garis panduan - program perkhidmatan … sampingan faktor penyebab tindakan mengantuk selepas...

18

Upload: trandan

Post on 11-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

Senarai Penyumbang

Pn. Hasnah bt. Ismail - PENASIHATPengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Cik Mariam Bintarty bt. RushdiKetua Penolong Pengarah KananBahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Cik Sameerah bt. Shaikh Abdul RahmanKetua Penolong Pengarah KananBahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Pn. Rosnani bt. Mohd. GhazaliKetua Pegawai Farmasi U52Hospital Sungai Buloh, Selangor

Pn. Sahidah bt SaidPegawai Farmasi U48Hospital Banting, Selangor

Pn. Nurul Adha bt. OthmanKetua Penolong Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

En. Zainal Abidin bin MohdPegawai Farmasi U48Hospital Sultan Haji Ahmad ShahTemerloh, Pahang

Pn. Tengku Malini bt. Tengku Mohmed Noor IzamPenolong Pengarah KananBahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Cik Rahela bt. Ambaras KhanPenolong PengarahBahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Pn. Farvinnisa bt. Mohmed MicdhadhuPenolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa FarmasiJabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Cik Ratna Suny bt. Mohamed EsaPenolong PengarahBahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

Tajuk Muka surat

1. Orientasi pesakit Terhadap Perkhidmatan Farmasi dan 1

Program Rawatan Terapi Gantian

2. Tujuan Kaunseling 2

3. Tujuan Rawatan Ubat Methadone 2

4. Apa itu Methadone 2

5. Memulakan Rawatan Methadone 2

6. Kebaikan Rawatan Methadone 3

7. Cara Pengambilan Ubat Methadone 3

8. Dos Tertinggal (missed dose) 3

9. Dos Termuntah (vomitted dose) 4

10. Kesan – kesan Yang Tidak Diingini 4

11. Interaksi Ubat 6

12. Terlebih dos (overdose) 8

13. Simptom Pengunduran (kesan dos tidak mencukupi) 10

14. Penyimpanan Methadone 11

15. Dos Bawa Balik 11

16. Pengambilan Methadone Untuk Kes-kes Khas 12

17. Penjagaan Diri Pesakit Yang Berkaitan 12

18. Rujukan 12

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 1

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

GARIS PANDUAN PENDISPENSAN DAN PEMANTAUAN RAWATANTERAPI GANTIAN SIRAP METHADONE

1. ORIENTASI PESAKIT TERHADAP PERKHIDMATAN FARMASI DAN PROGRAM RAWATAN TERAPI GANTIAN

Pesakit perlu diberi orientasi farmasi termasuk maklumat berkaitan Sirap Methadone. Pesakit perlu diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai Sirap Methadone atau ubat-ubatan lain yang dipreskrib bersama. Maklumat bertulis yang berkaitan perlu disediakan termasuk waktu pendispensan di Farmasi.

Maklumat yang perlu di maklumkan kepada pesakit sewaktu orientasi:

1.1 Sirap methadone adalah sejenis opioid di mana pesakit akan bergantung kepadanya secara fizikal dan sekiranya diberhentikan secara mengejut, kesan pengunduran akan berlaku.

1.2 Pada peringkat awal rawatan, rasa mengantuk dan/atau kesan pengunduran mungkin dirasai. Elakkan daripada memandu kenderaan atau mengendalikan mesin sewaktu dalam peringkat awal rawatan kerana mungkin boleh membahayakan pesakit. Kesan ini boleh juga dialami pada peringkat pengubahsuaian dos atau waktu-waktu ketidakstabilan.

1.3 Penggunaan dadah secara haram dan pengambilan alkohol boleh membahayakan diri pesakit. Semasa pengambilan Sirap Methadone, perbincangan dengan doktor yang merawat perlu dilakukan sebelum menggunakan bahan-bahan lain termasuk ubat-ubatan preskripsi atau bukan preskripsi kerana dikhuatiri berlaku interaksi ubat.

1.4 Atas sebab-sebab keselamatan, dos Sirap Methadone boleh ditangguhkan selepas perbincangan dengan doktor yang merawat sekiranya pesakit dalam keadaan intoksikasi.

1.5 Sebarang dos Sirap Methadone yang tidak terambil akan dilaporkan kepada doktor yang merawat. Selepas 3 dos tidak terambil, pesakit perlu dinilai oleh doktor sebelum Sirap Methadone dibekal semula.

1.6 Kesan sampingan pengambilan Sirap Methadone dalam terapi gantian adalah termasuk sembelit, berpeluh, keletihan berlebihan, kurang daya seks dan peningkatan berat badan.

1.7 Pesakit harus memaklumkan kepada doktor yang merawat sekiranya telah diberi/dipreskrib sebarang bahan narkotik daripada doktor lain.

2. TUJUAN KAUNSELING

2.1 Memastikan pesakit memahami Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan Sirap Methadone.

2.2 Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan Sirap Methadone.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM2

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

2.3 Memberi maklumat berkaitan kesan sampingan yang mungkin dialami pesakit sewaktu pengambilan Sirap Methadone.

2.4 Memberi maklumat kepada pesakit tentang bahaya pengambilan Sirap Methadone bersama-sama dengan ubat/ dadah lain.

2.5 Memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dos bawa balik, dos tertinggal dan dos berlebihan.

2.6 Lain-lain penjagaan diri (self care) pesakit yang berkaitan.

3. TUJUAN RAWATAN UBAT METHADONE

3.1 Untuk menghilangkan pergantungan terhadap pengambilan semula opiod yang diambil.

3.2 Membantu pesakit berada dalam keadaan selesa dan bebas dari rasa gian terhadap opiod.

3.3 Menyekat kesan dadah (opiod) yang diambil secara haram.

4. APA ITU METHADONE?

Methadone ialah ubat yang tergolong di dalam kumpulan opioid yang digunakan sebagai terapi gantian untuk merawat ketagihan heroin dan lain-lain ketagihan opioid. Opioid dikelaskan sebagai ubat-ubat penekan (depressant drugs) kerana ia memperlahankan sistem saraf. Kesan Methadone adalah lebih lama daripada heroin (kesan heroin hanyalah selama beberapa jam sahaja).

5. MEMULAKAN RAWATAN METHADONE?

5.1 Hanya boleh dimulakan oleh pakar psikiatri/doktor yang diberi kuasa untuk mempreskrib ubat.

5.2 Pegawai Farmasi akan mendispens Sirap Methadone kepada anda berdasarkan dos yang telah dipreskrib.

Nota Pegawai Farmasi

Farmakokinetik Methadone:

• Masa Tindakan (onset) : 30 minit

• Kesan puncak (peak effects) : ~ 3 jam

• Tempoh hayat (half-life) : ~ 24 jam

• Masa untuk penstabilan : ~ 3-10 hari

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 3

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

5.3 Apabila mula-mula berhenti heroin, anda akan berasa agak sukar untuk menyesuaikan hidup. Oleh itu, selalulah berjumpa dengan kaunselor anda untuk membantu mengatasi kesukaran ini. Kaunselor boleh membimbing anda untuk mengatasi isu-isu atau masalah yang dihadapi.

6. KEBAIKAN RAWATAN DENGAN SIRAP METHADONE

6.1 Dos Sirap Methadone yang betul:

6.1.1 Berkesan dalam tempoh yang lebih lama di dalam badan berbanding heroin (ia hanya perlu diambil sekali sehari).

6.1.2 Membantu anda mengatasi proses pengunduran dengan lebih selesa.

6.1.3 Tidak dikontaminasi dengan bahan-bahan/dadah lain.

6.2 Memberi kesan positif dari segi pengurangan risiko dalam membendung jangkitan HIV kerana ia tidak perlu disuntik seperti dadah heroin dan dengan ini dapat mengelakkan amalan perkongsian jarum.

7. CARA PENGAMBILAN SIRAP METHADONE

7.1 Dos permulaan Sirap Methadone ialah 15-30mg/hari (tidak melebihi 40mg/hari), walaubagaimanapun dos ini adalah bergantung kepada ciriciri individu pesakit tersebut. Masa penstabilan dos biasanya adalah satu (1) minggu atau lebih tetapi penambahan dos biasanya diperlukan pada minggu dan bulan seterusnya.

7.2 Dos pengawalan (maintenance dose) adalah 60-80mg. Kekerapan dos Sirap Methadone ialah sekali sehari dan diberi secara oral (diminum). Sebaik-baiknya Sirap Methadone perlu diambil pada waktu pagi untuk memudahkan pemantauan sekiranya berlaku kesan sampingan yang teruk.

7.2 Sirap Methadone boleh diambil dengan susu sekiranya mengalami gangguan perut.

8. DOS TERTINGGAL (MISSED DOSE)

Sila berhubung dengan doktor anda jika anda tertinggal lebih daripada dua dos.

Nota Pegawai Farmasi

Sekiranya seseorang pesakit tertinggal dos :

• Satu hari : tiada perubahan pada dos

• Dua hari : sekiranya tiada bukti berlaku intoksikasi,berikan dos asal

• Tiga hari : beri separuh dos dan bincang dengan preskriber

• Empat hari : rujuk pesakit kepada preskriber

• Hari ke lima dan seterusnya : dikira sebagai induksi baru (rujuk pesakit kepada preskriber)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM4

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

9. DOS TERMUNTAH (VOMITTED DOSE)

Jika pesakit didapati betul-betul termuntah selepas dos diberikan, langkah penggantian dos akan diambil. Preskripsi baru perlu diperolehi untuk gantian dos.

Nota Pegawai Farmasi

Sekiranya seseorang pesakit termuntah dos yang diberikan :

• Kurang 15 minit dari pengambilan dos : ganti dos penuh

• Antara 15 minit hingga 30 minit dari pengambilan dos : ganti 50% dos

• Jika muntah selepas 30 minit pengambilan dos : Tiada gantian dos

10. KESAN- KESAN YANG TIDAK DIINGINI

10.1 Simptom-simptom yang tidak diingini boleh berlaku pada permulaan rawatan. Sesetengah simptom yang dialami mungkin juga disebabkan oleh kesan sampingan Sirap Methadone. Antaranya ialah:

Kesan sampingan Faktor penyebab Tindakan

Mengantuk selepas pegambilan dos

• Dos berlebihan

• Penggunaan dadah depresi sistem saraf pusat (alkohol, benzodiazepine).

• Beritahu doktor atau pegawai farmasi anda.

• Elakkan dari memandu kenderaan atau mengendalikan mesin sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu pertama.

Rasa loya/muntah dan hilang selera makan

• Sirap Methadone • Elakkan dari pengambilan semasa dalam perut kosong

Gian (craving) kepada heroine

• Dos tidak mencukupi • Beritahu doktor atau pegawai farma si anda

Peningkatan berat badan

• Retensi cecair dalam badan • Bincang dengan doktor/ pegawai farmasi untuk nilai semula dos.

• Berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi mengenai pengubahsuaian diet.

• Banyakkan senaman.

Sembelit • Sirap Methadone

• Diet yang tidak betul

• Gaya hidup

• Bincang dengan doktor/ pegawai farmasi untuk nilai semula dos.

• Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayursayuran berserat tinggi, elakkan minum alkohol

• Rawatan sembelit

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 5

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

Kesan sampingan Faktor penyebab Tindakan

Gangguan tidur / Insomnia

• Berlebih atau kurang dos

• Masa pengambilan dos

• Kesan bahan/dadah lain e.g kopi, rokok, dadah perangsang seperti amphetamine dan pseudoephedrine.

• Ubahsuai dos atau masa pengambilan ubat

• Buat senaman ringan dan tetapkan waktu tidur yang rutin

• Kenalpasti bahan stimulan dan nasihati pesakit untuk mengelakkannya

Masalah gigi • Sirap Methadone mengurangkan pembentukan air liur (masalah dengan semua opioid)

• Penjagaan gigi yang tidak betul

• Tingkatkan penjagaan kesihatan oral (kerap memberus gigi, elakkan mengambil makanan/ minuman bergula, kunyah gula-gula getah (chewing gum) tanpa gula.

Pengurangan libido dan fungsi seks

• Dos yang tinggi

• Faktor psikologikal/ masalah peribadi

• Bincangkan dengan doktor atau pegawai farmasi anda untuk tujuan nilai semula dos.

• Bincang dengan kaunselor anda.

Keletihan. • Faktor persekitaran

• Dos berlebihan

• Rehat yang secukupnya.

• Bincang dengan doktor atau pegawai farmasi.

Berpeluh berlebihan • Dos berlebihan • Pakai pakaian yang tidak terlalu tebal.

• Bincangkan dengan doktor atau pegawai farmasi.

Kulit lebam dan gatal • Sirap Methadone • Beritahu doktor atau pegawai farmasi anda

Kadar denyutan jantung menjadi laju atau perlahan

• Dos berlebihan • Segera jumpa doktor

Susah bernafas • Dos berlebihan • Segera jumpa doktor

10.2 Simptom-simptom yang tidak diingini juga boleh berlaku sekiranya dos Sirap Methadone yang diambil adalah terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, doktor anda akan menilai respons anda dengan Sirap Methadone pada selang masa tertentu untuk memastikan dos yang anda ambil adalah betul untuk anda. Ini boleh membantu mengurangkan simptomsimptom yang tidak diingini berlaku.

10.3 Kebanyakan individu yang pernah mengambil heroin akan mengalami kesan sampingan dengan Sirap Methadone yang minimal.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM6

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

Nota Pegawai Farmasi

Sembelit – Kebanyakan pesakit boleh menjadi tolerans terhadap kesan sembelit akibat opioid

Gangguan tidur/Insomnia – Kebanyakan pesakit mengalami gangguan tidur/insomnia dengan pengambilan Sirap Methadone. Walau bagaimanapun penggunaan ubat hipnotik adalah tidak digalakkan kerana penggunaaan dadah hipnotik bersama Sirap Methadone boleh menyebabkan sleep apnoea (gangguan pernafasan semasa tidur)

Masalah gigi – Semua opioid termasuk Sirap Methadone mengurangkan pengeluaran air liur. Oleh itu, pengambilan opioid secara haram beserta pengambilan pemakanan yang kurang berzat serta penjagaan gigi yang rendah boleh menyebabkan masalah kerosakan gigi.

Pengurangan libido dan fungsi seks – Dos yang rendah mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, dos yang dipreskrib mestilah diimbangkan dengan risiko pengambilan heroin.

Keletihan – Perlu dipastikan terlebih dahulu punca keletihan. Dos Sirap Methadone mungkin perlu dikurangkan jika berkaitan.

Berpeluh berlebihan – dos mungkin perlu dikurangkan untuk mengurangkan simptom.

11. INTERAKSI UBAT

11.1 Jangan mengambil Methadone bersama ubat-ubat berikut sebelum berbincang dengan doktor atau Pegawai Farmasi :-

11.1.1 Alkohol

11.1.2 Ubat – ubat antiepileptik

11.1.3 Cimetidine

11.1.4 Ciprofloxacin

11.1.5 Efavirenz

11.1.6 Fluoxetine

11.1.7 Fluvoxamine

11.1.8 Nicotine

11.1.9 Rifampicin

11.1.10 Tricyclic Antidepressants

11.1.11 Pengasid urin contohnya Vitamin C

11.1.12 Pengalkali urin contohnya sodium bicarbonate

11.1.13 Zidovudine

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 7

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

11.2 Jangan mengambil ubat- ubat atas kaunter (OTC) untuk rawatan batuk, selesema atau tahan sakit sepanjang rawatan Sirap Methadone sebelum berbincang dengan doktor anda. Ini kerana ubat – ubat tersebut mungkin mengandungi alkohol atau bahan narkotik yang boleh membahayakan keadaan anda.

Bahan/ Dadah Kesan ke atas Methadone Cara mengatasi

Alkohol Meningkat Elakkan

Antiepileptik ,cth : Phenytoin Menurun Tingkatkan dos Methadone atau bahagikan dos

Benzodiazepine Meningkat Hadkan penggunaan benzodiazepine

Cimetidine Meningkat Elakkan

Ciprofloxacin Meningkat Mungkin perlu kurangkan dos Methadone

Efavirenz Menurun Mungkin perlu tingkatkan dos Methadone ataupun bahagikan dos.

Fluoxetine Meningkat Tukar kepada SSRI lain

Fluvoxamine Meningkat Tukar kepada SSRI lain

Nicotine Menurun Nasihatkan pesakit supaya berhenti merokok

Rifampicin Menurun Tingkatkan dos Methadone atau bahagikan dos

Tricyclic Antidepressants Meningkat Elakkan

Urine acidifiers cth. acid ascorbic Menurun Elakkan

Urine alkalinisers cth. Sodium bicarbonate

Meningkat Elakkan

Zidovudine Tiada ( mungkin meningkatkan paras zidovudine )

Kurangkan dos Zidovudine

11.3 Methadone dimetabolismekan di hati (hepatic metabolism) oleh sistem sitokrom P450 melalui N-demethylation dan cyclisation. Kepentingan sistem enzim ini menjadikan proses metabolik Methadone terdedah kepada interaksi dengan dadah lain sama ada mempercepat atau menghalang metabolisme Methadone. Autoinduksi juga menyebabkan penurunan kepekatan Methadone dalam plasma.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM8

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

12. TERLEBIH DOS (OVERDOSE )

12.1 Terlebih dos (overdose) boleh berlaku apabila lebih daripada satu dadah (atau pengambilan kombinasi dadah) diambil secara berlebihan di dalam badan. Ia boleh terjadi sekiranya diambil dengan ubat tertentu ataupun paling berisiko sekiranya anda mengambil dadah lain.

12.2 Pengambilan dos yang berlebihan adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Terlebih dos juga boleh terjadi akibat pengambilan Sirap Methadone bersama alkohol atau ubat penenang (tranquilizers). Oleh itu, beritahu doktor atau Pegawai Farmasi anda jika anda mengambil alkohol atau ubat penenang (tranquilizers) sepanjang rawatan dengan Sirap Methadone.

12.3 Simptom-simptom terlebih dos ialah:

12.3.1 pengecilan anak mata (pinpoint pupils)12.3.2 rasa loya12.3.3 pening12.3.4 peluh berlebihan12.3.5 rasa mengantuk (nodding off )12.3.6 pertuturan yang kurang jelas (slurred speech) , gaya jalan yang tidak

seimbang (unsteady gait), berdengkur12.3.7 tekanan darah rendah12.3.8 nadi perlahan (bradycardia)12.3.9 pernafasan singkat (hypoventilation)12.3.10 mulut berbuih – buih12.3.11 koma

12.4 Jenis-jenis Bahan/ Dadah terlibat :

12.4.1 Dadah depresi (mengurangkan aktiviti sistem saraf)

• Heroin• Morphine• Methadone• Ubat tidur• Benzodiazepine e.g diazepam, alkohol

Dadah depresi bertindak dengan mengurangkan aktiviti sistem saraf ke paras bahaya dan ini boleh menyebabkan pesakitberhenti bernafas.

12.4.2 Dadah perangsang (mempercepat sistem saraf)

• Amphetamine• Ecstasy• Caffeine• Nicotine

Dadah perangsang pula bertindak dengan mempercepatkan aktiviti badan dan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan darah, peningkatan kadar jantung dan peningkatan suhu badan.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 9

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

12.5 Risiko dos berlebihan

Dos berlebihan (overdose) boleh berlaku dengan mudah sama ada bagi penagih berpengalaman ataupun penagih baru. Di dalam kebanyakan kes kematian akibat dos berlebihan dengan dadah seperti heroin, pada masa yang sama terdapat juga dadah-dadah lain dalam aliran darah si mati. Sebagaimana heroin boleh menyebabkan kematian, begitu juga dengan campuran dadah-dadah lain (cocktail) yang lebih merbahaya kerana kesan dos berlebihannya tidak dapat dijangka.

12.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan dadah terhadap seseorang:

• Kesan toleran kepada pengguna cth. bagaimana badan seseorang itu sensitif kepada dadah, kekerapan mengambil dadah.

• Kuantiti dadah yang diambil

Campuran dengan dadah-dadah lain contohnya apa-apa ubat yang pernah diambil dan masih lagi berada di dalam sistem badan.

• Cara dadah diambil cth. secara suntikan, ditelan atau disedut.

• Menyuntik Methadone boleh membawa risiko kesihatan yang serius. Ia boleh meningkatkan risiko berlebihan dos dan boleh menyebabkan pembekuan darah, penyempitan saluran darah dan komplikasi lain.

Nota Pegawai Farmasi

Terdapat tiga jenis keadaan dos berlebihan Methadone:

i. Dos berlebihan bagi mereka yang tidak pernah mengambil Methadone.

• Isu yang utama di sini ialah kerana tempoh tindakan Methadone adalah panjang. Dos 30mg dan ke bawah didapati selamat untuk orang dewasa, tetapi kajian menunjukkan dos melebihi 30mg jika diberi kepada mereka yang tidak pernah mengambil Methadone boleh menyebabkan kematian dalam masa 24 jam akibat depresi pernafasan dan kongesi pulmonari.

ii. Dos berlebihan di kalangan mereka yang baru memulakan rawatan dengan Methadone.

• Pesakit baru yang dimulakan dengan Methadone tidak boleh diberi dos Methadone melebihi 30mg sehari selama 3 hari.

iii. Dos berlebihan di kalangan mereka yang telah stabil dengan Methadone.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM10

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

12.7 Rawatan Dos Berlebihan Opioid*

Nota Pegawai Farmasi

Sekiranya seseorang itu mengalami dos berlebihan dengan heroin, Methadone ataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.4-2mg selang 2-3 minit diberi bergantung kepada keperluan pesakit.

12.8 Maklumat Tambahan kepada Pesakit/ Penjaga

12.8.1 Sekiranya anda telah mengambil terlebih dos atau mengesyaki telah berlaku dos berlebihan :

12.8.1.1 Cuba bertenang

12.8.1.2 Buat panggilan kecemasan untuk mendapatkan khidmat ambulans

12.8.1.3 Beritahu kepada perkhidmatan ambulans di mana kedudukan pesakit

12.8.1.4 Beritahu operator ambulan keadaan pesakit e.g adakah masih bernafas, denyutan nadi masih ada atau tidak.

12.8.1.5 Beritahu operator bahawa dos berlebihan telah berlaku.

12.8.1.6 Beritahu operator sekiranya anda tahu jenis dadah yang telah diambil dan kuantiti jika diketahui.

12.8.1.7 Tunggu bersama pesakit sehingga ambulans tiba.

12.8.2 Sekiranya anda khuatir pesakit mungkin telah mengalami dos berlebihan dan anda rasa tidak perlu memanggil ambulans dahulu, awasi pesakit dengan teliti dan periksa pesakit selang beberapa minit. Hubungi ambulans sekiranya tiada perubahan keadaan pesakit.

12.8.3 Perkara-perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan sekiranya pesakit mengalami terlebih dos ialah:

• memaksa pesakit muntah

• menyuruh pesakit mandi air sejuk (cold shower )

• menyuntik air garam ke salur darah pesakit

13. SIMPTOM PENGUNDURAN (WITHDRAWAL)/KESAN DOS TIDAK MENCUKUPI

13.1 Tiga atau lebih kesan berikut, akan berlaku dalam masa beberapa minit atau hari selepas pemberhentian atau pengurangan dos/penggunaan opioid yang telah diambil selama beberapa minggu atau lebih. Sekiranya seseorang itu mengalami dos berlebihan dengan heroin, Methadone ataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.4-2mg selang 2-3 minit diberi bergantung kepada keperluan pesakit.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM 11

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

13.2 Antara simptom-simptom pengunduran:

13.2.1 Disforia

13.2.2 Rasa loya dan muntah

13.2.3 Rasa sakit badan (muscle aches)*

13.2.4 Hingus meleleh dan pengeluaran air mata

13.2.5 Pembesaran anak mata (Pupillary dilatation)

13.2.6 Cirit birit

13.2.7 Menguap berlebihan

13.2.8 Demam

13.2.9 Tidak dapat tidur (insomnia)*

14. PENYIMPANAN METHADONE

14.1 Sirap Methadone yang dibawa balik perlu disimpan:

14.1.1 Di tempat selamat (dalam kabinet atau laci yang dikunci) dan jauh daripada kanak-kanak.

14.1.2 Pada suhu bilik (tempat yang kering dan tidak panas) dan tidak di dalam peti sejuk.

14.2 Sekiranya anda terlupa untuk mengambil dos sirap Methadone anda, ambil dos tersebut secepat mungkin sebaik sahaja anda teringat. Sekiranya waktu untuk mengambil dos tersebut telah hampir dengan waktu untuk dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal tersebut dan ambil dos seterusnya seperti biasa. Jangan gandakan dos anda.

15. DOS BAWA BALIK (PENGAMBILAN UBAT DI RUMAH)

15.1 Pengambilan ubat di rumah hanya dibenarkan:

15.1.1 Selepas 6 minggu klien stabil mengikuti program RTG.

15.1.2 Penilaian yang teliti mengenai kestabilan dan tidak disalahguna.

15.2 Kesesuaian penilaian untuk pengambilan ubat di rumah mestilah direkod dengan jelas di dalam nota klinikal termasuk:

15.2.1 Petunjuk Kestabilan pesakit yang terperinci.

15.2.2 Tiada sebarang kontraindikasi terhadap rawatan.

15.2.3 Maklumat penggunaan ubat-ubat psikoaktif yang lain.

15.3 Bagi dos bawa balik :

15.3.1 Dos < 25 mg cairkan hingga 50 ml,

15.3.2 Dos > 25 mg cairkan hingga 100 ml.

15.3.3 Sediakan label yang lengkap dan tampal pada botol yang mengandungi dos bawa balik.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KKM12

GARIS PANDUAN KAUNSELING METHADONE

16. PENGAMBILAN SIRAP METHADONE UNTUK KES-KES KHAS

16.1 Semasa Hamil Dan Menyusu:

Sirap Methadone selamat digunakan semasa hamil kerana ia tidak menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pra-matang, berat kelahiran yang rendah dan tiada kesan advers kepada bayi. Sirap Methadone juga selamat digunakan oleh ibu yang menyusukan anak. Walaubagaimanapun, ia tidak selamat untuk wanita yang positif HIV.

17. PENJAGAAN DIRI PESAKIT YANG BERKAITAN

17.1 Jangan berikan Sirap Methadone kepada orang lain kerana ianya amat berbahaya dan boleh menyebabkan kesan berlebihan dadah berlaku secara tidak sengaja.

17.2 Jangan menyuntik Sirap Methadone kerana ianya boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan.

17.3 Sila berjumpa dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun untuk membuat pemeriksaan gigi.

17.4 Minum sekurang-kurangnya 2 liter gelas air sehari (lebih kurang 8 gelas).

17.5 Banyakkan senaman.

17.6 Makan makanan seimbang.

17.7 Jaga kebersihan diri

17.8 Banyakkan aktiviti keagamaan untuk mencari ketenangan diri.

18. RUJUKAN

18.1 National Methadone Maintenance Therapy, 1st Edition May 2005.

18.2 Guide For Pharmacists, Addiction Treatment and Maintenance Pharmacotherapy (Methadone and Buprenorphine) Programs in South Australia.

18.3 About Methadone, 2nd edition, Drug Policy Alliance USA.

18.4 Saskatchewan Methadone Guidelines For The Treatment of Opioid Addiction May 2002. College of Physicians and Surgeons of Saskatchewan.