garis panduan geran penyelidikan dalaman universiti teknologi

4
[GARIS PANDUAN GERAN LESTARI, UITM] [2015] INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKANDAN INOVASI (IRMI) Page 1 GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DALAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GERAN PENYELIDIKAN LESTARI 1.0 PENGENALAN 1.1 Sebagai sebuah Universiti Awam yang sedang mempergiatkan penyelidikan, UiTM perlu menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik. Sehubungan itu, Geran Penyelidikan LESTARI diwujudkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. 1.2 Di samping itu juga, geran ini bertujuan untuk menerapkan budaya penyelidikan tanpa sempadan di kalangan denominator agar menjadi pemangkin kepada permohonan geran penyelidikan nasional dan antarabangsa. 2.0 JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK Jumlah peruntukan dan jangka masa projek adalah seperti berikut: 2.1 Bidang Sains & Teknologi : RM 20,000 bagi tempoh dua (2) tahun. 2.2 Bidang Sains Sosial : RM 5,000 bagi tempoh satu (1) tahun.

Upload: buituong

Post on 31-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: garis panduan geran penyelidikan dalaman universiti teknologi

[GARIS PANDUAN GERAN LESTARI, UITM] [2015]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I )

Page 1

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN DALAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GERAN PENYELIDIKAN LESTARI

1.0 PENGENALAN

1.1 Sebagai sebuah Universiti Awam yang sedang mempergiatkan penyelidikan, UiTM perlu menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan ahli akademik. Sehubungan itu, Geran Penyelidikan LESTARI diwujudkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

1.2 Di samping itu juga, geran ini bertujuan untuk menerapkan budaya penyelidikan tanpa sempadan di kalangan denominator agar menjadi pemangkin kepada permohonan geran penyelidikan nasional dan antarabangsa.

2.0 JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK

Jumlah peruntukan dan jangka masa projek adalah seperti berikut:

2.1 Bidang Sains & Teknologi : RM 20,000 bagi tempoh dua (2) tahun.

2.2 Bidang Sains Sosial : RM 5,000 bagi tempoh satu (1) tahun.

Page 2: garis panduan geran penyelidikan dalaman universiti teknologi

[GARIS PANDUAN GERAN LESTARI, UITM] [2015]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I )

Page 2

3.0 SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

3.1 Penyelidik utama dan ahli mestilah ahli akademik fakulti di UiTM Shah Alam dan kawasan Lembah Kelang (Sistem 1 sahaja).

3.2 Terbuka kepada pensyarah tetap dan kontrak UiTM.

3.3 Penyelidik mestilah aktif dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun semasa dan berkelayakan sekurang-kurangnya Sarjana (DM45 atau setara).

3.4 Bagi permohonan untuk penyelidik gred 53 ke atas, perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) orang pelajar pasca siswazah yang aktif.

3.5 Penyelidik utama mestilah bukan ketua penyelidik kepada mana-mana geran luar atau dalaman pada tahun semasa.

3.6 Penyelidik mestilah berdaftar di bawah CoRe mengikut bidang penyelidikan masing-masing.

3.7 Penyelidik utama mestilah penyumbang kepada Dana Kecemerlangan Pendidikan UiTM.

3.7 Setiap projek mesti mempunyai ahli penyelidik maksimum 3 orang.

4.0 KEWANGAN

4.1 Penggunaan geran adalah dihadkan bagi Vot21000 (perjalanan, penginapan dan pengangkutan), Vot27000 (bahan pakai habis dan bekalan) dan Vot29000 (perkhidmatan ikhtisas).

4.2 Agihan permulaan peruntukan mengikut vot adalah seperti berikut:

Bidang Sains & Teknologi:

Tahun 1 Tahun 2

Vot21000 RM 1,500 RM 1,500

Vot27000 RM 7,000 RM 3,000

Vot29000 RM 3,500 RM 3,500

Page 3: garis panduan geran penyelidikan dalaman universiti teknologi

[GARIS PANDUAN GERAN LESTARI, UITM] [2015]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I )

Page 3

Bidang Sains Sosial:

Vot21000 RM 1,000

Vot27000 RM 1,000

Vot29000 RM 3,000

4.3 Pembayaran upah pembantu penyelidik dengan jumlah maksimum RM500 sebulan

4.4 Pembantu penyelidik yang menerima biasiswa penuh (termasuk elaun sara hidup) adalah tidak layak untuk dilantik di bawah skim ini.

4.5 Permohonan pembantu penyelidik (RA) perlu dibuat melalui atas talian sistem iRMIs (http://orchid.uitm.edu.my/irmis).

5.0 PERMOHONAN GERAN

5.1 Permohonan geran adalah secara atas talian di iRMIs (http://orchid.uitm.edu.my/irmis/). Proses permohonan boleh dirujuk di Lampiran A.

6.0 PENILAIAN GERAN

6.1 Penilaian Geran akan dilaksanakan oleh Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI).

6.2 Surat kelulusan akan diedarkan kepada ketua penyelidik dan juga kepada semua penyelidik bersama serta sesalinan kepada Dekan fakulti.

6.3 Penyelidik perlu mengisi dan menandatangani borang penerimaan yang disertakan dengan surat kelulusan sebelum memulakan penyelidikan.

7.0 PEMANTAUAN PENYELIDIKAN

7.1 Penyelidik mesti menghantar laporan kemajuan pada setiap enam (6) bulan secara atas talian di dalam sistem iRMIs.

7.2 Bagi geran ST, peruntukan tahun kedua hanya akan diberikan setelah menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) penerbitan berindeks dan

Page 4: garis panduan geran penyelidikan dalaman universiti teknologi

[GARIS PANDUAN GERAN LESTARI, UITM] [2015]

I N S T I T U T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N D A N I N O V A S I ( I R M I )

Page 4

membelanjakan sekurang-kurangnya 90% jumlah peruntukan tahun pertama.

7.3 Kegagalan memenuhi perkara 7.1 dan 7.2 di atas boleh menyebabkan geran penyelidikan ditamatkan serta merta.

7.4 Pihak IRMI akan menghantar surat pengesahan tamat penyelidikan selepas sahaja menerima laporan akhir daripada pihak penyelidik.

7.5 Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pemantauan Penyelidikan UiTM.

8.0 HASIL PENCAPAIAN PENYELIDIKAN

8.1 Bidang Sains dan Teknologi

Penyelidik mesti menerbitkan dua (2) penerbitan berindeks SCOPUS/WOS/ERA

8.2 Bidang Sains Sosial

Penyelidik mesti menerbitkan satu (1) penerbitan berindeks SCOPUS/WOS/ERA.

8.3 Penghargaan kepada geran LESTARI mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.