garis panduan penubuhan pasukan bertindak...

5
1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN (ERT) PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) (EMERGENCY RESPONSE TEAM) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini dibangunkan bagi memberi panduan kepada staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Pusat Tanggungjawab bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan di UTHM. 2.0 SKOP 2.1 Garis panduan ini digunapakai kepada semua Pusat Tanggungjawab bagi menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Pusat Tanggungjawab di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2.2 Setiap PTj yang mempunyai lebih dari 40 orang staf digalakkan untuk menubuhkan Pasukan Bertindak kecemasan (ERT) bagi peringkat PTj tersebut. Setiap staf yang dilantik perlu dikeluarkan surat perlantikan yang menyatakan tempoh perlantikan berkuatkuasa dan ditandatangani oleh Ketua PTj tersebut. 2.3 ERT berperanan sebagai First Responder dalam memastikan tindakan awal dapat diambil bagi mengawal sebarang insiden kecemasan di dalam kawasan Universiti. 3.0 RUJUKAN 3.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 3.2 Akta Kilang dan Jentera 1967 3.3 Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970 4.0 DEFINISI / SINGKATAN ERT Pasukan Bertindak Kecemasan PTj Pusat Tanggungjawab Pengungsian Penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. First Aid Team Kumpulan terlatih yang berperanan untuk memberi rawatan awalan kepada mangsa sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan pasukan perubatan Spill Control Team Pasukan terlatih yang berperanan untuk menangani dan mengawal sebarang tumpahan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal, cecair ataupun gas UTHM/OSHE/GP.002

Upload: trinhkhanh

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · Garis panduan ini dibangunkan bagi ... sebarang tumpahan bahan kimia

1BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN (ERT) PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) (EMERGENCY RESPONSE TEAM)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini dibangunkan bagi memberi panduan kepada staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Pusat Tanggungjawab bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan di UTHM.

2.0 SKOP

2.1 Garis panduan ini digunapakai kepada semua Pusat Tanggungjawab bagi menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan Peringkat Pusat Tanggungjawab di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2.2 Setiap PTj yang mempunyai lebih dari 40 orang staf digalakkan untuk menubuhkan

Pasukan Bertindak kecemasan (ERT) bagi peringkat PTj tersebut. Setiap staf yang dilantik perlu dikeluarkan surat perlantikan yang menyatakan tempoh perlantikan berkuatkuasa dan ditandatangani oleh Ketua PTj tersebut.

2.3 ERT berperanan sebagai First Responder dalam memastikan tindakan awal dapat

diambil bagi mengawal sebarang insiden kecemasan di dalam kawasan Universiti.

3.0 RUJUKAN

3.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 3.2 Akta Kilang dan Jentera 1967

3.3 Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970

4.0 DEFINISI / SINGKATAN ERT Pasukan Bertindak Kecemasan PTj Pusat Tanggungjawab

Pengungsian Penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat

berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang.

First Aid Team Kumpulan terlatih yang berperanan untuk memberi rawatan awalan kepada mangsa sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan pasukan perubatan

Spill Control Team Pasukan terlatih yang berperanan untuk menangani dan mengawal sebarang tumpahan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal,

cecair ataupun gas

UTHM/OSHE/GP.002

Page 2: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · Garis panduan ini dibangunkan bagi ... sebarang tumpahan bahan kimia

2BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

5.0 KEAHLIAN

5.1 Pasukan ERT mestilah dilantik oleh Ketua PTj yang terdiri daripada Ketua Penyelaras ERT, Pasukan Pengungsian, Pasukan Pemadam dan Penyelamat, First Aid Team dan Spill Control Team.

5.2 Pasukan ERT ini terdiri daripada staf yang dilatih dengan kemahiran dan

pengetahuan dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran,kecederaan, tumpahan, gegaran, rusuhan dan seumpamanya.

5.3 Pasukan ini mempunyai kemahiran dalam menggunakan peralatan kebakaran,

rawatan kecemasan dan kelengkapan keselamatan serta berkeupayaan bertindak pada kadar segera untuk mengendalikan situasi kecemasan dengan cekap dan efisien.

5.4 Bilangan ahli First Aid Team perlulah dilantik mengikut jumlah pekerja di setiap

tempat kerja sebagaimana berikut:

Bilangan Pekerja Bilangan First Aiders ˂ 20 orang 1 orang

21-150 orang 2 orang > 150 orang 2 orang bagi setiap 150 orang pekerja

6.0 PERANAN ERT PERINGKAT PTj

6.1 Penyelaras ERT

6.1.1 Bertanggungjawab terhadap keselamatan penghuni dan pelawat serta persekitaran tempat kerja ketika situasi kecemasan.

6.1.2 Menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan.

6.1.3 Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.

6.1.4 Memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti mengenai kejadian

kecemasan.

6.1.5 Bekerjasama dengan agensi berkaitan semasa berlaku kecemasan.

6.1.6 Menyediakan maklumat untuk laporan kejadian.

6.2 Pasukan Pengungsian 6.2.1 Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti dan latihan

kebakaran/pengungsian bangunan.

6.2.2 Membantu menentukan keselamatan penghuni serta persekitaran tempat kerja semasa kejadian kecemasan.

6.2.3 Membantu menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan.

Page 3: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · Garis panduan ini dibangunkan bagi ... sebarang tumpahan bahan kimia

3BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

6.2.4 Membantu mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan.

6.2.5 Mengaktifkan penggera.

6.2.6 Memastikan semua penghuni mengungsikan aras berkaitan.

6.2.7 Memastikan penghuni ke zon berkumpul yang telah ditetapkan.

6.2.8 Memeriksa kehadiran penghuni di zon berkumpul dengan membuat “head

count”.

6.2.9 Melaporkan dan mengesahkan kejadian kecemasan dan situasi semasa kepada penyelaras ERT.

6.2.10 Membantu agensi berkaitan semasa berlaku kecemasan.

6.3 Pasukan Pemadam dan Penyelamat.

6.3.1 Membantu mereka yang kurang upaya, dikenalpasti penyakit kronik serta ibu

mengandung untuk mengungsikan bangunan.

6.3.2 Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian.

6.3.3 Memastikan pintu, tingkap, suis dan lain-lain ditutup.

6.3.4 Memadamkan kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan kebakaran sediada.

6.3.5 Membantu agensi berkaitan dalam merancang dan mengendalikan situasi

kecemasan.

6.3.6 Membantu dan menyediakan keperluan pasukan penyelamat luar sekiranya perlu.

6.4 First Aid Team

6.4.1 Memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan

perubatan.

6.4.2 Melaporkan kepada penyelaras ERT keadan mangsa/tempat kejadian.

6.5 Spill Control Team 6.5.1 Memagar kawasan tumpahan dengan melebal kawasan tersebut dengan

“kawasan tercemar”.

6.5.2 Mengawal tumpahan agar tidak merebak.

6.5.3 Merujuk Risalah Data Keselamatan (SDS) untuk mengetahui risiko hazard tumpahan.

Page 4: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · Garis panduan ini dibangunkan bagi ... sebarang tumpahan bahan kimia

4BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

6.5.4 Mengumpul dan melupuskan semua sisa tumpahan dan sisa nyahcemaran. 6.5.5 Melaporkan kepada penyelaras ERT mengenai situasi kejadian.

7.0 LATIHAN / KURSUS

7.1 Penyelaras ERT perlu merancang kursus yang perlu dihadiri oleh ahli yang dilantik

pada tahun pertama lantikan. 7.2 Kursus asas yang diperlukan adalah seperti Kursus Asas Bomba, Kursus Asas

Pertolongan Cemas, Kursus Pengurusan Bahan Kimia Dan Pengendalian Tumpahan dan lain-lain kursus yang difikirkan perlu.

7.3 Latihan pengungsian bangunan perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap

tahun. 8.0 TEMPAT BERKUMPUL

8.1 Penyelaras ERT dan Pasukan Pengungsian perlulah mengenal pasti tempat

berkumpul yang berhampiran dengan kawasan kejadian. 8.2 Hebahan perlu dibuat kepada semua pengguna bangunan mengenai lokasi tempat

berkumpul melalui kaedah yang sesuai. 9.0 PIHAK YANG PERLU DIHUBUNGI SEMASA SITUASI KECEMASAN 9.1 Agensi/ Bahagian yang terlibat :

I. Bahagian Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTHM

- Kebakaran, Keselamatan orang awam, tumpahan II. Bahagian Keselamatan UTHM

- Kebakaran, Keselamatan orang awam III. Jabatan Bomba dan Penyelamat

- Kebakaran, tumpahan IV. Pasukan Perubatan (Pusat Kesihatan Universiti UTHM / Ambulan)

- Kecederaan V. Polis Diraja Malaysia

- Rusuhan, Keselamatan orang awam

9.2 Rujuk Nombor talian kecemasan Universiti.

Page 5: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN BERTINDAK …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · Garis panduan ini dibangunkan bagi ... sebarang tumpahan bahan kimia

5BAHAGIANPERSEKITARANKESELAMATANDANKESIHATANPEKERJAAN(OSHE)

10.0 CARTA ORGANISASI PASUKAN BERTINDAK KECEMASAN (ERT)

Penyelaras ERT

Pasukan Pengungsian

Pasukan Pemadam dan Menyelamat First Aid Team Spill Control Team

Ketua

Ahli

Ketua

Ahli

Ketua

Ahli

Ketua

Ahli