garis panduan geran

10
No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa / Effective Dates: Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines Pusat Inovasi Kolaboratif, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Tel : 03-8921 4116, Faks : 03-8921 4114, E-mel: [email protected] PUSAT INOVASI KOLABORATIF Centre for Collaborative Innovation GARIS PANDUAN GERAN LAB2MARKET Lab2Market Grant Guidelines UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) Pengurus Geran Lab2Market Pusat Inovasi Kolaboratif Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Tel : 03-8921 4116, Faks : 03-8921 4114, E-mel: [email protected]; [email protected]

Upload: tiong-suzanne

Post on 15-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Garis Panduan Geran

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

P U S A T I N O V A S I K O L A B O R A T I F C e n t r e f o r C o l l a b o r a t i v e I n n o v a t i o n

GARIS PANDUAN GERAN LAB2MARKET

L a b 2 M a r k e t G r a n t G u i d e l i n e s U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A ( U K M )

P e n g u r u s G e r a n L a b 2 M a r k e t P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f

U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a 4 3 6 0 0 U K M B a n g i

S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 ,

E - m e l : m f a @ u k m . m y ; l o q e r s 8 2 @ y a h o o . c o m . s g

Page 2: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 2

Isi Kandungan Mukasurat 1) LATAR BELAKANG........................................................................................................................................ 3 2) DEFINISI ........................................................................................................................................................ 3 3) TUJUAN ......................................................................................................................................................... 3 4) KRITERIA PEMILIHAN DAN KELAYAKKAN ................................................................................................ . 3 5) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN............................................................................................................... 4 6) JANGKAMASA PROJEK................................................................................................................................ 4 7) SKOP PEMBIAYAAN ..................................................................................................................................... 5 8) PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENILAIAN ............................................................................................ 69) TARIKH MULA PROJEK ................................................................................................................................ 710) PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK ............................................................................................................. 711) LAPORAN AKHIR PROJEK ........................................................................................................................... 712) HASIL PENYELIDIKAN……………………………………………………………… ……………………………. ..8 13) CARTA ALIRAN PERMOHONAN..................................................................................................................10 14) CARTA ALIRAN PEMANTAUAN...................................................................................................................11

Glosari / Glossary:

CRIM Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi / Centre for Research & Instrumentation Management

IP Harta Intelek / Intellectual Property L2M Makmal-ke-Pasaran / Lab-to- Market PIK Pusat Inovasi Kolaboratif / Centre for Collaborative Innovation R&D Penyelidikan dan Pembangunan / Research and Development SPT / TTC Syarikat Pemindahan Teknologi / Technology Transfer Company STU Syarikat Terbitan Universiti / University Start-up Company TCP Rancangan Pengkomersilan Teknologi / Technology Commercialisation Plan TNC Timbalan Naib Canselor / Deputy Vice Chancellor UKM Universiti Kebangsaan Malaysia UKMTech UKM Technology Sdn. Bhd.

Page 3: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 3

1. LATAR BELAKANG a. Dana ini adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kadar kejayaan (success rate) usaha

pengkomersilan hasil penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

b. Dana ini akan membantu Syarikat Pemindahan Teknologi (SPT) UKM serta Syarikat-syarikat Terbitan Universiti (STU) yang mengkomersilkan hasil penyelidikan UKM untuk membuat kajian menyeluruh dan menghasilkan rancangan dan strategi pengkomersilan teknologi secara lebih efektif.

c. Dana ini tidak boleh dianggap pelaburan atau ekuiti dalam SPT atau STU tetapi merupakan

geran pembangunan untuk digunakan khusus untuk manfaat pengkomersilan hasil penyelidikan UKM berdasarkan tujuan yang diluluskan.

2. DEFINISI

a. Geran Lab2Market (L2M) adalah dana untuk membangunkan Rancangan Pengkomersilan

Technologi (Technology Commercialisation Plan - TCP) untuk harta intelek (IP) UKM atau produk teknologi berasaskan IP UKM.

b. Geran L2M ini disediakan untuk IP dan produk berasaskan teknologi UKM yang melepasi fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal (laboratory) dan berpotensi ke pasaran (market) berdasarkan saringan awal pengkomersilan (feasibility screening).

3. TUJUAN

a. Tujuan dana ini diwujudkan ialah untuk meningkatkan keberhasilan pengkomersilan

(commercialisation yield) dan mengurangkan risiko pengkomersilan (commercialisation risks) dengan menyediakan rancangan pengkomersilan komprehensif di peringkat pra-komersil berdasarkan kajian terperinci pengkomersilan serta pengesahan nilai (validation) dan potensi harta intelek dan produk teknologi UKM oleh pihak industri dan pasaran.

b. Perkara yang akan dibiayai oleh dana ini ialah kos tenaga kerja, pakar bidang dan kos keseluruhan penghasilan Technology Commercialisation Plan (TCP) meliputi aktiviti-aktiviti pengumpulan data, analisa maklumat dan penyediaan laporan penulisan, grafik dan illustrasi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh projek dan TCP yang disediakan di akhir projek akan merangkumi 4 elemen yang dikenalpasti sebagai faktor utama kejayaan (key sucess factors) dalam pengkomersilan teknologi iaitu:-

i. Pengesahan Teknologi dan Halatuju Produk (Technology Validation and Product

Roadmap); ii. Penerimaan Pasaran dan Rancangan Pemasaran (Market Acceptance and Marketing

Plan); iii. Keperluan Operasi dan Rancangan Pengurusan Operasi (Operation Requirements and

Operation Management Plan); dan iv. Keperluan Modal dan Rancangan Kewangan (Capital Requirement and Financial Plan)

4. KRITERIA PEMILIHAN DAN KELAYAKKAN

Kriteria pemilihan projek untuk tujuan ke pasaran ialah:

Page 4: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 4

a. Inovasi sains/teknologi i. Keunikan “novelty” projek tersebut berbanding projek yang serupa dalam bidang

berkenaan; dan ii. Produk atau perkhidmatan yang menawarkan potensi saingan (competitive edge) yang

jelas.

b. Harta Intelek (IP) i. Mempunyai asas teknologi dan IP yang kukuh; dan ii. Kedudukan IP projek/produk, berbanding dengan harta intelek yang sedia ada (prior art).

c. Kekuatan Kumpulan

i. Anggota kumpulan yang memainkan peranan aktif dalam projek tersebut; dan ii. Peneraju utama dalam bidang teknologi/perniagaan/keusahwanan.

d. Peluang Perniagaan

i. Projek yang mempunyai potensi untuk dikomesilkan; dan ii. Mempunyai prospek pertumbuhan yang jelas.

e. Projek yang telah mendapat pembiayaan dari agensi luar atau rakan kongsi yang menunjukkan

kemampuan untuk bekerjasama dalam pembangunan produk dan pembiayaan.

f. Keutamaan diberikan kepada entiti atau unit perniagaan berkaitan pemindahan dan pengkomersilan teknologi UKM yang diperakukan oleh Panel Penilai.

5. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

a. Syarat-syarat utama permohonan adalah:-

i. Hasil Penyelidikan yang mempunyai IP yang berdaftar dengan UKM melalui Pusat Inovasi

Kolaboratif (PIK); ii. IP yang mempunyai Penyerahan Hak (Deed of Assigment) kepada SPT UKM untuk tujuan

pengkomersilan; iii. IP atau produk berkaitan IP telah melalui saringan potensi pengkomersilan

commercialisation screening) oleh SPT dan PIK; dan iv. Permohonan terbuka kepada Pengurus Pengkomersilan / Ketua Unit Perniagaan yang

terlibat secara langsung dengan aktiviti pengkomersilan IP dan teknologi UKM di dalam Syarikat Pemindahan Teknologi (SPT) atau Syarikat Terbitan Universiti (STU).

b. Panel Penilai berhak menentukan syarat-syarat tambahan atau pengecualian syarat-syarat

utama yang bersesuaian sebelum meluluskan sesuatu permohonan. 6. JANGKAMASA PROJEK

a. Tempoh pembiayaan adalah selama dua belas (12) bulan; dan

b. Walau bagaimanapun tempoh ini boleh diubahsuai mengikut merit dan dipersetujui oleh Panel

Penilai.

Page 5: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 5

7. SKOP PEMBIAYAAN

a. Had maksimum permohonan dana adalah RM250,000.00. Walau bagaimana pun, jumlah peruntukan

akhir untuk sesuatu projek yang diperakukan adalah bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Geran L2M yang mengikut keperluan projek ini;

b. Skop pembiayaan adalah mengikut skop yang sedia digunapakai oleh pihak UKMTech. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah. Jawatankuasa Teknikal Geran L2M berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diperakukan;

c. Geran ini boleh diguna mengikut kategori berikut:

PERKARA PENERANGAN

i. Pentadbiran & Overhead Peruntukan ini digunakan untuk pentadbiran dan perjalanan syarikat sepanjang projek ini berjalan.

• Bayaran kakitangan pengurusan Bayaran upah kakitangan pengurusan yang terlibat dengan projek tersebut.

• Bayaran kakitangan teknikal Bayaran upah kakitangan teknikal yang terlibat dengan projek tersebut.

• Sewaan pejabat Bayaran sewaan pejabat.

• Telefon & jalur lebar Bayaran bil telefon dan sewaan talian jalur lebar.

• Elektrik Bayaran bil elektrik untuk kegunaan syarikat.

• Air Bayaran bil air untuk kegunaan syarikat.

ii. Kajian kebolehlaksanaan pasaran Peruntukan ini digunakan untuk kaji selidik / analisis pasaran termasuk latihan kajian pasaran tersebut.

• Analisis pasaran Bayaran untuk sewaan enjin analisis pasaran seperti Thompson-Innovation, Wellspring dan sebagainya.

• Kaji selidik pasaran Bayaran untuk kaji selidik pasaran menggunakan borang kaji selidik / upah bayaran kepada peserta kaji selidik untuk sampel yang diuji.

• Latihan untuk kajian pasaran Latihan untuk menggunakan enjin analisis pasaran seperti Thompson-Innovation, Wellspring dan sebagainya.

iii. Pendaftaran, Pensijilan & Piawaian Peruntukan ini digunakan untuk pendaftaran, persijilan dan piawaian produk yang akan dibangunkan.

• Kos untuk ujian produk & piawaian

Bayaran untuk pengujian produk untuk dari segi ujian logam berat, ketahanan, ketoksikkan dan sebagainya.

• Kos untuk pendaftaran & dan Bayaran untuk pendaftaran dan pensijilan SIRIM dan

Page 6: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 6

pensijilan sebagainya.

iv. Kos Pengeluaran Peruntukan ini digunakan untuk pembungkusan dan kos sampingan untuk persampelan.

• Kos persampelan Kos-kos tambahan untuk persampelan seperti kos pengangkutan dan sebagainya.

• Bahan mentah untuk pembungkusan sampel

Kos bahan mentah untuk pembungkusan sampel-sampel untuk ujian pasaran.

• Reka bentuk pembungkusan Bayaran untuk upah perkhidmatan profesional untuk reka bentuk pembungkusan.

v. Iklan, Promosi & Pemasaran Peruntukan ini digunakan untuk pengiklanan, promosi dan bantuan pemasaran produk yang dibangunkan.

• Brosur Bayaran untuk upah perkhidmatan profesional untuk penerbitan brosur (bayaran dari segi rekabentuk, kos pencetakan dan kos bahan pencetakan)

• Pameran / Bayaran untuk menghadiri pameran-pameran untuk mempromosikan produk yang akan dibangunkan (bayaran dari segi sewa tapak pameran, perkhidmatan profesional untuk pembinaan booth pameran dan bayaran upah kepada penjaga booth sambilan untuk makan minum sepanjang pameran tersebut dengan kadar RM20.00 sehari. Sila rancang dan senaraikan pameran yang akan dihadiri berserta justifikasi yang bersesuaian).

• Iklan Kos pengiklanan untuk bayaran sewa ruangan / slot iklan yang bersesuaian. (Sila nyatakan ruangan iklan yang diperlukan berserta justifikasi yang bersesuaian).

• Reka bentuk & pembangunan laman web

Bayaran pembangunan laman web untuk tujuan pengiklanan produk yang dibangunkan dari segi sewa tapak web, upah perkhidmatan profesional pembangunan dan penyelenggaraan laman web tersebut.

• Pelancaran produk Kos untuk majlis pelancaran produk (termasuk sewa tapak dan kos pengurusan keseluruhan majlis. Sila terangkan justifikasi majlis pelancaran tersebut).

vi. Lain-lain (sila nyatakan) Lain-lain perbelanjaan yang diperlukan (sila nyatakan dan terangkan justifikasi untuk perbelanjaan tersebut)

8. PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENILAIAN

a. Pemohon digalakkan untuk mendapat khidmat rundingan dengan Bahagian Inovasi dan

Pemindahan Teknologi, PIK untuk menjelaskan: i. Peluang dan potensi pengkomersilan, pembangunan yang ingin dicapai (gap analysis)

Page 7: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 7

ii. Penerangan yang ringkas dan jelas tentang teknologi, novelty dan status pembangunan semasa.

iii. Maklumat IP dan pemilikan IP yang jelas. iv. Ringkasan analisis pasaran, termasuk persaingan dan strategi pemasaran. v. Senarai ahli dalam kumpulan yang ada serta komitmen yang jelas dari setiap ahli dari segi

masa dan sweat equity (disertakan CV) vi. Ringkasan unjuran kewangan (financial projection), termasuk perbelanjaan utama dan

pendapatan untuk jangkamasa 5 tahun. vii. Pengakuan atau perjanjian dengan rakan kongsi yang melibatkan pembiayaan atau ekuiti,

dan jika ada, sebab mengapa mereka tidak berminat untuk meneruskan kerjasama penggunaan produk.

b. Permohonan dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.

c. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Inovasi dan Pemindahan Teknologi, PIK mengikut tarikh tutup yang ditetapkan.

d. Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada:

i. Pengarah / Timbalan Pengarah Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) ii. Pengurus Kanan Pemindahan Teknologi iii. Technologist-in-Resident (PIK) iv. Penilai Luar 1 (dari Industri/Pelabur/Venture Capitalist) v. Penilai Luar 2 (dari Industri/Pelabur/Venture Capitalist)

e. Pembiayaan projek diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan Dana Universiti Penyelidikan, CRIM.

9. TARIKH MULA PROJEK Semua projek akan bermula setelah Pengurus Geran Lab2Market menerima Surat Pengakuan Menjalankan Projek yang telah ditandatangani oleh pemohon.

10. PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK

a. Laporan Kemajuan Projek akan dinilai oleh Panel Penilai berdasarkan kepada jejak kunci

utama (key milestones);

b. Prestasi penerima dana akan dipantau oleh Panel Penilai dan/atau jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut;

c. Sebarang perubahan terhadap jejak kunci utama dari segi masa atau matlamat yang ingin

dicapai perlu mendapat persetujuan Panel Penilai; dan

d. Dalam kes tertentu, Panel Penilai boleh menerima permohonan atau mencadangkan tambahan dana berdasarkan merit.

11. LAPORAN AKHIR PROJEK

a. Laporan akhir projek perlu dikemukakan kepada Pengurus Geran Lab2Market, PIK selewat-

lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh tamat projek mengikut format yang disediakan;

Page 8: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 8

b. Permohonan lanjut tempoh penyelidikan pula perlu dikemukakan tiga (2) bulan sebelum tarikh tamat penyelidikan. Permohonan yang diterima selepas projek tamat tidak akan dipertimbangkan; dan

c. Ketua projek akan diminta untuk membentangkan Laporan Akhir kepada Jawatankuasa Teknikal Geran Lab2Market UKM.

12. HASIL PROJEK Kebolehcapaian projek adalah dalam bentuk Laporan Kes (Case Report) yang merangkumi: a. Laporan Kes & Analisis Pasaran

Laporan-laporan kes dan analisis-analisis pasaran yang berkaitan dengan produk yang ingin dibangunkan.

b. Pelan Pengkomersilan Pelan pengkomersilan yang dibangunkan untuk produk tersebut berdasarkan kajian yang telah dijalankan

c. Perlesenan Teknologi

Syarikat-syarikat yang berminat / telah dilesenkan untuk teknologi tersebut.

Page 9: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 9

Carta Aliran Proses

Pengurusan Agihan Geran Lab2Market CARTA ALIRAN PERMOHONAN

Lengkap?

Terima

Semak permohonan

Lengkap?

Penilaian oleh J/K Teknikal Geran Lab2Market,

Sedia keputusan perakuan J/K Kewangan Dana Universiti, Penyelidikan, CRIM

J/K Kewangan Dana Universiti Penyelidikan, CRIM membuat keputusan

Minta pemohon buat pembetulan

Maklum keputusan kepada pemohon

Tidak Ya

Minta pemohon buat pembetulan

Tidak Ya

Tamat

Page 10: Garis Panduan Geran

No. Semakan / Review No.: Tarikh Kuat kuasa

/ Effective Dates:

Garis Panduan Geran Lab2Market / Lab2Market Grant Guidelines

P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f , U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a , 4 3 6 0 0 U K M B a n g i , S e l a n g o r T e l : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 6 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : m f a @ u k m . m y

Hal

aman

/ P

age 10

CARTA ALIRAN PEMANTAUAN

Terima Laporan Prestasi dari Penyelidik

Semak laporan yang diterima

Lengkap?

Analisa laporan prestasi

Tamat

Minta penerima geran buat pembetulan

Tidak Ya

Projek bermasalah?

Ya Tidak

Penerima geran ambil langkah penambahbaikan

Sedia Laporan Prestasi keseluruhan untuk dikemukakan kepada J/K Teknikal Geran Lab2Market

Keluar surat peringatan Terima keputusan J/K Teknikal Geran

Lab2Market