gitar

Upload: muhamdsyukri

Post on 08-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

uigjy

TRANSCRIPT

B. PENULISAN KRITIS

Persediaan dan latihan permaianan iringan pelbagai rentak untuk gitar termasuklah persediaan dalam menguasai teknik gitar sebagai contoh teknik menekan tali pada fret, teknik memegang kord, teknik petikan (fingerpicking) dan teknik strumming. Aspek menekan tali termasuklah permainan skel, arpeggio, melodi serta kord.Teknik menekan tali dengan tangan kiri yang baik bukan sahaja dapat menghasilkan ton yang baik serta berkualiti malahan juga dapat membantu pemain menekan tali tanpa melihat jari Antara teknik yang dapat membantu dalam menekan tali pada fret termasuklah kedudukan jari pada setiap fret, jari berada dalam keadaan tegak untuk mengelakkan daripada menyentuh tali lain dan menggunakan ibu jari yang diletakkan di belakang leher untuk menampung berat papan fret. Teknik-teknik yang digunakan dalam menekan tali turut diaplikasikan dalam memegang kord. Terbuktilah dengan persediaan terhadap teknik menekan tali pada fret ini dapat meningkatkan permainan gitar saya.Dalam teknik fingerplucking pula, terdapat dua jenis teknik yang dapat digunakan iaitu free stroke dan rest stroke. Teknik ini membolehkan seseorang itu memainkan melodi, kord iringan dan juga bes dalam satu masa. Rumusannya, teknik ini banyak digunakan dalam permainan gitar klasikal juga kerana gitar jenis ini mempunyai leher yang lebih besar. Selain itu, membuat latihan teknik strumming dengan menumpukan kepada rentak yang dimainkan sebagai contoh rentak waltz, foxtrot dan masri. Permainan strumming rentak waltz dengan gitar seperti down, up, up manakala rentak foxtrot dimain secara down, up, up, down, up, up dan rentak masri pula seperti down, up, up, down, up. Dengan latihan yang kerap dibuat saya dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar. Seterusnya, strumming kebiasaannya dilakukan menggunakan plektrum tetapi boleh juga menggunakan jari telunjuk iaitu dengan memetik setiap tali keatas dan kebawah. Jadi dengan persediaan dan latihan yang cukup saya dapat menguasai permainan gitar dengan iringi pelbagai rentak.

Seterusnya, pengalaman saya dalam permainan iringan pelbagai rentak yang dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar adalah bermain gitar diiringi metronome. Setiap rentak seperti waltz, foxtrot dan masri mempunyai tempoh yang berbeza. Antara cara yang dimulakan adalah dengan menukarkan beat ke 50bpm dan mainkan gitar mengikut rentak. Dengan strumming diiringi metronome ini saya dapat bermain dengan tempoh yang betul. Metronome merupakan alat yang penting bagi seseorang permain muzik untuk menguasai rentak lagu. Hal ini, penggunaan metronome dalam latihan dapat membantu saya menguasai permainan pelbagai rentak. Selain itu, dengan latihan skel yang kerap diadakan di dalam kelas dan dipantau oleh pensyarah juga salah satu untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan gitar. Contohnya setiap hari kelas gitar kami harus bermain skel major seperti C, F, G manakala minor adalah A dan D. Seterusnya, strumming pelbagai rentak yang diajar oleh pensyarah jugak dapat meningkatkan kemahiran permainan. Skel aoelion, Lydian dan exotic yang saya pelajari di internet juga dapat membantu saya untuk mahir dalam permainan gitar.Di samping itu, saya kerap bermain gitar dengan diiringi lagu pelbagai rentak. Dalam sehari saya akan bermain 2 lagu rentak yang berbeza. Hal ini dapat meningkatkan lagi permainan gitar dengan pelbagai rentak. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan teknik strumming kerana saya menggunakan pelbagai teknik strumming untuk bermain pelbagai rentak sebagai contoh permainan strumming rentak waltz dengan gitar seperti down, up, up manakala rentak foxtrot dimain secara down, up, up, down, up, up dan rentak masri pula seperti down, up, up, down, up.Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai manfaat dan kelebihan serta pertambahan ilmu pengetahuan melalui tugasan ini. Kecekapan saya dalam bermain gitar dengan pelbagai rentak semakin meningkat dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan serta melalui tugasan ini. Justeru itu, saya akan menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang telah saya pelajari ini dalam mendidik para pelajar dalam mendalami ilmu pendidikan gitar ini dan membimbing mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.