garis panduan penyenggaraan sekolah...

21
Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Pendidikan Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Upload: dangminh

Post on 05-Mar-2018

274 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Disediakan oleh :

Bahagian Teknologi Pendidikan

Garis Panduan

Penyenggaraan

Peralatan ICT Di

Sekolah KPM

Bagi Tahun 2017

Page 2: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Garis Panduan Penyenggaraan

Peralatan ICT Di Sekolah KPM

Bagi Tahun 2017

Page 3: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai tatacara operasi

penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2017.

1.2 Kerja penyenggaraan peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) ini dilaksanakan menggunakan kaedah kontrak bermasa berkuat kuasa pada 17 Julai 2017 hingga 16 Januari 2019 oleh syarikat yang dilantik melalui tender terbuka.

1.3 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Kontrak Perjanjian antara KPM dengan Syarikat Pembekal Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah mengikut zon masing-masing.

2.0 LATAR BELAKANG

Merujuk surat KP(B.Kew)(BJT)1600/107)(13) bertarikh 14 Januari 2009, Penyenggaraan dan perolehan peralatan ICT di institusi pendidikan KPM di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan sekurang-kurangnya 10 unit PC sekolah berfungsi untuk

pengajaran dan pembelajaran (PdP). 3.2 Sekolah melaporkan kerosakan peralatan ICT .ke dalam STS 3.3 Sekolah mematuhi tatacara pengurusan aset ICT (Aset Alih

Kerajaan) dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa. 3.4 Kontrak perjanjian dipatuhi semasa pelaksanaan kerja

penyenggaraan. 3.5 Semua agensi terlibat memainkan peranan masing-masing bagi

memastikan peralatan ICT di sekolah disenggara dan boleh diguna pakai.

4.0 TAKRIFAN

4.1 Penyenggaraan Pemulihan (CM) ialah tindakan membaiki dengan menukar alat ganti komponen peralatan ICT supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.

4.2 Gantian Baharu 1PP merupakan CM menggunakan kaedah gantian baharu set peralatan ICT yang rosak supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling. 1PP.

4.3 Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.

Page 4: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Bahagian Teknologi Pendidikan mencadangkan pelaksanaan

penyenggaraan peralatan ICT melalui subwaran kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

5.2 Pesanan Tempatan (LO) akan dikeluarkan oleh BTPN/PTPB kepada syarikat sebelum kerja penyenggaraan dilaksanakan.

5.3 Kerja-kerja penyenggaraan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesanan tempatan (LO).

5.4 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan selepas tahun 2008 dicadangkan menggunakan kaedah tukar alat ganti.

5.5 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan pada dan sebelum tahun 2008 dicadangkan menggunakan kaedah gantian baharu 1PP

5.6 Pelaksanaan menggunakan kaedah gantian baharu 1PP perlu merujuk kepada Tatacara Penyenggaraan Peralatan ICT Menggunakan Kaedah Gantian Baharu (1PP) yang disertakan di bahagian akhir garis panduan ini.

6.0 SKOP PELAKSANAAN 6.0 Skop pelaksanaan hanya kepada Penyenggaraan Pemulihan

(corrective maintenance_CM)

6.1 Penyenggaraan peralatan ICT dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my

6.2 Kerja-kerja penyenggaraan ini melibatkan semua kategori sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk:-

Sekolah Harian

Sekolah Berasrama Penuh / Kluster

Kolej Teknik / Vokasional

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Seni, Sukan Dan Ko-Kurikulum

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Sekolah Amanah 6.3 Peruntukan untuk penyenggaraan peralatan ICT di sekolah adalah

terhad berbanding dengan jumlah aduan kerosakan diterima. Keutamaan adalah kepada kerosakan peralatan ICT di tahap kritikal yang boleh melumpuhkan pelaksanaan PdP di sekolah.

6.4 Peralatan ICT yang layak disenggara ialah :-

Komputer Peribadi Komputer Riba Projektor Pencetak

Page 5: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Server Alat Pengimbas Set peralatan rangkaian (LAN)

6.5 Peralatan ICT berikut juga termasuk dalam skop penyenggaraan:

Peralatan ICT yang digunakan untuk Pengurusan dan

Pentadbiran sekolah (PdT).

Peralatan ICT yang digunakan di asrama sekolah

Peralatan ICT yang digunakan untuk Pra-sekolah 6.6 Syarat peralatan ICT layak disenggara adalah :

Peralatan ICT telah didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal (DHM).

Mendaftar semula semua komponen sebagai satu set komputer jika terdapat mana-mana komponen komputer didaftarkan sebagai harta modal dan membatalkan rekod KEW.PA-2 bagi komponen ICT tersebut.

Peralatan ICT telah tamat tempoh jaminan (warranty). Peralatan ICT belum mendapat Sijil Hapus Kira

6.7 Peralatan ICT dikategorikan sebagai alat yang tidak wajar disenggara -BER (Beyond Economic Repair) - syarikat dibenarkan mengganti dengan peralatan baharu tertakluk kepada syarat berikut : (a) Jenama dan model peralatan baharu adalah terbuka atau

mengikut peralatan asal. (b) Peralatan baharu hendaklah berjenama serta tulen. (c) Spesifikasi peralatan baharu hendaklah sama atau lebih baik

daripada peralatan asal (d) Mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Kuasa menandatangani

di ruang Ketua Jabatan untuk KEW.PA-2/KEW.PA-3 - Lampiran A dan (KEW.PA-9/ KEW.PA-9(A)) - Lampiran B adalah oleh pihak Pentadbir Sekolah

(e) Harga peralatan baharu perlu munasabah dan kurang dari kos penyenggaraan tukar alat ganti mengikut jadual harga kontrak

(f) Peralatan baharu mempunyai tempoh waranti sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan secara on-site dan dilengkapkan dengan perisian, aksesori dan consumable part yang baharu.

7.0 PROSES PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM

7.1 Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Juruteknik Komputer FT17 (JK) / Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru ICT (GIT) di sekolah melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my

7.2 JK /GPB /GIT di sekolah perlu bekerjasama dengan PKG dalam kelompok sekolah masing-masing untuk verifikasi aduan dengan mengenal pasti punca masalah, kaedah penyelesaian dan implikasi kos yang diperlukan.

7.3 BTPN akan menyalurkan aduan STS kepada syarikat untuk menentusahkan punca kerosakan.

7.4 Pihak syarikat dikehendaki mengeluarkan sebutharga kos peralatan ICT yang perlu disenggara tidak melebihi harga dalam kontrak.

Page 6: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

7.5 Syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut untuk permohonan Pesanan Tempatan (LO) kepada BTPN :-

(a) Sebutharga Kontraktor (1 salinan asal); (b) Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/KEW.PA-3) - Lampiran A (1

salinan yang telah disahkan) (c) Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9/

KEW.PA-9(A)) – Lampiran B (1 salinan asal) (d) Daftar Penyelenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14/ KEW.PA-

14(A)) - Lampiran C (1 salinan yang telah disahkan) (e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -

Lampiran D (1 salinan asal) 7.6 Pihak BTPN hendaklah membuat semakan dan pengesahan

dokumen sebelum LO dikeluarkan. 7.7 Hanya dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk

pengeluaran LO 7.8 Kerja penyenggaraan akan bermula selepas LO dikeluarkan. 7.9 Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -

Lampiran D perlu dilengkapkan sekiranya pihak syarikat perlu membawa keluar peralatan ICT dari lokasi.

7.10 Syarikat mesti menyelesaikan penyenggaraan dan memulangkan peralatan ICT yang telah disenggara dalam tempoh tujuh (7) hari.

7.11 Tempoh penyenggaraan peralatan adalah 30 hari bermula dari tarikh LO dikeluarkan.

7.12 Maklumat peralatan ICT yang telah disenggara hendaklah direkodkan dan borang (KEW.PA-14/ KEW.PA-14(A)) - Lampiran C peralatan tersebut perlu dikemaskini.

7.13 Apabila kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan, syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut kepada BTPN untuk proses pembayaran :

(a) LO yang telah lengkap ditandatangani (b) Inbois (c) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E (1 salinan asal) (d) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F (1 salinan

asal) (e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) -

Lampiran D yang lengkap 7.14 Syarikat perlu mengemukakan dokumen lengkap dengan tandatangan,

cop rasmi, nama dan jawatan serta tarikh dari pihak sekolah sebagai pengesahan kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan.

7.15 Pihak BTPN pula perlu menyemak dan mengesahkan dokumen adalah lengkap sebelum pembayaran dibuat.

7.16 Pembayaran akan diproses dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh dokumen keperluan pembayaran yang lengkap diterima.

Page 7: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

8.0 PERANAN AGENSI TERLIBAT

8.1 SEKOLAH

8.1.1 Melaporkan semua kerosakan peralatan ICT ke dalam STS (Support Ticketing System) melalui http://sts.moe.edu.my

8.1.2 Aduan hendaklah dibuat oleh JK, GPB atau GICT di sekolah 8.1.3 Memastikan semua peralatan ICT di sekolah yang hendak disenggara

mempunyai Kad Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/KEW.PA-3) - Lampiran A yang lengkap dan dikemaskini.

8.1.4 Memastikan borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9/ KEW.PA-9(A)) - Lampiran B lengkap diisi.

8.1.5 Memastikan kerja-kerja penyenggaraan ke atas peralatan ICT dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh KPM

8.1.6 Memastikan pihak syarikat mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.

8.1.7 Memastikan kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan sempurna sebelum menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Lampiran E, Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Lampiran F dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

8.1.8 Memastikan borang Daftar Penyelenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14/ KEW.PA-14(A)) - Lampiran C bagi semua peralatan ICT yang telah disenggara lengkap dan dikemaskini.

8.1.9 Melabel nombor Daftar Harta Modal pada semua peralatan gantian baharu (1PP)

8.2 PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

8.2.1 Memastikan semua sekolah dalam kelompok melaporkan aduan kerosakan ICT melalui STS supaya kerosakan dapat dibaikpulih.

8.2.2 Membuat verifikasi dan kenal pasti tahap kritikal kerosakan semua aduan yang dibuat oleh sekolah dalam kelompok masing-masing.

8.2.3 Memberi khidmat nasihat penggunaan STS dan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.

8.2.4 Membuat pemantauan bagi memastikan kerja penyenggaraan peralatan ICT mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak.

8.2.5 Memastikan peralatan ICT yang rosak di sekolah-sekolah ahli PKG masing-masing disenggara dan berfungsi digunakan untuk PdP.

8.3 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN) / PUSAT

TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN (PTPB)

8.3.1 Memantau aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui STS 8.3.2 Menyediakan senarai aduan kerosakan peralatan ICT sekolah

kepada pihak syarikat untuk dibaikpulih. 8.3.3 Menjadi pegawai penghubung antara syarikat yang dilantik dengan

sekolah. 8.3.4 Menyelaras perlaksanaan penyenggaraan peralatan ICT kepada

sekolah serta PKG / PPD / JPN di peringkat negeri masing-masing. 8.3.5 Memastikan dokumen permohonan LO mematuhi kaedah yang telah

ditetapkan dalam kontrak perjanjian.

Page 8: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

8.3.6 Mengeluarkan LO berdasarkan dokumen permohonan oleh syarikat yang lengkap.

8.3.7 Memantau dan memastikan penyenggaraan peralatan ICT mengikut tempoh dan ketetapan.

8.3.8 Mengesahkan kerja-kerja penyenggaraan oleh syarikat mematuhi spesifikasi dan skop kerja dalam kontrak perjanjian

8.3.9 Memastikan dokumen permohonan pembayaran lengkap serta mematuhi kaedah yang telah ditetapkan.

8.3.10 Membuat proses pembayaran berdasarkan dokumen permohonan pembayaran oleh syarikat yang lengkap.

8.3.11Menyediakan laporan bulanan prestasi perbelanjaan dan analisa peralatan ICT yang disenggara bagi setiap sekolah yang terlibat.kepada BTP menggunakan borang Laporan Status Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah KPM Tahun 2017 seperti di Lampiran G

8.3.12Peruntukan perlu digunakan untuk manfaat sekolah. Peruntukan penyenggaraan yang tidak dapat dibelanjakan akan ditarik balik.

8.4 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP)

8.4.1 Memastikan bajet peruntukan tahun semasa diperoleh. 8.4.2 Menyediakan agihan waran peruntukan kepada BTPN berdasarkan

jumlah peruntukan yang diterima.. 8.4.3 Menyediakan Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Penyenggaraan

Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM. 8.4.4 Mengurus mesyuarat penyelarasan antara semua negeri bagi

memastikan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat dilaksanakan dengan mematuhi tatacara seperti dalam kontrak perjanjian. dalam tempoh yang ditetapkan

8.4.5 Memantau prestasi kerja bulanan syarikat. 8.4.6 Memantau on site secara rawak kerja penyenggaraan di sekolah bagi

memastikan skop kerja dan spesifikasi alat ganti peralatan dalam kontrak dipatuhi.

8.4.7 Memberi khidmat nasihat kepada BTPN, PTPB, PKG dan sekolah (mengikut keperluan).

8.4.8 Menyediakan laporan status penyenggaraan peralatan ICT sekolah KPM kepada Pengurusan Tertinggi KPM (mengikut keperluan).

8.5 SYARIKAT

8.5.1 Melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dalam zon masing-masing selepas terima LO.

8.5.2 Melaksanakan kerja penyenggaraan dengan mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak perjanjian yang ditandatangani.

8.5.3 Menyenaraikan nama kakitangan yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan beserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran.

8.5.4 Bersedia untuk dihubungi oleh BTPN dalam zon masing-masing bagi menyelesaikan sebarang isu semasa pelaksanaan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.

Page 9: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

8.5.5 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah mesti memaparkan kad pengenalan diri dan memakai uniform yang telah ditetapkan seperti dalam perjanjian kontrak.

8.5.5 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan juga mesti melapor diri dan mohon kebenaran daripada pentadbir sekolah. Gagal berbuat demikian, pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja penyenggaraan tanpa sebarang amaran.

8.5.6 Syarikat dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada BTPN mengenai status penyenggaraan peralatan ICT pada atau sebelum 5hb setiap bulan.

8.5.7 Syarikat dikehendaki melabel tanda ‘Hak Kerajaan Malaysia’ pada peralatan gantian baharu (1PP).

8.5.8 Pihak syarikat perlu membawa keluar peralatan lama yang telah disenggara dengan kaedah peralatan gantian baharu (1PP).

9.0 PENUTUP

Keberkesanan perkhidmatan boleh dicapai dengan kerjasama oleh pelbagai

pihak yang terlibat.. Masing-masing mempunyai peranan dan tugas yang

perlu dilaksanakan. Pengurusan aset ICT yang sistematik dan teratur

dapat membantu kecekapan proses penyenggaraan peralatan yang rosak.

Kaedah ini bagi memastikan penyenggaraan ICT di sekolah oleh syarikat

yang dilantik mencapai objektif yang ditetapkan. Perbelanjaan pula

digunakan secara berhemah dan mematuhi kontrak perjanjian yang sedang

berkuatkuasa.

Page 10: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

LAMPIRAN A KEW.PA-2

(No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR HARTA MODAL Kementerian/Jabatan : Bahagian/Cawangan :

BAHAGIAN A Kod Nasional

Kategori

Sub Kategori

Jenis/Jenama/Model

Buatan Harga Perolehan Asal

Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima

No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi Kerajaan

No Pendaftaran (Bagi Kenderaan)

Tempoh Jaminan

Nama Pembekal Dan Alamat:

Spesifikasi : Komponen/ Aksesori:

………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan

Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

PENEMPATAN

Lokasi

Tarikh

Nama Pegawai

Tandatangan

PEMERIKSAAN

Tarikh

Status Aset

Nama Pemeriksa

Tandatangan

PELUPUSAN/HAPUS KIRA

Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

*Nota tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.

Page 11: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

KEW.PA-2

DAFTAR HARTA MODAL

BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIK TARAF

BAHAGIAN B

Bil. Kod Label

Jenis/ Jenama/

Model Kos (RM)

Tempoh Jaminan

Asal/ Tambah/

Naik Taraf/ Penggantian

Tarikh Catatan

Nama dan

Tandatangan Dipasang Dikeluarkan Dilupus

Page 12: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

KEW.PA-3 (No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH

Kementerian/Jabatan : Bahagian :

BAHAGIAN A

Kod Nasional

Kategori

Sub Kategori

Jenis Harga Perolehan Asal

Kuantiti Tarikh Diterima

Unit Pengukuruan No. Pesanan Rasmi Kerajaan dan Tarikh

Tempoh Jaminan

Nama Pembekal Dan Alamat: ………………………………….. *Tandatangan Ketua Jabatan

Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

*PENEMPATAN

Kuantiti

No.Siri Pendaftaran

Lokasi

Tarikh

Nama Pegawai

Tandatangan

*PEMERIKSAAN

Tarikh

Kuantiti

Status Aset

Nama Pemeriksa

Tandatangan

*PELUPUSAN/ HAPUS KIRA/ PINDAHAN

Rujukan No.Siri Pendaftaran

Tarikh Kaedah Kuantiti Lokasi Tandatangan

`

*Nota : Ruangan tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.

Page 13: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

KEW.PA-3

DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH

BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIK TARAF

BAHAGIAN B

Bil. Kod Label

Jenis/ Jenama/

Model Kos (RM)

Tempoh Jaminan

Asal/ Tambah/

Naik Taraf/ Penggantian

Tarikh Catatan

Nama dan

Tandatangan Dipasang Dikeluarkan Dilupus

Page 14: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

LAMPIRAN B

KEW.PA-9

BORANG ADUAN KEROSAKAN HARTA MODAL KERAJAAN

Bahagian I (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/Pengadu)

1. Jenis Aset :

2. Keterangan Aset :

3. Nombor Siri Pendaftaran :

4. Kos penyelenggaraan terdahulu :

5. Pengguna Terakhir :

6. Tarikh Kerosakan :

7. Perihal Kerosakan :

8. Syor Pegawai Aset/Pegawai Teknikal:

Nama:………………………………………………………………….

Jawatan:………………………………………………………………..

Tarikh:………………………………………………………………….

Bahagian II (Keputusan Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit)

Diluluskan / Tidak Diluluskan*

………………………………….

Tandatangan

Nama:……………………………………………

Jawatan:…………………………………………

Tarikh:………………………………………….. Nota: * Potong mana yang berkenaan

Page 15: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEW.PA-9(A)

BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH KERAJAAN

Bahagian A (I) (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/Pengadu) Kategori : Sub Kategori : 1. Jenis Aset : 2. Keterangan Aset : 3. Tarikh Kerosakan :

Nama:………………………………………………………………….

Jawatan:………………………………………………………………..

Tarikh:………………………………………………………………….

Bahagian A (II) (Keputusan Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit)

Diluluskan / Tidak Diluluskan*

………………………………….

Tandatangan

Nama:……………………………………………

Jawatan:…………………………………………

Tarikh:…………………………………….……..

Catatan:…………………………………….….. Nota: * Potong mana yang berkenaan

Page 16: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

LAMPIRAN C KEW.PA-14

REKOD PENYELENGGARAAN HARTA MODAL

(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)

Sub Kategori :

No. Siri Pendaftaran : Jenis :

Lokasi :

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Tarikh Butir-butir kerja No. Kontrak/Pesanan Nama Syarikat/ Kos (RM) Nama dan Kerajaan dan Tarikh Jabatan Yang Menyelenggara Tandatangan

Nota : a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi harta modal berkenaan. b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.

Page 17: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEW.PA-14(A)

REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH

(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)

Sub Kategori :

Jenis :

Bil. (a)

Tarikh

(b)

No. Siri

Pendaftaran

(c)

Lokasi

(d)

Butir-butir kerja

(e)

No.Kontrak/

Pesanan Kerajaan

dan Tarikh

(f)

Nama Syarikat/

Jabatan Yang

Menyelenggara

(g)

Kos (RM)

(h)

Nama dan

Tandatangan

Nota :

a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan. b) Butir-butir kerja Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh. d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. e) Kos Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali. f) Nama dan Tandatangan Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.

Page 18: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

LAMPIRAN F

SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Nama dan Alamat Jabatan:

_______________________________

_______________________________

_______________________________

No. Rujukan: _____________

Nama Syarikat dan Alamat:

___________________________

___________________________

___________________________

Tuan,

KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

ZON: …………………………………………………….

No. Kontrak: …………………………………

Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa peralatan di

bawah yang mana telah dibekalkan ke ……………………………………………………… pada

………………………………… dan telah berjaya dipasang, diujilari dan ditauliah

pada……………………………………….

Butiran Nama Peralatan, Jenama dan Model Kuantiti Catatan

2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian

dan pentauliahan oleh pihak jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan untuk

membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam syarat-

syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap peralatan tersebut.

…………………………………………………… Tarikh: …………………………….

Tandatangan dan Cop Syarikat

Pengesahan Jabatan

Dengan ini adalah disahkan bahawa peralatan seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di

atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada …………………………………… Disahkan juga di sini

bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang tercatat

sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh pengesahan ini.

………………………………………………… Tarikh : ……………………………

Tandatangan Pegawai

Nama dan Jawatan/Cop Rasmi

(Diisi dengan 3 salinan)

Page 19: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN E

SIJIL AKUAN PENERIMAAN

KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) ZON

………………………………………………………..

No. Kontrak: ……………………………………

Nama dan Alamat

Jabatan:

No. Rujukan:

…………………………………………………………………

………………………………………………………………..

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

Nama dan Alamat

Syarikat:

…………………………………………………………………

………………………………………………………………..

…………………………………………………………………

PERINGATAN

Butiran Nama Peralatan Jenama dan Model Butir-Butir Penyenggaraan Kos (RM) Catatan

1. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah

disediakan dalam 3 salinan untuk edaran berikut:

a. 1 salinan asal kepada Kontraktor

b. 1 salinan asal kepada Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri

c. 1 salinan asal kepada Jabatan

2. Hanya Ketua Jabatan sahaja yang dibenarkan

mengesahkan SAP.

Saya mengaku bahawa peralatan yang

tersebut di atas telah diterima dan

disemak betul pada………………………………….

……………………………………………………….

Tandatangan Pegawai Penyemak

Nama dan Jawatan/Cop Rasmi:

……………………………………………………….

Tarikh :………………………………………….

……………………………………………………….

Tandatangan Ketua Jabatan

Nama dan Cop:

……………………………………………………….

Tarikh :………………………………………….

Page 20: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

LAMPIRAN D

BORANG PPP

BORANG PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat

Nama Juruteknik/Wakil Syarikat

No.Telefon

No. Log Aduan Tarikh /Masa Hadir

MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah dan Alamat

Kod Sekolah

Nama Pelapor No. Telefon

MAKLUMAT PEMERIKSAAN PERALATAN

Peralatan/Kategori No. Daftar/Siri

Jenama/Model Tahun / Fasa

Komponen Lokasi

Keterangan Kerosakan

Cadangan Tindakan (Nyatakan alat ganti yang perlu ditukar )

Cara Baikpulih ( Tandakan )

Di Lokasi (Sekolah) Catatan:

DiBawa Keluar *

Lain-lain (Nyatakan)

Maklumat Pinjaman (*Sekiranya peralatan dibawa keluar)

Jenama dan Model (unit pinjaman)

Catatan:

No. Siri (unit pinjaman)

Tarikh Bawa Keluar

Tarikh Pulang

PENGESAHAN PEMERIKSAAN

Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

PEMULANGAN PERALATAN (*Sekiranya Peralatan Dibawa Keluar)

Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat ____________________________ ____________________________ Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat Nama dan Jawatan/Cop Rasmi Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

(Disi dengan 3 salinan)

Page 21: Garis Panduan Penyenggaraan Sekolah KPMbtpnpahang.moe.gov.my/btpn18a/images/pdf-file/garis-panduan... · 5.2 Pesanan Tempatan ... (SPP) - Lampiran F (1 salinan asal) (e) Borang Perkhidmatan

Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM Bagi Tahun 2017

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil. Kod

Sekolah Nama

Sekolah Alamat Negeri No.

Sebut Harga

Tarikh Sebut harga

No. DHM

No. STS Kategori Lokasi

Perolehan Pembekalan Jenama Model

Perihal Kerosakan

Kos Alat Ganti

Kos Servis

Kos Logistik

Jumlah (RM) Catatan

Komputer

Peribadi PPSMI Dell DELL OPTIPLEX

745 Motherboard

IBM RAM Mimos MIMOS SMART

COMPUTING Komputer

Riba Pencetak laser

warna Projektor

LCD

C

O

N

T

O

H

LAMPIRAN G

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPMTAHUN 2017

BULAN __________________