garis panduan dan syarat-syarat ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1....

28
2 GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CREATIVE STICKER@WASticker 1. MAKLUMAT PERTANDINGAN 1.1. Tema Pertandingan adalah Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama- sama Bermula Dari Alam Persekolahan”. 1.2. Pertandingan Creative Sticker@WASticker Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan. 1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah, warganegara Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia 1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020. 1.5. Penyertaan adalah PERCUMA. 1.6. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia, sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia 1.7. Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing- masing 2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 2.1 Setiap penyertaan perlu berdasarkan tajuk seperti berikut : a. Bebas Rokok b. Benci Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV (DARIH) c. Keluarga Bahagia d. Gaya Hidup Sihat 2.2 Penyertaan terbuka kepada satu kategori sahaja : a. Sekolah menengah : Tingkatan 1 -5 2.3 Penyertaan adalah secara individu 2.4 Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang akan dikira sebagai pemenang dan layak untuk memenangi hadiah pertandingan. 2.5 Penyertaan sticker@WASticker hendaklah di hantar dalam format GIF atau JPEG. 2.6 Menyalurkan idea secara positif, kreatif dan bernas. 2.7 Karya yang dihasilkan mengambarkan kreativiti peserta, mempunyai nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin. 2.8 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli. 2.9 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

2

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN CREATIVE STICKER@WASticker

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2. Pertandingan Creative Sticker@WASticker Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej

kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya

hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan.

1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah, warganegara

Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.

1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,

sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

1.7. Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-

masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap penyertaan perlu berdasarkan tajuk seperti berikut :

a. Bebas Rokok

b. Benci Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV (DARIH)

c. Keluarga Bahagia

d. Gaya Hidup Sihat

2.2 Penyertaan terbuka kepada satu kategori sahaja :

a. Sekolah menengah : Tingkatan 1 -5

2.3 Penyertaan adalah secara individu

2.4 Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya

satu penyertaan sahaja yang akan dikira sebagai pemenang dan layak untuk

memenangi hadiah pertandingan.

2.5 Penyertaan sticker@WASticker hendaklah di hantar dalam format GIF atau

JPEG.

2.6 Menyalurkan idea secara positif, kreatif dan bernas.

2.7 Karya yang dihasilkan mengambarkan kreativiti peserta, mempunyai nilai-nilai

murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti

perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

2.8 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

2.9 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

Page 2: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

3

2.10 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana

pertandingan Creative Sticker @WASticker

2.11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan kriteria kreativiti, keunikan,

keaslian dan mesej yang jelas dan lain-lain.

Page 3: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

4

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2. Pertandingan deklamasi sajak bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam

menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid

supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah

diberikan.

1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah

warganegara Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan

Malaysia

1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.

1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6. Peserta dibenarkan mencipta sajak sendiri berdasarkan tema dan hasil karya

mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai untuk bacaan umum

1.7. Semua penyertaan video berserta teks sajak perlu diemelkan kepada Jabatan

Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu :

a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)

b. Kategori Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)

c. Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4, 5 dan 6)

2.2 Penyertaan adalah secara individu.

2.3 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing

kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan

mematuhi syarat yang ditentukan.

2.4 Peserta boleh mencipta sajak sendiri untuk dideklamasi atau mendeklamasikan

sajak ciptaan orang lain yang bersesuaian dengan tema.

2.5 Panjang sajak hendaklah antara 20 hingga 30 baris bagi sekolah rendah dan 30

hingga 40 baris bagi sekolah menengah. Setiap baris tidak kurang daripada 3

patah perkataan. Pencipta bebas menentukan jumlah perkataan dalam satu

baris tetapi baris yang kurang daripada 3 patah perkataan tidak dikira sebagai

sebaris

2.6 Karya yang dihasilkan atau dipilih perlulah memaparkan nilai-nilai murni,

kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi.

2.7 Karya yang dihasilkan atau dipilih tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang

menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan

pemimpin bagi mana-mana pihak.

Page 4: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

5

2.8 Pendeklamator sajak tidak boleh menggunakan rakaman video yang

digabungkan. Rakaman mestilah secara berterusan

2.9 Setiap peserta boleh menghantar hanya satu video penyertaan sahaja.

2.10 Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang

ditentukan.

2.11 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak

mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.

2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

4. PANDUAN PEMARKAHAN

4.1 Pemarkahan Aspek yang akan dinilai ke atas setiap peserta merangkumi aspek

Teknik, Gaya, Nada / Suara dan Kreativiti dan lain-lain.

4.2 Perincian setiap aspek yang dinilai adalah seperti berikut :-

4.2.1 TEKNIK

a) Teknik ialah gerakan kreatif deklamator. Gerakan ini mungkin sedikit

sahaja tetapi ketara.

b) Penilai terhadap aspek teknik tertumpu kepada keberkesanan gerakan

kreatif ini.

c) Sebagai contohnya, ada pendeklamator yang melangkah setapak ke

hadapan, kemudian berundur setapak juga pada tempat yang sesuai.

Terdapat pula pendeklamator yang bermula dengan duduk dan

kemudian bangun. Gerakan gerakan begini, jika sesuai (khususnya

bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan), membantu

menjadikan persembahan berkesan.

4.2.2 GAYA

a) Gaya berkait rapat dengan keyakinan deklamator. Terdapat tiga alasan

yang menjadikan deklamator kurang bergaya. Yang pertama,

deklamator itu memang tidak cukup berani berhadapan dengan

khalayak. Kedua, walaupun dia berani berhadapan dengan khalayak,

namun dia tidak tahu tentang seni pentas dan ketiga, tingkat hafalannya

tidak cukup. Ini membawa kepada deklamasi yang tidak menyakinkan.

b) Gaya termasuklah olahan/bahasa tubuh (body language), gerak tangan

dan sebagainya yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan.

Page 5: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

6

c) Mimik muka juga adalah gaya. Mimik muka hendaklah sesuai dengan

tema dan isi sajak yang dideklamasikan.

4.2.3 NADA

a) Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Terdapat

beberapa nada yang popular seperti patriotik, marah, sinis, sedih,

romantis dan sebagainya.

b) Setelah nada sajak dikenali dengan betul, pengucapannya pula perlu

digandingkan dengan intonasi yang tepat iaitu turun naik dan tinggi

rendah suara untuk dipadankan dengan maksud sajak. Jeda (tempat

berhenti) juga perlu difahami betul-betul oleh pendeklamator untuk

menjelaskan lagi maksud sajak.

4.2.4 SUARA

a) Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupun

demikian deklamator yang bersemangat tinggi akan berusaha

menerbitkan suara yang sesuai dengan sajak dapat dipaparkan

melalui permainan kualiti suara. Deklamator hendaklah sedar bahawa

suara boleh direndahkan, disederhanakan dan ditinggikan pada

tempat-tempat yang sesuai.

b) Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan

deklamasi kurang bermutu.

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

Page 6: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

7

PERTANDINGAN KUIZ CEPAT TEPAT ANTI DADAH

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Pertandingan Kuiz Cepat Tepat Anti Dadah bertujuan menguji pengetahuan,

kefahaman sedia ada murid tentang pendidikan pencegahan Dadah, Alkohol,

Rokok, Inhalan dan HIV (DARIH). Ia juga bertujuan menyebarkan mesej

kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid kepentingan gaya hidup

sihat serta memberi inspirasi ke arah pembangunan sahsiah murid.

1.2. Pertandingan ini bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

1.3. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,

sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian

Pendidikan Malaysia

1.4. Penyertaan adalah secara INDIVIDU

1.5. Penyertaan adalah PERCUMA

1.6. Pelaksanaan dan pengurusan adalah diperingkat Jabatan Pendidikan Negeri

masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah KPM yang berumur 10

tahun hingga 17 tahun.

2.2 Kategori yang dipertandingkan adalah dua kategori iaitu :-

a) sekolah rendah tahap 2 ( tahun 4 hingga 6)

b) sekolah menengah ( tingkatan 1 – 17 tahun)

.

2.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SEKALI sahaja kuiz.

3 . ISI KANDUNGAN KUIZ

3.1 Peserta hanya menjawab 40 soalan aneka pilihan yang telah disediakan.

3.2 Peserta perlu menjawab di rumah kediaman/sekolah masing-masing

3.3 Peserta perlu menjawab tanpa bantuan ibu-bapa/penjaga/guru/rakan

3.4 Pemenang dikira berdasarkan catatan masa yang cepat dan tepat.

3.5 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

Page 7: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

8

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN MENCIPTA LIRIK DAN LAGU (BUSKING ATAU BAND)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama- sama

Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2. Pertandingan mencipta lirik dan lagu ( Busking / Band ) bertujuan mencungkil bakat

dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam

kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema

yang telah diberikan.

1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah di KAWASAN RINTIS

sahaja, warganegara Malaysia di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan

Malaysia

1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.

1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6. Semua penyertaan video dan lirik lagu perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan

Negeri masing-masing

2 SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan mestilah asli dan belum pernah merakamkan persembahan / suara di

mana‐mana syarikat rakaman di dalam atau luar negara.

2.2 Bilangan peserta minima ialah tiga orang dan maksima ialah lima orang bagi setiap

kumpulan dan seorang guru pembimbing

2.3 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

2.4 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu sahaja.

2.5 Persembahan lagu hanya dalam Bahasa Melayu sahaja.

2.6 Masa setiap persembahan tidak melebihi 5 minit sahaja.

2.7 Setiap kumpulan hendaklah menyediakan alatan muzik mereka sendiri. Jenis dan

alat muzik terpulang kepada kreativiti peserta.

2.8 Kos penyediaan alatan muzik, pakaian, rakaman video dan kos pertandingan

keseluruhan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta mengikut kemampuan.

2.9 Setiap peserta (murid) boleh menghantar hanya satu penyertaan.

2.10 Karya yang dihasilkan mestilah memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati

diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi

unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan,

politik dan pemimpin

2.11 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

2.12 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak

mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.

2.13 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

2.14 Rakaman video perlu dilakukan pada lokasi yang bersesuaian

Page 8: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

9

2.15 Lirik lagu yang dicipta perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,

nombor kad pengenalan, tingkatan, nama sekolah.(boleh disertakan dalam

rakaman video)

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak

akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

3.3 Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada penciptaan lirik dan lagu yang dihasilkan,

mutu suara / vokal, muzik, persembahan, keterampilan, kreativiti dan lain-lain.

Page 9: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

10

GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT

PERTANDINGAN REKA BENTUK T-SHIRT

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2. Pertandingan Reka Bentuk T-shirt bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti

dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid

supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah

diberikan.

1.3. Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah, kolej vokasional (KV)

dan kolej tingkatan 6.

1.4. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.

1.5. Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6. Semua penyertaan perlu diemel kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-

masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Setiap hasil ciptaan mestilah asli.

2.2. Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan unsur-

unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung atau

seumpamanya yang menyerupai dadah. Hasil ciptaan juga tidak mengandungi

unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung

mana-mana pihak.

2.3. Peserta diwajibkan menggunakan kertas lukisan ( drawing block ) berukuran A3

(297mm x 420mm)

2.4. Peserta boleh menggunakan teknik/bahan yang bersesuaian dalam

menghasilkan rekaan pada T-shirt.

2.5. Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta boleh menghantar hanya

satu penyertaan.

2.6. Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing

kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan

mematuhi syarat yang ditentukan.

2.7. Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang

ditentukan.

2.8. Peralatan dan bahan disediakan dan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

Pihak penganjur tidak menyediakan bahan dan peralatan.

2.9. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak

mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang sihat.

2.10. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

Page 10: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

11

2.11. Corak reka bentuk yang dihasilkan perlu dibuat di bahagian hadapan dan

belakang T-shirt tetapi menggunakan kertas kertas lukisan ( drawing block )

berukuran A3 (297mm x 420mm)

2.12. Reka bentuk T-shirt perlu di hantar dalam bentuk format PDF atau JPEG dan

di emelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua Reka Bentuk T-shirt yang dipertandingkan adalah hak milik penganjur

3.3 Pemarkahan Reka Bentuk T-Shirt merangkumi ketepatan tema, mesej, bahasa,

ilustrasi, kesesuaian warna, olahan dan lain-lain.

Page 11: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

12

GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF ANTI DADAH (V-KAD)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama-Sama

Bermula Daripada Alam Persekolahan”

1.2. Pertandingan Video Kreatif Anti Dadah (V-KAD) bertujuan mencungkil bakat dan

kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran supaya

mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan.

1.3. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020

1.4. Penyertaan adalah PERCUMA

1.5. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia,

sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah pentadbiran Kementerian

Pendidikan Malaysia

1.6. Semua penyertaan video perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang

berumur 9 tahun hingga 17 tahun.

2.3 Kategori yang dipertandingkan adalah dua kategori iaitu :-

a) Murid sekolah rendah tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

b) Murid sekolah menengah (Tingkatan 1-5)

2.4 Pihak sekolah boleh boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

2.5 Penyertaan adalah secara berkumpulan di antara 3-5 orang peserta

dan seorang guru pembimbing.

2.6 Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon (jika perlu)

2.7 Rakaman video perlu dilakukan pada lokasi yang bersesuaian. Latar belakang

sekolah dan pakaian sekolah adalah TIDAK DIBENARKAN.

2.8 Setiap penyertaan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggambarkan/

menggunakan unsur-unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak,

rokok dan bahan yang menyerupai dadah.

2.9 Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

Page 12: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

13

3. ISI KANDUNGAN VIDEO

3.1. Menyampaikan mesej pengajaran, pandangan, pemahaman idea positif dan

kreatif jelas serta menepati tema

3.2. Memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang

boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh

sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin

3.3. Tempoh klip video adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk montaj

dan penghargaan.

3.4. Bahasa pengantar untuk video adalah Bahasa Melayu

3.5. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

3.6. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan

video.

3.7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

3.8. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur

tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak

cipta.

3.9. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

3.10. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan

dipertimbangkan.

4.2 Video yang diterima akan dinilai oleh panel profesional sebanyak 90% berdasarkan

isi kandungan, kreativiti, inovasi, audiovisual dan impak kepada penonton.

Manakala penilaian dan undian online melalui sosial media adalah sebanyak

10%.ditentukan oleh penganjur

4.3 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

Page 13: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

14

GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT

PERTANDINGAN MENCIPTA LIRIK DAN LAGU (NYANYIAN SOLO)

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1. Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2. Pertandingan mencipta lirik dan lagu ( nyanyian solo ) bertujuan mencungkil

bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran

dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan

berpandukan tema yang telah diberikan.

1.3. Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.

1.4. Penyertaan adalah PERCUMA.

1.5. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah menengah

warganegara Malaysia, di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan

Malaysia

1.6. Semua penyertaan video dan lirik lagu perlu diemelkan kepada Jabatan

Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Pertandingan ini terbuka kepada sekolah menengah Tingkatan 1-Tingkatan

5 secara individu.

2.2. Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurang seorang guru pembimbing

kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan

mematuhi syarat yang ditentukan.

2.3 Peserta perlu mencipta lirik dan lagu berdasarkan tema yang diberi

2.4 Karya yang dihasikan mestilah asli dan belum pernah merakamkan

persembahan / suara dimana‐mana syarikat rakaman di dalam ataupun luar

negara

2.5 Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi seorang

peserta boleh menyampaikan sebuah lagu sahaja

2.6 Semua video rakaman penyertaan pertandingan akan menjadi hak milik

penganjur

2.7 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

2.8 Kos penyediaan props, pakaian, rakaman video dan kos pertandingan

keseluruhan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta mengikut

kemampuan

2.9 Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan tidak akan

mempengaruhi markah.

2.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

2.11 Lirik lagu yang dicipta perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti

nama, nombor kad pengenalan, tingkatan, nama sekolah.

Page 14: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

15

2.12 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang

tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti

kurang sihat.

2.13 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

3.3 Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada lirik dan lagu yang menepati tema,

mutu suara/vokal, muzik, persembahan, sebutan, keterampilan, kreativiti,

penghayatan dan lain -lain.

Page 15: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

16

GARIS PANDUAN DAN SYARAT -SYARAT

PERTANDINGAN PIDATO

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2 Pertandingan pidato Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertujuan mencungkil

bakat dan kreativiti dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran

dalam kalangan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan

berpandukan tema yang telah diberikan.

1.3 Pertandingan ini tebuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah

secara individu

1.4 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.

1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6 Persembahan pidato mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai untuk

bacaan umum

1.7 Semua penyertaan video berserta teks pidato perlu dihantar melalui emel ke

Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing

2. SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu :

a. Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)

b. Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)

c. Menengah Atas (Tingkatan 4, 5 dan 6)

2.2 Peserta boleh mencipta sajak sendiri untuk dideklamasi atau

mendeklamasikan sajak ciptaan orang lain yang bersesuaian dengan tema.

2.3 Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta boleh

menghantar

hanya satu penyertaan sahaja.

2.4 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing

kepada peserta supaya dapat mematuhi syarat yang ditentukan.

2.5 Pihak sekolah boleh menghantar penyertaan seberapa banyak. Tiada had yang

ditentukan.

Page 16: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

17

2.6 Peserta boleh memilih tajuk yang ditentukan oleh penganjur seperti berikut :

a) Remaja Berwawasan, Aspirasi Negara

b) Keluarga Bahagia Kemakmuran Bersama-sama

c) Pencegahan Bermula Dari Rumah

d) Bebas Dadah, Kita Bermaruah

e) Sekolah Bebas Dadah

f) Kasih Sayang Membawa Bahagia

g) Gaya Hidup Sihat, Masyarakat Sejahtera

h) Nilai Murni Penyuluh Hidup

i) Dadah Musuh Negara

2.7 Teks pidato mestilah bersesuaian seperti memaparkan nilai-nilai murni,

kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang boleh dicontohi dan tidak

boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman,

kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin

2.8 Pemidato tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau

mengucapkan perkataan yang kesat.

2.9 Pemidato tidak boleh menggunakan rakaman video yang digabungkan.

Rakaman mestilah berterusan.

2.10 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan mana-mana peserta yang

tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang

sihat.

2.11 Teks pidato perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,

nombor kad pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.

2.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan

penyertaanMasa yang diberikan bagi setiap peserta adalah seperti berikut:

a) Sekolah rendah : 2 minit

b) Sekolah menengah : 3 minit.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan aspek isi, bahasa,

penyampaian dan persembahan, kreativiti dan lain-lain.

Page 17: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

18

4 . PANDUAN PEMARKAHAN

Perincian setiap aspek yang dinilai adalah seperti berikut :-

4.1 ISI

Pemidato akan diadili dari segi pengenalan, isi, penutup dan penyusunan ayat

serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:

a) Pengenalan mestilah menarik perhatian penonton, mengandungi definisi,

dan mengandungi rumusan bagi setiap isi.

b) Mengandungi tiga isi penting, data dan bahan yang tepat serta rumusan.

c) Merumus kesemua isi penting dan mengakhiri dengan impak yang positif.

d) Penyusunan isi menarik dan mudah difahami serta mempunyai

kesinambungan yang sesuai.

e) Terdapat markah bonus bagi kematangan isi.

4.2 BAHASA

a) Pemilihan perkataan yang sesuai.

b) Tatabahasa dan sebutan yang jelas dan terang.

c) Penggunaan bahasa yang standard.

d) Tiada kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa,

kebudayaan dan peribadi.

e) Perlakuan dan tutur kata yang sopan.

4.3 CARA PENYAMPAIAN & PERSEMBAHAN

a) Pertuturan yang jelas dan bersemangat.

b) Bijak menggunakan lenggok suara dan nada yang jelas dalam berpidato.

c) Bijak menggunakan bahasa tubuh, bahasa isyarat dan ekspresi muka.

d) Ucapan diberikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

e) Mengekalkan hubungan mata dengan penonton.

f) Menggunakan perbendaharaan kata dan pemikiran yang bijak.

g) Tiada gangguan lisan dan bukan lisan (um, er, hm).

h) Pakaian peserta mestila sopan dan bersesuaian

Page 18: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

19

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema pertandingan adalah “Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula di Alam Sekolah”.

1.2 Pertandingan menulis Cerpen ini bertujuan untuk menggilap bakat dan kreativiti

penulisan cerpen dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran

supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah

diberikan.

1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 16 Ogos 2020.

1.4 Terbuka kepada semua murid sekolah menengah termasuk kolej vokasional

dan kolej tingkatan enam, waganegara Malaysia di bawah pentadbiran

Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dua buah cerpen

sahaja.

2.3 Syarat penyertaan adalah secara individu.

2.4 Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan rakyat berbilang kaum

di negara ini dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum,

kepercayaan atau agama, kebudayaan, politik dan pemimpin

2.5 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggunakan unsur-unsur bahasa

yang negatif dan lucah.

2.6 Cerpen yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4 muka surat dengan

jarak 1.5 dan jenis tulisan Arial Font 12.

2.7 Panjang teks cerpen adalah antara 1,800 hingga 2,000 patah perkataan (10

hingga 15 halaman).

2.8 Setiap cerpen perlu ada tajuk dan butiran makluman peserta seperti nama,

nombor kad pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.

2.9 Cerpen yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian

atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan

belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.

2.11 Sekiranya cerpen yang dihantar ternyata melanggar mana-mana syarat,

penyertaan akan dibatalkan dan jika telah memenangi pertandingan ini, maka

hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya dan hadiah perlu dikembalikan

kepada pihak penganjur.

2.12 Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang

tuntutan dari pihak ketiga akibat perlanggaran hasil hak cipta terhadap hasil

karya tersebut.

2.13 Cerpen yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk

didokumentasikan dalam buku terbitan KPM sebagai karya kompilasi. Cerpen

yang menyertai pertandingan akan menjadi hak milik KPM dan KPM boleh

Page 19: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

20

menerbitkannya dalam sebarang bentuk tanpa perlu meminta izin daripada

penulis.

2.14 Pihak sekolah perlu melantik sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing

kepada peserta/wakil sekolah supaya dapat dapat membimbing dan

mematuhi syarat yang ditentukan.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Penganjur memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan

4. PANDUAN PEMARKAHAN

Skema penilaian juri adalah bergantung kepada keputusan mutlak para hakim

Skema Penilaian :

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 80-100 Penggunaan pelbagai jenis kata

yang luas dan tepat

Penggunaan pelbagai ayat

majmuk yang gramatis.

Ejaan dan tanda baca yang betul

Laras Bahasa sesuai dengan

pertandingan.

Penggunaan kosa kata luas dan

tepat.

Idea yang relevan mengikut tema,

dihuraikan dengan jelas dan

matang.

Pengolahan menarik dan

berkesan serta pemerengganan

sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas

antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa

bervariasi.

Gaya bahasa yang menarik dari

segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, slogan atau

frasa.

Kepujian 66-79 Penggunaan pelbagai jenis kata

tepat

Page 20: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

21

Penggunaan pelbagai ayat

majmuk yang gramatis tetapi

terdapat kesalahan yang minimum

Ejaan dan tanda baca yang betul

Laras Bahasa sesuai dengan tema

pertandingan.

Penggunaan kosa kata luas dan

tepat

Idea yang relevan mengikut tema,

dihuraikan dengan jelas dan

matang.

Pengolahan menarik dan

berkesan serta pemerengganan

sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas

antara perenggan.

Penggunaan unsur Bahasa masih

bervariasi.

Gaya bahasa yang menarik dari

segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, slogan atau

frasa.

Baik 51-65 Penggunaan pelbagai jenis kata

yang sesuai.

Penggunaan ayat majmuk yang

gramatis tetapi terdapat kesalahan

yang minimum.

Ejaan dan tanda baca yang masih

betul.

Laras bahasa sesuai dengan tema

pertandingan.

Penggunaan kosa kata umum.

Idea masih relevan mengikut

tema, dihuraikan dengan jelas dan

matang.

Pengolahan menarik dan

berkesan serta pemerengganan

sesuai.

Wacana masih lengkap.

Penggunaan unsur bahasa masih

bervariasi.

Gaya bahasa yang kurang

menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan

ungkapan kurang berkesan.

Page 21: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

22

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN POSTER REKA BENTUK DIGITAL

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2 Pertandingan Poster Reka Bentuk Digital ini bertujuan untuk menyampaikan

mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid supaya mengamalkan

gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah diberikan melalui seni

grafik digital.

1.3 Pertandingan ini tebuka kepada murid sekolah menengah termasuk kolej

vokasional dan kolej tingkatan 6, warganegara Malaysia dan di bawah

pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

1.4 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.

1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-

masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Setiap pasukan terdiri daripada dua orang peserta dan seorang guru

pembimbing.

2.2 Pertandingan adalah secara berkumpulan

2.3 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan unsur-

unsur negatif dan lucah seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung (

menyerupai dadah ).

2.4 Hasil Poster Reka Bentuk Digital mestilah ciptaan sendiri atau asli

2.5 Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang

tuntutan dari pihak ketiga akibat perlanggaran hasil hak cipta terhadap hasil

karya tersebut

2.6 Setiap Poster Reka Bentuk Digital mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

a) berukuran Widescreen (16:9).

b) berdasarkan tema dan boleh menggunakan perisian yang

bersesuaian. Contohnya Microsoft Power Point, Canva, Adobe

Photoshop, Adobe Illustrator, Microsoft Word, Paint dan lain-lain

yang dirasakan sesuai.

c) perlu di hantar dalam bentuk format PDF atau JPEG dan di

emelkan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

d) Penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

2.7 Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Melayu dan

penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.

Page 22: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

23

2.8 Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa lucah, bahasa slanga (slang)

atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan

disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.

2.9 Peserta harus memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat

majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkirkan hasil karya yang

berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan

fahaman.

2.10 Peralatan dan bahan disediakan dan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang bahan dan peralatan.

2.11 Peserta perlu sertakan butiran makluman diri seperti nama, nombor kad

pengenalan, tingkatan dan nama sekolah.

3. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

3.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

3.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

3.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan tema, ilustrasi,

gubahan/olahan,penggunaan warna yang sesuai, kreativiti dan bonus dan lain-

lain.

Page 23: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

24

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN ANIMASI INFOGRAFIK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2 Pertandingan Animasi Infografik bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti

dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid

supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah

diberikan.

1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.

1.4 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah termasuk Kolej

Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam, warganegara Malaysia di bawah

pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 Penyertaan juga terbuka kepada pelajar Intitut Pendidikan Guru (IPG), dan

Matrikulasi di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

1.6 Penyertaan adalah PERCUMA.

1.7 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah secara BERKUMPULAN.

2.2 Bilangan peserta ialah minima tiga orang dan maksima lima orang sahaja

bagi setiap kumpulan dan seorang guru pembimbing

2.3 Setiap peserta tidak boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

2.4 Kos penyediaan animasi infografik adalah ditanggung sepenuhnya oleh

peserta

3. ISI KANDUNGAN ANIMASI INFO GRAFIK

3.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan serta

mempunyai salah satu daripada elemen Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan, HIV

dan AIDS (DARIH) serta menjurus gaya hidup sihat.

3.2 Peserta boleh memilih mana-mana elemen DARIH atau gaya hidup sihat tetapi

TIDAK BOLEH menggabungkan banyak elemen dalam satu penghasilan

animasi info grafik

3.3 Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang format, contohnya dokumentari,

sketsa pendek, animasi atau lain-lain yang bersesuaian.

3.4 Menyampaikan mesej-mesej pengajaran jelas

3.5 Memaparkan pandangan dan pemahaman tentang skop yang dipilih

Page 24: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

25

3.6 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik

yang boleh dicontohi

3.7 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif

3.8 Karya yang dihasilkan mengambarkan kreativiti peserta, mengandungi nilai -

nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh

sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

3.9 Tempoh animasi info grafik adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk

montaj dan penghargaan

3.10 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu

3.11 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

3.12 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

3.13 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana

pertandingan video.

3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

3.15 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak

penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat

pelanggaran hasil hak cipta.

3.16 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

3.17 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

.

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

4.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

5. PANDUAN PEMARKAHAN

Pemarkahan Aspek video yang diterima akan dinilai oleh panel pihak penganjur.

Berikut adalah antara elemen yang dinilai:

Perkara Markah

Grafik 15%

Teknik animasi 20%

Videografi / suntingan 15%

Jalan cerita / papan cerita 25%

Penataan audio/audiovisual 15%

Wow Faktor/bonus 5%

Kreativiti 5%

Page 25: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

26

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN CERITA KOMIK

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1.1 Tema Pertandingan adalah “Kemakmuran Dan Kesejahteraan Bersama-

sama Bermula Dari Alam Persekolahan”.

1.2 Pertandingan Cerita Komik bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti dalam

menyampaikan mesej kesedaran dan pengajaran dalam kalangan murid

supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan tema yang telah

diberikan.

1.3 Pertandingan ini bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 13 September 2020.

1.4 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah di bawah pentadbiran

Kementerian Pendidikan Malaysia

1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.

1.6 Semua penyertaan perlu diemelkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

masing-masing

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang

berumur 13 hingga 19 tahun.

2.2 Pertandingan in terbuka kepada 2 kategori iaitu :

a) menengah rendah (tingkatan 1 - 3)

b) menengah atas (tingkatan 4 - 6)

2.3 Pihak sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan tiada had

2.4 Penyertaan adalah secara berkumpulan.

2.5 Bilangan peserta ialah minima 3 orang dan maksima 5 orang sahaja bagi setiap

kumpulan dan seorang guru pembimbing

2.6 Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.

2.7 Kos penyediaan Cerita Komik adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta

3. ISI KANDUNGAN CERITA KOMIK

3.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan serta

mempunyai salah satu daripada elemen Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan

HIV dan AIDS (DARIH) dan gaya hidup sihat.

3.2 Peserta boleh memilih mana-mana elemen DARIH atau gaya hidup sihat tetapi

TIDAK BOLEH menggabungkan banyak elemen dalam satu penghasilan cerita

komik

3.3 Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang aplikasi digital

3.4 Menyampaikan mesej-mesej pengajaran jelas

3.5 Memaparkan pandangan dan pemahaman tentang skop yang dipilih

Page 26: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

27

3.6 Memaparkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik

yang boleh dicontohi dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang

menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan

pemimpin

3.7 Cerita Komik yang dihasilkan mestilah tidak melebihi tiga muka surat.

3.8 Setiap muka surat tidak boleh melebihi empat kerangka.

3.9 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif

3.10 Peserta perlu menggunakan Bahasa Melayu

3.11 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.

3.12 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum

mendapat kebenaran penganjur.

3.13 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana

pertandingan cerita komik.

3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan

tidak asli/diciplak.

3.15 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan

4. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan

tidak akan dipertimbangkan

4.2 Semua hasil pertandingan adalah hak milik penganjur

5. PANDUAN PEMARKAHAN

Pemarkahan Aspek Cerita Komik yang diterima akan dinilai oleh panel pihak

penganjur. Berikut adalah antara elemen yang dinilai:

Perkara Markah

Grafik 20%

Teknik 15%

Videografi / suntingan 15%

Jalan cerita / papan cerita/ isi kandungan 30%

Wow Faktor/bonus 10%

Kreativiti 10%

Page 27: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

28

Nota : semua penyertaan perlulah di emelkan kepada :

BIL ALAMAT EMEL NEGERI

1. [email protected] JPN Sarawak

2. [email protected] JPN Negeri Sembilan

3. [email protected] JPN Pahang

4. [email protected] JPN Perak

5. [email protected] JPN Johor

6. [email protected] JPN Selangor

7. [email protected] JPN Perlis

8. [email protected] JPN Pulau Pinang

9. [email protected] JPN Kelantan

10. rintisjpnt2020.gmail.com JPN Terengganu

11. [email protected] JPWP Putrajaya

12. [email protected] JPN Kedah

13. [email protected] JPN Melaka

14. [email protected] JPN Sabah

15. [email protected] JPWP Labuan

16. [email protected] JPWP Kuala Lumpur

Nota : semua penyertaan peserta WAJIB mengisi borang penyertaan dan emelkan kepada

Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Page 28: GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT ...smkbantura.weebly.com/uploads/9/6/7/1/9671590/senarai...2.1. Penyertaan terbuka kepada tiga kategori iaitu : a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4,

29