gprps 2014

59

Upload: balya7

Post on 18-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Garis Panduan Rantaian Penjagaan sampel bahan Kimia Berbahaya

TRANSCRIPT

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    KANDUNGANPrakata 2

    Penghargaan 3

    1. Pendahuluan 4

    2. Prosedur Umum Rantaian Penjagaan Sampel 5

    3. Prosedur Spesifik Rantaian Penjagaan Sampel 12 Pengambilan Sampel Menggunakan Media Turas Untuk Analisis Gravimetrik

    4. Prosedur Spesifik Rantaian Penjagaan Sampel 21 Pengambilan Sampel Menggunakan Media Turas Untuk Selain Analisis Gravimetrik

    5. Prosedur Spesifik Rantaian Penjagaan Sampel 28 Pengambilan Sampel Menggunakan Media Tiub Serapan

    6. Prosedur Spesifik Rantaian Penjagaan Sampel 36 Pengambilan Sampel Fizikal Cecair Atau Pepejal

    7. Prosedur Spesifik Rantaian Penjagaan Sampel 40 Pengambilan Sampel Menggunakan Media Beg Gas

    8. Kriteria Umum Penolakan Sampel 44

    9. Lampiran 45

    10. Rujukan 46

  • 2

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    PRAKATAGaris panduan ini dinamakan Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel (GPRPS) Bagi Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (BKBKK). Garis panduan ini disediakan untuk memastikan pengambilan sampel BKBKK yang dilakukan oleh pegawai JKKP mengikut kehendak :

    i. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994;ii. Akta Kilang dan Jentera 1967 (Pindaan) 2006;iii. Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012; daniv. Akta Keterangan 1950.

    Garis panduan ini menyediakan maklumat penting kepada pegawai pemantauan dalam menjalankan pemantauan BKBKK di peringkat penyediaan set persampelan, penentukuran pam persampelan, pemantauan di tempat kerja sehingga penghantaran media persampelan ke makmal untuk dianalisis. Ini penting bagi memastikan prosedur pengambilan dan pengendalian sampel bagi tujuan pendakwaan tidak dipertikaikan di mahkamah. Justeru itu, prinsip Rantaian Penjagaan Sampel dipelihara selaras dengan peruntukan perundangan berkaitan.

    Dengan adanya garis panduan ini adalah diharapkan kualiti dan intergriti pemantauan pendedahan kepada BKBKK dapat dipertingkatkan. Sebagai usaha penambahbaikan berterusan, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi menambah baik garis panduan ini.

    Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai Jabatan yang terlibat dalam pembangunan garis panduan ini.

    KETUA PENGARAHJABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA2014

  • 3

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    PENGHARGAANJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penggubalan yang menyumbangkan tenaga, masa dan buah fikiran dalam menyediakan garis panduan ini.

    Ahli-ahli Jawatankuasa Penggubalan

    1. Ir. Dr. Majahar bin Abd. Rahman2. Puan Roslenda binti Hasan3. Encik Ramesh Zakir bin Shamsul4. Encik Wan Aminnudin bin Wan Ismail5. Encik Jamadi bin Yusup6. Puan Rusnah binti Nanyan7. Puan Elaini binti Wahab8. Puan Christy Claire De Guzman9. Encik Mohd Hafizullah bin Harun10. Tn. Hj. Ismail bin Jalil11. Encik Sulaiman bin R. Rahman12. Tn. Hj. Mohd Salleh bin Abd Rahman13. Encik Suhairi bin Abd Kadir

  • 4

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    1. PENDAHULUANGaris panduan rantaian penjagaan sampel ini mengandungi gabungan beberapa langkah kawalan bagi memastikan integriti sampel. Ianya merangkumi beberapa siri dokumen bertulis untuk membuktikan integriti sampel terpelihara. Kawalan ke atas sampel yang diperihalkan dalam dokumen ini bermula dari peringkat penyediaan sampel sehinggalah sampel dihantar ke makmal untuk dianalisis.

    Garis panduan ini juga bertujuan untuk memastikan sampel diuruskan dengan teliti atau dijaga oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan pada setiap masa. Pewujudan garis panduan rantaian penjagaan sampel ini dijangka akan menghilangkan sebarang keraguan berhubung dengan identifikasi sampel ataupun keraguan berkenaan sampel yang telah terusik.

    Setiap prosedur makmal mungkin berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, garis panduan ini digubal dengan mengambil kira beberapa aspek bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak makmal. Apabila sampel diserahkan kepada makmal, integriti sampel berkenaan mestilah diperiksa dari segi kaedah penjagaan, materi tidak terusik, pegawai berkaitan menandatangani borang rantaian penjagaan sampel dan juga tempoh penghantaran sampel dipatuhi.

  • 5

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    2. PROSEDUR UMUM RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    62.1 Objektif

    GPRPS ini bertujuan untuk menjaga rantaian penjagaan sampel fizikal dan sampel pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dari peringkat penyediaan, pengambilan, penyimpanan dan analisis sehingga kes diputuskan oleh mahkamah.

    2.2 Skop

    GPRPS ini diguna pakai oleh mana-mana pegawai yang terlibat untuk melakukan kerja-kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan termasuk Pegawai Penjaga Bahan Bukti, Pegawai Pemantauan dan Pegawai Makmal.

    2.3 Definisi

    2.3.1 Pegawai Pemantauan (PP)

    Pegawai Pemantauan (PP) adalah pegawai yang ditugaskan untuk menjalankan kerja- kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

    2.3.2 Pegawai Penjaga Bahan Bukti (PPBB)

    Pegawai Penjaga Bahan Bukti (PPBB) adalah pegawai yang telah dilantik oleh Pengarah JKKP Negeri/Bahagian untuk menjaga sampel sebelum dan selepas kerja-kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan ke atas sampel dilakukan.

    2.3.3 Pegawai Makmal (PM)

    Pegawai Makmal (PM) adalah Ahli Kimia/Pembantu Makmal yang menerima sampel daripada JKKP.

    2.3.4 Pegawai Penyiasat (IO)

    Pegawai Penyiasat (IO) adalah pegawai yang dilantik untuk menjalankan siasatan.

    2.3.5 Pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

    Pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan adalah satu kaedah membuat persampelan untuk:

    i. menentukan tahap pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kesihatan (BKBKK) di tempat kerja mengikut kaedah yang ditetapkan; atau ii. untuk mengenalpasti kehadiran bahan kimia berbahaya kesihatan (BKBKK) di tempat kerja bagi tujuan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000).

    2.3.6 Media persampelan

    Media persampelan adalah media yang digunakan untuk memerangkap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan semasa proses pemantauan dijalankan contohnya media turas dan lain- lain.

    PROSEDUR UMUMRANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

  • 7

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    2.3.7 Set media persampelan

    Set media persampelan adalah terdiri daripada:

    i. Gabungan kaset, media turas dan pelapik penyokong yang digunakan semasa proses pemantauan; ii. Tiub serapan yang digunakan semasa pemantauan; atauiii. Beg gas.

    2.3.8 Set persampelan

    Set persampelan adalah terdiri daripada gabungan pam persampelan, tiub silikon dan set media persampelan.

    2.3.9 Kaset

    Kaset merupakan satu bekas plastik bulat yang bergaris pusat 25mm atau 37mm yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu jantan, betina dan pertengahan.

    2.3.10 Blank

    Blank merupakan satu set media persampelan yang digunakan untuk mengawal kualiti pemantauan dan ianya terbahagi kepada 3 jenis iaitu media, lapangan dan reagen. Penggunaan blank ini adalah bergantung kepada kaedah pemantauan yang digunakan.

    2.3.11 Sampel fizikal

    Sampel fizikal merupakan sampel bahan kimia dalam bentuk pepejal atau cecair yang diambil dan seterusnya disimpan dalam bekas yang sesuai termasuk botol ambar.

    2.3.12 Kit pengambilan sampel fizikal

    Kit Pengambilan Sampel Fizikal merupakan peralatan yang digunakan semasa proses mengambil sampel fizikal termasuk bikar, corong turas, spatula dan pipet.

    2.3.13 Sampel pemantauan

    Sampel pemantauan merupakan sampel bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang terampai di udara dan disampel menggunakan set persampelan.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    82.3.14 Bahan kimia

    Bahan kimia merupakan apa-apa bahan dalam bentuk pepejal, cecair atau gas atau apa-apa gabungan antaranya termasuklah:

    i. Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000); danii. Bahan Kimia Berbahaya yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (CLASS 2013).

    2.4 Tanggungjawab

    2.4.1 Pegawai Penyiasat

    2.4.1.1 Membuat keputusan sama ada pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan perlu dijalankan atau sebaliknya.

    2.4.1.2 Melantik Pegawai Pemantauan untuk menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan.

    2.4.1.3 Memantau kerja-kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan mengikut kehendak perundangan.

    2.4.2 Pegawai Pemantauan

    2.4.2.1 Membuat persediaan awal bagi pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

    2.4.2.2 Menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel fizikal atau pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

    2.4.2.3 Menyerahkan sampel fizikal atau sampel pemantauan kepada Pegawai Penjaga Bahan Bukti.

    2.4.2.4 Menyerahkan sampel fizikal atau sampel pemantauan kepada Pegawai Makmal.

    2.4.2.5 Mengambil keputusan analisis dari makmal.

    2.4.2.6 Mengambil lebihan sampel yang telah dianalisis oleh makmal.

    PROSEDUR UMUMRANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

  • 9

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    2.4.3 Pegawai Penjaga Bahan Bukti.

    2.4.3.1 Memastikan sampel fizikal atau pemantauan yang terletak dalam kawalannya berada dalam keadaan baik dan tidak diganggu atau tercemar.

    2.4.3.2 Memastikan lebihan sampel yang telah dianalisis yang berada di bawah kawalannya dalam keadaan baik dan tidak diganggu atau tercemar.

    2.4.4 Pegawai Makmal.

    2.4.4.1 Menerima sampel dari JKKP dan memastikan ianya disimpan dan dianalisis mengikut kaedah yang ditetapkan untuk pemantauan dan analisis.

    2.4.4.2 Mengeluarkan dan menyerahkan keputusan analisis sampel kepada Pegawai Pemantauan.

    2.4.4.3 Mengembalikan lebihan sampel yang telah dianalisis kepada Pegawai Pemantauan.

    2.5 Prosedur Umum Pengambilan Sampel Fizikal dan Pemantauan Bahan Kimia

    2.5.1 Pegawai Penyiasat

    2.5.1.1 Keluarkan arahan untuk jalankan pemantauan atau pengambilan sampel fizikal.

    2.5.1.2 Lantik Pegawai Pemantauan dan pembantu.

    2.5.1.3 Pantau keseluruhan proses pemantauan atau pengambilan sampel fizikal.

    2.5.1.4 Analisis keputusan pemantauan atau keputusan analisis sampel fizikal.

    2.5.1.5 Simpan keputusan pemantauan atau keputusan analisis sampel fizikal.

    2.5.2 Pegawai Pemantauan

    2.5.2.1 Terima arahan jalankan pemantauan atau pengambilan sampel fizikal.

    2.5.2.2 Buat persediaan pemantauan atau pengambilan sampel fizikal.

    2.5.2.3 Lakukan pemantauan atau pengambilan sampel fizikal bersama pembantu-pembantu yang dilantik oleh Pegawai Penyiasat.

    2.5.2.4 Lengkapkan borang rantaian penjagaan sampel mengikut tahap kerja yang dilakukan.

    2.5.2.5 Hantar sampel ke makmal untuk dianalisis.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    102.5.2.6 Terima keputusan analisis makmal.

    2.5.2.7 Ambil lebihan sampel yang telah dianalisis di makmal.

    2.5.2.8 Serahkan keputusan pemantauan atau analisis sampel fizikal kepada Pegawai Penyiasat.

    2.5.3 Pegawai Penjaga Bahan Bukti

    2.5.3.1 Simpan sampel fizikal atau sampel pemantauan yang diterima daripada Pegawai Pemantauan.

    2.5.3.2 Simpan lebihan sampel yang diterima daripada Pegawai Pemantauan.

    2.5.3.3 Lengkapkan borang rantaian penjagaan sampel mengikut tahap kerja yang dilakukan.

    2.5.3.4 Pastikan sampel disimpan dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    2.5.3.5 Pastikan persekitaran bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci sesuai untuk sampel.

    PROSEDUR UMUMRANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

  • 11

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Terima arahan jalankan pemantauan/ pengambilan sampel fizikal daripada Pegawai Penyiasat Pegawai

    Pemantauan

    Lakukan lawatan awalan (jika perlu)PegawaiPemantauan

    Buat persiapan pemantauan/pengambilan sampel fizikalPegawaiPemantauan

    Jalankan pemantauan/pengambilan sampel fizikalPegawaiPemantauan

    Sampel di hantarke makmal pada hariyang sama

    Hantarke makmal

    Simpan di bilik bahan bukti

    pejabatPegawaiPemantauan

    Terima sampel dan keluarkan slipPegawaiMakmal

    Analisis sampelPegawaiMakmal

    Keluarkan keputusan analisis dan kembalikan lebihan sampel yang telah dianalisisPegawaiMakmal

    Terima keputusan analisis dan lebihan sampel yang telah dianalisisPegawaiPemantauan

    Simpan lebihan sampel yang telah dianalisisPegawaiPenjagaBahan Bukti

    Serah keputusan analisis kepada Pegawai PenyiasatPegawaiPemantauan

    PegawaiPenjagaBahan Bukti

    MULA

    TAMAT

    TIDAKYA

    2.6 Carta Alir Rantaian Penjagaan Sampel

  • 12

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    3. PROSEDUR SPESIFIK RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 13

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Proses pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (BKBKK) dengan menggunakan media turas (filter media) untuk Analisis Gravimetrik boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat utama iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pemantauan. Perincian mengenai langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut:

    Semua langkah yang dinyatakan dalam prosedur ini perlu dilaksanakan oleh Pegawai Pemantauan (PP) kecuali dinyatakan sebaliknya.

    3.1 Sebelum Pemantauan

    3.1.1 Perancangan pemantauan

    3.1.1.1 Terima arahan menjalankan pemantauan BKBKK.

    3.1.1.2 Kenalpasti BKBKK yang hendak dipantau dan tentukan kaedah pemantauan yang ditetapkan.

    3.1.1.3 Tentukan bilangan set media persampelan yang diperlukan untuk sampel dan bilangan set media blank diperlukan bagi tujuan kawalan selepas lawatan awalan.

    3.1.1.4 Hubungi makmal dan nyatakan jenis media, bilangan set media persampelan diperlukan dan jenis BKBKK yang akan dipantau selepas lawatan awalan.

    3.1.2 Lawatan awalan

    Membuat lawatan awalan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut:

    i. Lokasi tempat kerja;ii. Proses dijalankan di tempat kerja;iii. Carta aliran proses;iv. BKBKK yang digunakan di tempat kerja daripada Daftar BKBKK;v. BKBKK yang hendak dipantau;vi. Helaian Data Keselamatan (SDS); vii. Pelan lakar tempat kerja;viii. Bilangan titik persampelan dan bilangan pekerja yang dipilih untuk disampel;ix. Masa kerja dan penjadualan kerja; danx. Aspek-aspek logistik lain yang relevan.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    143.1.3 Persediaan peralatan dan penentukuran

    3.1.3.1 Dapatkan sepasang kaset, media turas, pam persampelan dan alat tentukur. Pastikan alat tentukur mempunyai sijil penentukuran yang sah untuk tujuan penentukuran.

    3.1.3.2 Caskan kesemua pam persampelan mengikut tempoh yang disarankan oleh pembuat (jika perlu).

    3.1.3.3 Sambungkan pam persampelan, kaset dan alat penentukuran dengan menggunakan tiub silikon mengikut susunan dalam Rajah 1 dan Rajah 2 bagi Habuk Tersedutkan (Inhalable Dust) atau Rajah 3 untuk Habuk Ternafaskan (Respirable Dust).

    Meter BubbleElektronik

    Pam Persampelan

    Kaset Berserta Media Turas

    Rajah 1: Contoh Susun Atur Penentukuran Untuk Pemantauan Inhalable Dust

    Rajah 2: Contoh Susun atur Penentukuran untuk Pemantauan Inhalable Dust

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 15

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Meter BubbleElektronik Pam PersampelanBotol

    Tiub SilikonTiub Silikon

    CycloneBerserta

    Kaset dan Media Turas

    Rajah 3: Contoh Susun Atur Penentukuran untuk Pemantauan Respirable Dust

    3.1.3.4 Jalankan penentukuran ke atas semua pam yang akan digunakan semasa pemantauan.

    3.1.3.5 Rekodkan pada Borang RPS 01 maklumat-maklumat berikut :

    i. Nama dan nombor kad pengenalan PP;ii. Tarikh penentukuran;iii. Jenama dan nombor siri pam yang ditentukur; iv. Nombor siri alat penentukuran;v. Kadar aliran pam persampelan yang ditentukur;vi. Suhu persekitaran;vii. Kelembapan relatif persekitaran;viii. Tekanan atmosfera; danix. Tandatangan PP.

    3.1.3.6 Masukkan pam persampelan yang telah ditentukur ke dalam beg pemantauan dan materi beg pemantauan.

    Rajah 4: Contoh Pemasangan Materi pada Beg Pemantauan

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    163.1.3.7 Rekod nombor materi pada Borang RPS 01.

    3.1.3.8 Simpan beg pemantauan bermateri di dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    3.1.4 Pengambilan set media persampelan

    3.1.4.1 Dapatkan sampul plastik bermateri yang mengandungi kaset dan media turas yang telah ditimbang dari makmal mengikut bilangan yang diperlukan.

    Palam Merah Pad Penyokong

    Media TurasPalam Biru

    Betina (Bawah/Keluar)

    Jantan (Atas/Keluar)

    Rajah 5: Media Turas Pada Kaset (Sebelum Pemantauan)

    3.1.4.2 Pastikan bahagian (i) pada borang maklumat sampel Jabatan Kimia (JKM) PK-NOV 2005 lengkap diisi.

    3.1.4.3 (Jika perlu) Isikan tandaan pada bahagian (iv)(a) pada borang maklumat sampel Jabatan Kimia Malaysia (JKM) PK-NOV 2005, dan catatkan juga tandaan berkenaan pada sampul plastik.

    3.1.4.4 Simpan sampul plastik bermateri yang mengandungi kaset dan media turas pada bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 17

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    3.2 Semasa Pemantauan

    3.2.1 Pengambilan set persampelan

    3.2.1.1 Ambil beg pemantauan bermateri dan sampul plastik bermateri dari bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    3.2.1.2 Pastikan nombor materi pada beg pemantauan dan sampul plastik yang diambil adalah sama dengan nombor materi tertera pada Borang RPS 01.

    3.2.1.3 Pastikan materi pada beg pemantauan dan sampul plastik berada dalam keadaan baik.

    3.2.1.4 Bawa set persampelan ke lokasi pemantauan.

    3.2.2 Pemasangan peralatan persampelan kepada pekerja.

    3.2.2.1 PP dan pembantu perlu memakai alat pelindungan diri yang sesuai.

    3.2.2.2 Pastikan materi pada sampul plastik dan beg pemantauan berada dalam keadaan baik.

    3.2.2.3 Pasangkan kaset berisi media turas pada tiub silikon yang disambungkan kepada pam persampelan.

    3.2.2.4 Pasangkan tali pinggang kepada pekerja dan sangkutkan pam persampelan pada tali pinggang tersebut.

    3.2.2.5 Kaset yang berisi media turas diletakkan di zon pernafasan pekerja.

    3.2.2.6 Beri arahan kepada pekerja supaya tidak mengganggu peralatan persampelan.

    Rajah 6: Kedudukan Pam dan Media Persampelan

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    183.2.2.7 Hidupkan pam dan rekodkan maklumat yang berkenaan pada Borang RPS 02 termasuk:

    i. Nama pekerja; ii. Nombor kad pengenalan/pasport pekerja;iii. Jawatan;iv. Nombor siri pam persampelan;v. Kawasan pemantauan; vi. Masa mula setiap set persampelan;vii. Masa tamat setiap set persampelan;viii. Tarikh pemantauan; danix. Nombor kaset.

    3.2.2.8 Buat pemerhatian secara berterusan ke atas pekerja dan kawasan kerja yang dipantau bagi memastikan set persampelan berada dalam keadaan baik dan tidak diganggu.

    3.2.2.9 Sekiranya pemantauan melibatkan penggunaan lebih dari satu set kaset dan media turas, maka PP perlu menukarnya dan mencatat maklumat berikut pada Borang RPS 02 :

    i. Nombor kaset; danii. Masa penukaran

    3.2.2.10 Kaset dan media turas yang telah digunakan hendaklah ditutup semula dengan menggunakan penutup kaset atau palam plastik (mengikut kesesuaian).

    3.2.2.11 Pastikan palam plastik bewarna merah diletakkan pada lubang kemasukan (inlet) untuk set kaset dan media turas yang telah digunakan.

    3.2.2.12 Set kaset dan media turas yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul plastik.

    3.2.3 Menamatkan pemantauan dan menjalankan penentukuran semula peralatan

    3.2.3.1 Matikan pam setelah tempoh pemantauan mencukupi.

    3.2.3.2 Tanggalkan tiub silikon daripada pam persampelan.

    3.2.3.3 Tanggalkan set media persampelan dari tiub silikon.

    3.2.3.4 Ulang langkah 3.2.2.10 hingga 3.2.2.12 untuk kesemua set kaset dan media turas yang digunakan dalam persampelan.

    3.2.3.5 Lekatkan materi jabatan pada sampul plastik dan rekodkan nombor siri materi pada Borang RPS 02.

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 19

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Rajah 7: Pemasangan Materi Pada Sampul Plastik Rajah 8: Contoh Tandaan Pada Sampul Plastik

    3.2.3.6 Catatkan maklumat berikut pada sampul plastik yang telah dimateri :

    i. Tandaan; danii. Tarikh pemantauan

    3.2.3.7 Dapatkan kadar aliran pam selepas persampelan sebaik sahaja proses persampelan ditamatkan.

    3.2.3.8 Rekod kadar aliran pam pada Borang RPS 01.

    3.3 Selepas Pemantauan

    3.3.1 Penyerahan sampel kepada Pegawai Penjaga Bahan Bukti (Jika sampel dihantar terus ke makmal, terus ke langkah 3.3.2.3)

    3.3.1.1 Pastikan sampel sentiasa berada dalam kawalan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penjaga Bahan Bukti (PPBB).

    3.3.1.2 Apabila tiba di pejabat, sampul plastik bermateri yang mengandungi sampel hendaklah diserahkan kepada PPBB.

    3.3.1.3 PPBB hendaklah memasukkan sampul plastik berkenaan ke dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    3.3.1.4 PP hendaklah memastikan bahawa PPBB merekodkan aktiviti kemasukan sampul plastik tersebut pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    203.3.2 Penyerahan sampel ke makmal analisis

    3.3.2.1 PP dapatkan sampel daripada PPBB.

    3.3.2.2 Keluarkan sampul plastik bermateri mengandungi set media persampelan dan masukkan ke dalam beg pemantauan. Pastikan rekod penyerahan dicatat di dalam Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    3.3.2.3 Hantar sampul plastik bermateri yang mengandungi set media persampelan ke makmal untuk dianalisis.

    3.3.2.4 Pastikan bahagian (ii) pada borang maklumat sampel JKM PK- NOV- 2005 diisi dengan sempurna.

    3.3.3 Mendapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel

    3.3.3.1 Setelah keputusan analisis telah siap, dapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel (jika ada) daripada PM mengikut cara yang paling sesuai samada :

    i. Secara pos; atauii. Serahan tangan.

    3.3.3.2 Pastikan bahagian (iii) pada borang maklumat sampel JKM PK-NOV- 2005 diisi dengan sempurna.

    3.3.3.3 Buat pengiraan/semakan pengiraan kepekatan kontamina berdasarkan kepada keputusan analisis makmal dan catatkan kedalam Seksyen H RPS 02.

    3.3.3.4 Serahkan Borang RPS 02 yang lengkap, keputusan analisis makmal dan salinan pendua borang maklumat sampel JKM PK- NOV- 2005 kepada Peg awai Penyiasat.

    3.3.3.5 Serahkan lebihan sampel (jika ada) kepada PPBB untuk disimpan dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    3.3.3.6 Pastikan maklumat serahan direkodkan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 21

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    4. PROSEDUR SPESIFIK RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK SELAIN ANALISIS GRAVIMETRIK

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    22 PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK SELAIN ANALISIS GRAVIMETRIK

    Proses pemantauan kontamina dengan menggunakan media turas (filter media) untuk selain Analisis Gravimetrik seperti analisis pengiraan fiber dan atomic absorption spectrometry (AAS) boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat utama iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pemantauan. Perincian mengenai langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut:

    Semua langkah yang dinyatakan dalam prosedur ini perlu dilaksanakan oleh Pegawai Pemantauan (PP) kecuali dinyatakan sebaliknya.

    4.1 Sebelum Pemantauan

    4.1.1 Perancangan pemantauan

    4.1.1.1 Terima arahan menjalankan pemantauan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (BKBKK).

    4.1.1.2 Kenalpasti BKBKK yang hendak dipantau dan tentukan kaedah pemantauan yang ditetapkan.

    4.1.1.3 Tentukan bilangan set media persampelan yang diperlukan untuk sampel dan bilangan set media blank diperlukan bagi tujuan kawalan selepas lawatan awalan.

    4.1.1.4 Hubungi makmal dan nyatakan jenis media, bilangan set media persampelan diperlukan dan jenis BKBKK yang akan dipantau selepas lawatan awalan.

    4.2 Lawatan Awalan

    Membuat lawatan awalan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut:

    i. Lokasi tempat kerja;ii. Proses dijalankan di tempat kerja;iii. Carta aliran proses;iv. BKBKK yang digunakan di tempat kerja daripada Daftar BKBKK;v. BKBKK yang hendak dipantau;vi. Helaian Data Keselamatan (SDS); vii. Pelan lakar tempat kerja;viii. Bilangan titik persampelan dan bilangan pekerja yang dipilih untuk disampel;ix. Masa kerja dan penjadualan kerja; danx. Aspek-aspek logistik lain yang relevan.

    4.3 Persediaan Peralatan Dan Penentukuran

    4.3.1 Dapatkan sepasang kaset, media turas, pam persampelan dan alat tentukur. Pastikan alat tentukur mempunyai sijil penentukuran yang sah untuk tujuan penentukuran.

  • 23

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    4.3.2 Sambungkan pam persampelan, kaset dan alat penentukuran dengan menggunakan tiub silikon mengikut susunan dalam Rajah 1.

    4.3.3 Jalankan penentukuran ke atas semua pam yang akan digunakan semasa pemantauan.

    4.3.4 Rekodkan pada Borang RPS 01 maklumat-maklumat berikut :

    i. Nama dan nombor kad pengenalan PP;ii. Tarikh penentukuran;iii. Masa penentukuran;iv. Jenama dan nombor siri pam yang ditentukur; v. Nombor siri alat penentukuran;vi. Kadar aliran pam persampelan yang ditentukur;vii. Suhu persekitaran;viii. Kelembapan relatif persekitaran;ix. Tekanan atmosfera; danx. Tandatangan PP.

    4.3.5 Masukkan pam persampelan yang telah ditentukur ke dalam beg pemantauan dan materi beg pemantauan.

    4.3.6 Sediakan kaset berserta media turas dan penyokong media turas seperti di Rajah 9.

    Palam Merah Pad Penyokong

    Media TurasPalam Biru

    Betina (Bawah/Keluar)

    Jantan (Atas/Keluar)

    Rajah 9: Pemasangan Media Turas Pada Kaset (Sebelum Pemantauan)

    4.3.7 Pasang cellulose band pada bahagian pertengahan dan betina kaset.

    4.3.8 Pasang palam plastik biru pada bahagian kemasukan jantan (male inlet section) dan palam plastik merah pada bahagian keluaran betina (female outlet section).

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    244.3.9 Labelkan pada bahagian belakang betina (female section) mengikut kriteria pelabelan berikut; XX/YY/ZZ

    Rajah 10: Kedudukan Label Pada Kaset

    Nota : XX adalah kod kawasan pemantauanYY adalah kod identifikasi pekerjaZZ adalah nombor sampel

    4.3.10 Ulangi langkah pada para 4.3.6 hingga 4.3.9 mengikut bilangan set persampelan yang diperlukan.

    4.3.11 Masukkan kesemua set persampelan yang telah disediakan ke dalam sampul plastik dan materi.

    4.3.12 Serahkan sampul plastik bermateri kepada PPBB untuk di masukkan ke dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    4.4 Semasa Pemantauan

    4.4.1 Pengambilan set persampelan

    4.4.1.1 Dapatkan beg pemantauan bermateri yang mengandungi pam persampelan dan sampul plastik bermateri yang mengandungi media persampelan dari bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    4.4.1.2 Pastikan materi pada beg pemantauan dan sampul plastik berada dalam keadaan baik.

    4.4.1.3 Bawa set persampelan ke lokasi pemantauan.

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK SELAIN ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 25

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    4.4.2 Pemasangan peralatan persampelan kepada pekerja.

    4.4.2.1 PP dan pembantu perlu memakai alat pelindungan diri yang sesuai.

    4.4.2.2 Pastikan materi pada beg pemantauan dan sampul plastik berada dalam keadaan baik.

    4.4.2.3 Pasangkan kaset berisi media turas pada tiub silikon yang disambungkan kepada pam persampelan.

    4.4.2.4 Pasangkan tali pinggang kepada pekerja dan sangkutkan pam persampelan pada tali pinggang tersebut.

    4.4.2.5 Kaset yang berisi media turas diletakkan di zon pernafasan pekerja.

    4.4.2.6 Beri arahan kepada pekerja supaya tidak mengganggu peralatan persampelan.

    4.4.2.7 Hidupkan pam dan rekodkan maklumat yang berkenaan pada Borang RPS 02 termasuk:

    i. Nama pekerja; ii. Nombor kad pengenalan/pasport pekerja;iii. Jawatan;iv. Nombor siri pam persampelan;v. Kawasan pemantauan; vi. Masa mula setiap set persampelan;vii. Masa tamat setiap set persampelan;viii. Tarikh pemantauan; danix. Nombor kaset.

    4.4.2.8 Buat pemerhatian secara berterusan ke atas pekerja dan kawasan kerja yang dipantau bagi memastikan set persampelan berada dalam keadaan baik dan tidak diganggu.

    4.4.2.9 Sekiranya pemantauan melibatkan penggunaan lebih dari satu set kaset dan media turas, maka PP perlu menggantikannya dan mencatat maklumat berikut pada Borang RPS 02:

    i. Nombor kaset; danii. Masa penukaran.

    4.4.2.10 Kaset dan media turas yang telah digunakan hendaklah ditutup semula dengan menggunakan penutup kaset atau palam plastik (mengikut kesesuaian).

    4.4.2.11 Pastikan palam plastik bewarna merah diletakkan pada lubang kemasukan (inlet) untuk set kaset dan media turas yang telah digunakan.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    264.4.2.12 Set kaset dan media turas yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul plastik.

    4.4.3 Menamatkan pemantauan dan menjalankan penentukuran semula peralatan

    4.4.3.1 Matikan pam setelah tempoh pemantauan mencukupi.

    4.4.3.2 Tanggalkan tiub silikon daripada pam persampelan.

    4.4.3.3 Tanggalkan set media persampelan dari tiub silikon.

    4.4.3.4 Ulangi langkah pada para 4.4.2.10 hingga 4.4.2.12 untuk kesemua set kaset dan media turas yang digunakan dalam persampelan.

    4.4.3.5 Lekatkan materi jabatan pada sampul plastik dan rekodkan pada Borang RPS 02.

    4.4.3.6 Catatkan maklumat berikut pada sampul plastik yang telah dimateri :

    i. Tandaan; dan ii. Tarikh pemantauan.

    4.4.3.7 Dapatkan kadar aliran pam persampelan sebaik sahaja proses persampelan ditamatkan.

    4.4.3.8 Rekod kadar aliran pam padaBorang RPS 01.

    4.5 Selepas Pemantauan

    4.5.1 Penyerahan sampel kepada PPBB (Jika sampel dihantar terus ke makmal, terus ke langkah 4.5.2.3).

    4.5.1.1 Pastikan sampel sentiasa berada dalam kawalan sebelum diserahkan kepada PPBB.

    4.5.1.2 Apabila tiba di pejabat, sampul plastik bermateri yang mengandungi sampel hendaklah diserahkan kepada PPBB.

    4.5.1.3 PPBB hendaklah memasukkan sampul plastik berkenaan ke dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    4.5.1.4 PP hendaklah memastikan bahawa PPBB merekodkan aktiviti kemasukan sampul plastik tersebut pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    4.5.2 Penyerahan sampel ke makmal analisis

    4.5.2.1 PP dapatkan sampel daripada PPBB.

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TURAS UNTUK SELAIN ANALISIS GRAVIMETRIK

  • 27

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    4.5.2.2 Keluarkan sampul plastik bermateri mengandungi set media persampelan dan masukkan ke dalam beg pemantauan. PP harus memastikan rekod penyerahan dicatat di dalam Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    4.5.2.3 Hantar sampul plastik bermateri yang mengandungi set media persampelan berserta surat iringan penghantaran sampel ke makmal untuk dianalisis.

    4.5.3 Mendapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel

    4.5.3.1 Setelah keputusan analisis telah siap, dapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel (jika ada) daripada PM mengikut cara yang paling sesuai samada:

    i. Secara pos; atauii. Serahan tangan.

    4.5.3.2 Buat pengiraan/semakan pengiraan kepekatan kontamina berdasarkan kepada keputusan analisis makmal dan catatkan pada Seksyen H Borang RPS 02.

    4.5.3.3 Serahkan Borang RPS 02 yang lengkap dan keputusan analisis makmal kepada Pegawai Penyiasat.

    4.5.3.4 Serahkan lebihan sampel (jika ada) kepada PPBB untuk disimpan dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    4.5.3.5 Pastikan maklumat serahan direkodkan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

  • 28

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    5. PROSEDUR SPESIFIK RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TIUB SERAPAN

  • 29

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Proses pemantauan kontamina dengan menggunakan media tiub serapan boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat utama iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pemantauan. Perincian mengenai langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut :

    Semua langkah yang dinyatakan dalam prosedur ini perlu dilaksanakan oleh Pegawai Pemantauan (PP) kecuali dinyatakan sebaliknya.

    5.1 Sebelum Pemantauan

    5.1.1 Perancangan pemantauan

    5.1.1.1 Terima arahan menjalankan pemantauan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (BKBKK).

    5.1.1.2 Kenalpasti BKBKK yang hendak dipantau dan tentukan kaedah pemantauan yang ditetapkan.

    5.1.1.3 Tentukan bilangan media tiub serapan yang diperlukan untuk sampel dan bilangan media blank diperlukan bagi tujuan kawalan selepas lawatan awalan.

    5.1.1.4 Hubungi makmal dan nyatakan jenis media, bilangan media tiub serapan dan jenis BKBKK yang akan dipantau selepas lawatan awalan.

    5.1.2 Lawatan awalan

    Membuat lawatan awalan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut:

    i. Lokasi tempat kerja;ii. Proses dijalankan di tempat kerja;iii. Carta aliran proses;iv. BKBKK yang digunakan di tempat kerja daripada Daftar BKBKK;v. BKBKK yang hendak dipantau;vi. Helaian Data Keselamatan (SDS); vii. Pelan lakar tempat kerja;viii. Bilangan titik persampelan dan bilangan pekerja yang dipilih untuk disampel;ix. Masa kerja dan penjadualan kerja; danx. Aspek-aspek logistik lain yang relevan.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    30 PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TIUB SERAPAN

    5.1.3 Persediaan peralatan dan penentukuran

    5.1.3.1 Dapatkan media tiub serapan, pam persampelan dan alat tentukur. Pastikan alat tentukur mempunyai sijil penentukuran yang sah untuk tujuan penentukuran.

    5.1.3.2 Sambungkan pam persampelan, tiub serapan dan alat penentukuran dengan menggunakan tiub silikon mengikut susunan dalam Rajah 11.

    Meter BubbleElektronik

    Pam Persampelan

    Tiub Serapan

    Rajah 11: Susun Atur Penentukuran Untuk Pemantauan Tiub Serapan

    5.1.3.3 Jalankan penentukuran ke atas semua pam yang akan digunakan semasa pemantauan.

    5.1.3.4 Rekodkan pada Borang RPS 01 maklumat-maklumat berikut :

    i. Nama dan nombor kad pengenalan PP;ii. Tarikh penentukuran;iii. Masa penentukuran;iv. Jenama dan nombor siri pam yang ditentukur; v. Nombor siri alat penentukuran;vi. Kadar aliran pam persampelan yang ditentukur;vii. Suhu persekitaran;viii. Kelembapan relatif persekitaran;ix. Tekanan atmosfera; danx. Tandatangan PP.

    5.1.3.5 Masukkan pam persampelan yang telah ditentukur ke dalam beg pemantauan dan materi beg pemantauan.

  • 31

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    5.1.3.6 Labelkan pada bahagian tiub serapan mengikut kriteria pelabelan berikut; XX/YY/ZZ

    Rajah 12: Kedudukan Label pada Tiub Serapan

    Nota :XX adalah kod kawasan pemantauanYY adalah kod identifikasi pekerjaZZ adalah nombor sampel

    5.1.3.7 Masukkan kesemua media tiub serapan yang telah disediakan ke dalam sampul plastik dan materi.

    5.1.3.8 Serahkan sampul plastik bermateri kepada PPBB untuk di masukkan ke dalam bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    Penutup

    Kapas Kaca

    Tiub Kaca

    Lapisan Penyerap Sokongan

    Lapisan Penyerap

    Lapisan Pemisah

    Tip Penutup

    Rajah 13: Tiub Serapan

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    32 PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TIUB SERAPAN

    5.2 Semasa Pemantauan

    5.2.1 Pengambilan set persampelan

    5.2.1.1 Ambil beg pemantauan bermateri yang mengandungi pam persampelan dan sampul plastik bermateri yang mengandungi media persampelan dari bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    5.2.1.2 Pastikan materi pada beg pemantauan dan sampul plastik berada dalam keadaan baik.

    5.2.1.3 Bawa set persampelan ke lokasi pemantauan.

    5.2.2 Pemasangan peralatan persampelan kepada pekerja.

    5.2.2.1 PP dan pembantu perlu memakai alat pelindungan diri yang sesuai.

    5.2.2.2 Pastikan materi pada beg pemantauan dan sampul plastik berada dalam keadaan baik.

    5.2.2.3 Potong kedua-dua hujung media tiub serapan dengan menggunakan pemotong kaca.

    Rajah 14: Contoh Pemotongan Tiub Serapan

    5.2.2.4 Pasangkan media tiub serapan pada tiub silikon yang disambungkan kepada pam persampelan.

    5.2.2.5 Pasangkan tali pinggang kepada pekerja dan sangkutkan pam persampelan pada tali pinggang tersebut.

    5.2.2.6 Letakkan media tiub serapan di zon pernafasan pekerja.

  • 33

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    5.2.2.7 Beri arahan kepada pekerja supaya tidak mengganggu peralatan persampelan.

    Rajah 15: Kedudukan Media Persampelan Pada Pekerja (Low Flow)

    5.2.2.8 Hidupkan pam dan rekodkan maklumat yang berkenaan pada Borang RPS 02 termasuk:

    i. Nama pekerja; ii. Nombor kad pengenalan/pasport pekerja;iii. Jawatan;iv. Nombor siri pam persampelan;v. Kawasan pemantauan; vi. Masa mula setiap set persampelan;vii. Masa tamat setiap set persampelan;viii. Tarikh pemantauan; danix. Nombor label tiub serapan.

    5.2.2.9 Buat pemerhatian secara berterusan ke atas pekerja dan kawasan kerja yang dipantau bagi memastikan set persampelan berada dalam keadaan baik dan tidak diganggu.

    5.2.2.10 Sekiranya pemantauan melibatkan penggunaan lebih daripada satu unit media tiub serapan, maka PP perlu menukarnya dan mencatat maklumat berikut pada Borang RPS 02:

    i. Nombor label tiub serapan; danii. Masa penukaran.

    5.2.2.11 Media tiub serapan yang telah digunakan hendaklah ditutup semula kedua- dua hujungnya.

    5.2.2.12 Media tiub serapan yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul plastik.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    34 PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA TIUB SERAPAN

    5.2.3 Menamatkan pemantauan dan menjalankan penentukuran semula peralatan

    5.2.3.1 Matikan pam setelah tempoh pemantauan mencukupi.

    5.2.3.2 Tanggalkan tiub silikon daripada pam persampelan.

    5.2.3.3 Tanggalkan tiub serapan dari tiub silikon.

    5.2.3.4 Kedua-dua hujung media tiub serapan yang telah digunakan hendaklah ditutup dengan kemas.

    5.2.3.5 Media tiub serapan yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul plastik.

    5.2.3.6 Lekatkan materi jabatan pada sampul plastik dan catatkan nombor materi pada Borang RPS 02.

    5.2.3.7 Catatkan maklumat berikut pada sampul plastik yang telah dimateri :

    i. Tandaan; danii. Tarikh pemantauan.

    Rajah 16: Pemasangan Materi dan Tandaan Pada Sampul Plastik

    5.2.3.8 Jika perlu masukkan sampul plastik yang mengandungi tiub serapan ke dalam cooler box dan rekodkan suhu cooler box pada Borang RPS 02.

    5.2.3.9 Pastikan suhu cooler box sentiasa berada pada suhu yang ditetapkan mengikut kaedah persampelan.

    5.2.3.10 Dapatkan kadar aliran bagi kesemua pam persampelan sebaik sahaja pros-es persampelan ditamatkan.

    5.2.3.11 Rekod kadar aliran pam pada Borang RPS 01.

  • 35

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    5.3 Selepas Pemantauan

    5.3.1 Penyerahan sampel kepada PPBB (Jika sampel dihantar terus ke makmal, terus ke langkah 5.3.2.4)

    5.3.1.1 Pastikan sampel sentiasa berada dalam kawalan sebelum diserahkan kepada PPBB.

    5.3.1.2 Apabila tiba di pejabat, sampul plastik bermateri yang mengandungi sampel hendaklah diserahkan kepada PPBB.

    5.3.1.3 PPBB hendaklah memasukkan sampul plastik berkenaan ke dalam peti sejuk.

    5.3.1.4 PP hendaklah memastikan bahawa PPBB merekodkan aktiviti kemasukan sampul plastik tersebut pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    5.3.2 Penyerahan sampel ke makmal analisis

    5.3.2.1 Ambil sampel daripada PPBB.

    5.3.2.2 Sampul plastik bermateri mengandungi tiub serapan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam cooler box. PP harus memastikan rekod penyerahan dicatat di dalam Buku Pendaftaran Bilik Kebal.

    5.3.2.3 Pastikan suhu cooler box sentiasa berada di bawah satu suhu yang ditetapkan dalam kaedah persampelan.

    5.3.2.4 Hantar sampul plastik bermateri yang mengandungi tiub serapan ke makmal untuk dianalisis berserta dengan surat iringan JKKP .

    5.3.3 Mendapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel

    5.3.3.1 Setelah keputusan analisis siap, dapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel (jika ada) daripada PM mengikut cara yang paling sesuai samada :

    i. Secara pos; atauii. Serahan tangan.

    5.3.3.2 Buat pengiraan/semakan pengiraan kepekatan kontamina berdasarkan kepada keputusan analisis makmal dan catatkan pada Seksyen H Borang RPS 02.

    5.3.3.3 Serahkan Borang RPS 02 yang lengkap dan keputusan analisis makmal kepada Pegawai Penyiasat.

    5.3.3.4 Serahkan lebihan sampel (jika ada) kepada PPBB untuk disimpan dalam peti sejuk/cooler box.

    5.3.3.5 Pastikan maklumat serahan direkodkan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

  • 36

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    6.0 PROSEDUR SPESIFIK RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

    PENGAMBILAN SAMPEL FIZIKAL CECAIR ATAU PEPEJAL

  • 37

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Proses pengambilan sampel fizikal bahan kimia dengan menggunakan botol ambar (kuning jingga) boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat utama iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pengambilan sampel fizikal. Perincian mengenai langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut :

    Semua langkah yang dinyatakan dalam prosedur ini perlu dilaksanakan oleh Pegawai Pemantauan (PP) kecuali dinyatakan sebaliknya.

    6.1 Sebelum Pemantauan

    6.1.1 Perancangan pemantauan

    6.1.1.1 Terima arahan mengambil sampel bahan kimia berbentuk cecair atau pepejal.

    6.1.1.2 Anggarkan bilangan botol ambar yang diperlukan.

    6.1.1.3 Hubungi makmal dan dapatkan nasihat berkenaan sampel yang dicadang untuk diambil (jika perlu).

    6.1.1.4 Botol-botol berkenaan mestilah dibilas dengan air suling.

    6.1.1.5 Keringkan botol ambar.

    6.1.1.6 Tutup botol ambar.

    6.1.1.7 Labelkan botol ambar mengikut keperluan.

    6.1.1.8 Masukkan botol ambar ke dalam beg pemantauan dan simpan di bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    6.2 Semasa Pengambilan Sampel

    6.2.1 Keluarkan beg pemantauan dari bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    6.2.2 PP dan pembantu perlu memakai alat pelindungan diri yang sesuai.

    6.2.3 Keluarkan botol ambar dari beg pemantauan berkunci.

    6.2.4 Buka penutup botol ambar.

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    386.2.5 Ambil bahan kimia dengan menggunakan kit pengambilan sampel fizikal.

    6.2.6 Masukkan bahan kimia cecair/pepejal ke dalam botol ambar pada paras separuh botol dengan disaksikan sekurang-kurangnya seorang wakil dari pihak majikan.

    6.2.7 Tutup botol ambar. Bagi setiap bahan kimia, pastikan 3 set sampel diambil bagi tujuan analisis, simpanan jabatan dan serahan kepada majikan.

    6.2.8 Masukkan botol ambar ke dalam sampul plastik dan materi sampul plastik. Catatkan maklumat berikut bagi ketiga-tiga sampul plastik yang telah dimateri:

    i. Tandaan; danii. Tarikh pemantauan.

    Rajah 17: Cara Materi Sampul Plastik

    6.2.9 Satu set sampel perlu diserahkan kepada majikan dan minta wakil majikan tandatangan pada Borang RPS 03.

    6.2.10 Rekodkan nombor tandaan sampul plastik pada Borang RPS 03.

    6.3 Selepas Pengambilan Sampel

    6.3.1 Penyerahan sampel kepada PPBB (Jika sampel dihantar terus ke makmal, terus ke langkah 6.3.2.3)

    6.3.1.1 Pastikan sampel sentiasa berada dalam kawalan sebelum diserahkan kepada PPBB.

    6.3.1.2 Apabila tiba di pejabat, botol ambar untuk simpanan JKKP dan untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia hendaklah diserahkan kepada PPBB.

    PENGAMBILAN SAMPEL FIZIKAL CECAIR ATAU PEPEJAL

  • 39

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    6.3.1.3 PP hendaklah memastikan bahawa PPBB merekodkan aktiviti kemasukan botol ambar berkenaan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    6.3.2 Penyerahan sampel ke makmal analisis

    6.3.2.1 Ambil sampel daripada PPBB.

    6.3.2.2 Keluarkan sampul plastik bermateri yang mengandungi botol ambar (sampel) dan masukkan ke dalam beg pemantauan. PP mestilah memastikan rekod penyerahan dicatat di dalam Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    6.3.2.3 Hantar botol ambar (sampel) berserta surat iringan penghantaran sampel ke makmal untuk dianalisis.

    6.3.2.4 Dapatkan salinan borang serahan sampel berserta slip pengakuan penerimaan oleh makmal.

    6.3.2.5 Serahkan botol ambar untuk simpanan JKKP kepada PPBB.

    6.3.2.6 PP hendaklah memastikan bahawa PPBB merekodkan aktiviti kemasukan botol ambar berkenaan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

    6.3.3 Mendapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel

    6.3.3.1 Setelah keputusan analisis telah siap, dapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel (jika ada) daripada PM mengikut cara yang paling sesuai samada :

    i. Secara pos; atauii. Serahan tangan.

    6.3.3.2 Serahkan Borang RPS 03 yang lengkap dan keputusan analisis makmal kepada Pegawai Penyiasat.

    6.3.3.3 Serahkan lebihan sampel (jika ada) kepada PPBB untuk disimpan dalam bilik kebal.

    6.3.3.4 Pastikan maklumat serahan direkodkan pada Buku Pendaftaran Bahan Bukti.

  • 40

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    7. PROSEDUR SPESIFIK RANTAIAN PENJAGAAN SAMPEL

    PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA BEG GAS

  • 41

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    Prosedur ini digunapakai bagi mengenalpasti kehadiran bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang terampai di udara.

    Proses pengambilan sampel dengan menggunakan media beg gas boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat utama, iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pengambilan sampel. Perincian mengenai langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti berikut :

    Semua langkah yang dinyatakan dalam prosedur ini perlu dilaksanakan oleh Pegawai Pemantauan (PP) kecuali dinyatakan sebaliknya.

    7.1 Sebelum Pengambilan Sampel

    7.1.1 Perancangan pengambilan sampel

    7.1.1.1 Terima arahan menjalankan pengambilan sampel bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (BKBKK).

    7.1.1.2 Kenalpasti bentuk fizikal BKBKK yang hendak diambil dan tentukan kaedah persampelan yang ditetapkan.

    7.1.1.3 Tentukan bilangan beg gas yang diperlukan untuk persampelan.

    7.1.1.4 Labelkan pada bahagian beg gas mengikut kriteria pelabelan berikut: XX/YY

    Rajah 18: Susunan Beg Gas

    Nota :XX adalah kod kawasan pemantauanYY adalah nombor sampel

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    42 PENGAMBILAN SAMPEL MENGGUNAKAN MEDIA BEG GAS

    7.1.1.5 Masukkan beg gas dan pam ke dalam beg pemantauan dan simpan di bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    7.1.1.6 Hubungi makmal dan nyatakan bilangan beg gas terlibat dan jenis BKBKK yang akan disampel.

    7.2 Semasa Pengambilan Sampel

    7.2.1 Pengambilan beg pemantauan

    7.2.1.1 Ambil beg pemantauan yang mengandungi pam dan media beg gas persampelan dari bilik bahan bukti/ruang simpanan berkunci.

    7.2.1.2 Bawa beg pemantauan ke lokasi pengambilan sampel.

    7.2.2 Pemasangan peralatan pengambilan sampel

    7.2.2.1 PP dan pembantu perlu memakai alat pelindungan diri yang sesuai.

    7.2.2.2 Pasangkan media beg gas pada tiub silikon teflon yang disambungkan kepada pam dan buka injap beg gas.

    7.2.2.3 Letakkan media beg gas di kawasan pengambilan sampel.

    7.2.2.4 Ambil sampel dengan menggunakan pam dan rekodkan Nombor label beg gas pada Borang RPS 03.

    7.2.3 Menamatkan pengambilan sampel

    7.2.3.1 Matikan pam setelah tamat pengambilan sampel.

    7.2.3.2 Injap beg gas yang telah digunakan hendaklah ditutup. 7.2.3.3 Tanggalkan tiub silikon teflon daripada pam dan beg gas.

    7.2.3.4 Media beg gas yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul plastik.

    7.2.3.5 Lekatkan materi jabatan pada sampul plastik dan catatkan nombor tandaan pada Borang RPS 03.

    7.2.3.6 Catatkan maklumat berikut pada sampul plastik yang telah dimateri :

    i. Tandaan; dan ii. Tarikh pengambilan sampel.

  • 43

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    7.3 Selepas Pengambilan Sampel

    7.3.1 Penyerahan sampel ke makmal analisis

    7.3.1.1 Hantar sampul plastik bermateri yang mengandungi media beg gas berserta surat iringan penghantaran sampel ke makmal untuk dianalisis.

    7.3.2 Mendapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel

    7.3.2.1 Setelah keputusan analisis telah siap, dapatkan keputusan analisis dan lebihan sampel (jika ada) daripada PM mengikut cara yang paling sesuai samada:

    i. Secara pos; atauii. Serahan tangan.

    7.3.2.2 Serahkan Borang RPS 03 yang lengkap dan keputusan analisis makmal kepada Pegawai Penyiasat.

  • 44

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    8. KRITERIA UMUM PENOLAKAN SAMPEL

    Sampel-sampel berikut dikategorikan sebagai sampel yang ditolak:

    8.1 Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan materi pada beg persampelan, sampul plastik atau sampul surat rosak, diganggu, terusik atau pecah;

    8.2 Perbezaan kadar aliran awal dan akhir pam persampelan yang digunakan untuk persampelan lebih daripada 5%;

    8.3 Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan media persampelan telah rosak, diganggu, terusik atau pecah;

    8.4 Sampel yang dihantar ke makmal melebihi tempoh kestabilan yang dinyatakan dalam kaedah pemantauan; atau

    8.5 Sampel yang disimpan di luar julat suhu persekitaran simpanan seperti yang dinyatakan dalam kaedah pemantauan.

  • 45

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    9. LAMPIRAN A. Borang Maklumat Sampel (PK NOV 2005).B. Borang Maklumat Penentukuran Pam Persampelan (RPS 01).C. Borang Pemantauan Kimia di Tempat Kerja (RPS 02).D. Borang Maklumat Pengambilan Sampel Cecair, Pepejal dan Gas (RPS 03).E. Surat Iringan Penghantaran Sampel ke Jabatan Kimia.

  • 46

    Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    10. RUJUKAN Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2009). Garis panduan Penyiasatan Pendekatan Secara Kejuruteraan Forensik. Putrajaya: JKKP. 1-50.

    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2009). PK-05 : Penyiasatan Kemalangan, Kejadian Berbahaya dan Penyakit / Keracunan Pekerjaan. In: JKKP Dokumen Kualiti. 6th ed. Putrajaya: JKKP. 1-19.

    Kerajaan Malaysia (1994). Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. 1-54.

    Kerajaan Malaysia (2000). Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. 1-42.

    US Environmental Protection Agency. 2013. US Environmental Protection Agency. [ONLINE] Available at: http://www.epa.gov. [Accessed 29 July 2013].

  • Garis Panduan Rantaian Penjagaan Sampel Untuk Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2014

    (PK

    N

    OV

    2005

    )JA

    BA

    TAN

    KIM

    IA M

    ALA

    YSIA

    JA

    LAN

    SU

    LTA

    N 4

    6661

    PET

    ALIN

    G J

    AYA

    NO

    . TEL

    EFO

    N :

    03-7

    9853

    000

    NO

    . FA

    X : 0

    3-79

    5530

    14

    BOR

    ANG

    MAK

    LUM

    AT S

    AM

    PEL

    (p

    erlu

    dik

    emuk

    akan

    ber

    sam

    a pe

    ngha

    ntar

    an s

    ampe

    l ke

    JKM

    PJ)

    (i)PE

    NG

    AMB

    ILAN

    SAM

    PEL

    DAR

    I JK

    M P

    J U

    NTU

    K P

    ERSA

    MPE

    LAN

    No.

    Kas

    et:

    .

    Nom

    bor m

    eter

    i lab

    el k

    esel

    amat

    an J

    abat

    an K

    imia

    Mal

    aysi

    a :

    .

    NAM

    AN

    O K

    .PO

    RG

    AN

    ISA

    SITA

    ND

    ATA

    NG

    AN

    MAS

    A d

    an T

    AR

    IKH

    DIA

    MBI

    L O

    LEH

    JKKP

    DIS

    ERAH

    O

    LEH

    JKM

    PJ

    (ii)

    PEN

    YER

    AHAN

    SAM

    PEL

    KE

    JKM

    SEL

    EPAS

    PER

    SAM

    PELA

    N

    NO

    MAK

    MAL

    : (P

    J) IK

    A___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    _N

    O.R

    UJU

    KAN

    JK

    KP

    :___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___

    (diis

    i ole

    h JK

    M)

    (Diis

    i ole

    h pe

    ngha

    ntar

    )

    NAM

    AN

    O K

    .PO

    RG

    AN

    ISA

    SITA

    ND

    ATA

    NG

    AN

    MAS

    A d

    an T

    AR

    IKH

    DIS

    ERAH

    O

    LEH

    JKKP

    DIT

    ERIM

    A O

    LEH

    JKM

    PJ

    (iii)

    PEN

    YER

    AHAN

    BAL

    IK S

    AMPE

    L K

    E JK

    KP

    SELE

    PAS

    ANAL

    ISIS

    NAM

    AN

    O K

    .PO

    RG

    AN

    ISA

    SITA

    ND

    ATA

    NG

    AN

    MAS

    A d

    an T

    AR

    IKH

    DIT

    ERIM

    A O

    LEH

    JK

    KP

    DIS

    ERAH

    O

    LEH

    JKM

    PJ

    NO

    TA :

    JKM

    PJ

    : Jab

    atan

    Kim

    ia M

    alay

    sia

    Pet

    alin

    g Ja

    ya,

    JKK

    P :

    Jaba

    tan

    Kes

    elam

    atan

    dan

    Kes

    ihat

    an P

    eker

    jaan

    ,N

    O K

    .P :

    Nom

    bor K

    ad P

    enge

    nala

    n,

    T

    .T :

    Tand

    atan

    gan

    No.

    Ruj

    ukan

    Kes

    :

    LAMPIRAN A

  • (iv)

    MAK

    LUM

    AT S

    AMPE

    L

    a)Ta

    nda

    bung

    kusa

    n (s

    ampu

    l sur

    at /

    plas

    tik) b

    eris

    i kas

    et :

    (Bun

    gkus

    an p

    erlu

    dig

    unak

    an s

    emul

    a)

    b)Lo

    kasi

    Per

    sam

    pela

    n:

    (Diis

    i sel

    epas

    per

    sam

    pela

    n)

    BIL

    Tand

    a ka

    set

    untu

    k pe

    rsam

    pela

    nD

    iser

    ah k

    e JK

    M P

    J se

    lepa

    s pe

    rsam

    pela

    nYa

    (

    ) / T

    idak

    (

    )

  • RPS 01

    JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

    BORANG MAKLUMAT PENENTUKURAN PAM PERSAMPELAN

    Jenis Alat Penentukuran :..

    No. Siri Alat Penentukuran :..

    Tarikh Tamat Sijil Alat Penentukuran :..

    Maklumat Pam Persampelan

    Bil Jenama Pam dan No. Siri Kadar Alir Pam Persampelan (l/min) No. Materi Beg Pemantauan

    (Selepas Penentukuran)Sebelum Selepas Perbezaan

    (%)

    Tandatangan :

    Nama Pegawai Pemantauan : .

    No. Kad Pengenalan :

    Tarikh Penentukuran :..

    **Nota : Perbezaan kadar aliran pam dibenarkan sebelum dan selepas persampelan adalah 5%

    Sifat Keadaan Persekitaran Sebelum Selepas

    Suhu Penentukuran (C)

    Kelembapan Relatif (%)

    Tekanan Atmosfera (mmHg)

    No. Rujukan Kes:

    LAMPIRAN B

  • RPS 02

    JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

    BORANG PEMANTAUAN KIMIA DI TEMPAT KERJA

    SEKSYEN A: MAKLUMAT JABATAN

    TUJUAN PEMANTAU Aduan: Kajian: Penguatkusaan: Lain-lain:(Sila tandakan ( / ) yang berkenaan)

    TARIKH PEMANTAUAN:

    NYATAKAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH AKKP, 1994YANG BERKAITAN

    SEKSYEN B: MAKLUMAT SYARIKAT

    Nama Syarikat:No. Pendaftaran Syarikat (ROC):

    Alamat

    Poskod: No. Telefon: E-mail:

    SEKSYEN C: MAKLUMAT KAWASAN KERJA/ PEKERJA DIPANTAU

    MAKLUMAT KAWASAN KERJA MAKLUMAT PEKERJA DIPANTAU

    Kawasan: Nama: Umur:

    Jumlah Pekerja Terdedah; Jawatan:

    Spesifikasi Kerja No. Kad Pengenalan / Pasport:

    SEKSYEN D: KAEDAH DAN MEDIA PERSAMPELAN

    Kaedah Persampelan:

    Jenis media persampelan yang digunakan: (Tandakan ( / ) yang berkenaan)

    Media Turas: Nyatakan Jenis Media Turas: Saiz Liang :

    Tiub Serapan: Beg Gas: Lain-Lain: Nyatakan: ..

    No. Rujukan Kes:

    LAMPIRAN C

  • SEKSYEN E: LANGKAH KAWALAN SEDIA ADA

    Nyatakan Kawalan Sedia Ada yang Digunakan

    Proses/ Mesin(Cth: Pengasingan/Sistem Ekzos Setempat)

    Pekerja(Cth: Alat Pelindung Diri dan Jenisnya-Nitrile Glove)

    Kadar Metabolik:Tandakan ( / ) pada yang berkenaan 'Light Physical Work': 'Moderate Physical Work': Rujuk Jadual A

    Heavy Physical Work':

    JADUAL A

    Sumber: ACGIH

  • SEKSYEN F: FAKTOR PERSEKITARAN

    Masa Suhu oC

    RH (%)

    Halaju Udara(m/s)

    Tekanan(atm)

    Keadaan Cuaca (Cerah/Mendung/Hujan)

    Purata T(oC) + 273 = K

    SEKSYEN G: DATA PERSAMPELAN

    No. Rujukan / Tandaan Pada Sampul Plastik Sampel :

    No. Siri Materi JKKP Beg Pemantauan Berkunci (Sebelum Persampelan) :

    No. Siri Pam Persampelan

    No. Media Persampelan Masa Persampelan Catatan

    Mula Akhir

    Nama Kontaminan :

    Jenis Pendedahan*: Sarapan Kulit/ Inhalasi/Ingesi

    Jenis Kontaminan*: Pepejal/Cecair/Gas/Wap/Fibre

    No. CAS: HPD : .mg/m/ppm

  • SEKSYEN H: FORMULA PENGIRAAN: ISIPADU UDARA SAMPEL ( V ) Fc x t [ Pc x T ] 0.5 = ------ x --------- = _________ m [ 1000 ] [ P x Tc] 0.5

    ISIPADU UDARA PADA STP ( VS ) V = --------------- x [ P X 298 ] = ________ m [ 760 x T]

    Kepekatan, C = Berat Sebenar Sample (MJ) (mg) -------------------------------------------- = __________ mg/m Isipadu Udara Pada STP (m)

    TWA t= C1t1 + C2t2 + C3t3 + Cntn---------------------------------------------------------------------- = _________ mg/m

    t1 + t2 + t3 + .. .. tn

    TWA8 jam = C1t1 + C2t2 + C3t3 + Cntn ---------------------------------------------------------------------- = _________ mg/m t1 + t2 + t3 + .. tn

    di mana; V = Isipadu udara (meter padu) Fc = Kadaralir kalibrasi (l/min) Tc = Suhu kalibrasi (Kelvin = oC + 273 ) Pc = Tekanan kalibrasi ( mm Hg) P = Tekanan persampelan (mm Hg) T = Suhu persampelan (Kelvin = oC + 273 ) t = Tempoh persampelan (minit) C = Kepekatan (mg / m3)

    Kesemua kaset dan media turas/ media tiub serapan/beg gas* di atas telah dimasukkan ke dalam sampul plastik dan dimateri dengan materi JKKP No:... setelah pemantauan dijalankan. Suhu simpanan : C (Jika Perlu)

    .. Pegawai Pemantauan Nama:.. No. Kad pengenalan:. Tarikh: NOTA: * Potong yang tidak berkenaan

  • RPS 03

    JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

    BORANG MAKLUMAT PENGAMBILAN SAMPEL CECAIR, PEPEJAL DAN GAS

    Bil

    Label Botol Ambar/Beg Gas

    Keadaan Fizikal Bahan Kimia

    (Pepejal/Cecair/Gas)

    No Tandaan Sampul Plastik mengandungi Botol Ambar /Beg Gas

    (Selepas Persampelan)

    Sampel Analisis

    Sampel Simpanan

    JKKP

    Sampel untuk

    Majikan

    Sampel Analisis

    Sampel Simpanan

    JKKP

    Sampel untuk Majikan

    . .Pegawai Pemantauan Wakil Majikan

    Nama: Nama:

    No. K/P: No.K/P:..

    Tarikh: Tarikh:

    Masa:.. Masa:..

    No. Rujukan Kes:

    LAMPIRAN D

  • Ruj. Tuan: - Ruj. Kami: Tarikh: Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Jalan Sultan, 46661 Petaling Jaya, Selangor Tuan, Sampel Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Untuk Dianalisis Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa pihak kami adalah di dalam proses untuk menjalankan tindakan mahkamah ke atas sebuah syarikat . yang disyaki menggunakan bahan.di tempat kerja mereka. 3. Sehubungan itu, bersama-sama ini kami sertakan ..unit sampel media turas/tiub serapan/sampel fizikal* bermateri yang di label seperti di lampiran 1 untuk dianalisis oleh pihak tuan. Untuk pengetahuan tuan, sampel ini disyaki yang mengandungi 4. Kerjasama JKM dalam membantu kami menganalisis sampel-sampel ini diucapkan dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ............................................................. (..) Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 06550, Bandar Muadzam Shah Kedah.

    LAMPIRAN E

  • Lampiran 1

    MAKLUMAT SAMPEL UNTUK KASET/TIUB SERAPAN

    Bilangan sampul plastik berisi kaset/tiup serapan:____

    Bil

    Tandaan pada sampel Kadar Aliran Pam (l/min)

    Masa

    Persampelan (min)

    Tandaan Pada Sampul Plastik

  • Ruj. Tuan: - Ruj. Kami: JKKP/H.127.IH.858/3 (12) Tarikh: 29/04/2011

    Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah, Rose Garden, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah Tuan, PENGESAHAN SAMPEL BAHAN KIMIA (LAPORAN DI BAWAH SEKSYEN 399 KTJ) Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Bersama-sama ini disertakan 1 sampul surat yang mengandungi 1 botol cecair kimia yang bertanda seperti di bawah dan mempunyai maklumat seperti yang dinyatakan dalam lampiran:

    a) PI/D(K)2011 3. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat mengesahkan bahan tersebut serta menyediakan laporan seperti kehendak Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah untuk membolehkan pihak Jabatan mengambil tindakan selanjutnya. 4. Kerjasama dari pihak tuan diucapkan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

    Christy (CHRISTY CLAIRE DE GUZMAN) Pegawai Penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan SABAH & WP LABUAN

    JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) TINGKAT 1, SAYAP KANAN, WISMA PERKESO, NO.11, LORONG SEMPELANG, PETI SURAT 60,88858 TANJUNG ARU, KOTA KINABALU, SABAH

    Tel : 088-235855, 088-230855 Fax : 088-233367 E-mail : [email protected] Web: http://www.dosh.gov.my

  • MAKLUMAT BAHAN KIMIA UNTUK DIANALISA OLEH JABATAN KIMIA

    TANDA

    NAMA PRODUK

    PI/D(K)/2011

    DIESEL