garis panduan permohonan pelesenan...

25
0 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PUTRAJAYA 2009

Upload: lamkiet

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

0

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN

PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 2009

Page 2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

1

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 4

2. Skop 4

3. Definasi 4

4. Prosedur Permohonan 5

4.1 Kelayakan Pemohon Mengemukakan Borang Permohonan Lesen

Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

5

4.2 Cara Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan

atau Perniagaan

6

4.3 Kaedah Untuk Mendapatkan Dokumen bagi Melayakkan Memohon

Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

6

4.3.1 Borang Permohonan 6

4.3.2 Program Jaminan Keselamatan Penyediaan Ais bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan

7

4.3.3 Laporan Perakuan dan Sokongan 7

4.3.4 Laporan Keputusan Analisis sampel Air dan Ais 8

5. Tempoh yang diambil bagi Meluluskan Permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

8

6. Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan 8

7. Tempoh sah laku lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

9

8. Syarat-syarat Pemegang Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

9

9. Penggantungan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

10

10.

Pembatalan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

10

11. Pembaharuan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau 11

Page 3: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

2

Perniagaan

12. Pemantauan Kualiti Ais 11

LAMPIRAN Lampiran 1 Borang Permohonan Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan

atau Perniagaan

12

Lampiran 2 Carta-alir Permohonan Sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan

Jabatan Kesihatan Negeri. 14

Lampiran 3 Carta-alir Permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan di Peringkat Bahagian Keselamatan

dan Kualiti Makanan.

15

Lampiran 4 Syarat-Syarat Pemegang Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan 16

Lampiran 5 Alamat-Alamat Jabatan Kesihatan Negeri 17

Lampiran 6 Senarai Semak Keperluan bagi Jaminan Keselamatan Kilang Ais 19

Page 4: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

3

PERINGATAN KEPADA PEMOHON:

1. Pemohon diingatkan membaca dengan teliti prosedur permohonan ini dan

mematuhi segala syarat yang diperlukan.

2. Hanya pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan untuk membuat

permohonan.

3. Memastikan premis telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Page 5: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

4

1 PENGENALAN .

Peruntukan di bawah Peraturan 394A Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan)

2009 telah memperuntukan ais hendaklah diperolihi daripada air yang selamat

sebagaimana standard yang ditetapkan di Jadual Ke 25 Peraturan-Peraturan

Makanan 1985 dan premis penyediaan ais bagi tujuan perniagaan atau

perdagangan perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan

Malaysia. Peraturan 394A juga menghendaki penggunaan ais bagi makanan

untuk jualan atau yang bersentuhan dengan makanan untuk jualan perlu

diperolehi daripada sumber yang dilesenkan.

Manakala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

menghendaki semua premis kilang dikehendaki mempunyai satu sistem jaminan

kualiti yang didokumenkan selain dari keperluan-keperluan kebersihan yang lain.

Garispanduan permohonan lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan

atau perniagaan merupakan pemudahcara kepada pengusaha membuat

permohonan lesen. Pegawai yang terlibat dapat memproses permohonan

pelesenan juga dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih profesional, telus,

cepat dan tepat.

2 SKOP

Prosedur permohonan ini terpakai kepada semua pengusaha ais bagi tujuan

berdagangan atau perniagaan yang berada di Malaysia atau yang mengeksport

ais atau ais yang bersentuh dengan apa-apa makanan ke dalam Malaysia.

Page 6: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

5

3 DEFINISI Bagi tujuan garispanduan ini, definisi berikut adalah terpakai:

Pengarah

: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pegawai Diberi kuasa

: Pegawai yang dilantik di bawah Akta Makanan 1983 oleh Menteri Kesihatan Malaysia.

Air yang Selamat : Hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhui standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima.

Program Jaminan Keselamatan Ais

: Ertinya suatu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan

BKKM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

PKD Pejabat Kesihatan Daerah

JKN Jabatan Kesihatan Negeri 4 PROSEDUR PERMOHONAN

4.1 Kelayakan untuk Mengemukakan Borang Permohonan Lesen

Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

4.1.1 Pemohon hendaklah memastikan kilang memproses ais telah siap

dibina serta sedia untuk digunakan.

4.1.2 Pemohon telah mendaftar premis dengan Kementerian Kesihatan

Malaysia. Pendaftaran premis boleh dilakukan di mana-mana Pejabat

Kesihatan Daerah terdekat.

4.1.3 Pemohon telah melengkapkan dan memiliki dokumen-dokumen berikut;

i. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penyediaan Ais

bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan (Borang KA-1)

ii. Menyediakan Dokumen Progam Jaminan Keselamatan Ais

Page 7: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

6

iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

dan Radioaktif) bagi sampel air punca dan sampel ais.

iv. Telah mendapatkan Perakuan dan sokongan dari Pejabat

Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri

4.1.4 Hanya pemohon yang memiliki dokumen di para 4.1.3 sahaja boleh

mengemukakan permohonan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan, Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

4.2 Cara Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

4.2.1 Permohonan kelulusan Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud

Perdagangan atau Perniagaan dibuat dengan menghantar dokumen di

para 3.1.3 di atas kepada Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Aras 3, Blok E7, Parcel E, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan Kementerian Kesihatan Malaysia, 62590 Putrajaya.

4.2.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan wang pos atau bank draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

bernilai RM30.00 sebagai fi permohonan.

4.2.3 Sebarang bentuk pembayaran selain para 4.1.3 tidak diterima.

4.2.4 Fi ini tidak akan dikembalikan.

4.2.5 Lesen akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya

semua pra-syarat dipatuhi.

4.3 Kaedah untuk Mendapatkan Dokumen bagi Melayakkan Memohon Lesen Penyediaan Ais bagi Maksud Perdagangan atau Perniagaan

Bahagian ini menerangkan kaedah bagi pemohon memperolehi dokumen

pra-syarat bagi melayakkan pemohon untuk membuat permohonan

pelesenan penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan.

Page 8: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

7

4.3.1 Borang Permohonan

Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman

sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

http://fsq.moh.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Kesihatan Dearah

(PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau BKKM, KKM, Putrajaya.

Borang ini hendaklah diisi dan dihantar bersama-sama dokumen lain

sebagaimana tersenarai di para 3.1.3 di atas.

4.3.2 Dokumen Jaminan Keselamatan Ais

i) Dokumen ini menjelaskan keperluan program jaminan keselamatan

penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan ii) Dokumen ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya prosedur

operasi sanitasi standard (Standard Sanitation Operating Procedure (

SSOP )) bagi kilang makanan. iii) Dokumen ini hendaklah disediakan tiga (3) salinan dan dihantar ke

PKD di mana kilang ais terletak bersama-sama dokumen-dokumen

lain di para 3.1.3.

4.3.3 Laporan Perakuan dan Sokongan Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri

i) Permohonan perakuan dan sokongan ini boleh dibuat di Pejabat

Kesihatan Daerah di mana kilang ais terletak.

ii) PKD akan menjalan semakan terhadap dokumen dan menjalankan

pemeriksaan premis kilang sebelum surat sokongan dikeluarkan.

iii) Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan laporan perakuan dan

sokongan selepas berpuashati dengan laporan yang diterima

daripada PKD.

iv) Segala pembetulan dan penambahbaikan yang dikeluarkan semasa

mendapat sokongan dan perakuan dari PKD dan JKN hendaklah

dikemaskini ke dalam dokumen jaminan keselamatan kilang ais.

Page 9: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

8

v) Perakuan dan sokongan dari JKN hanya sah untuk digunakan

sebagai dokumen permohonan lesen bagi tempoh 1 bulan dari tarikh

sokongan tersebut dikeluarkan.

vi) Carta alir proses mendapatkan sokongan dari PKD dan JKN

sebagaimana di lampiran 1

4.3.4 Laporan Keputusan Analisis Sampel Air dan Ais Sampel Air dan Ais

i) Keputusan analisis bagi mikrobiologi, kimia dan radioaktif

hendaklah diserahkan bersama-sama permohonan sokongan

kepada PKD dan JKN. ii) Hanya keputusan analisis dari makmal yang diiktirafkan oleh KKM

sahaja diterima.

iii) Keputusan analisis hanya sah untuk dikemukakan sebagai

dokumen permohonan bagi tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan

analisa dikeluarkan.

5 TEMPOH MASA YANG DIAMBIL BAGI MELULUSKAN PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN.

5.1 Tempoh masa yang diambil bagi memproses satu permohonan bagi

kelulusan lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau

perniagaan adalah tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap

diterima oleh BKKM, KKM.

5.2 Carta alir proses pengurusan permohonan lesen penyediaan ais bagi

maksud perdagangan atau perniagaan adalah sebagaimana di Lampiran 2.

Page 10: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

9

6 LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

6.1 Kelulusan lesen akan dikeluarkan kepada pemohon selepas Pengarah

BKKM berpuashati dengan dokumen permohonan dan syarat kelayakan

memohon sebagaimana para 3.1 dipatuhi. 6.2 Lesen hanya akan dikeluarkan apabila fi lesen sebanyak RM50.00 di terima

melalui wang pos atau bank draf atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

6.3 Lesen tidak boleh ditukar milik kecuali kebenaran oleh Pengarah dengan

syarat tertentu. 6.4 Kelulusan lesen yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada dokumen

yang dikemukakan semasa permohonan.

7 TEMPOH SAH LAKU LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

Lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan adalah sah

selama SETAHUN selagi ianya tidak melanggar syarat pemegang lesen yang

telah ditetapkan.

8 SYARAT-SYARAT PEMEGANG LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

8.1 Pemegang lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau

perniagaan adalah tertakluk kepada syarat pemegang lesen sebagaimana

terdapat di dalam Lampiran 3.

8.2 Menjadi tanggungjawab kepada pemegang lesen untuk mematuhi syarat

yang telah ditetapkan sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan

394A(6) Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009 .

8.3 Ketidakpatuhan kepada syarat pemegang lesen akan menyebabkan lesen

penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan akan digantung

atau dibatalkan oleh Pengarah.

Page 11: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

10

8.4 Pengarah boleh pada bila-bila masa mengubah atau menambah mana-

mana syarat pemegang lesen.

9 PENGAUDITAN

10 PENGGANTUNGAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

10.1 Tindakan pengantungan akan diambil sekiranya pemegang lesen didapati

melanggar mana-mana syarat pemegang lesen penyediaan ais bagi

maksud perdagangan atau perniagaan sebagaimana di lampiran 3. 10.2 Pemprosesan dan pengeluaran ais bagi maksud perdagangan atau

perniagaan tidak dibenarkan sepanjang tempoh penggantungan lesen. 10.3 Semasa penggantungan semua peralatan pemprosesan akan dilak di

bawah Sek. 4(1)(f) Akta Makanan 1983. 10.4 Permohonan pelepasan dari penggantungan hendaklah dikemukakan

kepada pengarah BKKM setelah tindakan pembetulan dilaksanakan.

11 PEMBATALAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN.

11.1 Pembatalan lesen menyebabkan nombor kelulusan dibatalkan dan

pemohon dikehendaki memohon semula lesen baru dengan

mengemukakan semua dokumen berkaitan. 11.2 Tindakan pembatalan akan diambil sekiranya pemegang lesen didapati

melakukan perkara berikut: 11.2.1 Apabila tempoh penggantungan telah melebihi sebulan.

11.2.2 Menjalankan pemprosesan dan pengeluaran dalam tempoh

penggantungan. 11.2.3 Tidak dapat menjamin keselamatan dan kualiti ais yang dikeluarkan. 11.2.4 Meminda atau menambah sistem pemprosesan tanpa kelulusan KKM.

11.3 Permohonan kelulusan lesen hendaklah dibuat sekiranya pemegang lesen

masih berminat untuk mendapatkan semula lesen.

Page 12: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

11

12 PEMBAHARUAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD

PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

12.1 Permohonan untuk sokongan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan

kepada PKD sebulan sebelum tamat tempoh sah lesen dengan

menggunakan borang KA-1 12.2 Surat sokongan dan fi lesen (RM50.00) hendaklah dikemukakan ke BKKM.

13 PEMANTAUAN KUALITI AIS

13.1 Pemilik lesen penyediaan ais bagi maksud perdagangan atau perniagaan

diwajibkan menjalankan pemantauan kualiti ais setahun sekali. Sampel ais

hendaklah dihantar ke makmal yang diluluskan oleh KKM untuk analisis

fizikal, mikrobiologi, kimia dan radioaktif. Keputusan analisis hendaklah

dihantar ke PKD selewat-lewatnya sebulan dari tarikh pensampelan.

14 PERTANYAAN

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E7, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA

Page 13: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

12

RUJUKAN

Akta Makanan 1983

Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik

Garis Panduan Permohonan Lesen Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral

Semulajadi

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1974

Page 14: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

13

LAMPIRAN 1 Borang KA-1

PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN APPLICATION FOR LICENSE TO PREPARE ICE FOR THE PURPOSE OF TRADE OR BUSSINES

Sila isi atau tandakan ( / ) di petak berkenaan bagi setiap butiran yang berkaitan (Please fill or tick wherever needed)

Jenis permohonan lesen ( Type of application ):

Permohonan Baru/ New Application Pembaharuan Lesen/ Renewal Of License

(Di hantar 2 bulan sebelum tarikh tamat lesen)

Maklumat Asas Pemohon

1. Nama Pemohon : …………………………………………………………………………….. Name of Applicant

2. No. Kad Pengenalan(Baru / New)/Pasport: ………………………………………………………………… I/C No./ Passport No.

3. Jawatan dalam Syarikat: …………………………………………………………………….. (Designation in company) 4. Nama Syarikat (Company name): ……………………………………………………………………………… 5. Alamat Syarikat (Company address): …………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………… Poskod (Postcode) …………………………………………………..

6. Alamat pos (jika berlainan) : ………………………………………………………………….. (Postal Address if differ from the above) ………………………………………………………………. Poskod (Postcode) ………………………………………………….. 7. No. Tel. Pej.(Off. Tel. No ).: ……………………………………………………….

8. No. Faks (Fax No.) : ………………………………………………………. 9. No. Tel. Bimbit (H.P No.) : ............................................................................ 10. No. Pendaftaran Syarikat (ROC/ROB)-sertakan salinan sijil : ....................................................

(ROC/ROB number - enclose copy of certificate)

11. Alamat e-mail (e-mail address) : ………………………………………………………………………………….. 12. Alamat Kilang : ………………………………………………………………………

(Address of factory) ……………………………………………………………………….. Poskod (Postcode) …………………………………………………….

13 Fi pemprosesan(No.Bank Draf/Kiriman Wang Pos) : ……………………………………… (Processing Fee (Bank draf / Money Order No.))

Page 15: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

14

14 No.Pendaftaran Premis dengan KKM: ........................................................ (MOH premise registration number) Pengakuan Pemohon (Applicant's declaration ) Bersama-sama ini disertakan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Penyediaan Ais Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan seperti berikut:(I hereby enclose the documents as required for the application of prepare ice for the purpose of trade or business)

i. Borang permohonan KA-1

ii. Dokumen Jaminan Keselamatan Ais

iii. Perakuan dan sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan

Negeri di mana kilang terletak.

iv. Laporan Keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia dan Radioaktif) sampel air dan ais.

Saya, (I) ……………………………………………………………………………… Jawatan: ( Designation ) ……………………………………………………………………………… dengan ini mengaku bahawa ke semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar. ( Hereby, declare that all the above information disclosed above is true ) Tarikh: ( Date ) ……………………………………… …………………………………………………..

(Tandatangan Pemohon) (Signature) (Cop Syarikat) (Company Seal)

Perakuan dan sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah: Sokong/ Tidak disokong Ulasan : ................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. Tarikh : Tandatangan: Nama Pegawai: Jawatan : (sokongan hendalah ditandatangan oleh PKD)

Perakuan dan sokongan dari Jabatan Kesihatan Negeri: Sokong/ Tidak disokong Ulasan : ................................................................................................................. ................................................................................................................. ................................................................................................................. Tarikh : Tandatangan: Nama Pegawai: (sokongan hendalah ditandatangan oleh TPK(KA)) Jawatan :

Page 16: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

15

LAMPIRAN 2 CARTA ALIR PROSES MENDAPATKAN SOKONGAN DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH DAN

JABATAN KESIHATAN NEGERI

Nota: 14 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan sehingga tarikh mendapat perakuan dan sokongan daripada JKN

PKD-Verifikasi Dokumen/Tindakan (i) Semak dokumen (ii) Pemeriksaan Kilang (iii) Cadangan (Sokong / Tidak Sokong)

Mula

Sokong

Tidak Sokong

Pemohon sediakan: i. Borang Permohonan Pelesenan Ais ii. Dokumen Jaminan Keselamatan Ais iii. Laporan Juruanalisis sumber air dan ais

Tamat

Pemohon

Lengkap

Tidak Lengkap

JKN-Verifikasi Dokumen/Tindakan (i) Semak dokumen (ii) Cadangan (Sokong / Tidak Sokong)

Tidak Lengkap

Lengkap dan Sokong

Page 17: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

16

LAMPIRAN 3

PERMOHONAN LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN

ATAU PERNIAGAAN-DI PERINGKAT BKKM Nota: Proses permohonan lesen ialah 3 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima hingga lesen dikeluarkan

Semak borang menggunakan senarai semak dan buat Keputusan

Lulus

Maklum kepada Pemohon dan minta bayaran

Pemohon - Buat bayaran RM50.00

Keluarkan Resit Bayaran dan Lesen

Tidak Lulus

Keluarkan Lesen

Tamat

Mula

Terima borang permohonan dan fi proses RM30.00

Pemohon

Page 18: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

17

LAMPIRAN 4

SYARAT-SYARAT PEMEGANG LESEN PENYEDIAAN AIS BAGI MAKSUD PERDAGANGAN ATAU PERNIAGAAN

1. Produk yang telah mempunyai lesen hendaklah mempamerkan Nombor Kelulusan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Pelesen hendaklah sentiasa memastikan kesemua peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.

3. Pelesen perlu mengemukakan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan oleh

KKM ( Rujuk Akta Makanan 1983 Seksyen 3A) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pengambilan sampel kepada :

i. Pengarah Kesihatan Negeri ii. Pegawai Kesihatan Daerah

Kekerapan Analisis mikrobiologi, kimia dan radioaktif adalah sebulan sebelum tamat tempoh sah lesen.

4. Sebarang pindaan terhadap sistem pemprosesan hendaklah mendapat kelulusan dari pengeluar lesen iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Mematuhi segala peruntukan Program Jaminan Keselamatan sebagaimana di

dokumenkan.

Page 19: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

18

LAMPIRAN 5

ALAMAT-ALAMAT JABATAN KESIHATAN NEGERI

BIL

ALAMAT

NO. TELEFON

NO.FAKS

1. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis

04-9773333/4 04-9761072

04-9760764

2. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Jalan Sultanah 05350 Alor Setar. Kedah

04-7335533

04-7314936

3. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang Tingkat 37, Komtar 10590 P. Pinang

04-2625533

04-2623371 04-2613508

4. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh. Perak

05-2533489 05-2533012

05-2557646 05-2427564

5. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tingkat 10 & 11, Wisma Sunwaymas Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C 40100 Shah Alam, Selangor

03-51237350 03-51237351 03-51237352

03-51237309

6. Pengarah Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan Jalan Lee Sham 70590 Seremban, Negeri Sembilan

06-7625231

06-7675506

7. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Tingkat 6, Wisma Persekutuan Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

06-2826319 06-2828344

06-2839233

8. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Tingkat 4 Blok B, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek 80590 Johor Bahru, Johor

07-2245180/8 07-2245189

07-2277577

Page 20: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

19

9. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tingkat 12, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut 25000 Kuantan, Pahang

09-5148608

09-5142951

10. Pengarah Pejabat Kesihatan Negeri Terangganu Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan sultan Ismail 20920 Kuala Terengganu, Terengganu

09-6226028

09-6221385

11. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Tingkat 5, Wisma Persekutuan Jalan Bayam, 15590 Kota Bharu, Kelantan

09-7483288

09-7472818 09-7441333

12. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jalan Tun Abang Haji Openg 93590 Kuching, Sarawak

082-417995

082-258849

13. Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Tingkat 3, Wisma Persekutuan Jalan Mat Salleh 88814 Kota Kinabalu, Sabah

088-256749

088-217740

14. Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur

03-26940701

03-26938760

15. Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan Peti Surat 80832 87018 Labuan

087-411702

087-419011

Page 21: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

20

LAMPIRAN 6

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN STANDARD SANITATION OPERATING PROCEDURES (SSOP) DI KILANG MAKANAN

BIL PERKARA PEMATUHAN

CATATAN PERATURAN YA TIDAK

1

PENDAFTARAN PREMIS Premis didaftarkan 3(1) Tempoh pendaftaran masih sah (tempoh sah tidak melebihi 3 tahun)

6

2

PERJALANAN DAN PENYELENGGARAAN PREMIS MAKANAN

Perakuan pendaftaran dipamerkan 8(1)(a) Notis amalan basuh tangan dipamerkan (tandas, sinki cuci tangan, bilik persalinan)

8(1)(b)

Notis larangan membawa masuk binatang disediakan

8(1)(c)

3

PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

Ada program jaminan keselamatan 9(1) Program mencukupi dan efektif

4 SISTEM KEBOLEHKESANAN MAKANAN Ada sistem kebolehkesanan 10(1) Sistem efektif

5

KEPATUHAN PENGURUSAN Menyediakan premis yang mematuhi kehendak am dan khas premis makanan,

11(1)(a)

Penyediaan dan pengekalan rekod latihan, pemeriksaan kesihatan, perakuan pemvaksinan

1(1)(c)

Penyediaan dan pengekalan rekod pembersihan, pembungkusan, pemprosesan,

11(1)(d)

6

KEHENDAK AM BAGI PREMIS MAKANAN

Lokasi sesuai 12 Rekabentuk sesuai 13 Bekalan air ada dan mencukupi 14(1) Bekalan air selamat 14(2)

7

KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN Keadaan baik, bersih dan kemas setiap masa

15(1)

Menjalankan penyelenggaraan kerbersihan (housekeeping)

15(2)

Page 22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

21

BIL PERKARA PEMATUHAN

CATATAN PERATURAN YA TIDAK

Peralatan yang tidak digunakan tidak terdapat dalam premis Pembersihan am sekali sehari 15(3)

Peralatan dan kemudahan pencucian mencukupi (bekalan air panas/sejuk jika perlu)

15(4)

Ada tempat penyimpanan khas peralatan mencuci

15(6)

Bahan pencuci/pembasmi kuman disimpan di tempat khas

15(6) Bahan pencuci dilabelkan Bahan pencuci disimpan dengan betul

8

KAWALAN PEROSAK Ada sistem kawalan perosak 16(1) Kawalan perosak mencukupi dan efektif

Kawalan perosak bersesuaian (ejen kimia, fizik atau biologi) tanpa menimbulkan ancaman keselamatan makanan

16(2)

9

PELUPUSAN SAMPAH Ada jadual pembuangan sampah 17(1)(a) Kemudahan tong sampah mencukupi dan sesuai

17(2)

Pelupusan bersesuaian dan mesra alam 17(1)(c) Kemudahan tong sampah diselenggara dengan baik

17(1)(b)

10

KEHENDAK KHAS PREMIS MAKANAN PERMUKAAN LANTAI Lantai berkeadaan baik dan mudah dibersihkan

18(a)

Bahan tidak telap air dan mudah dibersihkan 18(b)

Kecerunan mencukupi 18(c)

11

PERMUKAAN DINDING Dinding berkeadaan baik dan mudah dibersihkan

19(1)(a)

Bahan tidak telap air dan tidak toksik 19(1)(b) Sudut lekung cekung dengan lantai 19(2)

12

PENCAHAYAAN Pencahayaan mencukupi

20 Jenis lampu yang digunakan tidak menyebabkan pencemaran makanan (bertutup)

13 SISTEM PENGALIHUDARAAN Sesuai dan mencukupi 21(1)(a) Mudah diselenggara 21(1)(b)

Page 23: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

22

BIL PERKARA PEMATUHAN

CATATAN PERATURAN YA TIDAK

Tidak berlaku aliran songsang (daripada kawasan tercemar ke kawasan bersih)

21(2)

14 SILING Bersih, sesuai dan mudah dibersihkan 22

15 PINTU Sesuai dan mudah dicuci 23(a) Boleh tutup sendiri 23(b)

16

PERABOT, LENGKAPAN DAN PERMUKAAN MENYENTUH MAKANAN

Diselenggara dengan baik dan bersih 24(1) Diperbuat daripada bahan yang tidak telap air dan mudah dicuci

24(2)

17

PENYIMPANAN MAKANAN Ada ruangan/bilik 25(1) Ruangan mencukupi dan bersih Ruangan/bilik berasingan untuk bahan mentah/produk akhir

25(2)

Jarak minimum dari dinding 15cm 38(1)(d) Jarak minimum dari lantai 20cm Pengasingan dari bahan mentah dan produk berasal dari khinzir/babi

38(1)(e)

Bekas simpan bahan mentah/ramuan dilabel

38(1)(h)

Ada sistem masuk dulu keluar dulu (FIFO) 38(1)(i)

18

PENYIMPANAN SEJUK / BEKU Berfungsi dengan baik Pengasingan bahan mentah/produk 25(4)(a) Proses defrost dilakukan secara berkala 25(4)(b) Dibuat dari bahan yang mudah dicuci 25(4)(c) Ketepatan jangkasuhu ± 1°C 25(4)(d) Penyimpanan mengikut kapasiti ruangan penyimpanan makanan

38(2)

Airvent hendaklah jauh dari sumber yang mengeluarkan haba panas dan cahaya berlebihan

25(4)(e)

Pintu bilik sejuk dipasang tirai udara/plastik 25(5)

19 LENGKAPAN/KELENGKAPAN Dibuat daripada bahan yang sesuai 24(1) & (2) Mudah dibersihkan 24(1)

20 BILIK PERSALINAN Ada bilik persalinan 26 Ada almari/loker yang sesuai 26 & 32(2)

21 SINK CUCI TANGAN Bilangan mencukupi 27(1) Bekalan air mengalir mencukupi 27(2)(a)

Page 24: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

23

BIL PERKARA PEMATUHAN

CATATAN PERATURAN YA TIDAK

Ada sabun/bahan pencuci didalam dispenser

27(2)(b)

Ada tisu kertas/alat pengering tangan 27(2)(c) Bersih dan diselenggara dengan baik 27(2)(d) Ada paip dioperasi tanpa tangan 27(2)(e) Khusus untuk cuci tangan

27(3) Sink berasingan bagi mencuci tangan dan membasuh makanan

22

BILIK TANDAS Bilangan mencukupi 28(1) Bekalan air mengalir mencukupi

28(2)(a) Ada sabun/bahan pencuci didalam dispenser Ada alat pengering Bersih dan bebas dari bau busuk 28(2)(b) Tidak terdedah terus ke kawasan pemprosesan

28(2)(c)

23

KEMUDAHAN PENYALIRAN Mencukupi dan sesuai 29(1) Tidak tersumbat dan ada perangkap sampah 29(2)

Tidak berlaku aliran songsang 29(3)

24

PENGENDALI MAKANAN Telah menghadiri latihan 30(1) Mempunyai sijil diiktiraf PEMERIKSAAN PERUBATAN DAN KEADAAN KESIHATAN PENGENDALI MAKANAN

Telah menjalani pemeriksaan perubatan 31(1) Telah mendapat pelalian PAKAIAN Bersih dan sesuai 32(1)(a) KEBERSIHAN DIRI

33(1)(a) hingga (f) Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh

pihak pengurusan (ada senarai semak) PENGENDALI MAKANAN, PERKAKAS DSB.

Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh pihak pengurusan [ada senarai semak-Rujuk peraturan 35(1)]

35(1)(a) hingga (l)

PENYEDIAAN, PEMBUNGKUSAN DAN PENGHIDANGAN MAKANAN

36(1)(a) hingga (o) Ada sistem kawalan dan pemantauan oleh

pihak pengurusan [ada senarai semak - rujuk peraturan 36(1)]

25 PENGANGKUTAN

Page 25: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PELESENAN …jknselangor.moh.gov.my/.../pdf/bkkm/Garis_Panduan_Lesen_Penyedia… · 6 iii. Telah menerima Laporan keputusan analisis (Mikrobiologi, Kimia

24

BIL PERKARA PEMATUHAN

CATATAN PERATURAN YA TIDAK

Kenderaan yang digunakan hendaklah bersih dan berfungsi dengan baik

Bhgn VI, 56(1)(a)

Pengasingan antara makanan dan bukan makanan

Bhgn VI, 56(1)(b)

Tidak mengangkut bahan merbahaya, toksik atau beracun

Bhgn VI, 56(1)(c)

Mempunyai kawalan suhu dan lain-lain parameter (cth kelembapan)

Bhgn VI, 56(1)(d)

Dinyahjangkit apabila membawa makanan berbeza dan bahan bukan makanan

Bhgn VI, 56(2)

Kenderaan khusus hanya untuk babi dan produk babi

Bhgn VI, 56(3)