gerhana bulan - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/teks khutbah...

10
“GERHANA BULAN” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: truongque

Post on 07-Apr-2019

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

0

“GERHANA BULAN”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Page 2: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

1

“KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN”

ه‌‌‌حمد لل

لى، ا

ف

ن اصط ر

ى عباده ال

م عل

وسال

ن لهد ؤ

ش

هؤ

ه وحده إل

الل

هد وإل

ش

ه وؤ

سك ل

ش

ل

دا عبده ن محمى وؤ

م عل

هم صل وسل

لل

ه. ا

وزسىل

صحابهى ءاله وؤ

د وعل ا محم

ده

جمعين س .ؤ

الل

قىا سلمىن! اث

ها اإلا ي

أ ؤ

ا بعد، ف م

اثه هؤ

ق

حق ث

حم مسلمىن.ه وؤ

ن إل

مىث

ث

ول

.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi, jelas kepada kita

bahawa malam dan siang itu adalah tanda atau bukti kekuasaan Allah

yang tidak dapat ditandingi. Ia menjadi kemudahan bagi manusia untuk

menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini.

Demikian juga dengan kejadian alam semesta dengan pelbagai fenomena

yang berlaku di dalamnya adalah lambang kewujudan dan kekuasaan

Allah SWT ke atas makhluknya. Ayat ini juga menuntut agar kita patuh dan

tunduk hanya kepada Allah SWT, bukan kepada makhluk ciptaan-Nya.

Page 3: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

2

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Seringkali kita sebagai hamba Allah lupa akan kewajipan kita

sebagai khalifah di muka bumi ini lantas membuat kesilapan dan

kesalahan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Kita lalai

melaksanakan suruhan dan perintah-perintah-Nya sehingga ada di antara

kita yang leka dengan kemaksiatan dan kemungkaran dalam kehidupan

sehari-hari. Tanpa kita sedar dosa dan kesalahan kita hari demi hari

semakin bertambah dan bintik-bintik hitam semakin menghilangkan

cahaya keimanan di hati kita ini. Usia kita semakin hampir menemui

ajalnya, sedang kita belum lagi membuat persiapan dan persediaan yang

sewajarnya dalam menghadapi hari tersebut.

Perkara-perkara itu perlulah menjadi tanda tanya kepada diri kita

sekalian. Sejauh manakah persiapan dan bekalan yang telah kita siapkan

dalam mengharungi perjalanan ke akhirat nanti? Sebanyak manakah

ibadat yang telah kita laksanakan bagi menyucikan diri dan sanubari kita?

Dan apakah usaha kita bagi memastikan keluarga dan masyarakat Islam

sentiasa tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah SWT.

Muslimin yang dikasihi Allah sekelian,

Ummul mukminin Saidatina Aishah Radiallahu Anhu berkata:

Page 4: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

3

“Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah

SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan

sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah.

Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup

seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan,

maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah

serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: “Wahai umat

Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit

ketawa dan banyak menangis”.

(Riwayat al-Nasa’ie).

Gerhana bulan adalah satu daripada kejadian alam yang

memperlihatkan kebijaksanaan Penciptanya dan menjadi iktibar kepada

sekelian manusia. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian,

suatu keagungan dan kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari dan

bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi

Allah Taala melakukannya.

Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada

seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan

cahayanya. Sesungguhnya gerhana bulan yang berlaku tahun demi tahun

merupakan peringatan Allah SWT tentang hari Kiamat dan fenomena ini

juga menunjukkan kekuasaan Allah Taala ke atas alam ini. Firman Allah

dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:

Page 5: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

4

“Maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan

menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahaya-

Nya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”.

Hadirin yang dimuliakan,

Pada malam yang indah ini, marilah kita menginsafi diri kita dan

mereka yang berada di bawah tanggungjawab kita, agar bertaubat kepada

Allah Taala dari segala kesalahan dan kesilapan serta menyesali segala

kemungkaran dan kemaksiatan yang telah kita lakukan. Kita bertaubat

kepada Allah Taala dengan taubat nasuha. Marilah kita berdoa kepada

Allah agar kita semua, sama ada pemimpin mahupun yang dipimpin

melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka, sekiranya ada yang

lalai dan tersesat agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepada

Allah. Ini sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam fiman-Nya dalam

Surah Ali Imran ayat 133:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik

untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga

yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi

orang-orang yang bertaqwa”.

Kaum muslimin yang berbahagia,

Dalam usaha untuk memperbanyakkan amal kebajikan, supaya

kehidupan kita tidak sia-sia, Allah Taala telah memberikan galakan dan

perangsang supaya umat manusia membuat kebaikan dengan firman-Nya

di dalam Surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

Page 6: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

5

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya

pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan

tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan

(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang

dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi

ilmu pengetahuan-Nya.”

Ayat ini memberi fahaman kepada kita betapa banyaknya pahala

yang diberikan kepada orang-orang yang gemar mendermakan hartanya

ke jalan Allah, iaitu sehinga tujuh ratus kali ganda banyaknya. Ini

menunjukkan berlipat gandanya pahala dari Allah bagi orang-orang yang

bersifat dermawan dan pemurah dan dengan ayat ini juga mudah-

mudahan terbukalah kesempatan yang baik bagi orang-orang yang

hendak berbuat baik. Dalam kesempatan untuk beribadat kepada Allah

demi menjamin keutuhan iman dan kekayaan jiwa, Rasulullah SAW

pernah bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh

Imam al-Tirmidzi dan Ibnu Majah yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, sediakanlah kelapangan buat beribadat kepada

Allah, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan jiwa, dan aku tutupi

apa-apa jua kekuranganmu, tetapi jika engkau tidak kerjakan sesuatu

kebaikan di waktu yang terluang itu, nescaya Aku penuhi di waktu-

waktumu itu dengan kesibukan yang berbagai, dan Aku tidak menutupi

apa-apa jua kekuranganmu”.

Page 7: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

6

م عظقسآن ال

م في ال

ك

، بازك هللا لي ول

عني ف

س وه

ل

ات والر ه من آلا م بما ف

ال وإ

م ثالي ومىك ل من ب

ق

م وث حك

هال

هووث هى و، إه

م. علع ال م الس

ىليىل ق

ق

ا ؤ

م هر

ك

م لي ول عظ

فس هللا ال

سحغ

وؤ

سل هولسأئس اإلا فسوه إه

اسحغ

سلمات، ف

مين واإلا

م. ح فىز السغ

هى ال

******

Page 8: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

7

KHUTBAH KEDUA

ىا من سلمين، وزشق

ىا من اإلا

ري جعل

ه ال

حمدلل

لا

هد .باتالط

ش

نؤ

ؤ

وه وحدهالل

ل

دا عبده ن محمهد ؤ

ش

ه، وؤ

ك ل س

ه وش

. ووزسىل

م وبازك هم صل وسل

لل

ا د ا محم

ده

ىس وعل

بعهم بئحسان وصحبه آلهومن ث ى

ما ع

ا بعد، ف م

ن. ؤ ه، الد

الل

قىا باد هللا، اث

قىن. ح اش اإلا

د ف

ق

اي بحقىي هللا ف م وإ

وصك

ؤعالى:ال ق

هللا ج

.

هم صل وا

م لل

ى سل

د عل ا محم

ها ومىل

ده

د س س

سابحه صحابه وق

هم عن ؤ

سسلين وازض الل

اإلا

جمعين.اثه ؤ

ـ ز

شواجه وذ

وؤ

مىين ؤ سلمات واإلا

مسلمين واإلا

فس لل

هم اغ

لل

ا

مىاتؤ اء واإلا ح

مىاتمنهم ألا

ع وألا ك سم ، إه

حاجاتي ال اض

ا ق عىات و ب الد ب مج س

. ق

هملل

ك ا

ك بىب ل إل حىسك وه

لسإ

ا و إه

مين، ألا

حسنىسمأئك ال

ك بإ

لسإ

مى ،وو

عظ

اثك ال

ن ،وصف

ؤ

Page 9: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

8

ة اه ب حك الس بعين عىاظ

حف

حك وبحفظ ،ث ا

وق

ة، جال مداه الصة

مل

عظ

ان ،ملكىا اإلا

ط

سل

سالن ادزس شاه ڠ الد

سف

ان ش

ط

ىز، سل

ان صال ،الحاجط

ن عبد ابن اإلاسحىم سل ح الد

ة هدا

عىن وال

دم ال

هم ؤ

لل

ص شاه الحاج. ا العص

ح ق، والص ىف الوالح والس مىك، لىلى عهد ة

مة

سالاهڠىز، جڠ

مير ش

،كى ؤ

سف

ان ش

ط

ل ابن الس

ن ادزس شاه الحاج من وصال ،الدة فى ؤ ح وعاف

جالاال

ا ذ سمك

ك ول طل بمى

هم ؤ

لل

سام. ا

ل وؤلال

بال مصلحين ،عمسهماة وال ع فين والس

مىظ

د، لل

هدسق ال

اصدهما لط

غ مق

اد. يوبل

ش والس

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,

sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan

negara umat Islam, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan

dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai ketua agama Islam di

negeri ini.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman dan

pegangan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,

kayakanlah kami dengan dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa

kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang

Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti

Page 10: GERHANA BULAN - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/TEKS KHUTBAH GERHANA.pdf · menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan

Khutbah Khas Gerhana Bulan

Jabatan Agama Islam Selangor

9

kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan,

kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan

sentiasa bertambah makmur dan berkat.

.

.

عباد هللا،

سل

اذ

سوه ف

ك

م واش

سل

ل

ر م عظ

هللا ال

ىوا

عل

ضله وعمهىه من ف

لم، واسإ

صدل

معطك

صىعىن.م ما ث

عل ه

بر والل

ل

س هللا ؤ

رل

ول

*****