garis panduan latihan dan pengajian pusat ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh...

28
GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT PERUBATAN UKM

Upload: others

Post on 06-Aug-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN

PUSAT PERUBATAN UKM

Page 2: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Latar Belakang 1

2 Dasar dan Objektif Latihan 1

3 Strategi Pelaksanaan 1

4 Tafsiran Tujuh (7) Hari Latihan 2

5 Terminologi 3 - 4

6 Keanggotaan Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar 5

7 Tanggungjawab Jawatankuasa 5

8 Syarat Umum Permohonan Latihan 6 - 8

9 Syarat Khas Menghadiri Latihan 8 - 11

10 Pos Basik 12

11 Mengadakan Latihan 13 - 15

12 Cuti Sabatikal 16

13 Pengajian 17

14 Syarat Permohonan Pengajian 17 - 23

15 Tafsiran 23

16 Penutup 23

17 Editorial 24

Page 3: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

1. LATAR BELAKANG

Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah memberi penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.

2. DASAR DAN OBJEKTIF LATIHAN

2.1 Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar

Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut:

2.1.1. menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi. 2.1.2. mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi. 2.1.3. meningkatkan kompetensi dan produktiviti. 2.1.4. membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif. 2.1.5. mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value–added) di dalam sektor

awam. 2.1.6. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan menggunakan strategi berikut:

3.1. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-

kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan.

3.2. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing- masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari atau 42 jam setahun.

3.3. Penubuhan Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam bagi pelaksanaan di peringkat pusat.

3.4. Penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

Kementerian / Ketua Jabatan bagi pelaksanaan di peringkat Kementerian / Jabatan.

1

Page 4: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

4. TAFSIRAN TUJUH (7) HARI LATIHAN

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 “Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam”, penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari atau 42 jam dalam setahun. Program latihan boleh dikategorikan seperti berikut:

4.1. Latihan

Kursus

Seminar

Konvensyen

Bengkel

Forum

Simposium

Kolokium

Lawatan (Sambil Belajar / Rasmi / Korporat)

4.2. Sesi Pembelajaran

Sesi pembelajaran peringkat jabatan seperti Continuous Medical Education (CME) ,

Continuous Medical Assistant Education (CMAE) dan Continuous Nursing Education (CNE)

Perhimpunan bulanan

Program penerapan nilai-nilai murni seperti ceramah dan tazkirah

Program khas yang mengandungi ceramah, forum dan ucapan

Pembentangan kertas kerja di persidangan, bengkel, simposium dan Konvensyen

Menyampaikan ceramah di dalam kursus / bengkel (pengembangan ilmu)

4.3. Pengiraan tujuh (7) hari atau 42 jam berkursus dalam setahun adalah seperti berikut:

4.3.1. Harian (tidak bermalam) - 6 jam sehari

4.3.2. Setengah hari (pagi) - 4 jam 4.3.3. Setengah hari (petang) - 2 jam 4.3.4. Bermalam - 8 jam sehari

2

Page 5: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

5. TERMINOLOGI

5.1. Latihan ialah proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan

menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti persidangan, kursus pendek, seminar, bengkel dan lawatan sambil belajar, kursus panjang dan pos basik.

5.2. Persidangan ialah seminar, kongres, simposium, forum, kolokium, wacana, ceramah dan mesyuarat /

perjumpaan (Persidangan Tahunan Persatuan Badan Profesional).

5.3. Kursus Pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah program sangkutan (attachment) lawatan sambil belajar, bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga (3) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

5.4. Kursus Panjang ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan sehingga 12

bulan termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.

5.5. Lulus Dengan Biaya ialah permohonan latihan yang diluluskan samada sepenuhnya atau

sebahagian oleh Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar (JKLCB) PPUKM dengan bantuan PPUKM meliputi yuran pendaftaran, elaun makan, elaun penginapan dan elaun perjalanan (tiket kapal terbang atau tiket bas sahaja). Tuntutan elaun pakaian panas dan pasport tidak akan menggunakan peruntukan menghadiri latihan PPUKM.

5.6. Lulus Tanpa Biaya ialah permohonan yang diluluskan oleh JKLCB PPUKM tanpa pembiayaan

peruntukan latihan PPUKM dimana pembiayaan latihan adalah dibiayai sama ada sendiri, tajaan luar, geran penyelidikan dan lain-lain. Boleh menuntut elaun pakaian panas dan pasport.

5.7 Tahun Fiskal ialah jangka waktu selama dua belas bulan berturut-turut bermula 1 Januari – 31 Disember setiap tahun.

5.8 Buku Ilmiah ialah karya ilmiah yang berkaitan dengan bidang tertentu dan tersusun dalam bentuk buku oleh sebuah penerbit buku umum untuk dijual secara komersial di pasaran.

5.9 Pos Basik ialah kursus sepenuh masa termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am yang

tempohnya enam (6) bulan atau 12 bulan yang melibatkan anggota paramedik.

5.10 Cuti Sabatikal ialah salah satu daripada Program Pembangunan Tenaga Manusia bagi staf akademik bertujuan memberi kemudahan bagi staf akademik menambah dan meluaskan pengalaman mereka supaya dapat menjalankan tugas pengajaran dan penyelidikan yang lebih berkesan.

5.11 Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa ialah seseorang staf pengurusan dan profesional dan staf akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta biasiswa UKM, SLAB, SLAI atau badan-badan luar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

5.12 Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa ialah seseorang staf pengurusan dan profesional dan

3

Page 6: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

staf akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta tanpa biasiswa setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

5.13 Cuti Belajar Separuh Gaji ialah seseorang staf sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan

pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar separuh gaji termasuk elaun tetap Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (yang diterima sebelum memulakan kursus) semasa mengikuti kursus.

5.14 Cuti Belajar Tanpa Gaji ialah seseorang staf sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian

secara sepenuh masa dan tidak dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuh isyarat-syarat yang ditetapkan.

5.15 Cuti Belajar Separuh Masa ialah seseorang staf yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian

secara jarak jauh dan dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4

Page 7: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

6. KEANGGOTAAN JAWATANKUASA LATIHAN DAN CUTI BELAJAR

6.1 Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar Pusat Perubatan UKM (JKLCB PPUKM)

Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah ( Perkhidmatan Klinikal dan Sumber Manusia ) - Pengerusi

Ketua Pegawai Operasi - Timbalan Pengerusi I

Pengurus Kanan Kampus Cheras - Timbalan Pengerusi II

Ketua Jabatan Kewangan

Ketua Jabatan Sumber Manusia

Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia - Setiausaha

6.2 Staf yang menguruskan urusan permohonan menghadiri latihan anjuran pihak luar dan cuti belajar bagi Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz bertindak sebagai urusetia JKLCB PPUKM.

7. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1. Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan yang berbentuk persidangan, kursus

pendek dan kursus panjang.

7.2. Menimbang, memperakukan dan meluluskan permohonan untuk mengikuti pengajian yang berbentuk cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa kesemasa.

7.3. Menentukan bahawa segala peruntukan yang diguna pakai bagi maksud perkiraan dan pembayaran

elaun-elaun dan lain-lain bayaran selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

7.4. Menentukan bahawa segala perbelanjaan kursus atau pengajian adalah mematuhi dasar dan

peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

7.5. Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan anjuran luar atau pengajian

hendaklah tertakluk kepada kesesuaian dengan tugas staf.

7.6. Memantau dan menerima laporan pelaksanaan aktiviti latihan termasuk kedudukan kewangan latihan.

5

Page 8: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

8. SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN LATIHAN

8.1. Staf bertaraf tetap dan telah / belum disahkan dalam perkhidmatan / kontrak / sementara boleh

dipertimbangkan untuk mengikuti persidangan, kursus pendek dan kursus panjang dalam dan luar Negara. 8.2. Kelulusan bagi staf bertaraf tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan / sementara / kontrak adalah

tertakluk kepada JKLCB PPUKM.

8.3. Mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat, tetapi mempunyai justifikasi yang diperakukan /

disokong oleh Ketua Jabatan, hendaklah dibawa oleh JKLCB PPUKM ke Mesyuarat Pengurusan PPUKM untuk pertimbangan dan kelulusan.

8.4. Permohonan menghadiri latihan hendaklah disampaikan kepada urus setia melalui eSPeL dalam tempoh

8 minggu (luar negara) dan 5 minggu (dalam negara) sebelum tarikh latihan bermula keBahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia

8.5. Permohonan yang diterima lewat seperti perkara 8.4 atau permohonan yang diterima selepas dari tarikh

latihan dijalankan, kelulusan hanya diberikan di bawah kategori LULUS TANPA BIAYA.

8.6. Kekerapan dan jumlah maksimum untuk menghadiri latihan di dalam negara dan luar negara dengan

biaya adalah seperti berikut:

8.7. Kehadiran ke Mesyuarat Fakulti Perubatan akan turut diambil kira sebagai salah satu syarat bagi jawatankuasa mempertimbangkan kelulusan permohonan staf akademik untuk menghadiri latihan.

8.8. Kehadiran persidangan dan kursus pendek anjuran pihak luar sama ada dengan biaya atau tanpa biaya

diberi pelepasan tidak lebih dari 35 hari (staf akademik) dan 14 hari (staf bukan akademik) dalam satu tahun termasuk tempoh perjalanan pergi dan balik.

8.9. Staf yang menghadiri kursus panjang di luar negara, diberi dua (2) hari pelepasan iaitu untuk sehari

perjalanan pergi dan sehari perjalanan balik.

8.10. Bagi Staf yang menghadiri kursus pendek / persidangan sama ada di dalam atau luar negara, maka

pelepasan untuk perjalanan pergi dan balik boleh diberikan sekiranya memenuhi syarat berikut :

8.10.1 Jarak perjalanan dari ibu pejabat ke tempat latihan melebihi 4 jam perjalanan darat atau 3 jam perjalanan udara;dan

8.10.1.1 Aturcara latihan bermula sebelum pukul 9 pagi, maka pelepasan perjalanan 1 hari

diberi sehari sebelum latihan bermula. atau

BIL LATIHAN DALAM NEGARA LUAR NEGARA

Dengan Biaya Tanpa Biaya Dengan Biaya Tanpa Biaya

1 Persidangan 1 tahun 1 kali 1 tahun 2 kali 2 tahun 1 kali 1 tahun 2 kali

2 Kursus Pendek 1 tahun 1 kali 1 tahun 1 kali 2 tahun 1 kali 1 tahun 1 kali

3 Kursus Panjang 1 tahun 1 kali 1 tahun 1 kali 3 tahun 1 kali 1 tahun 1 kali

6

Page 9: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

8.10.1.2 Aturcara rasmi latihan berakhir selepas jam 6 petang, maka diberi pelepasan perjalanan 1 hari selepas latihan tamat

8.11. Staf cuti belajar sepenuh masa dengan biasiswa / tanpa biasiswa / separuh gaji / tanpa gaji dan cuti

sabatikal tidak perlu memohon kelulusan JKLCB PPUKM untuk mengikuti latihan anjuran pihak luar.

8.12. Latihan yang dipohon dengan biaya hendaklah berkaitan dengan bidang tugas hakiki staf.

8.13. Semua permohonan hendaklah:

8.13.1. Mendapat sokongan serta perakuan Ketua Jabatan / Bahagian. 8.13.2. Bagi permohonan yang mendapat tajaan luar kecuali tajaan daripada persatuan profesional,

penaja perlu mengemukakan surat tajaan kepada Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM tanpa menyatakan nama staf yang ingin ditaja. Ketua jabatan perlu menamakan staf yang berlainan bagi setiap latihan.

8.13.3. Menyertakan brosur, surat jemputan (jika ada) dan surat penajaan (jika tajaan luar), surat kelulusan penajaan luar oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM (jika tajaan luar) dan lain-lain dokumen.

8.13.4 Semua proses permohonan berkaitan dengan bayaran pendahuluan, pendaftaran dengan

pihak penganjur, Sistem e-Mohon Persidangan (U3P), tempahan tiket kapal terbang, tuntutan belanja perjalanan dan sebagainya perlu dilakukan sendiri oleh pemohon.

8.13.5 Penyediaan cek dan tuntutan belanja perjalanan – rujuk:

Unit Gaji dan Elaun, Jabatan Kewangan PPUKM - PERUNTUKAN HOSPITAL dan Unit Pengurusan Kewangan Fakulti, Jabatan Kewangan PPUKM - PERUNTUKAN FAKULTI PERUBATAN.

8.13.6 Kelulusan SPKLN – rujuk Laman E-Warga dan Pejabat Naib Canselor UKM Bangi. 8.13.7 e-Mohon Persidangan (U3P) – rujuk Laman e-Warga dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan

Instr Sistem umentasi (CRIM) UKM Bangi. 8.13.8 Tempahan tiket kapal terbang- rujuk :

Jabatan Pentadbiran Am, PPUKM - PERUNTUKAN HOSPITAL

Sistem e-Tiket - PERUNTUKAN FAKULTI PERUBATAN 8.13.9 Untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah staf digalakkan membeli sendiri tiket

penerbangan termurah dan membuat tuntutan semula kepada pihak Jabatan Kewangan. (sekiranya diberi pembiayaan)

8.13.10Tempahan tiket penerbangan juga perlu diuruskan sendiri oleh pemohon mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut :

GRED JAWATAN DALAM NEGARA LUAR NEGARA

Gred Utama/Khas A, B dan C, Gred 53 / 54 dan Gred 51 / 52 ke bawah

Kelas Ekonomi Kelas Ekonomi

*Tertakluk kepada perubahan polisi terkini yang digunapakai

7

Page 10: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

8.14. Semua staf mesti membuat laporan dalam eSPeL dalam tempoh 14 hari selepas tamat latihan.

8.15. Staf yang diberi kelulusan dengan biaya tetapi tidak hadir, dikehendaki mengemukakan penjelasan bertulis

kepada urus setia latihan melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari. Kegagalan mengemukakan penjelasan yang munasabah, boleh menyebabkan permohonan baru tidak akan dipertimbangkan.

8.16. Jabatan dikehendaki melantik staf yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras pelaksanaan dan

rekod latihan di peringkat jabatan.

9. SYARAT KHAS MENGHADIRI LATIHAN ANJURAN PIHAK LUAR

9.1. Persidangan

Bil. Syarat- syarat

Lokasi Persidangan

Dalam negara Luar negara

1. Tempoh Kelayakan

Sekali dalam setahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

Sekali dalam dua tahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

2. Pembiayaan Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM 2,000.00*

Yuran Penyertaan

Elaun Makan

Elaun Hotel

Tambang bas / teksi / tiket kapal terbang

Kehadiran latihan di sekitar Lembah Klang hanya yuran penyertaan sahaja dibiayai.

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

Had maksimum pembiayaan mengikut zon

Eropah / Amerika Syarikat – RM10,000.00*

Afrika / Amerika Latin – RM8,000.00*

Asia / Australasia – RM5,000.00*

Asean – RM3,000.00*

Ketua Jabatan bertanggungjawab menentukan agihan peruntukan mengikut kelayakan tertakluk kepada had maksimum berdasarkan zon negara yang disenaraikan meliputi

Yuran Penyertaan

Elaun Makan

Elaun Hotel

Tambang bas / teksi / tiket kapal terbang Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

8

Page 11: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

3. Kelayakan Tiada

3.1. Staf Akademik

Dua (2) artikel jurnal yang berwasit atau satu buku ilmiah yang telah diterbitkan pada tahun sebelumnya.

Mempunyai sekurang-kurangnya 1.0 mata

Permohonan yang tidak memenuhi syarat, boleh dipertimbangkan kelulusannya dengan rayuan dan sokongan daripada Ketua Jabatan.

NILAI MATA PENERBITAN

JENIS PENERBITAN

PERANAN NILAI MATA

JURNAL Penulis utama 0.5

Penulis koresponden

0.5

Penulis kedua 0.5 Penulis akhir 0.5

Lain-lain 0.1 BAB DALAM BUKU ILMIAH

Penulis 0.5

BUKU ILMIAH Penulis 1.0

3.2. Staf Bukan Akademik

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

4. Peranan Pemohon

Tiada 4.1. Staf Akademik

Lulus dengan biaya - Sebagai Pembentang / Penceramah

Lulus tanpa biaya – Sebagai Peserta / Pembentang yang tidak cukup syarat kelayakan.

5. Rujukan Kelayakan Tuntutan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005

6. Ikatan Kontrak

Staf yang diluluskan dengan pembiayaan PPUKM perlu mengadakan sesi perkongsian ilmu kursus yang dihadiri di peringkat dalaman dalam tempoh 2 bulan setelah tamat kursus. Sesi ini perlu direkodkan oleh PTJ Latihan di jabatan dan dikemukakan kepada JKLCB PPUKM setiap 6 bulan sekali.

9

Page 12: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

9.2. Kursus Pendek

Bil. Syarat-syarat Lokasi Kursus Pendek

Dalam negara Luar negara

1. Tempoh Kelayakan

Sekali dalam tempoh satu (1) tahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

Sekali dalam tempoh dua (2) tahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

2. Pembiayaan Maksimum RM10,000.00* Yuran Penyertaan

Elaun Makan

Elaun Hotel

Tambang bas / teksi; dan

Tiket Kapal Terbang

Kehadiran latihan di sekitar Lembah Klang hanya yuran penyertaan sahaja dibiayai.

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

Maksimum RM25,000.00* Yuran Penyertaan

Elaun Makan

Elaun Hotel

Tambang bas / teksi; dan

Tiket Kapal Terbang

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

3. Kelayakan Tiada syarat dikenakan Staf akademik hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan pada tahun sebelumnya

Bagi pemohon yang tiada penerbitan, permohonan dipertimbangkan lulus tanpa biaya

4. Peranan Pemohon

Tidak meletakkan syarat peranan pemohon Tidak meletakkan syarat peranan pemohon

5. Rujukan Kelayakan Tuntutan

Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005

6. Syarat Staf yang diluluskan dengan pembiayaan PPUKM perlu mengadakan sesi perkongsian ilmu kursus yang dihadiri di peringkat dalaman dalam tempoh 2 bulan setelah tamat kursus. Sesi ini perlu direkodkan oleh PTJ Latihan di jabatan dan dikemukakan kepada JKLCB PPUKM setiap 6 bulan sekali

7. Ikatan Kontrak Ikatan kontrak selama satu (1) tahun bagi semua kursus pendek dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM25,000.00

Jika melanggar kontrak perlu membayar balik kos menghadiri kursus termasuk gaji dan elaun Rujuk petikan Minit Mesyuarat Pengurusan PPUKM Bil. 41/2013 bertarikh 9 November

2013

10

Page 13: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

9.3 Kursus Panjang

Bil. Syarat-syarat Lokasi Kursus Panjang

Dalam negara Luar negara

1. Tempoh Kelayakan

Sekali dalam tempoh tiga (3) tahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

Sekali dalam tempoh tiga (3) tahun (*dengan biaya – tertakluk kepada peruntukan yang ada)

2. Pembiayaan Yuran Penyertaan / Pengajian

Elaun Sara Hidup a) RM15.00 sehari (kurang 25 km dari

ibu pejabat) b) RM25.00 sehari (lebih 25 km dari

ibu pejabat) Termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am; dan

Satu (1) kali perjalanan pergi dan balik (berserta bukti)

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

Maksimum RM60,000.00* meliputi Yuran Penyertaan / Pengajian

Elaun Sara Hidup

Tambang perjalanan sekali awal dan sekali akhir kursus

Elaun Pakaian Panas

Insurans Kesihatan sekiranya diwajibkan

Tertakluk kepada kelulusan JKLCB PPUKM

3. Kelayakan Staf akademik hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan pada tahun sebelumnya

4. Peranan Pemohon

Mengemukakan perancangan pengajian sebelum berkursus

Mengemukakan laporan penilaian daripada penyelia di tempat kursus dalam tempoh 14 hari selepas tamat kursus

Mengemukakan perancangan pengajian sebelum berkursus

Mengemukakan laporan penilaian daripada penyelia di tempat kursus dalam tempoh 14 hari selepas tamat kursus

5. Rujukan Kelayakan Tuntutan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005 Pekeliling Perbendaharaan Bil.3/2005

6. Ikatan Kontrak 6.1. Tempoh tiga (3) bulan hingga 12 bulan dengan pembiayaan Universiti

Tiga (3) tahun kursus profesional

Dua (2) tahun kursus bukan profesional

Ganti rugi sebanyak RM40,00.00 atau kos sebenar termasuk gaji dan elaun (yang mana lebih tinggi)

6.2. Tempoh tiga (3) bulan hingga 12 bulan tanpa pembiayaan Universiti / Pembiayaan luar

Dua (2) tahun kursus profesional

Satu (1) tahun kursus bukan profesional

Ganti rugi sebanyak RM25,000.00 atau jumlah gaji dan elaun semasa tempoh kursus (yang mana lebih tinggi)

6.1. Tempoh tiga (3) bulan hingga 12 bulan dengan pembiayaan Universiti

Tiga (3) tahun kursus profesional

Dua (2) tahun kursus bukan profesional

Ganti rugi adalah kos sebenar termasuk gaji dan elaun.

6.2. Tempoh tiga (3) bulan hingga 12 bulan tanpa pembiayaan Universiti / Pembiayaan luar

Dua (2) tahun kursus profesional

Satu (1) tahun kursus bukan profesional

Ganti rugi adalah jumlah gaji dan elaun semasa tempoh kursus.

11

Page 14: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

10. POS BASIK

Kursus sepenuh masa termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am yang tempohnya enam (6) bulan atau 12 bulan yang melibatkan anggota paramedik seperti jururawat, ahli farmasi dan pembantu perubatan.

10.7 Syarat-syarat menghadiri kursus pos basik

10.7.1. Staf paramedik bertaraf tetap dan telah disahkan jawatan boleh dipertimbangkan untuk

mengikuti kursus pos basik. 10.7.2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. 10.7.3. Telah mengikuti latihan sangkutan selama enam (6) bulan dalam bidang berkaitan. 10.7.4. Memenuhi kehadiran latihan sebanyak 42 jam (7 hari) pada tahun sebelumnya. 10.7.5. Memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang-kurangnya 85%

dan markah sahsiah sekurang-kurangnya 85% purata bagi tiga (3) tahun kebelakang. 10.7.6. Mendapat sokongan Penyelia dan perakuan Ketua Jabatan.

10.8 Kemudahan / Kelayakan

10.8.1. Menerima kemudahan gaji (termasuk kenaikan gaji tahunan, imbuhan-imbuhan tetap

dan elaun kritikal). 10.8.2. Elaun Sara Hidup sebanyak RM25.00 sehari bagi tempat latihan melebihi 25

kilometer dari ibu pejabat. 10.8.3. Elaun Sara Hidup sebanyak RM15.00 sehari bagi tempat latihan kurang daripada

25 kilometer dari ibu pejabat. 10.8.4. Elaun perjalanan satu (1) kali perjalanan pergi dan balik (berkuatkuasa mulai 18 Ogos

2015)

10.9 Ikatan Kontrak

10.9.1. Tempoh ikatan kontrak selama tiga (3) tahun dengan ganti rugi sebanyak RM40,000.00 atau kos sebenar yang mana lebih tinggi bagi tempoh kursus enam (6) bulan dan dua belas (12) bulan.

12

Page 15: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

11. MENGADAKAN LATIHAN

11.1 Anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPmSM) JSM

11.1.1. Definisi – Latihan wajib staf lantikan tetap di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang merangkumi Kursus Program Transformasi Minda (sebelum ini dikenali sebagai Kursus Induksi) dan semua jenis latihan anjuran BPmSM yang dirancang sepanjang tahun semasa dan diadakan khusus untuk staf PPUKM, UKM dan Kampus Kuala Lumpur.

11.1.2. Jenis Kursus

Kerjaya

Kemahiran

Pembangunan Diri

Kualiti

Kewangan

Kesihatan

Bahasa

Komputer

Pentadbiran

Penyelidikan

Sains & teknologi

Coaching & mentoring

Teknologi maklumat

Pengajaran & pembelajaran

Hal ehwal Islam

Pemantapan akademik

Lain-lain (Latihan wajib dan yang berkaitan)

11.1.3. Kategori / Lokasi

Harian (dalam dan luar)

Bermalam (luar)

Setengah hari (dalam)

11.1.4. Kaedah / Tawaran

Dalam talian (e-Spel)

Tawaran oleh BPmSM

11.1.5. Proses Permohonan / Tawaran

11.1.5.1. Keputusan permohonan latihan akan dimaklumkan melalui eSPeL. 11.1.5.2. Staf yang ditawarkan mesti mengesahkan KEHADIRAN sama ada HADIR

atau TIDAK HADIR dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi latihan di luar PPUKM, calon perlu membuat pengesahan selewat- lewatnya 7 hari bekerja sebelum latihan dijalankan.

13

Page 16: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

11.1.5.3. Staf yang menjawab HADIR, perlu memastikan;

kehadiran sepanjang kursus

sekiranya staf gagal hadir melebihi 10 jam (harian) / 15 jam (bermalam), staf MESTI mengemukakan surat pelepasan daripada Ketua Jabatan atau sijil cuti sakit atau apa-apa dokumen sokongan yang rasmi dalam tempoh 10 hari selepas kursus berlangsung, jika tiada akan dianggap tidak hadir.

staf yang menjawab HADIR tetapi TIDAK HADIR tanpa sebab yang

munasabah serta staf yang HADIR tetapi gagal memenuhi sekurang-

kurangnya 80% daripada tempoh kursus dengan alasan yang tidak

munasabah akan dikenakan PENALTI seperti berikut :

Tempoh Kursus Jumlah Penalti Yang Dikenakan

Harian (dalam PPUKM) RM50

Bermalam (luar PPUKM) RM100

*(tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan)

11.1.5.4. Peraturan ini tidak melibatkan kursus yang DITAWARKAN iaitu Kursus

Program Transformasi Minda atau mana-mana latihan yang diwajibkan oleh PPUKM kepada staf.

11.2. Anjuran Jabatan

11.2.1. Kadar peruntukan pakej dalam menganjurkan latihan adalah seperti berikut:

Bil Tempoh Kursus Peruntukan

1. Harian (dalam PPUKM) 1.1. Mengikut kadar jamuan seminar / bengkel / kursus yang ditetapkan oleh PPUKM.

1.2. Rujuk surat pekeliling Jabatan Kewangan

2. Harian (luar PPUKM) 2.1. Tidak melebihi RM100.00 seorang sehari

3. Bermalam (luar PPUKM) 3.1. RM150.00 seorang sehari bagi gred 1- 40 3.2. RM170.00 seorang sehari bagi gred 41- 44 3.3. RM190.00 seorang sehari bagi gred 45 - 52 3.4. RM250.00 seorang sehari bagi gred 53 dan ke atas

11.2.2. Jabatan boleh menganjur ceramah / taklimat / bengkel di peringkat jabatan dan menggunakan peruntukan keraian jabatan dengan kelulusan JKLCB PPUKM terhad kepada maksimum 25% daripada peruntukan tahunan keraian jabatan.

11.2.3. Penarikan balik sebahagian peruntukan latihan kepada jabatan akan dibuat oleh JKLCB, sekiranya tidak mencapai sasaran pelaksanaan yang telah dirancangkan. Pemantauan akan dibuat setiap tiga (3) bulan.

11.3. Lokasi Penganjuran

Lokasi program adalah tidak melebihi empat (4) jam melalui pengangkutan darat.

14

Page 17: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

11.4. Rekod Latihan

Kehadiran peserta perlu direkod di dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL) oleh pentadbir eSPeL jabatan yang dilantik.

11.5. Laporan Mengadakan Latihan

Jabatan perlu mengemukakan laporan penganjuran latihan yang telah dilaksanakan melalui sistem e- latihan dalam tempoh 14 hari selepas program.

11.6. Kelulusan Peruntukan

Jumlah peruntukan ditentukan oleh JKLCB pada awal tahun dan merangkumi perkara-perkara berikut sahaja:

11.6.1. Pakej penginapan dan makan / minum (mengikut kadar kelayakan peserta seperti mana yang ditetapkan).

11.6.2. Bayaran penceramah / fasilitator (bayaran mengikut kadar yang dipersetujui tetapi tidak melebihi kadar Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005).

11.6.3. Bayaran khidmat perunding / konsultan (tertakluk kepada pengisian yang ditentukan oleh jabatan). 11.6.4. Sijil penyertaan (jika ada). 11.6.5. Sewa dewan (jika bilangan peserta kurang daripada 30 orang).

11.7. Sanggar kerja

11.7.1. Aktiviti untuk memantapkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan jabatan. 11.7.2. Diadakan di luar PPUKM. 11.7.3. Tempoh sanggar kerja tidak melebihi tiga (3) hari dan dua (2) malam. 12.3.4 Aktiviti mengadakan sanggar kerja ini tertakluk kedudukan kewangan tahunan semasa.

11.8. Kandungan Program

11.8.1. Kandungan program yang perlu dibincangkan di dalam program sanggar kerja adalah

seperti berikut :

11.8.1.1. Masalah yang dihadapi dalam melaksanakan perkhidmatan jabatan.

11.8.1.2. Pencapaian prestasi jabatan untuk tahun sebelumnya. 11.8.1.3. Pencapaian (key performance indicator) KPI untuk tahun semasa. 11.8.1.4. Pelan strategik yang merangkumi perancangan jabatan daripada aspek, sumber

manusia, kewangan, pembangunan fizikal, proses dan arahan kerja dan selaras dengan citra dan pelan transformasi universiti.

11.8.1.5. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti peringkat jabatan. 11.8.1.6. Aktiviti motivasi dan pengukuhan kerja berpasukan boleh juga diadakan.

11.9. Penyertaan Sanggar Kerja

11.9.1. Peringkat pengurusan jabatan / ahli-ahli Pengurusan PPUKM

11.9.2. Ketua-ketua unit 11.9.3. Penyelia staf 11.9.4. Staf sokongan terlibat secara langsung dalam memberi input dalam perancangan / perkhidmatan

jabatan.

15

Page 18: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

12. CUTI SABATIKAL

Tujuan atau matlamat sebenar cuti sabatikal adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang mereka. Ini selari dengan perkembangan ilmu yang sentiasa berkembang. Bagi mencapai matlamat ini pegawai dibenarkan menjalani cuti sabatikal untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

penyelidikan

pengajian iaitu merangkumi kursus, latihan dan menyelesaikan pengajian PhD

lawatan akademik dan saintifik yang berkaitan dengan bidang pengkhususan / kepakaran pegawai

penulisan buku karya asal dengan syarat pegawai hanya menulis satu buku sahaja dalam tempoh cuti sabatikal yang diluluskan. Kebenaran yang diberikan adalah hanya untuk menyudahkan penulisan sahaja. Bukan di peringkat permulaan penulisan.

mengajar di Universiti yang terkemuka di luar negeri.

12.1. Syarat Cuti Sabatikal

12.1.1. Warganegara Malaysia 12.1.2. Staf akademik dalam jawatan tetap 12.1.3. Tempoh perkhidmatan:

Tiga (3) tahun > kelayakan cuti sabatikal 5 bulan

Lima (5) tahun > kelayakan cuti sabatikal 9 bulan 12.1.4. Keutamaan cuti sabatikal adalah kepada mereka yang mempunyai ijazah Doktor

Falsafah / ijazah Doktor Pakar dan telah berkhidmat 5 tahun

12.2. Panduan Permohonan Cuti Sabatikal

10.2.1. Memenuhi syarat cuti sabatikal 10.2.2. Sediakan perancangan 10.2.3. Dapatkan persetujuan tempat penyelidikan atau sangkutan 10.2.4. Kemukakan ke Sekretariat Pentadbiran Fakulti Perubatan:

borang cuti sabatikal yang telah lengkap perlu sampai 8 bulan sebelum tarikh cuti sabatikal

bermula

perancangan program sabatikal

surat tawaran sangkutan (sekiranya mengikuti program sangkutan) 10.2.5. Permohonan yang telah diperakukan oleh JKLCB PPUKM akan dipanjangkan ke

Jawatankuasa Cuti Belajar, UKM bagi mendapatkan kelulusan.

# maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM Bangi

16

Page 19: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

13. PENGAJIAN

13.1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa ialah seseorang staf pengurusan dan profesional

dan staf akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta biasiswa UKM, SLAB, SLAI atau badan-badan luar setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

13.2. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa ialah seseorang staf pengurusan dan profesional dan

staf akademik yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar gaji penuh dan elaun-elaun yang berkaitan serta tanpa biasiswa setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

13.3. Cuti Belajar Separuh Gaji ialah seseorang staf sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan

pengajian secara sepenuh masa dengan dibayar separuh gaji termasuk elaun tetap Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (yang diterima sebelum memulakan kursus) semasa mengikuti kursus. Gaji terakhir yang dibayar tidak termasuk elaun-elaun memangku dan Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kritikal (BIPK) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

13.4. Cuti Belajar Tanpa Gaji ialah seseorang staf sokongan yang diluluskan untuk melanjutkan

pengajian secara sepenuh masa dan tidak dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuh isyarat-syarat yang ditetapkan.

13.5. Cuti Belajar Separuh Masa ialah seseorang staf yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian

secara jarak jauh dan dibayar gaji serta elaun-elaun tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

14. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENGAJIAN

14.1. Cuti Belajar Sepenuh Masa Dengan Biasiswa

14.1.1. Nama dimasukkan dalam perancangan cuti belajar pada tahun berkenaan kecuali bagi

calon-calon yang mendapat penajaan luar atau membiayai sendiri pengajian atau atas persetujuan Jawatankuasa Cuti Belajar.

14.1.2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi program sarjana dan 40 tahun bagi program doktor falsafah semasa memulakan cuti belajar.

14.1.3. Warganegara Malaysia. 14.1.4. Bertaraf bumiputera bagi calon biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)

sahaja. Calon bukan bumiputera adalah layak dipertimbangkan memohon Skim Latihan Akademik (SLAI), UKM atau Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

14.1.5. Mempunyai perwatakan yang sesuai, berpengetahuan luas, berminat menentukan kejayaan dalam pengajian dan berpotensi memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

14.1.6. Telah disahkan ke dalam perkhidmatan kecuali pensyarah pelatih dan tutor. 14.1.7. Staf hendaklah memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang- kurang

85% dan markah sahsiah sekurang-kurangnya 85% purata untuk tempoh dua (2) tahun ke belakang.

17

Page 20: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

14.1.8. Tiada ikatan perjanjian dengan mana-mana pihak kecuali kerajaan. Calon-calon yang masih ada ikatan kontrak hendaklah memohon pemindahan kontrak terlebih dahulu. Kemukakan salinan surat pelepasan / pemindahan kontrak dengan penaja / Institut dahulu, jika berkaitan.

14.1.9. Bebas daripada tindakan mahkamah atau pertuduhan tatatertib. 14.1.10. Mempunyai ijazah sarjanamuda dengan kepujian yang baik iaitu PNGK (CGPA) 3.0 atau

kelas kedua atas dan diiktiraf yang setaraf dengannya dan ijazah sarjana yang baik (program sub bidang perubatan dikecualikan).

14.1.11. Calon yang akan mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah di IPTA tempatan tidak dibenarkan menjalankan pengajian di fakulti dan universiti yang sama dengan tempat bertugas, kecuali dengan kelulusan khas universiti atas sebab-sebab berikut:

14.1.11.1. badan program pengajian tidak ditawarkan di Institut lain dalam Negara. 14.1.11.2. kajian perlu dijalankan di UKM bagi tujuan pengembangan bidang di fakulti

berkenaan. 14.1.12. Calon tidak digalakkan mempunyai kesemua peringkat ijazah dari luar negara. Bagi

calon-calon yang telah memperoleh ijazah sarjana dari IPT luar negara, dinasihatkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam negara pula bagi mendapatkan pendedahan pengajian dalam negara disamping memberi peluang kepada calon-calon lain untuk mendapat peluang pengajian di luar negara.

14.1.13. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan menurut format yang ditetapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM. Kertas kerja hendaklah ditulis dalam:

14.1.13.1. Bahasa Inggeris bagi cuti belajar luar negara dan IPTA yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar; dan

14.1.13.2. Bahasa Melayu bagi cuti belajar di IPTA tempatan. 14.1.14. Menerima surat tawaran terkini yang menyatakan nama program, tarikh mula dan tempoh

pengajian dari universiti terkemuka atau yang mempunyai rating yang tinggi mengikut bidang masing-masing (calon ke luar negara). Permohonan bagi program sub bidang perubatan adalah dikecualikan daripada peraturan ini.

14.1.15. Mendapat tawaran tempat pengajian tanpa prasyarat tambahan pihak Institusi mengehendaki calon mengikuti Kursus Khas Bahasa sebelum memasuki peringkat pengajian sebenar, maka pihak KPT dan Universiti tidak akan menaja kursus berkenaan.

14.1.16. Penyelia bagi program sarjana tesis atau doktor falsafah hendaklah mempunyai ijazah doktor falsafah.

14.1.17. Syarat penguasaan Bahasa Inggeris: 14.1.17.1. mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada

TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian luar negara dan dalam negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Skor minimum ini juga tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh pihak universiti yang menawarkan kursus tersebut, mana yang lebih tinggi.

14.1.17.2. bagi pencalonan ke universiti luar negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, skor minimum TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS 5.0.

14.1.17.3. Syarat ini juga digunapakai bagi calon ke universiti luar negara yang menjalankan program di negara ini sama ada cawangannya atau program berkembar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

18

Page 21: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

14.1.17.4. pengecualian syarat ini pula boleh diberikan kepada calon-calon yang mempunyai ijazah pertama atau sarjana dari luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan syarat ia tidak melebihi daripada tiga (3) tahun dari tarikh dianugerahkan ijazah tersebut.

14.1.17.5. pengecualian juga boleh diberikan kepada calon-calon yang masih belajar di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

14.1.17.6. keputusan ujian Bahasa Inggeris boleh digunapakai bagi tempoh dua (2) tahun sahaja dari tarikh ia dikeluarkan untuk tujuan permohonan hadiah latihan ini.

14.2. Syarat Dalam Negara:

14.2.1. Mulai tahun 2006, semua calon mesti memenuhi syarat Bahasa Inggeris dengan

skor minimum IELTS 5.0 atau TOEFL 480 (paper based) atau 140 (computer based).

14.2.2. Pengecualian (tidak termasuk program split) : 14.2.2.1. semasa mengikut pengajian di peringkat ijazah pertama, bahasa pengantar

bagi keseluruhan kursusnya menggunakan Bahasa Inggeris. 14.2.2.2. mempunyai kelayakan ijazah sarjana dari universiti luar Negara yang

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 14.2.2.3. calon mengikuti pengajian dalam bidang bahasa.

14.2.3. Lulus dengan jayanya Kursus Kaedah Penyelidikan (kecuali bagi program Sarjana Perubatan empat (4) tahun UKM dan program sub bidang perubatan).

14.2.4. Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri atau lain-lain kursus yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi calon cuti belajar luar negara. Keputusan boleh digunapakai dalam tempoh tiga (3) tahun sahaja.

14.2.5. Bertanggungjawab untuk menjaga nama baik kerajaan, negara dan universiti di sepanjang pengajian. Sehubungan ini peraturan-peraturan berikut harus dipatuhi:

14.2.5.1. tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan apa- apakegiatan yang mencemarkan nama baik kerajaan, negara dan universiti.

14.2.5.2. tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh kerajaan / universiti tidak selaras dengan kepentingan pegawai atau kepentingan kerajaan / universiti.

14.2.5.3. Tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari kerajaan / universiti dan kerajaan / universiti, mengikut budi bicara mutlak, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu.

14.2.5.4. sekiranya pelajar berkenaan didapati masih melakukan perkara-perkara di para (16.2.5.2) dan (16.2.5.3) di atas tanpa mendapat kebenaran Kerajaan Pusat dan UKM, maka kerajaan / UKM berhak menarik tawaran hadiah latihan tersebut dan tindakan tatatertib akan diambil.

19

Page 22: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

14.3 Cuti Belajar Sepenuh Masa Tanpa Biasiswa

14.3.1 Pegawai hendaklah berada dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan dalam

perkhidmatan. 14.3.2 Pegawai telah mendapat tempat di universiti / institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti

kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan kerajaan. 14.3.3 Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang

berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti. 14.3.4 Tidak dapat memenuhi syarat pemberian biasiswa atau faktor umur. 14.3.5 Syarat-syarat lain adalah seperti yang digunapakai untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh

Dengan Biasiswa.

14.4 Cuti Belajar Separuh Gaji

14.4.1 Jenis kursus yang akan diikuti hendaklah pada peringkat diploma atau ijazah pertama

atau sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang diperlukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk universiti) atau perkhidmatan pegawai secara amnya dan bersesuaian dengan kelayakan asas yang dimiliki. Jenis kursus yang sesuai bagi maksud ini, bilangan pegawai yang boleh diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji pada satu-satu tahun dan tempoh yang diluluskan bagi seseorang pegawai adalah atas budi bicara Jawatankuasa Cuti Belajar dan Biasiswa UKM yang akan mempertimbangkan permohonan pegawai berkenaan dengan mengambil kira perakuan Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM.

14.4.2 Pegawai hendaklah berada di dalam perkhidmatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan.

14.4.3 Pegawai telah berkhidmat tidak kurang dari 10 tahun dengan UKM dan lima (5) tahun bagi Jururawat di HUKM.

14.4.4 Pegawai hendaklah mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi tahunan (LNP) melebihi 85% dan markah sahsiah sekurang-kurangnya 85% purata bagi dua (2) tahun kebelakangan dan Laporan Prestasi Khas (jika ada) yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

14.4.5 Pegawai telah pun mendapat tempat di universiti / institusi yang diiktiraf dan akan mengikuti kursus yang diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan kerajaan.

14.4.6 Pegawai hendaklah mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh staf sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa dari agensi yang menawarkan kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di UKM, akan diberi pengecualian yuran.

14.4.7 Pegawai hendaklah belum mencapai umur 40 tahun dari tarikh memulakan pengajian. 14.4.8 Ketua Jabatan bersedia melepaskan pegawai mengikuti pengajian. 14.4.9 Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan kerajaan atau universiti,

atau jika terikat telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian.

14.5 Cuti Belajar Tanpa Gaji

14.5.1 Pegawai dalam kumpulan sokongan boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan

Cuti Belajar Tanpa Gaji untuk mengikuti pengajian pada peringkat sijil, diploma atau

20

Page 23: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

ijazah pertama atau sarjana di dalam atau di luar negara.

14.5.2 Pegawai universiti yang tidak layak mendapat Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa atau Separuh Gaji juga boleh dipertimbangkan Cuti Belajar Tanpa Gaji. Peraturan mengenai Cuti Belajar Tanpa Gaji pada waktu ini adalah meliputi pegawai kumpulan sokongan.

14.5.3 Telah berkhidmat terus menerus tidak kurang daripada tiga (3) tahun selepas tarikh lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatannya.

14.5.4 Telah menunjukkan prestasi kerja yang baik. LNP dan markah sahsiah sekurang- kurangnya 85% purata untuk tempoh dua (2) tahun ke belakang

14.5.5 Ketua Jabatan memperakukan dan bersedia melepaskan pegawai mengikuti kursus.

14.5.6 Mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dengannya. 14.5.7 Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun membuat permohonan. 14.5.8 Belum pernah diluluskan sebarang cuti belajar. 14.5.9 Hendaklah mengikuti pengajian secara sepenuh masa dalam bidang yang berkaitan

dengan keperluan perkhidmatan dan diiktiraf oleh kerajaan. 14.5.10 Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai dirinya dan juga keluarga jika

mereka ikut bersama (bagi pengajian luar negara) kerana urusan mendapatkan bantuan kewangan atau biasiswa untuk tujuan mengikuti pengajian perlu diuruskan oleh staf sendiri dengan cara memohon bantuan kewangan atau biasiswa dari agensi yang menawarkan kemudahan tersebut.

14.5.11 Telah mendapat tempat di universiti / institusi (atas daya usaha sendiri). 14.5.12 Pegawai bebas daripada ikatan perjanjian berkhidmat dengan kerajaan, atau jika terikat

telah mendapat kelulusan penggantungan perjanjian.

14.6 Cuti Belajar Separuh Masa

14.6.1 Pegawai pentadbiran / sokongan dan staf akademik yang sedang bertugas boleh

dipertimbangkan untuk permohonan pengajian secara separuh masa / Pengajian Jarak Jauh di UKM atau mana-mana IPTA tertakluk tidak menjejaskan tugasannya.

14.6.2 Telah disahkan dalam perkhidmatan. 14.6.3 Bidang pengajian perlu berkaitan dengan bidang tugas. 14.6.4 Laporan Nilaian Prestasi (LNP) dan markah sahsiah sekurang-kurangnya 85% purata

untuk tempoh dua (2) tahun ke belakang. 14.6.5 Pegawai pentadbiran dan staf sokongan boleh dipertimbangkan untuk mengikuti

program pengajian secara separuh masa / Pengajian Jarak Jauh dengan pengecualian yuran di UKM berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

14.6.5.1 telah disahkan dalam perkhidmatan; 14.6.5.2 disokong oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah

PPUKM; 14.6.5.3 mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi (LNP) sekurang- kurang 85%

dan markah sahsiah sekurang-kurangnya 85% purata untuk tempoh dua (2) tahun ke belakang;

14.6.5.4 pengajian tidak boleh dibuat di mana pegawai ditempatkan (kecuali dengan kelulusan khas Pengerusi Jawatankuasa Cuti Belajar);

14.6.5.5 keutamaan peluang belajar secara separuh masa akan diberikan kepada pegawai yang tidak pernah mendapat kemudahan cuti belajar

21

Page 24: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

14.6.5.6 had masa belajar yang diluluskan adalah had minimum peraturan jangkamasa sesuatu program pengajian secara separuh masa yang berkenaan boleh ditamatkan

14.6.5.6.1 Sarjana – empat (4) semester

14.6.5.6.2 Doktor Falsafah – lapan (8) semester

14.6.5.6.3 Sarjana muda (PJJ) – tujuh (7) semester 14.6.6 Staf akademik boleh dipertimbangkan mengikuti pengajian secara separuh masa

dengan pengecualian yuran berasaskan syarat-syarat seperti berikut: 14.6.6.1 telah disahkan dalam perkhidmatan; 14.6.6.2 disokong oleh Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah

PPUKM; 14.6.6.3 belum pernah diberikan sebarang kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Dengan Biasiswa dalam program yang sama; 14.6.6.4 had masa belajar yang diluluskan adalah had masa minimum peraturan

jangka masa sesuatu program pengajian yang berkenaan boleh ditamatkan:

14.6.6.4.1 Sarjana – empat (4) semester

14.6.6.4.2 Doktor Falsafah – lapan (8) semester 14.6.7 Pegawai pentadbiran dan sokongan serta staf akademik boleh dibenarkan mengikuti

pengajian di IPTA luar tertakluk kepada kriteria dalam perkara 14.6.5 dan 14.6.6. Walau bagaimanapun dalam keadaan ini, pegawai tidak akan diberikan pengecualian yuran.

14.6.8 Penentuan kriteria ini bukanlah bermakna universiti menyekat peluang dan kemudahan staf, sebaliknya dijadikan sebagai alat kawalan dan panduan agar pemohon lebih bertanggungjawab terhadap peluang dan kesempatan yang diberikan, kerana secara tidak langsung, UKM terpaksa menanggung kos pengajian pelajar, di samping kos kerugian masa pejabat.

14.6.9 Pegawai yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, masih boleh diberikan kemudahan pelepasan mengikuti pengajian secara separuh masa / Pengajian Jarak Jauh di UKM dengan tanpa pengecualian yuran, sama seperti kemudahan yang diberikan kepada staf yang memilih untuk melanjutkan pengajian di luar UKM.

14.6.10 Pelepasan hanya diberikan maksimum enam (6) jam seminggu untuk menghadiri kuliah dan jumlah masa ini perlu digantikan semula dengan tambahan masa bekerja dengan jumlah jam yang sama. Pegawai yang diluluskan perlu memaklumkan kepada Ketua Bahagian masing-masing jadual kuliah / pertemuan yang tetap untuk rekod jabatan dan jadual penggantian masa pejabat.

14.6.11 Tempoh Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat tidak melebihi 30 hari setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu dihadiri melebihi 30 hari, staf perlu menggunakan baki cuti rehat yang masih ada atau memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut.

14.6.12 Ikatan kontrak selama tiga (3) tahun dengan ganti rugi sebanyak RM30,000.00 kepada Jururawat PPUKM yang mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian anjuran UKM. (Petikan Minit Mesyuarat Majlis Hospital UKM bil. 2/2011 bertarikh 4 Mei 2011).

14.6.13 Jumlah ikatan tersebut mengambil kira enam (6) jam seminggu yang dibenarkan tanpa perlu diganti dan yuran yang dibiayai oleh Universiti bagi calon yang mengikuti program

22

Page 25: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

pengajian berkenaan. (Petikan Minit Mesyuarat Majlis Hospital UKM bil.1/2011 bertarikh 19 Januari 2011).

14.6.14 Jururawat PPUKM yang mengikuti Program Pengajian Sarjana Kejururawatan Anjuran UKM secara separuh masa dikenakan ikatan kontrak selama tiga (3) tahun dengan ganti rugi sebanyak RM35,000.00. (Petikan Minit Mesyuarat Pengurusan Pusat Perubatan UKM bil. 30/2013 bertarikh 6 Ogos 2013)

14.6.15 Cuti Tanpa Rekod 30 hari dalam tempoh satu tahun pengajian kursus intensif. Jika lebih boleh menggunakan cuti tahunan (rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan 7/2009.

14.6.16 Cuti mengambil peperiksaan dihadkan kepada masa sebenar peperiksaan diadakan dengan mendapat kelulusan JKLCB PPUKM (Rujuk Perintah Am Bab C perkara 44).

# Ikatan perjanjian dan jumlah tuntutan ganti rugi adalah seperti di lampiran.

15. TAFSIRAN

Sebarang perkara berbangkit dengan tafsiran garis panduan ini hendaklah dirujuk kepada pekeliling, surat edaran atau mana-mana dokumen yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau merujuk kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Sumber Manusia, PPUKM atau Bahagian Sumber Manusia, UKM Bangi.

16. PENUTUP

Garis panduan yang disediakan oleh Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar PPUKM ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh warga PPUKM sebagai rujukan untuk urusan yang berkaitan dengan proses permohonan latihan dan cuti belajar. Garis panduan ini akan disemak dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan terkini.

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA JABATAN SUMBER MANUSIA, PPUKM

Kemaskini : 20 Julai 2016

23

Page 26: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

EDITORIAL Ketua Editor YBhg. Prof. Dr. Ismail Mohd Saiboon - Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Klinikal & Sumber Manusia) Penyumbang

1. Encik Mohd Marzuki Bin Abdul Rashid - Pengurus Kanan Kampus Cheras 2. Dr. Zainah Mohamed - Ketua Jabatan Kejururawatan 3. Puan Aliza Mansor - Ketua Jabatan Sumber Manusia 4. Puan Fuziah Abd Hamid - Ketua Unit Perkhidmatan Klinikal, Jabatan

Kejururawatan 5. Puan Masrifah Zakaria - Eksekutif ,Jabatan Kejururawatan 6. Puan Kartina Muhammad Noor - Eksekutif ,Jabatan Kejururawatan 7. En. Norrul Izuhan Shafri - Eksekutif ,Jabatan Kewangan 8. Puan Nazwin Azmira Nafikudin - Eksekutif Kanan (Pentadbiran), JSM 9. Puan. Sherda Rusland - Eksekutif Kanan (Pentadbiran), JSM 10. Puan Nur Fadzliana Hassan - Eksekutif (Pentadbiran), JSM 11. Encik. Mazlan Maun - Penolong Pegawai Tadbir, JSM 12. Encik. Farihan Husin - Urusetia Latihan, JSM 13. Encik Abd Hamid Ismail - Urusetia Latihan, JSM 14. Puan Siti Zaidah Zamberi - Urusetia Latihan, JSM 15. Cik Sarimah Omar - Urusetia Latihan, JSM

Semua staf Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, JSM, PPUKM serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan garis panduan ini.

24

Page 27: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan

IKATAN PERJANJIAN DAN JUMLAH TUNTUTAN GANTI RUGI BIASISWA / HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (Berkuat kuasa mulai 2 Julai 2003)

PEGAWAI

TEMPOH IKATAN

PERJANJIAN (TAHUN)

JUMLAH GANTI RUGI (RINGGIT MALAYSIA)

Kursus Bukan Profesional

Kursus Profesional *

Dalam Negara (IPTA)

Luar Negara dan IPTS

A. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa

a) Sijil/Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Lanjutan:

i) Tempoh pengajian lebih 3 bulan hingga 2 1 tahun**

ii) Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 4 2 tahun

iii) Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 5 3 tahun

iv) Tempoh pengajian lebih 3 tahun 6

3 40,000.00 5 100,000.00 6 120,000.00 7 160,000.00

Kos Sebenar****

Kos Sebenar

Kos Sebenar

Kos Sebenar

B. Cuti Belajar Lain-lain Kategori***

a) Diploma/Ijazah Pertama:

i) Tempoh pengajian 4 tahun atau kurang 4 6 110,000.00 Kos Sebenar ii) Tempoh pengajian lebih 4 tahun 5 7 130,000.00 Kos Sebenar

b) Sijil/Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Lanjutan:

i) Tempoh pengajian lebih 3 bulan hingga 1 1 tahun

ii) Tempoh pengajian lebih 1 tahun hingga 2 2 tahun

iii) Tempoh pengajian lebih 2 tahun hingga 3 3 tahun

iv) Tempoh pengajian lebih 3 tahun 4

2 25,000.00 3 50,000.00 4 60,000.00 5 80,000.00

Kos Sebenar

Kos Sebenar

Kos Sebenar

Kos Sebenar

Catatan:

* Kursus Profesional/Kritikal meliputi kursus-kursus seperti Perubatan dan Pergigian, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan (UK dan Australia) dan Undang-undang seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan.

** Tempoh 3 bulan atau kurang tidak dikenakan ikatan perjanjian dan ganti rugi.

*** Meliputi Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG), CBSG Tanpa

Biasiswa, Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) dengan Biasiswa dan CBTG Tanpa Biasiswa.

**** Kos sebenar merangkumi segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan termasuk segala jenis yuran, elaun dan perbelanjaan tiket kapal terbang (sekiranya ada).

Bagi cuti belajar program Sarjana Perubatan (Dalam Negara):

(a) tempoh pengajian 4 tahun (ikatan perjanjian: 7 tahun dan tuntutan ganti rugi: RM160,000.00).

(b) tempoh pengajian 2 tahun (ikatan perjanjian: 5 tahun dan tuntutan ganti rugi: RM100,000.00).

Bagi pengajian Ijazah Lanjutan di Jordan:

Tempoh ikatan kontrak peringkat Sarjana ditingkatkan kepada 5 tahun (berbanding 4 tahun sebelum ini) manakala bagi peringkat Ph.D adalah tidak berubah.

Page 28: GARIS PANDUAN LATIHAN DAN PENGAJIAN PUSAT ......cuti belajar sepenuh masa, cuti belajar separuh gaji, cuti belajar tanpa gaji dan cuti belajar separuh masa selaras dengan dasar dan