giliran bercakap1

10
PERATURAN BERBAHASA GILIRAN BERCAKAP

Upload: jie-tong

Post on 29-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

zaza

TRANSCRIPT

Peraturan Berbahasa Giliran Bercakap

Peraturan BerbahasaGiliran BercakapPeraturan BerbahasaDalam percakapan, kita harus :Bercakap tentang perkara yang lebih penting dahulu. Menilai perkara yang hendak disampaikan sebelum bercakap.Tidak mencelah percakapan orang lain. Tidak mengulangi perkara yang telah diucapkan.

Giliran BercakapUtamakan status dan kedudukan jawatan semasa bercakapBergantung pada tempat kita berada Bergantung pada orang yang berkomunikasi dengan kitaJanganmeyampuk kecuali kecemasan

Dalam keluarga, ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman diberi keutamaan ketika bercakap. Gilirannya seperti:

1.Moyang2. Datuk atau nenek3.Ibu bapa4.Kakak atau abang 5.Pihak yang paling muda, khususnya adik

Di institut, giliran bercakap adalah bergantung pada status jawatan seperti di bawah:

1.Pengarah2.Ketua Jabatan 3.Ketua Unit4.Para pensyarah5.Wakil pelajar6.Para pelajar

Di sekolah, giliran bercakap bergantung kepada status jawatan. Antaranya seperti berikut: 1. Pengetua atau Guru Besar 2. Penolong-penolong Kanan3. Guru Kanan4. Ketua Panitia5. Para guru6. Wakil murid. khususnya ketua pengawas7. Para murid

Dalam sesebuah majlis yang rasmi dan dihadiri oleh orang penting(VVIP atau VIP), pihak organisasi atau pengerusi majlis perlu membuat perancangan serta mengambil kira protokol yang betul. Antara giliran berucap dalam sesebuah majlis adalah seperti berikut:

1. Tetamu istimewa utama2. Tetamu istimewa kedua3. Tuan rumah utama4. Tuan rumah kedua dan ketiga5. Hadirin-hadiranDalam sebuah mesyuarat, giliran berucap adalah bergantung pada jawatan dalam pertubuhan atau kelab. Antaranya seperti berikut:1. Pengerusi 2. Timbalan pengerusi3. Naib Pengerusi4. Ahliahli jawatankuasa

KesimpulanBercakap atau berucap mengikut giliran amat mustahak :

1. Mewujudkan masyarakat yang mementingkan protokol, saling menghormati dan penyayang2. Menghormati para jemputan dan hadirin dalam majlis3. Menghormati pemimpin dalam pertubuhan, organisasi dan keluarga 4. Menggunakan masa secara optimum semasa berkomunikasi

9SEKIANTERIMA KASIH