guru cemerlang

21
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BAHASA MELAYU BINA INSAN GURU “GURU CEMERLANG” Nama : MUHAMMAD RABANI BIN MOHD AZAM No. Matrik : 10834245 NO I/C : 911026-01-5153 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Semester : SEMESTER 6F

Upload: muhammad-rabani

Post on 31-Dec-2015

121 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fgsadfg

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Cemerlang

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BAHASA MELAYU

BINA INSAN GURU

“GURU CEMERLANG”

Nama : MUHAMMAD RABANI BIN MOHD AZAM

No. Matrik : 10834245

NO I/C : 911026-01-5153

Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP)

Semester : SEMESTER 6F

Page 2: Guru Cemerlang

GURU CEMERLANG

Dalam menjalankan tugas bagi tugasan Bina Insan Guru yang telah diberikan,

kami dikehendaki untuk menemu bual salah seorang guru cemerlang. Bagi

menyelesaikan tugasan ini saya telah menemu bual salah seorang guru cemerlang

yang diikhtiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di salah sebuah sekolah yang telah

saya pergi iaitu Cikgu Eimli dari Sekolah Kebangsaan Bukit Khucai. Beliau merupakan

guru Linus juga sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Guru cemerlang

adalah seorang guru yang telah diikhtirafkan atas perkhidmatan yang cemerlang

dijalankan semasa menjalankan tugas dalam profesion keguruan.

Cikgu Eimli menerima penghargaan daripada Guru Besar

Menurut terma rujukan konsep guru cemerlang, “Guru Cemerlang ialah guru

yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang

pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,

bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu

Page 3: Guru Cemerlang

mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan

program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi”

Jelas pada maksud di atas, menjadi guru cemerlang akan lebih cenderung

menumpukan perhatian penuh pada pengajaran dan pembelajaran murid. Melalui

temubual yang dijalankan ke atas Cikgu Eimli dinyatakan bahawa menjadi guru

cemerlang akan lebih memotivasikan dirinya ke arah kejayaan pelajar khususnya.

Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atas tiket Guru

Cemerlang. Beliau juga akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasi

pengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah

diberikan. Beliau menjadi lebih proaktif ,responsif dan inovatif terhadap keperluan

pelajar. Menjadi guru cemerlang juga memberi beliau peluang berkongsi bersama

rakan-rakan lain yang setaraf untuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran.

Menjadi guru cemerlang akan cenderung bekerja kerana pelajar. Menjadi pakar

rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing pelajar ke arah kejayaan adalah

matlamat utama beliau. Di atas gelaran guru cemerlang, kebolehpercayaan pelajar

terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak boleh dinafikan lagi. Ini sekaligus

membolehkan prestasi ditingkatkan.

Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang.

Menjadi guru cemerlang, membolehkan beliau akan sentiasa bersama dengan pelajar,

melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti

permainan dikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran

Bahasa Melayu dan Matematik. Aktiviti di luar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi

untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasa dilakukan.

Satu perjuangan yang beliau harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu

blog yang dapat menjadi rujukan semua guru Linus yang mengajar pelajar masalah

Page 4: Guru Cemerlang

literasi dan numerasi. Wawasan beliau adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan

sehingga ke luar negara.

Sebagai guru cemerlang juga, beliau akan memastikan pencapaian pelajar dapat

membantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapat

ditingkatkan, bidang kepakaran beliau diteguhkan dengan peningkatan prestasi

pengajaran guru.  Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini

tercapai. Jika guru dapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang

hasilnya adalah sekolah yang terbilang. 

Page 5: Guru Cemerlang

PENGHASILAN INOVASI

Melalui temubual dan pemerhatian yang dijalankan Cikgu Eimli menyatakan

bahawa telah terdapat beberapa penghasilan inovasi yang telah dijalankan dalam

pembelajaran dan pengajaran terhadap pelajarnya. Antara penghasilan inovasi yang

terkini yang telah dilakukan adalah penghasilan bahan bantu mengajar yang diberi

nama “Belajar bersama Sotong dan Anak-anak”

“Belajar bersama Sotong dan Anak-anak”

Bahan bantu mengajar yang telah dibina ini juga telah dipertandingkan oleh

beliau dalam pertandingan inovasi. Alhamdulilah menurut beliau, bahan bantu mengajar

Page 6: Guru Cemerlang

yang dibina ini telah mendapat tempat sebagai johan dalam pertandingan inovasi

peringkat negeri Selangor.

Bahan yang dibina ini berfungsi sebagai alat pembelajaran sambil bermain yang

boleh disertai oleh guru dan murid-murid dalam bentuk kumpulan. Bahan bantu

mengajar yang dibina ini juga sangat fleksibel dan bersesuaian dalam penggunaan bagi

pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil

Matematik dan sebagainya.

Dalam penggunaan bahan bantu mengajar ini ia melibatkan pergerakkan secara

aktif oleh pelajar seperti tarian dan nyanyian. Pembelajaran yang dijalankan juga adalah

secara “hands-on” dan penglibatan pelajar secara menyeluruh. Bahan bantu mengajar

Page 7: Guru Cemerlang

yang dibina ini turut telah diaplikasikan oleh guru-guru lain dalam pengajaran yang

dijalan di sekolah tersebut. Respon dan ransangan yang diberikan terhadap pelajar juga

dinyatakan positif dan menyeronokkan.

Bahan bantu mengajar diaplikasikan oleh guru pemulihan.

Bahan bantu mengajar diaplikasikan oleh guru Bahasa Tamil.

Page 8: Guru Cemerlang

Bahan bantu mengajar yang telah dibina ini turut mendapat perhatian daripada

pihak Pejabat Pendidikan Daerah juga guru-guru di sekitar Selangor. Beberapa lawatan

dan pengaplikasian telah dijalankan oleh guru-guru dari sekolah sekitar Selangor ke

sekolah tersebut bagi melihat sendiri akan keberkesanan penggunaan bahan bantu

mengajar ini. Respon dank omen yang diberikan juga amat memberansangkan.

Page 9: Guru Cemerlang

PERJALANAN SEPANJANG MENJADI GURU CEMERLANG

Menurut Cikgu Eimli karier seorang guru menuntut kesabaran, semangat, tekad

dan keazaman yang tinggi dalam menjalankan tanggung jawab dalam mendidik anak

bangsa. Bagi beliau, minat adalah perkara kedua dalam menjalankan amanah sebagai

seorang pendidik. Faktor paling utama ialah semangat ingin mencuba dan terus

berusaha. Minat akan datang dengan sendirinya setelah kita mengenali dunia

perguruan dan pendidikan ini.

Seorang guru yang berjaya adalah guru yang amanah dalam mendidik anak

bangsa. Amanah disini membawa maksud menjalankan tugas dengan penuh

kesungguhan dan keikhlasan. Seorang guru yang amanah dan ikhlas berbakti kerana

Allah dan demi anak bangsa akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi

moral dan rohani.

Dugaan dan pengalaman baharu yang dihadapi oleh seseorang guru akan

menjadikan mereka lebih kuat dan berpengalaman. Dalam menghadapi dugaan dan

cabaran ini, seseorang guru harus percaya kepada ketentuan Allah dan menjalankan

tugas dengan penuh kesungguhan walau pun cabaran yang dihadapi amat hebat,

namun akhirnya seorang guru itu akan mendapat pengalaman yang amat mahal

harganya. Kerana Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.

Mungkin cabaran yang dihadapi dan berjaya diselesaikan oleh seseorang guru itu akan

membawa guru itu ke dunia baharu yang lebih baik.

Guru yang cemerlang akan memikul tanggung jawab dengan penuh amanah dan

sentiasa memperbaiki diri untuk menyelesaikan masalah pelajar alam pembelajaran

mereka. Seseorang guru hendaklah bertanggung jawab dalam setiap apa yang

dilakukan untuk kebaikan muridnya. Mungkin bagi orang lain tindakan itu nampak tidak

relevan, tetapi jika kita percaya apa yang kita lakukan itu memberi kebaikan kepada

murid, maka teruskan sahaja.

Selain itu seseorang guru harus bersedia berkorban masa, kesenangan,

keselesaan, masa rehat dan kewangan demi kesejahteraan murid. Mungkin adakalanya

kita akan rasa apa yang kita lakukan tak berbaloi dengan gaji yang kita terima, tetapi

Page 10: Guru Cemerlang

mungkin Allah akan membalasnya dengan cara lain seperti menganugerahkan murid

yang mengingati kita seumur hidup dan lain-lain lagi.

Seseorang guru juga hendaklah kreatif dalam P&P untuk menyesuaikan dengan

pelbagai situasi yang tidak terjangka di sekolah kelak. Contohnya guru di sekolah

pedalaman yang tidak mempunyai ABM yang lengkap untuk mengajar dan keadaan

murid yang tidak tahu tentang teknologi semasa. Guru perlu kreatif supaya setiap

objektif pengajaran tercapai.

Guru bukan sahaja bertanggung jawab mendidik murid dari segi akademik, tetapi

juga dari segi jasmani, emosi dan rohani untuk memastikan pengemudi negara di suatu

masa kelak adalah insan yang terbilang dan seimbang dan juga berjaya di dunia dan

akhirat.

Page 11: Guru Cemerlang

ASPEK PEDAGOGI DAN PENGURUSAN KELAS

Menjadi seorang guru yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab

dalam menjana modal insan Negara khasnya di kalangan warga pelajar dan ibubapa,

untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara. Namun, Cikgu

Eimli menyatakan bahawa beliau juga sedar bahawa tugas paling mencabar yang telah

diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarakat ini merupakan satu

penghormatan amat tinggi kepada saya.

Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari

ini, beliau berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan

pembaikan kepada murid-murid. Beliau sentiasa akan mencari pelbagai cara dan

kaedah dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan negara. Di

samping perlu berani mengambil pendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya

untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu

isi pelajaran sains khususnya, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik

dan dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dengan jayanya.

Beliau juga mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sains

termasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari

kaedah dan dan teknik yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai

sesuatu tajuk pelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Ini

mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan

kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains adalah berkait rapat dengan cara

pengajaran dan perwatakan seseorang guru. Dengan menyediakan suatu teknik yang

mudah difahami oleh mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping

Page 12: Guru Cemerlang

membantu memotivasikan murid dan saya sendiri dalam usaha meningkatkan kuliti

pembelajaran sains. Menurut Cikgu Eimli, beliau juga telah menjalankan penerapan program kendiri

seperti Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentoring sewaktu persatuan Bahasa Melayu

dan Matematik semasa pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Melalui program seperti

ini, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar justeru membantu

meningkatkan pengurusan tingkahlaku pelajar di sekolah . Beliau juga yakin bahawa

perubahan dan pembaikan adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan

negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuan negara pada masa depan, yang perlu

berani dilakukan sekarang. Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat

melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan,

mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang

dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan

amalan hidup yang cemerlang.

.

Beliau juga menaruh harapan dan wawasan sebagai Guru Cemerlang

akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan agar dapat

memperbaiki diri remaja, pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat sekolah amnya.

Tanggungjawab dan peranan ini akan beliau pikul dengan rasa tanggungjawab dan

amanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama , bangsa

dan negara .Apabila beliau bergelar Guru Cemerlang ianya akan menjadi satu suntikan

semangat dan motivasi kepada diri untuk beliau lipat gandakan usaha bagi membentuk

modal insane dikalangan pelajar dan remaja yang cemerlang dan terbilang.

Page 13: Guru Cemerlang

Guru Cemerlang juga akan menjadi satu  perjuangan bagi

memartabatkan khidmat beliau dan rakan-rakan seperjuagan. Beliau juga

mengharapkan agar semua sekolah dapat mewujudkan suasana yang dapat

menggalakan interaksi dalam bilik darjah. Keadaan dan situasi ini tidak tertumpu sahaja

di bilik khas tetapi meliputi ruang-ruang di pejabat , bilik guru ,kelas-kelas dan juga bilik-

bilik khas yang terdapat disekolah seperti makmal komputer , perpustakaan dan bilik-

bilik lain.

PENGALAMAN DAN CABARAN

Menurut Cikgu Eimli antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas

seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini

guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam

sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah

yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan

pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan

mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa

menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah

berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena

berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk

eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara

formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru

dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk

proaktif. 

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar

tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan

Page 14: Guru Cemerlang

isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur

nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri

dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan

penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran

ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang

dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan

keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat sebagai seseorang guru ialah seorang

guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru.

Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa

yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai

contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa

menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian

Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan

Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan

rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid

seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan,

inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan

baik.

Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan

dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan

masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan

penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi

masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian

tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan

mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu

disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Page 15: Guru Cemerlang

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang

terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan

pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa

menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang

guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem

kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung

tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang

terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan.

Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada

tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam

pengurusan pentadbiran murid

REFLEKSI

NAMA : MUHAMMAD RABANI BIN MOHD AZAM

NO I/C : 911026-01-5153

PISMP 6F

Alhamdulilah akhirnya saya Berjaya menyelesaikan tugasan bagi Program Bina

Insan Guru pada semester ini. Dalam tugasan yang diberikan saya dikehendaki

menemubual salah seorang guru iaitu Guru Cemerlang yang terdapat disekolah yang

telah saya pergi. Saya telah menemubual Cikgu Eimli iaitu merupakan guru

berkelulusan ijazah Major Pemulihan. Walaubagaimana pun beliau telah ditugaskan

bagi mengajar program LINUS dan subjek Bahasa Melayu.

Saya telah menjalankan temubual secara formal dan tidak formal bagi

memperoleh maklumat-maklumat ini. Cikgu Eimli merupakan seorang guru yang sangat

berwawasan dan rajin. Beliau sering menggunakan idea-idea yang menarik bagi proses

pembelajaran dan pembinaan bahan bantu mengajar. Semasa temu bual yang

Page 16: Guru Cemerlang

dijalankan, beliau sempat mempertunjukkan bahan-bahan bantu mengajar yang telah

dibina dan dipertandingkan dalam pertandingan inovasi.

Tugasan yang diberikan bagi program Bina Insan Guru ini sangat menarik

perhatian para guru pelatih seperti kami bagi meningkatkan semangat dalam

menjalankan profesion keguruan kelak. Dalam menjalankan tugasan ini, pelbagai

pengalaman yang tidak disangka kami sebagai guru didedahkan oleh guru cemerlang

seperti Cikgu Eimli. Ternyata pelbagai rintangan dan pengorbanan perlu dihadapi bagi

mencapai kejayaan yang tinggi.

Tugasan seperti ini, turut membantu kami mengenalpasti perjalanan yang perlu

kami kejar bagi mencapai ke peringkat Guru Cemerlang. Dengan menemu bual Guru

Cemerlang, ia meningkatkan semangat saya bagi menempuh dunia keguruan dengan

sepenuh usaha dan tenaga. Temu bual yang dijalankan turut menambahkan ilmu dan

idea-idea bagi saya jalankan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran kelak.

Saya berharap dengan ilmu dan semangat yang diperolehi ini dapat saya

gunakan sepenuhnya bagi mencapai tahap yang setanding dengan Cikgu Eimli. Saya

juga berharap agar semua guru pelatih dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi

dalam menjalankan tugas ini dengan sebaik mungkin.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami

memberikan kami peluang bagi menjalankan tugasan yang penuh bermanfaat ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah dan rakan-rakan kerana telah banyak

membantu memberi penerangan dan memberi sokongan dalam menyelesaikan

tugasan ini. Setiap ilmu yang telah saya perolehi pasti akan saya gunakan untuk masa-

masa akan datang. Sekian terima kasih.

Page 17: Guru Cemerlang