geografi 2010

31
SAPURA SMART SCHOOL KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1 2010 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI DI TAMAN TTDI JAYA,SHAH ALAM. NAMA CALON: TINGKATAN: S1-Jupiter NO KAD PENGENALAN: GURU PENILAI: Mr Narasimhanaidu TANDATANGAN MURID, TANDATANGAN GURU, ……………………………… ......... ........................................

Upload: amandabaun

Post on 03-Jul-2015

945 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: geografi 2010

SAPURA SMART SCHOOL

KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1

2010

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI DI TAMAN TTDI JAYA,SHAH ALAM.

NAMA CALON:

TINGKATAN: S1-Jupiter

NO KAD PENGENALAN:

GURU PENILAI: Mr Narasimhanaidu

TANDATANGAN MURID, TANDATANGAN GURU,

……………………………… .................................................

1.0 TAJUK

Page 2: geografi 2010

Bentuk Muka Bumi

dan potensi

di Taman TTDI Jaya

Shah Alam

2

Page 3: geografi 2010

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka surat

1.0 Tajuk Kajian

2.0 Senarai Kandungan

3.0 Penghargaan

4.0 Pendahuluan

5.0 Objektif Kajian

6.0 Kawasan Kajian

7.0 Kaedah Kajian

8.0 Dapatan Kajian

9.0 Rumusan

10.0 Lampiran

11.0 Rujukan

3

Page 4: geografi 2010

3.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang kerana dengan

berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus

Geografi Tingkatan 1 dengan jayanya. Syukur, tugasan kerja kursus ini akan

memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa

membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Mr Narasimhanaidu kerana tidak jemu-

jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian

mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan

membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya iaitu ayahanda En Mohamad Raus dan bonda Zulhamnie yang turut membantu

untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat

menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus

ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan sedikit wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan

kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam

4

Page 5: geografi 2010

memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan

kajian.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penduduk di Taman TTDI Jaya,Shah Alam terutamanya mereka yang menjadi

responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai

maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.

5

Page 6: geografi 2010

4.0 PENDAHULUAN

4.1 Nama Kawasan Kajian

Saya membuat kajian di kawasan Taman TTDI Jaya,Shah Alam

4.2 Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih

Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut:

(a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan kerja- kerja

kajian yang perlu saya buat.

(b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke

kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal

(c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah

mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

4.3 Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu . Tempoh

pembahagian masa adalah seperti dibawah:

(a) 3 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian.

(b) 4 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah,dan memberi borang soal

selidik dengan penduduk kampung, dan di samping itu mengambil maklumat

tentang bentuk muka bumi, potensi bentuk muka bumi, halangan bentuk muka

6

Page 7: geografi 2010

bumi kepada kegiatan penduduk, dan sebagainya.

(d) 2 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data,

merumus data, dan membina peta.

(e) 2 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis

isi-isi kajian kerja kursus.

(f) 3 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk

diserahkan kepada guru penilai.

7

Page 8: geografi 2010

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

5.1 Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman

TTDI Jaya,Shah Alam

5.2 Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman TTDI

Jaya,Shah Alam.

5.3 Memerhati dan mengkaji halangan bentuk muka bumi Taman TTDI Jaya,Shah

Alam kepada kegiatan penduduk-penduduk.

5.4 Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar .

5.6 Mengkaji langkah-langkah penyelesaian kepada kegiatan manusia terhadap

alam sekitar.

5.7 Mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di kawasan

kajian.

5.8 Mengkaji langkah – langkah mengatasinya.

5.9 Meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan kegiatan manusia kepada

kemusnahan alam sekitar.

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih

jelas mengenai benuk muka bumi Taman TTDI Jaya,Shah Alam serta potensi-potensinya.

Dengan melaksanakn kajian ini, aya berasa puas hati kerana dapat mengetahi sedikit

sebanyak tentang kawasan yang membangun ini.

8

Page 9: geografi 2010

6.0 KAWASAN KAJIAN

6.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Saya telah memilih Taman TTDI Jaya,Shah Alam sebagai kawasan kajian saya. Sebelum

Taman Sentosa, Klang dibangunkan kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan ladang

getah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1985 dan merupakan

kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana yang terdiri daripada rumah-rumah

satu tingkat dan dua tingkat. Segala kemudahan awam dan infrasturuktur telah disediakan

dan dijaga rapi oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Hasil daripada maklumat, Taman

TTDI Jaya didiami oleh lebih 10 000 keluarga.

6.2 Pandang Darat Fizikal

Ciri-ciri pandang darat fizikal kawasan Taman TTDI Jaya adalah hampir rata dan beralun

serta berhampiran dengan kawasan bukit-bukau.Taman TTDI Jaya adalah kawasan yang

sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan Bandar Klang.

6.3 Lokasi Kawasan Kajian

Taman TTDI Jaya mempuyai keluasan seluas 5 km persegi. Taman TTDI Jaya

terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Bukit Jelutong dan Bukit Jelutong

Timur. Untuk pengetahuan semua, Taman TTDI Jaya berada 4 kilometer daripada

Bandar Klang.

9

Page 10: geografi 2010

6.4 Jarak Dari Bandar

Taman TTDI Jaya terletak lebih kurang 4 km daripada Bandar

Klang. .Penduduk-penduduk di kawasan ini dapat ke bandar dengan mudah dan dapat

menggunakan segala kenderaan awam seperti bas dan teksi.

6.5 Jenis Petempatan

Taman TTDI Jaya adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh

penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti India dan Melayu Majoriti

Masyarkat di kawasan ini terdiri daripada bangsa India diikuti oleh bangsa Melayu dan

Cina. Pola petempatan di Taman Sentosa ialah pola berjajar, dimana rumah – rumah

dibina berhampiran dengan jalan raya .

7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.

b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti

maklumat jaringan sistem pengangangkutan, data-data mengenai jaringan

pengangkutan di Taman TTDI Jaya dan pelbagai maklumat yang lain.

c) Buku teks tingkatan 1

10

Page 11: geografi 2010

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di

kawasan kajian. Antaranya ialah:-

7.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-

jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan

dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk

digunakan semasa membuat lapuran kajian nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan

kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman

TTDI Jaya dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 3 hari .

7.2 Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan

atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara

langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah

responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana

sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan

orang ramai , tuan imam, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

11

Page 12: geografi 2010

7.3 Borang Soal Selidik

Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kajian saya kepada 20 orang penduduk

di Taman TTDI Jaya.Borang soal selidik ini dan respon yang didapati telah membantu

saya mengenal pasti masalah – masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman TTDI Jaya

serta cara – cara mengatasinya.

7.4 Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan

maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahan-

bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan

jurnal. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan

untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Maklumat yang

diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan

kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk

mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

Gambar rajah 2.1: Kaedah pemerhatian

12

Page 13: geografi 2010

Gambar rajah 2.2: Kaedah temubual

Gambar rajah 2.3: Kaedah rujukan Internet

Gambar rajah 2.4: Kaedah rujukan buku

13

Page 14: geografi 2010

8.0 HASIL KAJIAN

8.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi Taman TTDI Jaya,Shah Alam

Bentuk muka bumi di Taman TTDI Jaya adalah tanah pamah yang hampir rata

serta beralun dan terletak berhampiran dengan kawasan bukit. Oleh sebab itu, Taman

TTDI Jaya dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga yang luas. Selain itu,

Taman Sentosa juga dibangunkan untuk kawasan yang padat dengan penduduk.

Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina infrastruktur –

infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke kawasan – kawasan lain

dengan mudah seperti ke sekolah,di samping kemudahan pengangkutan awam seperti

bas, sekolah dan hospital.

8.2 Potensi Bentuk Muka Bumi Taman TTDI Jaya,Shah Alam

Bentuk muka bumi Taman TTDI Jaya yang tanah pamah dan hampir rata serta

beralun menggalakkan penduduk di sini terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan

perkhidmatan.

Kawasan Taman TTDI Jaya yang hampir rata dan berhampiran dengan bandar

telah memudahkan penduduk-penduduk di kawasan ini ke tempat kerja dan sekaligus

menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan.Terdapat ramai usahawan – usahawan dan

pekerja kerajaan yang tinggal di kawasan perumahan Taman TTDI Jaya atas faktor

mudah ke tempat kerja dan mudah ke bandar. Antara perniagaan yang dijalankan oleh

14

Page 15: geografi 2010

penduduk Taman TTDI Jaya ialah kedai makan, kedai jahit, kedai runcit dan servis

seperti kedai gunting rambut.

Selain itu, penduduk di Taman TTDI Jaya turut terlibat dalam bidang

perkhidmatan kerana berhampiran kawasan Taman TTDI Jaya terdapat beberapa sekolah

menengah, sekolah rendah, tadika dan kelas Fardhu Ain. Oleh sebab itu, ramai penduduk

di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat

tersebut.

8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

Taman TTDI Jaya

Oleh sebab Taman TTDI Jaya terletak berhampiran dengan bukit, maka ia

menghadapi risiko tanah runtuh.Jika tanah runtuh berlaku rumah-rumah di kawasan

Taman TTDI Jaya akan musnah dan ramai yang akan kehilangan tempat tinggal.Di

samping itu, penduduk-penduduk juga akan mengalami kerugian harta benda kerana

tanah runtuh berlaku.

8.4 Ketersampaian

Kawasan ini mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan mempunyai

jalan raya sebagai jalan pengangkutan yang utama. Majoriti penduduk Taman TTDI Jaya

mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan bagi setiap rumah.

15

Page 16: geografi 2010

8.5 Masalah

Sepanjang saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Taman TTDI Jaya dan

mengedarkan borang kaji selidik kepada penduduk Taman TTDI Jaya, saya dapati

terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara

Masalah – Masalah tersebut ialah:-

8.5.1 Vandalisme

Kemudahan – kemudahan awam seperti pondok telefon yang didirikan untuk

panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para

penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian

dan kebakaran.

8.5.2 Sampah

Penduduk di kawasan Taman TTDI Jaya tidak membuang sampah di tempat yang

sepatutnya disediakan.

8.6 Langkah – langkah mengatasi

Segala masalah pasti ada cara untuk mengatasinya. Disini, adalah beberapa

cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan untuk mengatasi

Masalah tersebut adalah:-

16

Page 17: geografi 2010

a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi mengatasi

masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini, boleh dikenakan

denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang rosak itu.

b) Masyarakat di Taman TTDI Jaya juga boleh bergotong – royong di kawasan –

kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong – royong boleh dijalankan

sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan penempatan. Pihak

berwajib juga boleh memperbanyak tempat membuang sampah dan bagi

memudahkan masyarakat serta menjalankan kempen kesedaran seperti

menggalakkan masyarakat untuk kitar semula.

9.0 Rumusan

Kajian yang telah dijalankan di Taman TTDI Jaya,Shah Alam ini telah

memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya

mengenalpasti bentuk buka bumi di Taman TTDI Jaya iaitu tanah pamah . Selain

daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas potensi-potensi kawasan

kajian ini iaitu pusat perniagaan dan prkhidmtan. Berdasarkan kepada kajian yang

dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan bentuk

muka bumi di kawasan kajian .Saya juga dapat mengenalpasti masalah-maalah di

kawasan kajian serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kesan negatif

akibat daripada masalah-malah tersebut.

17

Page 18: geografi 2010

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Taman TTDI Jaya

khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya menggunakan kemudahan kawasan

perumahan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang

boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya

bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka dengan pelbagai

kemudahan yang disediakan termasuk kawasan perumhan yang baik.

18

Page 19: geografi 2010

10. LAMPIRAN

BORANG KAJI SELIDIK

Nama: __________________________________________________________

Pekerjaan:_______________________________________________________

Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat

Taman TTDI Jaya.

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah

Sampah Sarap

Pencemaran Bunyi

Vandalisme

Banjir

Soalan 2) Cara mengatasi:

a) -

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

b)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

19

Page 20: geografi 2010

Gambar rajah 3.1: Gambar Sebuah rumah teres di Taman TTDI Jaya

20

Page 21: geografi 2010

Gambar rajah 3.2: Gambar Masjid Al-I’tisam yang terletak kira-kira 2 km dari Taman

TTDI Jaya

Gambar rajah 3.3: Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya yang terletak berhampiran

Taman TTDI Jaya.

21

Page 22: geografi 2010

11.0 RUJUKAN

1 Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2004, Geografi Tingkatan 2 KBSM,

Percetakan Rina Sdn Bhd.

2 Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.

3 Azmi Mohd Salleh, 2002, “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar,”

Perlindungan Pengguna, Bil 6

4 Chong Mui Seng, 2004, Geografi Tingkatan 1 KBSM, Sasbadi Sdn

Bhd.

5 Halina Mohd Nor, 2008, “Suburkan Budaya Cinta Alam Sekitar,”

Berita Harian, 24 Mac 2008

6 Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication

Sdn Bhd.

7 Shafiee bin Zakaria, 2005, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, Pelangi

Sdn Bhd.

22