geogragi form 3

35
Bil Perkara Muka surat 1 Tajuk kajian 2 Senarai kandungan 3 Penghargaan 4 Pendahuluan 5 Objektif kajian 6 Kawasan kajian 7 Kaedah kajian 8 Dapatan kajian 9 Penutup 10 Rumusan 11 Rujukan 12 Lampiran

Upload: ahmad-zulkarnain

Post on 04-Jul-2015

173 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geogragi Form 3

Bil Perkara Muka surat1 Tajuk kajian2 Senarai kandungan3 Penghargaan4 Pendahuluan5 Objektif kajian6 Kawasan kajian7 Kaedah kajian8 Dapatan kajian9 Penutup10 Rumusan11 Rujukan12 Lampiran

Page 2: Geogragi Form 3

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Bakar Arang , Tuan bin Harun kerana telah memberikan

kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Mazidah Binti Ibrahim yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini

dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Ahmad Mazlan Bin Aziz dan Nursyuhada Binti Abdullah kerana memberikan

sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan

kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kawan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual di lakukan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sungai Petani yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja dapat membalas

jasa dan budi baik kalian semua.

Page 3: Geogragi Form 3

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk persijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami semua telah diberikan tajuk

Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu,saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini dikawasan yang mengalami pencemaran alam sekitar.

Oleh sebab itu,saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai Majlis Daerah Sungai Petani(MPSP)dan ini memudahkan saya untuk menjalan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula February sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 4 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satiu

laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal

saya.

Page 4: Geogragi Form 3

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:

i. Menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas

ii. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar iii. Menghulurkan punca pencemaran alam sekitar iv. Menhuraikan kesan pencemaran alam sekitar v. Mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam

sekitar .vi. Dapat menerangkan unsur nilai dan patriotism terhadap penduduk

di Sungai Pasir tentang pecemaran alam sekitar

Page 5: Geogragi Form 3

Dalam KGT ini,saya telah memilih kawasan Mukin Taman Bakar Arang yang teletak dalam daerah Kuala Muda,Kaedah sebagai kawasan kajian saya.Keluasan kawasan kajian saya ialah 5 kilometer persegi . Mukim Taman Bakar Arang ini terletak di bawah pentakbiran Majlis Pembandaran Sungai Petani,Kedah(MPSPK).Di sinilah terletaknya Bandar Sungai Petani.

Sekolah saya Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bakar Arang,terletak di kawasan tersebut.Lokasi kawasan ini adalah berhampiran dengan kawasan Perindutrian Bakar Arang,kawasan Perindustrian Sungai Pasir,Taman Sejati Indah yang mempunyai pelbagai kegiatan perdagangan,perbankan,Hotel Park Avenue,Hotel Emirald Putri dan pusat beli-belah.

Jarak kawasan ini dengan Bandar Sungai Petani ialah 5kilometer dan mengambil masa hanya 10 minit dengan menaiki kereta untuk sampai ke sana.Kawasan ini menpunyai bentuk muka bumi yang rata dan agak beralun di kawasan selatannya.

Page 6: Geogragi Form 3

Sebelum melakukan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian=Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan tempat tinggal saya.

2) Temu Bual=Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk Pekan Sg. Petani untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pencemaran alam sekitar. Temu bual dijalankan kepada penduduk Pekan Sg. Petani yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan Pekan Sg. Petani.

3) Soal Selidik=Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oeleh Penduduk Pekan Sungai Petani yang akan menadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. (boring selidik – sila rujuk lampiran)

4) Rujukan=Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pencemaran alam sekitar.

Page 7: Geogragi Form 3

PENGENALAN…

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita ,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian kata-kata Mahatma Gandhi sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang hidup di muka bumi ini.

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak diambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih dari gejala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidup yang lain. Pencemaran bermaksud perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan sesuatu keadaan yang membahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang, hidupan liar, akuatik, atau tumbuh-tumbuhan.

Masalah pencemaran seperti pencemaran air, tanah, udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memandang sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di muka ini seharusnya mengambil berat mengenai masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang diketahui, pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:

1. Pencemaran air2. Pencemaran udara3. Pencemaran tanah4. Pencemaran bumi

1.0 PENCEMARAN UDARA DI TAMAN BAKAR ARANG1.1 Pengenalan Kepada Pecemaran Udara.

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan,

Page 8: Geogragi Form 3

kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar atau penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida atau karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan member kesan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal. Pencemaran udara sukender pula adalah hasil dari tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara.

1.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia.

Pencemaran udara telah member kesan yang buruk terhadap hidupan pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem penafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea.Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen daiam darah dengan berkesan sekali.selain itu,bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari ,bahan cemar gas ozon (O3) bolah menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan.

Pencemaran udara juga member kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu nekrosis(keguguran daun), klorosis(pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Alfalta, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan.

Page 9: Geogragi Form 3

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rika, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, khinzir, lembu, angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida(SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan-bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbun (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 km dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

1.2.4 Kesan terhadap Bahan.

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat pemendapan asap atau zarah halus yang bergaris pusat kira-kira 0.3 mikro meter. Selepas beberapa lama pemendapan ini dapat dilihat dan di panggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, hakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Fllo Rida di mana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut.

1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari pembebasan gas klofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat pemyembur,alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.Ininmenyebabkan lebih bayak sinaran matahari yang sampai ke bumi.Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kenser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan hidupan yang lain.Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan belakunya pencairan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

1.2.6 Kejadian Hujan Asid.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan.

Page 10: Geogragi Form 3

Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur dioksida dan oksida-oksida nitrogen dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid ini terkumpuldi dalam awan dan awan pula bergerak bersma-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Inya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikanny tidak subur.

1.2.7 Kesn Rumah Hijau dan Pemanasan Global.

Kesan yang paling ketara dn sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasn global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan pesekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan berlaku juga sedikit sebanyak member kesan kepada suhu bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

1.2.8 Kesan Terhadap atmosfera.

Kesan terhadap afmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pila ialah mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah negara di Asia Tengara menga;lami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan pembincangan hebat di kalangan saintis di abad ini. Para saintis nendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia mengakibatkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius dan kesan ini dikenali sebagai ‘kesan rumah hijau’.

2.0 PENCEMARAN AIR DI TAMAN BAKAR ARANG2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air.

Pencemaran air ini ber;laku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kuliti air sehingga tidak sesuai dan member kesan apabila digunakan.

Page 11: Geogragi Form 3

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di laut, pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kiloang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air dapat dinilai berdasarkan faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, zat terlarut dalam air, pH dan suhu.

Secara saintifik, pencemaran air boleh dikalsifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologi dan biologi. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu, dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di atas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat, dan lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut. Selain itu, ia juga berpunca daripada pensenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan pensenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi pencemran biologi pula disebabkan oleh microorganisma dalam sumber air tersebut seperti bacteria patogon, virus, protozoa, parasit, dan zat toksin.

2 .2. KESAN PENCEMARAN AIR

2 . 2 . 1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air tersebut mati apabila memakan bahan yang beracun dari sumber air yang tercemar ini. Manusia juga mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit dan masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

2. 2 . 2 Kesan Kepada Kualiti Air.

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan

Page 12: Geogragi Form 3

saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di laut itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan menigkat secara mendadak. Justeru menggangu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan member kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpai, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik, secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negative terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan kandungan oksigen Terlarut.

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fostorus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut. oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut.

2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah.

Sesetengah kilang akan memperuntukan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa buangan. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa buangan ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu pertama ialah jika sisa ini mengalih di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem air bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam.

Page 13: Geogragi Form 3

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah-sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah-sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air lautan ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia.

2.2.6 Banjir.

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalir air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah-sarap menyumbat aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuaktik.

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, ubahnisasi, serta peladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta meningkat keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan hidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Klang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalir berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan, dan najis haiwan ke dalam lautan. Sepsis yang sensitif akan lama-kelamaan lenyap sama ada oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesis tahan lasak, mengumpulkan bahan toksid dalam badan mereka ,boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di hujung rantaian makanan, termasuk manusia.

3.0 PENCEMARAN TANAH DI TAMAN BAKAR ARANG3.1 Pengenalan kepada pencemaran tanah.

Page 14: Geogragi Form 3

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan hakisan.Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.Bahan pencemaran ini terdiri daripada pencemaran organik,kimea atau fizik.keseriusan tanah bergantung kepada kesuburan tanah.Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.

Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri.Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan,tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu disebabkan karang,penebangan hutan yang aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut,perbuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal,perbuangan sisa toksid dan sisa nuklear dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.

3.2 Kesan-kesan pencemaran tanah.

3.1.1 Tanah Beracun.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga.Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.Pebuangan sampah sarap,sisa toksid dan nulear menjadi tanah beracun dan tidak boleh didiami.contohyang paling ketara adalah letupan logi nuklear di Chernobyl,Rusia.Kesannya dapat dirasai sehingga Sweden,kerana 23 orang telah di laporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut.Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

3.2.2 Penyebaran kuman-kuman penyakit.

Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan –kawasan lapang menjadi tempat pembiakkan kuman penyakit.Tikus,lipasdan lalat dan makanan yang dihingkuman-kuman ditempat-tempat lain.Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

3.2.3 Kerosakkan Tanah dan Kualitinya

Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengakutan menjadi tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur.Hujan asid yang meresap ke dalam tanah,perlombingan yang

Page 15: Geogragi Form 3

berlebihan,pernebangan hutan atau pembalakkan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya,landasan keretapi dan lapangan terbang.

3.2.4 Tanah Gersang

Setelahnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha petani yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur),yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan,padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol,dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang mermelukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kerjadian tanah gersang

3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah.

Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksid dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.

3.2.6 Hakisan Tanah.

Satu lagi kesan pencemaran tanah yang ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan cerun bukit yang mengakibatkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

4.0 PENCEMARAN BUNYI DI TAMAN BAKAR ARANG

Page 16: Geogragi Form 3

4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai

Kerana memberi ketidakeselesaan terhadap pendengaran.Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa infomasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini.

Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.

Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di pasar,dan trafik.Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam.Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi,Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulang seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas.

4.2 KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI

4.2.1 Menggangu Persekitaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau.Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu.Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebabkan gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.

4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini

Page 17: Geogragi Form 3

menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.

Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah,meningkatkan pergerakan otot,meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran puplil39. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakaan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN BAKAR ARANG

Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia.bahan seperti carbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada

Page 18: Geogragi Form 3

aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air .jika keadaan ini dibiar berterusan,alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia .justeru,langkah segera wajar diambil uktuk menyelamatkan bumi kita dari terus dicemari.

Kapen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluaskan kepada semau lapisan masyarakat di seluruh negara.Tempat-tempat khas harur disedaikan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitarsemula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

Racun makluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan danmembocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternetif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas.Ini dapat menggelakkan pencemaran alam.Selain itu, pengawalanserangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Dalam keghairahan menjadi negara indusrti, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkuran. Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasanhutan simpanan, kawasan-kawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penhasilan hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh ditapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawsan perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu dalan proses pemeluwapan.

Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mengdirikan kilang dengan teliti.pihak kerajaan harus memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang dan industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar.ini

Page 19: Geogragi Form 3

penting kerana buangan industri seperti bahan kimia ,gas beracun,asap kotor dan pemcemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli,disel dan batu arang.permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen janakuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepas sulfur dioksida.Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala hidupan di bumi.Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternative seperti tenaga suria,kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.

Kesimpulannya, pencemaran alan sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera.Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar,selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain.Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung,segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.

Page 20: Geogragi Form 3

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini.kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pancemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal.Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini.manusia memerlukan bahan makanan.Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.

Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini , dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan

Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemarandibiarkan berteruskan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didaimi oleh sebaranghidupan termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan permulihan terhadap alam sekitaryang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang.Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan,kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Page 21: Geogragi Form 3

Buku Teks:

Chong Mui Seng dan rakan(2000) Geografi Tingkatan 1, Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, (2004) Geografi Tingkatan 3, Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan:

Piara Singh (2005) Siri Teks Reference SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd.

Chong Mui Seng (2008) Fokus PMR Tingkatan 1, 2, dan 3, Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn Bhd.

Internet:

Blog: http;// smksi.wordpress.com/

Orang sumber:

En. Mohd Khamsuldin B. Abdul Wahab , 12 tahun, Seorang Guru di SMK Syed Ibrahim, Pendang. Akhir kata, diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar unutuk menghasilakn sebuah kerja kursus yang bermutu.

Page 22: Geogragi Form 3

AIR UDARA BUNYI BAU SAMPAH SARAP0

1

2

3

4

5

6

7

8

JENIS PENCEMARAN

JENIS PENCEMARAN JUMLAHAIR 7UDARA 3BUNYI 1BAU 2SAMPAH SARAP 7

Page 23: Geogragi Form 3

PUNCA PENCEMARAN

PERINDUSTRIANTOKSIKSAMPAH SARAPPEMBAKARAN SECARA TERBUKA

PUNCA PENCEMARAN JUMLAHPERINDUTRIAN 3TOKSIK 5SAMPAH SARAP 6PEMBAKARAN SECARA TERBUKA 6

Page 24: Geogragi Form 3

JEREBU

BAU BUSUK

PENYAKIT

BANJIR KILAT

AIR TERCEMAR

0 1 2 3 4 5 6 7 8

KESAN PENCEMARAN

KESAN PENCEMARAN JUMLAHJEREBU 1BAU BUSUK 7PENYAKIT 3BANJIR KILAT 2AIR TERCEMAR 7

Page 25: Geogragi Form 3

i) PENCEMARAN AIR

ii) PENCEMARAN UDARA

iii) PENCEMARAN TANAH

Page 26: Geogragi Form 3