siren,

Yusmini Md Yusoff

PENDAHULUAN

Mualaf adalah golongan yang perlu diberi perhatian yang

khusus dalam memastikan mereka boleh memahami dan

menghayati agama Islam dengan baik. Adalah menjadi satu

kewajipan memberi didikan dan bimbingan yang sebaiknya

kepada golongan mualaf untuk menjaga akidah mereka

supaya terus kekal dalam agama Islam.

Secara umumnya di Malaysia setiap negeri

mempunyai Majlis Agama Islam Negeri yang

bertanggungjawab dalam mendidik golongan mualaf ini untuk

memberi bimbingan yang sepatutnya kepada mereka. Majlis

Agama Islam negeri bertindak dalam memastikan keperluan

rohani dan jasmani mualaf dapat dipenuhi selain dibantu oleh

badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain. Setiap

aspek telah diambil kira untuk memberi keselesaan kepada

mualaf iaitu dari sudut ekonomi, tempat tinggal, hubungan

kekeluargaan dan apa jua yang berkaitan menjadi keperluan

kepada mualaf selepas mereka memeluk agama Islam.

Sekiranya semua keperluan dapat dipenuhi atau

sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan yang

mereka tanggung maka murtad dalam kalangan mereka tidak

mungkin akan berlaku. Sekiranya murtad berlaku juga dalam

keadaan keperluan asas mereka telah dipenuhi maka

pengIslaman yang dilakukan adalah tidak ikhlas dan

bermotifkan sesuatu yang telah dirancang atau akidah mereka

tidak kuat, dalam erti kata lain tiadanya penghayatan dan

mereka tidak beriman dengan lafaz syahadah yang diikrarkan.

Keadaan ini menunjukkan bahawa umat Islam di negara ini

perlu membuat pendekatan dakwah yang lebih berkesan

kepada mualaf. Bukan sekadar menyalahkan mualaf tetapi

penilaian semula perlu dibuat bagi meminimumkan mualaf

murtad. Ini merupakan isu besar dan tanggungjawab serta

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

40

amanah yang berat perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim di

negara ini.

MUALAF MENURUT ISLAM

Mualaf ataupun Saudara Baru ditakrifkan dengan pelbagai

pengertian sama ada dalam kamus mahupun oleh para ulamak

semasa. Perkataan mualaf ini disebut sekali dalam al-Quran di

dalam surah al-Taubah ayat 60: Firman Allah SWT, yang

bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah

untuk orang fakir,dan orang miskin, dan amil-amil yang

mengurusnya, dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya,

dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan

dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk

dibelanjakan pada jalan Allah SWT, dan orang musafir

(yang keputusan kewangan) dalam perjalanan.

(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) daripada Allah SWT. Dan

(ingatlah) Allah SWT amat Mengetahui lagi amat

Bijaksana”.

Istilah mualaf menurut ayat di atas ialah al-Muallafat

qulubuhum, iaitu satu masyarakat atau individu yang hatinya

cenderung, minat, damai dengan Islam. Makna lain bagi

mualaf ialah individu yang dipujuk dan dijinakkan hatinya

dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap

ajaran Islam atau orang yang dipujuk supaya tertarik untuk

memeluk Islam.1

Ahmad Redzuwan dan Nur Kareelawati

mentakrifkan mualaf adalah seseorang yang baru memeluk

agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian

tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan

1 Amran Kasimin. Saudara baru Cina di Wilayah Persekutuan. (Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia,1985). 10

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

41

keIslaman mereka.2 Dusuki pula menyebut, mualaf adalah

orang yang baru memeluk agama Islam dan imannya belum

teguh, mereka juga berhak menerima sebahagian tertentu

daripada harta zakat.3

Menurut Kamus Dewan perkataan mualaf bermaksud

orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru.4 Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan mualaf

bermaksud seseorang yang belum memeluk Islam tetapi

cenderung dengan Islam manakala menurut Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS) mualaf ialah orang yang dijinakkan

hatinya supaya tertarik dengan Islam. Pada pandangan

sekumpulan ilmuan Arab, mualaf bererti tunduk, menyerah

dan pasrah, sedangkan dalam pengertian Islam, mualaf

digunakan untuk menunjukkan seseorang yang baru memeluk

agama Islam.5

Ensiklopedia Islam (2005) menggunakan istilah

mualaf sebagai saudara Muslim iaitu mereka yang diberi

perhatian supaya memeluk Islam atau memperkuatkan

keIslamannya. Merujuk Kamus Istilah Fiqh (1997), saudara

Muslim ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau yang baru

memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka

tergolong dalam lapan asnaf yang berhak menerima bantuan

zakat. Al-Jaza‘iri (1990) mendefinisikan mualaf kepada

beberapa jenis, iaitu, pertama, golongan yang lemah

imannya, yang baru memeluk Islam dan berhak diberi zakat,

kedua golongan yang berpengaruh dalam kalangan

2 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd. Karim. Dlm.

Razaleig Muhamat@Kawangit, Faudzinaim Badaruddin & Khairil

Khuzairi Omar (pnyt.). Masa Depan Saudara Baru: Harapan, Realiti dan

Cabaran. (Bangi: Pusat Islam UKM, 2005), 5 3 Dusuki Haji Ahmad. Kamus Pengetahuan Islam. (Kuala Lumpur:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,1980). 30 4 Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka,2013), 1046. 5 Ahmad Mahmud Abu Zaid.. Pendakwah Masa Kini; Sikap &

Pendekatan. Cet. 2. (Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(YADIM) ,2003), xv.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

42

masyarakat dan kewujudan mereka ini boleh menyebabkan

orang lain memeluk agama Islam. Golongan ketiga pula,

mereka yang kuat imannya dan apabila diberikan zakat

kepadanya menyebabkan orang lain tidak melakukan

kejahatan. Keempat golongan yang boleh menarik orang lain

untuk mengeluarkan zakat.6

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang

bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan had

tempoh panggilan mualaf. Muzakarah telah memutuskan

bahawa dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan

seseorang yang baru memeluk agama Islam dipanggil sebagai

Mualaf. Sebutan dan had tempoh panggilan Mualaf ini lebih

bersifat urf semata-mata yang menjadi kebiasaan masyarakat

dan sering dilakukan oleh mereka dalam urusan kehidupan

seharian sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan yang

tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.7

Ekoran dari hal ini, ulama telah menjadikan ‘al-‘urf atau

adat sebagai salah satu dari prinsip atau kaedah umum

fiqhiyyah iaitu al-‘Adah Muhakkamah (adat yang diperakui

dan dijadikan rujukan dan hukum).8 Semua perbuatan yang

dilakukan berdasarkan urf yang telah ditetapkan di sesebuah

tempat bagi masa tertentu selagi ia tidak bercanggah dengan

tuntutan syara’ dan tidak memudaratkan penduduk maka ia

boleh diguna pakai. Hal ini berlaku di negeri Selangor apabila

mentakrifkan had panggilan mualaf bagi mereka yang

memeluk agama Islam di Selangor kerana mempunyai

justifikasi yang tertentu bersesuaian dengan negeri atau

tempat tersebut.

Di Selangor tempoh maksima 5 tahun diberikan untuk

panggilan mualaf berdasarkan urf dengan syarat mengikuti

6 Al-Jaza‘iri, cAbd al-Rahman.. Kitab al-fiqh cala al-madhahib al-

arbacah. (Beirut. Dar al-Fikr, 1990). 20 7 al-Bardisi Muhammad Zakariyya. Usul al-Fiqh. (Beirut: T.P. 1969). 34 8 al-Suyuti Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abu Bakr. al-Asybah wa al-

Naza’ir. (Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah, 1990). 15

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

43

kelas-kelas agama yang diiktirafkan dan dianjurkan oleh

MAIS. MAIS juga bertanggungjawab membiayai segala kos

pembelajaran bagi mualaf-mualaf tersebut. Ia telah di

wartakan pada 25 Oktober 2007, Nombor Rujukan: Mufti Sel.

500-2; PU. Sel. AGM, Akta/Enakmen: Sel. P.U. 332.9

Tetapi sekiranya seseorang mualaf itu tidak pernah

atau tidak memenuhi syarat yang telah diletakkan oleh MAIS

maka mereka masih lagi bergelar mualaf. Hal ini kerana

mereka tidak menghadiri kelas pengajian dan tidak

mengetahui tentang agama Islam maka mereka belum lagi

boleh digelar sebagai mukalaf. Had tempoh masa yang

ditentukan tidak semestinya menjadikan status mualaf itu

boleh bertukar secara automatik kepada mukalaf sekiranya

mereka sangat cetek dan serba tidak tahu tentang ajaran Islam.

Bahkan perkara-perkara asas dalam Islam juga tidak dapat

difahami dengan baik apa lagi untuk diamalkan.

Mualaf yang dimaksudkan di negeri Selangor ialah

seseorang yang baru memeluk Islam berdasarkan seksyen 2

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) tahun

2003 pindaan 2008. Seksyen ini turut mensyaratkan, tafsiran

mualaf hendaklah memenuhi syarat sebagaimana seksyen 107

Enakmen yang sama iaitu (a) mengucap dua kalimah

syahadah dalam bahasa Arab secara munasabah (mengikut

kemampuannya), (b) semasa lafaz syahadah diucapkan,

seseorang itu hendaklah sedar bahawa kalimah yang

diucapkan itu bermakna: aku menjadi saksi bahawa tiada

Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi saksi bahawa Nabi

Muhammad s.a.w ialah pesuruh Allah. Dan (c) kalimah ini

hendaklah dilihat dengan kerelaan hati sendiri.10

9“Had Tempoh Panggilan Muallaf”, laman sesawang e-fatwa Portal Rasmi

Fatwa Malaysia, 27 Mei 2014, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/had-tempoh-panggilan-muallaf 10 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Dan

Pindaan 2008, Bahagian I (Tafsiran) hlm. 8: Lihat Juga Seksyen 107 (a)

(b) (c), Dalam Bahagian IX (Memeluk Agama Islam), 63.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

44

MUALAF DI MALAYSIA

Kehadiran mualaf hakikatnya adalah merupakan satu rahmat

besar terhadap perkembangan Islam dan umat. Ia seharusnya

menjadi nilai tambah bukan sahaja terhadap kuantiti umat

namun dari segi kualiti. Apa yang harus ditekankan dan diberi

perhatian ialah kadar perhatian, bimbingan, sokongan sosial

dan kasih sayang dari pihak berkuasa agama Islam negeri

khususnya dan masyarakat Islam umumnya agar mereka akan

terus kekal di jalan kebenaran ini.

Pada masa yang sama, dalam menangani kes mualaf

yang ingin kembali kepada agama asal, respon semua pihak

yang konstruktif dan segera adalah amat perlu untuk

memastikan bahawa kefahaman mualaf yang terlibat dijitu

dan disejahterakan agar akidah mereka yang berkenaan boleh

diselamatkan. Pihak berwajib seharusnya benar-benar pasti

bahawa Istitabah yang selaras dengan Syarak telahpun

berjalan dengan sempurna dan lengkap dan benar-benar pasti

bahawa tiada langsung ruang untuk menyatakan kepada orang

yang ingin murtad tersebut bahawa kefahamannya tentang

Islam masih cetek, ada unsur paksaan, tekanan ekonomi, dan

sebagainya, sebelum memberikan perisytiharan bahawa

beliau telah murtad.

Adalah menjadi suatu tanggungjawab bersama bagi

setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan

rasul-Nya untuk memberikan bimbingan dan menyeru kepada

kebaikan sesama Muslimin. Proses membimbing boleh

dikategorikan sebagai salah suatu agenda dakwah Islamiyyah

yang perlu dilaksanakan oleh keseluruhan umat Islam

mengikut tahap kemampuan diri masing-masing.

Para ulama menyatakan bahawa tiada masalah dari

sudut perbahasan dalam berdakwah dan membimbing sesama

Muslim, sama ada ia adalah fardhu ain ataupun fardhu

kifayah. Apa yang penting ialah kesalahan yang berlaku wajib

diperbetulkan dan intipati dakwah wajib disampaikan. Ini

adalah kerana setiap umat Islam yang berpengetahuan agama

wajib untuk mendidik saudaranya yang jahil tentang hukum

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

45

hakam agama serta membimbing mereka ke jalan yang

diredhai Allah SWT.11

Definisi dakwah menurut Bahi al-Khuli (1983:52)

dalam kitab karangannya Tazkiyah al-Du‘at ialah usaha

anjakan paradigma umat manusia ke satu tahap yang sesuai

dengan tabiat semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah

SWT.12 Dakwah dalam maksud yang lain merupakan satu

kurikulum dan penerangan yang lengkap, kegiatan ajakan

baik dalam bentuk lisan, penulisan mahupun tingkah laku. Ia

dilakukan secara sedar dan terancang dalam usaha

mempengaruhi orang lain,13 iaitu mengajak, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam sebagai

agama yang benar dan mengesakan Allah SWT.

Bagi menjaga kedudukan mualaf di negara ini supaya

mereka terus kekal dalam agama Islam, Undang-undang

Malaysia di bawah Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-

Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

[Sebagaimana pada 1 Mac 2013] telah menyatakan dalam

bahagian ix berkenaan Masuk Islam, bermula dari seksyen 85

hingga seksyen 95.

MURTAD MENURUT ISLAM

Murtad menurut bahasa Arab berasal daripada perkataan

riddah. Dari segi bahasa, riddah bermakna kembali daripada

sesuatu kepada selainnya.14 Dari segi istilah syara’nya pula,

murtad ditakrifkan dengan pelbagai takrifan. Al Jurjani

11 Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya1997), 28. 12 Bahi al-Khuli.1983.Tazkiyah al-Du‘at. (Beirut. Dar al-Qur‘an al-Karim)

dalam Ensiklopedia Islam. (2005), 52. 13 A.Hasjmy.1994. Dustur Dakwah Menurut Al-Qur‘an. Jakarta. PT Bulan

Bintang. Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-

Rahman kepada Pengertian al- Qur‘an.(Terj.) (Kuala Lumpur: Darul

Fikr.) 19. 14 Al-Razi (t.t.), Mukhtar al sihah, (Beirut: Maktabah Lubnan), 210; Lihat

juga Jabran Mas’ud (1986), al-Ra’id, (Beirut: Daral-Ilm al-Malayin,) jilid

1, hlm. 725-726; Lihat juga al-Fayruz Abadi (t.t.), al-Qamus al Muhit,

(Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi), jilid 1, 570.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

46

mendefinisikan murtad atau riddah sebagai “memutuskan

Islam dengan niat sama ada dengan niat, percakapan dan

perlakuan, sama ada dilakukan secara menghina atau engkar

atau dengan i’tiqad seperti menafikan kewujudan Allah.”15

Imam al-Husni menyatakan murtad ialah keluar

daripada Islam dan kembali kepada kufur serta membebaskan

diri daripada Islam.16 Al-Shaykh Abd al-Qadir Awdah

mentakrifkan sebagai meninggalkan agama Islam dan keluar

daripadanya setelah menganutnya.17 Menurut Dr.Wahbah al-

Zuhaily murtad bermaksud berpaling daripada Islam dan

kembali kepada kufur, sama ada dengan niat atau perbuatan

yang mengkafirkan atau perkataan, dan sama ada diucapkan

dengan gurauan atau penentangan atau i’tiqad”.18 Manakala

menurut Sayyid Sabiq mentakrifkan murtad sebagai

“Kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa ke

kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaan dari

orang lain. Baik yang kembali itu orang lelaki mahupun orang

perempuan”19 dan menurut Dr. Abd al-Karim Zaydan

mentakrifkan murtad ialah “Keluar daripada Islam”.20

Ditekankan pula oleh Dr. Mahmud Abdul Rahman bahawa

riddah ialah melakukan perkara-perkara yang dengannya

terkeluar daripada Islam sama ada secara pertuturan, i’tiqad

atau ragu-ragu terhadap sesuatu yang berkaitan Islam yang

kadang-kadang terjelma dengan perbuatan”.21 Mohamed

Azam juga bersetuju dengan pandangan tersebut bahawa

murtad dari segi istilah bermaksud keluar daripada agama

15 Al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, (Dar al-Nafais,2003), 180 16 Al-Husni kifayat al-akhyar fi hil ghayat al-ikhtisar, (Beirut: Dar al

khayr,1995/1416h),, jilid 2, 493. 17 Awdah al-Tashrik al-Jina’i al Islami Muqarinan bi al Qanun al wad’i,

(Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 1994/1415h), jilid 1, 661. 18 Al-Zuhaily, al Fiqh al Islami wa adillatuhu, (Dimashq: Dar al-Fikr,

1989/ 1409h), jilid 6, 183. 19 Sabiq, Fikih Sunnah, (Victory Agencie, Kuala Lumpur,1990),, jil. 9,

159. 20 Zaydan al Mufassal fi ahkam al Mar’ah, jil. 5, 300. 21 Mahmud ‘Abdul Rahman’ Abdul Mun’im, Dr, Mu’jam al-Mustalahat

wa al-Al-faz al-Fiqhiyyah, (Dar al-Fadilah, juzukk 2, t.t),140

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

47

Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau iktikad22

dan Bultaji mengatakan riddah bermakna seseorang itu telah

kembali kepada kekufuran setelah menerima Islam.23

Secara umumnya, seseorang atau sesuatu kumpulan

itu boleh menjadi murtad apabila telah mempersekutukan

Allah sama ada melalui iktikad, ucapan ataupun perbuatan,

mengingkari agama Islam atau salah satu rukun padanya, atau

mengingkari salah satu hukum Islam yang jelas dan sahih,

atau orang yang beriktikad bahawa tidak wajib berhukum

dengan hukum yang diturunkan oleh Allah. Terdapat juga

pandangan yang mengatakan bahawa seseorang Islam juga

dianggap murtad sekiranya dia mencampakkan al-Quran,

mencerca Rasulullah SAW, menafikan kefarduan solat, zakat

atau dengan sengaja minum arak dan terlibat dengan

perbuatan zina.24

Melihat kepada beberapa pandangan takrifan murtad

di kalangan para ulamak maksud asal murtad adalah tidak

berbeza iaitu tidak percaya, yakin, beriman kepada Allah sama

ada dalam hati, fikiran, dinyatakan melalui kata-kata ataupun

dilakukan dengan perbuatan. Sekiranya tiga perkara ini

dilakukan secara jelas dan terang maka keluarlah seorang

Muslim daripada menganut Islam.

22 Mohamed Azam Mohamed Adil, “Undang-Undang Murtad: Suatu

Penilaian dari Perspektif Fiqh dan Undang-Undang di Malaysia” dalam

Kanun: JurnaL Undang-Undang Malaysia. Mac 1997, 9 Kanun (1), 1-3;

Paizah Hj Ismail. Undang-Undang Jenayah Islam, (Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam, 1991), 244; Mahfodz Mohamad. Jenayah Dalam

Islam: Suatu Kajian Ilmiah Mengenai Hukum-hukum Hudud, (Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise, 1993), 123-129. 23 Bultaji, Ali Abdul Hamid, Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Imam Ahmad.

(Beirut: Dar al-Fikr, 1995), 300 24 Mohamed Azam Mohamed Adil, “Hak Tukar Agama dalam

Perlembagaan: Konflik Kebebasan Beragama dan Hukum Islam”, Jurnal

Syariah 11 No. 1, (Universiti Malaya (UM): Akademi Pengajian Islam,

2003), 29.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

48

PENDEKATAN DAKWAH KEPADA PEMOHON

ISYTIHAR MURTAD

Setiap perkara atau perbuatan yang bersifat berlawanan

dengan ajaran agama Islam adalah perkara yang dikategorikan

sebagai mungkar (kemungkaran) dan perbuatan yang

diperintahkan oleh Allah untuk melakukannya adalah makruf

(kebaikan). Allah mengutuskan sekalian Nabi dan Rasulullah

untuk menyampaikan amar makruf (menyuruh kebaikan) dan

nahi mungkar (mencegah kemungkaran) untuk disampaikan

kepada seluruh umat pada zaman masing-masing. Matlamat

dan tugas yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi dan

Rasul adalah jelas sebagaimana al Quran dalam surah Ali

Imran ayat 104 yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang

menyeru (berdakwah) kepada kebaikan

(mengembangkan Islam), dan menyuruh membuat

segala perkara yang baik, serta melarang daripada

segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang

bersifat demikian adalah orang yang berjaya”.

Ayat di atas menjelaskan bahawa semua perkara dan

perbuatan yang dilarang oleh Allah maka wajib untuk dijauhi

dan dilarang sama sekali untuk melakukannya seperti

mencuri, merompak, berzina, menyakiti hati orang lain, zalim,

tidak adil dan sebagainya. Perbuatan yang baik dan menjadi

suruhan agama untuk melakukannya seperti melakukan segala

amalan wajib solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan

Haji apabila mampu, berakhlak mulia, bersedekah dan segala

yang mendatangkan kebaikan sama ada dari segi niat,

perbuatan dan pertuturan.

Merujuk kepada murtad adalah jelas perbuatan

tersebut bertentangan dengan kepercayaan utama orang Islam

iaitu mentauhidkan Allah. Dalam surah An Nisa’ ayat 17

bermaksud,“Hanya bagi orang yang melakukan kejahatan

disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat”.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

49

Golongan murtad adalah golongan yang ingkar dan

termasuk dalam golongan yang melakukan kejahatan, iaitu

tidak percaya kepada Allah. Oleh itu, golongan ini diseru

untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat

dan kembali kepada beriman kepada Allah. Ayat al-Quran

dalam surah at-Tahrim ayat 8, yang bermaksud,“Wahai orang

yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan

“Taubat Nasuha”.

Taubat Nasuha25 ialah cara taubat dan meminta ampun

yang bersungguh-sungguh, untuk membersihkan segala

kekotoran dosa. Perkataan Nasuha juga dalam ayat tersebut

membawa maksud suatu taubat yang membersihkan diri

dengan benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana

mengharapkan keredhaan Allah SWT.26 Pendekatan dakwah

yang baik dan berkesan perlu disampaikan kepada golongan

murtad ini supaya mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang

benar.

Pendekatan dakwah untuk golongan yang ingkar ini

dapat dilihat kaedahnya sebagaimana mengikut ayat al-Quran

dalam surah An- Nahl, ayat 125 yang bermaksud,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)

dengan hikmat dan kebijaksanaan dan nasihat

pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan

mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang

lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang

mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya,

dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang

yang mendapat hidayah petunjuk”

Ayat al-Quran ini menerangkan tatatertib pendekatan dakwah

Islamiyah. Pendekatan yang telah dinyatakan itu dilaksanakan

25 Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, (Kuala

Lumpur: Darul Fikir,tt) 1534 26 Imam Al-Ghazali dalam Al- Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi

Ad- Dimasqi, Mutiara Ihya’ Ulumuddin, 1039.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

50

dalam dakwah kepada golongan yang disasarkan. Cara yang

pertama ialah dengan hikmah. Kata hikmah disebutkan dalam

al-Quran dengan pelbagai pengertian. Menurut al-Fairuz

Abady berkata “hikmah berasal daripada sisi Allah sedangkan

pengetahuan terhadap sesuatu dan pengadaannya secara

sempurna berasal daripada diri manusia, termasuk

pengetahuan tentang pelbagai makhluk dan pengamalan

kebaikan”.27

Dakwah dengan hikmah merupakan dakwah yang

dilakukan dengan memahami secara mendalam segala

persoalan yang berhubungan dengan proses dakwah yang

meliputi persoalan sasaran dakwah, tindakan-tindakan yang

dilakukan masyarakat yang menjadi objek dakwah. Situasi,

tempat dan waktu di mana dakwah akan dilaksanakan dan

sebagainya.28

A. Mukti Ali mendefinisikan dakwah dengan hikmah

itu sebagai “kesanggupan pendakwah untuk menyebarkan

ajaran Islam dengan berkorban waktu dan tempat demi

masyarakat yang dihadapinya”.29 Dakwah secara hikmah

ialah menggunakan pendekatan dakwah yang bersesuaian

dengan golongan sasaran, dengan menggunakan

kebijaksanaan pendakwah yang berhadapan dengan

mad’unya. Menyampaikan dakwah secara lemah lembut

27Kata Hikmah dalam al-Quran dapat dibezakan menurut enam sisi iaitu

Surah Ali ‘Imran: 48. Shad: 20, al-Baqarah: 251, 206, Maryam: 12, al-

Nisa: 54, al-An’am: 89, al-Nahl: 125, Luqman: 12. Penafsiran al-Hikmah

dalam al-Quran dapat dibahagi kepada empat bahagian iaitu pengajaran

(surah al-Baqarah: 231), pemahaman dan ilu ( Maryam: 12), Nubuwwah

(al-Nisa: 54, Shad: 20), al-Quran (al-nahl: 125, al-Baqarah: 269). 1 Kata

Hikmah dalam al-Quran dapat dibezakan menurut enam sisi iaitu Surah

Ali ‘Imran: 48. Shad: 20, al-Baqarah: 251, 206, Maryam: 12, al-Nisa: 54,

al-An’am: 89, al-Nahl: 125, Luqman: 12. Penafsiran al-Hikmah dalam al-

Quran dapat dibahagi kepada empat bahagian iaitu pengajaran (surah al-

Baqarah: 231), pemahaman dan ilu (Maryam:: 12), Nubuwwah (al-Nisa:

54, Shad: 20), al-Quran (al-nahl: 125, al-Baqarah: 269). 28Abd Rasyad Shaleh, Manajemen Da’wah Islam, (Jakarta Bulan

Bintang,1977), 73 29 Mukti Ali. Faktor-faktor Penyiaran Islam. (Jakarta. YPTDI,1971), 30

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

51

dengan memberi penerangan dan menyatakan kebenaran serta

hakikat dakwah Islamiyah secara jelas dan nyata. Hikmah dan

kebijaksanaan adalah perkara yang selari dalam dakwah

terutama kepada pemohon murtad. Dengan cara berhikmah

kebijaksanaan ini, mampu untuk menjawab dan merungkai

persoalan yang tidak difahami dan membantu memulihkan

akidah yang masih tidak kukuh.

Penyampaian dakwah secara hikmah ialah

menggunakan pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan

golongan sasaran. Pendakwah yang berhadapan dengan

mad’unya perlulah seorang yang bijaksana dan mampu untuk

menyampaikan dan merungkaikan permasalahan yang

dihadapi oleh mad’u. Pendekatan dakwah secara lemah

lembut dengan menyatakan kebenaran dan hakikat dakwah

Islamiyah secara jelas dan nyata akan mengakibatkan proses

penerimaan akan berlaku oleh golongan yang disasarkan.

Merujuk kepada pandangan al-Qurtubi berkenaan ayat

125, dari surah Al-Nahl menyatakan bahawa dalam ayat ini

Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk

mengajak umat manusia ke jalan Allah dan syari’at-Nya

dengan cara halus dan lemah lembut, tidak boleh dengan kasar

dan keras. Pendekatan sebegini yang seharusnya dilakukan

oleh kaum Muslimin dalam memberikan pengajaran kepada

sesama umat sampai hari kiamat.30

Pendekatan dakwah yang kedua ialah memberi nasihat

dan pengajaran yang baik. Memberi nasihat ialah peringkat

pendekatan dakwah kepada mereka yang melakukan

kesalahan atau dosa yang dikategorikan sebagai Nahi

Mungkar. Dalam al-Quran Surah Fatir ayat 24, bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan agama

yang benar, sebagai membawa berita gembira

30 Muhammad al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran,(Juz 10, Bairut: Dar

al-Kutub al-

Arabiyyah, 1993), 131

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

52

(kepada orang yang beriman) dan pemberi amaran

(kepada orang yang ingkar), dan tidak ada sesuatu

umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya

dahulu seorang rasul pemberi ingatan dan amaran.”

Ayat ini telah memberi nasihat yang berbentuk dorongan bagi

melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Nasihat berupa

ingatan iaitu dengan memaklumkan tentang perkara yang baik

dan perkara yang buruk yang akan berlaku nanti. Surah al-

Baqarah ayat 213, pula menyebut yang bermaksud:

“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu

(menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah

mereka berselisihan), maka Allah SWT mengutuskan

nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada

orang yang beriman dengan balasan syurga dan

pemberi amaran kepada orang yang ingkar dengan

balasan azab neraka), dan Allah SWT menurunkan

bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang

mengandungi keterangan-keterangan yang benar

untuk menjalankan hukum di antara manusia

mengenai apa yang mereka perselisihkan dan

sebenarnya tidak ada yang melakukan perselisihan

melainkan orang yang telah diberi kepada mereka

kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada

mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata,

mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki

sesama sendiri. Maka Allah SWT memberikan

petunjuk kepada orang yang beriman ke arah

kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka yang

derhaka itu, dengan izin-Nya dan Allah SWT sentiasa

memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (menurut

undang-undang peraturan-Nya). ”

Ayat di atas menjelaskan bahawa nasihat yang

berunsur ingatan diberikan kepada manusia dengan

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

53

menyatakan bahawa pada mulanya manusia menyembah

Allah yang satu tetapi selepas mereka berselisih faham dan

berlaku penyelewengan akidah dalam kalangan mereka maka

Allah telah mengutuskan para nabi dan Rasul bersama kitab

ajaran mereka untuk disampaikan kepada umat manusia.

Kitab yang suci yang dibawa bersama para Rasul adalah untuk

menjelaskan perselisihan yang berlaku dalam kalangan

mereka dengan memberi penjelasan yang benar dan ia

bertindak sebagai rujukan bagi sebarang kemusykilan dan

keraguan yang dihadapi oleh manusia.

Namun begitu, selepas adanya penjelasan yang nyata

perselisihan kerana hasad dengki sesama mereka tetap masih

berlaku. Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada

sesiapa yang dikehendakinya menuju jalan yang lurus dan

benar dan mengikut segala pengajaran yang telah diberikan.

Allah berkuasa dalam memberikan petunjuk atau hidayah

kepada hamba yang dikehendakinya.

Pendekatan yang ketiga ialah berbahaslah dengan

mereka (yang kamu serukan itu). Ayat al –Quran Surah al-

Baqarah ayat, 258 menjelaskan yang bermaksud,

“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai

Muhammad) tentang orang yang berhujjah

membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya)

mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang

itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim

berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang

mematikan”. Ia menjawab: Aku juga boleh

menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim

berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan

matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari

barat?” Maka tercenganglah orang kafir itu (lalu

diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan

memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

Ayat ini menerangkan semasa Nabi Ibrahim menyampaikan

dakwah kepada kaumnya yang sesat dan ingkar dengan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

54

dakwah yang disampaikan olehnya. Perbahasan bertujuan

untuk mendapatkan satu jawapan penyelesaian tentang

sesuatu perkara yang dibincangkan. Maka pendekatan secara

berbahas digunakan bagi mendekati golongan seperti ini.

Setiap perkara yang diserukan kepada umatnya perlu ada

perbahasan bagi memberi pemahaman yang lebih dalam

seterusnya dapat membina keyakinan serta kepercayaan

akidah dengan mentauhidkan Allah kepada sasaran yang

dikehendaki. Ayat al-Quran Surah al-An’am ayat, 76-78

bermaksud,

“Maka ketika ia berada pada waktu malam yang

gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu

ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila

bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka

kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila

dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), ia

berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu

terbenam, berkatalah ia: “Demi sesungguhnya, jika

aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya

jadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila

ia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan

cahayanya), berkatalah ia: “Inikah Tuhanku? Ia lebih

besar”. Setelah matahari terbenam, ia berkata pula:

Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri

(bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah

dengannya).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kaum Nabi Ibrahim masih

ragu-ragu mencari pencipta dirinya yang layak untuk

disembah. Kedangkalan fikiran mereka menyebabkan

kegagalan mencari kebenaran untuk menghambakan diri

mereka kepada yang berhak. Perbahasan secara melihat

kepada objek yang ada di langit dan bumi dengan mencari

kekuatan dan kehebatan yang ada pada objek tersebut. Maka

perbahasan sebegini membuktikan segala apa yang ada di

langit dan di bumi bersifat tidak kekal dan ia akan rosak.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

55

Kekuasaan yang sebenar adalah bersifat kekal, tiada

tandingannya iaitu kekuasaan Allah SWT yang kekal sampai

bila-bila.

Peristiwa yang sama berlaku pada zaman Rasulullah

SAW dan Rasul- rasul yang terdahulu sebagaimana yang

dinyatakan dalam al-Quran. Seterusnya di zaman sahabat

sehingga membawa kepada zaman sekarang. Pendekatan

dakwah kepada golongan yang ingkar bersumberkan Al-

Quran yang telah diberi panduan kepada seluruh umat Islam

supaya mengikutinya.

KESIMPULAN

Kesan daripada kurangnya pemahaman tentang Islam di

peringkat awal maka terjadinya permohonan murtad dalam

kalangan mereka yang telah memeluk Islam. PengIslaman

yang rapuh menjadikan tiadanya rasa bersungguh-sungguh

menjaga agama Islam sebagai agama yang dipercayai dan

diyakini. Bermula dari niat dan tujuan asal seseorang mualaf

itu memeluk Islam akan memastikan dia betul-betul beriman

dengan apa yang di syahadahkan semasa memeluk agama

Islam ataupun tidak. Iman yang tidak kukuh dan rapuh

menjadikan hati mereka leka dan lalai dengan kehidupan

seharian menjadikan keadaan disekeliling sebagai sebab

untuk mereka memohon murtad. Maka perlu ditanamkan

dengan pemahaman terhadap mentauhidkan Allah secara jitu

dan kukuh adalah perkara utama untuk menguatkan akidah

kepada golongan ini. Sekiranya akidah tidak kuat permohonan

murtad akan berlaku dengan mudah dalam kalangan mereka.

RUJUKAN

‘Abd al-Karim Zaydan. al-Madkhal li Dir’sat al-Shariah al-

Islamiyyah. (Beirut: Mu’assasah al-Risalah,

Baghdad: Maktabah al-Quds, 1989.)

‘Abd al-Wahhab Khallaf. t.t. ‘Ilm Usul al-Fiqh. (Kaherah:

Maktabah al-Da’wah al-Islamiyyah Shabab al-

Azhar.)

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

56

A.Hasjmy. Dustur Dakwah Menurut Al-Qur‘an. (Jakarta. PT

Bulan Bintang,1994.)

Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997.)

Abd Rasyad Shaleh, Manajemen Da’wah Islam, (Jakarta

Bulan Bintang, 1977.)

Abdullah Muhammad Basmeh. Tafsir Pimpinan al-Rahman

kepada Pengertian al- Qur‘an. (Terj. Kuala Lumpur:

Darul Fikr,2000.)

Ahmad Mahmud Abu Zaid. Pendakwah Masa Kini; Sikap &

Pendekatan. Cet. 2. (Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 2003.)

Al-Bardisi Muhammad Zakariyya. Usul al-Fiqh. (Beirut:

T.P, 1969.)

al-Fayruz Abadi (t.t.), al-Qamus al Muhit, (Beirut: Dar Ihya

al-Turath al-Arabi, jilid 1.)

Al-Husni, kifayat al-akhyar fi hil ghayat al-ikhtisar, (Beirut:

Dar al khayr, jilid 2,1995/1416h.)

Al-Jaza‘iri, Abd al-Rahman. Kitab Al-Fiqh Cala Al-

Madhahib Al-Arbacah. (Beirut. Dar al-Fikr, 1990.)

Al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, (Dar al-Nafais, 2003.)

Al-Qaradawi. al-Madkhal li Dirasat al-Shariah al-

Islamiyyah. (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1990.)

Al-Quran

Al-Razi (t.t.), Mukhtar al sihah, (Beirut: Maktabah Lubnan)

Al-Shatibi, Ibrahim ibn Musa. t.t. al-Muwafaqat fi Usul al-

Syari’ah. (Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah.)

Al-Suyuti Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abu Bakr, al-

Asybah wa al-Naza’ir. (Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, 1990.)

Al-Zuhaily, al Fiqh al Islami wa adillatuhu, (Dimashq: Dar

al-Fikr, jilid 6, 1989/ 1409h.)

Amran Kasimin. Saudara baru Cina di Wilayah Persekutuan.

(Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985.)

Awdah al-Tashrik al-Jina’i al Islami Muqarinan bi al Qanun

al Wad’i, (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, jilid 1,

1994/1415h.)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

57

Bahi al-Khuli.1983.Tazkiyah al-Du‘at. Beirut. (Dar al-Qur‘an

al-Karim Ensiklopedia Islam. 2005.)

Bultaji, Ali Abdul Hamid, Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Imam

Ahmad. (Beirut: Dar al-Fikr, 1995.)

Dusuki Haji Ahmad. Kamus Pengetahuan Islam. (Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1980.)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

dan Pindaan 2008, Bahagian I (Tafsiran) dan

Seksyen 107 (a) (b) (c), Dalam Bahagian IX

(Memeluk Agama Islam). “Had Tempoh Panggilan

Muallaf”, laman sesawang e-fatwa Portal Rasmi

Fatwa Malaysia, 27 Mei 2014, http://www.e-

fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/had-tempoh-

panggilan-muallaf

Imam Al-Ghazali Al- Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-

Qasimi Ad- Dimasqi, Mutiara Ihya’ Ulumuddin

Jabran Mas’ud (1986), al-Ra’id, (Beirut: Daral-Ilm al-

Malayin, jilid 1)

Jurnal Syariah, Vol. 11 No. 1, (Universiti Malaya (UM):

Akademi Pengajian Islam, 2003.)

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013.)

Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia. Mac 1997, 9

Kanun (1)

Mahfodz Mohamad. Jenayah Dalam Islam: Suatu Kajian

Ilmiah Mengenai Hukum-hukum Hudud, (Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise, 1993.)

Mahmud ‘Abdul Rahman’ Abdul Mun’im, Dr, Mu’jam al-

Mustalahat wa al-Al-faz al-Fiqhiyyah, (Dar al-

Fadilah, juzukk 2,t.t.)

Muhammad al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran,Juz 10,

(Beirut: Dar al-Kutub al- Arabiyyah, 1993).

Mukti Ali. Faktor-faktor Penyiaran Islam. (Jakarta. YPTDI,

1971.)

Paizah Hj Ismail. Undang-Undang Jenayah Islam, (Kuala

Lumpur: Angkatan Belia Islam, 1991)

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

58

Razaleig Muhamat @ Kawangit, Faudzinaim Badaruddin &

Khairil Khuzairi Omar (pnyt.) Masa Depan Saudara

Baru: Harapan, Realiti dan Cabaran. (Bangi: Pusat

Islam UKM, 2005.)

Sabiq. Fikih Sunnah, Victory Agencie, (Kuala Lumpur, jil. 9,

1990.)

Sufi Hasan Abu Talib. Tatbiq al-Syari’ah al-Islamiyyah fi

Bilad al- ‘Arabiyyah. (Kaherah: Dar al-Nahdah al-

‘Arabiyyah, 1990.)

Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,

(Darul Fikir, Kuala Lumpur)

Zaydan al Mufassal fi ahkam al Mar’ah, jil. 5.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

59

PENDEKATAN DAKWAH MAJLIS AGAMA

ISLAM SELANGOR MELALUI ZAKAT

Suariza @ Hidayah Muhammad, Nor Raudah Hj

Siren, Yusmini Md Yusoff

DEFINISI DAKWAH

Dakwah berasal daripada perkataan Arab sebagai “Masdar”

bagi fi’il, yang bermaksud kegiatan menyeru, memanggil,

mengajak dan menjamu atau mengajak untuk makan1

manakala mengikut Syeikh Ali Mahfuz, perkataan dakwah

berasal dari bahasa Arab yang bererti memanggil, mengajak,

menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang

kepada sesuatu tujuan.2

Dr. Yusof Al-Qardawi pula mendefinisikan bahawa

dakwah sebagai satu usaha yang membawa orang lain kepada

Islam supaya mengikut petunjuk agama, melaksanakan segala

ketetapan di bumi ini, mengkhususkan segala bentuk

perhambaan diri, permohonan dan taat kepada perintah Allah

semata-mata. Dakwah juga bermaksud melepaskan diri

daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah

(Taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak oleh Allah,

menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak Allah,

menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan

berjihad pada jalannya.3

Dakwah menurut Bahi al-Khuli dalam kitab

karangannya Tazkiyah al-Du‘at ialah usaha anjakan

paradigma umat manusia ke satu tahap yang relevan dengan

tabiat semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah SWT.4

Dakwah dalam maksud yang lain merupakan satu kurikulum

1 Prof. H. Mahmud Yunos, ed., Kamus Arab – Indonesia (Indonesia:

Padang, Jakarta, 1998), 127. 2 Ghazali Darul Salam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1996), 1. 3 Dr. Yusof Al-Qardawi, Thaqafah Al-Da’iyah (Beirut: Dar Al-Ahya Al-

Turath, 1978), 5. 4 Bahi al-Khuli.1983.Tazkiyah al-Du‘at. Beirut. Dar al-Qur‘an al-Karim

Ensiklopedia Islam. 2005, 52.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

60

dan penerangan yang lengkap, kegiatan ajakan baik dalam

bentuk lisan, penulisan mahupun tingkah laku. Aktiviti

dakwah ini dilakukan secara sedar dan terancang dalam usaha

mempengaruhi orang lain5, iaitu mengajak, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam sebagai

agama yang benar dan mengesakan Allah SWT.

Para ulama telah mendefinisikan ilmu dakwah dengan

pelbagai maksud dan pengertian. Antara pengertian para

pengkaji Islam terhadap ilmu dakwah ialah al-Bayanuniyy

mengatakan ilmu dakwah bererti sejumlah kaedah dan ajaran

yang dapat menyampaikan Islam kepada manusia, mengajar

dan mempraktikkannya. Dilihat dari pengertian ilmu dakwah,

objek kajiannya mencakupi pelbagai komponen dengan

kegiatan dalam dakwah yang seiring dengan prinsip

perbahasan ilmiah, beliau telah merumuskan dengan

menyatakan bahawa sejarah dakwah menjelaskan tentang

perkembangan dakwah sejak masa kenabian hingga sekarang.

Usul al-Da’wah merupakan perbahasan dalil-dalil

tentang dakwah berserta sumbernya yang diambil dari al-

Quran dan As-Sunnah, termasuk perbahasan tentang rukun

dakwah, juru dakwah, sasaran dakwah dan tujuan dakwah.

Manahij al-Da'wah pula berkaitan langkah-langkah serta

program dakwah. Asalib al- Da’wah ialah tentang cara

penerapan langkah-langkah dan program dakwah. Wasail al-

Da’wah iaitu media yang digunakan dalam berdakwah.

Masyakil al-Da’wah iaitu masalah yang dihadapi dalam

dakwah dan cara mengatasinya.

Menurut Rauf Shalabi ilmu dakwah adalah ilmu yang

membawa masyarakat daripada keadaan kegelapan kepada

keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan

lapang, di dunia dan di akhirat.6 Menurut Wahidin pula, ilmu

5 A.Hasjmy. Dustur Dakwah Menurut Al-Qur‘an)Jakarta: PT Bulan

Bintang. Abdullah Muhammad Basmeh, 1994). Tafsir Pimpinan al-

Rahman kepada Pengertian al- Qur‘an.Terj. )Kuala Lumpur: Darul Fikr

2000), 19. 6 Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah,(Kuala Lumpur,

1997), 2

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

61

dakwah adalah ilmu yang berisi cara-cara dan tuntutan untuk

menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikut,

menyetujui atau melaksanakan satu ideologi, agama, pendapat

atau pekerjaan tertentu.7

Toha Yahya mendefinisikan bahawa ilmu dakwah

adalah ilmu yang mempelajari proses penyampaian ajaran

Islam kepada umat Islam, ilmu yang berisi cara-cara dan

tuntutan tentang bagaimana seharusnya menarik perhatian

manusia untuk menganut, melaksanakan ideologi, pendapat

dan pekerjaan tertentu. Beliau juga membahagikan takrifan

ilmu dakwah ini kepada dua iaitu secara umum ialah suatu

ilmu pengetahuan yang berisi cara-cara tuntutan bagaimana

seharusnya menarik perhatian manusia untuk menganut,

menyetujui dan melaksanakan sesuatu manakala secara

khusus pula ialah ilmu dakwah ini mengajak manusia dengan

cara bijaksana dengan cara dan jalan yang benar serta sesuai

dengan perintah Allah. Dakwah dilaksanakan bertujuan untuk

kemaslahatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ruang lingkup ilmu dakwah dirumuskan bahawa manusia

sebagai pelaku dan penyampai dakwah dan manusia jugalah

sebagai penerima dakwah. Agama Islam sebagai pesanan

dakwah yang harus dan mesti disampaikan. Allah yang

menciptakan manusia dan alam serta menurunkan agama

Islam. Lingkungan alam ialah tempat terjadinya proses

dakwah tersebut.8

Amrullah menyatakan ilmu dakwah ini dijadikan

objek material dan objek formal. Objek material adalah semua

aspek ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-

Hadis, sejarah dan peradaban Islam. Objek formal adalah

mengkaji salah satu sisi dari objek material tersebut iaitu

merujuk kepada kegiatan mengajak umat manusia supaya

masuk ke jalan Allah dalam aspek kehidupan. Bentuk

kegiatan mengajak itu jika dilihat dari aspek media dan cara

7 Wahidin Saputra, Pengantar Ilmu Dakwah, (Bandung: Rajawali Pers,

2011). 8 Toha Yahya Omar, Ilmu Dakwah, (Jakarta: Widjaja Indonesia, 1983).

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

62

yang dipakai ialah mengajak dengan lisan dan tulisan (da’wah

bil lisan wa bil qalam). Bentuk yang lain ialah mengajak

dengan perbuatan (da’wah bil hal), dan mengajak dengan

mengelola hasil-hasil dakwah dalam bentuk lembaga dakwah

(organisasi) untuk mencapai sasaran dan tujuan dakwah

Islam.9

Merujuk dari sudut bahasa, perkataan dakwah

bermaksud kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain

supaya menerima sesuatu kepercayaan.10 Ia berasal daripada

perkataan Arab yang memiliki pelbagai pengertian seperti

menyeru, memohon pertolongan, mengawasi, mengajak dan

menjemput.11 Dari sudut istilah, dakwah adalah proses

mengajak dan memimpin individu lain ke jalan Allah SWT

oleh pendakwah atau da’i kepada sasaran dakwah atau mad’ū

dengan tujuan segala perlakuan dan tindakannya akan

mendapat keredaan daripada Allah SWT, yang kemudiannya

mengarah kepada kesejahteraan hidup mad’ū.12

Perkataan dakwah sebenarnya memiliki maksud yang

lebih luas dan tidak terhad seperti yang dinyatakan di atas.

Dalam al-Qur’an, perkataan dakwah menggunakan istilah

yang pelbagai dan sarat dengan makna konseptual yang

terperinci.13 Malah perkataan dakwah dalam al-Qur’an

9 Amrullah Ahmad, Materi Metode Penyiapan Disiplin Dakwah Islam.

Kurikulum IAIN, 1995. 10 Kamus Dewan, edisi keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2013), 305. 11 Abū al-Faḍl Muḥammad bin Mukarram ibn Manẓūr, Lisān al-‘Arab,

(Beirut: Dār al-Ṣādir, j. 14, 1990), 257-261. 12 Ali Abd al-Ḥalīm Maḥmūd, Fiqh al-Daʻwah al-Fardiyyah, (t.tp: Dār al-

Wafā’, 1992,) 25. 13 Kata dakwah dalam pelbagai kosa kata digunakan dalam al-Qur’an

sebanyak 212 kali. Dalam bentuk fil māḍī sebanyak 25 kali, majhūl 5 kali

yang bersamaan 30 kali. Dalam bentuk fi‘l muḍāri‘ sebanyak 100 kali,

majhūl 11 kali yang bersamaan 111 kali. Dalam bentuk fil amr, digunakan

sebanyak 32 kali, sedangkan dalam bentuk ism dan ism fāil sebanyak 7

kali, maṣdar 32 kali, iaitu dalam bentuk kata du‘ā’ 20 kali, dalam bentuk

kata dakwah 10 kali dan dalam bentuk jamak iaitu kata ad‘iyā’ sebanyak

2 kali. Perkataan di‘āyah yang membawa maksud propaganda sama sekali

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

63

banyak digunakan dalam bentuk kata kerja yang secara tidak

langsung memberi indikasi bahawa kegiatan dakwah perlu

dilakukan secara dinamik, serius, sistematik dan profesional

dengan gabungan pelbagai unsur yang melibatkan pelaku,

tempat dan masa di samping fungsi pengurusan seperti

perencanaan, pengorganisasian, pelaksanaan serta penilaian.14

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nahl,

16:125 yang bermaksud,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)

dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran

yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang

Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih

mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan

Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang

mendapat hidayah petunjuk.”

Maksud daripada ayat di atas jelas membuktikan Allah

SWT menggunakan perkataan dakwah dalam bentuk kata

kerja suruhan atau amr dalam menyeru umat Islam melakukan

gerak kerja dakwah selain dikemukakan kaedah berkesan bagi

menarik minat orang ramai terhadap dakwah yang

disampaikan iaitu secara berhikmah dan dengan memberi

peringatan yang baik.

Dalam hal ini, kaedah melakukan dakwah tidak hanya

terhad kepada proses melakukan seruan dan laungan semata-

mata15malah boleh dilakukan melalui kaedah menarik

perhatian orang ramai terhadap ajaran serta pendekatan yang

dibawa oleh Islam.16 Sasaran dakwah juga tidak hanya

tidak digunakan dalam al-Qur’an. Dalam H. Asep Muhiddin , Dakwah

dalam Perspektif al-Qur’an, (Bandung: CV Pustaka Setia, 2002), 40. 14 H. Asep Muhiddin .(2002.) 41. 15 Ab. Aziz Mohd Zain , Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2003), 4. 16 Ahmad Redzuan Mohd Yunus dan Che Yusoff Che Mat , “Pendekatan

Dakwah kepada Masyarakat India Muslim: Kajian ke Atas Persekutuan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

64

terbatas kepada satu kelompok masyarakat tertentu, tetapi

perlu diperluaskan kepada pelbagai golongan tanpa mengira

bangsa dan warna kulit.17

Merujuk kepada salah satu definisi dakwah

menjelaskan bahawa maksud dakwah secara ilmu dan seninya

bermaksud seni yang membahaskan tentang cara yang

munasabah untuk mengajak orang lain tentang Islam.18 Oleh

itu, ilmu dakwah tidak dapat lari dari perbincangan mengenai

metode dakwah. Metode atau perkataan sempurnanya adalah

metodologi didefinisikan sebagai sistem yang merangkumi

kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan

disiplin dan sebagainya.19

Dakwah yang dimaksudkan dan difahami dapat

dirumuskan ialah mengajak, menyampaikan, menyeru

membuat perkara ke arah kebaikan yang ajarannya

bersumberkan al-Quran dan sunnah. Kebaikan ialah apa jua

yang disuruh, digalakkan oleh agama Islam. Keburukan,

kemungkaran, dan dosa adalah sesuatu yang dilarang, haram,

dan berdosa apabila melakukannya.

Metodologi dakwah disimpulkan pengertiannya

sebagai ilmu yang bersifat kajian dan sistematik mengenai

Muslimin Indo-Malaysia (PERMIM)”, Jurnal Usuluddin, bil. 17 (2003),

137-152. 17 Apabila merujuk kepada sejarah para Nabi, memang diakui bahawa

usaha dakwah yang dilakukan hanyalah untuk kaum mereka sendiri

sebagaimana Nabi Musa a.s. kepada kaum Bani Israil, begitu juga dengan

Nabi Isa a.s. Nabi Hud kepada kaum ‘Ad dan Nabi Salih kepada kaum

Thamud. Namun, berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutus

kepada seluruh umat manusia dan risalah yang dibawanya membawa

rahmat kepada sekalian alam dan seluruh umat manusia selepasnya tanpa

mengira sempadan geografi, warna kulit, bangsa, bahasa, budaya serta

merentasi zaman dan masa. Abdul Majid Omar , “Pengenalan Dakwah”

(Makalah Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, Institut Latihan

Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, 28-30 Mei 2007), 2. 18 Abdul ‘Aziz Barghus. Manahij al-Da’wah fi al-Mujtama’ al-Muta’adid

al-Adyan Wal Ajnas (Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

2011), hlm. 18. 19 Kamus Dewan, edisi. keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2010), 1030, entri “metodologi”.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

65

cara dakwah atau kajian tentang cara dakwah. Ia juga difahami

sebagai ilmu yang istimewa atau disiplin yang menekankan

soal bagaimana untuk berdakwah yang melibatkan cara,

pengertian, perancangan dan sebarang penghubung kepada

persembahan secara sistematik untuk menyebarkan Risalah

Islam.20

Prinsip asas dalam menyampaikan dakwah adalah

terdiri dari dua perkara utama iaitu mengajak kepada kebaikan

dan mencegah kemungkaran. Perkara ini dijelaskan dalam al

Quran dalam surah Al- Imran ayat 104 yang bermaksud,

“Dan hendaklah ada satu golongan di antara

kamu yang menyeru (berdakwah) kepada

kebajikan (mengembangkan Islam), dan

menyuruh membuat segala perkara yang baik,

serta melarang daripada segala perkara yang

salah (buruk dan keji). Dan mereka yang

bersifat demikian ialah orang yang berjaya.”

Ini dapat dibuktikan melalui satu dari definisi dakwah

dari segi pelaksanaan penyampaian iaitu bermaksud mengajak

manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk

mendapatkan kebahagiaan dan terhindar dari kesesatan dan

kejahatan.21 Dakwah adalah mengajak, menyeru dan

membimbing ke arah perkara kebaikan dan menyatakan

perkara-perkara tentang larangan dari Allah. Sebagaimana Al-

Quran telah menggariskan bahawa tiga cara utama pendekatan

dalam berdakwah ini merujuk kepada surah al –Nahl ayat 125

yang bermaksud,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai

Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan

dan nasihat pengajaran yang baik, dan

20 Badlihisham Mohd Nasir. Da’wah and The Malaysian Islamic

Movements (Kajang: Synergymate Sdn.Bhd, 2003), 27. 21 Abdul ‘Aziz Barghus. Manahij al-Da’wah fi al-Mujtama’ al-Muta’adid

al-Adyan Wal Ajnas (Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

2011), 15.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

66

berbahaslah dengan mereka (yang engkau

serukan itu dengan cara yang lebih baik,

sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih

mengetahui akan orang yang sesat dari

jalanNya, dan Dialah jua yang lebih

mengetahui akan orang yang mendapat

hidayah petunjuk.”

Merujuk kepada ayat ini terdapat tiga pendekatan

dakwah yang utama iaitu hikmah kebijaksanaan, (bil-hikmah),

nasihat dan pengajaran yang baik (mauizah al-hasanah) dan

berbahas dengan cara yang baik (mujadalah billati hiya

ahsan). Ianya merupakan pendekatan dan metodologi dakwah

yang diterangkan dalam al-Quran untuk dijadikan panduan

dan seterusnya menggunakan kaedah yang telah dinyatakan

sebagai sumber atau tujuan utama dalam metodologi

berdakwah kepada umat manusia.

PENDEKATAN DAKWAH DI SELANGOR

Di negeri Selangor terdapat kaedah dan cara atau metodologi

dalam menyampaikan dakwah kepada penduduknya. Antara

pendekatan dakwah yang digunakan di negeri Selangor ialah

melalui pengagihan kutipan zakat yang diperolehi. Hal ini

kerana sumber kewangan adalah perkara penting dalam

menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang merangkumi

semua aspek iaitu dakwah melalui pendidikan, ekonomi dan

kebajikan.

Merujuk kepada dakwah terhadap golongan mualaf,

terdapat banyak cara bagaimana mereka didekati oleh MAIS

terutama dalam mendapatkan pelbagai bantuan. Pada tahun

2013, Pengurusan Hal Ehwal Mualaf di Selangor mula

menggunakan skop takrifan mualaf yang baru, berdasarkan

keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jabatan Mufti

Selangor yang mencadangkan takrifan mualaf dijelaskan

kepada masyarakat dalam dua aspek, iaitu, orang yang baru

memeluk Islam, sama ada iman lemah atau sudah kuat, dan

orang bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

67

hatinya kepada Islam. Oleh yang demikian, kumpulan ini

harus diberikan zakat dengan syarat dan pertimbangan

bahawa bakal penerima mempunyai kecenderungan dan boleh

dilembutkan hatinya kepada Islam, dari segi sahsiah,

muamalat dan maslahat selaras dengan matlamat dakwah.22

Matlamat agihan zakat kepada komuniti mualaf ini

adalah supaya mereka kekal dalam agama Islam sehingga

akhir hayat. Mereka berjaya dalam pendidikan, khususnya

pendidikan agama Islam dan berjaya dalam bidang ekonomi,

khususnya pembangunan sosioekonomi, sehingga layak untuk

membayar zakat dan bertujuan untuk membantu mereka

dalam kalangan asnaf. Agihan zakat Asnaf Mualaf di Selangor

adalah berdasarkan konsep tawaran dan permohonan.23

Konsep tawaran diadaptasikan ke atas kumpulan

mualaf tahun pertama (berdasarkan tarikh dan tahun

pengIslaman) yang mendaftarkan pengIslaman di MAIS,

manakala, mualaf tahun kedua dan seterusnya, agihan adalah

berdasarkan penyambungan permohonan tahun sebelumnya

berserta tapisan khas bagi bantuan yang melibatkan kos yang

besar. Kesemua aspek bantuan yang disediakan oleh MAIS

adalah berdasarkan Garis Panduan dan Syarat Kelayakan

Agihan Zakat Asnaf Mualaf yang telah ditetapkan menerusi

suatu entiti jawatankuasa yang diwujudkan. Jawatankuasa ini

dinamakan Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Selangor

(JHEMS).24

Tujuan had tempoh panggilan mualaf di negeri

Selangor adalah untuk pengawalan dan pentadbiran dalam

agihan zakat dan bantuan kebajikan terhadap golongan

mualaf. Manakala bagi permohonan mualaf yang melebihi

had tempoh panggilan, permohonan akan dirujuk kepada

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk saringan Had

22 Garis Panduan Perkhidmatan Kebajikan Mualaf Negeri Selangor Garis

panduan ini telah dikemaskini dan dinamakan Garis Panduan dan Syarat

Kelayakan Agihan Zakat Asnaf Muallaf Tahun 2013 23 Ibid

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

68

Kifayah. Proses ini dilakukan untuk menentukan pemohon

layak dikategorikan dalam Asnaf Fakir atau Asnaf Miskin.

Jika pemohon tidak dalam kedua-dua kategori berkenaan,

pemohon boleh diberikan bantuan kewangan segera menerusi

Kaunter Express LZS (MAIS) yang disediakan, sementara

bagi permohonan selanjutnya dirujuk kepada Bahagian

Pembangunan Mualaf (MAIS) untuk tindakan selanjutnya.

Pemberian zakat adalah untuk membantu golongan

yang lemah iaitu golongan asnaf, yang mana sebab lain juga

untuk meyampaikan dakwah kepada mereka. Pelbagai

bantuan diberikan kepada asnaf mualaf adalah untuk

menjinakkan hati, membantu dan memberi dakwah kepada

mereka. Sebagaimana ayat al- Quran dalam surah al-Haj, ayat

78 yang bermaksud:

“Allah tidak menjadikan kamu menanggung

sesuatu keberatan dan susah payah dalam

perkara agama”

Ayat tersebut di atas menjadi dasar kepada Islam bahawa ia

tidak mewajibkan sesuatu yang memberatkan atau

menyusahkan pemeluknya kerana Islam itu mudah dan tidak

membebankan. Agihan zakat yang diperuntukkan kepada

golongan mualaf merupakan salah satu kaedah untuk

menjinakkan hati golongan mualaf terhadap Islam. Salah satu

tabiat manusia ialah tidak suka kepada tanggungan bebanan

lebih-lebih lagi bebanan-bebanan yang berat. Selain itu,

sesuatu yang susah, payah dan rumit turut berupaya meliarkan

seseorang manusia, sebaliknya sesuatu yang mudah boleh

menjinakkan dan menarik perhatian seseorang manusia.25

Pendekatan menjinakkan memerlukan pendakwah

memulakan perkenalan dan menjalinkan hubungan kasih

sayang bersama golongan mualaf. Ini bertujuan memahami

latar belakang kehidupan, corak pemikiran dan bagaimana

25 Ab. Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Cet.2. (Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.) 197.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

69

pengertian dan pandangannya terhadap diri dan agama Islam.

Pendekatan mendampingi sasaran sangat penting dan mampu

memberi kesan yang memberangsangkan kerana pendakwah

akan lebih memahami diri orang yang didakwah dan ia boleh

dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati

manusia.26

Sesuatu yang berlaku secara menarik dan dirasakan

mudah pada awal pengIslaman seseorang mualaf berupaya

menjinakkan mereka suka untuk terus menerima Islam dengan

senang hati. Demikianlah, pemberian zakat terhadap golongan

mualaf telah menterjemahkan suatu usaha dakwah yang

dilakukan secara berperingkat dan lembut agar kecintaan

seseorang mualaf kepada Islam akan semakin bertambah

sebaliknya kepayahan dan kekerasan akan menjauhkan

mereka daripada Islam.27

Menerusi peruntukan zakat ini, usaha dakwah kepada

golongan mualaf perlu dilaksanakan dengan bijaksana dan

kreatif demi menarik golongan ini jinak dan mendalami Islam

tanpa merasa terbeban sebaliknya ruang dan peluang untuk

mendekati Islam menjadi lebih mudah. Jiwa manusia secara

fitrah mencintai orang mahupun pihak yang bersikap baik

kepadanya dan membenci orang yang bersikap buruk

terhadapnya.

Golongan pendakwah mahu pun organisasi dakwah

berupaya berusaha untuk membuka hati golongan mualaf

menerusi peruntukan zakat ini dengan pendekatan kreatif,

lemah lembut serta berinteraksi dengan penuh kasih sayang

kerana sesuatu yang lahir dari hati yang suci akan sampai ke

hati dan apa sahaja yang keluar dari ucapan akan sampai ke

26 Ab. Majid, Kamil & Yusuf, Muhammed, Kaedah Pendekatan Dakwah

Silam Dan Masa Kini: Perbezaan Dan Kesesuaian dicapai pada 2007 from

http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-pendekatan-dakwah-

silam-dan.html 27 Al-Qardhawi, Yusuf Abdullah. Fiqh Keutamaan. Terj. Ahmad

Nuryadi Asmawi. Cetakan 10. (Selangor: Thinker’s Library,2009).

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

70

telinga sasaran dakwah.28 Sebagaimana dalam al-Quran, surah

Ali Imran, ayat 159 bermaksud,

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah

kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati

kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari

sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka,

mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan

bermusyawaratlah dengan mereka dalam

urusan itu. Kemudian apabila kamu telah

membulatkan tekad, maka bertawakallah

kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai

orang yang bertawakkal kepadaNya.”

Ayat tersebut berkait dengan peristiwa pelanggaran

janji atau kesilapan dalam memahami arahan yang

dikeluarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dilakukan oleh

sebahagian kaum Muslimin dalam peperangan Uhud sehingga

menyebabkan kaum Muslimin menderita kekalahan. Nabi

Muhammad SAW tetap bersikap lemah lembut dan tidak

marah terhadap yang melanggar itu, bahkan memaafkan

mereka dan memohon keampunan daripada Allah untuk

mereka. Sekiranya baginda bersikap keras dan kasar, pasti

mereka akan menjauhkan diri daripada baginda.

Allah menggalakkan perlakuan lemah lembut dan ini

merupakan salah satu contoh pendekatan menjinakkan

golongan yang didakwah yang telah dilakukan oleh baginda

Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks dakwah dalam

kalangan orang bukan Islam, Nabi Muhammad SAW tidak

pernah menggunakan pendekatan yang kasar atau dalam

bentuk memaksa ataupun mendesak. Dakwah yang

disampaikan adalah secara lembut dan berhikmah serta

baginda menyeru manusia menyembah Allah SWT dengan

28 Jum’ah Amin Abdul Aziz, Al-Dakwah, Qawaid Wa Usul, Terj. Abdus

Salam Masykur. Cetakan1. (Mesir : Darul al-Dakwah, 1997), 185.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

71

penuh kasih sayang dan mudah difahami.29 Selain itu juga

dalam ayat Al- Quran ada menyebut tentang larangan mencaci

dan mencela orang kafir menyembah selain Allah.

Sebagaimana dalam Al-Quran, surah al-An’aam ayat 108

yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda

yang mereka sembah yang lain dari Allah,

kerana mereka kelak akan mencerca Allah

secara melampaui batas dengan ketiadaan

pengetahuan. Demikianlah Kami

memperelokkan pada pandangan tiap-tiap

umat akan amal perbuatan mereka, kemudian

kepada Tuhan merekalah tempat kembali

mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka

apa yang mereka telah lakukan.”

Ayat ini menyatakan larangan kepada orang Islam

supaya jangan mencerca objek atau apa jua sembahan

kepercayaan orang kafir kerana sekiranya berbuat demikian

maka mereka iaitu orang kafir akan turut mencerca tuhan

sembahan orang Islam. Ini kerana akhlak dan tingkah laku

orang Islam amat tinggi budi pekertinya tidak mencerca dan

menyatakan kejian yang mendatangkan kerugian kepada

orang Islam.

Pendekatan dakwah di negeri Selangor dapat dilihat

melalui program yang dilakukan di bawah Lembaga Zakat

Selangor (LZS) yang merangkumi lima program utama iaitu

Program Pembangunan Sosial, Program Pembangunan

Ekonomi, Program Pembangunan Pendidikan, Program

Pembangunan Institusi Agama dan Program Pembangunan

Insan. Melalui program tersebut, LZS telah merangka agenda

dalam membentuk asnaf yang bukan sahaja dapat

mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan, tetapi

29 Lokman Ab. Rahman (penyunting) . Cabaran Memilih Islam. (Melaka :

Balai Islam Melaka, 1995), .2

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

72

juga dapat memenuhi kehendak rohani dan menjadi insan

yang rabbani. Setiap program yang disusun ini akan memberi

keutamaan kepada tiga asnaf utama iaitu fakir, miskin dan

mualaf. Pemilihan asnaf utama ini dilaksanakan melalui

jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan dan kelayakan asnaf

dinilai berdasarkan Haddul Kifayah yang ditetapkan.30

Pada dasarnya, zakat diagihkan kepada lapan asnaf

iaitu asnaf fakir, miskin, amil, mualaf, fisabilillah, riqab,

gharimin dan ibni sabil, dan takrifnya adalah bersandarkan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Tujuan utama agihan

zakat di negeri Selangor adalah kerana melaksanakan agihan

zakat sepertimana perintah Allah SWT dan menyalurkan

agihan zakat dengan lebih efisien, mewujudkan masyarakat

seimbang dari segi ekonomi, rohani, duniawi dan ukhrawi. Di

samping itu, zakat juga dapat mengurangkan kadar

kemiskinan di negeri Selangor, meningkatkan syiar Islam di

negeri Selangor, memberi keyakinan kepada pembayar-

pembayar zakat dan masyarakat, serta mempelbagaikan

program agihan zakat sesuai dengan keperluan semasa asnaf.

Di bawah Program Pembangunan Sosial, LZS

bertanggungjawab memastikan tiada asnaf yang mengalami

masalah tempat tinggal, nafkah sara hidup serta mendapat

peluang pendidikan sebagaimana orang lain. Sehubungan

dengan itu, pelbagai bentuk bantuan telah disediakan

bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi dan sekaligus

membolehkan asnaf tersebut menjalani kehidupan yang lebih

seimbang. Program Pembangunan Ekonomi adalah khusus

untuk asnaf fakir miskin dan mualaf, di mana melalui program

keusahawanan yang dilaksanakan oleh LZS merupakan jalan

keluar bagi menangani kemiskinan.

Program keusahawanan ini sebagai salah satu

mekanisme pengagihan wang zakat kepada asnaf fakir, miskin

dan mualaf merupakan proses jangka panjang, ia bukan sahaja

mengurangkan kadar kemiskinan malah membangunkan

modal insan. Kemiskinan tidak dapat diatasi dengan hanya

30 Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2011.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

73

memberi bantuan kebendaan dan wang ringgit semata-mata.

Maka LZS telah menggariskan pelaksanaan agihan wang

zakat dengan cara mendidik, memberi ilmu, membimbing dan

membangunkan asnaf zakat berdasarkan potensi yang ada

pada mereka.31

Faktor utama keberkesanan agihan zakat yang

berdasarkan kajian (R&D) terbukti program keusahawanan

mampu meningkatkan taraf hidup asnaf fakir dan miskin

malah kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh pihak

kerajaan dalam membangunkan taraf ekonomi orang Melayu

dengan berniaga dan pembangunan insan. Faktor lain ialah

kecenderungan asnaf fakir dan miskin itu sendiri. Berdasarkan

pengalaman yang lepas, setiap asnaf fakir dan miskin ini tidak

dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekadar cukup

makan dan terus- menerus berada di kepompong kemiskinan.

Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa

perkara seperti kekurangan modal, kekurangan ilmu

keusahawanan, kekurangan ilmu pengurusan kewangan,

kekurangan ilmu pemasaran, kualiti produk dan jenama,

kekurangan bimbingan dan pemantauan berterusan, tidak

mempunyai jati diri dan watak usahawan, masalah sikap yang

tidak komited dan bersungguh-sungguh, kekurangan

pengisian rohani dalam mengamalkan sifat-sifat terpuji

seperti amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya.

Dalam hal ini, LZS telah mengambil pendekatan bagi

menangani permasalahan tersebut di antaranya dengan

pemberian modal awal dan modal tambahan apabila terdapat

perkembangan perniagaan. Setiap asnaf akan diteliti latar

belakang dan kecenderungan mereka. Proses pemilihan

adalah agak ketat kerana LZS mahu memastikan hanya

mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih. Layak dalam

erti kata ada kebolehan, minat berniaga dan keinginan untuk

belajar serta kemampuan fizikal.32

31 Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2011. 32 Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2011.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

74

Memberi ilmu dan bimbingan kepada mereka sebelum

dan semasa menjalankan perniagaan. Modal di antara

RM2,000 hingga RM50,000 akan diberi setelah jenis

perniagaan (yang berpotensi) ditetapkan. Modal ini adalah

modal hangus yang tidak perlu di bayar balik dan bentuknya

lebih berupa peralatan dan modal kerja seperti mesin, barang

keperluan perniagaan serta sewaan premis. Bagi kategori

pertama (modal di antara RM500 – RM5,000) adalah asnaf

fakir dan miskin yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan

seperti berniaga nasi lemak, goreng pisang di gerai, mesin

rumput dan sebagainya.

Bagi kategori kedua (modal melebihi RM5,000 –

RM50,000) adalah asnaf fakir dan miskin yang menjalankan

peniagaan berskala besar seperti membuka restoran, kedai

dobi, makanan tradisional, bengkel dan sebagainya. Setiap

asnaf yang terpilih akan diberi kursus asas perniagaan,

termasuk pengendalian kewangan dan motivasi sebelum

memulakan perniagaan, diberi latihan dan pemantauan,

namun bagi kategori kedua, LZS akan memberi bimbingan

dan pemantauan yang lebih eksklusif.

Memberi ilmu kerohanian dan amalan ibadah seperti

menanamkan sifat-sifat terpuji dan menghindari sifat-sifat

mazmumah. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi

perubahan sikap, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat

memberi kepuasan serta peningkatan mereka. Ilmu yang

diberi bukan semata-mata ilmu dan kemahiran berniaga

semata-mata tetapi diterapkan nilai-nilai kerohanian Islam

yang menekankan tanggungjawab sebagai seorang Islam,

sifat-sifat mahmudah seperti amanah, jujur, ikhlas dan

sebagainya.33

Dorongan motivasi juga ditekankan bagi

memantapkan jati diri mereka. Di samping itu, LZS turut

menubuhkan Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ).

Ahli-ahlinya terdiri daripada asnaf yang pernah menerima

bantuan modal daripada LZS. Melalui KUAZ, LZS bertindak

33 Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2011.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

75

memantau dan menjaga kepentingan ahli di samping

membantu mempromosi serta menjenamakan produk

keluaran asnaf tersebut.

Walaupun banyak cabaran yang perlu dilalui, usaha

dan tawakal kepada Allah SWT perlu digembleng bagi

memastikan agihan zakat dilaksanakan dengan berkesan dan

berjaya dalam menjadikan asnaf berdikari. Antara cabaran

yang dihadapi oleh LZS sendiri dalam menghadapi golongan

sasar (asnaf fakir,miskin dan mualaf) ialah sikap asnaf sendiri

yang sentiasa mahu dibantu oleh institusi zakat dan tidak

mahu berdikari serta sentiasa mengharapkan bantuan saban

tahun. Kesulitan dalam penentuan fakir, miskin dan mualaf

walaupun menggunakan garis panduan, masih terdapat

keraguan dalam penerimaan maklumat. Sebagai contoh

pemohon yang melepasi Had Kifayah tetapi masih dalam

keadaan susah dan mualaf yang memohon bantuan mualaf

sedangkan tempoh telah tamat.

Permasalahan di kalangan asnaf yang hendak

berniaga, tetapi tiada pengalaman dan memerlukan modal

yang besar; beberapa proses tapisan perlu dilakukan untuk

menentukan kelayakan mereka, justeru mereka perlu bermula

dari awal dengan menghadiri kursus dan baru diberi bantuan.

Terdapat juga asnaf yang telah diberi bantuan modal tetapi

gagal meneruskan perniagaannya dan memohon bantuan

untuk perniagaan yang lain. Ada juga penerima yang tidak

menghargai atau bersyukur di atas bantuan yang diberikan

sebagai contohnya mereka menjual peralatan bantuan

perniagaan yang diberi, tidak menjaga kebersihan rumah yang

diberikan dan sebagainya.

Asnaf yang mengharapkan semata-mata bantuan

kewangan atau makanan bulanan tanpa mahu berusaha

mencari pendapatan. Terdapat juga asnaf yang tidak

memanfaatkan bantuan yang diberi dengan sewajarnya

dengan menggunakannya kepada perkara-perkara yang tidak

berfaedah. Sebahagian ibu bapa yang tergolong dalam asnaf

ini tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka yang

telah diberi bantuan pendidikan. Malahan terdapat pemohon

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

76

bantuan zakat yang tidak bersikap jujur dan benar dalam

melaporkan maklumat yang diberikan.34

Setiap program yang dilaksanakan oleh LZS adalah

pendekatan dakwah yang menyeluruh terhadap golongan

asnaf. Perkara yang sama dilakukan kepada seluruh penduduk

di Selangor walaupun mereka bukan dikategorikan dalam

golongan asnaf. Namun begitu pendekatan dakwah yang

digunakan adalah dengan menyampaikan segala kebaikan dan

mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dengan

mengadakan bentuk program bersifat dakwah bil hal

(mengajak dengan perbuatan), meraikan hari kebesaran Islam,

mengadakan bengkel dan seminar, program mengimarahkan

masjid dan surau, program dakwah bersama masyarakat

bukan Islam seperti masyarakat Cina, India, Orang Asli

dengan berkolaborasi bersama agensi dakwah yang lain

terutamanya Badan Bukan Kerajaan Islam.

RUJUKAN

Al-Quran

Abdul ‘Aziz Barghus. Manahij al-Da’wah fi al-Mujtama’ al-

Muta’adid al-Adyan Wal Ajnas. (Gombak: University

Islam Antarabangsa Malaysia, 2011).

Ab. Aziz Mohd Zain, Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, Cet. 2 2003.)

Ab. Aziz Mohd Zin, Metodologi Dakwah. Cet.2. (Kuala

Lumpur: Universiti Malaya, 2001.)

Ab. Aziz Mohd Zin, Pengantar Dakwah Islamiah. (Kuala

Lumpur, Cet. 1, 1997.)

Ab. Majid, Kamil & Yusuf, Muhammed. “Kaedah

Pendekatan Dakwah Silam Dan Masa Kini:

34 Ahmad Shahir bin Makhtar, Adibah bt. Abdul Wahab, [Prosiding

Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam

2010, Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Isu Dan Cabaran, anjuran

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, 14 Julai 2010, di Bilik

Senat, Bangunan Canselori, UKM.]

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

77

Perbezaan Dan Kesesuaian” dicapai 2007, from

http://kamilmajid.blogspot.com/2007/08/ikaedah-

pendekatan-dakwah-silam-dan.html

Abū al-Faḍl Muḥammad bin Mukarram ibn Manẓūr, Lisān al-

‘Arab, (Beirut: Dār al-Ṣādir, j. 14, 1990.)

A.Hasjmy. Dustur Dakwah Menurut Al-Qur‘an. (Jakarta. PT

Bulan Bintang.)

AbdullahMuhammad Basmeh.Tafsir Pimpinan al-Rahman

kepada Pengertian al- Qur‘an.(Terj.) )Kuala Lumpur:

Darul Fikr, 2000)

Ahmad Redzuan Mohd Yunus dan Che Yusoff Che Mat,

“Pendekatan Dakwah kepada Masyarakat India

Muslim: Kajian ke Atas Persekutuan Muslimin Indo-

Malaysia (PERMIM)”, Jurnal Usuluddin, bil. 17,

(2003), 137-152.

Ahmad Shahir bin Makhtar, Adibah bt. Abdul Wahab,

Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor: Isu Dan

Cabaran [Prosiding Konvensyen Kebangsaan

Perancangan & Pengurusan Harta dalam Islam 2010,

anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam

UKM, 14 Julai 2010, di Bilik Senat, Bangunan

Canselori, UKM.]

Ali Abd al-Ḥalīm Maḥmūd, Fiqh al-Dakwah al-Fardiyyah,

(t.tp.: Dār al-Wafā’, 1992.)

Amrullah Ahmad, Materi Metode Penyiapan Disiplin

Dakwah Islam. (Kurikulum IAIN, 1995.)

Badlihisham Mohd Nasir. Da’wah and The Malaysian

Islamic Movements (Kajang: Synergymate Sdn.Bhd,

2003).

Bahi al-Khuli.1983.Tazkiyah al-Du‘at. Beirut. Dar al-Qur‘an

al-Karim Ensiklopedia Islam. 2005.

Ghazali Darul Salam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah.

(Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd, 1996)

Garis Panduan Perkhidmatan Kebajikan Mualaf Negeri

Selangor 2008. [Garis panduan ini telah dikemaskini

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

78

dan dinamakan Garis Panduan dan Syarat Kelayakan

Agihan Zakat Asnaf Muallaf Tahun 2013]

H. Asep Muhiddin, Dakwah dalam Perspektif al-Qur’an,

(Bandung: CV Pustaka Setia, 2002.

H. Mahmud Yunos, ed., Kamus Arab – Indonesia Indonesia:

Padang, Jakarta, 1998.)

Jum’ah Amin Abdul Aziz, Al-Dakwah, Qawaid wa Usul,

Terj. Abdus Salam Masykur. Cetakan 1. (Mesir:

Darul al-Dakwah, 1997.)

Kamus Dewan Edisi Keempat, (Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur 2013.)

Laporan Pengurusan Zakat Selangor. (Lembaga Zakat

Selangor, 2011)

Lokman Ab. Rahman (penyunting), Cabaran Memilih Islam,

(Melaka: Balai Islam Melaka, 1995.)

Makalah Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, Institut

Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, 28-30 Mei

2007.

Toha Yahya Omar, Ilmu Dakwah. (Jakarta: Widjaja

Indonesia, 1983.)

Wahidin Saputra, Pengantar Ilmu Dakwah. (Bandung:

Rajawali Pers, 2011.)

Yusof Al-Qardhawi, Thaqafah Al-Da’iyah (Beirut: Dar Al-

Ahya Al- Turath, 1978).

Yusof Al-Qardhawi, Fiqh Keutamaan. Terj. Ahmad Nuryadi

Asmawi. Cetakan 10. (Selangor: Thinker’s Library,

2009).

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

79

SOKONGAN SOSIAL KEPADA REMAJA

BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM

PENGAMALAN NILAI-NILAI ISLAM

Azura Binti Awang1,Yusmini Binti Md. Yusoff2

PENDAHULUAN

Sokongan masyarakat sangat diperlukan dalam membantu

sesebuah keluarga dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam

kepada anak-anak khususnya anak remaja bermasalah

pembelajaran.3 Sokongan sosial dalam proses penerapan nilai-

nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran bermaksud peranan masyarakat yang

menyokong usaha-usaha memperkukuhkan pegangan agama

supaya mereka dapat sama-sama mengamalkan ajaran Islam

seterusnya dapat berinteraksi dengan masyarakat dengan

baik.4 Ini merupakan salah satu usaha dakwah yang boleh

dilakukan oleh setiap individu Muslim bagi menunjukkan

keprihatinan terhadap individu kurang upaya dalam bersama-

sama mengamalkan nilai-nilai Islam. Hal ini sesuai dengan

pendapat Abdul Karim Zaidan5 yang menyatakan bahawa tiga

ciri dalam sistem sosial Islam ialah mengutamakan nilai

akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi

institusi keluarga.

1Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan

Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Saedah Sumrah Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad, “Kaedah

Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku”, (Makalah Seminar

Kaunseling Keluarga 2008), 91. 4 Mustafa Daud, “Pendidikan Keibubapaan : Satu Pengenalan”, (makalah,

Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC

2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi), 5 5 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah: Sistem-sistem Islam, (Kuala

Lumpur: Pustaka Salam,2011) 173-226.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

80

Berdasarkan pandangan sarjana Barat iaitu Grant

Carson6 pula, kegagalan atau kejayaan sesuatu proses

penerapan nilai dan pendidikan anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran adalah bergantung kepada sokongan sosial

masyarakat yang diberikan. Model Ketidakupayaan Sosial

oleh Liz Carr, Paul Darke dan Kenji Kuno7 menyatakan, orang

kurang upaya tanpa mengira sebarang bentuk kecacatan

berhak untuk menjadi sebahagian daripada komuniti dalam

sesebuah masyarakat. Hakikatnya, masyarakat Islam perlu

mengubah persepsi negatif terhadap golongan kurang upaya

bukan golongan kurang upaya tersebut mengubah takdirnya.8

Oleh itu, setiap individu dalam sesebuah masyarakat Muslim

seharusnya berperanan dan saling menyokong serta bersama-

sama membantu ibu bapa dalam usaha menerapkan nilai-nilai

Islam kepada generasi anak-anak khususnya kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran.

LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan agen sosial

utama kepada anak-anak. Ibu bapa yang merupakan

pemegang amanah Allah S.W.T bertanggungjawab

memelihara dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang

soleh, berguna kepada kedua ibu bapa dan berbakti kepada

agama, bangsa dan negara. Ibu bapa perlu sentiasa

memastikan agen-agen sosialisasi yang bertentangan dengan

ajaran agama tidak menyerap masuk ke dalam jiwa anak-

anak.9 Sesuai dengan sifat anak yang dilahirkan dalam

6 Grant Carson, The Model of Disability Scottish Accessible Information

Forum, (Ireland: The Stationery Office, 2009), 10. 7 Liz Carr, Paul Darke and Kenji Kuno, Training Them and Us: A Guide

to Social Equality for Society, (Utusan Publications, Kuala Lumpur, 2008),

86. 8 Colin Barnes, The Social Model of Disability: Valuable or Irrelevent The

Rootledge Handbook of Disability Studies, (London: Rootledge, 2012), 4-

6. 9 Siti Fatimah Abdul Rahman, Asas-asas Masyarakat Cemerlang, (Kuala

Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia), 56.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

81

keadaan bersih dan suci umpama kain putih, tanggungjawab

ibu bapa adalah dengan menerapkan nilai-nilai Islam kepada

anak-anak termasuk anak remaja bermasalah pembelajaran.

Bagi merealisasikan tanggungjawab ini, ibu bapa

sangat memerlukan sokongan ahli keluarga dalam usaha

penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja

bermasalah pembelajaran. Didikan agama perlu juga

diterapkan ke dalam diri anak yang lain bagi menyemai

perasaan kasih sayang, saling memahami dan sikap ingin

membantu terhadap adik-beradiknya.10 Hubungan yang baik

dalam kalangan ahli keluarga boleh diwujudkan melalui cara

interaksi atau komunikasi yang baik, mengamalkan amalan

kerohanian bersama di rumah, mengisi waktu senggang atau

waktu lapang bersama dengan aktiviti yang sihat, bersifat

terbuka dalam menerima kekurangan diri adik-beradik dan

sebagainya.11

Peranan ibu bapa untuk mendapatkan sokongan

masyarakat adalah menjelaskan kepada masyarakat bahawa

anak-anak remaja bermasalah ini juga layak mengamalkan

ajaran Islam seupaya mungkin.12 Pandangan negatif mereka

seperti mencemuh, merendah-rendahkan orang lain,

menghina anak-anak remaja bermasalah pembelajaran boleh

membawa kesan buruk kepada jiwa dan perasaan mereka.13

Hal ini sejajar dengan misi Kementerian Kebajikan

Masyarakat iaitu ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang

10 K.A Razhiyah, Anak Istimewa Panduan bagi Ibu Bapa Membesarkan

Anak Istimewa, (Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,

2006), 178-179. 11 Abdul Razak Zakaria dan Noraini Mohd Salleh, “Konteks Keluarga dan

Hubungannya dengan Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Anak-anak

Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia, Bil 36 (1), 35-44. Lihat

juga Mohd Fadzilah Kamsah, “Keibubapaan: Perspektif seorang Bapa”,

dalam Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa,

peny. Azrina Sobian, (Selangor: MPH Group Publication, 2008), 117-122. 12 Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan

Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

1998), 475. 13 Ibid.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

82

penyayang, saling menghormati, membantu dan bersimpati

dengan golongan kelainan upaya dalam segenap kehidupan

termasuk usaha menerapkan nilai-nilai Islam seperti ini.

Ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah

pembelajaran sangat memerlukan perkhidmatan dan bantuan

sokongan seperti kewangan, kemudahan pengangkutan,

kemudahan kesihatan, kelebihan pendaftaran kad OKU

(Orang Kelainan Upaya), maklumat-maklumat berguna,

khidmat-khidmat pakar agama, para pendakwah Islam dan

apa-apa sahaja yang boleh membantu usaha penerapan nilai-

nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran ini sangat diperlukan oleh ibu bapa.

Perkhidmatan dan keperluan sokongan seperti ini menjadikan

ibu bapa lebih cekal dan tabah menghadapi cabaran dalam

usaha pemupukan dan memperkasakan jiwa anak-anak remaja

bermasalah pembelajaran dengan nilai-nilai Islam.14 Maka,

dengan adanya Akta Pendidikan 1996 (Bab 8)15 melalui

agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Khas

(JPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain

dapat memberi peluang kepada ibu bapa memberi pendidikan

berlandaskan Islam dan kehidupan yang terbaik bagi

menjamin kualiti hidup anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran.16

14 Pua Yoke Fang, “Intervensi untuk Kanak-kanak Autisme: Satu Tinjauan

dari Perspektif Ibu bapa”, (Projek Penyelidikan Ijazah Sarjana Kebangsaan

Pendidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005), 54-55. 15 Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 1997, Jil.41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan (A) 1998. 16 Wong Huey Siew & Sandiyao, “Pendidikan Komuniti Orang Kurang

Upaya Penglihatan di Malaysia: Satu Analisi daripada Perspektif Sejarah”,

Jurnal Masalah Pendidikan, Jil. 25, (2002), 160.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

83

Kajian Mohd Mokhtar Tahar dan Aliza Alias;17

Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid18

menunjukkan bahawa sekolah dan guru memainkan peranan

serta mempunyai pengaruh yang besar dalam menerapkan

nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah

pembelajaran ini. Hal ini kerana kejayaan anak-anak remaja

ini sangat bergantung kepada kualiti perkhidmatan pendidikan

khas di sekolah.19 Peranan kumpulan sokongan ibu bapa

(parents support group) juga sangat membantu ibu bapa

dalam memberi idea dan sumbangan kewangan bagi

memudahkan usaha penerapan nilai-nilai Islam.20 Melalui

sistem kumpulan sokongan atau badan kebajikan seperti ini,

ibu bapa dan pihak sekolah boleh merancang sebarang aktiviti

yang menyelitkan elemen penerapan nilai-nilai Islam dalam

kehidupan harian anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran. Kesimpulannya, artikel ini ditulis bagi

mengkaji sejauhmana ibu bapa yang memiliki anak remaja

bermasalah pembelajaran mendapat sokongan sosial yang

sepatutnya diperoleh dalam usaha menerapkan nilai-nilai

Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran.

17 Mohd Mokhtar Tahar dan Aliza Alias, “Isu Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas” dalam

Perkaedahan dan Pengajaran Pendidikan Islam: antara tradisi dan inovasi.

(Pascasidang Wacana Pendidikan Islam siri 3, Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia 2003). 32-51. 18 Mohamd Khairi Othman dan Asmawati Suhid, “Peranan Sekolah dan

Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni:

Satu Sorotan”, MALIM-SEA Journal Of General Studies, (Bil. 11,

2010),121 19 Noorafizah Hussin, Noorazlina Hussin dan Mohd Mokhtar Tahar,

“Kepuasan Ibu bapa Terhadap Perkhidmatan Program Pendidikan Khas

Intergrasi Bermasalah Pembelajaran Negeri Melaka”, 9 dalam Mohd

Hanafi Mohd Yasin et al., Prosiding Seminar Internasional Pasca

Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 (Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia,2014) ,9. 20 Mohd Nur Adzam Rasdi et al., “Pengajaran al-Quran Braille: Isu dan

Cabaran Semasa”, International Journal on Quranic Research (IJQR),

Vol.3, No.4 June (2013), (Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research

(CQR), Universiti of Malaya, 2013), 89-90.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

84

METODOLOGI KAJIAN Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian

ini ialah kaedah pensampelan bertujuan. Kajian memilih

kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang

merujuk kepada kumpulan informan ibu bapa yang

mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu memiliki anak remaja

bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini.21

Kajian kualitatif bersifat deskriptif ini menggunakan

instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi memahami

bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak,

berinteraksi dan menjalankan kehidupan seharian bersama

anak remaja bermasalah pembelajaran melalui media

elektronik dalam aspek penerapan nilai-nilai Islam.

Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu

bapa beragama Islam yang memiliki anak bermasalah

pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja

bermasalah pembelajaran informan ditempatkan dalam

Program Integrasi Pendidikan Khas, di Sekolah Menengah

Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan

sampel rawak tetapi dipilih sendiri oleh kajian. Sepanjang

proses mendapatkan data, teknik pensampelan bertujuan ini

dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball

sampling). Persampelan ini berlaku apabila seorang informan

yang menjadi sampel kajian kajian telah mencadangkan

seorang informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai

dan menepati kriteria yang diperlukan oleh kajian.

Kajian menggunakan teknik analisis data tematik

dengan meneliti tema-tema utama daripada data-data yang

diperoleh. Penganalisisan data kajian ini adalah dengan

menggunakan proses tematik induktif dan deduktif. Kajian

menganalisis transkripsi temu bual dengan pencarian tema-

tema utama dan melakukan proses-proses pengekodan. Untuk

21 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik

Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc Graw Hill (Malaysia)

Education, 2011),226.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

85

tujuan itu, perisian Atlas.ti versi 7 telah digunakan untuk

menganalisis kandungan transkrip temu bual tersebut.

SOKONGAN SOSIAL YANG DITERIMA IBU BAPA

DALAM USAHA PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

KEPADA ANAK REMAJA BERMASALAH

PEMBELAJARAN Berdasarkan dapatan awal kajian, empat daripada enam orang

informan mula memberikan penjelasan berkenaan anak

remaja bermasalah pembelajaran semasa didapati berlaku

salah anggapan dalam kalangan anak-anak informan. Salah

faham ini berlaku apabila anak-anak normal berasa cemburu

apabila adik-beradik bermasalah pembelajaran diberi lebih

perhatian. Oleh itu, penjelasan diberikan bagi menasihati

anak-anak normal yang lain supaya lebih memahami tentang

situasi yang berlaku.

Beberapa informan juga turut menunjukkan reaksi

bimbang terhadap kebajikan masa hadapan anak remaja

bermasalah pembelajaran terutama jika informan sudah

meninggal dunia. Dapatan menunjukkan reaksi dan usaha-

usaha yang dilakukan oleh para informan dalam memberi

penjelasan kepada anak-anak normal:

“Saya beritahu pada adik lelakinya, “Abang

kamu tidak sama seperti orang lain. Walaupun

badan dia besar, umurnya lebih tua, tetapi

pemikirannya masih seperti kanak-kanak lagi.

Kamu mesti tolong abang. Dia bukan orang

lain, abang kamu sendiri. Along tidak seperti

orang lain, dia tidak sempurna. Adik mesti

protect dia.” (Informan C)

“Saya bercakap kepada adik-adiknya, “Jika

kamu semua sindir, mempermainkan dia,

memperlekehkan dia, bagaimana pula

keadaan dia dengan masyarakat luar? Orang

lain akan memperlekehkan dia. Kalau kita

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

86

tidak menjaganya, siapa lagi yang akan jaga?”

“Kalau mama tidak ada, siapa hendak jaga

dia? Kalau kamu semua tidak pedulikan dia,

habislah dia. Terbiarlah dia. Tiada siapa yang

mahu pedulikan dia!” (Informan F)

Berdasarkan dapatan di atas, semua informan cuba

memberi penjelasan dan nasihat kepada anak-anak normal

supaya mengambil berat tentang kebajikan adik-beradik

mereka yang mengalami masalah pembelajaran dengan

menjaga dan melindungi mereka sewaktu dewasa kelak.

Anak-anak normal ini turut diberi pendedahan dan

penerangan bahawa pemikiran adik-beradik mereka yang

mengalami masalah pembelajaran adalah tidak sama dan tidak

boleh dibandingkan dengan pemikiran manusia yang

sempurna akalnya.

Dapatan kajian turut mendapati, dua orang informan

menyatakan anak remaja bermasalah pembelajaran mereka

juga menerima sokongan ahli keluarga dalam melaksanakan

ibadat. Mereka menjalani ibadah solat bersama-sama di surau

mahupun di rumah. Anak-anak normal informan ini tidak

malu untuk menyertai aktiviti kerohanian bersama adik-

beradik mereka yang mengalami masalah pembelajaran.

Mereka bersama-sama ke surau atau ke masjid dengan

menaiki motosikal dan sebagainya untuk menunaikan solat

Jumaat, Solat Maghrib dan Isyak. Berikut adalah dapatan

temu bual yang menggambarkan situasi ini:

“Abangnya yang kedua itu selalu membawa

dia pergi ke surau. Anak saya yang kedua,

ketiga dan keempat semuanya ialah lelaki.

Mereka sembahyang sama-sama, pergi surau

atau masjid menaiki motor. Solat Jumaat, dia

ikut ayahnya. Semua perkara-perkara itu, kita

buat setiap hari.” (Informan F)

“Ayah atau abangnya bawa dia pergi ke

masjid untuk Sembahyang Jumaat kalau hari

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

87

tidak sekolah. Sama juga kalau hari dia

bersekolah tetapi lambat dia sampai ke

masjid. Jika di sekolah, dia akan sembahyang

Jumaat. Dia akan pergi sama ada bersama

ayahnya atau abangnya.” (Informan E)

Dapatan di atas menunjukkan bahawa bentuk

sokongan yang diterima oleh ibu bapa adalah lebih berbentuk

sokongan moral dan fizikal daripada ahli keluarga lain.

Menurut Mohd. Sharani Ahmad,22 bentuk-bentuk sokongan

yang diberikan seperti ini secara tidak langsung mampu

meringankan bebanan ibu bapa dalam usaha penerapan nilai-

nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran.

Kajian juga mendapati, interaksi positif antara ibu

bapa dan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dengan

saudara terdekat lain turut berlaku. Penglibatan ini secara

tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan

persaudaraan antara anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran dengan saudara-saudara terdekat. Informan

kajian cuba melibatkan anak remaja bermasalah

pembelajarannya yang bernama Haikal (bukan nama sebenar)

dengan ahli keluarga lain khususnya pada Hari Raya Aidilfitri

seperti dapatan berikut:

“Kami selalu bersama dalam aktiviti

kekeluargaan. Apabila ada perjumpaan

keluarga, saya bawalah Haikal. Pada setiap

Hari Raya, kami berkumpul di satu rumah di

Klang. Kami buat bacaan yasin. Kami adik-

beradik akan bermalam pada malam hari raya

di situ. Itulah tempat pertemuan semua adik-

beradik. Itulah pertemuan tahunan

kami.”(Informan D)

22 Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar,

(Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004), 185.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

88

Dapatan ini sangat bersesuaian dengan pandangan

Azmi Shaari, Noor Hayati Che Harun dan Tengku Noaswita

Tengku Besar yang menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya

tidak perlu malu memiliki anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran dengan ‘menyimpan’ mereka di rumah.23 Ibu

bapa perlu melibatkan anak remaja ini dengan masyarakat

sekeliling mereka. Kajian mendapati, penerimaan positif juga

diterima oleh seorang informan kajian ini apabila anak remaja

bermasalah pembelajaran iaitu Nazri (bukan nama sebenar)

dilibatkan dengan aktiviti kekeluargaan yang besar

berdasarkan penerangan informan di bawah:

“Sejak dari kecil, anak saya tinggal dengan

emak saya. Emak saya sememangnya sudah

biasa dengannya. Adik-beradik saya juga

memang memberi sokongan padanya. Ipar-

ipar adik saya ini, jika Nazri datang, mereka

seronok. Adik-beradik saya, mereka sangat

memberi sokongan.” (Informan C)

Keprihatinan pihak jiran tetangga juga perlu untuk

mengawasi tingkah laku dan akhlak anak-anak.24 Sikap jiran

yang prihatin dapat menggalakkan penerapan nilai akhlak

dalam diri anak-anak remaja bermasalah pembelajaran seperti

berkasih sayang, kemesraan dan semangat kejiranan. Tiga

orang informan mendapat reaksi yang positif daripada

jirannya yang menunjukkan keprihatinan terhadap anak-anak

23 Azmi Shaari, Noor Hayati Che Harun dan Tengku Noaswita Tengku

Besar, “Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Keluarga Penjaga di

Sekolah dan Kesannya ke atas Pencapaian Akademik Anak Cacat

Penglihatan”, Jurnal Pembangunan Sosial, Jil.4&5, Jun & Disember

(2002)15-26. 24 Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak,

dan Abd Hair Awang. "Hubungan kejiranan dalam Membentuk

Kesejahteraan Hidup Masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung

Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia." Malaysia

Journal of Society and Space 7 (2011), 36-44.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

89

remaja bermasalah pembelajaran dengan bertanya khabar,

bertukar juadah dan bertegur sapa. Berikut adalah dapatan

temu bual yang menunjukkan reaksi positif sedemikian:

“Jiran-jiran suka pada anak saya ini. Apabila

dia keluar, mereka sapa dia, “Pergi mana

Miza?” “Pergi main bola.” “Miza pergi

mana?” “Pergi kedai hendak makan.” “Hari

ini pergi sekolah belajar apa?” Mereka suka

sapa dia.Mereka suka juga melayannya. Tidak

adalah orang yang buat tidak tahu sahaja pada

dia.” (Informan F)

Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran informan

didapati seronok dan hidup dengan tenang apabila jiran

sekeliling turut mengambil berat, bersimpati dan memahami

kekurangan yang dihadapi. Dapatan ini sangat menyokong

pandangan Ainur Zaireen Zainudin dan Jalaluddin Abdul

Malek25 yang menyatakan bahawa suasana kejiranan yang

selamat adalah kejiranan yang bebas daripada semua ancaman

mental, sosial dan fizikal. Bebas dari ancaman mental dalam

konteks kajian ini bermaksud anak remaja bermasalah

pembelajaran berasa mereka dihargai, tidak dicemuh dan

disisihkan. Suasana harmoni ini menyebabkan mereka terus

bersemangat menyertai komuniti masyarakat luar bagi

meneruskan kehidupan berlandaskan syariat Islam.

Walau bagaimanapun, seorang informan berkongsi

pengalamannya bersama jiran berkenaan penerimaan anak

beliau sebagai anak Autisme seperti kisah informan di bawah:

“Semasa mula-mula sebelum doktor diagnos

dia sebagai Autisme, budak-budak di situ

semua berkawan dengan anak saya. Ibubapa

25 Ainur Zaireen Zainudin dan Jalaluddin Abdul Malek. "Keberkesanan

Program Bandar Selamat Dari Persepsi Penduduk Kajian Kes: Bandaraya

Shah Alam."Jurnal Teknologi 53.1 (2012), 13-34.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

90

di situ tidak kisah (sebelum anak saya

didiagnoskan lagi) jadi mereka berkawanlah

seperti biasakan. Selepas doktor sudah

diagnos anak saya adalah anak Autisme, kita

pun beritahu kepada mereka. Sejak itu,

mereka tidak benarkan anak mereka berkawan

dengan anak kita. Ketika itu pula, kita baru

sahaja terima berita itu, jiran pula buat kita

seperti itu, kita lagi tertekan. Saya beritahu

mereka bahawa penyakit ini tidak berjangkit.

Semasa itu, anak saya bersekolah rendah

Darjah 1 sehingga Darjah 4. Sehingga saya

sendiri pula terpaksa pergi jumpa psikiatri

untuk minta nasihat. Ketika umur anak saya

10 tahun, saya pindah ke sini, semuanya

sudah baik.” (Informan C)

Pengalaman informan ini adalah sama seperti yang

dinyatakan oleh Mohd Sharani Ahmad dan Ismail Maakip26

yang menyatakan bahawa, ibu bapa akan mengalami tiga

tahap perasaan setelah mendapat pengesahan pakar perubatan

tentang anak bermasalah pembelajaran. Tahap pertama ialah

ibu bapa akan terkejut dengan berita yang diterima, tahap

kedua ialah mereka kecewa dengan perkara yang berlaku

manakala tahap ketiga, mengadaptasi diri dengan

permasalahan yang dihadapi.

Pada tahap adaptasi, informan ini memberi

penerangan kepada jiran-jiran yang menyisihkan anak beliau

bahawa Autisme bukanlah penyakit yang berjangkit.

Informan juga berusaha untuk mendapatkan khidmat nasihat

daripada pakar psikiatri untuk beliau mendepani cabaran

emosi yang dialami ketika itu. Informan C juga mendapat

26 Mohd Sharani Ahmad dan Ismail Maakip, “Kanak-kanak Istimewa dan

Penerimaan Ibu bapa” dalam Pembangunan Kanak-kanak: Teori, Isu dan

Cabaran, ed. Khaidir Ismail, Lukman Z.M dan Hanina H.Hamsan,

(Selangor: Arah Publications, 2008),272-273.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

91

sokongan daripada seorang ustaz yang memberi dorongan dan

kata-kata semangat supaya terus bersabar dan mendidik anak

remaja bermasalah pembelajaran seperti ini:

“Orang surau sahaja yang memberi sokongan

(sewaktu disisihkan oleh jiran-jiran). Ustaz itu

memberi saya pandangan, “Belalah anak ini.

Anak ini tidak ada dosa. Dia anak istimewa.

Kalau orang ada anak macam ini, in sha

Allah, malaikat masuk, sentiasa ada dalam

rumah.” Ustaz itu berikan saya semangat.”

(Informan C)

Selain sokongan ahli keluarga, sanak saudara dan

masyarakat, sokongan pihak kerajaan mahupun swasta juga

penting dalam mengatur atau merancang program-program

pengisian berbentuk kerohanian kepada anak remaja

bermasalah pembelajaran untuk menghayati nilai-nilai Islam.

Lima daripada enam orang informan berpendapat

bahawa tiada program berkaitan pendidikan Islam tambahan

untuk anak remaja bermasalah pembelajaran yang dianjurkan

oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Hanya seorang sahaja

informan yang mengakui terdapat sebuah organisasi Islam

yang mengadakan program membaca al-Quran untuk anak

remaja bermasalah pembelajaran.

Dengan merujuk kepada Akademi Faqeh,27 informan

bersama rakannya cuba untuk melibatkan diri dengan program

yang dianjurkan oleh pihak tersebut. Namun, penglibatan

bersama organisasi berkaitan tidak mendapat sambutan oleh

para ibu bapa yang lain kerana pihak organisasi memerlukan

lima atau enam orang anak remaja bermasalah pembelajaran.

27 Akademi Faqeh ialah ialah sebuah yayasan berdaftar yang terletak di

Petaling Jaya, Selangor. Yayasan ini dikenali dengan nama Yayasan

Faqeh adalah sebuah yayasan yang membantu golongan OKU iaitu seperti

autisme, pekak dan down sindrom untuk mendekati dan mempelajari al-

Quran dengan kaedah tersendiri di samping mencari keredhaan Allah. (

Sumber: Laman Facebook rasmi Akademi Faqeh)

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

92

Mengumpulkan lima atau enam orang anak remaja

bermasalah pembelajaran dengan persetujuan ibu bapa adalah

sukar disebabkan kekangan masa dan aktiviti kehidupan ibu

bapa yang pelbagai. Berikut adalah seperti yang dinyatakan

oleh informan ini:

“Ada usaha kita untuk menyertai akademi

ini. Kawan saya ada berhubung dengan orang

itu. Tetapi pihak akademi tetapkan syarat iaitu

kami perlu mencari mana-mana premis seperti

sekolah atau surau untuk laksanakan program

mengaji ini. Usaha untuk dapatkan lima atau

enam orang ibu bapa yang berminat juga,

bukan senang. Kadang-kadang ibu bapa

banyak kerja.” (Informan E)

Walau bagaimanapun, tiga daripada enam orang

informan mengakui bahawa kemahiran dan penghayatan

agama anak remaja bermasalah pembelajaran adalah berkesan

dan banyak diperolehi melalui guru-guru di sekolah dalam

Program Intergrasi Pendidikan Khas (PIPK) Bermasalah

Pembelajaran yang diwujudkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu,

kajian akan meninjau bagaimana sokongan guru-guru di

sekolah bersama program PIPK ini dapat membantu ibu bapa

dalam menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja

bermasalah pembelajaran.

Penglibatan ibu bapa di sekolah juga penting dalam

usaha penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja

bermasalah pembelajaran. Kajian ini mendapati semua

informan cuba menjalinkan hubungan baik dengan guru demi

menerapkan nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak

dalam jiwa anak remaja bermasalah pembelajaran.

Keprihatinan ibu bapa dan guru dalam usaha ini menyebabkan

anak remaja bermasalah pembelajaran berasa diri mereka

dihargai, mampu menangani kekurangan diri di samping cuba

mengamalkan nilai-nilai yang menjadi lambang hidup sebagai

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

93

seorang mukmin.28 Data berikut menunjukkan cara guru

membantu Mimi (bukan nama sebenar), mengatasi

kekurangan dirinya:

“Dia suka bernasyid. Tetapi dengan keinginan

dia sendiri. Jika cikgu suruh sertai, baru dia

sertai. Pada tahun lepas, cikgu suruhnya sertai

(pertandingan), dia pun sertai. Dia seorang

yang pemalu. Dalam sesuatu perkara, jika dia

rasa dia boleh dan yakin boleh buat, dia akan

buat. Jika cikgu suruh, dia akur. Ibu bapa

suruh dia tidak akur. Kalau saya suruh, dia

kata dia tidak boleh buat. Dia kata, semua dia

tidak boleh. Cikgu dia ada minta izin daripada

saya, “Kakak, bolehkah Mimi masuk acara

nasyid?” Saya tidak ada masalah sekiranya

cikgu suruh. Apabila saya suruh, Mimi tidak

akan buat. Cikgu suruhlah. Dia memang suka

nasyid.” (Informan A)

Kajian Mohamad Khairi dan Asmawati mendapati,

sekolah dan guru memainkan peranan yang besar dalam

menerapkan nilai-nilai murni supaya pelajarnya berakhlak,

bermoral dan mengamalkan budaya hidup beragama.29

Dapatan kajian mendapati, peranan guru dalam menerapkan

nilai-nilai Islam ialah dengan memberi kepercayaan kepada

anak remaja bermasalah pembelajaran melibatkan diri dalam

aktiviti sekolah yang berunsur kerohanian. Aktiviti tersebut

28 Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah & Farrah Dina Yusop,

“Peranan Ibu bapa dan Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang

Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik”, Jurnal Masalah

Pendidikan, Jil.27. (2012), 82. 29 Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid, “Peranan Sekolah dan

Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni:

Satu Sorotan, ” MALIM - SEA Journal Of General Studies, (Bil. 11,

2010),121.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

94

ialah seperti pertandingan bercerita Kisah Para Nabi, nasyid,

tilawah Al-Quran, tulisan khat dan sebagainya dalam Majlis

Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat daerah.

Lima daripada enam anak remaja bermasalah

pembelajaran dalam kajian didapati aktif dan melibatkan diri

dalam aktiviti kerohanian seperti ini. Manakala peranan

informan sebagai ibu bapa adalah memberi sokongan terhadap

usaha para guru dengan melibatkan diri dalam aktiviti anak

remaja bermasalah pembelajaran mereka di sekolah. Kajian

ini mendapati, penglibatan aktif informan ialah dengan

menunjukkan sikap keprihatinan terhadap keperluan guru

dalam menjayakan sesuatu program:

“Dalam membuat persiapan anak saya ke

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), saya akan

bertanya guru, keperluan yang perlu. Guru-

guru di sekolah ini sangat bertolak ansur.

Mereka suka jika kita bertanya mengenai

sesuatu aktiviti yang anak kita terlibat.

Disebabkan anak kita terlibat, jadi kita hendak

lebih tahu. Kita tidak mahu ketinggalan apa-

apa.” (Informan C)

Seorang informan yang mengusahakan restoran

menunjukkan penglibatan beliau bersama guru dengan

menyediakan makanan yang ditempah dengan harga yang

berpatutan. Makanan dan minuman disediakan untuk para

guru dan pelajar yang menyertai program-program di sekolah

seperti MTQ, Majlis Berbuka Puasa, Jamuan Hari Raya dan

sebagainya.

Selain itu, sokongan guru-guru dapat dilihat melalui

program Hari Akademik. Hari Akademik adalah hari yang

ditetapkan oleh pihak sekolah yang diadakan dua kali setahun

bagi membincangkan prestasi anak remaja bermasalah

pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Berdasarkan

temu bual bersama kajian, informan E adalah seorang yang

tegas dan sangat menitikberatkan pendidikan agama:

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

95

“Semasa mengambil kad laporan tempoh hari,

seorang cikgu memberitahu saya, “Pelajar

lain sudah membaca Iqra' 3. Zali masih

membaca Iqra' 2.” Perkara itu yang saya

mahu dengar, walaupun perkara itu negatif

tetapi saya mahu dengar dan saya mahu tahu.”

(Informan E)

Melalui perbincangan bersama guru mata pelajaran

Pendidikan Islam di sekolah anaknya ini, informan telah

mengambil tindakan susulan dalam membantu anak

menguasai kemahiran membaca buku Iqra’ dengan

mengulang pengajaran guru di rumah. Peranan yang

dimainkan oleh informan E ini perlu dicontohi oleh ibu bapa

yang lain bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam

menguasai bacaan Iqra’, Muqaddam30 dan Al-Quran dengan

baik.

Dapatan-dapatan di atas membuktikan bahawa,

penglibatan ibu bapa dengan pihak guru dan sekolah seperti

yang dinyatakan di atas adalah usaha yang sangat baik dalam

mendorong anak-anak remaja bermasalah pembelajaran

menguasai nilai-nilai Islam. Menurut Manisah Mohd. Ali dan

Noorfaziha Hassan,31 sokongan guru dapat mencipta

pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna dalam

membentuk peribadi mulia pelajar bermasalah pembelajaran

terutama melalui aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di

sekolah. Oleh itu, perhatian yang khusus daripada guru

30 Muqaddam ialah naskhah nipis yang mengandungi 36 surah dari juzukk

30 dalam al-Quran al-Karim iaitu dari surah an-Naba’ hingga ke surah an-

Nas. Manisah Mohd. Ali dan Noorfaziha Hassan, “Perspektif Guru

Terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid dengan

Ketidakupayaan Penglihatan, Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2),

(2014),109-114. 31 Manisah Mohd. Ali dan Noorfaziha Hassan, “Perspektif Guru Terhadap

Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid dengan Ketidakupayaan

Penglihatan, Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (2), (2014), 109 -114.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

96

sebagai antara individu yang paling signifikan dalam

kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran adalah

sangat penting demi memastikan anak-anak ini terus berminat

mengamalkan nilai-nilai Islam dengan keupayaan mereka

tersendiri.

Selain guru-guru, ibu bapa juga memerlukan

kehadiran orang lain yang rapat dalam kehidupannya untuk

bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan untuk

melahirkan rangsangan motivasi diri yang sihat.32

Rangsangan motivasi diri yang sihat dalam konteks kajian ini

ialah semangat ibu bapa yang tidak mengenal erti jemu dalam

mendidik anak-anak mengamalkan ajaran Al-Quran. Memilih

rakan yang memahami, sokongan pasangan dan mewujudkan

komunikasi yang sihat dapat meransang proses penerapan

nilai-nilai Islam tersebut.33 Berdasarkan dapatan temu bual,

semua informan bersependapat bahawa mereka memilih

rakan-rakan yang turut sama memiliki anak remaja

bermasalah pembelajaran dan bermotivasi tinggi dalam

perkembangan pendidikan anak-anak berteraskan syariat

Islam. Sebagai contoh dengan memetik dapatan daripada

informan C, B dan A ini:

“Kami timba pengalaman bersama-sama

(bersama kaum ibu). Sebab itu kami suka

bercerita dan luahkan masalah. Jika ada

masalah dan rasa mahu menangis, di sinilah

kami menangis. Kami mahu cerita kepada

32 Asiah Ali, Irkhaniza Md Rahim dan Mohamed Sharif Mustaffa,

“Peranan Komunikasi dalam Hubungan Kekeluargaan”, (makalah,

Seminar Kaunseling Keluarga 2008, Universiti Teknologi Malaysia),82-

84. 33 Amran Hassan, Fatimah Yusooff dan Khadijah Alavi. "Pengaruh Faktor

Kesepaduan (Kefungsian Keluarga) dan Kemahiran Keibubapaan

Terhadap Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Ibu Bapa dan

Anak." Sains Humanika 3”, no. 1 (2014), 101.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

97

siapa lagi? Orang yang memahami masalah

anak kita adalah kita sendiri.” (Informan A)

“Saya bertukar pendapat dengan rakan yang

mempunyai anak yang sama kategorilah. Ada

juga berkongsi pandangan semasa saya

tinggal di PGA. Kita pun bercerita

berdasarkan pengalaman. Banyak juga

kebaikan yang boleh saya praktikkan untuk

anak saya. Pengalaman saya pun, mereka

boleh praktikkan juga. Kita berkongsi juga

pengalaman cara kita ajar anak membaca.

Mereka pun cuba melakukan perkara seperti

kita.” (Informan B)

“Kita berkongsi pengalaman dengan kawan

yang faham dengan kita, yang setuju dengan

kita.”(Informan C)

Selain rakan-rakan, suami dan isteri juga merupakan

teman dalam kehidupan berkeluarga. Informan D

menceritakan bahawa isterinya pernah berkecil hati dan

mengadu kepada beliau yang anak remaja bermasalah

pembelajaran mereka iaitu Haikal (bukan nama sebenar)

pernah dituduh kafir kerana tidak menunaikan solat. Perkara

ini berlaku di majlis perjumpaan keluarga besar informan.

Anak remaja bermasalah pembelajaran mereka sahaja yang

tidak bersolat ketika ahli keluarga dan anak-anak yang lain

solat berjemaah. Informan cuba menenangkan isterinya

dengan menyatakan bahawa tuduhan daripada anak-anak

normal yang tidak memahami, tidak perlu dipedulikan.

Pasangan ini mengambil langkah dengan mendiamkan diri

demi menjaga hubungan kekeluargaan seperti diceritakan

informan:

“Pernah saya terdengar, anak-anak sebaya

dengan anak saya bercakap, “Eh, adakah

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

98

Haikal ini kafir kerana dia tidak mahu

sembahyang?” Apabila orang sedang

sembahyang, Haikal ini duduk bersila sahaja.

Saya ini selalu jumpa dengan adik-beradik

saya. Apabila solat berjemaah, saya yang

menjadi imam. Haikal ini hanya duduk

sebelah saya dan bermain. Jadi, tergurislah

hati ibunya apabila tahu anaknya dikafirkan.

Walaupun (perkara ini) kelihatan bergurau,

kita yang mendengar ini terasa hati juga.

Bukan saya tidak mengajaknya bersolat, kita

ajak tetapi dia tidak mahu.” (Informan D)

Komuniti ibu bapa juga bertanggungjawab untuk

mengoptimumkan kesejahteraan seseorang individu dan

masyarakat melalui campur tangan yang sihat.34 Campur

tangan yang sihat bermaksud amalan komuniti ibu bapa yang

saling menasihati dan bantu-membantu ke arah proses

penerapan nilai-nilai Islam dalam diri anak remaja bermasalah

pembelajaran. Dalam menekankan aspek penerapan nilai

akhlak, kajian mendapati informan F menceritakan bahawa

rakan beliau iaitu informan A yang juga merupakan sampel

kajian ini, pernah berkongsi pandangan bersamanya dan

melahirkan kerisauan tentang pengaruh media terhadap

akhlak dan peribadi anak remaja bermasalah

pembelajarannya.

Kebimbangan ini dikongsi bersama rakan ibu bapa

yang turut sama memiliki anak remaja terutama dalam

mendepani cabaran sosial yang sangat membimbangkan.

Kata-kata nasihat diberikan agar mereka bersama-sama terus

tabah dan sabar mendidik anak. Berikut adalah dapatan seperti

yang disampaikan oleh informan:

34 Amran Hassan, Fatimah Yusooff, and Khadijah Alavi. "Keluarga Sihat

Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu Ulasan,"Malaysia Journal of Society

and Space Bil.8 Issue 5, Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam

Sekitar (MATRA), GEOGRAFIA OnlineTM, (2012),52.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

99

“Kawan saya pernah mengadu, “Buntulah

saya, kakak.” “Kenapa?” Saya bertanya.

“Miza ini jika menggunakan internet dan

facebook, sungguh leka dia.” “Ana takutlah.”

Anak dia ialah orang yang lurus bendul.

“Buatnya budak-budak ambil kesempatan

membuat perkara yang bukan-bukan.” Dia

cakaplah. Saya dengar dan memberi sedikit

nasihat. Itulah antara perkara yang kami

sembang.” (Informan F)

Ibu bapa perlu prihatin dengan perkembangan anak

remaja masa kini kerana mereka membesar dengan suasana

moden dan cabaran teknologi maklumat yang boleh

merosakkan nilai-nilai diri seseorang mukmin.35 Akhlak-

akhlak yang keji dan tercela dikhuatiri lahir dalam diri remaja

melalui penyalahgunaan media massa seperti memdedahkan

diri dalam keadaan tidak menjaga aurat, berbicara topik-topik

yang memberahikan dan sebagainya. Oleh itu, pemantauan

aktiviti remaja perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa

sebelum ia menular dan sebati dalam jiwa anak remaja

mereka.

CABARAN SOKONGAN SOSIAL DAN LANGKAH-

LANGKAH YANG DIATASI OLEH IBU BAPA DALAM

USAHA MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM

KEPADA ANAK REMAJA BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran, cabaran masyarakat

35 Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin Mohamed

Yusoff, dan Ahmad Arifin Sapar, "Pengaruh Media Massa Terhadap

Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia", Online Journal of

Islamic Education, Jil.1, no. 1 (2013), 17-27.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

100

sekeliling turut dihadapi oleh empat daripada enam orang

informan kajian. Cabaran yang dihadapi berfokus kepada cara

informan menghadapi dan menangani sikap, pandangan

serong dan sinis serta penerimaan masyarakat yang negatif.

Penerimaan yang negatif seperti ini boleh mengganggu usaha

penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah

pembelajaran. Walau bagaimanapun, Hadas Doron dan Adi

Sharabany menyatakan ibu bapa perlu bersabar dan

menghadapi setiap masalah dan cabaran hidup mereka dengan

cara penyelesaian tersendiri.36

Tiga orang informan melahirkan kebimbangan tentang

layanan masyarakat dalam memberi kebebasan kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran menuntut di institusi

pendidikan. Cabaran ini boleh mengganggu dan membataskan

proses penerapan nilai-nilai pendidikan yang penting untuk

masa hadapan anak-anak. Informan A sangat bimbang dengan

keselamatan anak remaja perempuannya ekoran sikap

segelintir masyarakat yang tidak menunjukkan rasa hormat

terhadap insan yang kurang upaya:

“Memanglah penting untuk menghantar anak

saya ini ke mana-mana pusat kemahiran atau

kolej vokasional yang menerima anak-anak

seperti ini. Bagi saya, saya khuatir untuk

melepaskan anak saya dalam keadaan

masyarakat sekarang. Ada yang suka

mengambil kesempatan dengan dia.

Bermacam-macam perkara negatif kita dengar

seperti OKU dirogol. Saya khuatir benda yang

tidak elok berlaku pada dia”. (Informan A)

Dalam usaha mendidik anak berjinak-jinak dengan

tempat ibadah, informan B, E dan D melahirkan kebimbangan

apabila pernah menerima reaksi negatif daripada ahli jemaah

36 Hadas Doron dan Adi Sharabany,"Marital Patterns among Parents to

Autistic Children." Psychology 4, no. 04 (2013), 445-446.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

101

di sebuah masjid atau surau. Informan D menceritakan

pengalaman beliau mengenai sikap jemaah di sebuah surau

yang tidak memahami keadaan anaknya yang tidak mahu

berganjak dari saf di ruang solat. Sikap anaknya itu

melahirkan perasaan tidak puas hati jemaah tersebut dengan

menunjukkan mimik muka yang mengecewakan informan

sebagai ibu bapa:

“Pernah terjadi, anak saya duduk di saf

hadapan. Orang itu menyuruh dia ke tepi

sedikit tetapi anak saya duduk diam dan buat

tidak tahu sahaja (tidak mahu berganjak dari

saf orang yang mahu solat). Apabila orang

tersebut melihat dia, kelihatan muka anak saya

seperti orang biasa dan tidak seperti orang

OKU. Orang itu pun menunjukkan wajah tidak

senang dengan anak saya ini. Terasa juga hati

kita. Saya cuba mahu berikan penjelasan tetapi

tidak sempat. Jika pergi ke mana-mana tempat,

pandangan orang yang positif tu ada, tetapi

percentnya kecil sahaja.”(Informan D)

Berdasarkan senario yang berlaku di atas, Wan

Nasyrudin Wan Abdullah dan Hisham Ahmad37 menyatakan

bahawa masyarakat seharusnya menerima kehadiran anak

remaja bermasalah pembelajaran dan seumpamanya.

Sokongan harus diberikan untuk mereka dalam menjalani

kehidupan seharian sama ada mereka berada di masjid, di

pusat membeli belah, di taman rekreasi dan sebagainya kerana

anak-anak ini tidak mampu untuk hidup walaupun dalam

dunia mereka sendiri. Oleh itu, masyarakat tidak boleh

bersikap prejudis atau diskriminasi sebaliknya perlu melayan

37 Wan Nasyrudin Wan Abdullah dan Hisham Ahmad, Aku Bersyukur

Anakku Autisme, (Kuala Lumpur: Telaga Biru, 2013),29.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

102

anak-anak ini sesuai dengan kekurangan atau kelebihan yang

terdapat dalam diri mereka.

Informan B dan E pula menceritakan situasi

menyakitkan hati yang pernah berlaku ke atas anak remaja

bermasalah pembelajaran yang lain dan bimbang keadaan

demikian berlaku ke atas anak mereka berdasarkan kisah

mereka ini:

“Suami saya beritahu, ada seorang budak

OKU, budak itu rajin ke surau, dia menyapu,

bentang sejadah, dia suka membersihkan surau

ini. Kadang-kadang, orang ramai main-

mainkan dia. Disebabkan itulah saya tidak

melepaskan anak saya, saya takut. Pernah

terjadi, seorang orang tua menampar budak

OKU tersebut kerana mengambil saf dia di

hadapan sekali. “Janganlah anak aku orang

buat begitu,” dia katakan. Sudah tahu anak itu

datang awal, dia punya tempat, hormatlah dia.

Hormat dia, biar dia rasa dihargai. Tetapi

bukan semua orang seperti itu. Kerana itu, kita

perlu ajar anak kita yang mana negatif dan

mana positif. Budak OKU teruklah juga dibuat

orang. Dia boleh azan, dia akan berebut-rebut

peluang mahu azan. Hari-hari biasa, dapatlah

dia azan. Maghrib dan Isyak tidak boleh dia

azan kerana orang lain sudah azan. Dia azan

pun kadang-kadang orang marah dia.

(Informen B)

Kita faham anak-anak seperti ini mahu

dihargai, tetapi bukan semua masyarakat

memahami keadaan mereka.”(Informan E)

Dua situasi penerimaan masyarakat masjid atau surau

di atas adalah bersesuaian dengan pandangan Shukeri

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

103

Mohamad dan Mohamad Azrien Mohamed Adnan38 yang

mengatakan, penerimaan negatif masyarakat masjid ini

berlaku apabila kanak-kanak atau remaja itu tidak dibiasakan

dengan rumah ibadah seperti ini. Sikap masyarakat yang tidak

berminat menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan dan

pendidikan anak-anak juga menjadi faktor penyumbang.

Senario penerimaan negatif oleh masyarakat seperti ini

menjadi cabaran yang besar oleh ibu bapa terutama dalam

mendidik anak remaja bermasalah pembelajaran mencintai

masjid sebagai rumah kedua mereka.

Cabaran penerimaan kaum kerabat dan sanak-saudara

terdekat juga terhadap anak remaja ini juga dikenal pasti

dalam kajian ini. Kaum kerabat dan sanak saudara yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah sokongan ibu bapa

mentua termasuk ipar duai. Golongan ini dikaji kerana mereka

mempunyai tali persaudaraan dan paling hampir dengan

kehidupan ibu bapa dan anak remaja bermasalah

pembelajaran. Menurut Lazer, Y dalam Hadas Doron, segala

bentuk sokongan sama ada berbentuk material mahupun

spiritual daripada golongan ibu bapa terdahulu adalah penting

untuk memberi keselesaan dan ketenangan dalam hidup.39

Oleh itu, sokongan dan penerimaan mereka sangat diperlukan

ke arah peningkatan pendidikan anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran sebagai generasi pelapis akan datang.

Walau bagaimanapun, dua daripada enam orang

informan menghadapi cabaran daripada ibu mertua masing-

masing dalam usaha penerapan nilai-nilai Islam kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran. Ibu mertua bagi kedua-dua

38 Shukeri Mohamad dan Mohamad Azrien Mohamed Adnan, “ Modul

Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Institusi Masjid,”.(makalah,

Prosiding Seminar Pengurusan Masjid Inovatif Peringkat Antarabangsa,

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat Agama Islam Negeri

Ar-Raniry, Banda Aceh, 23-24 April 2011), 379-387 . 39 Hadas Doron dan Adi Sharabany,"Marital Patterns among Parents to

Autistic Children." Psychology 4, no. 04 (2013),445-446.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

104

informan ini tidak dapat menerima kehadiran cucu mereka

yang mengalami masalah pembelajaran. Kedua-dua mereka

mengatakan bahawa kehadiran anak seperti ini merupakan

balasan dosa silam yang pernah dilakukan. Ibu mertua ini juga

menyatakan cucu mereka adalah orang yang tidak siuman dan

sebagainya. Kesukaran ibu mertua dalam menerima keadaan

cucu mereka melahirkan perasaan sedih dan kecewa kepada

informan-informan ini:

“Kadangkala bergaduh juga suami saya

dengan emaknya. Emaknya bercakap, anak

saya disampuk, terkenan monyet dan dia suruh

pergi jumpa bomoh. Dia tidak mahu menerima

keadaan cucu dia seperti itu. Dia kata dia tidak

ada keturunan seperti ini. Keturunannya semua

baik-baik. Maksudnya, keturunan sebelah saya

yang tidak baik. Ketika itu, saya berasa sangat

sedih dan kecil hati. “Suami saya cakap pada

ibunya, “Ini bahagian kami. Kami mesti

terima. Anak saya tidak gila. Anak saya

sempurna.” (Informan C)

“Mertua saya pernah cakap pada saya semasa

dapat anak seperti ini, “Itulah, kau dapat anak

seperti itu kerana kau banyak dosa pada suami.

Sebab itu Tuhan bagi anak seperti itu. Saya

rasa sangat kecewa.” (Informan E)

Kedua-dua informan ini mengambil langkah mendapatkan

sokongan pasangan masing-masing untuk memberi

penjelasan kepada ibu mertua bahawa anak remaja

bermasalah pembelajaran ini adalah sempurna dan boleh

diberi didikan dengan baik. Kedua-dua informan ini juga cuba

mengelak daripada berjumpa dengan ibu mertua itu bagi

mengurangkan tekanan emosi. Tindakan mereka adalah wajar

sebagai langkah mengelak daripada pengaruh yang boleh

menghalang proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

105

remaja bermasalah pembelajaran sebagai tanggungjawab

yang perlu diutamakan.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian di atas, sokongan sosial yang

diterima oleh ibu bapa adalah positif seterusnya

mempercepatkan usaha penerapan nilai-nilai Islam kepada

anak remaja bermasalah pembelajaran. Bentuk-bentuk

sokongan yang diterima ialah sokongan daripada ahli

keluarga, pihak kerajaan, guru-guru dan kumpulan sokongan

ibu bapa. Kajian turut mendapati semua informan ibu bapa

bersikap sensitif dalam keadaan-keadaan yang berlaku di

persekitaran sekolah dan tempat tinggal, di samping berusaha

mengatasi cabaran masyarakat sekeliling yang boleh

mengganggu usaha penerapan nilai-nilai Islam ini. Oleh itu,

setiap anggota masyarakat harus menyedari bahawa individu

yang memiliki ketidakupayaan juga berhak menyertai

masyarakat untuk bersama-sama mengamalkan syariat Islam.

Masyarakat harus memberi sokongan dan layanan positif

kepada setiap individu yang mengalami. Kajian juga

mengesyorkan kepada organisasi dakwah bahawa ajaran

Islam itu tidak hanya disampaikan kepada sesebuah komuniti,

tetapi perlu memberi lebih kesedaran kepada anggota

masyarakat tentang tanggungjawab penerapan nilai-nilai

Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran.

Organisasi dakwah perlu membantu mengupaya masyarakat

dengan lebih aktif dalam memberi bantuan dan sokongan bagi

menjayakan usaha dakwah sama ada dalam bentuk kewangan,

tenaga, sokongan moral dan sebagainya.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah: Sistem-sistem Islam,

(Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2011).

Amran Hassan, Fatimah Yusooff, and Khadijah Alavi.

"Keluarga Sihat Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

106

Ulasan,"Malaysia Journal of Society and Space Bil.8

Issue 5, Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam

Sekitar (MATRA), GEOGRAFIA OnlineTM, (2012).

Asiah Ali, Irkhaniza Md Rahim dan Mohamed Sharif

Mustaffa, “Peranan Komunikasi dalam Hubungan

Kekeluargaan”, (Makalah, Seminar Kaunseling Keluarga

2008, Universiti Teknologi Malaysia).

Colin Barnes, The Social Model of Disability: Valuable or

Irrelevent The Rootledge Handbook of Disability Studies,

(London: Rootledge, 2012).

Grant Carson, The Model of Disability Scottish Accessible

Information Forum, (Ireland: The Stationery Office,

2009).

Liz Carr, Paul Darke, and Kenji Kuno, Training Them and Us:

A Guide to Social Equality for Society, (Utusan

Publications, Kuala Lumpur, 2008).

Manisah Mohd. Ali dan Noorfaziha Hassan, “Perspektif Guru

Terhadap Keterlibatan Akademik dalam Kalangan Murid

dengan Ketidakupayaan Penglihatan, Jurnal Pendidikan

Malaysia, 39 (2), (2014).

Mustafa Daud, “Pendidikan Keibubapaan: Satu Pengenalan”,

(Makalah, Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti

Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004,

Hotel City Bayview Langkawi).

Hadas Doron dan Adi Sharabany, "Marital Patterns among

Parents to Autistic Children." Psychology 4, no. 04

(2013).

Saedah Sumrah Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad,

“Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah

Tingkahlaku”, (Makalah Seminar Kaunseling Keluarga

2008).

Shukeri Mohamad dan Mohamad Azrien Mohamed Adnan, “

Modul Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui

Institusi Masjid,”(Makalah, Prosiding Seminar

Pengurusan Masjid Inovatif Peringkat Antarabangsa,

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

107

Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, 23-24

April 2011).

Wan Nasyrudin Wan Abdullah dan Hisham Ahmad, Aku

Bersyukur Anakku Autisme, (Kuala Lumpur: Telaga Biru,

2013).

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin

Mohamed Yusoff dan Ahmad Arifin Sapar, "Pengaruh

Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam

Politeknik Malaysia", Online Journal of Islamic

Education, Jil.1, no. 1 (2013).

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

108

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

109

PELAKSANAAN KOMUNIKASI DAKWAH KEPADA

MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Siti Fadilah binti Zakaria, Muhammed bin Yusof

PENDAHULUAN

Dakwah memerlukan komunikasi. Tanpa komunikasi, segala

maklumat yang ingin disampaikan akan tergendala.

Komunikasi dalam dakwah perlu dilaksanakan kerana ia

adalah sebuah bentuk komunikasi yang istimewa dan

berlandaskan syarak serta relevan dijadikan sebagai sebuah

medium dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat

Cina. Hal ini kerana komunikasi dakwah itu sendiri

berperanan sebagai wasilah dalam menyampaikan ajaran-

ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an dan As-Sunnah

meliputi perkara-perkara akidah, syariah, dan akhlak di

samping digunakan sebagai wadah untuk memujuk,

mengajak, dan mempengaruhi masyarakat Cina agar tertarik

dengan Islam sekali gus mengubah kepercayaan yang batil

kepada kebenaran yang teguh dan diredai oleh Allah SWT.

Komunikasi dakwah ini sesuai untuk diaplikasikan ke atas

masyarakat Cina memandangkan kaum ini masih mempunyai

salah faham yang menebal terhadap Islam dan menjadi suatu

halangan yang menyebabkan mereka begitu takut untuk

memahami dan mempelajari Islam.1

DEFINISI KOMUNIKASI DAKWAH

Menurut Zulkiple Abd Ghani, komunikasi dakwah bermaksud

proses penyampaian mesej-mesej kebenaran Islam daripada

penyampai kepada penerima dengan merujuk kepada al-

Qur’an dan As-Sunnah menggunakan medium umum atau

khusus berdasarkan kepada tujuan tertentu.2 Pengertian

komunikasi ini tidak jauh bezanya dengan maksud dakwah

1 Osman Chuah. Non Muslim Chinese Fear Of Islam in Malaysia: An

Analysis.97. 2Zulkiple Abd Ghani. Islam,Komunikasi, dan Teknologi Maklumat.

(Selangor: Utusan Publications and Distributors. 2001).4.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

110

kerana komunikasi dan dakwah ini adalah saling berkait rapat

antara satu sama lain. Daripada perspektif sarjana Islam lain

pula komunikasi dakwah bermaksud satu usaha dakwah yang

terancang dan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif

tertentu mengikut golongan sasaran yang didekati dan sesuai

dengan kemampuan pendakwah yang terhad.3

KOMUNIKASI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT

CINA

Komunikasi dakwah terdiri daripada beberapa elemen-elemen

yang menjayakannya. Tanpa kehadiran elemen ini, proses

komunikasi dakwah akan menjadi tempang. Elemen ini akan

dibincangkan secara khusus dan terperinci kerana elemen

inilah merupakan asas kepada pelaksanaan komunikasi

dakwah ke atas masyarakat Cina. Antara elemen yang terdapat

dalam model komunikasi dakwah ialah penyampai dakwah,

mesej dakwah, media dakwah, suasana dan juga gangguan

yang berlaku ke atas proses komunikasi dakwah tersebut.

a) Penyampai Dakwah

Menurut Toto, pendakwah ialah setiap orang Islam yang

mukalaf dan berkewajipan menyampaikan dakwah

bergantung pada kemampuan diri mereka.4 Usaha

penyampaian dakwah ke atas masyarakat Cina oleh para

pendakwah perlu memiliki ilmu pengetahuan Islam,

mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah,5 jelas fikrah

dakwah, menyampaikan perkara yang baik,6 di samping

beberapa kriteria khusus yang perlu dititikberatkan iaitu

pertamanya harus memiliki akhlak yang baik. Pendakwah

3Siti Rugayah Haji Tibek et.al, Pembangunan Dakwah Mualaf.(Selangor:

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2014), 108. 4 Toto Tasmara.Komunikasi Dakwah. (CV Gaya Media Pratama.

Indonesia. 1987).40-42. 5Toto Tasmara, 1987. 40- 42 6Yusuf al-Qardawi.Thaqafah al-Dai’yah, dalam Ab. Aziz Mohd. Zin.

Pengantar Dakwah Islamiah. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,

1997.) 136.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

111

harus berusaha menunjukkan contoh yang baik seperti

bertutur kata yang lemah lembut dan sopan serta tampil

bersahaja. Hal ini bermaksud seseorang pendakwah perlu

berasa dirinya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat di

sekeliling. Hal ini kerana pendakwah tidak ubah bagaikan

sebuah cermin iaitu apabila terkena kotoran maka akan

nampak kekotoran tersebut walaupun sedikit.7Dalam erti kata

yang lain, setiap gerak geri dan tutur kata penyampai akan

memberikan kesan kepada penerima sama ada secara

langsung atau sebaliknya. Justeru, akhlak yang baik ini perlu

ditonjolkan setiap masa bukan hanya sewaktu berinteraksi

dengan kaum ini sahaja.

Kedua, hendaklah mempunyai maklumat awal8

mengenai masyarakat Cina. Maklumat awal tersebut sama ada

berkaitan dengan latar belakang, cara hidup, cita rasa, sikap

dan kelakuan,9 budaya, sosio ekonomi, pegangan dan

kepercayaan atau penerimaan dan kekeliruan mereka terhadap

Islam. Maklumat awal ini penting untuk membantu

pendakwah mengenali dan memahami masyarakat Cina

dengan lebih mendalam.

Ketiga, menggunakan bahasa yang difahami.

Seseorang pendakwah perlu memiliki kebijaksanaan dalam

berbicara. Kecerdasan akal sangat diperlukan apabila

berkomunikasi. Seseorang pendakwah tersebut harus

menyesuaikan gaya bahasanya dengan tingkat kemampuan

akal dan kefahaman masyarakat Cina. Contohnya, jika

berkomunikasi dengan kaum ini maka hendaklah berbicara

menggunakan bahasa yang difahami oleh mereka dan hal-hal

yang menarik perhatian masyarakat Cina tersebut.10

7Aidh Abdullah al-Qarni. Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan. .( Kuala

Lumpur: Jasmin Enterprise. 2007) 89. 8SamsudinA.Rahim. Komunikasi Asas. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka. 1993). 8. 9Ab.Mumin Bin Ab.Ghani.Institusi Dakwah dan Persekitarannya Dalam

Membentuk Strategi Dakwah Yang Berkesan. Jurnal Usuluddin. Bil 4.

(Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam. 1996).74. 10Aidh Abdullah al-Qarni. Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan, 86.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

112

Keempat, memiliki sikap bermasyarakat. Pendakwah

perlu menghiasi diri dengan sikap suka bermasyarakat dan

berusaha menjadikan dirinya disenangi oleh masyarakat Cina

kerana kerja dakwah ini melibatkan masyarakat. Pendakwah

yang tidak memiliki sikap sebegini akan susah menempatkan

diri dan menyukarkan kerja dakwah. Pendakwah yang biasa

bergaul dengan masyarakat Cina akan mudah membiasakan

diri dengan budaya dan suasana persekitaran mereka.

Kedatangannya hendaklah bukan semata-mata untuk

menyampaikan nasihat tetapi bertingkah laku sebagaimana

nabi seperti berziarah, bertanya khabar, menyampaikan

hadiah, bersahabat, berbuat baik dan sebagainya.11

Kelima, membiasakan diri untuk sentiasa berinteraksi

dengan masyarakat Cina sehingga mereka merasa disantuni

dan dimesrai. Seseorang pendakwah yang kerap berinteraksi

dengan masyarakat Cina seperti kerap mengadakan

pertemuan secara bersemuka dengan mereka akan dapat

meningkatkan daya pengaruh.12

Keenam, pendakwah perlu memiliki sikap prihatin dan

empati kepada kaum Cina dengan berusaha mengambil berat

rasa suka dan duka yang dialami oleh mereka terutamanya

yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.13 Hal ini kerana

orang Cina lebih menyukai orang Islam yang prihatin dan

sedia membantu menyelesaikan masalah dan kesusahan yang

menimpa kehidupan dan komuniti mereka terutamanya dalam

aspek sosio ekonomi sekali gus boleh mengubah persepsi

negatif mereka terhadap akhlak orang Islam.14 Tambahan

pula, masyarakat Cina ini adalah sebuah masyarakat yang

agak mementingkan kebendaan dalam kehidupan mereka. Hal

ini dibuktikan dengan kajian yang dibuat oleh Mahadi Mohd

11Aidh Abdullah al-Qarni. Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan. 90. 12Muhammad Zaki Mustafa et.al.Representasi Islam Dalam

Media.(Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. 2011), 247. 13Aidh Abdullah al-Qarni. Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan. 92. 14 Lee Yok Fee. Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia Dari Segi

Epistemologi: Ulasan. Jurnal Sari (1). Bil. 27. (Selangor: Universiti

Kebangsaan Malaysia. 2009). 167-183.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

113

bahawa fahaman materialistik yang begitu menebal dalam hati

orang Cina menyebabkan mereka berfikir bahawa kesenangan

hidup adalah yang paling utama dalam hidup mereka.15

Selain itu, terdapat pandangan daripada ahli-ahli

cendekiawan Islam yang menyarankan agar pendakwah yang

mendekati kaum Cina ini perlu mendidik diri dengan sifat

istiqamah dalam berdakwah. Sifat ini adalah sebagai bukti

kesungguhan para pendakwah dalam menyebarkan dakwah

Islam tanpa putus asa. Pendakwah yang istiqamah adalah

mereka yang tidak kenal erti jemu menunjukkan kebenaran

dan keindahan agama Islam kepada penganut agama lain.

Istiqamah sangat diperlukan dalam proses membimbing

masyarakat Cina sehingga mereka mengenal Tuhan yang esa

dan transformasi rohani dan jasmani golongan mualaf Cina

pula mencapai kejayaan.16

b) Mesej Dakwah

Dalam komunikasi dakwah, isi mesej yang disampaikan perlu

mengambil kira kesesuaiannya dengan keadaan masyarakat

Cina sama ada daripada sudut anutan agama, kefahaman dan

pengetahuan, cara pemikiran, gaya hidup, cara pandang

terhadap Islam sama ada positif atau negatif, permasalahan

yang dihadapi dan sebagainya.17Menurut Abdul Aziz Mohd

Zin, salah faham atau kekeliruan yang sering dihadapi oleh

masyarakat Cina mengenai agama Islam selalunya berlegar

dalam dua isu iaitu kesamaran dalam asas kepercayaan agama

dan silap faham dalam isu-isu yang berkait dengan Islam.18

Mesej kepada kaum Cina ini juga boleh disampaikan dalam

15Mahadi Bin Mohd. Permasalahan Dakwah Di Kalangan Masyarakat

Cina: Satu Kajian Khusus Terhadap Mahasiswa Cina di Universiti Malaya.

[Latihan Ilmiah. Fakulti Usuluddin. Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya. Kuala Lumpur.1996.] 44-48. 16Siti Rugayah Haji Tibek et.al.Pembangunan Dakwah Mualaf. (Selangor:

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2014), 23-24.

Kuala Lumpur: Penerbitan (. Metodologi DakwahAb. Aziz Mohd Zain, 17

Universiti Malaya, 2001.) 100. 18Ab Aziz Mohd Zin. Metodologi Dakwah. 100-106.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

114

tiga bentuk iaitu berkaitan dengan akidah, syariah, dan akhlak.

Mesej yang berkait dengan akidah seperti konsep ketuhanan

dalam Islam, rukun iman dan rukun Islam, pengakuan

syahadah, kemuliaan ajaran Islam, menjelaskan kekeliruan

kepada masyarakat Cina non-Muslim mengenai kekeliruan

mereka dalam isu-isu akidah dalam Islam seperti orang Islam

bersolat menghadap dinding, Tuhan orang Islam tidak

nampak, berkawan dengan orang Islam masuk Islam, agama

Islam hanya untuk orang Melayu dan sebagainya.

Mesej yang berkait dengan syariat pula seperti ibadat

umum dan ibadat khusus yang wajib dilaksanakan seperti

solat, puasa, zakat, menutup aurat, serta menerangkan

mengenai perintah dan larangan dalam Islam serta isu-isu

syariat yang menjadi kekeliruan orang Cina seperti orang

Islam tidak boleh sentuh anjing, tidak boleh makan khinzir

dan sebagainya. Mesej yang berkait dengan akhlak seperti

penghayatan akhlak yang luhur dan pelaksanaan akhlak mulia

dalam kehidupan seharian.19

c) Media Dakwah

Media dakwah bermaksud saluran yang digunakan untuk

menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran dakwah.20

Muhammad Khair Ramadan dan Ab Aziz menggariskan

beberapa media dakwah masa kini terbahagi kepada tiga iaitu

media tradisional, media cetak, dan media elektronik. Media

tradisional berlaku dalam bentuk secara langsung seperti

ceramah, tazkirah, rapat umum, sambutan hari raya, ziarah,

pertemuan secara individu dan sebagainya.21 Media

tradisional dilihat lebih banyak digunakan sebagai saluran

untuk menyampaikan mesej dakwah kepada kaum Cina pada

masa kini. Manakala media cetak dan elektronik berlaku

dalam bentuk tidak langsung dan melibatkan kaedah

berhubung secara menyeluruh kepada satu bilangan sasaran

19Ab Aziz Mohd Zin. Pengantar Dakwah Islamiah. 92. 20Ab Aziz Mohd Zin. Pengantar Dakwah Islamiah. 92. 21Ab Aziz Mohd Zin.Pengantar Dakwah Islam. 92-95.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

115

yang ramai.22 Kedua-dua media ini dilihat masih kurang

penggunaannya dalam proses dakwah terhadap masyarakat

Cina. Walau bagaimanapun, pemilihan sebarang media

dakwah terhadap masyarakat Cina pula hendaklah mengambil

kira beberapa ciri-ciri berikut iaitu sesuai dengan keadaan dan

persekitaran masyarakat Cina, mampu menarik minat,

mewujudkan hubungan yang baik, dan mengandungi unsur-

unsur pujukan bagi menarik hati mereka kepada Islam.23

d) Suasana

Suasana adalah sekitar berlangsungnya proses komunikasi. Ia

mempengaruhi komunikasi. Suasana yang formal akan

menjadikan komunikasi formal, manakala suasana tidak

formal seperti di kampung dan sebagainya mengizinkan

berlakunya perbualan tidak formal.24 Dalam proses

komunikasi, suasana turut membantu kepada pembentukan

komunikasi yang berkesan. Pentingnya para pendakwah untuk

memilih suasana persekitaran yang selesa bagi masyarakat

Cina untuk mendengar dengan jelas dan memahami mesej

yang disampaikan. Apa yang perlu dilakukan oleh pendakwah

ialah perlunya mencari suasana tanpa gangguan atau

mengelakkan gangguan terutamanya gangguan fizikal seperti

kepanasan yang melampau, kebisingan yang melampau

sehingga mesej tidak dapat didengari, ruang yang sempit,

pengudaraan yang tidak baik, kelengkapan yang tidak

mencukupi dan sebagainya.25 Jika hal ini dititikberatkan maka

masyarakat Cina akan dapat memberikan fokus terhadap apa

22 Ahmad Mahmud Abu Zaid. Pendakwah Masa Kini: Sikap dan

Pendekatan, Usamah Bin Hussain (terj.), (Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah). 2009. 155-157. 23Ab Aziz Mohd Zin. Et.al Dakwah Islam Di Malaysia. (Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2006.) 95. 24M.Natsir. Fiqhud ad-Dakwah. (Jakarta: Dewan Da’wahIslamiyyah

Indonesia. 1977), 36. 25Mohd Baharudin Othman, Mohd Khairie Ahmad. Pengantar

Komunikasi. (Sintok: Universiti Utara Malaysia. 2009), 29.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

116

yang berlaku di sekeliling mereka dan apa yang disampaikan

kepada mereka.

e) Gangguan

Gangguan boleh wujud dalam proses pelaksanaan komunikasi

dakwah terhadap masyarakat Cina. Gangguan ini boleh

berlaku dalam beberapa aspek iaitu gangguan daripada sudut

penyampai, gangguan daripada sudut mesej, gangguan

daripada sudut media, gangguan daripada sudut masyarakat

Cina, dan gangguan daripada sudut persekitaran.

Gangguan daripada sudut penyampai seperti

kekurangan persiapan diri dalam kemahiran berdakwah dan

asas komunikasi, penguasaan asas dalam ilmu dakwah masih

kurang lengkap, kurang berjaya menonjolkan kepimpinan,

kewibawaan, keperibadian yang unggul, kelemahan disiplin

diri atau dalam erti kata lain imej pendakwah serta kemuliaan

akhlak yang seharusnya dimiliki oleh orang mukmin, keliru

dan kurang faham dalam menggunakan metode dakwah yang

sesuai dengan sasaran penerima, mempunyai ilmu

pengetahuan yang kurang mengenai sasaran dakwah, kurang

menjalankan penyelidikan mengenai permasalahan yang

berlaku dalam lapangan dakwah non-Muslim, tidak

mempunyai perancangan dan strategi yang sistematik, usaha

dakwah yang kurang dijalankan, kekurangan tenaga

sukarelawan dakwah dan tiada usaha yang gigih untuk

menyampaikan Islam,26 kekurangan material, kurang

pengaruh,27 kurang kerjasama antara organisasi Islam dan

umat Islam, kelemahan ekonomi,28 kurang memahami sistem

sosial masyarakat, mempunyai sikap prejudis, jarak yang jauh

menyebabkan kurang jelas dalam penerimaan mesej,

pancaindera rosak, penerangan yang lebih dari sepatutnya,

26Ab Aziz Mohd Zin.Pengantar Dakwah Islam. 234. 27 Abdullah Hassan. Komunikasi Untuk Pendakwah. (PTS Pub. & Dist.,

2001). 58. 28 Sidi Gazalba, Zainab Ismail. Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini.

(Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. cet.2. 1995), 73.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

117

komunikasi satu hala, kabur dalam memahami Islam secara

keseluruhan, kaedah dakwah yang tidak betul, kurang mahir

menggunakan media dakwah,29kurang kemahiran berbahasa

asing dan sebagainya lagi.

Gangguan daripada sudut mesej dakwah pula seperti

persembahan isi mesej yang hambar, tidak kreatif dan kurang

sesuai dengan keadaan sasaran. Sebagai contoh, bagi

golongan non-Muslim yang terpelajar mereka memerlukan

mesej yang bersifat rasional dan bandingan manakala non-

Muslim yang tidak begitu terpelajar, tidak begitu tepat untuk

mendedahkan mereka tentang perbandingan agama dan

sebagainya.30

Gangguan mesej turut berlaku dari sudut makna

apabila penyampai dan masyarakat Cina berbeza pendapat

dengan makna yang dimaksudkan.31Ia juga turut meliputi

gangguan dari segi gaya bahasa mesej yang disampaikan.32

Gangguan melalui media pula berlaku apabila

penggunaan media yang tidak sesuai dengan keadaan

masyarakat Cina, tidak mampu menarik minat dan

mendatangkan kejemuan. Gangguan ini boleh membantutkan

usaha dakwah dan matlamat yang dicapai menemui

kegagalan. Media yang tidak mampu membina hubungan baik

dan komunikasi dua hala dengan masyarakat Cina juga boleh

mengganggu proses dakwah tersebut. Media yang dipilih juga

mestilah media yang memberi pengaruh yang kuat kepada

masyarakat dan tidak membuatkan mereka salah faham dan

keliru dengan apa yang dilakukan.33

Selain itu, berlaku juga gangguan daripada masyarakat

Cina yang boleh dilihat dalam aspek persepsi negatif yang

agak kuat terhadap ajaran Islam dan juga kesan daripada silap

faham terhadap beberapa isu dalam Islam dan kelemahan

29Ab Aziz Mohd Zin. Pengantar Dakwah Islamiah. 111 dan 138. 30 Abdul Ghafar Hj Don, Zulkiple Abdul Ghani. Dakwah Kepada Non-

Muslim:Konsep, Metode dan Pengalaman. 203. 31 Abdullah Hassan. Komunikasi Untuk Pendakwah. 5. 32Abdullah Hassan. Komunikasi Untuk Pendakwah. 67. 33Ab Aziz Mohd Zin. Metodologi Dakwah. 181-184.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

118

orang Islam sendiri. Isu yang sering menimbulkan salah

faham dalam kalangan Cina non-Muslim seperti Islam adalah

agama kuno, hukuman hudud dalam Islam adalah kejam dan

tidak relevan, Islam membenarkan poligami, perlu menutup

aurat, Tuhan dalam Islam tidak adil dan sebagainya. Persepsi

negatif ini menunjukkan kekeliruan dan kesamaran yang

dihadapi oleh masyarakat Cina dalam memahami Islam.34

Seterusnya, gangguan daripada sudut persekitaran

seperti bunyi bising, orang yang ramai, suasana yang panas,

cuaca yang tidak elok, gangguan suara, dan sebagainya35.

Gangguan ini boleh berlaku sama ada secara sengaja atau

tidak. Kehadiran elemen gangguan tidak dapat dielakkan

kerana manusia berkomunikasi dalam persekitaran yang

kompleks. Gangguan yang wujud ini tidak boleh dipandang

ringan oleh para pendakwah kerana ia dilihat berupaya

mencacatkan proses komunikasi.

KESIMPULAN

Islam telah menunjukkan pelbagai panduan dalam

memperbaiki urusan komunikasi antara manusia. Komunikasi

dakwah yang dijalankan mementingkan nilai adab dan akhlak

yang tinggi agar pelaksanaannya mampu mencapai kesan

yang baik. Garis panduan yang diketengahkan di dalam Islam

ini perlu diaplikasikan oleh pendakwah bagi memastikan

sesebuah proses komunikasi yang dijalankan adalah

berlandaskan syariat Islam di samping mencetuskan

perubahan yang positif kepada masyarakat Cina sama ada dari

sudut perlakuan, perkataan, penerimaan, persepsi dan

sebagainya.

34Ab Aziz Mohd Zin. Metodologi Dakwah. 124. 35 Abdullah Hassan. Komunikasi Untuk Pendakwah. 4.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

119

RUJUKAN

Aidh Abdullah al-Qarni. Petunjuk Berdakwah Dengan

Berkesan. (Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 2007.)

Abdul Ghafar Hj.Don, Zulkiple Abd.Ghani. Dakwah Kepada

Non Muslim di Malaysia: Konsep, Metode, dan

Pengalaman. (Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah,

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2009.)

Ab Aziz Mohd Zin. Pengantar Dakwah Islamiah. (Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 1997.)

Ab Aziz Mohd Zin, Nor Raudah Haji Siren, Yusmini

MohdYusoff, Faridah Mohd Sairi dan Mohd

Anwarulhaq Sulaiman. Dakwah Islam Di Malaysia.

(Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2006.)

Abdullah Hassan. Komunikasi Untuk Pendakwah. Cetakan

ke-2. (Kuala Lumpur: PTS Publications and

Distributors Sdn. Bhd. 2002.)

Ab Aziz Mohd Zin. Metodologi Dakwah. (Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya. 2001.)

Ahmad Mahmud Abu Zaid. Pendakwah Masa Kini: Sikap dan

Pendekatan, Usamah Bin Hussain (terj.), (Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah. 2009.)

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. Seruan Tauhid: Checklist

Buat Para Daie. 1st ed. (Kuala Lumpur: Utusan

Publications and Distributors Sd.Bhd. 2011.)

Abdul Mumin Bin Abdul Ghani. Institusi Dakwah dan

Persekitarannya Dalam Membentuk Strategi Dakwah

Yang Berkesan. Jurnal Usuluddin. (Kuala Lumpur:

Akademi Pengajian Islam.1996.)

Lee Yok Fee. Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia

Dari Segi Epistemologi: Ulasan. Jurnal Sari (1). Bil.

27. (Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2009.)

M.Natsir. Fiqhud ad-Dakwah. (Jakarta: Dewan Da’wah

Islamiyyah Indonesia. 1977.)

Mohd Baharudin Othman, Mohd Khairie Ahmad. Pengantar

Komunikasi. (Sintok: Universiti Utara Malaysia. 2009.)

Mahadi Bin Mohd. Permasalahan Dakwah Di Kalangan

Masyarakat Cina: Satu Kajian Khusus Terhadap

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

120

Mahasiswa Cina di Universiti Malaya. [Latihan Ilmiah.

Fakulti Usuluddin. Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya. Kuala Lumpur.1996.]

Muhammad Zaki Mustafa et.al. Representasi Islam Dalam

Media.(Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam

Malaysia. 2011.)

Osman Chuah. Non Muslim Chinese Fear Of Islam in

Malaysia: An Analysis. Jurnal Usuluddin. Bil 15.

(Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya. 2002.)

Sidi Gazalba, Zainab Ismail. Dakwah Islamiah Malaysia

Masa Kini. (Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia. cet.2. 1995.)

Samsudin A.Rahim. Komunikasi Asas. (Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1993.)

Siti Rugayah Haji Tibek et.al, Pembangunan Dakwah Mualaf.

(Selangor: Institut Islam Hadhari, Universiti

Kebangsaan Malaysia. 2014.)

Toto Tasmara. Komunikasi Dakwah. (Indonesia. CV Gaya

Media Pratama. 1987.)

Zulkiple Abd Ghani. Islam,Komunikasi, dan Teknologi

Maklumat. (Selangor: Utusan Publications and

Distributors. 2001.)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

121

PROGRAM HALAQAH DI PENJARA MALAYSIA

KAJIAN DARI PERSPEKTIF DAKWAH

Mohd. Norjefri Mat Midin, Siti Jamiaah Abd Jalil,

Nor Raudah Hj Siren

PENDAHULUAN

Institusi penjara adalah sebuah institusi koreksional yang

berusaha untuk memulihkan banduan-banduan apabila masuk

ke dalam masyarakat kelak. Proses pemulihan banduan ini

melalui pelbagai peringkat sehinggalah wujud satu sistem

iaitu proses penggubalan Peraturan Penjara pada tahun 1953

dengan memperkenalkan konsep moden terhadap pemulihan

banduan. Konsep ini telah memperkenalkan beberapa

program pemulihan iaitu vokasional, pelajaran, kegiatan masa

lapang, kebajikan rohani, kaunseling dan rawatan khas.1

Melalui program pemulihan yang diperkenalkan oleh

JPM (Jabatan Penjara Malaysia) ini, bermulanya

perkembangan perlaksanaan program keagamaan kepada para

banduan. Pelbagai pengisian agama dan para sukarelawan

agama terlibat dengan program ini. Rentetan keyakinan pihak

JPM terhadap program keagamaan, pada tahun 1996 pihak

JPM telah menyusun dan mempertingkatkan aktiviti agama

dengan menganjurkan latihan kepada guru-guru agama tetap

di kalangan kakitangan JPM sendiri.2 Selain menyediakan

guru-guru agama terlatih pihak JPM juga menggubal dan

menyusun semula kurikulum pengajian agama banduan dan

menghasilkan buku Kurikulum Pendidikan Agama Islam

sebagai garis panduan pengisian keagamaaan kepada para

guru agama untuk disampaikan kepada para banduan.3

1 Sumber Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia,Jabatan Penjara

Malaysia, 1973.20 2 Sumber Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Penjara

Malaysia, 1996.24 3 Sumber Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Penjara

Malaysia, 1996.24

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

122

Perkembangan pendidikan Islam banduan di penjara

mengalami revolusi semakin baik apabila pada tahun 2002

pihak JPM melaksanakan program agama yang lebih

bersistematik dengan merangka dan melaksanakan Pelan

Pembangunan Insan atau PPI. Di dalam program PPI ini,

modul halaqah telah ditempatkan ke dalam fasa dua iaitu

program pembangunan sahsiah banduan.

Modul PPI terbahagi kepada empat fasa. Fasa pertama

berkaitan program pembinaan disiplin atau orentasi selama

dua bulan. Kemudian diikuti fasa kedua iaitu program

pembangun sahsiah yang berlangsung selama enam bulan.

Selanjutnya fasa ketiga adalah program latihan dan kemahiran

sosial dengan tiada tempoh had masa dan akhir sekali ialah

fasa empat iaitu pra bebas, banduan yang mempunyai baki

hukuman tidak melebihi satu tahun dan memenuhi syarat-

syarat yang ditentukan.4

Dalam setiap fasa mempunyai beberapa modul dan

setiap fasa mempunyai modul berorentasikan keagamaan

yang khusus.5 Komponen halaqah terletak dalam fasa dua

modul PPI iaitu program pengukuhan sahsiah banduan. Para

banduan yang terlibat dengan program halaqah ialah yang

beragama Islam dan tidak terlibat dengan kes dadah. Banduan

diwajibkan menyertai modul ini selama enam bulan iaitu

modul yang berkonsepkan sistem pondok. Bimbingan yang

banduan perolehi melalui program halaqah ini diharap dapat

memberi pemahaman dan penghayatan terhadap agama dan

seterusnya membentuk peribadi selaras dengan ajaran Islam

4 Ab.Aziz Mohd Zin, Nor Raudah Hj.Siren, Siti Jamiaah Abd.Jalil dan

Juwairiah Hassan , “Program Keagamaan Terhadap Golongan Devian di

Malaysia” dalam [Prosiding Seminar Serantau Pengajian Usuluddin di

Institusi Pengajian Tinggi Abad 21 : Cabaran dan Prospek, Anjuran Fakulti

Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali Negara Brunei Darussalam.

(2011).] 286

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

123

dan menjadi benteng kepada mereka agar tidak mengulangi

perbuatan yang menyalahi undang-undang.5

KONSEP HALAQAH

Program halaqah merupakan “core treatment” kepada

banduan Muslim yang mempunyai tahap pengetahuan agama

yang cetek. Program ini dilaksanakan selama enam bulan dan

berkonsepkan sistem pondok. Program ini mempunyai lima

modul teras iaitu modul akidah, fekah, al-Quran, hadis, sirah

dan akhlak. Ia merupakan satu program alternatif memulihkan

banduan Muslim dan dalam masa yang sama juga berperanan

membantu banduan yang baru memeluk Islam mendalami

ilmu agama. Proses pemulihan dalam program halaqah ini

adalah melalui kaedah pengajaran dan pengamalan ajaran

Islam berpandukan al-Quran dan sunnah serta mengikut

pegangan ahli Sunnah wal Jama’ah. Program ini juga adalah

satu kaedah pembelajaran agama secara intensif dan

mempunyai silibus lengkap serta buku rujukan khas yang

dihasilkan oleh golongan intelektual universiti tempatan.

Selanjutnya program halaqah ini berperanan melahirkan

banduan-banduan yang berpotensi menjadi pembimbing

kepada banduan-banduan lain dari aspek pemulihan

pengetahuan agama Islam khususnya ilmu fardhu ain.6

MODUL HALAQAH

Setiap program yang dirancang dan ingin direalisasi perlu

kepada garis panduan yang kemas agar hasil yang bakal

diperolehi mendapat impak semaksima yang mungkin. Begitu

5 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan

Pembangunan Insan), Kompleks Penjara Bentong, temubual pada 28

November 2014, jam 2.00 petang. 6 Zaizul bin Ab.Rahman, Ab.Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi Abdul Kadir

dan Norrodzoh Hj. Siren (2011) “Program Pemulihan Insan di Kalangan

Banduan Melayu di Penjara Sungai Udang, Melaka” dalam [International

Conference On Islamic Civilization And Malay Identity ( ICICMI 2011)

Anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi,

2011], 172

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

124

juga dengan program halaqah yang dijalankan oleh pihak

penjara. Selain daripada pembinaan modul-modul bagi mata

pelajaran agama yang lengkap, jadual aktiviti harian juga telah

disediakan dengan sempurna agar perjalanan program

mengikut matlamat yang dirancang. Perjalanan aktiviti

banduan yang terlibat dengan program halaqah adalah

bermula seawal jam 5.30 pagi sehingga malam iaitu jam 8.30

malam.7

Jadual di bawah adalah aktiviti harian banduan yang terlibat

dengan program halaqah.8

Masa Aktiviti

5.30 pagi i . Bangun tidur dan pengurusan diri

ii. Solat Subuh berjamaah, wirid dan

doa

iii. Tazkirah

7.30 pagi i. Sarapan pagi

8.00 pagi i. Senaman

9.00 pagi i. Kelas Pengajian

12.30

tengah hari

i. Makan Tengahari

ii. Solat Zohor berjamaah, wirid dan

doa

iii. Tazkirah

2.30 petang i. Kelas Pengajian

7 Mohamad Syukri bin Osman, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan

Pembangunan Insan), Kompleks Penjara Bentong, temubual pada 28

November 2014, jam 2.30 petang. 8 “Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah”, (Institusi Penjara Malaysia: Unit Agama

Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Jabatan Penjara Malaysia.) 8

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

125

ii. Solat Asar berjemaah, wirid dan

doa

iii . Tazkirah

5.00 petang i. Bersukan

ii. Makan Petang dan pengurusan diri

iii. Solat Maghrib, tazkirah dan Solat

Isyak.

Berdasarkan jadual di atas, seawal jam 5.30 pagi

banduan bangun dari tidur dan membuat persiapan diri untuk

solat Subuh berjamaah. Mereka melaksanakan solat subuh di

dalam blok asrama. Selepas solat Subuh berjamaah para

banduan akan mendengar tazkirah. Kebiasaannya tazkirah

disampaikan oleh banduan yang mempunyai kemampuan

penguasaan ilmu agama yang lebih baik berbanding banduan-

banduan yang lain. Selepas tazkirah aktiviti diteruskan lagi

dengan sarapan pagi, senaman dan tepat jam 09.00 pagi para

banduan dengan diiringi pegawai bertugas pergi ke surau bagi

menyertai kelas agama.9

Mata pelajaran agama dibahagikan kepada beberapa

bahagian iaitu subjek al-Quran dan Tajwid, Feqah, Tauhid,

Hadith, Sirah dan Akhlak. Semua mata pelajaran ini diajar

berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh

pihak penjara dan diajar oleh para guru agama terlatih. Guru-

guru agama ini juga menggunakan pelbagai bahan rujukan

bagi tujuan pengajaran ilmu agama. Antara rujukan utama

dalam pengajian agama modul halaqah ini ialah buku yang

bertajuk Panduan Pengajian Islam Meniti Kegemilangan.

Buku ini telah ditulis oleh barisan pensyarah berpengalaman

dari Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi. Buku ini telah

diterbitkan oleh Kelab Sahabat Penjara dan Fakulti Pengajian

Islam UKM pada tahun 2008 khusus digunakan bagi program

9 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

126

pengajian halaqah bagi para banduan di penjara. Carta di

bawah adalah pembahagian mata pelajaran agama bagi

progam halaqah.10

Dalam program halaqah ini, terdapat lima mata pelajaran

agama yang diajar kepada banduan iaitu mata pelajaran al-

Quran, Tajwid, Feqah, Tauhid, Sirah, Akhlak dan Hadith.

a. Mata Pelajaran al-Quran dan Tajwid

Carta di bawah menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran al-Quran dan Tajwid sepanjang enam bulan dalam

program halaqah.11

10 “Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah”. 11“Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah”.

Mata Pelajaran Agama dalam Modul Halaqah

Al-Quran dan Tajwid

Feqah Tauhid Sirah Akhlak

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

127

Bulan pertama :

1.Mengenal huruf-

huruf hijaiyyahberserta baris.

2.Menyebut suku kata

dan kalimah dari

surah-surah juzuk

amma. 3. Hafazan surah –

surah pilihan.

4. Bacaan surah-surah

dari juzuk 30.

Bulan kedua :

1.Mengenal huruf-huruf

hijaiyyah berserta baris.

2. Mengenal tanda

waqaf dan sebutan mad.

3.Menyebut suku kata

dan kalimah dari surah-

surah juzuk amma. 3. Hafazan surah –surah

pilihan.

4. Bacaan surah-surah

dari juzuk 30.

Bulan ketiga :

1.Mengenal hukum

nun dan mim tasydid

2. Mengenal dan

fahami izhar halqi

dan idgham.

3. Hafazan surah-

surah pilihan.

4. Bacaan surah-

surah dari juzukk 1

hingga5.

Bulan keempat :

1. Mengenal tanda hukum

bacaan ikhfak hakiki, iqlab,

ikhfa syafawi, idgham

mislain dan izhar syafawi.

2. Hafazan surah -surah

pilihan.

3.Pengertian umum maksud

dari surah-surah pilihan.

4. Bacaan surah-surah dari

juzukk 6 hingga 12.

Bulan kelima :

1. Mengenal tanda hukum

bacaan lam dan ra’.

2. Mengenal tanda dan

hukum mad tabi’i, mad

wajib muttasil, mad jais munfassil, mad iwad dan

mad arid lissukun.

3. Hafazan surah pilihan.

4. Bacaan surah-surah dari

juzuk 13 hingga 20.

Bulan keenam :

1.Mengenal mad lazim

kalimi musaqqal dan

mukhaffaf. Mad lazim

harfi musaqqal dan

mukhafaf serta mad lin dan

mad farq.

2. Mengenal tanda

qalqalah sughra dan

kubra serta cara

membacanya.

3. Hafazan surah an-Naba’

hingga al-Inshiqaq.4. Bacaan surah-surah dari

juzuk 21 hingga 29.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

128

Subjek al-Quran dan Tajwid disediakan kepada para

banduan dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan

penguasaan mereka terhadap kaedah bacaan yang betul dan

memberi kefahaman terhadap isi kandungan bacaan al-Quran.

Kaedah pembelajaran al-Quran ini diajar mengikut peringkat

dan aras penguasaan banduan. Pada peringkat awal

pengajaran para banduan akan dikenalkan dengan huruf-huruf

al-Quran dan cara sebutan yang betul, belajar mengenal suku

kata al-Quran seterusnya belajar menyebut ayat demi ayat di

dalam surah yang dipelajari. Kemudian para banduan akan

menghafaz surah-surah pendek dan diamalkan dalam ibadah

harian khususnya dalam solat.12

Pada bulan kedua dan ketiga para banduan akan

dikenalkan pula dengan tanda-tanda bacaan dan tanda-tanda

mad serta penerapan tentang fadhilat membaca dan beramal

dengan al-Quran. Di samping itu kepada para banduan yang

telah lancar bacaannya, mereka akan mula membaca surah-

surah yang terdapat dalam juzukk pertama hingga juzukk ke

lima di samping menambah surah-surah hafazan iaitu Surah

al-Qariah, al-Aadiyat, al-Zalzalah dan al-Bayyinah.13

Pada bulan keempat, pengajian al-Quran dan Tajwid

diteruskan lagi dengan mengenal hukum bacaan yang empat

iaitu hukum izhar, ikhfak, idgham dan iqlab. Pada bulan ke

lima pula penekanan pada bacaan al-Quran adalah pada

hukum mad. Huraian tentang pembahagian hukum-hukum

mad dan mengenal keadaan kalimah dalam hukum mad serta

cara sebutan yang betul dan tepat. Di samping itu, bacaan al-

Quran dilanjutkan lagi kepada juzuk enam hingga dua belas

pada bulan ke empat dan juzuk ke tiga belas hingga ke dua

puluh pada juzuk ke dua puluh pada bulan ke lima. Manakala

surah-surah hafazan ditambah kepada hafazan surah al-Qadr,

12 Ustaz Razali bin Jacsoan, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan Pembangunan

Insan),Penjara Kota Kinabalu, temubual pada 14 April 2016, jam 11.30

pagi. 13 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan

Pembangunan Insan), Penjara Kota Kinabalu, temubual pada 8 April 2016,

jam 02.30 petang.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

129

al-Alaq, at-Tin, al-Insyirah, ad-Dhuha, al-Lail dan asy-

Syamsy pada bulan kelima dan ditambah lagi surah hafazan

iaitu surah al-Balad, al-Fajr, al-Ghasiyyah, al-‘Ala, al-Taariq

dan al-Buruj pada bulan ke enam. Surah-surah hafazan

tersebut akan dihuraikan tentang kefahamannya secara umum

oleh para guru agama agar para banduan mendapat gambaran

tentang isi kandungan surah-surah hafazan tersebut.14

Akhir sekali pada bulan yang keenam, para banduan

akan membaca al-Quran bermula juzuk dua puluh satu hingga

juzuk ke dua puluh sembilan dan surah hafazan ditingkatkan

dari surah an-Naba’ hingga al-Insyiqaq manakala hukum

tajwid masih berkisar dengan pemahaman hukum-hukum mad

dan sebutan yang tepat bagi bacaan yang berbentuk qalqalah

dan sifat-sifat huruf.

Dalam mata pelajaran al-Quran dan Tajwid ini

antaranya banduan mendapat mesej dakwah berbentuk

syariat, ini kerana dalamnya terkandung garis panduan untuk

menguasai bacaan al-Quran mengikut kaedah dan

pembelajaran yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT.

Selain mesej syariat, para banduan juga mempelajari

mesej akidah kerana terdapat sesi hafazan surah-surah pilihan

serta huraian keterangan berkaitan surah tersebut. Dalam

setiap surah hafazan ini, terkandung petunjuk yang membawa

manusia mengenal penciptanya dengan lebih dekat dan

memahami bahawa agama Islam ini tidak serupa dengan

agama-agama lain kerana ia bukan semata-mata agama tetapi

mencakupi cara hidup manusia. Pada agama Islam itu wujud

garis panduan lengkap yang membimbing manusia menjalani

kehidupan berlandaskan syariat dan kandungan syariat itu

terkandung di dalam al-Quran.15

14Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, temubual pada 8 April 2016 15 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, temubual pada 8 April 2016

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

130

b. Mata Pelajaran Feqah

Carta di bawah menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran Feqah sepanjang enam bulan dalam program

halaqah.16

16 “Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah”

Bulan Pertama :

1.Huraian Rukun Islam.

2.Taharah.

3.Mandi Junub.

4.Wuduk.

5.Doa masuk dan keluar tandas serta

adabnya.

Bulan Kedua :

1.Tayamum.

2.Azan dan Iqamat.

3.Solat Fardhu.

4.Wirid dan doa.

Bulan Ketiga :

1.Solat berjemaah, solat

Jumaat dan solat-solat sunat.

2.Hafazan doa-doa harian.

3.Khutbah Jumaat.

4.Pratikal perlakuan ibadah

harian.

Bulan Keempat :

1.Solat berjamaah.

2.Ibadah puasa.

3.Solat Tarawih dan witir.

4.Wirid dan doa

5. Hafazan dan bacaan dalam solat tarawih.

Bulan Kelima :

1.Solat dua hari raya.

2.Zakat fitrah.

3.Solat ketika sakit

4.Solat Jamak dan Qasar

5. Hafazan doa dan lafaz bacaan dalam solat hari

raya dan menunaikan zakat.

Bulan Keenam :

1.Solat Jenazah.

2.Solat sunat Hajat, Tahajjud dan

rawatib.

3. Kaifiat Solat Jamak dan qasar.

4.Solat Jenazah

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

131

Berdasarkan kepada carta aliran di atas menunjukkan

bahawa perjalanan mata pelajaran Feqah dilaksanakan adalah

berdasarkan sukatan pelajaran yang dirancang serta

berperingkat agar penguasaan mereka terhadap ilmu agama

lebih mudah diterima dan tidak membebankan minda

banduan. Penerimaan ilmu agama secara berperingkat penting

kerana konsep ini telah dilakukan lebih satu ribu empat ratus

tahun yang lalu dan jelas terbukti pengamalan Islam yang

berperingkat memudahkan umat Islam zaman Rasulullah

SAW melaksanakan urusan agama dengan lebih senang dan

teratur.17

Peringkat pertama bagi mata pelajaran Feqah ialah

pengenalan terhadap asas rukun Islam dan pemahaman

terhadap rukun Islam dan aplikasi dalam kehidupan harian. Di

samping itu, dalam bulan pertama ini juga, para banduan

diajar tentang cara bersuci, mandi junub dan cara berwuduk

yang tepat mengikut syariat Islam. Perkara ini adalah asas

yang mesti diketahui oleh setiap Muslim kerana kegagalan

memahami konsep dan perlaksanaan taharah mengikut syarak

menyebabkan ibadah solat tidak diterima oleh Allah SWT.

Perkara ini seringkali ditekankan oleh guru agama terhadap

para banduan.18

Melangkah pada bulan kedua, para banduan masih lagi

ditekankan tentang disiplin berkaitan wuduk dan bidang ilmu

dilanjutkan lagi dengan pemahaman konsep tayamum dan

perlaksanaannya dalam kehidupan seorang Muslim. Para

banduan yang telah menguasai dengan baik tentang ilmu

bersuci akan diajar lagi tentang huraian dan pratikal tentang

solat fardhu. Pada bulan kedua ini juga mereka diajar tentang

azan dan iqamah serta ibadah tambahan yang berbentuk zikir

dan wirid-wirid selepas solat.

Ilmu Feqah terus diterapkan kepada para banduan pada

bulan ketiga dengan pengisian ilmu solat berjemaah dan ilmu

solat Jumaat. Di dalam solat berjemaah diterangkan kaedah

17 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, temubual pada 28 November 2014 18 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

132

yang betul kaifiat solat berjemaah dan tuntutan serta

kelebihannya terutama kepada lelaki Muslim. Di samping itu,

bagi penerapan ilmu solat jumaat, para banduan didedahkan

tentang adab-adab di dalam masjid, Solat Tahiyyatul Masjid,

khutbah jumaat serta doa-doa dan waktu-waktu mustajab

berdoa.

Pada bulan keempat, para banduan masih lagi

didedahkan tentang kelebihan solat berjemaah kerana ia

menjadi rutin harian banduan di penjara. Topik baru ditambah

bagi melebarkan ruang lingkup ilmu banduan iaitu diajar pula

tajuk berkaitan puasa. Dalam topik puasa para banduan diajar

tentang niat, syarat wajib, sah dan batal puasa. Selain itu,

dikaitkan juga dengan ibadah solat tarawih dan kaifiatnya agar

banduan dapat melakukan kesemua ibadah ini selaras dengan

tuntutan Islam.19

Sesi Pelajaraan dan pembelajaran dalam bulan kelima

membawa banduan mempelajari tentang solat sunat dua hari

raya dan kaifiyatnya. Walaupun kehadiran solat sunat dua hari

raya adalah hukumnya sunat tetapi dituntut atas setiap orang

Islam meraikan hari kemenangan ini sebagai tanda syukur atas

nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah SWT

sepanjang sebulan berpuasa. Selain solat sunat dua hari raya,

para banduan juga mempelajari tentang zakat fitrah dan

perkara-perkara yang mendatangkan rukhsah dalam solat

seperti solat dalam keadaan sakit.

Pada bulan yang terakhir, dalam mata pelajaran Feqah

telah mendedahkan kepada banduan ilmu bagi solat jenazah,

disentuh juga ilmu tentang pengurusan jenazah secara umum

sebagai gambaran tentang ibadah fardhu kifayah ini. Para

banduan juga diterangkan tentang kaifiat solat Jenazah dan

praktikal tentang solat Jenazah20. Selanjutnya bulan terakhir

ini juga didedahkan kepada banduan tentang solat Jamak dan

Qasar serta solat-solat sunat yang lain seperti solat Hajat, solat

Witir, solat Tahajjud dan solat sunat Taubat.

19 Ustaz Razali bin Jacson, temubual pada 14 April 2016 20 Ustaz Razali bin Jacson, temubual pada 14 April 2016

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

133

Mata pelajaran Feqah ini menjadi garis panduan bagi

setiap banduan bahawa setiap perbuatan perlu berlandaskan

syariat yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Bermula

dari bangun tidur hinggalah kita tidur semula, semuanya

sudah ditetapkan garis panduan oleh Allah SWT dalam

menjalani kehidupan seharian agar setiap inci pergerakan

insan itu berada dalam keadaan ibadah. Indahnya Islam kerana

setiap perkara dalam kehidupan diajar oleh Allah satu persatu

agar manusia itu sentiasa berada dalam keadaan terbimbing

dan jiwa akan sentiasa taat kepada Pencipta. Mesej syariat

dalam mata pelajaran Feqah jelas dapat dilihat berdasarkan

peraturan hidup seharian yang diajarkan kepada mereka.

Misalnya, bab Adab Keluar dan Masuk Tandas. Bab ini jelas

menunjukkan bahawa agama Islam amat menitikberatkan

semua perkara dalam kehidupan Muslim walaupun hal

berkaitan dengan urusan di tandas. Peraturan atau syariat ini

bukan sahaja mendidik manusia manjadi insan beradab sopan

malah Allah SWT memberi ketenangan jiwa kepada setiap

insan yang mengikuti landasan syariat yang ditetapkan.21

c. Mata Pelajaran Tauhid

Carta di bawah menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran Tauhid sepanjang enam bulan dalam program

halaqah.22

21 Ustaz Abdullah bin Hashim, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian

Pemulihan dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, temubual

pada 28 Disember 2015, jam 11.00 pagi 22“ Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

134

Bulan Pertama :

1.Rukun-rukun Iman.

2.Sifat-sifat Allah.

3.Sifat-sifat Rasul.

4.Hafazan : Asmaul

Husna.

Bulan Kedua :

1.Huraian tentang

sifat-sifat wajib

bagi Allah.

2.Sifat-sifat wajib

bagi Rasul.

3.Hafazan : Asmaul

Husna.

Bulan Ketiga :

1.Huraian tentang

sifat-sifat wajib

bagi Allah.

2.Huraian sifat-sifat

wajib bagi Rasul.

3.Penjelasan

tentang maksud

Asmaul Husna.

Bulan Keempat :

1.Huraian tentang

beriman kepada

Malaikat

2.Huraian tentang

beriman kepada

kitab-kitab Allah.

3.Penjelasan

tentang maksud

Asmaul Husna.

Bulan Kelima :

1.Huraian tentang

Peranan rasul

Merangkumi nama,

tugasan dan mukjizat.

2.Huraian tentang

beriman kepada

kitab-kitab Allah.

3.Penjelasan

tentang maksud

Asmaul Husna.

Bulan Keenam :

1.Huraian tentang

Perkara-perkara

khurafat dan

kesannya.

2.Hiraian tentang

konsep qada’

dan qadar.

3.Penjelasan

tentang maksud

Asmaul Husna.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

135

Pelajaran Tauhid adalah teras dan asas dalam agama

Islam. Dalam program halaqah, mata pelajaran Tauhid sangat

ditekankan agar iktikad para banduan terhadap Allah SWT

tidak berbelah-bahagi yang boleh membawa kepada perkara

yang membatalkan syahadah seseorang Muslim.23 Ilmu

pertama yang diserapkan dalam bulan pertama ini ialah

berkaitan dengan pengenalan rukun-rukun Iman serta sifat-

sifat Allah SWT dan sifat-sifat Rasul SAW. Perkara ini

menjadi tunjang untuk mereka kenal kepada Allah dan Rasul.

Jika mereka kenal Allah dan Rasul dengan ilmu maka akan

menghasilkan amal ibadah yang tulus mengikut syariat yang

digariskan oleh al-Quran dan sunnah. Di samping itu para

banduan juga dikenalkan dengan nama-nama Allah dan

peringkat awal ini mereka diajar agar dapat menghafaz nama-

nama Allah kerana tersirat fadilat yang amat besar bagi

sesorang Muslim yang menghafaz dan memahami maksud

nama-nama Allah ini.24

Tidak dinafikan memang wujud dalam kalangan

banduan yang mempunyai bekalan ilmu agama sebelum

masuk ke penjara dan mereka juga menguasai ilmu yang

diajarkan, tetapi tetap menyertai kelas sama seperti banduan-

banduan lain cuma dengan kelebihan ilmu yang dimiliki

mereka berperanan membantu sahabat-sahabat banduan yang

lemah dan perlukan perhatian yang lebih oleh guru-guru

agama. Misalnya terdapat banduan yang pernah menyertai

kelas-kelas agama sebelum masuk ke penjara, maka di dalam

program halaqah, dia berperanan sebagai pembimbing rakan

sebaya khususnya bagi sahabat-sahabat yang terlalu jahil

dengan ilmu agama.25

Pada bulan kedua, mata pelajaran Tauhid ini

dilanjutkan lagi dengan kupasan huraian yang lebih mendalam

23 Ustaz Mohd Shakir bin Osman, Kader Jakim Unit PPI, Kompleks

Penjara Bentong, temubual pada 28 November 2014, jam 3.00 ptg. 24 Tuan Mohd Talhah bin Tuan Abdullah, Pegawai Penguasa Penjara

Bentong, Kompleks Penjara Bentong, temubual pada 28 November 2013,

jam 3.00 petang 25 Ustaz Mohd Shakir bin Osman, temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

136

berkaitan sifat-sifat Allah dan Rasul oleh guru-guru agama.

Matlamat utama huraian terperinci dilakukan agar dapat

menyemai perasaan cinta dan kasih yang mendalam terhadap

Allah dan rasul dengan penuh keyakinan.26 Topik ini masih

dibincangkan dengan lebih lanjut setelah masuk ke bulan

ketiga. Perbincangan berkisar sifat-sifat wajib bagi Allah dan

penjelasan maksud Asmaul Husna. Penjelasan berkaitan

maksud asmaul husna ini akan berterusan sehingga bulan ke

enam memandangkan bilangan 99 nama Allah dan perlukan

waktu perbincangan yang panjang.

Waktu sesi pelajaran dan pembelajaran banduan

diteruskan lagi dalam bulan yang kelima bagi mata pelajatan

Tauhid. Pada bulan ini topik berkaitan beriman kepada

malaikat dan perkara utama yang dibincangkan ialah nama-

nama malaikat, asal kejadian malaikat, peranan dan tugasan

malaikat serta peranan kita sebagai manusia yang

mempercayai kewujudan malaikat. Selain dari topik beriman

kepada malaikat, para banduan juga diberi penjelasan tentang

kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasul

kemudian disampaikan kepada manusia sebagai panduan

hidup. Topik beriman kepada malaikat dan rasul ini tidak lain

adalah untuk menguatkan keimanan dalam hati manusia di

samping menyemai sifat taatkan perintah Allah dan

meninggalkan segala kemungkaran.27

Sifat taatkan perintah Allah disemai dan dipasak dalam

jiwa banduan dengan penambahan ilmu berkaitan beriman

kepada para rasul. Dalam bab ini, banduan didedahkan dengan

bilangan rasul, nama-nama rasul, sirah tentang rasul, mukjizat

rasul dan tugasan utama diutuskan para rasul ke dunia ini.

Dikaitkan juga segala tinggalan sejarah yang kini masih

wujud sebagai bukti mengukuhkan keimanan manusia

terhadap Allah dan rasul-Nya. Bab ini dibincangkan dalam

bulan kelima. Terdapat tambahan bab yang lain dalam bulan

kelima ini iaitu berkaitan perkara sam’iyyat. Misalnya

26 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim. , temubual pada 28 November 2014 27 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim. , temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

137

kepercayaan kepada syurga dan neraka, alam barzah dan

padang mahsyar, timbangan amal dan titian sirat. Kesemua

elemen ini tidak lain adalah untuk membangkitkan semangat

agar terus mendekatkan diri kepada Allah tanpa

mempertikaikan sedikit pun atas segala perintah yang telah

disyariatkan kepada setiap manusia28.

Kewajipan menunaikan perintah Allah adalah tugasan

yang harus dilaksanakan tanpa berbelah bahagi dan penuh

rasa taat dan redha. Topik diteruskan lagi dengan memberi

pencerahan kepada banduan tentang bab qada dan qadar

dalam bulan keenam. Topik qada dan qadar diterapkan dalam

jiwa para banduan agar mereka faham bahawa setiap hamba

Allah telah ditentukan akan qadar baik dan buruknya. Semua

ketentuan tersebut hakikatnya datang dari Allah SWT.

Hikmah di sebalik beriman kepada qada dan qadar ini mampu

melahirkan insan yang berjiwa kental dan redha atas

ketentuan Allah SWT dan melatih membangunkan kekuatan

jiwa untuk terus berusaha sedaya mungkin menjadi hamba

Allah yang terbaik.29

Di dalam bulan kelima ini, ditambah juga dengan topik

perkara khurafat. Para banduan didedahkan tentang maksud

khurafat, perbuatan-perbuatan yang membawa kepada

khurafat serta kesannya kepada diri dan masyarakat. Objektif

pemberian ilmu tentang bahaya khurafat ini agar para banduan

hanya bergantung kepada Allah SWT sahaja dalam setiap

perkara yang berlaku dan menolak kepercayaan selain

daripada Allah SWT.30

Mata pelajaran Tauhid ini adalah perkara teras yang

mesti dikuasai dengan baik oleh para banduan kerana tanpa

pegangan akidah yang kuat dalam jiwa mampu

menghanyutkan manusia kepada perkara yang membawa

kebinasaan akidah dan syahadah manusia itu. Mesej akidah

dalam mata pelajaran Tauhid ini menjadi benteng dan perisai

28 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim. , temubual pada 28 November 2014 29 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, temubual pada 8 April 2016 30 Ustaz Muhammad Syukri bin Osman, temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

138

bagi menghalang kehadiran perkara yang merosakkan iman

seperti syirik, khurafat, penyakit ragu-ragu terhadap

kewujudan Allah SWT, murtad, menolak kewujudan perkara

sam’iyat seperti syurga dan neraka serta menafikan Sifat-Sifat

Allah SWT.31

d. Mata Pelajaran Sirah

Carta di bawah menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran Sirah sepanjang enam bulan dalam program

halaqah.32

Perjalanan menelusuri ilmu bagi para banduan dalam

program halaqah diteruskan lagi dengan mendalami ilmu

agama bagi mata pelajaran Sirah Nabawi. Dalam subjek Sirah

Nabawi perkara pertama yang diperkenalkan kepada para

banduan ialah mempelajari tentang salasilah keturunan

Rasulullah SAW bermula dengan salasilah keturunan sebelah

ayahanda baginda dan diteruskan dengan mempelajari

salasilah keturunan sebelah bonda baginda. Selanjutnya diberi

pencerahan pula berkaitan dengan pelbagai peristiwa

menakjubkan yang telah berlaku sebelum dan ketika kelahiran

baginda SAW. Peristiwa-peristiwa ini berlaku adalah sebagai

gambaran awal kepada umat manusia bahawa insan yang

bakal dilahirkan ini adalah insan istimewa iaitu kekasih Allah

yang bakal membawa rahmat untuk manusia sejagat sehingga

menjelang hari kiamat.33

Selain dari perbincangan di atas, dalam bulan pertama

ini juga para banduan diberi ilmu tentang perkara-perkara

sunnah yang harus dilakukan kepada setiap bayi yang

dilahirkan seperti mengazankan bayi, adab-adab memberi

nama kepada bayi, tahnik bayi dan sebagainya.

31 Ustaz Razali bin Jacson, temubual pada 14 April 2016 32 “Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah” 33 Tuan Mohd Talhah bin Abdullah, Temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

139

Dalam bulan yang kedua pula para banduan diajar pula

tentang kehidupan Nabi sepanjang bergelar kanak-kanak. Para

banduan diterangkan tentang sejarah Nabi menerima ibu susu

dan lanjutan hingga Nabi dipelihara oleh insan lain selepas

Bulan Pertama :

1.Sejarah salasilah keturunan

Rasululah SAW.

2.Peristiwa-peristiwa semasa

kelahiran

Rasulullah SAW.

3.Amalan-amalan sunnah

menyambut kelahiran

bayi.

Bulan Kedua :

1.Kehidupan Rasululah

SAW zaman kanak-

kanak.

2.Akhlak Rasulullah SAW

zaman kanak-

kanak.

3.Perkara istimewa yang

berlaku pada

Rasulullah semasa zaman

kanak-kanak .

Bulan Ketiga :

1.Pekerjaan Rasululah

SAW.

2.Kemuliaan pekerti

Rasulullah SAW.

Bulan Keempat :

1.Perkahwinan Rasululah

SAW.

2.Kehidupan Rasulullah

SAW sebelum menjadi

Rasul.

3.Peristiwa Rasulullah

SAW dilantik menjadi

rasul.

Bulan Kelima :

1.Dakwah Rasulullah

SAW.

2.Mukjizat-mukjizat

Rasulullah SAW.

3.Peristiwa hijrah dan

ikhtibar.

Bulan Keenam:

1.Pembinaan negara Islam

Madinah.

2.Perkembangan agama

Islam.

3.Ibrah dari peristiwa

peperangan zaman

Rasulullah SAW.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

140

kewafatan bonda baginda. Selain daripada kisah Nabi

dipelihara oleh datuk dan bapa saudara, bidang ilmu

diteruskan lagi dengan menyingkap tentang kisah-kisah

kemuliaan akhlak nabi semasa zaman kanak-kanak dan

peristiwa-peristiwa aneh yang menjadi bukti baginda bakal

menjadi rasul Allah dewasa kelak.

Perbincangan diteruskan lagi dalam bulan yang ketiga

tentang pekerjaan baginda semasa zaman kanak-kanak hingga

menjangkau umur dewasa. Perkara ini menjelaskan bahawa

setiap insan perlu berusaha gigih mencari rezeki yang halal

agar kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah

SWT. Selain cara bekerja yang menjadi contoh teladan yang

baik, pergaulan juga menjadi teras merapatkan ukhwah

sesama insan. Segala gerak laku dan pertuturan baginda nabi

adalah berdasarkan apa yang terkadung dalam al-Quran.

Perkara inilah yang perlu ada dalam setiap jiwa mukmin yang

cintakan Allah dan rasul-Nya.34

Kecintaan kepada Allah dan rasul terus dibuktikan

dengan mendalami pula ilmu berkaitan kehidupan Rasulullah

SAW ketika melangkah dalam kehidupan berkeluarga. Dalam

kehidupan berumahtangga, ketua keluarga berperanan penting

mengemudi bahtera kehidupan membawa keluarga ke jalan

yang diredhai Allah SWT. Segala peraturan ini dapat

dipelajari dan dijadikan panduan berdasarkan contoh teladan

Rasulullah membentuk dan mendidik keluarga. Seterusnya

bab ini membincangkan juga tentang peristiwa aneh yang

berlaku kepada baginda sebelum dilantik menjadi rasul dan

peranan yang ditunjukkaan oleh Saidatina Khadijah sebagai

isteri yang solehah. Semua perkara ini menuntut agar

dicontohi sifat-sifat kepimpinan baginda seterusnya

mengukuhkan lagi keimanan para banduan terhadap Allah dan

Rasul.35

34 Ustaz Afendi bin Ishak, Kader Jakim Unit PPI, Penjara Kajang,

temubual pada 28hb.12.2015, jam 3.00 ptg. 35 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, temubual pada 8 April 2016

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

141

Di dalam bulan yang kelima, subjek sirah terus

menelusuri bidang ilmu mendekati tajuk dakwah Rasulullah

merangkumi aspek aqidah dan akhlak serta anugerah

mukjizat-mukjizat kepada Rasulullah sebagai bukti kerasulan

baginda kepada umat manusia. Penerapan ilmu sirah tidak

terhenti setakat kisah dakwah dan kemukjizatan Rasulullah

tetapi diteruskan lagi dengan ibrah kisah-kisah hijrah Nabi

bersama para sahabat dalam usaha menyampaikan seruan

Islam yang suci ini kepada manusia sejagat.36

Pada bulan yang terakhir, misi menyampaikan ilmu

kepada banduan diteruskan dengan memasukkan bab

berkaitan pembinaan negara Islam yang pertama iaitu

Madinah. Para banduan diberi pencerahan tentang usaha dan

strategi yang dijalankan oleh baginda dan para sahabat dalam

usaha membentuk negara Islam pertama ini. Kisah ini mampu

menyuntik semangat para banduan tentang perjuangan dan

pengorbanan baginda dan para sahabat demi menegakkan

syiar Islam yang suci di muka bumi Allah ini.37

Terkandung dalam mata pelajaran Sirah ini contoh

teladan yang boleh diambil oleh para banduan berdasarkan

kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW. Kisah-kisah teladan

baginda ini mampu menjadi perangsang mendidik hati dan

jiwa agar mencontohi akhlak mulia baginda. Kisah kehidupan

Rasulullah ini juga menjadi penguat semangat bagi para

banduan agar mereka mampu membina kehidupan baru yang

lebih cemerlang dan lebih bersemangat menempuh ranjau

hari-hari mendatang. Misalnya, kehidupan baginda semasa

awal penyebaran Islam di Kota Mekah. Pelbagai cabaran dan

mehnah telah diharungi baginda sehingga terpaksa berhijrah

ke Madinah demi membawa seruan Islam yang suci dan

kecintaan yang mendalam kepada Allah SWT. Semangat

perjuangan yang tidak pernah luntur ini perlu dijadikan

36 Ustaz Mohamad Shukri bin Osman, temubual pada 28 November 2014 37 Tuan Mohd Talhah bin Abdullah, Temubual pada 28 November 2014

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

142

panduan hidup para banduan dalam usaha mendidik jiwa

menjadi insan soleh yang dicintai Allah dan Rasul-Nya.38

e. Mata Pelajaran Akhlak

Carta di bawah pula menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran Akhlak sepanjang enam bulan dalam program

halaqah.39

Kemuliaan akhlak seseorang Muslim adalah lambang

keamanan dan kesejahteraan agama Islam itu sendiri. Di

dalam topik yang pertama bagi mata pelajaran Akhlak

diterapkan tentang menyemai perasaan kasih sayang dan

hormat menghormati sesama insan di dunia ini. Menunaikan

hak setiap Muslim adalah satu kewajipan yang mesti

dilakukan tanpa mengira bangsa dan keturunan apa lagi yang

mempunyai talian darah dan persaudaraan. Kasih sayang

sesama insan adalah fitrah yang wujud di dalam jiwa manusia

tetapi perasaan suci ini sering ternoda dengan sifat-sifat

mazmumah yang sering datang dalam jiwa manusia. Perkara

ini mesti digenggam erat dalam jiwa banduan agar mereka

tidak terpedaya lagi dengan hasutan syaitan dan manusia yang

mengajak kepada keburukan. Di samping itu, para banduan

juga diajar tentang konsep kebersihan yang mesti dijadikan

tabiat dalam kehidupan harian. Kebersihan dan kasih-sayang

ini adalah dua elemen yang mempunyai kaitan yang rapat iaitu

ia akan wujud melalui jiwa yang bersih dan perasaan cinta

kepada Allah dan rasul yang mendalam.40

38 Ustaz Mohamad Shukri bin Osman, temubual pada 28 November 2014 39 “Buku Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam Serta

Aktiviti Harian Halaqah” 40 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, temubual pada 8 April 2016

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

143

Dalam bulan yang kedua pula diterapkan topik perkara

halal dan haram serta adab makan. Topik berkaitan halal dan

haram diketengahkan sebagai satu kaedah untuk memberikan

pencerahan agar para banduan dapat penjelasan tentang

perkara halal dan haram agar tidak mengulangi lagi perbuatan

yang mendatangkan dosa tersebut. Dalam masa yang sama

pada bulan yang kedua ditekankan juga tentang adab-adab

makan kerana urusan makan dan minum ini adalah perbuatan

rutin harian dan amat penting pada setiap banduan

mengamalkan adab makan dan minum mengikut syariat

Islam.41

41 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim, temubual pada 28 November 2014

Bulan Pertama :

1.Menyemai perasaan kasih-sayang dan hormat-menghormati.

2.Amalan kebersihan.

Bulan Kedua :

1.Hukum Syarak : iaitu halal dan haram serta adab makan dan minum

Bulan Ketiga :

1.Sifat-sifat Mazmumah dan Mahmudah

Bulan Keempat :

1 Sifat-sifat Mazmumah dan Mahmudah

Bulan Kelima :

1 Sifat-sifat Mazmumah dan Mahmudah

Bulan Keenam :

1 Sifat-sifat Mazmumah dan Mahmudah

2.Cinta Allah dan Rasul

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

144

Pada bulan ketiga, keempat dan kelima, tajuk

berkaitan sifat mahmudah dan mazmumah sentiasa

ditekankan dan penghuraian yang panjang dalam tajuk ini

dilakukan kerana perincian sifat ini ada banyak. Penekanan

sifat mazmumah dan mahmudah amat penting agar dapat

menerapkan kesedaran mendalam dan rasa keinsafan terhadap

kesilapan-kesilapan lalu dan kembali kepada Allah dan

rasul.42

Pada bulan yang terakhir iaitu bulan yang keenam,

tajuk mazmumah dan mahmudah masih diteruskan namun

terdapat penambahan topik baru iaitu perkara-perkara yang

mendatangkan kecintaan kepada Allah dan rasul. Gabungan

antara penghayatan dan pemahaman sifat mazmumah dan

mahmudah serta kecintaan kepada Allah dan rasul adalah

gabungan elemen-elemen mantap yang bakal melahirkan

insan yang berjati diri dan sentiasa bermatlamat kebahagian

hidup dunia dan akhirat.43

Kandungan mata pelajaran Akhlak pelengkap tiga

elemen utama mesej dakwah selain akidah dan syariat. Akhlak

berperanan sebagai elemen yang mengangkat kemuliaan

Islam. Tanpa akhlak maka pincanglah cara hidup seseorang

Muslim itu dan tidak dapat merasai nikmat iman dan Islam

dengan sempurna. Kehadiran mata pelajaran akhlak dalam

program halaqah amat menepati kehendak Islam itu sendiri.

Mesej akhlak dapat memujuk banduan sentiasa mengawal

tingkah-laku mereka agar menepati kehendak Allah dan Rasul

seterusnya mendidik jiwa sentiasa mendampingi Allah dan

meninggalkan perkara-perkara mungkar. Penghayatan

Akhlak Islamiah dalam kehidupan Muslim menjadi benteng

daripada segala perbuatan yang haram dan melakukan hanya

perkara yang dibenarkan syarak.44

42 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim, temubual pada 28 November 2014 43 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim, temubual pada 28 November 2014 44 Koperal Fazli bin Abd.Rahman, Unit Pemulihan dan Rawatan (PPI),

Kompleks Penjara Bentong, temubual pada 6 Disember 2011, jam 9.00

pagi

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

145

f. Mata Pelajaran Hadith

Carta di bawah menunjukkan aliran perlaksanaan mata

pelajaran hadith sepanjang enam bulan dalam program

halaqah.45

Melalui modul hadis, banduan akan mempelajari hadis-

hadis terpilih dengan tema-tema khusus seperti amar ma‘ruf

45 Jawiah Dakir,Siti Rugayah Tibek, Idris Abdullah dll, “Panduan

Pengajian Islam Meniti Kegemilangan, Kelab Sahabat”, Jabatan Penjara

Malaysia dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia2008, 2:. iv –vii.

Bulan Pertama

1.Dosa-dosa Besar.

2.Balasan di dunia sebagai

kafarah.

Bulan Kedua :

1.Halal dan haram.

2. Mencegah kemungkaran

Bulan Ketiga :

1.Memilih sahabat

2.Tolong-menolong.

Bulan Keempat :

1.Persaudaraan Islam

2.Tanggungjawab

Bulan Kelima :

1.Amalan yang disukai

Allah.

2.Perkara yang

merosakkan iman.

Bulan Keenam :

1.Golongan yang dikasihi

Allah SWT

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

146

nahi munkar, memilih sahabat, tolong-menolong,

persaudaraan Islam, tanggungjawab, amalan yang disukai

oleh Allah, perkara yang merosakkan iman dan golongan

yang dikasihi Allah. Kandungan makna hadis-hadis yang

dipelajari ini ada kaitan dengan kesalahan yang pernah

dilakukan oleh penghuni, dan dengan adanya kefahaman

terhadap hadis Nabi ini, diharapkan mereka yakin bahawa

kesalahan-kesalahan mereka akan dinilai di akhirat nanti.

Justeru, tajuk-tajuk hadis tersebut memberi gambaran

kepada mereka bahawa setiap tindakan mereka, baik yang

kecil mahupun yang besar akan diperhatikan oleh

Pencipta.46

Penghuni juga akan mempelajari perbezaan Hadis

Nabawi, Qudsi, taraf hadis (hadis sahih, daif, maudu’) dan

perawi hadis yang masyhur (Imam Bukhari, Muslim, Abu

Dawud, Ibnu Majah, Tirmidhi dan Nasa’i). Melalui tajuk ini,

banduan mengetahui nama-nama perawi hadis dan mampu

membezakan hadis yang sahih dan daif.47

BENTUK-BENTUK PROGRAM HALAQAH48

Program halaqah ini adalah satu program yang mempunyai

modul khas yang dirancang rapi bagi matlamat

menyampaikan dakwah dalam program ilmu agar banduan

mendapat ilmu agama secara konsisten dan terpandu serta

dapat beramal dengan ilmu tersebut dengan sempurna

khususnya asas ilmu fardhu ain yang wajib dilaksanakan atas

setiap individu Muslim. Terdapat tiga bentuk pengajian dalam

46Khairul Hamimah Mohammad Jodi dan Hadenan Towpek, “Pengalaman

Banduanita Dalam Kelas Pengisian Agama: Analisis Terhadap Program

Halaqah Di Penjara Kajang”, [Proceeding Of The International

Conference On Social Science Research, Icssr 2013. 4-5 June 2013,

Penang, Malaysia. E-Isbn 978-967-11768-1-8. Organized By

Worldconferences.Net].435 47 Khairul Hamimah Mohammad Jodi dan Hadenan Towpek, . 4-5 June

2013. 436 48 Ustaz Abdullah Hashim, Pegawai Agama, Penjara Pusat Kajang,

temubual pada 28 Disember 2015 jam 11.00pagi

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

147

program halaqah iaitu Bentuk Pengajian al-Quran, Bentuk

Pengajian Kelas Agama dan Bentuk Amali dan Ibadah Harian.

Bentuk Pengajian al-Quran : Iqra dan al-Quran49

Dalam program halaqah, para banduan dibahagikan kepada

dua kumpulan yang utama iaitu yang mempelajari buku Iqra’

dan yang mempelajari al-Quran. Tiga kaedah yang digunakan

dalam pengajian al-Quran iaitu talaqqi, tadarus dan tahfiz.

a. Talaqqi

Kaedah talaqqi digunakan terhadap kelompok banduan yang

masih membaca buku Iqra’ iaitu bermula pada buku Iqra’ satu

hingga buku Iqra’ enam. Guru-guru agama juga telah

dibahagikan tugas masing-masing bagi membimbing banduan

dalam pengajian al-Quran ini. Kebiasaannya guru agama yang

sama akan membimbing kelompok banduan yang telah

dibahagikan kumpulan ini. Tujuannya agar banduan merasa

biasa dengan guru tersebut dan ilmu yang diterima juga

diterima secara selaras tanpa berbeza pendapat.

b. Tadarus

Kaedah tadarus pula dilakukan bagi kelompok banduan yang

telah melepasi iqra’ enam dan telah mula membaca al-Quran.

Dalam kaedah tadarus ini banduan telah mula mempelajari

ilmu tajwid bermula dengan ilmu asas tajwid. Pendekatan

yang digunakan juga adalah secara mudah dan tidak memaksa

banduan untuk menghafal hukum tajwid. Guru-guru agama

menggunakan al-Quran mushaf tajwid agar banduan mudah

mengesan dan kenal hukum-hukum tajwid yang wujud dalam

bacaan al-Quran. Kaedah ini adalah pendekatan bagi

memudahkan banduan menguasai ilmu tajwid dengan baik.

c. Tahfiz

Bagi banduan yang sudah menguasai bacaan al-Quran dengan

baik dan dalam kalangan mereka juga telah beberapa kali

49 Ustaz Abdullah Hashim, temubual pada 28 Disember 2015

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

148

khatam al-Quran, banduan akan didik untuk menghafaz al-

Quran. Hafazan al-Quran bermula dengan menghafaz surah-

surah yang sering dibaca dan mudah untuk banduan ingat.

Kemudian, bagi banduan yang telah menguasai hafazan surah

bacaan mereka akan didengari oleh guru agama untuk

diperbaiki jika ada kesalahan. Kaedah ini disebut sebagai

tasmik bacaan. Dalam kaedah bacaan ini juga banduan

dibiasakan untuk memahami maksud ayat-ayat yang dibaca

sebagai langkah memudahkan lagi proses hafazan mereka.

Bentuk Pengajian Kelas Agama

Para banduan yang akan menyertai program halaqah akan

diadakan ujian saringan terlebih dahulu. Ujian ini memberi

tumpuan pada lapan elemen utama iaitu syahadah, Surah al-

Fatihah, niat dan rukun wuduk, bacaan tahiyyat akhir, doa

qunut, bacaan dua ayat lazim, niat dan cara mandi wajib dan

terakhir, bacaan buku Iqra’ 1 hingga 3.Tujuan ujian ini adalah

untuk menilai tahap pengusaan ilmu agama yang mereka

miliki. Berdasarkan tahap penguasaan ilmu agama ini, mereka

akan ditentukan kepada kumpulan yang tertentu bagi

memudahkan proses penyampaian ilmu dan bimbingan

sepanjang mereka berada dalam program halaqah.50

Diberi gambaran bahawa nisbah bilangan guru agama

dengan banduan adalah pada kadar yang tinggi kira-kira

1:10051 namun bagi guru-guru agama yang berpengalaman

menguruskan banduan di penjara, kebiasaannya mempunyai

cara mereka tersendiri bagi mendekati mereka agar dapat

mengikuti perjalanan kelas dengan baik di samping mereka di

bantu oleh kakitangan penjara bagi menguruskan perjalanan

program halaqah ini.

Berdasarkan pengalaman Ustaz Razali bin Jacson

kebiasaanya beliau menggunakan pelbagai strategi dalam

proses menyampaikan ilmu dalam kelas, antaranya ialah

melalui kaedah latihan dalam kumpulan, simulasi perlakuan

50 Ustaz Razali bin Jacson, temubual pada 14 April 2016 51 Ustaz Abdullah Hashim, temubual pada 28 Disember 2015

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

149

ibadah, membaca soalan-soalan yang diutarakan banduan

berkaitan topik atau isu semasa, kaedah latih tubi dan hafalan

juga sesi soal jawab terhadap banduan secara rawak berkaitan

tajuk yang telah dipelajari.

Rutin harian banduan sebelum memulakan kelas

adalah melakukan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Taubat

terlebih dahulu secara beramai-ramai dan selepas itu mereka

akan membaca zikir-zikir serta doa. Perkara ini merujuk pada

kaedah Tazkiyatun Nafs bagi menyubur atau menghidupkan

hati mereka dalam kehidupan beragama di samping

menjauhkan hati mereka dari perkara lalai dan sia-sia.52

Setelah rutin ini selesai kira-kira setengah jam, barulah

guru agama akan membahagi banduan mengikut kumpulan

dan mengajar mereka berdasarkan mata pelajaran dalam

jadual ditetapkan. Berdasarkan jadual yang disediakan iaitu

sesi pembelajaran Akidah, Fekah, Hadis, Sirah dan Akhlak

bermula jam 9 pagi hingga 12.30 petang manakala mata

pelajaran al-Quran dan bacaan buku Iqra’ dijalankan pada

setiap petang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Bentuk Amali dalam Ibadah Harian.

Tumpuan utama bentuk ini ialah pada mata pelajaran feqah.

Tujuan perlakuan amali ibadat ini bagi melihat semula tahap

penerimaan banduan terhadap pelajaran yang telah diterima di

samping memastikan mereka dapat beramal dengan baik dan

menepati kehendak syarak. Praktikal atau amali ini penting

khususnya bagi melihat semula kaedah yang diamalkan oleh

banduan dalam menjalani amal ibadah harian. Kesilapan

dalam melakukan ibadah akan menjejaskan kualiti ibadah dan

boleh membawa ibadah tersebut tidak diterima oleh Allah.

Amali dalam ibadah ini adalah antara agenda utama dalam

program halaqah bagi melihat tahap kefahaman banduan

untuk beramal sepanjang proses mereka menerima mesej

dakwah.53

52 Ustaz Abdullah Hashim, temubual pada 28 Disember 2015 53 Ustaz Abdullah Hashim, temubual pada 28 Disember 2015

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

150

a. Amali Bersuci

Amali dalam bersuci ini adalah perkara asas sebelum

mengerjakan ibadah-ibadah lain seperti solat dan mengaji al-

Quran. Bersuci perkara penting dititik beratkan agar banduan

faham cara bersuci yang digariskan oleh Allah dan mengikut

sunnah nabi. Dalam amali bersuci ini antara perkara yang

ditekankan ialah cara beristinjak, cara mandi wajib, cara

mengambil wuduk serta merangkumi cara-cara mengurus dan

membersihkan najis dari tubuh badan dan khususnya tempat

ibadat harian.54

b. Amali Ibadah Solat

Perlakuan amali dalam ibadah solat ini adalah penting agar

banduan faham kaedah yang paling tepat untuk melakukan

perlakuan solat sempurna. Penekanaan khususnya dalam

rukun-rukun solat. Para banduan sentiasa diberi penekanan

tentang rukun qolbi, fe’li dan qauli agar mereka dalam

melakukan solat pada tahap yang terbaik di samping tidak

melakukan perbuatan solat sekadar ikut-ikutan tanpa ilmu.55

Berdasarkan maklumat yang diperolehi menyatakan

bahawa amali ibadah yang dilakukan lebih tertumpu kepada

ibadah fardhu ain memandangkan tugas mendidik banduan

bukan tugasan yang mudah. Kemampuan banduan melakukan

amali ini berperanan menjadi kayu ukur bagi guru agama

melihat tahap kemampuan banduan memahami mesej dakwah

yang disampaikan serta penghayatan mereka dalam beramal.56

Perkara fardhu ain menjadi penilaian utama juga

kepada para banduan yang bakal melangkah ke fasa ketiga.

Satu ujian khas akan diberikan kepada mereka bagi melihat

tahap penguasaan ilmu agama banduan khususnya perkara

fardhu ain dan penguasaan bacaan al-Quran. Jika banduan

melepasi ujian ini maka mereka akan layak berpindah ke fasa

yang ketiga iaitu bidang kemahiran seperti perusahaan dan

pertanian. Jika masih dalam penguasaan yang lemah, mereka

54 Ustaz Mohd Fatta bin Ibrahim, temubual pada 28 November 2014 55 Tuan Mohd Talhah bin Abdullah, temubual pada 28 November 2014 56 Ustaz Razali bin Jacson, temubual pada 14 April 2016

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

151

akan kembali semula dalam program halaqah dan belajar

semula khususnya bahagian yang mempunyai penguasaan

ilmu yang lemah tadi.57

PENUTUP

Proses mendidik dan dalam masa yang sama berdakwah

dalam program halaqah ini adalah satu usaha yang cukup

besar kerana ia dilakukan dalam kelompok manusia istimewa

yang digelar banduan. Kehadiran banduan dalam program

halaqah ini menuntut pelbagai strategi dakwah dalam usaha

menyampaikan mesej dakwah berkesan. Peri penting proses

penyampaian ilmu perlu selaras dengan keperluan jiwa

banduan. Hal ini merupakan antara faktor penarik mereka

berminat dengan ilmu yang disampaikan. Kehadiran banduan

yang amat lemah pegangan dan pengetahuan agama ini

sentiasa menjadi peransang bagi guru-guru agama merancang

strategi dakwah dan menyalurkan ilmu yang bersesuaian

dengan pemikiran mereka serta perlu memiliki kesabaran

yang tinggi agar ilmu yang diperolehi banduan terpahat kemas

dijiwa dan diamalkan sepanjang hayat. Ini merupakan antara

cabaran dakwah yang dihadapi guru-guru agama di penjara.

SENARAI RUJUKAN

Ab.Aziz Mohd Zin, Nor Raudah Hj.Siren, Siti Jamiaah

Abd.Jalil dan Juwairiah Hassan, “Program

Keagamaan Terhadap Golongan Devian di Malaysia”

dalam [Prosiding Seminar Serantau Pengajian

Usuluddin di Institusi Pengajian Tinggi Abad 21 :

Cabaran dan Prospek, Anjuran Fakulti Usuluddin

Universiti Islam Sultan Sharif Ali Negara Brunei

Darussalam. 2011]

Abdullah bin Hashim, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian

Pemulihan dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara

57 Ustaz Abdullah bin Hashim, temubual pada 28 Disember 2015

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

152

Malaysia, Kajang, temubual pada 28 Disember 2015,

jam 11.00 pagi

Afendi bin Ishak, Kader Jakim Unit PPI, Penjara Kajang,

temubual pada 28 Disember 2015, jam 3.00 ptg.

Ahmad Alim bin Marhaban, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan

Pembangunan Insan),Penjara Kota Kinabalu,

temubual pada8 April 2016, jam 02.30 petang.

“Garis Panduan Kurikulum Pengajian dan Bimbingan Islam

Serta Aktiviti Harian Halaqah”, Institusi Penjara

Malaysia, diterbitkan oleh : Unit Agama Bahagian

Pemulihan dan Rawatan, Jabatan Penjara Malaysia.

Jawiah Dakir,Siti Rugayah Tibek, Idris Abdullah dll,

“Panduan Pengajian Islam Meniti Kegemilangan”,

[Kelab Sahabat, Jabatan Penjara Malaysia dan Fakulti

Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia,

jilid 2, 2008]

Khairul Hamimah Mohammad Jodi dan Hadenan Towpek,

“Pengalaman Banduanita Dalam Kelas Pengisian

Agama: Analisis Terhadap Program Halaqah Di

Penjara Kajang”,[ Proceeding of the International

Conference on Social Science Research, ICSSR

2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN

978-967-11768-1-8. Organized by

WorldConferences.net. 2013]

Fazli bin Abd.Rahman, Koperal , Unit Pemulihan dan

Rawatan (PPI), Kompleks Penjara Bentong, temubual

pada 6 Disember 2011, jam 9.00 pagi

Mohamad Syukri bin Osman, Kader Jakim di Unit PPI

(Pelan Pembangunan Insan),Kompleks Penjara

Bentong, temubual pada 28 November 2014, jam

2.30 petang.

Mohd Fatta Ibrahim, Guru Agama unit PPI,Kompleks

Penjara Bentong, temubual pada 28 November 2014,

jam 2.00 petang.

Mohd Shakir bin Osman, Kader Jakim Unit PPI, Kompleks

Penjara Bentong, temubual pada 28 November 2014,

jam 3.00 ptg.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

153

Razali bin Jacsoan, Kader Jakim di Unit PPI (Pelan

Pembangunan Insan),Penjara Kota Kinabalu,

temubual pada 14 April 2016, jam 11.30 pagi.

Sumber “Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia”,

Jabatan Penjara Malaysia, 1973

Sumber “Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia”,

Jabatan Penjara Malaysia, 1996

Mohd Talhah bin Abdullah, Pegawai Penguasa Penjara

Bentong, Kompleks Penjara Bentong, Temubual pada

28 November 2014, jam 4.00 petang.

Zaizul bin Ab.Rahman, Ab.Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi

Abdul Kadir dan Norrodzoh Hj. Siren “Program

Pemulihan Insan di Kalangan Banduan Melayu di

Penjara Sungai Udang, Melaka” dalam

[International Conference On Islamic Civilization

And Malay Identity 2011 ( ICICMI 2011) , Anjuran

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, 2011]

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

154

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

155

TAHAP KEPUASAN KERJA GURU AGAMA

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

DI TERENGGANU DARI ASPEK PEMBANGUNAN

INSAN

Norhana Binti Mohamed Salleh, Nor Raudah Hj Siren

PENGENALAN Peranan dan tanggungjawab guru amatlah berharga kepada

negara dan dipandang mulia oleh masyarakat. Profesion

keguruan dianggap mencabar kerana pada hari ini dan masa

hadapan menjanjikan seribu satu isu yang perlu ditangani oleh

guru. Begitu juga, tugas dan peranan guru dianggap mencabar

apabila masyarakat mula menyerahkan hampir sepenuhnya

tugas mendidik kepada mereka. Kejayaan guru dalam

melaksanakan tanggungjawab mereka akan mendatangkan

kepuasan kerja kepada mereka. Kepuasan kerja adalah

perkara yang perlu diberikan perhatian kerana ia berkaitan

dengan prestasi kerja dan menyumbang kepada keberkesanan

seseorang guru dalam melaksanakan tugasnya.1 Guru yang

berpuas hati akan lebih berusaha dalam melaksanakan tugas

dan tanggungjawab yang diberikan serta ingin kekal dalam

profesion mereka.

Kajian ini memfokuskan kepada tahap kepuasan kerja

guru dari aspek pembangunan insan yang merangkumi aspek-

aspek spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial. Menurut

Azizi Umar, guru agama menghadapi masalah dalam aspek

fizikal iaitu kewangan dan perjawatan. Guru agama

menghadapi cabaran kewangan khususnya untuk mendapat

kemudahan daripada persekutuan dari aspek perjawatan dan

pembangunan kerjaya kerana mereka tidak mendapat

1 Samuel B. Bacharach, Peter Bamberger, and Stephen Mitchell, “Work

Design, Role Conflict, and Role Ambiguity: The Case of Elementary and

Secondary Schools,” Educational Evaluation and Policy Analysis 12

(1990): 415–32, doi:10.3102/01623737012004415.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

156

peruntukan jawatan yang tetap dan hakiki berbanding dengan

guru Kurikulum Kebangsaan.2

Belum ada kajian setakat ini yang telah dijalankan

yang dapat menjelaskan tahap kepuasan kerja guru SABK di

Terengganu. Tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam

kalangan guru SABK amat dituntut bagi memenuhi kriteria

bidang keberhasilan utama negara (NKRA) dalam bidang

pendidikan, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti dan berkemampuan. Akses kepada pendidikan

berkualiti bermakna SABK perlu memberikan yang terbaik

melalui tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Berikut

adalah senarai SABK Menengah di Terengganu:

Bil Nama SABK Alamat

1. SMA (Atas) Sultan

Zainal Abidin

Jalan Sultan Mahmud,

20400 Kuala Terengganu,

Terengganu.

2. SMA Maarif Kampung Raja, 22200

Besut, Terengganu.

3. SMA Sultan Ismail Jalan Nibong, 23000

Dungun, Terengganu.

4. SMA Ittifakiah 22200 Jertih, Terengganu.

5. SMA Mahmudiah 21700 Kuala Berang,

Terengganu.

6. SMA Marang 21600 Marang,

Terengganu.

2 Azizi Umar, “Penginstitusian Sekolah Menengah Agama Rakyat

(SMAR) Dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan: Satu Kajian Kes Di

Kelantan” [Tesis Ijazah Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia,

2011]. 342

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

157

7. SMA Al-Falah 24000 Kemaman,

Terengganu.

8. SMA Khairiah Jalan Sultan Omar, 20300

Kuala Terengganu,

Terengganu

9. SMA Sultan Zainal

Abidin (Ladang)

20000 Kuala Terengganu

10. SMA Setiu Putera Jaya, 22100 Setiu,

Terengganu.

11. Kolej Sains Pendidikan

Islam Negeri

Terengganu

20050 Kuala Terengganu,

Terengganu.

12. Kolej Islam Sains

Terengganu (KIST)

Jalan Paya Besar, 21700

Kuala Berang,

Terengganu.

13. SM Imtiaz Besut Kampung Raja, 22200

Besut, Terengganu.

14. SM Imtiaz Dungun Jalan Sura Jeti, 23000

Dungun, Terengganu.

(Sumber: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran

Malaysia [2009])

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menarik

perhatian pihak-pihak berkenaan seperti pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Negeri, pengetua

sekolah dan masyarakat. Ia akan memberi panduan untuk

perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam mengurus

suasana kerja guru. Di samping itu, guru dapat mengetahui

faktor-faktor yang patut mereka atasi bagi meningkatkan

kepuasan kerja mereka. Pengetua dapat menggunakan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

158

maklumat daripada dapatan kajian ini untuk merancang

strategi pengurusan pentadbiran di sekolah dan seterusnya

merancang program-program latihan untuk meningkatkan

prestasi guru. Pegawai pendidikan di Pejabat Pelajaran Negeri

dan Pejabat Pendidikan Daerah pula boleh menggunakan hasil

kajian ini untuk mengatasi masalah guru-guru yang

menunjukkan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Manakala

pihak Kementerian Pendidikan pula dapat memenuhi

keperluan-keperluan pengambilan dan penempatan guru

SABK berdasarkan kriteria atau kesediaan guru mengatasi

masalah-masalah yang didapati menjejaskan kepuasan kerja

guru. Masyarakat juga boleh mengetahui perasaan dan

masalah guru seterusnya memahami dan lebih bersedia untuk

memberikan kerjasama terhadap tanggungjawab pendidikan.

KONSEP

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai satu reaksi efektif

terhadap sesuatu pekerjaan disebabkan oleh perbandingan

antara hasil dan jangkaan seseorang atau perasaan seseorang

terhadap aspek-aspek pekerjaan mereka.3 Dalam kajian ini,

kepuasan kerja merujuk kepada perasaan guru agama SABK

Terengganu mengenai keadaan tugas di sekolah.

Pembangunan insan pula ialah usaha berterusan

memupuk dan mengembangkan potensi dalam diri manusia

supaya subur dan kental keimanannya terhadap rukun iman

serta berupaya menyumbang ke arah kebaikan, kesejahteraan

diri, orang, lain dan alam.4 Islam mendukung penuh usaha

membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan

konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia

merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia

dan akhirat.

3 Sara, F. “Job Satisfaction Among English Language Teachers In Malaysia”.

International Journal of Applied Linguistics & English Literature. 1:4, (2012),

31. 4Zakaria Stapa, Akidah Dan Akhlak Dalam Kehidupan (Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd., 1999), 58.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

159

Natijah dari pembangunan insan yang sempurna ini

pula akan mewujudkan pembangunan masyarakat serta

negara yang kamil sesuai dengan peranan dan fungsi manusia

diutuskan ke dunia. Konsep ini dapat digambarkan melalui

rajah S.P.I.E.S di bawah:

Sumber: Program Pembangunan Modal Insan Selangor5

DAPATAN KAJIAN

a. Analisis Deskriptif Terhadap Kepuasan Kerja

Guru-Guru Agama SABK Terengganu dari

Aspek Pembangunan Insan

Dapatan kajian mendapati tahap kepuasan kerja guru-guru

agama SABK Terengganu dari aspek pembangunan insan

iaitu aspek spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial adalah

seperti berikut:

1. Aspek Spiritual

Aspek spiritual diukur melalui aspek keimanan, ketakwaan,

tanggungjawab, amanah dan keikhlasan seperti dalam jadual-

jadual di bawah.

5 Falsafah SPIES dalam

http://spiesselangor.wordpress.com/category/falsafah-spies/ dirujuk pada

18 Disember 2013

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

160

Jadual 1.1 Peratus dan Kekerapan Aspek Keimanan

Aspek Keimanan Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1 Kerja saya adalah salah

satu bentuk ibadat kepada

Allah s.w.t

- 4.3%

(2)

95.7%

45

2 Pengorbanan saya

sepatutnya mendapat

ganjaran daripada pihak

atasan

17.0%

(8)

46.8%

(22)

36.2%

(17)

3 Kerja guru mempunyai

rutin yang sama dan

membosankan

40.4%

(19)

53.2%

(25)

6.4%

(3)

Purata 19.1% 34.8% 46.1%

Dalam aspek keimanan seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 1.1, didapati guru-guru yang bersetuju dengan

aspek kerja sebagai salah satu bentuk ibadah kepada Allah

s.w.t sebanyak 95.7% (45 orang) manakala hanya 4.3% (2

orang) responden kajian menyatakan kurang bersetuju dengan

kenyataan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan responden

tersebut adalah guru perempuan yang telah lama berkhidmat

iaitu melebihi 20 tahun dan mempunyai pendapatan RM2000

ke atas. Hal ini menunjukkan guru-guru menghayati persoalan

kerja adalah salah satu bentuk pengabdian diri kepada Allah

s.w.t dan untuk mencari keredaan-Nya.

Bagi aspek pengorbanan yang dibuat sepatutnya

mendapat ganjaran daripada pihak atasan didapati 63.8% (30

orang) yang kurang bersetuju manakala 36.2% (17 orang)

bersetuju. Hal ini menunjukkan ganjaran bukanlah fokus

utama guru-guru bersesuaian dengan tugas mereka sebagai

murabbi yang ikhlas dalam membimbing pelajar.

Dilihat dari aspek kerja guru pula, guru mempunyai

rutin yang sama dan membosankan seramai 40.4% (19 orang)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

161

responden kajian tidak bersetuju dan hanya 6.4% (3 orang)

yang bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang

bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah terdiri daripada

guru-guru yang berumur di antara 38 tahun hingga 51 tahun,

tempoh mengajar 5 tahun ke atas dan pendapatan dari

RM1001 ke atas. Hal ini menunjukkan guru-guru meminati

bidang perguruan dan memperlihatkan tahap keimanan yang

tinggi dalam melaksanakan tugas perguruan.

Jadual 1.2 Peratus dan Kekerapan Aspek

Ketakwaan

Aspek Ketakwaan Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1 Profesion perguruan

merupakan cara terbaik

untuk menyemai nilai-

nilai murni kepada

murid-murid

- 8.5%

(4)

91.5%

(43)

2

Saya membuat persiapan

rapi sebelum masuk ke

kelas

- 25.5%

(12)

74.5%

(35)

3

Saya sentiasa memastikan

setiap kerja yang

dilakukan berlandaskan

syariat

2.1%

(1)

6.4%

(3)

91.5%

(43)

Purata 0.7% 13.5% 85.8%

Ditinjau dari aspek ketakwaan pula seperti dalam

Jadual 1.2 di atas menunjukkan sebanyak 91.5% (43 orang)

responden bersetuju bahawa profesion perguruan merupakan

cara terbaik untuk menyemai nilai-nilai murni kepada murid-

murid dan hanya 8.5% (4 orang) kurang bersetuju dengan

pernyataan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan responden

tersebut adalah guru-guru lelaki yang berkhidmat daripada

setahun hingga sepuluh tahun dan mempunyai pendapatan

RM1501 ke atas.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

162

Sebanyak 74.5% (35 orang) responden bersetuju

dengan membuat persiapan rapi sebelum masuk ke kelas dan

didapati 25.5% (12 orang) yang kurang bersetuju. Responden

yang kurang bersetuju adalah terdiri daripada lapan orang

guru lelaki dan empat orang guru perempuan, empat orang

daripada mereka berkhidmat kurang daripada lima tahun,

empat orang berkhidmat enam hingga sepuluh tahun dan

empat orang telah berkhidmat lebih dua puluh tahun.

Pendapatan yang diperolehi pula adalah tujuh orang RM2000

ke atas, tiga orang RM1001-1500 dan dua orang RM1501-

RM2000. Hal ini menunjukkan persiapan rapi sebelum

memulakan pengajaran bergantung pada usaha guru-guru itu

sendiri.

Aspek kerja yang dilakukan berlandaskan syariat pula

menunjukkan 91.5% (43 orang) bersetuju dan hanya 8.5% (4

orang) yang kurang bersetuju. Empat responden tersebut

adalah dua orang guru lelaki dan dua orang guru perempuan,

tiga daripadanya lepasan sarjana muda dan seorang lepasan

SPM dan memperoleh pendapatan RM2000 ke atas. Ini

menunjukkan penghayatan sifat ketakwaan ada dalam diri

guru-guru dengan melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan kepada mereka berlandaskan syariat Islam.

Kajian ini menunjukkan tahap ketakwaan guru-guru

dalam melaksanakan tugas perguruan adalah

memberangsangkan walaupun terdapat beberapa orang yang

masih kurang berpuas hati dengan kerjaya mereka.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

163

Jadual 1.3 Peratus dan Kekerapan Aspek

Tanggungjawab

Aspek Tanggungjawab Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Prestasi murid yang

baik akan memberikan

semangat untuk saya

terus berusaha

2.1%

(1)

8.5%

(4)

89.4%

(42)

2

Saya mengikuti latihan

peningkatan

profesionalisme

keguruan dengan

penuh minat

4.3%

(2)

14.9%

(7)

80.9%

(38)

3

Kerjaya guru adalah

amanah daripada Allah

s.w.t

2.1%

(1)

- 97.9%

(46)

Purata 2.8% 7.8% 89.4%

Jadual 1.3 menunjukkan aspek tanggungjawab

responden dengan tiga aspek telah diuji iaitu prestasi murid

akan memberikan semangat kepada responden terus berusaha

menunjukkan 89.4% (42 orang) bersetuju, 8.5% (4 orang)

kurang bersetuju dan hanya 2.1% (1 orang) tidak bersetuju.

Responden kajian yang kurang bersetuju dan tidak bersetuju

dengan pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang

berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat kurang daripada

15 tahun serta memperoleh pendapatan RM2000 ke atas.

Dilihat dari aspek minat mengikuti latihan

peningkatan profesionalisme keguruan pula, sebanyak 80.9%

(38 orang) bersetuju, 8.5% (4 orang) kurang bersetuju dan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

164

hanya 4.3% (2 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian

mendapati dua orang responden yang tidak bersetuju dengan

pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang berkelulusan

sarjana muda dan berkhidmat kurang daripada 10 tahun serta

memperoleh pendapatan RM1000-RM1500 dan RM2000 ke

atas.

Bagi aspek kerjaya guru adalah amanah daripada

Allah s.w.t menunjukkan sebilangan besar responden

berpendirian bahawa pekerjaan mereka adalah amanah

daripada Allah s.w.t di mana 97.9% (46 orang) bersetuju dan

hanya 2.1% (1 orang) tidak bersetuju iaitu guru lelaki yang

berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat kurang daripada 5

tahun serta memperoleh pendapatan RM2000 ke atas. Oleh

itu, dilihat dari aspek tanggungjawab, sebahagian besar guru-

guru berpuas hati melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan ini akan

menjadi faktor perangsang motivasi di dalam profesion

mereka.

Jadual 1.4 Peratus dan Kekerapan Aspek Amanah

Aspek Amanah Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Saya memastikan

pengajaran yang

diberikan kepada murid-

murid adalah yang

terbaik

- 4.3%

(2)

95.7%

(45)

2

Saya tidak akan

menggunakan yuran

murid demi kepentingan

diri sendiri

10.6%

(5)

2.1%

(1)

87.2%

(41)

Purata 5.3% 3.3% 91.5%

Melihat dari aspek amanah pula, Jadual 1.4

menunjukkan responden memastikan pengajaran yang

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

165

diberikan kepada murid-murid adalah yang terbaik apabila

95.7% (45 orang) bersetuju dan 4.3% (2 orang) kurang

bersetuju. Dapatan kajian mendapati dua orang responden

yang kurang bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-

guru lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat

kurang daripada 10 tahun serta memperoleh pendapatan

RM1001-RM1500 dan RM2000 ke atas.

Ditinjau dari sudut tidak akan menggunakan yuran

murid demi kepentingan diri sendiri menunjukkan 87.2% (41

orang) bersetuju, 2.1% (1 orang) kurang bersetuju dan 10.6%

(5 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati enam

orang responden yang kurang bersetuju dan tidak bersetuju

dengan pernyataan ini terdiri daripada empat orang guru lelaki

dan dua orang guru perempuan, lima orang guru adalah

berkelulusan sarjana muda dan seorang lepasan SPM. Lima

orang daripadanya telah berkhidmat kurang daripada 15 tahun

serta empat responden memperoleh pendapatan RM2000 ke

atas, manakala dua orang memperoleh pendapatan RM2000

ke bawah.

Secara umumnya, sebahagian besar guru menjaga

amanah yang diberikan oleh pihak sekolah dengan baik dan

ia akan mencetuskan kerja yang produktif, efektif dan

komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru.

Berdasarkan Jadual 1.5 di bawah, aspek keikhlasan

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5 di atas mendapati

responden sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa

memberikan sebarang alasan sebanyak 78.7% (37 orang)

bersetuju dan 21.3% (10 orang) kurang bersetuju. Dapatan

kajian mendapati majoriti responden yang kurang bersetuju

dengan pernyataan ini adalah guru-guru yang berkelulusan

sarjana muda dan yang berkhidmat selama 6 tahun hingga 10

tahun serta memperoleh pendapatan RM1000-RM1500 dan

RM2000 ke atas.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

166

Jadual 1.5 Peratus dan Kekerapan Aspek Keikhlasan

Aspek Keikhlasan Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Saya sentiasa

menyiapkan

tugasan yang

diberikan tanpa

memberikan

sebarang

alasan.

- 21.3%

(10)

78.7%

(37)

2

Imbuhan tidak

perlu diberikan

kepada guru

yang

menunjukkan

prestasi yang

baik.

34.0%

(16)

57.4%

(27)

8.5%

(4)

3

Saya berasa

kecewa jika

murid-murid

tidak mematuhi

arahan saya.

10.6%

(5)

31.9%

(15)

57.4%

(27)

Purata 14.9% 36.9% 48.2%

Namun dilihat dari aspek imbuhan tidak perlu

diberikan kepada guru yang menunjukkan prestasi yang baik

mendapati hanya 8.5% (4 orang) bersetuju, manakala 57.4%

(27 orang) kurang bersetuju dan 34.0% (16 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati kebanyakan responden

yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru

lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan telah berkhidmat

6 tahun hingga 10 tahun serta memperoleh pendapatan

RM1000-RM1500 dan RM2000 ke atas.

Begitu juga dari aspek kecewa jika murid-murid tidak

mematuhi arahan, sebanyak 57.4% (27 orang) bersetuju,

31.9% (27 orang) kurang bersetuju dan 10.6% (5 orang)

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

167

sahaja yang tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati

kebanyakan responden yang bersetuju dengan pernyataan ini

adalah guru-guru lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan

berkhidmat kurang daripada 5 tahun serta memperoleh

pendapatan RM2000 ke atas.

Oleh itu, dapatan kajian melihat guru-guru hanya

mengharapkan kejayaan pelajar sebagai imbuhan terhadap

tugas pengajaran yang telah dilaksanakan. Sifat ikhlas dalam

diri responden menyebabkan mereka sentiasa menerima

tanggungjawab dengan penuh keredaan dan bersungguh-

sungguh serta berusaha menghasilkan prestasi kerja yang

terbaik secara berterusan.

2. Aspek Fizikal

Aspek fizikal dilihat dari segi keadaan tempat kerja dan gaji

bagi mengukur tahap kepuasan kerja melalui 13 item seperti

dalam jadual 1.6.

Bagi aspek keadaan tempat kerja, aspek yang diukur

meliputi persekitaran sekolah, suasana sekolah, bilik darjah,

bilik air dan tandas dan bilik guru seperti dalam Jadual 1.6 di

atas.

Dapatan kajian menunjukkan 55.3% (26 orang)

responden kajian bersetuju dengan persekitaran sekolah,

42.6% (20 orang ) kurang bersetuju manakala 2.1% (1 orang)

tidak bersetuju. Responden yang tidak bersetuju dengan

pernyataan ini adalah guru lelaki yang berkelulusan sarjana

muda dan berkhidmat kurang daripada 5 tahun serta

memperoleh pendapatan RM2000 ke atas. Hal ini

menunjukkan situasi persekitaran sekolah belum mencapai

tahap yang memuaskan guru-guru dan diharapkan agar pihak

pengurusan perlu melakukan penambahbaikan.

Bagi aspek suasana tempat kerja yang bising dan

mengganggu konsentrasi dalam menjalankan tugas

menunjukkan 6.4% (3 orang) Bersetuju, 46.8% (22 orang)

kurang bersetuju manakala 46.8% (22 orang) tidak bersetuju.

Ini menunjukkan suasana kerja guru berada dalam situasi

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

168

yang aman seterusnya membantu guru-guru memberikan

tumpuan dalam pengajaran di kelas.

Jadual 1.6: Peratus dan Kekerapan Aspek Keadaan

Tempat Kerja

Aspek Keadaan Tempat

Kerja

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Persekitaran sekolah

saya sangat selesa

2.1%

(1)

42.6%

(20)

55.3%

(26)

2

Suasana di tempat

kerja saya sangat

bising dan

mengganggu

konsentrasi saya

dalam menjalankan

tugas

46.8%

(22)

46.8%

(22)

6.4%

(3)

3

Bilik darjah kurang

kondusif untuk saya

melaksanakan tugas

pengajaran

31.9%

(15)

55.3%

(26)

10.6%

(5)

4

Keadaan bilik air

dan tandas di

sekolah saya adalah

bersih

8.5%

(4)

44.7%

(21)

46.8%

(22)

5

Keadaan kantin

sekolah saya adalah

selesa

6.4%

(3)

40.4%

(19)

53.2%

(25)

6

Bilik guru di

sekolah saya agak

sempit

36.2%

(17)

46.8%

(22)

17.0%

(8)

7

Keceriaan dan

kebersihan sekolah

saya perlu

dipertingkatkan lagi

4.3%

(2)

34.0%

(16)

61.7%

(29)

Purata 19.5% 44.4% 35.9%

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

169

Dilihat dari aspek bilik darjah yang kurang kondusif

untuk melaksanakan tugas pengajaran, sebanyak 10.6% (5

orang) responden kajian bersetuju, 55.3% (26 orang) kurang

bersetuju manakala 31.9% (15 orang) tidak bersetuju. Hal ini

menunjukkan kelas-kelas berada dalam keadaan memuaskan

dan sesuai bagi menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran manakala keadaan bilik air dan tandas sekolah

adalah bersih pula menunjukkan 46.8% (22 orang) responden

kajian bersetuju, 44.7% (21 orang) kurang bersetuju dan 8.5%

(4 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati

kebanyakan responden yang bersetuju dengan pernyataan ini

adalah guru-guru lelaki yang berkelulusan SPM dan

berkhidmat kurang daripada 5 tahun. Hal ini menunjukkan

kebersihan bilik air dan tandas sekolah kurang memuaskan

dan ia perlu diperbaiki serta dipertingkatkan lagi.

Aspek keadaan kantin sekolah yang selesa mendapati

sebanyak 53.2% (25 orang) bersetuju, 40.4% (19 orang)

kurang bersetuju manakala 6.4% (3 orang) tidak bersetuju.

Dapatan kajian mendapati kebanyakan responden yang tidak

bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru perempuan

yang berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat kurang

daripada 5 tahun serta memperoleh pendapatan RM1501 ke

atas. Hal ini menunjukkan keadaan kantin kurang memuaskan

dan memerlukan penambahbaikan daripada pihak

pengurusan.

Dari aspek bilik guru sekolah agak sempit pula

menunjukkan 17.0% (8 orang) bersetuju, 46.8% (22 orang)

kurang bersetuju manakala 36.2% (17 orang) tidak bersetuju.

Dapatan kajian mendapati responden yang bersetuju dengan

pernyataan ini adalah kesemuanya guru-guru lelaki yang

berkelulusan SPM dan Sarjana Muda dan berkhidmat kurang

daripada 10 tahun. Hal ini menunjukkan bilik guru yang

terdapat di sekolah adalah memadai dan memuaskan.

Ditinjau dari aspek keceriaan dan kebersihan sekolah

pula mendapati 61.7% (29 orang) bersetuju, 34.0% (16 orang)

kurang bersetuju manakala 4.3% (2 orang) tidak bersetuju.

Dapatan kajian mendapati responden yang bersetuju dengan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

170

pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang berkelulusan

SPM, Diploma dan Sarjana Muda dan berkhidmat lebih

daripada 20 tahun serta memperoleh pendapatan RM1501

hingga RM2000. Begitu juga halnya dengan tahap keceriaan

dan kebersihan sekolah yang kurang memuaskan dan perlu

dipertingkatkan.

Secara umumnya, dilihat dari aspek fizikal sekolah,

guru-guru masih kurang berpuas hati dan memerlukan

penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Jadual 1.7: Peratus dan Kekerapan Aspek Bahan Bantu

Mengajar

Aspek Bahan Bantu

Mengajar

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Kemudahan

menggunakan alat

teknologi mencukupi dan

sempurna di sekolah

10.6%

(5)

51.1%

(24)

38.3%

(18)

2

Bahan bantu pengajaran

di sekolah saya tidak

mencukupi

27.7%

(13)

63.8%

(30)

8.5%

(4)

3

Sekolah menyediakan

sumber rujukan guru

4.3%

(2)

48.9%

(23)

46.8%

(22)

4

Sekolah mempunyai

komputer dan pencetak

yang berada dalam

keadaan baik

2.1%

(1)

29.8%

(14)

68.1%

(32)

Purata 11.2% 48.4% 40.4%

Bagi aspek fizikal bahan bantu mengajar pula,

beberapa item telah diuji seperti dalam Jadual 1.7 di atas. Bagi

aspek kemudahan menggunakan alat teknologi, sebanyak

38.3% (18 orang) responden kajian menyatakan bersetuju,

51.1% (24 orang) menyatakan kurang bersetuju manakala

10.6% (5 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati

kebanyakan responden yang bersetuju dengan pernyataan ini

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

171

adalah guru-guru lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan

berkhidmat kurang daripada 5 tahun serta memperoleh

pendapatan RM2000 ke atas. Ini menunjukkan kemudahan

alat teknologi masih kurang diberikan perhatian oleh pihak

pengurusan.

Walau bagaimanapun, ditinjau dari aspek kemudahan

komputer dan pencetak di sekolah, sebanyak 68.1% (32

orang) responden kajian bersetuju , 29.8% (14 orang) kurang

bersetuju manakala 2.1% (1 orang) tidak bersetuju. Hal ini

bermakna, kemudahan yang disediakan perlu dipertingkatkan

untuk kemudahan guru membuat persiapan pengajaran dan

pembelajaran, manakala aspek bahan bantu pengajaran yang

tidak mencukupi, sebanyak 8.5% (4 orang) bersetuju, 63.8%

(30 orang) kurang bersetuju manakala 27.7% (13 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang

bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang

berkelulusan sarjana muda dan memperoleh pendapatan

RM1501 ke atas. Hal ini menunjukkan bahan bantu mengajar

yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi.

Penyediaan sumber rujukan oleh pihak sekolah kepada

guru pula menunjukkan 46.8% (22 orang) bersetuju, 48.9%

(23 orang) kurang bersetuju dan 4.3% (2 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati dua orang responden

yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru

perempuan yang berkelulusan Diploma. Sumber rujukan

merupakan bahan utama untuk membantu guru-guru

mempersiapkan diri sebelum memulakan pengajaran. Oleh

itu, pihak sekolah perlu menyediakan keperluan tersebut

dengan sebaiknya dan ia perlulah relevan mengikut perubahan

sukatan pelajaran. Dengan itu diharapkan agar minat guru-

guru meningkat seterusnya mencapai kepuasan kerja.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

172

Jadual 1.8: Peratus dan Kekerapan Aspek Gaji

Aspek Gaji Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Gaji yang saya peroleh

tidak setimpal dengan

kelulusan saya

19.1%

(9)

48.9%

(23)

31.9%

(15)

2

Gaji yang saya peroleh

tidak setimpal dengan

kerja dan tugasan yang

diberikan oleh pihak

sekolah

21.3%

(10)

48.9%

(23)

29.8%

(14)

3

Gaji yang saya peroleh

memadai untuk

menampung

perbelanjaan seharian

8.5%

(4)

34.0%

(16)

57.4%

(27)

Purata 16.3% 43.9% 39.7%

Jadual 1.8 menunjukkan aspek gaji bagi responden

kajian. Dapatan kajian menunjukkan 31.9% (15 orang)

bersetuju, 48.9% (23 orang) menyatakan gaji yang diperoleh

tidak setimpal dengan kelulusan dan 19.1% (9 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang tidak

bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang

kebanyakannya berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat 6

hingga 10 tahun serta memperoleh pendapatan RM1001 ke

atas. Ini menunjukkan sebahagian besar guru-guru berpuas

hati dengan tahap gaji yang diperoleh, manakala bagi aspek

gaji yang diperoleh tidak setimpal dengan kerja dan tugasan

yang diberikan oleh pihak sekolah, sebanyak 29.8% (14

orang) responden kajian menyatakan bersetuju, 48.9% (23

orang) kurang bersetuju dan 21.3% (10 orang) tidak bersetuju.

Dapatan kajian mendapati responden yang bersetuju dengan

pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang kebanyakannya

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

173

berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat 6 hingga 10 tahun

serta memperoleh pendapatan RM501 ke atas. Hal ini

menunjukkan tugas pengajaran dan beban tugas yang diterima

oleh guru-guru adalah sama walaupun pada tahap kelulusan

dan pendapatan yang berbeza.

Bagi aspek gaji yang diperoleh memadai untuk

menampung perbelanjaan seharian pula mendapati sebanyak

57.4% (27 orang) bersetuju, manakala 34.0% (16 orang)

kurang bersetuju dan 8.5% (4 orang) tidak bersetuju. Dapatan

kajian mendapati responden yang tidak bersetuju dengan

pernyataan ini adalah kebanyakannya guru-guru lelaki yang

berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat kurang dari 10

tahun serta memperoleh pendapatan RM1001 hingga

RM2000. Secara umumnya, sebahagian besar guru masih

berasa kurang puas hati terhadap tahap pendapatan mereka

berbanding kos hidup yang semakin bertambah.

3. Aspek Intelek

Dapatan kajian bagi aspek intelek dalam Jadual 1.9

menunjukkan 72.3% (34 orang) responden kajian bersetuju

dengan sentiasa menghadiri seminar dan kursus untuk

memajukan diri manakala 25.5% (12 orang) kurang bersetuju.

Begitu juga dengan aspek mengadakan perbincangan dengan

rakan-rakan guru, sebanyak 83.0% (39 orang) bersetuju

manakala 17.0% (8 orang) kurang bersetuju. Ini menunjukkan

guru-guru mempunyai kesedaran untuk meningkatkan tahap

intelek masing-masing dalam tugas pengajaran mereka.

Kajian dari aspek selalu membaca dan menghafal al-

Quran untuk memperoleh kepuasan kerja pula sebanyak

59.6% (28 orang) responden kajian bersetuju dan 40.4% (19

orang kurang bersetuju.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

174

Jadual 1.9: Peratus dan Kekerapan Aspek Intelek

Aspek Intelek Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Saya sentiasa

menghadiri seminar

dan kursus untuk

memajukan diri

- 25.5%

(12)

72.3%

(34)

2

Saya selalu

membaca dan

menghafal al-

Quran untuk

memperoleh

kepuasan kerja

- 40.4%

(19)

59.6%

(28)

3

Saya selalu

memastikan

pengetahuan saya

bertambah dengan

mengadakan

perbincangan

dengan rakan-rakan

guru

- 17.0%

(8)

83.0%

(39)

4

Saya sentiasa

menggunakan

kemudahan

teknologi

maklumat untuk

menambah

pengetahuan

2.1%

(1)

25.5%

(12)

72.3%

(34)

5

Saya kerap kali

membincangkan

kaedah dan strategi

pengajaran dengan

rakan sekerja

2.1%

(1)

36.2%

(17)

61.7%

(29)

Purata 0.84% 28.92% 69.78%

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

175

4. Aspek Emosi Aspek emosi diukur melalui 6 item yang merangkumi

kestabilan emosi dan kecerdasan emosi seperti dalam Jadual

1.10 dan Jadual 1.11.

Jadual 1.10 Peratus dan Kekerapan Aspek Kestabilan

Emosi Aspek Kestabilan Emosi Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Apabila menghadapi

masalah dalam

pekerjaan, saya akan

bertenang- stabil

4.3%

(2)

25.5%

(12)

70.2%

(33)

2

Saya mempunyai

keyakinan diri dan

motivasi dalam

perkhidmatan – stabil

4.3%

(2)

19.1%

(9)

76.6%

(36)

3

Saya berasa gembira

apabila berada di

sekolah-stabil

- 25.5%

(12)

74.5%

(35)

Purata 2.9% 23.4% 73.8%

Aspek kestabilan emosi yang ditunjukkan dalam

Jadual 1.10 di atas mendapati 70.2% (33 orang) bersetuju

dengan sikap bertenang apabila menghadapi masalah dalam

pekerjaan, 25.5% (12 orang) kurang bersetuju manakala 4.3%

(2 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati dua orang

responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah

guru lelaki dan perempuan yang berkelulusan sarjana muda

dan memperoleh pendapatan RM2000 ke atas.

Kajian dari aspek mempunyai keyakinan diri dan

motivasi dalam perkhidmatan pula mendapati 76.6% (36

orang) bersetuju, 19.1% (9 orang) dan 4.3% (2 orang) tidak

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

176

bersetuju. Ini selari dengan aspek berasa gembira apabila

berada di sekolah apabila 74.5% (35 orang) bersetuju dan

25.5% (12 orang) kurang bersetuju. Dapatan kajian mendapati

responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah

guru lelaki dan guru perempuan yang berkelulusan sarjana

muda dan memperoleh pendapatan RM1001 ke atas. Hal ini

menunjukkan tahap emosi guru-guru di tahap

membimbangkan dan memerlukan perhatian daripada pihak

pengurusan.

Jadual 1.11 Peratus dan Kekerapan Aspek Kecerdasan

Emosi

Aspek Kecerdasan Emosi Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

4

Saya dapat berbincang

dengan baik dengan ibu

bapa yang menyatakan

ketidakpuasan hati

terhadap saya

2.1%

(1)

25.5%

(12)

72.3%

(34)

5

Saya akan menjauhkan

diri daripada guru dan

murid yang mengkritik

saya

48.9%

(23)

34.0%

(16)

17.0%

(8)

6

Jika saya mendapat dua

tugas serentak dalam

satu masa, saya akan

memilih mana yang

perlu diberi keutamaan

dahulu

2.1%

(1)

6.4%

(3)

91.5%

(43)

Purata 17.7% 22.0% 60.3%

Jadual 1.11 di atas, mendapati guru-guru dapat

berbincang secara baik dengan ibu bapa yang menyatakan

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

177

ketidakpuasan hati terhadapnya iaitu sebanyak 72.3% (34

orang) responden kajian bersetuju, 25.5% (12 orang) kurang

bersetuju manakala 2.1% (1 orang) tidak bersetuju. Dapatan

kajian mendapati kebanyakan responden yang tidak bersetuju

dengan pernyataan ini adalah guru-guru lelaki yang

berkelulusan sarjana muda dan telah berkhidmat lebih dari 20

tahun serta memperoleh pendapatan RM2000 ke atas.

Begitu juga dari aspek hubungan dengan murid dan

guru lain yang mengkritik kerja mereka, didapati sebanyak

17.0% (8 orang) bersetuju dengan menjauhkan diri daripada

mereka, 34.0% (16 orang) kurang bersetuju manakala 48.9%

(23 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati

responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah

guru-guru lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan telah

berkhidmat lebih dari 20 tahun serta memperoleh pendapatan

RM2000 ke atas.

Ditinjau dari aspek memilih keutamaan dalam

menjalankan tugas-tugas, analisis kajian menunjukkan

bahawa 91.5% (43 orang) menyatakan bersetuju manakala

6.4% (3 orang) kurang bersetuju dan 2.1% (1 orang)

menyatakan tidak bersetuju. Dapatan kajian mendapati

responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini adalah

guru lelaki yang berkelulusan sarjana muda dan berkhidmat

kurang dari 5 tahun serta memperoleh pendapatan RM1001

hingga RM1500. Dapatan ini menunjukkan responden kajian

mempunyai kecerdasan emosi kerana mampu menyelesaikan

konflik yang menjadi faktor mempengaruhi kepuasan kerja

dan peningkatan mutu kerja.

5. Aspek Sosial

Dapatan kajian berhubung dengan aspek sosial dapat dilihat

berasaskan hubungan antara guru dengan rakan sekerja, guru

dengan pentadbir dan hubungan guru dengan murid.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

178

Jadual 1.12: Peratus dan Kekerapan Aspek Hubungan

dengan Rakan Sekerja

Aspek Hubungan

dengan Rakan Sekerja

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Rakan-rakan saya

selalu mendorong

saya supaya

cemerlang dalam

kerjaya

2.1%

(1)

12.8%

(6)

85.1%

(40)

2

Saya tidak

dipedulikan guru

lain di sekolah

63.8%

(30)

27.7%

(13)

8.5%

(4)

3 Saya menjadikan

rakan-rakan saya

yang cemerlang

sebagai rujukan

dalam pengajaran

- 17.0%

(8)

83.0%

(39)

4

Saya menyukai

rakan-rakan yang

bekerja bersama-

sama saya

- 6.4%

(3)

93.6%

(44)

5

Pandangan saya

sentiasa diberikan

perhatian oleh

rakan-rakan

2.1%

(1)

40.4%

(19)

57.4%

(27)

Purata 13.6% 20.9% 65.5%

Analisis data dalam jadual 1.12 dalam aspek hubungan

dengan rakan sekerja menunjukkan kebanyakan responden

kajian bersetuju dengan dorongan yang diberikan oleh rakan

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

179

sekerja iaitu sebanyak 85.1% (40 orang), 12.8 (6 orang)

kurang bersetuju manakala 2.1% (1 orang) tidak bersetuju.

Responden tersebut merupakan guru lelaki yang mempunyai

kelulusan sarjana muda yang baru berkhidmat dan

berpendapatan RM1001.00 hingga RM1500.00.

Manakala dari aspek tidak dipedulikan oleh guru lain

di sekolah mendapati 63.8% (30 orang) menyatakan tidak

bersetuju, 27.7% (13 orang) kurang bersetuju dan hanya 8.5%

(4 orang) bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden

yang bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah terdiri

daripada guru-guru lelaki, dua daripadanya mempunyai

kelulusan sarjana muda manakala seorang Diploma dan

seorang memiliki Diploma Pendidikan. Dari segi tempoh

perkhidmatan pula, dua orang daripadanya kurang dari 5

tahun, seorang 6 hingga 10 tahun dan seorang 11 hingga 15

tahun serta kesemuanya mempunyai pendapatan RM2000.00

ke atas.

Aspek menjadikan rakan-rakan guru yang cemerlang

sebagai rujukan dalam pengajaran menunjukkan sebanyak

83.0% (39 orang) bersetuju manakala 17.0% (8 orang)

menyatakan kurang bersetuju. Ditinjau dari aspek menyukai

rakan-rakan yang bekerja bersama-sama mendapati 93.6% (44

orang) bersetuju dan hanya 6.3% (3 orang) kurang bersetuju.

Walau bagaimanapun berbeza dengan aspek

pandangan responden yang sentiasa diberikan perhatian oleh

rakan-rakan, didapati 57.4% (27 orang) responden kajian

menyatakan bersetuju, 40.4% (19 orang) kurang bersetuju

manakala 2.1% (1 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian

mendapati responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan

tersebut adalah guru lelaki yang mempunyai kelulusan sarjana

muda yang baru berkhidmat dan berpendapatan RM1001.00

hingga RM1500.00. Hal ini menunjukkan hubungan guru-

guru dengan rakan sekerja adalah di tahap sederhana.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

180

Jadual 1.13 Peratus dan Kekerapan Aspek Hubungan

dengan Pentadbir

Aspek Hubungan

dengan Pentadbir

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Saya kerap kali

diajak untuk

mengambil

bahagian dalam

membuat

keputusan oleh

pihak pentadbir

12.8%

(6)

53.2%

(25)

34.0%

(16)

2

Pihak pengurusan

sekolah saya

mudah memberi

penghargaan

6.4%

(3)

59.6%

(28)

34.0%

(16)

3

Pengetua sekolah

membetulkan

kekurangan saya

dengan baik

2.1%

(1)

31.9%

(15)

66.0%

(31)

4

Pentadbir sentiasa

mengambil berat

kebajikan saya

2.1%

(1)

48.9%

(23)

48.9%

(23)

5

Apabila diberikan

tugasan oleh

pentadbir, saya

selesa membuat

perbincangan

dengan mereka

2.1%

(1)

27.7%

(13)

70.2%

(33)

Purata 5.1% 44.3% 50.6%

Dalam aspek hubungan dengan pentadbir pula seperti

dalam Jadual 1.13 menunjukkan 34.0% (16 orang) responden

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

181

menyatakan bersetuju terhadap penglibatan dalam membuat

keputusan bersama-sama pentadbir, manakala 53.2% (25

orang) kurang bersetuju manakala 12.8% (6 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati enam responden yang

tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah terdiri

daripada empat orang guru perempuan dan dua orang guru

lelaki, empat daripadanya mempunyai kelulusan sarjana muda

dan dua orang lulusan Diploma.

Begitu juga keadaannya dalam aspek penghargaan

yang diterima daripada pentadbir, 34.0% (16 orang) bersetuju,

59.6% (28 orang) kurang bersetuju dan 6.4% (3 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang tidak

bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah terdiri daripada

dua orang guru perempuan dan seorang guru lelaki,

kesemuanya lulusan sarjana muda. Dari segi pendapatan pula,

dua orang daripadanya memperoleh pendapatan RM2000 ke

atas manakala seorang lagi RM1001-RM1500.

Ditinjau dari aspek pihak pentadbir membetulkan

kekurangan guru dengan baik, didapati 66.0% (31 orang)

menyatakan bersetuju, 31.9% (15 orang) kurang bersetuju dan

hanya 2.1% (1 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian

mendapati responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan

tersebut adalah guru lelaki yang mempunyai kelulusan sarjana

muda yang baru berkhidmat dan berpendapatan RM1001.00

hingga RM1500.00.

Aspek pentadbir yang sentiasa mengambil berat

kebajikan guru didapati sebanyak 48.9% (23 orang)

responden kajian menyatakan bersetuju dan kurang bersetuju,

manakala 2.1% (1 orang) menyatakan tidak bersetuju.

Dapatan kajian mendapati responden yang tidak bersetuju

dengan pernyataan tersebut adalah guru perempuan yang

mempunyai kelulusan sarjana muda dan telah lama

berkhidmat iaitu 16 hingga 20 tahun serta mempunyai

pendapatan RM2000 ke atas.

Walau bagaimanapun responden kajian menyatakan

bersetuju dengan sikap terbuka pentadbir dalam membuat

perbincangan tentang tugasan yang diberikan iaitu sebanyak

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

182

70.2% (33 orang), 27.7% (13 orang) kurang bersetuju

manakala 2.1% (1 orang) tidak bersetuju. Dapatan kajian

mendapati responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan

tersebut adalah guru perempuan yang mempunyai kelulusan

sarjana muda dan telah lama berkhidmat iaitu lebih dari 20

tahun serta mempunyai pendapatan RM2000 ke atas.

Dapatan ini menunjukkan hubungan guru-guru dengan

pentadbir adalah kurang memuaskan Oleh itu, guru-guru perlu

dilibatkan dalam perbincangan dan diminta pandangan

mereka khususnya dalam perkara yang melibatkan bidang

tugas mereka. Kebiasaan proses membuat keputusan

mengenai pengurusan sekolah hanya terbatas kepada pihak

pentadbir sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong-

Penolong Kanan serta Guru Kanan Mata pelajaran yang

mewakili bidang masing-masing. Walau bagaimanapun,

penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan mengenai

pentadbiran dan pengurusan sekolah bolehlah disalurkan

melalui mesyuarat peringkat bidang masing-masing dan Guru

Kanan Mata pelajaran akan mengemukakannya dalam

mesyuarat pengurusan dan pentadbiran.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

183

Jadual 1.14: Peratus dan Kekerapan Aspek Hubungan

dengan Murid-Murid

Aspek Hubungan dengan

Murid-Murid

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1 Saya memberikan

bantuan secukupnya

kepada murid yang

bermasalah dalam

pelajaran

- 29.8%

(14)

70.2%

(33)

2

Saya memastikan tutur

kata dan tingkah laku

saya dapat dijadikan

contoh oleh murid-murid

- 4.3%

(2)

95.7%

(45)

3

Saya selalu menghubungi

murid-murid untuk

bertanyakan khabar

mereka

6.4%

(3)

55.3%

(26)

38.3%

(18)

4

Saya membuat kelas

tambahan kepada murid-

murid yang lemah

6.4%

(3)

40.4%

(19)

53.2%

(25)

5

Saya selalu memberikan

hadiah kepada murid-

murid yang cemerlang

dalam peperiksaan

8.5%

(4)

36.2%

(17)

55.3%

(26)

Purata 4.3% 33.2% 62.5%

Dalam aspek hubungan responden kajian dengan

murid-murid pula seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.14 di

atas, dapatan kajian mendapati sebanyak 70.2% (33 orang)

memberikan bantuan secukupnya kepada murid yang

bermasalah dalam pelajaran dan 29.8% (14 orang) yang

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

184

kurang bersetuju, manakala 95.7% (45 orang) responden

kajian bersetuju dalam memastikan tutur kata dan tingkah

lakunya dapat dijadikan contoh oleh murid-murid dan hanya

4.3% (2 orang) kurang bersetuju.

Ditinjau dari aspek selalu menghubungi murid-murid

untuk bertanyakan khabar mereka, didapati 38.3% (18 orang)

menyatakan bersetuju, 55.3% (26 orang) kurang bersetuju

manakala 6.4% (3 orang) tidak bersetuju agar guru-guru

bertanyakan khabar pelajar.

Dari aspek membuat kelas tambahan kepada murid-

murid yang lemah pula, sebanyak 53.2% (25 orang) bersetuju,

40.4% (19 orang) kurang bersetuju dan 6.3% (3 orang) tidak

bersetuju.

Aspek selalu memberikan hadiah kepada murid-murid

yang cemerlang dalam peperiksaan pula memperlihatkan

sebanyak 55.3% (26 orang) menyatakan bersetuju, 36.2% (17

orang) kurang bersetuju manakala 8.5% (4 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang tidak

bersetuju dengan pernyataan tersebut adalah guru-guru lelaki

yang mempunyai kelulusan sarjana muda dan baru

berkhidmat kurang dari 5 tahun.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan guru-guru

bersedia membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam

pelajaran tanpa menambah beban tugas mereka sehingga di

luar waktu persekolahan.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

185

Jadual 1.15: Peratus dan Kekerapan Aspek Hubungan

dengan Masyarakat

Aspek Hubungan dengan

Masyarakat

Tahap Kepuasan Kerja

Bil Perkara Tidak

Bersetuju

Kurang

Bersetuju

Bersetuju

1

Saya sentiasa mencari

peluang untuk mengadakan

kelas agama kepada

masyarakat

4.3%

(2)

48.9%

(23)

46.8%

(22)

Ditinjau dari aspek mengadakan kelas agama kepada

masyarakat didapati 46.8% (22 orang) bersetuju, 48.9% (23

orang) kurang bersetuju manakala 4.3% (2 orang) tidak

bersetuju. Dapatan kajian mendapati responden yang tidak

bersetuju dengan pernyataan ini adalah guru-guru perempuan

yang berkelulusan sarjana muda dan memperoleh pendapatan

RM2000 ke atas. Dapatan ini menunjukkan kesedaran guru-

guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada

masyarakat perlu dipertingkatkan lagi kerana guru agama

memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah kepada

masyarakat supaya mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh

kehidupannya.

b. Analisis Kepuasan Kerja Guru Agama SABK

Secara Keseluruhan

Jadual 1.16: Purata Min Keseluruhan Responden

Min Minimum Maksimum Sisihan Piawai

140 110.0 194.0 12.42

Jadual 1.16 menunjukkan purata min kepuasan kerja

keseluruhan responden daripada 55 item yang dikemukakan

adalah 140 dengan tingkat minimum adalah 110.0 dan tingkat

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

186

maksimum 194.0 dengan sisihan piawai pula 12.42.

Seterusnya purata min kepuasan kerja setiap responden dikira

dan dibahagikan mengikut markat berikut.

Jadual 1.17: Markat dan tahap kepuasan kerja

Markat Tahap Kepuasan Kerja

55-90 Rendah

91-120 Sederhana

121-165 Tinggi

Jadual 1.17 di atas menunjukkan jika markat

responden adalah di antara 55 hingga 90 tahap kepuasan kerja

adalah rendah. Markat di antara 91 hingga 120 menunjukkan

tahap kepuasan kerja yang sederhana manakala markat di

antara 121 hingga 165 pula menunjukkan tahap kepuasan

kerja yang tinggi.

Kemudian dengan menggunakan statistik frekuensi,

peratus guru yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang

berbeza itu telah dikira. Hasil kajian adalah seperti berikut:

Jadual 1.18: Peratus Responden Dan Tahap Kepuasan

Kerja

Tahap kepuasan kerja Peratus

Rendah 0%

Sederhana 2.1%

Tinggi 97.9%

Jadual 1.18 di atas menunjukkan peratus responden

yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang berbeza. Hampir

keseluruhan responden iaitu 97.9% mempunyai tahap

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

187

kepuasan kerja yang tinggi dalam profesion mereka. Hanya

2.1% yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang sederhana

sementara tiada responden yang mempunyai tahap kepuasan

kerja yang rendah. Ini jelas menggambarkan situasi sebenar

profesion keguruan guru-guru agama SABK Terengganu.

c. Kolerasi Antara Aspek-Aspek Spiritual Dengan

Aspek Fizikal, Intelek, Emosi Dan Sosial

Jadual di bawah menunjukkan kolerasi antara aspek spiritual

guru agama SABK Terengganu dengan aspek-aspek fizikal,

intelek, emosi dan sosial.

Jadual 1.19: Hubungan antara Aspek Spiritual dengan

Fizikal, Intelek, Emosi dan Sosial.

ASPEK Spiritual Fizikal Intelek Emosi Sosial

Spiritual Pearson

Correlation 1 .277 .123 .491** .316*

Sig. (2-tailed) .059 .409 .000 .030

N 47 47 47 47 47

** Kolerasi signifikan pada paras 0.01 (2 tailed)

Berdasarkan Jadual 1.19, dapatan kajian menunjukkan

wujud hubungan antara aspek spiritual dengan aspek emosi

(r=0.49, sig=0.00) dan aspek sosial (r=0.31, sig=0.30).

Dapatan ini bertepatan dengan konsep pembangunan insan

SPIES yang meletakkan aspek spiritual sebagai asas dalam

proses pembinaan dan pembangunan insan yang unggul.

Kemantapan iman akan melahirkan guru yang mempunyai

emosi yang stabil dan seterusnya dapat bersosial dengan baik

sama ada dengan rakan sekerja, murid-murid, pentadbir

sekolah serta masyarakat. Dapatan ini disokong oleh kajian

Syed Najmuddin et al. (2009) yang bertajuk ‘Persepsi Murid

Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

MRSM’, mendapati guru agama mempunyai imej dan

integriti, P&P, kepimpinan keagamaan dan interaksi dengan

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

188

murid pada aras tinggi manakala Mohd Kassim Tusin (2010)

melalui kajiannya yang bertajuk ‘Kualiti Guru Pendidikan

Islam (GPI) Sekolah Menengah di Sabah’ mendapati bahawa

GPI mengaplikasikan kualiti mereka di sekolah di samping

tidak mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Tiga sumber kualiti GPI telah dikenal pasti iaitu keluarga,

kesungguhan semasa di IPT dan penglibatan dalam aktiviti-

aktiviti rasmi sekolah dan kemasyarakatan. Kajian ini

merumuskan bahawa kualiti diri GPI berkait rapat dengan tiga

tema, iaitu falsafah, psikologi dan sosiologi.6

KESIMPULAN

Perguruan ialah satu profesion yang bermatlamatkan

membentuk insan yang sempurna agar manusia itu mengerti

tentang peranan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri,

masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan

Yang Maha Pencipta.7 Islam mendukung penuh usaha

membentuk dan membangunkan manusia berkualiti daripada

kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat.

Dalam usaha untuk menjalankan tugas murni ini,

mereka perlu mempersiapkan diri dengan aspek spiritual,

fizikal, intelek, emosi dan sosial. Apabila nilai-nilai spiritual

seperti keimanan, ketakwaan, bertanggungjawab, amanah

dan ikhlas kuat dan padu, disokong pula oleh aspek lain iaitu

fizikal, intelek, emosi dan sosial maka guru akan menjadi

individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang

cemerlang.

SUMBER RUJUKAN

Azizi Umar. “Penginstitusian Sekolah Menengah Agama

Rakyat (SMAR) Dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan:

Satu Kajian Kes Di Kelantan.” [Tesis Ijazah

6 Mohd Kassim Tusin, “Kualiti Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Di Sabah” (Tesis ijazah Kedoktoran, Universiti Malaysia Sabah, 2010). 7 Sufean Hussin, Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem Dan Falsafah,

Edisi Kedua (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 476.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

189

kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

2011.]

Bacharach, Samuel B., Peter Bamberger, and Stephen

Mitchell. “Work Design, Role Conflict, and Role

Ambiguity: The Case of Elementary and Secondary

Schools.” Educational Evaluation and Policy Analysis

12 (1990): 415–32. doi:10.3102/01623737012004415.

MacFarlane L.A. “A Comparison of Two Work Attitude:

Satisfaction Versus Commitment.” Colorado State

(University: MMicrofilms International Michigan,

1985.)

Sufean Hussin. Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem

Dan Falsafah. Edisi ke-2. (Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2004.)

Zakaria Stapa. Akidah Dan Akhlak Dalam Kehidupan.

(Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Sdn.Bhd., 1999.)

Falsafah SPIES dalam

http://spiesselangor.wordpress.com/category/falsafah-

spies/ dirujuk pada 18 Disember 2013

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

190

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

191

PROGRAM AMALI SOLAT DI SEKOLAH

MENENGAH TERPILIH DI DAERAH HULU

LANGAT, SELANGOR: KAJIAN TENTANG

PELAKSANAAN DAN PERSEPSI PELAJAR

Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Kamarul Hazani Yusof

PENDAHULUAN

Solat sebagai tiang agama yang membawa maksud teras

kepada amalan-amalan yang lain. Oleh itu, seseorang yang

meninggalkan dan mengabaikan solat seolah-olah ia telah

meruntuhkan agamanya sendiri. Solat juga merupakan perisai

dan benteng yang kebal dalam menghadapi fitnah, kejahatan,

kemungkaran dan hasutan syaitan. Hal ini kerana, solat akan

membuatkan seseorang itu merasakan bahawa Allah SWT

sentiasa mengawasi dan memerhatikan tingkah lakunya,

justeru ia akan menjauhkan dirinya dari segala bentuk

kemungkaran serta menjaga dirinya dari perkara-perkara

negatif.1

Sehubungan itu, Islam memerintahkan agar para ibu

bapa mengajar, membimbing dan menitikberatkan

pelaksanaan solat fardhu sebagai amalan anak-anak mereka

seawal usia 7 tahun lagi. Di usia 10 tahun pula, ibu bapa tidak

lagi boleh bertolak ansur dan dibenarkan memukul anak-anak

sekiranya mereka masih meninggalkan solat lima waktu.2 Hal

ini menunjukkan betapa pentingnya pelaksanaan solat dalam

kehidupan. Pendidikan solat adalah satu bentuk pendidikan

awal yang perlu ditekankan sebagai amalan kanak-kanak

seawal usia tujuh tahun seperti yang disarankan oleh

Rasulullah SAW. Solat juga menjadi identiti penting yang

membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

Para ibu bapa khususnya perlu menyedari tanggungjawab

mereka untuk memastikan anak-anak melaksanakan solat

1 Mustafa Masyhur, Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah, Mohd Tahir

Daeng Mengati (terj). (Kuala Lumpur: Pustaka Salam,1987).129 2 Akhlaq Husain, Ibu bapa Muslim. Mustafa Ramadhan (terj). (Kuala

Lumpur: Pustaka Hayathi, 1996). 171.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

192

secara konsisten kerana solat merupakan tonggak utama untuk

mengisi jiwa anak-anak dengan akidah tauhid.3

Menurut Hamka dalam tafsirannya ke atas ayat 45,

Surah al-Ankabut, bahawa ibadah solat lima waktu yang

dilakukan dengan sempurna mampu menghalang seseorang

dari melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti berzina,

merompak dan menipu kerana dari ibadah solat yang

dilakukan itu menjadikan dirinya sentiasa mengingati Allah

SWT dan berhubung dengan-Nya. 4 Namun begitu, fungsi

solat sebagai pencegah kemungkaran dan kejahatan kini kian

diabaikan.

Sesetengah pelajar dan remaja hari ini dikatakan

mengabaikan solat atas pelbagai alasan antaranya; sibuk

belajar, menjalankan aktiviti kokurikulum atau sibuk dengan

aktiviti-aktiviti tertentu. Ketika di rumah pula sibuk dan leka

dengan menonton televisyen, bermain ‘games’ dalam

komputer serta ber‘chatting’ atau melayari internet. Apabila

ibadat solat sering ditinggalkan, hal ini menyebabkan mereka

mudah terjebak dengan pelbagai gejala negatif yang ada di

persekitaran mereka seperti gejala lepak, merempit, membuli,

bergaduh, pergaulan bebas, vandalisme, penyalahgunaan

dadah dan perlakuan jenayah lain.

Menyedari kepentingan solat dalam pembentukan

akhlak dan budi pekerti mulia serta jati diri pelajar, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan ujian

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) sebagai satu bentuk kerja

kursus untuk calon-calon Penilaian Menengah Rendah (PMR)

dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat menengah

pada tahun 1995 sebagai lanjutan dari kurikulum di peringkat

sekolah rendah. Secara tidak langsung, ia dapat membantu

meningkatkan usaha ke arah amalan dan penghayatan Islam

dalam kehidupan. Inisiatif pihak Jabatan Pendidikan Islam

3 Muhammad Thalib, Ibu bapa Mithali. (Kuala Lumpur: Darul Nu’man,

1997). 77. 4 Hamka (1987), Tafsir al-Azhar, juz. 21. (Singapura: Pustaka Nasional,

Pte. Ltd. 1987). 5441.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

193

dan Moral (JAPIM) dalam menjadikan amalan-amalan sunat

sebagai penilaian dalam penilaian PAFA juga merupakan satu

usaha yang amat baik. Usaha ini membolehkan pelajar

melaksanakan solat serta diuji bacaan-bacaannya di peringkat

sekolah secara praktikal. Realitinya, pendidikan agama

tradisional di Malaysia sejak dahulu lagi lebih menekankan

pendidikan amali dan hafalan kerana ia mendatangkan banyak

faedah dan amat berkesan kepada pelajar.5

Program Amali Solat merupakan salah satu komponen

yang terkandung dalam PAFA untuk dilaksanakan di sekolah-

sekolah menengah sebagai asas kepada pembentukan modal

insan yang bersepadu. Amali solat yang dilaksanakan ini

adalah kesinambungan kepada pelaksanaan solat di rumah

yang menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka. Tetapi

memandangkan sebahagian masa pelajar adalah di sekolah,

tanggungjawab ini turut dipikul oleh para guru khususnya

guru-guru agama. Pelaksanaan Amali Solat ini sewajarnya

ditekankan kerana pelajar boleh mempelajarinya secara

praktis kewajipan mengerjakan solat fardu. Di sekolah, guru

boleh memberi panduan dan bimbingan manakala pelajar

yang kurang memahami tentang solat boleh menerima

bimbingan dari guru supaya timbul kesedaran tentang

kewajipan melaksanakannya.6

Namun begitu, senario gejala sosial yang berlaku

secara berleluasa dalam kalangan pelajar Islam hari ini

menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan solat fardhu

yang diwajibkan ke atas remaja sehingga tingkah laku dan

akhlak mereka tidak melambangkan tingkah laku dan akhlak

seorang Muslim. Adakah solat yang mereka lakukan tidak

menepati syarat-syarat sah atau solat yang tidak sempurna?

5 Abdul Halim al-Muhammady, Pendidikan Islam, Falsafah, Disiplin dan

Peranan Pendidik. (Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia,

1991). 70. 6 Abdul Mubin b A. Gani, “Kajian Pelaksanaan Amali Solat Dalam

Kurikulum Pendidikan Islam KBSM di Sekolah Menengah Rendah

Daerah Kluang, Johor”, [Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999]. 33.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

194

Sedangkan selain ibu bapa, guru-guru agama di sekolah juga

adalah pihak yang bertanggungjawab memastikan pelajar

mereka dapat menunaikan solat yang menepati syarat-syarat

sah serta solat yang sempurna. Keadaan ini juga menimbulkan

satu lagi persoalan, bagaimanakah bentuk pelaksanaan

Program Amali Solat yang dilaksanakan oleh guru-guru

agama di sekolah?

KEPENTINGAN PELAKSANAAN SOLAT

Ibadah solat bukan sahaja dilihat sebagai lambang agama

tetapi ia mempunyai keistimewaan yang begitu unggul sesuai

dengan kesyumulan Islam itu sendiri. Kedudukan dan

kepentingan solat disentuh secara langsung oleh Allah SWT

sama ada melalui ayat-ayat al-Quran mahupun hadis

Rasulullah SAW.7 Menurut Amran Kasimin, banyak ayat-

ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kedudukan solat

diterangkan di dalam pelbagai bentuk dan tujuan sama ada

dalam bentuk perintah yang tegas, memuji orang yang

mengerjakannya dan terdapat juga ayat yang mencela mereka

yang meninggalkannya.8 Antara dalil dalam al-Quran yang

menyatakan tentang kewajipan solat ke atas setiap mukmin

ialah sebagaimana dalam Surah al-Nisa’ ayat 103 yang

bermaksud,

“Apabila kamu telah merasa tenteram

(berada dalam keadaan aman) maka

dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna

sebagaimana biasa). Sesungguhnya

sembahyang itu adalah satu ketetapan yang

diwajibkan atas orang yang beriman, yang

tertentu waktunya”

7 Abdul Rasyid Ahmad, Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang. (Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 2003). 47. 8 Amran Kasimin, Bagaimana Mencegah Kejahatan Melalui Sembahyang.

(Kuala Lumpur: Dinie Publishers. 1992). 7

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

195

Ayat ini jelas menunjukkan pentingnya solat sebagai praktikal

lahir dan batin yang diucapkan sepenuh hati terhadap Allah

SWT bertujuan membenarkan ucapan dua kalimah syahadah.9

Solat juga menjadi sebahagian amalan orang yang mempunyai

sifat takwa 10 dan ukuran untuk menilai martabat keimanan

seseorang kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang

berbunyi:

بني الرجل وبني الشرك والكفر ترك الصالةMaksudnya:

“Di antara ciri yang membezakan seseorang itu

(sama ada Muslim atau kafir) adalah meninggalkan

solat.”11

Pelaksanaan solat sangat berbeza dengan

ritual/sembahyang yang dilaksanakan oleh penganut agama

lain. Bahkan dalam solat semua elemen rukun iman secara

bersepadu dapat dihayati bermula dengan takbiratul ihram

sehingga salam.12 Justeru, solat adalah manifestasi keimanan

kepada Allah SWT dan perkara ghaib.

Ibadat solat yang dilakukan dengan sempurna semata-

mata kerana Allah SWT akan memberi impak positif kepada

seseorang Muslim. Di antara kesan ibadah solat adalah

melahirkan individu yang tenang jiwanya. Para doktor jiwa

hari ini turut bersepakat menyatakan bahawa rawatan kepada

pesakit jiwa adalah dengan meluahkan segala perasaan yang

terpendam kepada orang lain. Hal ini kerana sikap

9 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. j. 1, c.3. (Damsyik:

Dar al-Fikr, 1985). 497. 10 Haron Din, Manusia dan Islam, c. 4. (Shah Alam: Hizbi Marketing Sdn

Bhd, 1989). 114. 11 Al-Imam Abu Husayn Muslim bin Hujjaj al-Qusyayri al-Nisaburi

(1995), Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Itlaq Ismu al-Kufr ‘ala

Man Taraka al-Solah, no. hadith 134. 12 Hajar Opir, “Metodologi Pembangunan Akhlak di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah: Kajian Khusus di SMI Al-Amin Gombak, Selangor.”

[Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, 2006]. 49.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

196

menyembunyikan perasaan duka dalam hati akan bertambah

parah. Maka, orang yang bersolat secara langsung akan

bermonolog dengan Allah SWT serta mencurahkan segala

perasaan duka, kecewa, kesal dan susah hati kepada-Nya.

Oleh yang demikian, solat menjadikan jiwanya tenang dan

pasrah kepada Allah SWT. Bukan sekadar itu, solat juga

berpotensi membentuk individu yang mempunyai daya

ketahanan fizikal, mental dan rohani yang kental sehingga

mampu untuk melaksanakan amar makruf dan berani

mencegah kemungkaran.13 Ketenangan yang diperoleh oleh

seseorang melalui solat akan menjadikan dirinya sentiasa

rindu menunggu waktu solat fardhu, segera untuk bermunajat

kepada Allah SWT dengan meninggalkan segala urusan kerja

dan aktiviti harian untuk sementara waktu.14

Mustafa Masyhur menyatakan, solat adalah perisai

dan benteng yang paling ampuh dalam menghadapi fitnah,

kejahatan, kemungkaran dan hasutan syaitan. Seseorang itu

akan merasakan Allah SWT sentiasa mengawasi dan

memerhatikan tingkah lakunya, itulah sebabnya ia akan

menjauhkan dirinya dari segala bentuk kemungkaran serta

menjaga dirinya dari perkara-perkara negatif.15 Ini

membuktikan betapa solat amat penting untuk dilaksanakan

oleh seseorang yang bergelar Muslim secara konsisten dan

sempurna kerana solat adalah titik permulaan ke arah

pembentukan individu yang benar-benar komited dengan

ajaran Islam. Al-Quran sendiri telah menjelaskan tentang

hubung kait antara solat dengan akhlak serta perilaku

seseorang melalui firman Allah SWT dalam Surah al-

Ankabut ayat 45 yang bermaksud, “Sesungguhnya

sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan

mungkar.”

13 Hajar Opir, (2006). 49 14 Mustafa Masyhur, Muqawwimat Rijal Al-‘Aqidah ‘Ala Tariq Al-

Da’wah, (Qaherah: Dar Al-Tauzi’ wa Al-Nasyr Al-Islamiah, 1992). 31. 15 Mustafa Masyhur (1987 ).129

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

197

Syed Qutb dalam mentafsir ayat ini menyatakan

bahawa suruhan mengerjakan solat ditujukan kepada seluruh

mukmin kerana ia mampu mencegah seseorang dari perkara

yang keji dan mungkar. Solat adalah penghubung secara terus

dengan Allah SWT yang menyebabkan pelakunya merasa

malu kepada Allah SWT untuk melakukan sebarang dosa dan

maksiat. Justeru itu, ia dapat menyucikan diri dan jiwanya dari

sebarang kejahatan dan kemungkaran.16

Menurut Ibn Kathir pula, solat mengandungi dua

perkara penting iaitu meninggalkan kejahatan serta

kemungkaran. Maksudnya, seseorang yang sentiasa konsisten

dalam melaksanakan solat, ia akan menjauhkan dirinya dari

kejahatan dan kemungkaran.17 Sesungguhnya, solat

mempunyai tiga sifat. Sekiranya tidak disertai dengan tiga

sifat ini, maka seolah-olah tiada solat bagi seseorang itu. Tiga

sifat tersebut ialah ikhlas, khasyah (takutkan Allah SWT) dan

zikrullah (ingatkan Allah SWT). Sifat ikhlas akan menyuruh

seseorang melakukan kebaikan, sifat khasyah pula

mencegahnya dari kemungkaran dan sifat zikrullah akan

menyuruhnya kepada kebaikan serta mencegah dari

kemungkaran.18 Solat adalah suatu ibadah yang paling penting

dan utama berbanding ibadah yang lain kerana solat

mendorong seseorang hamba menumpukan sepenuh hati,

pemikiran dan seluruh jiwanya dalam mengabdikan diri

kepada Allah SWT.19

Terdapat beberapa kajian turut merumuskan tentang

kesan pengabaian solat dalam kehidupan. Antaranya; Farihah

16 Syed Qutb, Tafsir Fi Zilal al-Quran, (Qaherah: Dar al-Syuruq, c. 13, j.

5, 1987). 2738. 17 Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, (Riyadh: Dar Al-Salam Li Al-Nasyr Wa

al-Tawzi’, j. 3, 1993). 2155 18 Ibn Kathir, (1993). 2156. 19 Safwan Fathi, Kemanisan Solat, c.1. (Kuala Lumpur: OMMO

Enterprise, 2000). 30.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

198

Hussain20 mendapati tiada penghayatan ibadah khusus harian

terutamanya solat fardhu telah menyumbang kepada

keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja manakala kajian

Mohd Suhardi Mat Jusoh21 mendapati remaja yang sering

mengabaikan solat lebih mudah terjebak dengan gejala sosial

berbanding remaja yang konsisten dalam melaksanakan solat. Azizah Zakaria22 pula mendapati, terdapat sejumlah pelajar

yang tidak konsisten dalam menunaikan solat akan mudah

terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Justeru, terbukti bahawa pelaksanaan solat sangat

mempengaruhi kehidupan seharian seseorang sama ada dalam

aspek pembentukan akidah, tingkah laku, pemikiran, hati dan

sebagainya.

PELAKSANAAN AMALI SOLAT DI SEKOLAH

Bermulanya penekanan kepada aspek amali dan penghayatan

Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam di negara ini adalah

ekoran daripada laporan yang dikemukakan oleh

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979.23

Amali solat adalah salah satu komponen yang terkandung

dalam PAFA untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah

menengah sebagai asas kepada pembentukan modal insan

20 Farihah Hussain, “Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja: Kajian Di

Alor Setar” [Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 2006]. 21Mohd Suhardi Mat Jusoh, “Pengabaian Solat Fardu Di Kalangan

Remaja: Kajian Di Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Pasir Putih,

Kelantan”. [Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 2004]. 22Azizah Zakaria, “Penghayatan Terhadap Beberapa Aspek Dalam

Falsafah Etika al-Ghazali: Kajian Di Kalangan Pelajar Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam” [Disertasi Sarjana Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004]. 23 Zainal Abidin Abdul Kadir, “Reformasi Pendidikan Islam Di Sekolah:

Matlamat dan Harapan”, dalam Ismail Ab. Rahman et al. (ed.), Isu-Isu

Pendidikan Islam Di Malaysia: Cabaran dan Harapan. (Kuala

Terengganu: KUSZA, 1993). 107-108.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

199

yang bersepadu. Amali solat yang dilaksanakan ini adalah

kesinambungan kepada pelaksanaan solat di rumah yang

menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka. Tetapi

memandangkan sebahagian masa pelajar adalah di sekolah,

tanggungjawab untuk memastikan pelajar melaksanakan solat

dengan sempurna turut dikongsi oleh para guru khususnya

guru-guru agama.

Sehubungan dengan itu, satu perubahan besar kepada

sistem pendidikan di Malaysia telah berlaku apabila

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang menjadi

kesinambungan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah mula diperkenalkan pada tahun 1989. Perubahan ini

telah membawa kepada perubahan peruntukan waktu

tambahan untuk mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pertambahan waktu inilah yang telah memberi ruang satu

waktu bagi amali solat atau solat berjemaah dan dua waktu

tambahan untuk memperkukuhkan kurikulum dan

kokurikulum.24

Program Amali Solat ini dilaksanakan juga atas

kesedaran pihak kerajaan berkaitan fenomena pelajar yang

keluar dari sekolah tetapi buta fardu ain. Fenomena ini tidak

berakhir di situ sahaja, bahkan apa yang membimbangkan

banyak pihak apabila mereka turut hanyut dalam arus

keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah.

Dari situ, menjadi tanggungjawab guru agama juga

untuk merancang program pemulihan dan pengukuhan

berdasarkan keperluan pelajar mereka. Program pemulihan

dan pengukuhan juga boleh dilaksanakan dalam dua waktu

tambahan apabila waktu tersebut memang diisi dengan

24 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia,

1988). 28.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

200

program atau aktiviti yang ada hubungan dengan sukatan

pelajaran.25

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan melibatkan lima buah

sekolah menengah terpilih di daerah Hulu Langat iaitu Sek.

Men. (A) Persekutuan Kajang, Sek. Agama Menengah Bt.10,

Cheras, Sek. Men. Keb. Agama Maahad Hamidiah Kajang,

Sek. Men. Keb. Engku Husain, Semenyih dan Sek. Men. Keb.

Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Pemilihan sekolah-sekolah

ini sebagai sampel kajian sebagai mewakili kepelbagaian jenis

sekolah yang terdapat di daerah Hulu Langat iaitu sekolah

menengah agama berasrama penuh, sekolah menengah

kebangsaan agama, sekolah agama menengah negeri serta

sekolah menengah kebangsaan harian.

Responden kajian pula terdiri daripada 337 orang pelajar

tingkatan dua (2) dan 22 orang guru agama dari lima (5) buah

sekolah terpilih di daerah Hulu Langat Selangor, Malaysia.

Responden dipilih menggunakan persampelan secara rawak.

Kajian lapangan ini telah menggabungkan beberapa kaedah

dalam proses pengumpulan data seperti temubual, soal selidik

dan pemerhatian.

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik seterusnya

disemak dan diproses menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS), kemudian dianalisis

menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk dihuraikan

mengikut peratusan, min dan sisihan piawai yang diperoleh.

Manakala data-data yang diperoleh melalui temu bual dan

pemerhatian pula dibentangkan secara deskriptif sebagai

menyokong data yang sedia ada.

25 Bahagian Pendidikan Islam, Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam

KBSM di Sekolah Menengah Kebangsaan. (Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia, 1989). 2.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

201

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

1. Bentuk Pelaksanaan Program Amali Solat Yang

Dilaksanakan Oleh Guru

Bagi mengenalpasti bentuk pelaksanaan Program Amali Solat

di sekolah menengah daerah Hulu Langat, beberapa soalan

telah dikemukakan melalui soal selidik kepada 22 responden

yang terdiri daripada guru agama di lima (5) buah sekolah

menengah terpilih.

Hakikatnya, bagaimana guru merancang cara

pelaksanaan Program Amali Solat agar membuahkan hasil

yang diharapkan bergantung kepada kebijaksanaan guru

tersebut. Justeru, kajian ini telah mengajukan 10 soalan

kepada responden untuk melihat bentuk pelaksanaan Program

Amali Solat yang dijalankan oleh mereka di sekolah. Hasil

kajian tentang pernyataan bentuk pelaksanaan Program Amali

Solat ini telah dihuraikan dalam jadual 1.

Jadual 1: Bentuk Pelaksanaan Program Amali Solat

Bil Butiran Min Sisihan

piawaia

n

1 Saya akan membawa pelajar ke

surau/musolla untuk melaksanakan

Program Amali Solat.

1.45 0.510

2 Saya menunjuk cara wudhuk dan solat

dengan jelas kepada pelajar.

1.41 0.734

3 Saya menggunakan waktu amali solat

untuk melaksanakan pengajaran

Pendidikan Islam dalam kelas.

3.00 1.414

4 Saya melaksanakan Program Amali

Solat untuk pelajar saya yang

dipecahkan kepada kumpulan kecil.

2.29 1.102

5 Saya mengajar cara wudhuk dan solat

secara teori di dalam kelas, kemudian

melaksanakan amali di musolla/surau.

1.64 0.902

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

202

6 Saya merekodkan kehadiran pelajar

kelas saya dalam Program Amali Solat.

1.68 0.945

7 Saya sentiasa menulis laporan tentang

aktiviti Program Amali Solat yang saya

laksanakan dalam buku khas.

2.50 1.225

8 Pelaksanaan amali solat di sekolah saya

dijalankan semasa waktu solat fardhu.

2.50 1.406

9 Peruntukan satu dari dua waktu

tambahan Pendidikan Islam saya

gunakan untuk mengajar pelajar saya

cara berwudhuk dan solat yang

sempurna.

2.45 1.299

10 Kadang-kadang saya menggunakan

waktu solat sunat dhuha sebagai waktu

amali solat.

2.23 1.020

Dalam Jadual 1, secara terperincinya untuk pernyataan

pertama iaitu “ Saya akan membawa pelajar ke surau/musolla

untuk melaksanakan Program Amali Solat”, pernyataan ini

telah dipersetujui oleh responden secara keseluruhan. Ini

terbukti dengan min=1.45 yang menunjukkan bahawa hampir

keseluruhan guru bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini

memudahkan untuk mereka mengawasi serta memerhatikan

cara pelajar mengambil wudhuk seterusnya melaksanakan

solat secara sempurna sama ada dari sudut rukun atau syarat

sahnya. Mereka juga bersetuju dengan pernyataan bahawa

mereka akan menunjukkan cara wudhuk dan solat dengan

jelas kepada pelajar. Ini disokong oleh min=1.41 yang

diperolehi dari data yang dianalisa. Walau bagaimanapun,

bagi pernyataan menggunakan waktu amali solat untuk

melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam dalam kelas,

majoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan

waktu amali solat untuk melaksanakan pengajaran Pendidikan

Islam dalam kelas. Ini disokong oleh min=3.00 yang diperoleh

dari data yang dianalisis. Dapatan ini menunjukkan bahawa

para guru telah berusaha menggunakan waktu amali solat

untuk mengajar dan membimbing pelajar mereka dalam

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

203

pelaksanaan solat yang sempurna. Hal ini juga dibuktikan

dengan pemerhatian pengkaji sendiri sewaktu amali solat

sedang berlangsung di Surau Al-Faizin Sek. Men. Keb. Engku

Hussien, Semenyih, Hulu Langat, Selangor.26 Pengkaji dapat

memerhatikan bagaimana usaha guru-guru untuk memastikan

pelajar-pelajar mereka hadir, mengambil wudhuk seterusnya

menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Ini menunjukkan

kesungguhan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut.

Bagi pernyataan seterusnya iaitu, “Saya melaksanakan

Program Amali Solat untuk pelajar saya yang dipecahkan

kepada kumpulan kecil,” sebahagian besar guru yang

menyatakan persetujuan mereka dengan pernyataan ini. Ini

terbukti dengan min=2.29 yang diperoleh. Ini bermakna tidak

semua guru melaksanakan amali solat dengan memecahkan

pelajar mereka dalam kumpulan kecil. Manakala untuk

pernyataan yang seterusnya iaitu “Saya mengajar cara wuduk

dan solat secara teori di dalam kelas, kemudian melaksanakan

amali di musolla/surau”, hampir kesemua responden bersetuju

dengan cara pelaksanaan ini melalui hasil analisis iaitu dengan

min=1.64.

Melalui pernyataan keenam iaitu mengenai pernyataan

responden merekodkan kehadiran pelajar dalam Program

Amali Solat, didapati hampir keseluruhan responden telah

merekodkan kehadiran pelajar mereka dalam Program Amali

Solat ini disokong dengan min=1.68 yang diperoleh dari data

yang dianalisis. Hal ini membuktikan kesungguhan para guru

dalam memastikan pelajar mereka supaya tidak meninggalkan

sembahyang fardhu. Bagi pernyataan yang ketujuh iaitu

berkaitan dengan sentiasa menulis laporan tentang aktiviti

Program Amali Solat yang dilaksanakan dalam buku khas,

separuh dari responden menyatakan bahawa mereka menulis

26 Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap pelaksanaan amali

solat di surau al-Faizin, Sek. Men. Engku Hussien, Semenyih pada 3 hb

Mac, 2010.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

204

laporan tentang aktiviti tersebut demikian melalui min=2.50

yang diperoleh.

Manakala bagi menjelaskan pernyataan yang kelapan

berkaitan dengan waktu pelaksanaan amali solat di sekolah

yang dijalankan semasa waktu solat fardhu, separuh dari

responden juga bersetuju menyatakan bahawa berbuat

demikian. Ini jelas dari dapatan yang diperolehi di mana

pernyataan telah menunjukkan min=2.50. Dapatan ini juga

mendapati separuh lagi responden tidak melaksanakan

Program Amali Solat dalam waktu solat fardhu bahkan

melaksanakannya di luar waktu solat fardu. Sebenarnya,

mengikut pendapat pengkaji pelaksanaan Program Amali

Solat di luar waktu solat fardhu adalah lebih sesuai dengan

objektif Program Amali Solat. Ini kerana objektif dari

Program Amali Solat ini bukan sahaja untuk memastikan

pelajar melaksanakan solat tetapi juga melaksanakannya

dengan betul dan sempurna dari segi rukun dan syarat sahnya.

Oleh sebab itu terdapat guru agama yang melaksanakannya

dalam waktu dhuha.27

Peruntukan satu dari dua waktu tambahan Pendidikan

Islam saya gunakan untuk mengajar pelajar saya cara

berwudhuk dan solat yang sempurna adalah pernyataan yang

kesembilan dicatatkan dalam jadual 16. Min=2.45

menunjukkan separuh dari responden bersetuju bahawa

mereka menggunakan peruntukan satu dari dua waktu

tambahan untuk mengajar pelajar cara berwuduk dan solat

yang sempurna. Ini juga bermaksud bahawa separuh lagi

responden tidak menggunakan peruntukan satu dari dua waktu

tambahan untuk mengajar pelajar cara berwudhuk dan solat

yang sempurna. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi impak

kepada pelaksanaan solat yang sempurna dalam kalangan

pelajar. Manakala bagi pernyataan yang terakhir “Kadang-

27 Temu bual Puan Fatimah Abas, guru Pendidikan Islam Sek. Agama

Men. Batu 10, Hulu Langat pada 1 hb Mac, 2010 dan Puan Razana bt Said

@ Razali, guru Pendidikan Islam Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang,

Selangor pada 10 hb Mac, 2010.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

205

kadang saya menggunakan waktu solat sunat dhuha sebagai

waktu amali solat”, hampir separuh dari responden bersetuju

dengan pernyataan ini sebagaimana yang ditunjukkan dengan

perolehan min=2.23 di atas. Ini membuktikan responden juga

berjaya melaksanakan Program Amali Solat dengan

menggunakan kreativiti mereka sendiri iaitu menggunakan

waktu solat sunat dhuha untuk tujuan itu. Hasil temu bual

pengkaji dengan beberapa orang guru Pendidikan Islam

menyokong dapatan kajian ini.28

2. Persepsi Pelajar Terhadap Pelaksanaan Program

Amali Solat Yang Dijalankan Di Sekolah

Bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap pelaksanaan

Program Amali Solat di sekolah menengah daerah Hulu

Langat, pengkaji telah memilih secara rawak 337 orang

responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua (2) dari

lima (5) buah sekolah terpilih. Responden diminta

memberikan pendapat mereka terhadap kepentingan

pelaksanaan Program Amali Solat di sekolah. Sebanyak tujuh

(7) item soalan telah dibina oleh pengkaji untuk mendapatkan

maklumat berkaitan dengannya. Soalan seterusnya yang

dikemukakan di dalam soal selidik adalah bertujuan untuk

mengenal pasti persepsi mereka secara umum dan secara

terperinci terhadap Program Amali Solat yang dilaksanakan di

sekolah mereka. Hasil kajian tentang persepsi responden

terhadap bentuk pelaksanaan Program Amali Solat ini telah

dihuraikan dalam jadual-jadual berikut.

28 Temu bual Puan Che Ainon Che Ahmad, Guru Kanan Pendidikan Islam

Sek. Men. Keb. Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor pada 9 hb

Mac, 2010.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

206

Jadual 2: Persepsi Responden Pelajar Terhadap

Kepentingan Program Amali Solat Dilaksanakan Di

Sekolah

Bi

l

Butiran Min S.P

1 Program Amali Solat adalah penting kepada

semua pelajar.

1.25 .484

2 Program Amali Solat telah banyak mengajar saya

cara wudhuk dan solat dengan sempurna.

1.29 .486

3 Ilmu tentang solat yang saya peroleh dari

pelaksanaan Program Amali Solat sangat

berguna untuk kehidupan saya.

1.20 .433

4 Pelaksanaan Program Amali Solat di sekolah

membantu saya untuk melaksanakan solat secara

konsisten di rumah.

1.57 .709

5 Saya sering kali ponteng dari mengikuti Program

Amali Solat yang dilaksanakan di sekolah saya

tanpa rasa rugi.

4.57 .765

6 Program Amali Solat yang dilaksanakan di

sekolah saya kurang memberi manfaat kepada

diri saya.

4.36 .838

7 Program Amali Solat yang dilaksanakan di

sekolah saya dapat merapatkan hubungan saya

dengan rakan dan guru agama.

1.93 .890

Dalam Jadual 2, dapatan kajian telah menunjukkan

pernyataan tentang kepentingan Program Amali Solat untuk

pelajar. Hampir keseluruhan responden menjelaskan bahawa

ia penting untuk diri mereka sebagaimana min=1.25 yang

didapati dari data yang dianalisis. Manakala, untuk pernyataan

yang seterusnya iaitu mengenai peranan program ini dalam

mengajar cara wudhuk dan solat yang sempurna, hampir

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

207

keseluruhan responden juga menyatakan persetujuan mereka.

Ini dibuktikan dengan mi= 1.29 yang diperoleh.

Bagi pernyataan ketiga iaitu berkenaan dengan ilmu

tentang solat yang diperoleh oleh responden hasil dari

mengikuti Program Amali Solat ini amat berguna kepada

mereka, semua responden secara puratanya menyatakan

persetujuan mereka. Ini disokong oleh min=1.20 yang

diperolehi dari data yang dianalisa. Ini bermakna semua

responden bersetuju bahawa Program Amali Solat ini

berfaedah kepada mereka. Semua responden juga secara

umumnya menyatakan bahawa pelaksanaan Program Amali

Solat di sekolah dapat membantu mereka untuk melaksanakan

solat secara konsisten di rumah berdasarkan min=1.57 yang

didapati. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden

berpendapat Program Amali Solat penting dalam membantu

mereka solat secara konsisten di rumah. Hal ini membuktikan

para pelajar sebenarnya menyedari bahawa program ini

banyak memberi faedah kepada mereka.

Secara kesimpulannya, pengkaji berpendapat bahawa

hampir keseluruhan pelajar menyedari kepentingan Program

Amali Solat dan manfaatnya kepada diri mereka. Cuma

apabila dilihat dari sudut pelaksanaan solat, masih ramai

kalangan pelajar yang meninggalkan solat atau

melaksanakannya secara tidak konsisten. Sudah pasti di sana

terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi sesetengah

pelajar yang menyebabkan mereka lalai dari menunaikannya

secara konsisten.

“Saya sering kali ponteng dari mengikuti Program

Amali Solat yang dilaksanakan di sekolah saya tanpa rasa

rugi” merupakan pernyataan yang kelima dalam bahagian ini.

Min=4.57 menunjukkan kesemua responden tidak bersetuju

dengan pernyataan bahawa mereka sering kali ponteng dari

mengikuti Program Amali Solat tanpa rasa rugi. Dapatan ini

membuktikan bahawa para pelajar sebenarnya suka

menghadiri Program Amali Solat ini. Hampir keseluruhan

responden menjelaskan mereka sebenarnya tidak bersetuju

dengan pernyataan bahawa Program Amali Solat kurang

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

208

memberi manfaat kepada mereka. Ini disokong oleh

min=4.36 yang diperolehi. Dapatan ini menunjukkan bahawa

semua responden menyatakan mereka mendapat manfaat dari

program ini.

Program Amali Solat yang dilaksanakan di sekolah

saya dapat merapatkan hubungan saya dengan rakan dan guru

agama adalah kenyataan terakhir yang dikemukakan dalam

bahagian ini kepada responden. Kebanyakan responden

bersetuju dengan kenyataan sebagaimana yang ditunjukkan

dengan perolehan min=1.93 di atas. Dapatan ini menunjukkan

bahawa Program Amali Solat secara tidak langsung juga

berperanan dalam menjalinkan hubungan yang baik sesama

pelajar juga antara guru dengan pelajar. Hal ini dapat memberi

peluang kepada para guru untuk menyemaikan didikan akhlak

yang mulia serta memberi nasihat yang berguna kepada

mereka.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah

membuktikan bahawa hampir kesemua pelajar mengakui

kepentingan pelaksanaan Program Amali Solat di sekolah dan

manfaatnya untuk diri mereka.

Jadual 3: Persepsi Responden Pelajar Secara Umum

Terhadap

Program Amali Solat Yang Dilaksanakan Di Sekolah

Frekuensi Peratus

Bagus 249 73.9

Tidak bagus 1 .3

Tidak pasti 33 9.8

Perlu dibaiki 38 11.3

Tiada respon 16 4.7

Total 337 100.0

Jadual 3 menjelaskan tentang pandangan pelajar

secara umum terhadap Program Amali Solat yang

dilaksanakan di sekolah mereka. Huraian bagi dapatan kajian

bahagian ini adalah dalam bentuk frekuensi dan peratus.

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

209

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 249

orang (73.9%) berpendapat bahawa Program Amali Solat

yang dilaksanakan di sekolah mereka adalah bagus manakala

hanya seorang (0.3%) responden yang menyatakan ia tidak

bagus, diikuti dengan 33 orang (9.8%) responden memberikan

jawapan tidak pasti. 38 orang (11.3%) responden pula

menjelaskan bahawa pelaksanaan program ini perlu

diperbaiki dan 16 orang (4.7%) responden pula tidak

memberikan apa-apa respon kepada soalan ini. Hal ini

menunjukkan bahawa guru-guru agama yang mengendalikan

Program Amali Solat telah berjaya melaksanakannya dengan

baik dan memuaskan hati pelajar-pelajar mereka.

Walau bagaimanapun dapatan kajian juga telah

mendapati seramai 38 orang (11.3%) responden menyatakan

bahawa program ini perlu dibaiki. Ini membuktikan terdapat

segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan bentuk

pelaksanaan yang dijalankan oleh guru mereka dan

memerlukan penilaian daripada pihak guru.

Selain diminta memberikan pandangan secara umum

terhadap pelaksanaan Program Amali Solat di sekolah

mereka, responden juga diminta memberi pandangan mereka

secara terperinci terhadapnya. Huraian tentang hasil kajian

tersebut dihuraikan dalam Jadual 4.

Pernyataan pertama, kedua dan ketiga adalah tentang

pandangan responden terhadap personaliti guru yang

mengajar mereka. Hampir keseluruhan responden

menyatakan persetujuan mereka terhadap pernyataan ini dan

berpuas hati kepada personaliti guru mereka yang bersifat

mesra dan prihatin. Hasil kajian ini digambarkan oleh nilai

min=1.72, min=1.76 serta min=1.91 yang diperoleh hasil

analisis data. Bagi pernyataan yang keempat, min=3.91 yang

diperoleh menunjukkan bahawa sebilangan besar responden

tidak bersetuju bahawa mereka merasa bosan dengan cara

guru mereka mengajar amali solat. Manakala, bagi pernyataan

yang kelima pula, keseluruhan responden berpendapat mereka

bersetuju bahawa guru mengajar cara-cara wudhuk dan cara

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

210

solat dengan jelas. Ini disokong oleh min=1.75 yang

diperolehi.

Jadual 4: Persepsi Responden Pelajar Secara Terperinci

Terhadap Pelaksanaan Program Amali Solat Di Sekolah

Bi

l

Butiran Min S.P.

1 Saya suka belajar amali solat dengan guru yang

mengajar saya sekarang.

1.72 0.710

2 Guru amali solat saya seorang yang mudah

mesra.

1.76 0.768

3 Guru amali solat saya seorang yang prihatin

terhadap kehadiran pelajar dalam Program

Amali Solat.

1.91 0.807

4 Saya merasa bosan dengan cara guru saya

mengajar amali solat.

3.91 0.925

5 Guru mengajar cara-cara wudhuk dan cara

solat dengan jelas.

1.75 0.714

6 Guru mengajar amali solat di sekolah saya

hanya pada waktu Program Amali Solat sahaja.

2.63 1.046

7 Saya suka guru amali solat mengajar cara solat

dalam kumpulan yang kecil.

2.10 1.020

8 Waktu amali solat mencukupi untuk saya

belajar cara wuduk dan cara solat.

2.34 1.009

9 Waktu yang diperuntukkan untuk amali solat

perlu ditambah.

2.40 1.030

10 Saya berpendapat waktu untuk amali solat

amat sesuai dilaksanakan sebelum masuk

waktu zohor.

2.34 1.018

11 Tempat amali solat selalu sesak dan padat

kerana ruangnya yang kecil.

3.32 1.256

12 Saya dapat menjalani Program Amali Solat

dalam keadaan selesa.

2.11 0.893

13 Saya dapat belajar mengambil wuduk dengan

selesa kerana ruang wuduk yang luas.

2.15 0.992

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

211

Seterusnya bagi pernyataan yang keenam iaitu “Guru

mengajar amali solat di sekolah saya hanya pada waktu

Program Amali Solat sahaja”, lebih separuh dari responden

iaitu min=2.63 bersetuju dengan pernyataan ini. Ini bermakna

sebilangan besar guru mengajar amali solat di sekolah pada

waktu Program Amali Solat sahaja. Namun begitu terdapat

juga guru yang mengajar bukan sahaja dalam waktu amali

solat bahkan ditambah dalam waktu yang lain mungkin dalam

waktu pengajaran dan pembelajaran atau waktu kokurikulum.

Keadaan ini bergantung kepada keadaan pelajar dan juga

inisiatif para guru. Hasil temu bual pengkaji dengan beberapa

orang guru agama menyokong pernyataan ini.29

“Saya suka guru amali solat mengajar cara solat dalam

kumpulan yang kecil” adalah kandungan yang tercatat dalam

pernyataan yang ketujuh. Nilai min=2.10 menunjukkan

majoriti daripada responden bersetuju bahawa mereka suka

guru amali solat mengajar mereka cara solat dalam kumpulan

yang kecil. Keadaan ini sebenarnya lebih digemari oleh

kebanyakan pelajar kerana dengan cara ini mereka akan

mendapat lebih tumpuan serta bimbingan dari guru.

Bagi pernyataan kelapan, kesembilan dan kesepuluh

pula iaitu pernyataan tentang pendapat mereka terhadap waktu

pelaksanaan amali solat. Nilai min =2.34 bagi pernyataan

kelapan menunjukkan sebahagian daripada responden

menyatakan bahawa waktu amali solat mencukupi untuk

mereka belajar cara wudhuk dan cara solat. Diikuti dengan

lebih separuh juga responden iaitu dengan min=2.40

menyatakan mereka bersetuju waktu yang diperuntukkan

untuk amali solat ditambah. Dapatan ini menunjukkan bahawa

walaupun waktu untuk mereka belajar cara wudhuk dan cara

29 Temu bual pengkaji dengan Puan Abidah bt Ahmad, guru Pendidikan

Islam Sek. Men. Keb. Engku Hussien, Semenyih, Puan Che Ainon Che

Ahmad, Guru Kanan Pendidikan Islam Sek. Men. Keb. Agama Maahad

Hamidiah, Kajang dan Puan Razana Said@Razali, guru Pendidikan Islam

Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang, Selangor pada pada 3, 9 dan 10 hb

Mac, 2010.

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

212

solat telah mencukupi buat masa ini, tetapi mereka merasakan

bahawa ia perlu ditambah untuk menambahkan lagi kualiti

solat mereka. Manakala bagi pernyataan kesepuluh iaitu

“Saya berpendapat waktu untuk amali solat amat sesuai

dilaksanakan sebelum masuk waktu Zohor”, lebih separuh

juga responden bersetuju dengannya. Ini digambarkan dengan

min=2.34 yang diperoleh hasil analisis data. Hal ini juga

membuktikan bahawa responden lebih suka Program Amali

Solat dilakukan secara berasingan dari waktu solat fardhu. Ini

mungkin mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang

lebih jelas dari guru mereka tentang cara wudhuk dan cara

solat yang betul. Kenyataan yang seterusnya ialah pernyataan tentang

tempat atau prasarana tempat Program Amali Solat

dilaksanakan. Min=3.32 yang diperoleh hasil data yang

dianalisis membuktikan majoriti pelajar menolak bahawa

tempat amali solat selalu sesak dan padat kerana ruangnya

yang kecil sebagaimana yang dinyatakan dalam pernyataan

kesebelas. Ini membuktikan bahawa majoriti pihak sekolah

mengambil berat tentang tempat Program Amali Solat

dilaksanakan.

Manakala bagi pernyataan kedua belas iaitu “Saya

dapat menjalani Program Amali Solat dalam keadaan selesa”,

majoriti daripada responden menyatakan persetujuan mereka

tentang pernyataan ini. Ini disokong dengan nilai min=2.11

yang diperoleh. Diikuti dengan pernyataan “Saya dapat

belajar mengambil wudhuk dengan selesa kerana ruang

wudhuk yang luas” yang merupakan pernyataan terakhir bagi

bahagian ini. Nilai min=2.15 membuktikan bahawa majoriti

responden bersetuju dengan pernyataan ini bermakna mereka

dapat belajar mengambil wudhuk dengan selesa kerana ruang

wudhuk yang luas.

Secara kesimpulannya, pandangan positif para

responden menunjukkan bahawa tempat dan prasarana tempat

Program Amali Solat dilaksanakan berada di tahap

memuaskan hati mereka. Hal ini juga membuktikan

keprihatinan pihak pentadbir sekolah serta kesungguhan para

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

213

guru dalam menyediakan tempat yang selesa bagi

melaksanakan program ini dengan lebih berkesan lagi.

SARANAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, para guru agama

dilihat telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik

dan berdedikasi mengikut pendekatan dan kreativiti masing-

masing dalam menjayakan Program Amali Solat. Manakala,

di pihak pelajar pula, secara umumnya mereka berpuas hati

dengan pelaksanaan Program Amali Solat di sekolah mereka

meskipun ia masih perlu kepada usaha-usaha

penambahbaikan. Oleh itu, dicadangkan beberapa saranan

kepada beberapa pihak tertentu untuk dipertimbangkan atau

dilaksanakan bagi mengemaskini pelaksanaan Program Amali

serta mempertingkatkan lagi keberkesanannya.

1. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),

Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) disarankan

agar sentiasa membuat semakan dan kajian semula ke atas

pelaksanaan kurikulum yang sedia ada dari masa ke semasa

adakah masih relevan dan perlu kepada penambahbaikan atau

pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan/situasi serta

merangka modul-modul bagi program berkaitan solat yang

lebih praktikal dan fleksibel di sekolah-sekolah bagi

memperkasakan solat dalam kehidupan pelajar. Ini

memandangkan kepada ramainya pelajar yang masih buta

fardhu ain khususnya dalam melaksanakan solat.

2. Sektor Pendidikan Islam dan Moral (SPIM),

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran

Daerah

Sentiasa membuat pemantauan dan penyelarasan terhadap

pelaksanaan Program Amali Solat yang dijalankan di sekolah-

sekolah supaya ia berjalan dengan baik dan mencapai objektif

yang ditetapkan. Bengkel tertentu untuk membantu guru

Pendidikan Islam dalam merancang dan mengelola Program

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

214

Amali Solat secara berkesan di sekolah masing-masing

dengan mengambil kira modul-modul yang dibina oleh

JAPIM juga perlu diwujudkan.

3. Pihak Pengurusan Sekolah Pihak sekolah perlu memberi ruang yang sewajarnya

kepada Panitia/Guru Pendidikan Islam untuk menjalankan

program-program khusus untuk memperkasakan solat di

sekolah. Seluruh tenaga warga sekolah perlu bekerjasama

menjayakan pelaksanaan Program Amali Solat seterusnya

mewujudkan iklim “dini” di sekolah. Pada masa yang sama

turut bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk

menjalankan program-program pemerkasaan solat seperti

JKK Masjid dan JKK Kampung yang melibatkan penyertaan

pelajar dan ibu bapa.

4. Guru Pendidikan Islam

Para guru Pendidikan Islam disarankan agar terus

merancang dan melaksanakan Program Amali Solat dengan

bentuk pelaksanaan yang lebih menarik minat pelajar untuk

menyertainya. Penilaian terhadap Program Amali Solat yang

telah dijalankan juga perlu sentiasa dilakukan untuk

mengetahui tahap keberkesanannya dan seterusnya

mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan dapatan

penilaian yang dibuat. Selain itu, pelajar-pelajar yang tidak

mengetahui cara wudhuk dan cara solat di luar waktu kelas

perlu dibimbing secara khusus oleh guru agama serta rakan

sebaya. Akhirnya, satu kajian tindakan dalam Panitia

Pendidikan Islam perlu dilakukan agar hasil kajian tersebut

kelak boleh diguna pakai untuk meningkatkan keberkesanan

dan kecemerlangan Program Amali Solat khususnya dan mata

pelajaran pendidikan Islam amnya.

5. Ibu Bapa

Ibu bapa dinasihatkan agar lebih prihatin dengan

pendidikan agama anak-anak serta sentiasa memantau

pelaksanaan solat mereka. Ibu bapa disarankan agar menjalin

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

215

hubungan yang baik dengan guru-guru untuk mengetahui

perkembangan anak-anak selain menjadi ‘role model’ terbaik

sebagai seorang Muslim kepada anak-anak dengan

meningkatkan ilmu berkaitan kemahiran keibubapaan

mengikut acuan Islam yang sebenar khususnya yang berkaitan

dengan tanggungjawab mendidik anak.

6. Pelajar-Pelajar Islam Para pelajar Islam mesti memahami bahawa mempelajari

Pendidikan Islam bukan hanya sekadar lulus peperiksaan

tetapi untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan. Ibadah

solat mesti dilakukan secara konsisten serta difahami sebagai

benteng jati diri dari terjerumus ke kancah permasalahan

sosial masa kini. Selain itu, mereka perlu sentiasa memberi

sokongan dengan menyertai Program Amali Solat serta apa

jua program berbentuk keagamaan yang dianjurkan oleh pihak

sekolah atau NGO Islam.

KESIMPULAN

Program amali solat di sekolah perlu diteruskan dan

diperbaiki bagi memastikan keberkesanannya terhadap pelajar

terutama dari aspek kesedaran tentang keperluan solat dalam

kehidupan mereka sebagai Muslim agar ibadat tersebut

dilaksanakan bukan kerana terpaksa.

RUJUKAN

Abdul Halim El-Muhammady, Pendidikan Islam, Falsafah,

Disiplin dan Peranan Pendidik. (Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam Malaysia, 1991).

Abdul Mubin b A. Gani, “Kajian Pelaksanaan Amali Solat

Dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM di

Sekolah Menengah Rendah Daerah Kluang, Johor”,

[Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999].

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

216

Abdul Rasyid Ahmad, Surah Luqman Mendidik Anak

Cemerlang. (Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd, 2003).

Akhlaq Husain, Ibu bapa Muslim. Mustafa Ramadhan (terj).

(Kuala Lumpur: Pustaka Hayathi, 1996).

Al-Imam Abu Husayn Muslim bin Hujjaj al-Qusyayri al-

Nisaburi, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan

Itlaq Ismu al-Kufr ‘ala Man Taraka al-Solah, no.

hadith 134. (1995)

Amran Kasimin, Bagaimana Mencegah Kejahatan Melalui

Sembahyang. (Kuala Lumpur: Dinie Publishers,

1992).

Azizah Zakaria, “Penghayatan Terhadap Beberapa Aspek

Dalam Falsafah Etika al-Ghazali: Kajian Di

Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Mara

(UiTM), Shah Alam” [Disertasi Sarjana Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004.]

Bahagian Pendidikan Islam, Panduan Pelaksanaan

Pendidikan Islam KBSM di Sekolah Menengah

Kebangsaan. (Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran

Malaysia, 1989).

Farihah Hussain, “Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja:

Kajian Di Alor Setar” [Disertasi Sarjana Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2006].

Hajar Opir, “Metodologi Pembangunan Akhlak di Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Khusus di SMI

Al-Amin Gombak, Selangor.” [Disertasi Sarjana

Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, 2006].

Hamka, Tafsir al-Azhar, juz. 21. (Singapura: Pustaka

Nasional, Pte. Ltd, 1987).

Haron Din, Manusia dan Islam, c. 4. (Shah Alam: Hizbi

Marketing Sdn Bhd, 1989)

Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Juz. 3, (Riyadh: Dar Al-Salam

Li Al-Nasyr Wa al-Tawzi’, 1993).

Vaksinasi Ummah Menerusi Jalan Dakwah

217

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam, Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Mohd Suhardi Mat Jusoh, “Pengabaian Solat Fardhu Di

Kalangan Remaja: Kajian Di Sekolah Menengah Di

Sekitar Daerah Pasir Putih, Kelantan”

[Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, 2004].

Muhammad Thalib, Ibu bapa Mithali. (Kuala Lumpur: Darul

Nu’man, 1997).

Mustafa Masyhur, Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah,

Mohd Tahir Daeng Mengati (terj). (Kuala

Lumpur: Pustaka Salam, 1987).

Mustafa Masyhur, Muqawwimat Rijal Al-‘Aqidah ‘Ala Tariq

Al-Da’wah, (Qaherah:Dar Al-Tauzi’ wa Al-Nasyr

Al-Islamiah, 1992)

Safwan Fathi, Kemanisan Solat, c.1. (Kuala Lumpur:

OMMO Enterprise, 2000)

Syed Qutb (1987), Tafsir Fi Zilal al-Quran, c. 13, Juz. 5,

(Qaherah: Dar al-Syuruq, 1987)

Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. j. 1,

c.3. (Damsyik: Dar al-Fikr, 1985)

Zainal Abidin Abdul Kadir, “Reformasi Pendidikan Islam Di

Sekolah: Matlamat dan Harapan”, dalam Ismail Ab.

Rahman et al. (ed.), Isu-Isu Pendidikan Islam Di

Malaysia: Cabaran dan Harapan. (Kuala

Terengganu: KUSZA, 1993)

Temu bual

Abidah bt Ahmad, guru Pendidikan Islam Sek. Men. Keb.

Engku Hussien, Semenyih pada 3, 9 dan 10 Mac 2010

Che Ainon Che Ahmad, Guru Kanan Pendidikan Islam Sek.

Men. Keb. Agama Maahad Hamidiah, Kajang pada , 9

dan 10 hb Mac, 2010.

Fatimah Abas, guru Pendidikan Islam Sek. Agama Men. Batu

10, Hulu Langat pada 1 hb Mac, 2010

Vaksinasi Menerusi Dakwah Pendidikan

218

Razana Said@Razali, guru Pendidikan Islam Sek. Men.

Agama Persekutuan Kajang, Selangor pada pada 3, 9

dan 10 hb Mac, 2010. .