get-get logik
DESCRIPTION
kertas penerangan berkaitan dengan get logik asasTRANSCRIPT
GET-GET LOGIK ASAS
Get-get logik adalah elemen asas untuk membentuk suatu litar sistem digital. Get
logik mempunyai satu terminal keluaran dan satu atau lebih terminal masukan.
Keluarannya ialah logik ‘1’ atau logik ‘0’ bergantung kepada keadaan masukan.
Sebelum memulakan unit ini, beberapa istilah yang perlu kita tahu dan fahami
ialah :
GET DAN ( AND GATE )
Litar skematik, rajah 10.1 menunjukkan idea asas get DAN. Lampu Y akan
menyala hanya apabila kedua-dua suis A dan B di’ON’kan. Jadual 10.1 di bawah
menunjukkan kedudukan suis A dan B yang memungkinkan lampu bernyala.
A B Lampu Y + - 5V
Rajah 1
Jadual1 - GET DAN
Rajah 2 ialah simbol get DAN yang menunjukkan 2 masukan A dan B dengan
satu keluaran Y. Jadual kebenaran, Jadual 10.2 untuk 2 masukan get DAN
menggunakan digit-digit perduaan ( logik 1 atau 0 ). Cuba anda perhatikan
bahawa hanya apabila kedua-dua masukan A dan B berlogik 1 menghasilkan
keluaran ‘1’.
A B
Lampu Y
OFF OFF OFF
OFF ON OFF
ON OFF OFF
ON ON ON
Suis
** Logik ‘0’ menunjukkan masukannya RENDAH ( Low Voltage ) .
** Logik ‘1’ menunjukkan masukkannya TINGGI ( High Voltage ).
Rajah 2 Simbol Get DAN
A B Y
0 0 0
0 1 0
1 0 0
1 1 1
Jadual 2 - Jadual Kebenaran Get DAN 2 masukan
Get DAN boleh mengandungi lebih daripada 2 masukan. Rajah 3 menunjukkan
Get DAN 3 masukan . Jadual kebenaran bagi get DAN 3 masukan adalah seperti
yang ditunjukkan pada Jadual 10.3 .
Rajah 3 - Simbol get DAN 3 masukan
A B C Y
0 0 0 0
0 0 1 0
0 1 0 0
0 1 1 0
1 0 0 0
1 0 1 0
1 1 0 0
1 1 1 1
Jadual 3 - Jadual kebenaran get DAN 3 masukan
Y = ABC
A
B
C
Y A
B
GET ATAU ( OR GATE )
Get ATAU boleh digambarkan dengan litar skematik seperti pada rajah 10.4 di
mana suis A dan B disambungkan secara selari. Lampu Y akan menyala hanya
apabila suis A atau suis B di’ON’kan atau kedua-dua suis di’ON’kan.
A B Lampu Y
OFF OFF OFF
ON OFF ON
OFF ON ON
ON ON ON
+ 5 V -
Rajah 5 ialah simbol untuk get ATAU 2 masukan beserta dengan jadual kebenarannya.
A B Y
0 0 0
0 1 1
1 0 1
1 1 1
Rajah 5
Keluaran get ATAU akan TINGGI ( logik 1) jika kedua-dua masukannya adalah
TINGGI ataupun salah satu masukannya ( A atau B ) TINGGI.
A
B
B
A
B
Y A
B
Rajah 4
GET TAK ( NOT GATE )
Get TAK dikenali juga sebagai ‘INVERTER’. Get TAK mempunyai hanya
satu masukan dan satu keluaran. A digunakan untuk komplimen atau alikan
isyarat digital. Jika masukan ‘0’ keluaran akan dialikkan ke ‘1’ dan
sebaliknya. Simbol dan jadual kebenaran bagi get TAK ditunjukkan pada
rajah 6
A A atau
A Y
0 1
1 0
Rajah 6
GET TAK DAN ( NAND GATE )
Get TAK DAN berfungsi sebagai get TAK dan get DAN atau dikenali
sebagai get DAN diikuti oleh get TAK. Operasi get TAK DAN sama seperti
get DAN kecuali keluarannya adalah terbalik. Simbol serta jadual
kebenarannya adalah seperti pada rajah 7
Y = AB
A
B
Y = AB = NOT ( A AND B )
A
B
A B Y
0 0 1
0 1 1
1 0 1
1 1 0
Rajah 7
GET TAK ATAU ( NOR GATE )
Get TAK ATAU adalah gabungan get ATAU dan get TAK. Operasi bagi get
TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali keluarannya adalah
terbalik. Simbol dan jadual kebenaran adalah seperti rajah 10.8.
Jadual Kebenaran Get TAK ATAU
A B Y
0 0 1
0 1 0
1 0 0
1 1 0
GET EXCLUSIVE-OR ( EX-OR )
Y = A + B
A
B
Y = A + B
A
B
Get EX-OR menghasilkan keluaran tinggi jika hanya salah satu
masukannya tinggi. Simbol serta jadual kebenarannya adalah seperti yang
di bawah. Cuba anda lihat perbezaan keluarannya dengan get ATAU ( OR
GATE ).
A B EX – OR OR
0 0 0 0
0 1 1 1
1 0 1 1
1 1 0 1
Rajah 9
RINGKASAN : GET LOGIK GANTIAN