g~'f i of ••• t~ ~~ 'f majlis agama islam wila y … pekeliling...c) mempersendakan...

4
of 1 y. v ~ill \G~"'f I "'f 1"- ~:\ \ S t -f:'~~~ t' t~ ~~ /~t ~ ~ t~ ••• rX;~~ MAJLIS AGAMA ISLAM WILA YAH PERSEKUTUAN Tingkat 10, Bangunan Perkim, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Tel: 03 - 4047 9444 Faks: 03 - 4044 9444 Ruj. Tuan: Ruj. Kami: BWP U.U/010/04/01 (18) Tarikh : 14 Disember 2010M / 8 Muharam 1432H Pengerusi Masjid / Surau Jumaat/ Surau / Madrasah Seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Tuan, SURAT PEKELlLlNG MASJID I SURAU BILANGAN (3) TAHUN 2010 A. TUJUAN 1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan berkenaan peraturan penganjuran tazkirah atau lain-lain· aktiviti di Masjid-Masjid dan Surau-Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. B. LATARBELAKANG 2. Oimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah pihak berkuasa agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah- Wilayah Persekutuan [ Akta 505 ] dan menjadi pemegang amanah bagi semua masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan .

Upload: vunhu

Post on 07-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

of 1 y. v ~ill\G~"'f I"'f 1"-~:\ \ S t -f:'~~~ t' t~ ~~ /~t ~~ t~ ••• rX;~~MAJLIS AGAMA ISLAM WILA YAH PERSEKUTUANTingkat 10, Bangunan Perkim, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.Tel: 03 - 4047 9444 Faks: 03 - 4044 9444

Ruj. Tuan:Ruj. Kami: BWP U.U/010/04/01 (18)Tarikh : 14 Disember 2010M /

8 Muharam 1432H

Pengerusi Masjid / Surau Jumaat/Surau / MadrasahSeluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan

Tuan,

SURAT PEKELlLlNG MASJID I SURAU BILANGAN (3) TAHUN 2010

A. TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan

berkenaan peraturan penganjuran tazkirah atau lain-lain· aktiviti di

Masjid-Masjid dan Surau-Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

B. LATARBELAKANG

2. Oimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

adalah pihak berkuasa agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan

berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah­

Wilayah Persekutuan [ Akta 505 ] dan menjadi pemegang amanah

bagi semua masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah-Wilayah

Persekutuan .

3. Maka adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Majlis mengikut

, seksyen 78 (3) Akta 505 untuk membawa ke pengetat)uan Majlis

apa-apa kelakuan keji mana-mana pegawai masjid samaada

berhubungan dengan tugas-tugasnya sebagai yang demikian atau

selainnya dan membawa apa-apa syor yang munasabah.

4. Majlis juga mempunyai kuasa memberi apa-apa arahan secara am.kepada Jawatankuasa Kariah mengenai kewajipan dan tugas-

tugasnya selaras dengan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah

1987.

5. Sehubungan dengan itu pihak masjid-masjid dan surau-surau

adalah tidak dibenarkan menaaunakan masiid untuk apa-apa

iua aktiviti tanpa keizinan bertulis daripada Setiausaha Mailis.

C. PELAKSANAAN

6. Pengerusi Masjid/Surau hendaklah memastikan bahawa :

6.1. Keputusan di para 5 di atas dipatuhi sepenuhnya.

6.2. ' Semua sesi tazkirah hendaklah diadakan oleh penceramah

yang mempunyai tauliah sahaja dan semua aktiviti yang'

diadakan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada

Setiausaha Majlis.

6.3. Semua aktiviti yang diadakan hendaklah dilaporkan kepada

Pegawai Penyelaras Kanan Zon masing-masing .

'.

D. PENGUATKUASAAN

7. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa bermula pada 01 Januari2011

dan semua pihak hendaklah mengikut arahan dan mengambil

tindakan yang sewajarnya.

E. UNDANG-UNDANG

8. Akta Kesalahan Jenayah

Persekutuan ) 1997 [Akta 559]

Syariah (Wilayah-Wilayah

8.1 Seksyen 11(1) Mana-mana orang yang mengajar atau

mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan

dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah

seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

8.2. Seksyen 7 Mana-mana orang yang secara lisan atau secara

bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan

.apa-apa cara lain,

a) Menghina Agama Islam atau menyebabkan Agama

Islam dipandang hina;

b) Mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh

amalan atau upacara yang berhubungan dengan

Agama Islam; atau

"

c) Mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina

mana-mana Undang-undang yang sedang

berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang

berhubungan dengan Agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan

boleh didenda tidak melebihi Tiga Ribu Ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya.

8.3 Seksyen 9 Mana-mana orang yang bertindak dengan cara

yang menghina pihak be~kuasa agama atau mengingkari,

melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang

di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau

Mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sekian, wassalam.

"BERKHIDMA T UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(DA TO' HAJI CHE MAT BIN CHE All)Setiausaha

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan